Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, March 31

Hasilnya

Assalam...

Semalam settle 2 perkara yang patut terlaksana. Heh! sangat pantas ok, bawa Zikri g klinik kul 3 petang pasal time awal-awal aku sampai dia masih tido lagi. Nak kejutkan tak sampai hati maka lepak je la kan kat umah MIL. Tak sampai kul 2.30 dah bangun so lepas bagi susu terus zaasss g klinik berdua-duaan.

Sampai klinik memang tak ada orang lain, yang ada nurse sorang je. Ehm....ni yang suka datang petang-petang ni tak payah nak Q lama-lama tunggu giliran. Kalau tak time pregnent dulu memang naik keras bontot tunggu turn. Padahal bila dah sampai turn bukannya lama pun derang ambil masa nak check.

Berat naik 11.6 kg
Tinggi dah 76 cm

Ish....nampak berat tu naik sangat la kan, last time check up bulan ke 9 baru 10.4kg. Uwa....patut la nak patah pinggang aku kalau bawa dia dukung lama-lama. Time inject lagi best! langsung tak nangis ok, senang hati aku cuma masa dah kat kereta pulak dia buat hal tak nak duduk kat car seat dia. Bantai nak main payung pulak dah...ish...cancel plan mamanya nak pegi cari kek! hampa.... Next time je la mama beli eh, kita celebrate belated birthday je.

Pujuk dengan bagi sebotol vitagen, nasib baik sebelum balik dari ofis aku sempat singgah beli dekat kedai 99 kalau tidak maunya mati kutu aku. Tapi ok la untuk sekejap lepas tu mengamuk sakan, ish...sampai la kat umah. Kesan inject tu ke eh?


Bagi makan pisang lepas dia mengerjakan apa yang ada dalam handbag aku. Sampaikan hari ni access card aku pun lupa nak bawa. Geram...rasa macam nak kunyah-kunyah je jari-jari comel budak ni.


Masa ni tengah tunggu turn nak masuk jumpa DR, ayahnya terus masukkan dia kat dalam kereta tu punya la suka dia. Tapi ni bukan nak bagi makan apa ok, yang putih tu tisu pasal nak lap mulut da.. :)


Muka excited la pulak budak ni.

Malam lepas maghrib turn aku pulak nak kena check. Selalu pergi masa lepas balik ofis tapi malam tadi dear balik lewat petang takkan nak pergi time maghrib pulak. Sabar je la kan, tunggu jugak la last-last pukul 9 baru settle semua.

Hasilnya, BP plak naik sket...tapi masih tahap normal kat DR, maybe stress fikir masa dah dekat-dekat nak bersalin ni kan. Aduh la..... berat pulak turun! wow walaupun turun 200gm tapi DR inform jugak ok, ehmmmm aku story la kat DR kan sekarang selera aku memang tengah menggila. Nak-nak pulak bila tengahari time kerja. Dear pulak time-time hujung pregnent ni la sibuk tanya nak makan apa, nanti kalau dah kuar baby tak boleh nak makan lagi. Ish...."BERPANTANG" untuk seketika. :p

Pendek cerita semalam no scan pasal baru lagi kan DR scan tu hari, just check jantung baby dan kedudukan je la. Kesimpulan semuanya normal sahaja. Tenang sikit hati aku bila sempat aku tanya kat DR mungkinkah aku akan dipaksa bersalin kalau berlaku BP tinggi. DR kata itu semua masih awal lagi, so kalau nak buat kesimpulan sekarang pun susah juga. Tunggu la next check up kita tengok macam mana pulak. Oh sangat-sangat takut kalau sampai terpaksa operate pulak. Minta-minta sangat yang no. 2 ni normal jugak... Amin!!

Masalah Keputihan Ketika Hamil

Assalam...

Terdetik rasa nak berkongsi atau nak bertanya pada yang tahu dan pernah mengalami. Memang kebiasaan ke masa mengandung akan mengalami keputihan? Tapi pada aku sendiri 2 kali mengandung memang ada, kali ke 2 ni terasa lebih teruk dari yang pertama dulu. So tidak mungkin akan aku tinggal dari memakai panty liner...heheehhe ni je la cara nak control ditambah juga dengan bahan pembersih peribadi...uhmmmm baru selesa ok.

Ingatkan aku sorang je yang mengalami masalah ni tapi rupa-rupanya memang ada masalah ni pada semua orang yang mengandung. Ish...nampak sangat la aku ni tak peka, dah kali ke 2 mengandung baru la hegeh-hegeh nak survey. Tak kisah la kan cepat ke lambat asalkan aku tau jugak.

Ni hasil dari penjelajahan aku hari ni...

1) Hasil dari wordpress.com

2) Hasil dari mamypokoclub.com

3) eramuslim.com

3 Laman web ni yang menarik untuk dikongsikan tentang perihal keputihan ketika hamil dengan lebih lanjut lagi. Terkadang biasanya kita malu nak bertanya orang kan, ini la cara paling mudah nak mencari maklumat. Nak masukkan semuanya dlm blog ni malas rasanya nak copy paste, biar la korang tengok-tengok sendiri infonya. Takut-takut ada info lain yang korang boleh dapat dari laman-laman web berkenaan.

Ni perihal yang tak de kene mengena ok, akak ipar kata maybe aku ngandung perempuan....hahhahahahaha rasa nak ketawa terbahak terguling-guling. Insyaallah kalau diizinkan Allah dapat la aku anak perempuan, kalau lelaki pun aku terima dengan rela. Zikri dan adik boleh jadi macam kembar la nanti kan....heheehehe berangan jap!

Wednesday, March 30

Half Day

Assalam...

Sekarang dia suka minum Vitagen maupun Solivite...ehmmm berebut-rebut ok kalau botol tu dah habis, memang langsung tak nak lepaskan untuk aku buang...

Oh hari ni nak memontengkan diri berdua-duaan dengan Zikri ke klinik desa pasal check up Zikri 1 tahun hari ni. Awal sehari dari date sebenar tapi maybe pasal klinik desa kat kampung buat check up untuk kanak-kanak hari selasa atau rabu.

Tak kisah la kan awal sehari, lewat ke apa asalkan yang penting jangan lari lewat dari tarikh dah la kan. Malam pulak aku nak g check up. Yeah...dah 9 bulan tapi tau tak eh, aku langsung tak kemas lagi beg untuk sebarang kemungkinan yang berlaku. Huh! dasyat kan, sampaikan aku malas aku pernah suruh dear tolong kemaskan. Hahhahahaha melampau gila aku ni. Insyaallah dalam minggu ni akan aku persiapkan semua persediaan yang dah kemas aku simpan kat dalam bakul tinggal nak susunkan aje masuk dalam beg. Baju bajan baby pun dah siap basuh awal-awal senang la nanti kalau dah bersalin tinggal dear angkat bakul je la.

Sekarang rasa nak tukar susu untuk Zikri pulak, rasa macam nak bagi dia cuba perisa coklat pasal dia suka minum milo waktu pagi-pagi. Tapi ada pula suara yang kata kalau minum coklat susah nak buang air besar? ehmmmm...masih mempertimbangkan sekarang ni.

Tuesday, March 29

Alamak!!!

Assalam...

Aduhai...aku ingatkan dah jelas lagi terang tapi rupanya belum jelas lagi ye. Heh sorry sangat-sangat lah ek. Tak sengaja nak membuatkan kekeliruan berlaku.

Sebenarnya MIL aku tetap akan jaga Zikri macam sekarang. Kakak ipar aku pulak yang bakal menjaga adik Zikri nanti...tapi oleh kerana akak ipar aku ni perlu hantar dan ambil anak dia setiap hari ke sekolah makanya adik Zikri nanti dia akan tinggalkan dekat rumah MIL buat sementara.

Nak nak pulak rumah MIL dengan rumah kakak ipar aku ni dekat sesangat la kan. Selang sebuah rumah je. Tu yang aku tak kisah kalau kakak ipar ada rancangan yang begitu. Yang penting mereka berdua masih dijaga dan masih boleh berjumpa setiap hari walaupun lain orang yang jaga.

Paling-paling aku senang hati pasal yang jaga mereka-mereka nanti adalah saudara mara sendiri. Kita kenal siapa orang tu dan kita tau macam mana keadaan rumah orang tu. Lagipun akak ipar tu anak-anak dia semua dah besar, yang bongsu sekarang pun dah darjah 3 ke 4 kalau tak silap aku la. Yang sulung pun dah kerja dah pun. Kene pulak derang sekeluarga layan Zikri dengan baik sekali tu pasal aku tak teragak-agak nak bagi izin akak ipar aku tu yg jaga.

Sebelum ni pernah juga akak ipar aku jaga anak jiran sebelah rumah dia tapi tak sampai setahun. Alasan kenapa stop aku sendiri pun tak tahu. Yang aku tahu akak ipar siap tolong jagakan kalau jirannya nak keluar cari barang dapur hari sabtu maupun ahad. So sendiri kena faham-faham la ye.

Harap-harap jangan la ada kekeliruan lagi lepas ni. Tapi tak tau pulak la kan kalau masa adik Zikri dah keluar nanti tiba-tiba ada orang yang bertukar fikiran....itu hanya Allah yang tau aku hanya mampu merancang buat masa ni.

Seronok Juga Eh...

Assalam...

Nak cite pasal malam tadi aku menjaga anak buah aku yang duduk dekat sebelah umah sewa aku sekarang ni. Haikal nama dia, budak ni kalau bab-bab berkata-kata memang petah sangat-sangat ok. Terkadang sampaikan maknya sendiri pun tak terlayan dengan semua soalan yang Haikal ajukan. Kami yang bukan mak ayah dia lagi la tak terlayan. Terkadang sampaikan merepek pulak budak ni kalau kami layan.

Malam tadi mak dengan ayahnya pergi klinik bawa adik Haikal jumpa DR. Entah kenapa sepanjang hari adik dia muntah-muntah pulak. Haikal pula masa tu ada kelas mengaji dekat rumah jiran seberang jalan area rumah kami. Tak jauh sangat la tapi maybe mak ayah dia malas nak tunggu kalau tunggu takut nanti time di klinik ramai pulak orang. Kebanyakkan klinik yang ok servisnya di kota kemuning sana tutup lebih kurang pukul 9 malam atau paling lewat pun 9.30 malam.

Haikal balik dari mengaji terus datang singgah umah kami pasal dia nampak kereta ayahnya dah tak ada. Lepak-lepak main dengan Zikri sampaikan satu ketika dia tengok aku baca surat khabar. Habis je aku baca surat khabar aku capai novel pulak. Entah macam mana haikal terus datang sebelah aku kata nak baca surat khabar la. Ehmmmm haikal ni dah darjah 1 sekarang ni.

Front page dia baca terus buat aku nak tutup novel layan tengok dia baca surat khabar pulak. Ish...nampak macam slow-slow dalam hati eja tapi boleh tahan juga la. Perkataan yang susah dia akan ambil masa nak sebut. Aku nak dengar dia eja tapi die eja kat dalam hati kot, pasal langsung sepatah pun tak keluar kecuali bila dia sebut perkataan tu la kan.

Hampir separuh surat khabar tu dia baca tajuk-tajuk besar sampai la Zikri kacau. Oh! ni la perasaan seorang ibu, mak-mak maupun mama-mama sekalian alam rasa eh. Seronok ok walaupun bukan anak aku tapi aku tumpang happy dia mampu mencuba walaupun dia nampak tak yakin.


Haikal tak ada kat pic ni, adik dia yang berdiri kat depan Zikri dan yang pegang Zikri tu anak akak ipar yang akan jaga adik Zikri kelak.

Harap-harap aku mampu membimbing anak-anak aku nanti sampai jadi macam haikal ni maupun jadi lebih bijak lagi..insyaallah kalau diizinkan Allah. Kata orang doa ibu bapa itu penting buat anak-anak. :)

Monday, March 28

Salam Takziah Buat Keluarganya

Assalam...

Perut masih kenyang, tambah pulak termengah-mengah naik tangga jap tadi. Sampai-sampai kat ofis belum sempat nak letak handbag pas kan makanan buat kawan-kawan yang kirim untuk bungkuskan makanan. Tup-tup amoi sorang ni terus datang sapa, ingatkan dia nak amibil makanan dia tapi sekali dia nak inform kan senior engineer kat company ni dah meninggal dunia.

Oh....nak mengucap pun ada, nak jawab "innalillah" lagi la tak boleh kan. Tapi aku nak kata apa eh, dengan muka yang tercengang-cengangnya aku kata dah sampai masa ajalnya tiba. Semoga rohnya bersemadi dengan tenang hendaknya.

Sekarang aku nak buat kerja,  kerana apa....kerana ada banyak tender nak dibuat tambahan pulak sekarang ni keadaan amat la tidak selesa buat aku. Dah masuk 9 bulan semalam, so lepas ni mungkin bila-bila masa kot baby boleh keluar. Petang ni sepatutnya pergi check up 9 bulan punya tapi aku ganjakkan ke hari Rabu pasal nak bawa Zikri pergi check up hari yang sama. So amik halfday la hari tu.....pergi petang pasal masa tu orang tak ramai. Malam aku pulak kene check...heheehhehe

Yes! Senang Hati

Assaalam...

Eh pagi-pagi Isnin yang buzy ni nak senang hati la pulak eh aku ni. Bukan apa sekarang tak payah susah-susah nak fikir adik Zikri nanti nak tinggal dengan sapa. Wah berbunga-bunga rasa hati bila dear bagitau akak ipar ada niat & hajat nak jaga. Ohh.....terharu sebentar! hahahahhaha

Niat aku memang nak tinggalkan Zikri ngan akak ipar sejak dari awal lagi tapi dah alang-alang MIL nak jaga so aku biarkan aja la kan. Tambahan pulak akak ipar masa tu tak yakin pasal dia tak minta izin ngan suami dia nak jaga Zikri tapi kali ni ntah macam mana abg ipar boleh tanya pulak apsal akak ipar aku ni tak jaga Zikri sejak dari awal? hoh....Bukan salah aku ok, tak kesah la kan rezeki MIL nak jaga Zikri.

