Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, November 12

Pengalaman Check Up & Bersalin Di Swasta Dan Kerajaan

Assalam...

Alhamdulillah! aku sudah merasa pengalaman bersalin di hospital kerajaan dan juga hospital swasta. Eh...apasal tiba-tiba teringat pasal bersalin ni ek? ha...cuti hujung minggu lepas selongkar kotak-kotak simpan baju lama, jumpa baju mengandung dan ingat nak bagi pada jiran sebelah rumah tapi bila selidik akak ipar kata dah tinggal tunggu hari. Erk...jadi sayang pula la nak bagi, tunggu saudara sendiri mengandung je la baru aku bagi. Heh....ada juga terlintas nak buat sales tapi ada ke orang yang nak? baju ni aku belum pernah pakai lagi sebab saiz kecil. Lagi pun baju ni kakak aku hadiahkan. :)

Bila tanya-tanya katanya nak bersalin di hospital kerajaan je senang. Ini anaknya yang ke 5 tau, umur sebaya aku je tapi dia kahwin lagi muda dari aku dan lebih cepat dapat anak. Sudah ada 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki, rasanya semestinya dia nak anak lelaki lagi kan. :)

Tengok orang lain sarat mengandung aku pula yang teruja sebab tak lama lagi dah boleh cium bau masam baby tu. Geram! hehe... teringin nak tambah lagi tapi bila di fikirkan semula lebih baik jangan sebab 2 orang yang ada pun dah buat aku pening lastnya dear kata tunggu dulu stabilkan ekonomi kami seperti asal semula. adoi....lamanya, mungkin tunggu Ashraf 5 tahun atau lebih. Waaaaaa....harap-harap ekonomi keluarga kami pulih semula. :p

Yes aku dah ada pengalaman pemeriksaan ibu mengandung di klinik kerajaan dan klinik swasta dan juga pengalaman bersalin di hospital kerajaan dan hospital swasta. Aku rasa sangat bertuah sekali walaupun kedua-duanya sangat berbeza tapi proses kelahiran berjalan dengan lancar dan mudah sekali.

Pemeriksaan ibu mengandung

*Klinik Desa dan Klinik Kesihatan*
Aku dapat tahu aku mengandung Amar ketika bulan puasa tahun 2009 dengan penuh kekeliruan masa tu, mana tidaknya aku pergi klinik nak minta MC tapi Dr cadangkan buat UPT test. Syukur dan selepas raya aidilfitri aku pergi mendaftar di Klinik Desa Jalan Kebun berdekatan dengan rumah. Bermula lah edisi ulang alik setiap bulan ke klinik. Sudah ada buku merah!



Selalu ambil half day atau pun cuti semata-mata nak pergi klinik. Masa ni baru masuk kerja tempat baru dan memang rezeki masuk kerja sini dapat anak pula. Hehe...mujur bos nak terima juga walaupun dah tahu aku mengandung, itu yang aku suka kerja di sana.

Pengalaman pemeriksaan ibu mengandung di klinik kerajaan sangat berbeza dengan swasta. Di sini perlu ambil giliran biasanya sampai awal dapat nombor awal. Tapi kadang kala aku pergi sebelah petang sebab jumlah orang yang datang sangat kurang berbanding sebelah pagi. :)

Selepas dapat nombor terus di minta bagi sampel air kencing. Siap air kencing diuji nurse akan minta kita basuhkan dan telangkupkan di rak yang mereka sediakan. Maknanya setiap kali datang gunakan botol yang berlainan, geli juga tapi terpaksa. Selepas selesai duduk menunggu giliran untuk periksa tekanan darah dan berat badan. Ha...masa periksa tekanan darah ni aku selalu sangat gugup, sebab apa? aku sendiri pun tak tau, lebih-lebih lagi kalau aku pergi klinik sebelah petang selepas balik kerja. Tekanan kerja agaknya.

Selesai ambil tekanan darah dan berat badan nurse akan arahkan sama ada perlu di ambil darah atau terus jumpa staff nurse (SN) untuk pemeriksaan perut dan kandungan. Kalau ambil darah tu ada la 2 kali kalau tak silap aku. Bab-bab masuk makmal klinik memang tak best tapi bila bab periksa perut memang best. Awal-awal kandungan SN tak akan periksa nadi baby tapi sekadar ukur perut dan periksa perut sikit-sikit. Rasa macam kene tekan-tekan pun ada juga. hehe...

Siap periksa SN akan bagitau apa-apa tentang makanan yang di galakkan makan dan tidak di galakkan makan, apa yang perlu kita buat dan apa yang jangan kita buat. Pendek kata sepanjang masa SN tulis rekod pada buku merah kita dan 1 buku merah simpanan klinik kita akan di tanya dan di ceramah. :p tapi aku dengar je la kan, orang lain pun dengar sama. Selesai tulis rekod SN akan bagi 1 tarikh untuk lawatan akan datang.

Paling tak best buat ujian air gula untuk tentukan kadar gula dalam badan. Perlu berpuasa dari jam 12 malam kecuali minum air kosong, minum air gula/glukos 1 mug penuh selepas di ambil sedikit darah di hujung jari. Selepas 2 jam datang klinik kembali dan di ambil darah sekali lagi di hujung jari. SN akan bandingkan bacaan sebelum dan selepas dengan graf yang telah Kementerian Kesihatan sediakan. Kalau terlebih dari graf perlu datang setiap 2 hari selang 4 jam. Hua...yang ini memang tak suka. Asyik ulang alil

Link sepanjang aku cek up Amar di klinik dan hospital kerajaan.
* Minggu 12
* Minggu 13
* Minggu 15
* Minggu 18
* Minggu 20
* Minggu 22
* Minggu 23
* Minggu 24
* Minggu 27
* Minggu 36
* Minggu 38
* Minggu 40

Fuhh....bersusun, nampak sangat aku tak rajin nak update pasal hal-hal mengandung ni kan bila masuk hujung-hujung mahu bersalin tapi yang pasti bila ada kelapangan masa aku akan ceritakan. Kebanyakkan masa aku update dari office jika senang jika sibuk bermaksud aku memang utamakan kerja. Blog menjadi minat sahaja. Kerja adalah tanggungajawab dan juga ibadah kita untuk mencari rezeki. :)

Panjangnya...ini baru kisah pemeriksaan di klinik kerajaan belum masuk kisah bersalin lagi.

*Klinik Swasta*
Kalau semasa mengadungkan Amar aku pilih pemeriksaan di klinik kerajaan tapi mengandungkan Ashraf memang 100% aku lakukan pemeriksaan di klinik swasta sebab aku rasa terbeban dek kerana kerap ambil cuti untuk pergi ke klinik untuk pemeriksaan ibu mengandung dan bawa Amar ke klinik. Ini alasan utama aku pergi buat pemeriksaan di klinik swasta. Aku pilih buat pemeriksaan di Poliklinik Barakah, Bandar Puteri, Klang. Terletak antara pejabat dan juga rumah. Mudah sebab aku boleh pergi jumpa Dr Khiriah setiap kali balik kerja. Tak perlu ambik cuti semata-mata mahu pergi klinik.

Aku tak banyak buat entri pasal pemeriksaan aku di klinik. Sibuk melampau masa mengandungkan Ashraf dulu mujur tak terjadi apa-apa.

Sejujurnya aku tak pernah terfikir kenapa perlu aku buka buku merah di klinik kerajaan jika ada apa-apa hal yang tak di ingini berlaku. Bila di ingatkan agak yakin aku dapat bersalin normal tapi jika Allah tak berikan mesti aku menyesal sampai sekarang. Jadi pada korang yang mengandung merancang nak bersalin di hospital swasta silakan buka buku merah tu ye, untuk kecemasamasan jika terpaksa czer tapi kalau memang suami jenis berduit sila abaikan nasihat aku ni.

Pertama kali ke sana aku datang bertiga, mendaftar sangat mudah. Tak ambil masa yang lama pun. Hehe...suka. Aku pergi hari bekerja sebab kalau pergi hari biasa tersangatlah ramainya orang. Suasana klinik yang damai tu pun boleh jadi haru biru sebab ada ramai juga kanak-kanak. Huh...pening.

