Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, November 3

Jenama Barangan Elektrik

Assalam...

Ha...sejak kerja di syarikat menjual barangan letrik ni aku pun terpikir dengan jenama barang elektrik di rumah aku. Hehe....

Tersangatlah susah mahu kekal menggunakan 1 jenama barangan elektrik untuk keseluruhan rumah kan. Bila pandang televisyen ada yang kata jenama ni bagus ada yang kata jenama ni baik. Huh....Susah nak kekal pada 1 jenama kan. Tak semestinya 1 jenama je yang berkualiti barangnya tapi jenama lain mesti ada kualitinya juga kan.

Hehe....sekarang di rumah aku gunakan barangan letrik jenama Cornell (blender, pembakar roti dan mesin pemukul telur), Haier untuk mesin basuh, Sharp untuk peti sejuk, Joven untuk pemanas air dalam bilik mandi, radio jenama samsung, televisyen jenama Singer kipas angin jenama Panasonic.

Eh...sikit sangat rupenya barang letrik kat rumah aku ni kan...hehe...nak buat macam mana itu yang sepatutnya ada jadi itu lah yang aku beli. Mana yang penting aku beli mana yang tidak penting aku tolak ketepi dahulu. Setakat ni barang dapur memang aku setia dengan jenama Cornell. Blender dan pemukul telur tu sudah berapa kali jadi mainan anak-anak aku, harap-harap umur mereka berpanjangan hendaknya.

Ada rezeki duduk rumah sendiri aku akan bawa lagi barang-barang letrik yang masih berkeadaan baik kecuali peti ais. Sudah terlalu uzur aku rasa, mungkin sebab kami pasang terus setelah pindah masuk rumah dulu. Jadi kualiti peti ais sudah tiada sekarang ni. Padahal umur sama dengan umur perkahwinan kami. :(

Akan datang tak pasti nak pilih jenama apa, tapi tak tau kalau aku akan pilih barangan dari company aku sekarang ni ke tidak...sebab harga yang di tawarkan terlalu mahal aku rasa. Hehe...walaupun di sini kerja selama mana tapi masih tidak di tawarkan harga staff ouh...sakit kan hati ni, ingat kalau boleh nak juga beli kalau dapat harga staff dalam separuh harga barangan. Berangan nak tambah barang elektrik lagi seperti mesin basuh, peti ais, peti ais sejuk beku, vacuum dan juga termo pot atau pun penapis air. Heh....berangan dari sekarang...kot-kot bos tukar fikiran mulai tahun depan buka jualan dengan harga staff. :)

 

No comments: