Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, February 21

Permulaan Ashraf Tahun 1

Assalamualaikum...

Mama nak imbas balik kenangan semasa Ashraf masuk darjah 1. Ye tahun ni 2 anak-anak mama di aliran sekolah rendah. Syukur walau pum Allah kurniakan rezeki anak lambat tapi mama masih dapat melihat anak-anak mama berjaya. Insyaallah.

Bulan november tahun lepas selepas tamat sesi persekolahan tahun 2017, pihak sekolah terus adakan hari orientasi dan juga ujian penilaian prestasi setiap murid. Maaf ye Ashraf, mama tak dapat tengok sebab hari yang sama pak cik (abang mama) ada kenduri doa selamat semperna pergi umrah awal bulan disember. Tak pe ayah ada temankan Ashraf. Mama tau awak dah boleh berdikari masa di sekolah. Cumanya awak tu penakut juga ada kalanya. Hehe...

Add caption

Hasil ujian tu mama langsung tak tau, masa pergi beli buku tak nampak di mana keputusan di tampal sampai lah pagi hari persekolahan 2018. Kali ni pun ayah temankan. Mama kat rumah dengan Aisyah. Ayah ambil cuti 3 hari untuk tengok-tengokkan anak-anak ye. Alhamdulillah, keputusan ujian penilaian meletakkan Ashraf di kelas pertama dan terbaik.

Syukur Ashraf ikut jejak Amar. Amar pun tahun ni masih kekal di kelas pertama. Selalu mama pesan, duduk kelas pertama tak semestinya kawan-kawan yang duduk kelas belakang tu tak pandai, ni rezeki Amar dapat kelas pertama. Ok biasanya sekolah anak-anak mama akan menyusun semula kelas pelajar mengikut keputusan peperiksaan akhir tahun. Alhamdulillah tahun lepas Amar dapat tempat ke 34 dari 300 lebih pelajar. Nasib baik cikgu letak kelas pertama 40 orang murid, kalau tidak mungkin Amar dah masuk kelas ke 2. Sekolah ni memang ramai muridnya, sebab banyak projek perumahan baru naik di sini. Tahun 1 tahun 2018 ni ada tambahan 2 kelas lagi, bermakna lebih 400 murid dah sekarang. Masa mama nak tau keputusan pun berdebar-debar. Tiap-tiap hari tunggu dan asyik tengok je SAPS. Syukur keputusan masih cemerlang pada mata mama.

Mama tak kisah anak-anak mama duduk kelas mana pun asalkan jangan kelas lebih 5 ke atas. Mak uteh bagitau mama pelajar kelas belakang sangat disisihkan oleh guru. Terkejut mama sebab sepatutnya guru lebihkan pelajar kelas belakang. Mungkin guru tu ada alasan tertentu.

Ashraf mula bersekolah bukan rehat sama dengan Amar. Sekolah agama berlainan tempat sebab ramai pelajar jadi ada 2 bahagian sekolah. Untuk darjah 1 dan 3 di bangunan utama jalan dalam sikit. Bagi darjah 2 di bahagian bangunan lama tepi jalan besar. Mama pun terpaksa bincang bagitau awal-awal di mana mama akan tunggu. Mujur anak-anak cepat faham dan biasa dengan cara mama.

Sekolah kebangsaan sama sekolah cuma masa rehat untuk darjah 1, 2 dan 3 tak sama. Mungkin sebab pelajar ramai kalau semua rehat sekali mesti pening mak cik yang jaga kantin tu. Macam diserang je kot mama rasa. Hehe.. minggu awal Ashraf bagitau dia malu-malu juga nak beli di kantin. Tapi perlahan-lahan belajar beli sendiri apa yang dia mahu. Syukur sekarang dah boleh beli apa yang dia nak. Siap beli aiskrim lagi masa balik sekolah agama. Kadang kala beli ayam goreng atau air koko. Aih la anak-anak, mama bukan nak sekat sangat apa yang kamu makan cuma kadang-kadang mama risau sumber air yang digunakan tu sama ada air masak atau air paip je. Sekarang ni semua tau nak ambil jalan mudah je untuk dapat untung berganda-ganda.