Datang kali mereka akan berikan 1 kad saiz A4 lipat 3. Dalam kad ini segala berat, tekanan darah dan semua komen dari Dr dan juga tarikh temujanji akan datang ada tercatat. Huih....penat aku cari buku tu, dah hilang la pulak :(

Setiap kali datang nurse akan ambil berat dan tekanan darah seterusnya menunggu giliran untuk berjumpa Dr. Dr pun ada 2 orang, Dr bertugas pada lain-lain hari biasanya kecuali 1 hari je sama kalau tak silap aku. Ini pada tahun 2011 tak tau pula kalau tahun 2012 ni sudah bertukar pula ek. Aku pilih Dr. Khiriah, orangnya sangat softly spoken, lemah lembut dan yang pasti aku nak dia juga sambut anak aku masa aku bersalin. Alhamdulillah termakbul.

Setiap kali Dr. akan scan perut dan berbual-bual kosong bertanyakan tentang kandungan. Agak pelik juga tapi masa tu aku tak fikir dah, mungkin swasta begini caranya. Terpaksa minum air gula juga tapi hanya sekali dan syukur kerana darah normal. Kalau setiap kali datang jumpa Dr mesti nak scan tapi bila aku fikir mujur aku datang bila dah masuk hampir 20 minggu kandungan, kalau tidak pening sebab setiap kali pemeriksaan perlu bayar RM 60 - 100 tapi masa bulan terahkir setiap 2 minggu perlu pergi jadi seminggu Dr akan scan seminggu lagi Dr. akan tanya perkembangan baby jadi bayaran tidak sampai RM50.00 :p

Kemudahan dan keselesaan di sini pada aku ok la, paling best sebab tak perlu menunggu lama. Masuk daftar, tunggu paling lama dalam 10 minit je. Kecuali kalau pergi hujung minggu memang ramai orang. (stress jadinya). Layanan dari staff pun baik-baik belaka, sentiasa senyum dan bacaan ayat suci sentiasa terpasang.

Ini hasil catatan aku sepanjang pergi Poliklinik Barakah.
* Minggu 24
* Minggu 30
* Minggu 32

Ha...nampak tak banyak kan jadi terima je la ek, nak buat macam mana aku kemalasan dan kesibukan yang amat masa tu. Mana yang ada itu yang sempat aku updatekan, maklum la masa Amar aku update hampir setiap kali pergi tak kira siang atau malam. Tapi bila ada Amar sangat susah nak update bila sebelah malam. Terpaksa menunggu giliran dengan dear. :)

Huh....hampir 1 hari menaip.... :p

*Pengalaman bersalin di hospital kerajaan*
Yes! anak pertama sudah di paksa bersalin di hospital kerajaan yang selalu di sogokkan dengan kisah-kisah pahit orang lain. Jadi masa untuk serah diri sebab Dr cadangkan aku bersalin pada 31/3 juga tidak boleh lebih dari tarikh itu. Haih...jangan tanya apa sebabnya alasan yang mereka bagi sebab aku ada tekanan darah tinggi dan kencing manis. Huh....sedih!

Syukur perjalanan bersalin di sini tidak seperti orang lain, cuma aku agak kaku bila tengok Amar di samping aku. Tidur malam sudah tidak selesa tapi aku puas hati. Seronok tidak terkata! Syukur juga ada jiran katil yang banyak memberikan ilmu sebagai ibu untuk pertama kali.

Kisah sepanjang berada di hospital ada aku catatkan di sini. Semoga menjadi ikhtibar buat korang yang nak bersalin di hospital kerajaan. Pada aku hospital semuanya sama (swasta berbeza sebab perkhidmatan mereka kita bayar) cuma pandangan kita berbeza, aku bukan jenis banyak songeh jadi apa yang derang minta aku buat je la. Ikutkan hati MIL memang tak bagi tapi dear kata Insyaallah semuanya akan ok.

Pagi lebih kurang pukul 10.00 pagi mendaftar di bahagian kecemasan/kemasukkan ibu mengandung. Di sini mereka akan tanya pelbagai soalan untuk buka fail kes. Setakat ini aku masih belum ada rasa sakit lagi jadi kiranya memang sesuai gunakan perkataan serah diri. :)

Masuk wad bertemankan dear, daftar lagi di wad untuk tentukan katil mana. Dapat katil sepanjang hari aka di periksa tekanan darah. Petang Dr panggil masuk bilik untuk cek bukaan. Ini hal yang sangat menakutkan ok, sebab ini kali pertama aku alami. Syukur sebab yang cek bukaan bukan sahaja Dr lelaki tetapi ada seorang SN perempuan tapi yang tak bestnya bila dua-dua cek bukaan untuk tentukan berapa inci. Geram juga masa ni, ingat aku ni alat ke. Huh...

Paling tak seronok berada di hospital kerajaan ni ialah perlu melayan pelajar perubatan/bakal Dr. Ish....ye la orang lain sibuk-sibuk sakit, jaga baby tiba-tiba derang ni datang tanya itu ini. Ada sesetengah siap di periksa bukaan lagi tau bukan setakat seorang je tapi sekali datang 3/4 orang. Mak oiii sib baik aku tak izinkan, kalau tidak memang jadi bahan kajian mereka.

Malam pertama berlalu dengan penuh kebosanan, tengok orang lain ada yang kesakitan aku pula jadi serba serbi tidak kene. Ngeri pun ada tau, tapi berdoa dalam hati moga-moga di permudahkan. Pagi pukul 5 SN kejutkan nak buat CTG lagi selama 20 minit. Kemudian dia berikan ubat untuk buang air besar. Memang kosong aku rasa selepas buang air besar tu.

Pagi pukul 7 mereka cadang mahu hantar aku ke bilik bersalin tapi di sebabkan ada orang lain yang memerlukan sangat bilik tu kes aku di tunda ke pukul 10 pagi. Masa tu senior SN datang dengan Dr pakar periksa dan entah kenapa tiba-tiba mereka mahu pecahkan ketuban dan hantar aku ke bilik bersalin. Agak tertanya-tanya sebab apa yang mereka buat tanpa pengetahuan aku. Ibarat apa nak jadi langsung aku tak tau.

Selepas mereka pecahkan ketuban pindahkan aku  ke bilik bersalin. Air ketuban pecah semasa aku baring atas strecher untuk di hantar ke bilik bersalin. Aih...bila masuk bilik bersalin rasa macam, mak aiiii macam ni ke suasana bilik bersalin tu. 1 dewan besar di bahagikan dengan panel kayu untuk mengasingkan lebih 5 ruang bersalin...fuh...sesak nafas bila dengan orang lain jerit-jerit tambah pula bila ada bangsa lain jadi sila faham-faham la suasan dalam tu ye.

Tertanya sampai sekarang...kenapa mereka tak buat cara selamat, sediakan 1 bilik untuk 1 kes dari pada bilik besar tapi berbahagi ruang yang sangat tidak selesa tu? nak tanya pada siapa ye... :p

Syukur semuanya berjalan lancar, pukul 10 pagi sakit, pukul 1.50 bersalin.

Jumlah bil yang di bayar.sepanjang 3 hari di hospital.

*Pengalaman bersalin di Pusat Bersalin Barakah*
Best sekali walaupun sekejap je aku duduk kat situ. Ikut perancangan awal nak pilih bilik 1 orang tapi masa tu kebetulan ada orang lain masih belum keluar. Jadi kami book bilik tu akhirnya hanya boleh masuk bila menjelang malam hari. Aku buat keputusan tak nak sebab harga bilik berbeza lagi pun sudah separuh hari aku di sana. Aku ambil wad terbuka, kalau tak silap 4 katil untuk 1 bilik. (pusat bersalin ni tak menyediakan banyak katil, biasanya akan ada kes cepat masuk dan cepat keluar jika baby dan ibu tiada masalah).

Ok aku dah malas nak taip panjang-panjang, ini kisahnya yang pernah aku tuliskan. Semoga jadi panduan buat ibu baru


Ini bil untuk 1 hari 1 malam di Pusat Bersalin Barakah. Huh...jauh beza kan, tapi memang selesa.
Kesimpulannya, kalau berkemampuan mahu bersalin di hospital swasta silakan tapi pada aku syukur juga aku dapat rasa pengalaman bersalin di hospital kerajaan. Pengalaman yang aku dapat pasti tidak sama dengan pengalaman orang lain. Hehe....jika di izinkan Allah untuk anak akan datang aku mahu ke hospital sungai buluh atau pun tetap setia dengan pusat bersalin barakah. Hehe...selesa sebab tiada lelaki di sini melainkan suami. :)

12 comments:

nur said...

Saya belum ada pengalaman bersalin hospital kerajaan.. dari anak kedua minta izin dgn suami nak bersalin hospital kerajaan, tapi suami tak izinkan...
So, ketiga-tiga anak dilahirkan hospital swasta dan disambut oleh doktor yang sama - alasan suami, dia tak nak saya 'dilihat' oleh lelaki lain :)

Azian & Zaini said...

dalam hati memang nak macam tu tp bila ada masalah dr cadangkan ditahan terus terima dengan hati yg berat...tapi sekurang-kurangnya tahu juga service mereka macam mana... :)

Nisaa Tan said...

sy asal dr swk..kali ni dah move kat kl..planning nak ader bby bru..sblm ni g gov jer.sbb xde private hospital kat ctu..tp layanan ok ok ar..xde mslh..kat kl ni sy bce byk jugak yg g private sbb layanan gov kurg memuaskan. byk soalan plak nak tye..
boleh x check up kat bersalin kat swasta nt bby monthly check up kat gov?

Azian & Zaini said...

hi nisaa!
boleh....check up monthly gov mcm biasa, tapi kalau nak bersalin private mesti check up ke sana sekurang-kurangnya sekali kalau tak silap tapi ini ikut prosedur private sebab masing-masing tak sama.

C'BunGa-BunGa said...

saya ada pengalaman swastan kerajaan.sulung di kerajaan, sangat mencabar dan pada saya n keluarga mmg tidak menyenangkan.2nd child, abh suggest n support ke swasta sbb xtahan tgk saya teruk di kerjaan dulu... alhamdulillah mngkin rezeki anak..dan kali ketiga ini menyimpan hasrat ke swasta bersama dokt itu lagi...In Shaa Allah

siti ruhaizah said...

best bca story nih..skrgg ngah google nk plih spital coz preggy 8 weeks now.. ank 1st dlu kt gov spital di ipoh..ok tp mcm dikata tdi jdi bhn kajian dr2 pelatih..sakit x terhingga..ingt yg nih nk try swasta lah pulak..

wawashauqi said...

Salam kak. Terima kasih sudi share cerita akak. Sangat bguna untuk rujukan saya yg tgh pening taktau nk pegi hospital mana.

Saya jugak macam akak, akan melalui bulan pertama pregnant di bulan puasa. Akak puasa x masa tu? Sbb saya pon tgh pening nk tau sama ada saya boleh puasa atau x.

Azian & Zaini said...

c bunga-bunga...pengalaman akan mendewasakan kita, jadi pilihan ada di tangan kita :)

siti ruhaizah...skrg ada byak pusat bersalin swasta

wawashauqi...sama-sama, terima kasih juga sbb sudi baca kisah yg tak seberapa ni.mmg kebetulan mengandung bulan puasa untuk kedua-dua anak jadi kalau tak silap ada la 3 4 hari tak larat nak puasa...tapi jangan lupa ganti ek :)

Imsb Jay said...

salam...
nak tanya..suami leh masuk labor room x time bersalin? kat barakah ade czer x? bpe ek kos kla czer...thanks

Azian & Zaini said...

setakat ni barakah tak ambil kes untuk czer, biasa dia akan tanya kita nak pergi mana-mana hospital yang mereka cadangkan

Lynn Nash said...

salam,
Nak tnye la. kalau bersalin di klinik swasta. borang pengesahan kelahiran KKM tu sama macam borang pengesahan kelahiran dari hospital kerajaan atau ada beza ye ? bukan ape,tkut leceh mase nak daftarkan anak kat JPN nanti .

Azian & Zaini said...

lynn nash
setakat ni tak ada masalah untuk daftar anak di JPN. masa nak keluar dari barakah pihak klinik akan bagi 1 sampul siap seal untuk kita bawa pergi JPN. Tinggal isi borang sahaja