Tuesday, February 20

Sesi Rehatkan Minda

Assalamualaikum...

Ada masa lapang sikit ni, Amsyar dan Aisyah tidur jadi mama nak tulis sikit kenangan kita bersama ke Pantai Morib. Entah la ayah kata pantai lama, pantai baru yang cantik ada batu tinggi tak boleh mandi tu. Mama tak tau, yang mama tau mama nak tengok anak-anak mama seronok.

Idea ni dari Amar, katanya sehari sebelum cuti taipusam ustazah ada cakap esok boleh pergi jalan-jalan sebab cuti umum. Aih mama nak cakap banyak serba salah jadi mama cakap kat ayah dan ayah tanya mama nak pergi mana sama ada air terjun atau pun pantai. Kalau ikutkan 2 tempat pun nak pergi tapi mama pilih yang dekat je la. Minta ayah tengok masa air pasang jadi boleh lah susun jadual nak gerak pukul berapa. Alhamdulillah air pasang pukul 6.30 pagi jadi kami mesti keluar awal pagi. Haha yang ni memang tak akan ikut jadual punya. Kalau bukan mama yang lambat mesti ayah. Sabar je anak-anak.

Dalam kereta semua tanya nak kemana siap bawa layang-layang. Hampir tiba baru anak-anak perasan. Kami dah selalu pergi kan, jadi mereka dah tau. Mama bawa bekal nasi dan lauk rendang daging baki malam sebelumnya. Anak-anak makan tak habis pula, ayah cakap tak payah masak konon nak beli tapi mama cakap tak payah membazir makanan yang ada. Sampai sana anak-anak terus nampak air jadi automatik nak mandi, main air dan pasir. Ayah cakap lebih baik mandi sebab air dah mula surut. Aku tak bawa baju lebih pun sebab tak nak mandi. Tapi terpaksa juga turun sebab melayan anak 3 orang. Tak pe mama rela, seluar boleh kering sementara tunggu anak-anak mama main pasir.

2 orang ni takut air macam mama, sebab 2 orang ni la mama terpaksa basahkan separuh seluar.


Amar pergi jauh sikit, air makin surut masa ni.

Macam biasa orang yang paling suka Amar la, dia memang suka air. Mandi air terjun pun boleh rendam lama-lama. Entah la, mama tak pasti ikut perangai siapa.  Haha... di sana agak lama juga. Sampai lebih kurang pukul 9.00 pagi dan gerak balik pukul hampir pukul 1.00 tengahari. Biar anak-anak main sepuas-puasnya. Orang pun tak de la ramai sangat. Tapi masa kami nak gerak balik ramai yang datang sebab nak cari pepahat. Ada 1 keluarga datang siap pasang khemah besar, mesti mak duduk sana lama kot. Sebab nampak si ayahnya bawa kapur.

Kemudahan kat sana dah naik taraf rasanya, tandas, bilik mandi tak perlu bayar lagi, surau pun selesa. Sebelum ni ada palang tepi lorong ke tandas sekarang dah tak ada. Tak tahu juga semua tu untuk sementara atau selamanya. Kalau selamanya memang bestlah, tandas sebelum ni memang kotor tapi sekarang bersih sangat. Nak buang air pun selesa, dulu siap nampak ada yang terapung. Hehehe nak masuk pun dah geli inikan buang air kecil lagi la geli.

Sebelum balik rumah, ajak ayah singgah kilang menjual kerepek. Haha sejak dah tau ni rasa seronok je nak membeli. Ye sebab harga lebih murah dari yang jual kat tepi jalan tu. Senang je tempatnya sebab ada banyak papan tanda yang diletakkan di tepi jalan. Ada 2 kilang yang mama pernah pergi. Ros kerepek dan faz kerepek, yang lain mama tak pasti la. Tapi nampak yang jual tepi jalan pun banyak. Pergi terus kilang lagi best kot harga yang mama dapat, walaupun akan ada yang kata beza harga cuma tak sampai 50 sen 1 kilo tak pe mama rela. Nak cakap apa pun cakap lah yang penting mama beli untuk anak-anak mama makan.

Mama beli 5 jenis kalau tak silap, kerepek bawang, kerepak ubi pedas, kerepek kentang roll, kerepek kacang dal dan kerepak apa entah apa namanya yang pasti ikut selera anak-anak. Beli hari rabu, tapi hari Jumaat dah habis. Memang tepuk dahi dengan selera anak-anak ni. Tak pe, beli tu pun tak sampai rm 50.00, jimat la juga kalau beli di luar.

Insyaallah raya memang borong di sini lagi nanti. Itu pun kalau ayah sabar atau tidak je la. Tahun lepas mama beli kat Ros Kerepek sebab sebelum tu pernah pergi kat Faz tengok tempat letak kereta agak terhad. Di Ros kerepek pun sama cuma mungkin masa tu gerak awal jadi dapat tempat kereta dekat dengan kilang. Masa balik tengok kereta sampai ke tepi jalan. Tempat letak kereta pun terhad.

Sampai rumah semua masih belum letih, entah kenapa la anak-anak ni tak faham erti rehat. Haha mama yang tengok pun rasa penat.

Monday, February 19

Sunatkan Nur Aisyah

Assalamualaikum...

Syukur hari ni dah laksana satu lagi perkara wajib di buat pada bayi perempuan, walaupun ayah kerja tapi mama boleh bawa Nur Aisyah ke Poliklinik Barakah untuk sunat. Proses mudah je ingatkan leceh macam sunat kanak-kanak lelaki. Hehe...pengalaman pertama mama kan, sebelum ni amar sunat mama tak pergi, ayah yang temankan. Ye la, kalau mama pergi sama nanti Ashraf dan Amsyar pun ikut sama. Tak ada privacy lagi la pada Amar.

Ok dah selesai pun kan, tunggu Ashraf dan Amsyar pula nanti. Itu mungkin lama lagi, sebab bila tanya mesti jawab nanti la. Takut kot hehe.

Proses sunat tu mudah, ringkas sangat prosesnya. Mula tu mama tanya pada mak ucu, adik bongsu ayah. Dia ada anak perempuan paling bongsu dalam keluarga ayah. Dia yang bagitau mama buat di sana. Mama talifon klinik untuk setkan tarikh dan masa. Tapi klinik bagitau tak perlu buat, bila nak sunat tinggal datang je pada masa ditetapkan. Klinik ni buat setiap hari sebelah pagi sahaja. Alhamdulillah sini tempat lahir Ashraf, Amsyar dan juga Nur Aisyah. Selesa dengan klinik ni, tersangat mementingkan nilai keislaman. Tiada jururawat lelaki dan juga doktor lelaki. Semua pekerja perempuan melayu dan muslim.

Mama keluar rumah pukul 9.00 pagi, bertiga dengan Amsyar. Amar dan Ashraf masa cuti sekolah memang jarang nak lekat kat rumah. Lagi-lagi ada sepupu kat rumah nenek. Seronok bermain kan.  Sampai klinik lewat sikit, sebab mama singgah bank sekejap. Orang tak ramai pun, jadi duduk dan tunggu giliran di panggil.

Dah di panggil, doktor tanya kenapa, terus bagitau nak sunat. Doktor minta mama letakkan Nur Aisyah kat katil lepas tu buka seluar. Alhamdulillah walaupun Nur Aisyah sibuk nak main tapi prosesnya senang. Doktor bagi Nur Aisyah main dengan pelekat apa ntah untuk leka sekejap. Aku tak sempat nak intai-intai sangat sebab sibuk main. Tau-tau je doktor cakap dah siap. Aik...cam tu je. Ok lah sempat juga tanya doktor cara jaga. Doktor bagitau tak ada beza pun. Balik rumah buang kapas dan boleh main macam biasa. Makan pun tak ada pantang. Senang kan. Ha...ini pengalaman pertama mama jadi mama macam teruja sangat.

Amsyar jadi sangat takut bila doktor usik nak sunatkan dia. Haha...mama cakap terus terang kat doktor memang setiap kali cakap pasal sunat Amsyar dah takut. Pengalaman tengok abang Amar sunat.

Ok, best sangatkan pengalaman hari ni. Alhamdulillah, Allah lancarkan semua perancangan mama. Ye lagi-lagi bila ada yang pandang mama bawa Nur Aisyah dan Amsyar ke klinik. Tu belum dia tengok mama bawa 4 anak pergi kedai lagi. Hahaha...

Thursday, February 15

Sup Kambing Kegemaran Sekeluarga

Assalamualaikum...

Sempat mama curi masa lepas tidurkan Nur Aisyah dan Amsyar. Mama rasa seronok tengok anak-anak mama makan dengan seleranya hari ini. Alhamdulillah mama cuba masak mengikut selera anak-anak dan ayah. Mama pernah ajak ayah pergi makan sup kambing kegemaran mama dan ayah di kampung Jawa. Tapi ayah menolak sebab kalau makan di sana memang sah ayah akan keluarkan hampir rm60.00 untuk kami 5 orang makan. Anak-anak pun memang suka daging tak kira lembu, kerbau maupun kambing. Alhamdulillah tak ajar sangat anak-anak mama memilih makanan tapi mana yang mama mampu mama buatkan.

Mama minta ayah belikan rusuk atau daging kambing, teringin sangat rasa nak makan sup kambing. Ayah beli di Segi berdekatan rumah cuma 1kilo bahagian paha. Alhamdulillah dapat daging dan tulang walaupun tak banyak. Mama cuba masak ikut resepi dalam facebook. Sedap juga walaupun bahan tak cukup. Main hentam masak sebab malas nak pergi kedai, kalau mama singgah kedai tak sah lebih rm10.00 campur dengan jajan atau pun ais krim. Aduh..sabar je la kan

Amsyar yang sakit mulut sebelum ni dek kerana ulser teruk cuma makan yogurt je 3 hari kasihan sangat mama tengok dia. Perut makin kempis mungkin sebab susu pun tak nak minum, makan nasi apa tah lagi memang tolak tepi. Tapi bila mama masak sup dia tiba-tiba minta nak makan. Bertambah-tambah pula tu makannya.

Ini entah kali ke berapa tambah, mama ikutkan je sebab dah lebih 3 hari awak tak makan nasi. Syukur dah baik dari ulser teruk. Minggu depan tamat cuti sekolah bolehlah ayah hantar sekolah Pasti ye.

Ok, mama nak kongsikan resepi yang mama dapat tu buat anak-anak mama kalau nanti nak cuba masak ye.

Bahan-bahan
1kg daging/tulang kambing, lembu, kerbau atau apa sahaja daging yang penting halal
3 biji bawang merah di kisar halus
Setengah labu bawang putih dan 2 inci halia di kisar
5 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
Sebatang kulit kayu manis
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Sedikit daun sup
Garam secukup rasa.
Sesudu minyak sapi dan sesudu minyak kelapa

Cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih kisar bersama halia.
2. Panaskan air, bila air dah mendidih baru masukkan daging yang dah dicuci bersih.
3. Agak-agak daging dah mendidih boleh mula tumis rempah sup, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis dengan minyak sapi dan minyak kelapa hingga naik bau dan ke masukkan bawang merah di kisar berserta halia dan bawang putih.
4. Jintan manis, ketumbar dan jintan putih disangai kemudian ditumbuk lumat. Di masukkan dalam periuk daging.
5. Bawang tumis yang dah naik bau bolehlah dimasukkan dalam periuk daging.
6. Kacau biar sebati semua rempah dan bawang yang dah di kisar tadi.
7. Masak dengan api sederhana, masa yang lama lebih kurang 2 ke 3 jam supaya daging empuk mudah nak di makan.
8. Dah agak-agak daging lebut bolehlah masukkan garam sebagai perasa dan masukkan daun sup ikut suka.
9. Siap masak dan boleh dihidang sama ada dengan nasi atau pun makan bersama bihun/mee/ketiew.

Senang je kan. Mama tak pernah guna rempah sup serbuk jadi tak tau la tang mana bezanya. Kalau ada nzk letak sayur pun boleh. Lobak merah, kentang, maupun tomato ikut selera sendiri la.

Sedap yang mama masak tak sama dengan kedai. Mama masak dengan kasih sayang untuk anak-anak mama makan dengan seleranya. Makan di kedai tak sama sebab di kedai letak lebih banyak lemak mungkin sebab nak jimat kan, mama masak tak masukkan lemak sebab anak-anak bising cakap bila makan liat. Sayang je kalau di masak tapi tak di makan walupun ada yang kata lemak tu menambah lagi perisa dalam sup. Tapi pada mama biar mama masak tanpa lemak supaya anak-anak mama tak termakan lemak tu sekali.

Wednesday, February 14

Jemput Jagung Kegemaranku

Assalamualaikum...

Dah lama mama teringin nak makan jemput jagung macam opah buat tapi tu la bila opah ada kat sini opah nak masak lain pulak jagung tu. Tak pe pelan-pelan mama belajar masak ikut air tangan opah. Ngaku je la ye, walaupun dah nak 11 tahun nikah tapi mama bukan pandai masak sangat pun. Yang mana anak-anak suka mama pandai la sebab ulang kali masak. Tapi yang jarang masak tu mesti lupa kan.

Pak long ada bagi 5 tongkol jagung. Dalam hati mama rasa sedapnya kalau buat jemput jagung. Anak-anak mama dah jemu kot makan jagung. Sebelum ni ayah ada beli mama rebus tapi tak berapa jalan pada tekak anak-anak. Kali ni mama nak masa jemput pula. Makan ke tidak kali ini ikut selera mama.


Ni bancuhan tepung yang dah di perap 2 jam, buat masa nak masak untuk tengahari. Selit bancuh sekali senang bila dah siap. Nak guna tinggal goreng je.

Senang je rupanya nak buat jemput jagung macam opah tu. Mama je yang tak pernah terfikir nak cuba. Ok ini sukatan yang mama agak-agak juga la, kalau nanti anak-anak mama nak cuba silakan ye. Mama tak kisah kalau anak lelaki mama pun rajin ke dapur.

Bahan-bahan
2 tongkol jagung
1/2 batang lobak merah
2 biji bawang merah kecil
Segenggam ikan bilis
Sedikit daun sup
Sebiji telur
2 cawan air
3 cawan tepung gandum
Sedikit cili blend

Cara-cara
1. Tumbuk ikan bilis dan bawang hingga hancur.
2. Lobak merah di parut kasar.
3. Tuang tepung gandum, telor, lobak merak, bawang dan ikan bilis yang di tumbuk lumat, daun sup, cili blend, jagung yang dihiris dan juga garam secukup rasa dan gaul rata.
4. Masukkan air sedikit demi seedikit, agak-agak jangan bancuhan terlalu cair. Kalau tercair tambah tepung gandum lagi.
5. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 1 ke 2 jam. Lagi baik kalau nak masak pagi malam tu dah bancuh.
6. Panaskan minyak dan boleh lah mula menggoreng. Goreng hingga warna kuning keemasan. Kalau nak makan dengan sos cili pun boleh juga.

Senang je kan, ha ni memang mama suka kalau opah masak tu terasa sedap nya sangat-sangat.

Tuesday, February 13

Awal Feb 2018

Assalamualaikum...

Dah masuk feb pun sekarang, ikutkan anak-anak mama dah banyak juga belajar. Abang amar tahun lepas bulan 3 dah ada ujian prestasi, tahun ni tak pasti lagi bila tu. Alhamdulillah setakat ni anak-anak mama memang bijak. Ampun maaf terkadang mama ni terkasar sangat dengan korang ye. Mama nak ajar korang supaya jadi insan yang berguna. Lebih baik dari pada mama dan ayah. Lagi berjaya dari mama dan ayah. Insyaallah.

Amsyar dah 3 hari ponteng pasti. Bukan sengaja tapi sebab dah dijangkiti HFMD jadi lebih baik kuarantin di rumah je. Kadang kasihan sangat tengok Amsyar, dari pada seorang yang kuat menyusu, kuat makan, kuat jerit tapi jadi kurang susu, tersangat kurang makan dan juga jarang sangat menjerit. Mama sendiri dah maklumkan pada pihak pasti, jadi mama tak salahkan pun kalau Amsyar berjangkit dari kawan di pasti atau tidak. Cuma mama tak nak ada yang dijangkiti pulak sebab mama tak  elakkan amsyar ke pasti.

Sekarang kesihatan makin beransur pulih, mama paksa makan ubat, sapu ubat mulut biar ulser jahat tu lari jauh-jauh dan juga sentiasa jaga kebersihan diri amsyar. Cuma amsyar sangat suka gigit kuku. Mama syak amsyar gigit kuku masa tangan kotor. Atau pun mungkin bersih tapi luaran je dalaman tak bersih. Masih ada kuman tertinggal.

Nur Aisyah minggu lepas sepatutnya pergi klinik untuk cucuk 6 bulan tapi dia selsema dan batuk terus tunda. Mama kadang rasa kasihan tapi memandangkan nurse sarankan datang sebulan kemudian mama ikutkan je la.

Balik dari klinik desa follow up check up 6 bulan Nur Aisyah tapi nurse tak bagi cucuk tunggu bulan depan baru datang lagi. Amsyar dah letih, mengantuk siap baring, pening kepala katanya. Cuaca pun panas je dah beberapa hari ni.

Aih...jadual mama pula di rumah sentiasa padat lagi-lagi sibuk melayan Nur Aisyah. Masa rehat pun dapat sekejap itu pun kalau Nur Aisyah bagi kerjasama. Ada anak kecil memang menduga, lagi pula sekarang Nur Aisyah sudah mula mengesot, mama dudukkan dalam walker biar dia meneroka semua ceruk dalam rumah ni. Tempat paling disukai sama ada dapur atau pun pintu depan.

Tempat kesukaan Nur Aisyah kalau mama buka pintu, ada jaring jadi tak dapat dia nak sentuh selipar yang ada di luar tu. Jaring tu sebenarnya untuk elakkan kucing masuk dalam rumah, tapi ada juga yang bijak melompat masuk dalam rumah.

Pintu depan dia boleh tengok kucing, burung dan kereta lalu lalang cuma mama kena pantau lebih sikit la takut pula kalau di makan nya sampah atau serangga.

Apa pun semoga anak-anak mama sihat sentiasa dan berada di bawah lindungan Allah.

Sunday, February 4

Buat Anak-anakku

Assalamualaikum...

Dah tiada masa lapang lagi rasanya buat aku sejak akhir ni. Maklum saja sejak ada Nur Aisyah semua agak kelam kabut. Terpaksa belajar untuk membiasakan diri setiap hari walaupun dah hampir 7 bulan usianya kini. Dulu masa abang 3 orang tu memang mama banyak masa rehat sebab kerja kan. Kalau tak sihat boleh ambil cuti sakit. Tapi bila dah jadi surirumah sepenuh masa memang tiada istilah cuti.

Anak-anak yang 2 orang tu dah pandai membaca, mama taip 1 perkataan mereka pakat baca kat belakang kita. Aduh jadi dengan itu mama dedikasikan blog ini untuk anak-anak mama yang 4 ni. Mama kongsikan kisah kamu berempat disini. Di mana kasih sayang kita yang tiada berpenghujung bermula dari kamu lahir lagi.

Walau pun banyak kisah anak-anak dalam blog ni tapi terkadang mama terselit apa juga hal yang berlaku di sekeliling mama dari sudut pandangan mama sendiri. Mama harap jika suatu hari anak-anak mama jumpa blog ini, mama nak kamu semua tahu kisah yang kamu lalui semasa kamu semua masih kecil. Insyaallah mama akan sentiasa coretkan tulisan buat kamu kenangkan satu hari nanti.