Tenang pasal sekurang-kurangnya biar la sedara mara sendiri yang jaga. Senang hati amat tambah lagi umah akak ipar ngan MIL sekangkang kera la sangat. Buka pintu umah MIL je dah boleh nampak umah akak ipar. So kalo bukan sedara sendiri siapa lagi yang lebih baik nak menjaga anak kita kan.

Zikri pulak jenis yang suka nak main-main dengan anak-anak akak ipar tu pulak...lagi la akak ipar aku ni geram. Makanya aku relakan juga derang berpisah rumah asalkan masih boleh berjumpaan setiap hari tak kisah la di rumah MIL atau kat umah akak ipar sekalipun.

Akak ipar ada tugas nak hantar dan ambil anak dia ke sekolah setiap hari. Bila masa nak ambil dia akan tinggalkan di rumah MIL sekejap, ehmmmm time ni la 2 beradik ni nanti boleh berjumpaan.....yahooo!!!

Saturday, March 26

Pemanduan

Assalam...

Sejak akhir-akhir ni aku kerap pulak masuk lewat kerja... bukan apa dek kerana ada saja kekangan masalah kat umah. Bila sampai masa nak keluar dear nak masuk bilik termenung la pulak, kekadang Zikri bangun lewat pun boleh jadi masalah sebab biasanya aku akan mandikan dia sebelum pergi umah MIL. Ni memang kebiasaan Zikri sejak dari awal lahir, mandi awal pagi. Tapi mesti guna air suam kalau tidak menggigil-gigil la dia pagi tu tak pun mengamuk tak tentu pasal.

Semalam dan sebelum-sebelum ni, entah kenapa bila aku drive je ada je kereta yang nak mencari nahas. Pagi kelmarin masa nak keluar simpang kat belakang rumah asyik pandang sebelah kanan je pasal nak masuk lorong kiri. Tengok sebelah kanan clear terus je la keluar ke kiri, tapi belum sempat nak tekan minyak nampak sebuah kereta Myvi potong lori....ehmmm tersentak sekejap sampaikan aku berhenti pasal nak bagi laluan. Sabar.....

Tapi ini bukan kali pertama aku alami nasib yang sama sudah beberapa kali aku terserempak dengan kereta yang nak memotong kereta maupun lori sampah atau apa sahaja kenderaan. Mereka-mereka ni tak fikir e sebelum nak memotong kalau tiba-tiba ada kereta keluar simpang? ish....

Paling seronok time aku balik kerja kelmarin, tiba-tiba kereta BMW dari arah depan dengan sesuka hati memotong kereta depannya walaupun cuma sebuah kereta je. Nak dikatakan kereta depannya tu bawa slow tak jugak....atau pun dia berniat nak try test kereta BMW barunya tu kot?ehmmmm boleh confius sekejap aku. Mujur kereta belakang aku masih jauh dan kereta aku tak laju mana masa tu, kalau time tu aku pun tengah pecut...maunya jadi kes pulak. (tak de niat nak boldkan tapi kekadang geram sangat, patut ke kalau bawa kereta tu kene drive cara yang bahaya?)Sabar....

Tengah-tengah boyot cam ni kekadang terasa malas sangat nak drive ditambah-tambah pulak dengan ragam pemandu sekarang yang macam-macam peel....tapi tak mampu nak paksa dear menjadi driver. Insyaallah nanti kalau dah masuk 9 bulan maunya aku paksa jugak dear jadi driver aku pasal time peknen kan Zikri dear jadi driver buat seminggu. Seronok ok, time tu aku tak payah susah-susah nak cari parking kat ofis ni. Tambah pulak sekarang ni makin ramai yang kerja kat sini. Tiap kali ada orang baru masuk je mula la gelabah kan...pasal standard la 1 kereta sorang....kaya tul la kan orang yang kerja kat sini. Parking area dah la terhad lebih-lebih lagi kalau masa tu semua yang kerja kat site turun ofis nak meeting. Huhu terpaksa la menapak jauh-jauh.

Aku pun pemandu, terkadang ada jugak kesilapan aku tapi harap-harap kejadian yang merbahaya ni tak lagi terjadi. Maklum saja la aku ni duduk kalau diikutkan area kampung dalam bandar. Kereta baru orang memang la aku tak boleh nak lawan pasal aku pakai kete cabuk laki aku je (kete cabuk pun tapi kami sayang sangat-sangat ok), tapi aku bukan nak lawan aku cuma nak sampai ketempat yang aku tuju dengan selamat je. Takkan itu pun tak boleh kan....heheheheh

Friday, March 25

Lawak Tengahari

Assalam...

Cerita lawak tengah hari tadi.

OG : Azian....sekarang i dah nampak u punya baby
Aku: Huh! hebat la u, baby belum keluar u dah nampak meh?
OG : (tak terkata, tapi ketawa terbahak-bahak)

Time ni budak-budak ofis yang lain pun pakat ketawa sama, walaupun derang ni Cina patutnya masih tak faham sangat la kan dengan bahasa melayu tapi derang memang faham maksud kata-kata aku. Perg....member aku kata makan dalam betul jawapan yang aku bagi.

Ish....sorry la eh, aku tak berniat nak kecilkan hati orang. Cuma gurau-gurau...biasa la kat sini lebih ramai Cina dari melayu so kenkadang terjadi la tersilap maksud ni. Setakat ni budak-budak kat ofis tau aku tak berniat pun nak kena kan derang tapi cuma nak berlawak je.

Heh tapi lepas aku ingat-ingatkan sekarang ni....cam ne la aku boleh terlepas jawab macam tu pulak eh?

Memang la kalo compare dengan time pregnent kan Zikri perut aku tak de la besar macam ni tapi yang sekarang ni memang ketara lebih besar...ouh...nak amik pic tapi segan amat la pulak. Dah la sedia ada chubby nanti bila amik pic bertambah-tambah chubby lagi.

Oh..lupe, rabu lepas akak ipar aku selamat dah bersalin baby girl yg ke 3 dari 4 orang anak. Tapi cian anak laki dia yang sorang tu bising-bising pasal dia tak ada geng nak main bola. Boleh pulak jadi macam ni eh, susah betul la nak puaskan hati budak-budak ni. Sampaikan akak ipar kata pernah kat klinik anak laki dia bantai nangis kat klinik pasal DR scan dan kata perempuan. Ish....maybe next baby la kot laki-laki pulak. :p

Aku pulak, sekali tu DR scan kata lelaki so tiap kali pergi check up aku tak pernah nak tanya lagi. Pasal aku malas kang kalau tetiba DR kata perempuan jadi mengharap la pulak kan. Kita tunggu je la nanti yang keluar tu lelaki atau pun perempuan. Kata la kan DR kata aku ngandung anak perempuan, mesti minda aku set 100% perempuan....boleh jadi tak nanti yang keluar lelaki tapi jadi lembut pulak?ishh...merepek pulak aku ni :)

Ok la, nak continue buat kerja....

Tuesday, March 22

Kekecewaan

Assalam…


Apa kes kecewa pulak ni ye. Ini bukan berlaku hari ni tapi berlaku hari ahad semalam. Bukan apa ntah apa yang tak kenanya dengan nasib kami atau kami yang tersilap langkah mengatur masa perjalanan? Confuse sekejap ok bila di ingat-ingatkan balik.

Ahad hari berjalan-jalan kami bertiga. Buat masa ni masih belum ada baby boleh la nak berjimba-jimba ..ahhahahahah. Nanti kalau dah ada baby susah pulak nak jalan-jalan berempat, maunya kena plan semuanya dari awal-awal lagi tak boleh main redah je.

1st venue pergi sale kiko dekat area umah sewa akak yang lama, alang-alang kami nak gerak tengok hot air ballon di putrajaya apa salahnya singgah sekejap. Tapi hasil yang kami dapat amat-amatlah mengecewakan, sampaikan ada rasa nak bagi tau dekat mak bapak yang baru sampai kat pintu pagar tu supaya balik dan pergi shopping je kat Jusco. Pasal apa aku geram sangat? Pasal langsung tak jumpa baju untuk saiz Zikri. Dengan kawasan jualan yang kecil ditambah lagi dengan keadaan baju yang dah bercampur aduk saiznya. Memang rugi je datang Cuma untuk tengok-tengok je. Buang masa la kalau saja-saja nak pergi sana nak beli baju. Lastnya balik dengan tangan kosong!

2nd gerak g Putrajaya pulak, tapi sampai-sampai kat putrajaya hujan mencurah-curah. Pusing-pusing cari parking dapat pulak area yang dekat dengan hot air ballon tapi sayang show tak de, kecewa la lagi….huaaaaaaaa Ish apa la nasib kami ni eh. Jenjalan kat luar tengok apa yang berkenan tapi belikan zikri topi je pasal nak cover kepala die kena hujan tu pun susah bukan main nak bagi dia pakai. Jap-jap mesti nak buka.

3rd kami pergi IOI Mall puchong pulak pasal aku teringin nak makan nasi ayam yang selalu aku makan time duduk ngan akak dulu. Tapi dalam kereta zikri dah terlelap, ajak dear singgah kat Tesco Puchong boleh aku jumpa member sekampung. Terubat jugak rindu nak jumpa. Heh! Padahal kat kampong kami duduk sebelah rumah je tapi nak buat macam mana jarang-jarang balik kampong date yang sama. Dear tido dekat dalam kereta dengan Zikri. Huh aku je seronok nak berjumpa kawan lama.

Lebih kurang sejam Zikri bangun kami gerak g IOI, masuk jusco pasal nak cari baju maternity untuk aku la, sekali tengok tak ada pulak yang berkenan. Makanya aku merancang nak tukar stail la untuk bulan depan, nak pakai jubah pulak…agak-agak kat mana yang cantik-cantik lagi murah eh?

Apsal aku kepingin sangat nak tukar stail ni ye? Bukan apa pregnant kali ni Nampak sangat saiz perut yang makin besar. Ish….ni yang berkobar-kobar nak survey jubah…hari tu ada Nampak kat peace tapi time tu Zikri meragam pulak tu yang cancel nak masuk. Next time la, tapi tak mau la pergi berdua dengan Zikri je…nak ajak dear skali la pasal boleh la minta duit dear. Hahahhaha akal jahat!

Kesimpulannya, memang kecewa tapi berbaloi dapat habiskan masa dengan keluarga. Hujung minggu ni pulak tak tau nak pergi mana, nak ajak dear g Peace la…nak cari jubah. Minggu depan isnin ada check up lagi….tapi dear ajak pergi hari rabu je pasal rabu Zikri pergi check up dekat klinik desa untuk setaun….khamis genap la setaun. Ok jugak la kan, senang sket pasal ada driver tolong bawakan. Yahoooo….

Monday, March 21

Bangga Sekejap

Assalam…


Wah….pagi-pagi lagi dah mula gatal nak mengupdate blog pulak padahal kerja pagi Isnin bertimbun-timbun masuk ok. Sabar je la kan, sampaikan ada rasa nak hantar resign letter hujung minggu ni dek kerana tekanan kerja yang maha hebat. Ish….kuatkan semangat mu wahai Azian….tekanan ada dimana-mana juga.

Tapi kan kalau aku berhenti ok jugak tak? Pas habis pantang anak-anak nanti confirm aku yang akan jaga. Tak payah susah-susah nak cari orang nak jaga. Boleh la berniat dengan sepenuh hati nak bagi fully BF untuk adik Zikri nanti. Argh….aku rasa kalau diusulkan niat ni pastinya dear akan sokong 100%! Huh….maybe boleh proceed kot kalau minggu ni bos masih berkelakuan yang sama.

Paling tak menahan pagi ni dapat fax dari supplier. Tak de la beza pulak dengan supplier yang lain Cuma kali ni rasa lain macam pulak feelnya. Pasal attention nama aku la tu yang buat aku rasa macam bangga sedikit + ngan malu-malu ala kucing ok. Hehehehe

Tak pernah ada supplier bagi quotation attention nama dengan title aku sekarang ni, selalunya aku akan dapat sama ada Ms maupun tiada title langsung.

Saturday, March 19

Persediaan Mental Maupun Fizikal?

Assalam...

Apa punya title la pulak hujung-hujung minggu ni eh, bukan pe sejak entry pasal story hasil check up 8 bulan terfikir la pulak kan macam mana la nanti aku nak handle 2 orang anak sekali gus.

Fine! memang la aku kerja tambah-tambah pulak kerja 5 ke 6 hari seminggu. Orang pasti kata aku cuma perlu layan malam dan waktu hujung minggu sahaja kan. Tapi rasanya malam dan hujung minggu tu pasti ada cabaran tersendiri jugak kan? Time bila nak masak, kemas rumah, siap-siapkan baju-baju dear, baju aku maupun baju anak-anak aku nanti? Hoh! kata orang jangan fikirkan sangat tapi kalau aku tak start fikir dan plan baik-baik dari sekarang maunya akan datang meronta-ronta minta bantuan orang lain tak pun on the spot berhenti kerja! huaaaaaaaaaaaaaaa.......

Siapa-siapa yang ada pengalaman eh? akak ipar kebanyakkan ada jugak tapi aku tak sempat nak tengok pasal time tu aku belum kenal dengan dear lagi. Ish...akak-akak belah aku plak tak de yg anak rapat macam aku nanti.

Kawan-kawan? K sue rapat gak, ada jugak survey blog yang beranak rapat tapi tak banyak story la pasal time management memang lari 100% dari yang dijangka la kan. Kalo tak silap beza umur anaknya tu setahun seminggu, so memang rapat sangat la kan hampir-hampir jugak macam aku.

Sekarang plan nak cari siapa yang akan jaga adik Zikri nanti, yang lain aku rasa aku boleh plan slow-slow start dari sekarang. Harap-harap dear pun dapat membantu. Yang ni aku percaya pasal sekarang pun dear memang layan Zikri lebih dari aku. Nak minta MIL jagakan jugak macam kesian sangat tapi memang la kan kalau dear tak kerja dear yang tolong jagakan tapi kalau dear kerja dan Zikri pun buat perangai? macam mana la MIL nak handle 2 orang sekali gus.

Ok la tak mau la nak sesakkan fikiran aku hujung minggu ni. Manfaatkan cuti yang ada dengan Zikri, masa untuk lupakan tekanan kerja yang maha hebat minggu ni dan pastinya akan berterusan sehingga minggu hadapan. Ya Allah, kau permudahkanlah perjalanan kerja aku dan berikanlah aku kesabaran demi menghadapi apa juga dugaan yang mendatang.

Dia Cinta Hati Saya

Assalam...





Pejam celik pejam celik dah nak masuk 5 tahun usia pernikahan aku dan dear. Ya Allah pantasnya masa berlalu.... terasa baru semalam perkenalan kami berlangsung. Saat manis perkenal yang sangat-sangat manis untuk dikenang sampai bila-bila. Kata orang cinta itu buta bukan, tapi Allah dah aturkan apa yang terbaik untuk kita. Insyaallah aku sentiasa berharap hubungan dan ikatan kami kekal abadi selamanya sehingga keakhir hayat kami.

Ditambah-tambah dengan dugaan maha dasyat kami 3 tahun awal perkahwinan tiada zuriat tapi Allah tahu kami kuat dan kami mampu hadapi rintangan itu. Tahun ke 4 akhirnya kami dapat menyambut ulang tahun perkahwinan bertiga dan menyambut aidilfitri bertiga untuk pertama kalinya. Itu adalah masa-masa yang terlampau manis untuk dikenang, cuma pahit bila arwah bapa tak sempat nak bermain dengan cucunya walaupun arwah tahu aku dah mengandung ketika itu.

Untuk dear, suami yang paling aku sayang....kala ayang titipkan nukilan ni air mata dah mula mengalir...tak terluah rasa cinta buat dear.....tak tahu macam mana nak lafazkan rasa bangga sebab kenal dengan dear....tak terlafaz lagi kata-kata cinta....yang pasti pujian orang lain maupun ahli keluarga sentiasa aku terima...Terima kasih Ya Allah kerana temukan aku dengan kekasih hati yang terbaik seperti dear...

Thursday, March 17

Hasil Check Up 8 Bulan

Assalam...

Lama rasanya tak mencoretkan sebarang jejak, setakat sempat baca je blog org lain. Nak update blog sendiri ntah la kan. Bukan pe masa tersangat2 la mencemburui aku skrg ni. Kerja2 di ofis mmg berlambak2 sampaikan terpaksa buat apa yg tiada kat dlm JD ok. Sabar je la sangat2 kan...kalo ikutkan hati dah lama nak buat keputusan nak benti baik dok umah je senang cite. Jadi CEO kat umah sendiri lg bagus kan. Tp masanya blm sesuai.

Hari ni pun hampir2 nak balik lewat, sib baik kerja siap on time. Kalo balik lewat ada imbuhan tak pe gak....ni tak de ok. Kedekut kan? hahahahahah

Ok nak story sket pasal last check up hari isnin lepas. Aku pergi sorang2 lepas balik kerja kul 6.20 sampai klinik. Dlm hati rasa mcm nak call tanya ada DR ke tak tp bila nampak kete DR tu ada terus la aku parking dekat2 area klinik tu. Ehmmmm harap2 org tak ramai la kan. Malas kalo balik lewat sgt.

Alhamdulillah aku org ke 3 kot, time aku sampai ada sorang amoi ni nak jumpa pakar jugak. So die dulu la yg masuk aku plak lepas amoi tu la. Tp apsal la ntah lama sgt aku tgu kat luar, ntah apa la masalah amoi tu ek? Hello...takkan nak g tanya kot, mesti P&C kan.

Kul 6.50 baru aku dpt masuk, hehe segan pulak bila compare ngan org lain yg dtg ngan suami. Aku ni selamba je la dtg sensorang. Eh DR tu tak bising pun ok, aku mmg senang kalo dtg sensorang pape hal aku tinggal inform je kat dear. Hehehehe... padahal dear kat umah tgh fikir sape2 yg blh tlg antokan dear g klinik sana tu. Huh! lawak je kan, nak g malam tkut ramai plak orgnya.

Hasil check up, BP naik! ish ni mesti pasal baru blk kerja kan. Tu yg mendadak naik tu. Berat pun dah naik dkt 10kg. Huh! semuanya naik ok. Tension je....so DR nak tgok air kencing aku plak sama ada byak kandungan protein plak. Ehmm ikutkan je la kan, lg plak dah rasa nak terkucil sgt. :)

Scan baby gerak ok, semuanya normal...jantung baby pun cantik dan air ketuban pun baik. So pandek kata kecuali berat ngan BP yg lain semuanya ok. Huhuhuhu....

Ish2 ok la nak lelapkan mata la, hari ni kerja mengira2 je. Mata pun rasa cpt layu tambah lak malam jumaat ni kan, tak de cite yg best2 pun. Plan nak minta dear urut2 kan badan sebelum tido, dah rasa sengal2 badan la skrg ni....tambah lak kerja duduk je kan.

Padahal jalan lama pun tak kene nak duduk lama lg la tak kene. Dah mula terasa sakit kat bahagian bawah. Mmg time scan tu ari DR kata kepala dah turun kat bawah. Jgn la skrg...mama blm ready lagi ni. Haahahaha agak2 blh ditahan2 ke eh?

Oh ye pas ni g check up tiap2 2 minggu skali...:p masanya dah hampir la tu kan....

Tuesday, March 15

Kejar-Kejar

Assalam...

Wah!!! minggu yg sibuk datang lagi, sempat jugak nak update blog eh?hehehehe...
3 orang dok kat tender dept ni 3 org ni jugak la maha buzz skrg ni. Sorang handle 3 tender. Due jgn tanya ada yg urgent tender ada yang big tender ada gak yang big boss punye tender. Huaaaaaaaahhhhahaahah...kalo bos dah buat tender sendiri mau ingat la kan die punya tahap keseriusan tender tu. Of coz mau menang punya! (sib baik bukan aku yg handle kalo tak maunya BP aku naik lg).

Now tgh Q tunggu giliran nak photostat doc.

Ok dah sampai turn ni, next entry aku story pasal check up semalam. Best! :)

Sunday, March 13

Makan-Makan & Bacaan Yassin

Assalam...

Alhamdulillah kenyang lepas makan malam, amik masa jap nak update blog. Sabtu semalam buzzy semacam dek kerana menaip BQ yg maha panjang lagi la berjela...hahahahha...

Hari ni Alhamdulillah selamat sempurna majlis bacaan Yassin buat arwah FIL ngan arwah anak2 MIL yg dah lama tiada. Digandingkan pulak dengan majlis sambutan hari lahir MIL.

Kek kak nab dari meru yg prepare, kek lobak merah lagi. Sedap ok! heh bukan puji ada makna tp puji mmg dengan ikhlas tau..

Malas nak taip byak2 layan je la pic yg ada. :p mood mau tido sudah lepas tgok badminton regu malaysia kalah la ni. Rela tak tgok mentor tau!


Sessi bacaan yassin sambil aku pangku Zikri....seronok bila sekeluarga berkumpul buat aktiviti begini.


Kek hari lahir MIL yg disediakan oleh k nab. Sedap tau!


MIL dipaksa jugak untuk potong kek, tp tak de lilin ok as per MIL wish. Cuma cucu2 nya plak yg sungguh2 nak tiup lilin. Heh


Kami adik bradik dpt kongsi belikan MIL cincin je...tu pun beli last minute.


Budak ni asyik nangis la plak time org sibuk baca Yassin, terpaksa ayah mengalah jaga die.Ish!

Thursday, March 10

No Mood!

Assalam...

Kemengantukkan melanda, gara2 hujan maha lebat di luar sana ditambah2 dengan perut yg sudah penuh diisi. Dek kerana mengisi perut hampir2 terlewat kami masuk office ptg ni. Oh... sabo je la kan.

Ntah nape March ni tak byak tender masuk, ada tp tak bnyak la so kejap2 je dah blh settle. Bila time tak de keje main game tak pon online kat FB tp kekadang bila bos nampak tak sedap ati la kan. Urghhh lg2 bila bos yg tegur sampai kan kata aku ni tak de kerja nak buat ke...ish.... time ni rasa cam nak bgtau je kat die. Time aku busy tak pulak bos2 ni nampak tp bila free nampak la plak.

Sabo je la kan, nak kata tak pandai sorok...dah try sorok2 gak tp dah bos tau nak buat cam ne kan. Hehhehehe...

Tensi la sket pasal patutnya minggu ni g check up 8 bulan tp 2 kali g klinik asyik alasan suh dtg pas maghrib. Tambah plak time aku nak call tanya blh plak nombor yg ada 2 2 no fax! geram ok!

Kesabaran je la aku byak2. Dah la ada bnyak benda aku soal kat dr tu. Ish...agak2 ahad ni dr tu ada tak ek? no dah amik dah semalam, tinggal call je la bila nak dtg nanti.

Wednesday, March 9

Check Up 8 Bulan

Assalam...

Sepatutnya hari isnin lepas aku kene g check up kat klinik barakah tp dek kerana 2 org DR tak de petang tu so cancel la kan. DR yg ganti plak dtg lepas maghrib, takkan nak duduk tunggu sampai lepas maghrib kot... alang2 balik umah baik lepak2 terus la kan. Heh! dasar pemalas sungguh la aku ni.

Update pasal check up ni aku inform esok la kot, pasal hari ni DR ada tp harus kene call dulu tanya betul2 nak elakkan kes yg sama lg. Isnin tu DR yg slalu check up aku anak die tak sehat so bagus la kan, pentingkan anak dlm apa2 juga hal! aku sokong sgt2... DR ganti je la plak blh masuk lewat....ni yg rasa nak dtg ari ahad tp mesti ramai org, tu yg malas tu.

Ok la, harap2 check up hari ni semuanya berjalan ngan lancar, moga2 baby pun baik2 je la time nak scan nanti. Hehehehehe....

Berita Baik

Assalam...

Rindu sgt2 kat mak kat kg, ya Allah maybe perasaan rindu mak2 pada anak2 lg teruk kan? ehmmm nak blk tiap2 minggu rasanya tp tak sanggup plak nak menyusahkan dear tambahan plak kg bukan dekat, kalo dekat mmg tiap2 minggu aku blk ok.

Isnin lepas mak tepon bgtau mak plan nak dtg sini time cuti skola nanti tp tak confirm bila la pasal time cuti skola tu la ramai org kawen kan. Takkan mak tak nak dtg kot, org dah jemput wajib dtg la kan. Lg plak anak2 mak kiranya tinggal akak sorang je blm kawen, apa salah nya pg kan nanti time akak kawen tak de orang plak nak dtg kan susah!

Plan mak dtg sini minggu akhir cuti skola pasal nak temankan dan jaga akak ipar aku kat rawang tu la. Oh...time aku nanti blh tak mak dok umah aku jaga aku lak eh?ngada2 betul padahal dear dkt je kalo jauh maybe mak jagakan jugak. Tak pun awal2 mak ajak blk kg. Hhahahahaha..

Bila mak ada kat rawang kira senang la nak g jenguk, tak de la jauh sgt kan. kurang2 pun blh la nak balik ari. :)

Monday, March 7

Orang Baru

Assalam...

Hehe...time2 tak de pape kerja nak buat ni rajin2 kan lah diri ini mengupdate blog ni. Bukan pe, march ni ada 4 org baru masuk kerja kat sini. Wah nampak meriah bukan...memang pun tp biasa la kan kerja di mana sekalipun pasti ada yg datang maupun yg pergi. Kalo ada yg pergi perlu la dicari pengganti.

Engineer dept kat bawah sana bertambah lg 3 org bulan ni dan seorang lagi pengganti PA boss aka HR kat sini. Berat kan JD die tp tu yg bos nak so trima je la.

Cume yg paling aku kesin pasal PA tu la, takut terjadi perkara lama kat die plak. Dgar2 cite dari pada senior yg ada kat sini PA yg lama resign pasal tak tahan asyik kene sound ngan bos je. Huh ko bos tu ada masanya mmg gile. Serius aku bgtau, kekadang aku pun rasa macam tu. Kalo time die rasa nak tgok kerja2 tender kami2 ni die akan tengok teliti 1 per 1. Hoh! time ni mmg kecut perut ok. Tetiba die tak de kene mengena buat 1 1 tender tetiba plak masuk campur. Ish!

Apa yg blh aku harapkan semoga semua staff2 baru kat company ni blh bertahan. Susah la kan, kalo asyik tukar2 pekerja je.

Tunggu Hari

Assalam...

Eh title tu bukan ditujukan untuk aku la tp untuk akak ipar aku. Skarg dah cukup 9 bulan dan menanti tiba je saat kesakitan bermula sebagai tanda kelahiran cahayamata ke4nya. Wah!!! 4 ok, akak ipar aku baru je 35 tahun....muda lg tu anak dah nak masuk 4 tp kali ni beza agak jauh la, hampir 7 tahun. Oh....jauh sgt kan bezanya tu.

Rezeki dari Allah kan, tak sape blh tentukan nak cepat maupun lambat. Baik terima aja ngan seadaanya.

Kesian kat akak pasal tak de sapa nak tolong hantarkan die g hospital pasal abg terpaksa kerja kat Terengganu, takkan akak nak tunggu abg sampai 9 jam kot...ehmmm kami doakan semoga semunya selamat. Harap2 jiran2 terdekat dpt la membantu di kalo akak ipar aku ni tgh dlm kesusahan. Jiran sebelah umah pun siap inform kalo sakit malam2 tinggal ketuk je tinggap umah derang. Ehmmmmm ok la kan masih ada jiran yg memahami ni.

Pg semalam zikri bangun awal dr biasa, so dear mandikan terus pasal aku saje2 nak guling2 lagi kat tilam yg maha empuk tu. Haahhahaha...saja je nak buli dear padahal malam td dear blk kerja kul 3 pg. :)

Pas mandi dear bgtau aku suh terus siap2 g umah abang, dear g jalan2 g umah MIL jap. Ehmmm hari2 MIL mesti akan nampak muke budak tembam ni...kalo tak maunya sangap aku rasa. Hahahhaha....

Kul 9 lbh kami gerak kuar, sampai sana plan nak makan KFC je tp last2 tak jadi pasal tak jumpa KFC kat area umah akak tu. Geram ok! aku kata kene masak2 gak la cam ni kalo tak nak makan pe kan. Maklum la tuan umah tak tau kami nak dtg kan main terjah je. Huhu...

Menu hari tu simple gile udang goreng tepung, sayur kailan tumis air ngan ikan kembung masak lemak. Oh...ni pun dear makan bertambah2 tau, aku cam bese tak lalu nak makan bnyak2...tgok mood makan lak aku ni eh. Sabo je la.

Gerak blik kul 2.30ptg, singgah kat sungai buloh belikan MIL baja bunga. Cian bunga MIL tak dpt zat yg cukup kata dear. Hehehehhehe... On d way tu nampak org jual cendol ngan rojak kami singgah makan sepinggan...hmmmm blh thn la rojaknya tp kuahnya ada cam rasa kuah mee rebus plak. Tak de rasa kacang langsung, beza sungguh ngan cendol klang yg selalu kami g makan. Ish nak kene pg ni, sedapnya la kan kalo dpt cendol!

Sampai umah kul 5 ptg, coz singgah umah MIL jap hantarkan susu zikri ngan baja MIL. Tu pun singgah jap je, pasal Zikri dah start ngantuk nak tido. Balik2 umah terus mandikan zikri dan tidokan die. Ehmmmm tak pe kan kalo budak2 tido pas asar kan?

Huh hujung minggu kalo tak kuar tak sah kan! Tp akan dtg maybe jrang2 dpt kuar ni pasal dah ada bby lagi. Kuar malam pun dah tak blh...huaaaaaa berpantang lagi la nampaknya jiwa aku. Heh! jap je kan cam Zikri ni la tau2 je dah nak masuk setaun.

Pape pun cuti hujung minggu mmg enjoy kalo ada bersama dgn keluarga tersayang. :)

Sunday, March 6

Seleraku

Assalam...

Apa kes plak nak update blog tgh2 malam plak ni eh? hahahhaha...ni dek kerana tunggu dear blik kerja luar la ni. Katanya maybe makan masa 3 4 jam je tp skrg ni dah berjam2 plak aku rasa. Hah! baru tak jumpa berjam2 dan tak dpt makan malam sama2 pun dah bising la plak. Org lain yg ditinggalkan berbulan2 pun tak kecoh! :p

Maklum je la sejak ada Zikri dear jarang kuar umah malam2. Paling lama pun sejam 2 je la. Ok la tu kan, time untuk dear bersosial...hahahaha tak la besenya dear kuar time kene g rewang...tp selalu nya pegi siang2, malam2 ni suke dok umah je.

Hari ni sepanjang hari duduk umah berdua-duaan dengan Zikri. Plan pg mcm nak kuar tp dah akak ipar nak pinjam kete terus cancel plan. Last2 akak ipar tak jadi pinjam...duh! padan muka aku makanya baik duduk diam2 kat umah. Sempat selesaikan urusan mengemas rumah... sapu lantai, mop lantai, kemaskan dapur, kemaskan bilik tidur tukar semua cadar ngan sarung bantal, basuh baju, lipat baju dan kemaskan almari baju. Cuma tak masak yg leceh2 la, aku sempat masakkan bubur untuk Zikri, nasi ngan lauk telur ngan ikan bilis goreng untuk aku.

Apsal makin dekat selera makan pun makin kurang. Malam ni dear tapaukan roti canai, kalo ikutkan besenya aku blh abeskan sekeping roti telur & sekeping roti kosong. Tp malam ni langsung tak selera, makan nasi tghari td pun tak tambah langsung. Maybe alasan utama sbb tak de geng makan sama. Haahahahaha...

Alhamdulillah Zikri moodnya hari ni sgt2 baik. Risau gak aku pasal skrg ni aku tgh kerap sakit pinggang tambah lak bby kat dlm ni asyik la keras2 je...seram plak kekadang, takut2 dah sampai masa ke...hahahahah perasan sgt la aku ni kan.

Tidonya cukup cuma makan bubur sket je, tu yg buat aku geram tu pasal benda lain die nak makan tp bab bubur ni punya la payah. Cam ne MIL blh bagi siap blh bertambah2 plak tu eh? heran je bila dear kata cam tu.

Ish dah hampir 12.30 tgh malam ni, ok la nak tido dulu la...Nak tunggu gak tp tgok rancangan kat TV cam tak best je malam ni. Nak online FB pun macam boring je sejak kejadiaan yg tak diinginkan berlaku.GUD NITE ALL!!  :)

Friday, March 4

Jumaat

Assalam...



Jumaat penghulu segala hari, tp bg org yg bekerja mcm aku ni jumaat la hari yg dinanti-nantikan. Bukan pe kalo kene sabtu minggu tu cuti kan best, boleh bergumbira bersama dengan keluarga tersayang. Bergumpal-gumpal dengan Zikri, bergaduh dan maupun berperang di kala nak kejar nak settlekan kerja-kerja dirumah. Oh.....tp aku suke!hehe tiap2 minggu time ni la yang paling2 dinanti-nantikan ok.

Sabtu maybe dear kerja, so better dok umah je la kan. Masak2 makanan yg dear nak makan pun kira ok la sambil layan Zikri tak pun kami kuar g Mall...mesti best dpt window shopping ngan Zikri ni. :)

Ahad nanti nak ajak dear g umah akak ipar kat Rawang la, lama tak g jenguk die last jumpa time raya kot. Aku sendiri pun dah lupa. Tambah plak skrg ni pun die tgh sarat ngandung dengan suami jauh di mata. Harap2 dear tak de plan la hari ahad tu cam last week tp last2 cancel jugak.

Oh lamanya tak kuar g lepak2 malam minggu kat bukit puchong.....blh tgok view puchong malam2. Urghhhhh sakan rindu gile nak buat padahal dah ada Zikri ni semuanya terhad sket la kan. Heh nanti dah besar sket blh la bawa Zikri ngan adiknya g lepak2 malam minggu kat luar. :)

Selamat berhujung mingguuuuuuuuuuuuu!!!!!

Thursday, March 3

Persediaan Menjadi Ibu Kali ke 2

Assalam...

Weh...apa punya title la aku letak ni eh. Belasah je la kan, dah mmg pasal tu yg aku nak tulis la ni maka relakan aja walaupun title panjang berjela.

Kurang 2 bulan la nak bertemu ngan kekasih hati ke 4 aku. Yahooooo...pantas mungkin masa berlalu atau aku sengaja buat2 tak tau? heh sabo je la kan. Sesibuk mana pun, tak mungkin melupakan walaupun sekejap. Ditambah dengan tendangan kasih & sayang dr kaki comel kat dlm perut yg makin memboncet ni lagi la tak blh lupa.

So apa preparation aku skrg eh? Time Zikri dulu sibuk cari online apa yg patut aku siapkan time awal2 ni. Nak tak nak yg ke 2 ni belajar dari pengalaman sendiri sahaja ok. Kata org pengalaman adalah guru terbaik buat kita kan.... :p

1. Jamu.
Yg ni mesti letak no 1 pasal yg ni kene start gune time dah blik umah, mmg la jamu tu start makan lepas seminggu 2 tp yg pilis ngan param tu tak blh tinggal ok, harus mula pakai bila sampai di rumah MIL.

2. Baju bajan.
Nampak cam dah complete tp tak tau la kan kot2 last minute ada plak yg tertinggal. Semua dah letak dan susun leklok kat dlm bakul. Tinggal tunggu masa je. Awal?eh kang kalo last minute kelam kabut pulak nak siap2 kan. Hahahaha...

3. BP.
Last year dpt beli Medela Harmony online. Harga blh tahan tu yg tak tertahan nak beli jugak tp ntah la skrg dah lupa plak kat mana aku beli eh, pasal kalo blh tingin nak tgok price untuk Medela FS plak. Huh tamak sungguh kan!

4. Jiwa & raga?
Ni pasal persediaan minda aku la kot. Rasanya mmg mencabar sket la pasal dear pernah luahkan kalo aku nak berpantang di kg mungkin Zikri terpaksa tinggal ngan MIL! huh kejam kan mereka2 ni.....tp yg ni blm aku sedia lg nak berpisah lbh dari 8 9 jam dgn zikri. Dah la susah nak dptkan die, last2 suh pisah2 lak...Tak kira la walaupun sebulan ke mmg tak sanggup. Tp kesian plak mak kat kg takkan mak nak dtg klang nak jg aku kot?anak Yang kat kg tu cam ne la plak?

Kebetulan akak ipar aku pun bakal bersalin tahun ni, due die bulan march tp aku april...hmmmm abg dah minta mak dtg jengukkan akak ipar pasal abg keje kat terengganu akak ipar plak kat rawang. Oh yg ni mmg perlu difikirkan dengan sedalam2 nya la kan. Nak bincang ngan dear tp tunggu bila dah sampai masanya. Kalo MIL paksa gak tinggalkan Zikri aku pasti mintak dear blk kg tiap2 minggu! Tak pun rela aku berpantang di rumah sendiri.

Urghhhh penat kan bila fikir2 kan pasal persediaan ni. Ye la apa yg patut nak beli apa yg tidak tp pada aku time dlm pantang pun blh beli gak. Cume tingin untuk 2nd baby nanti full BF. Apa guna ada Medela Harmony tu kan, tak mau ajar baby guna botol time dlm pantang. Kalo time dah naik kerja tu terpaksa la jugak ajarkan, takkan nak biar bby kebuluran plak kan. Moga2 termakbul la impian yg ni, jgn MIL suh bg susu botol gak dah la, pasal time zikri tu ari MIL la yg bising2 katanya zikri lapar lg la apa la, susu kurang la...lastnya mmg guna botol jugak kan. Saba je la aku.

Wacth Out!

Assalam...

Nak syer 1 email yg aku dpt 4 tahun lepas lg, hehe ni kes dek kerana nak kemaskinikan email2 aku la ni. Bila time keje tak de mula la kan buat apa yg patut. So hati2 la eh.

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci"haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah "Dating" dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut. Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa. Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.



Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali terutamanye emak, adik beradik, saudara mara, teman wanita, dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

Agak seram gak pas baca ni, tp tak tau la skrg ni masih gunakan taktik ni ke tak eh. Pape pun segelintir pasti akan gunakan jugak. Tp sayang la kan, pasal tak blh nak pregnen seumur hidup dek kerana setitik je.

Wednesday, March 2

Bebelan Pagi Rabu...

Assalam...

Malam td tido ngan tenang je tu pun dek kerana dah menghabiskan duit gaji dear. Hahahaha...awal2 bulan ni nak buat pe lagi kan, mesti nak pow baik punya. Tghari semalam masak spagetti je tu pun pasal dah lama beli stok daging tp tak masak2 gara dear tak suke ngan western food yg satu ni la. Tunggu time hari sabtu tak pun time cuti gini je la baru dpt makan.

Ajak dear g makan kat luar ngan saje2 nak g buat EPF i-login tp ntah sampai skrg pun katanya password tu salah. Begang jugak la kan, tak pe nanti nak g tesco lg nak try buat skali lg. Pas ni senang la kan nak check EPF. Pasal aku rasa cam ada something, coz amount kat payslip aku lbh tp kat penyata EPF jd kurang plak. Bit confuse jdnya aku, bila tanya kat dear senang je jawapannya....g la tanya akaun...hahahhahaha

Dear ajak masak pasal nak cari milo last2 abes RM 200 lbh gak pasal dok beli stok makanan pelbagai citarasa. Kekadang aku rasa dear yg ngidam kot....wakil untuk aku. Hahahhaha sian plak, siap beli asam mangga lagi. Wow!

Alang2 dah kat tesco g je la makan2 kat dlm tu. Nak g cari yg area luar cam malas je rasanya. Settle makan g umah MIL pasal sepanjang ari ni MIL blm jumpa ngan Zikri lg. Best gak pasal dpt tgok Irfan jalan....heheheheh bila Zikri nak jalan ni? i'm waiting!!!!!

Balik umah dkt kul 9 lbh gak la. Dah overtime Zikri berjaga ni, maklum je la time kat umah nenek mmg tak leh dok diam ada je yg die nak main. Tambah2 lak ngan ramai org tu yg die suke tu. Masuk kat buai terus tido....susu pun tak nak pasal kenyang join kami makan sekali td.

Zikri tido kami berdua apa lg kuarkan apa yg menarik la untuk dimakan sambil2 tonton Hani episod last. Eh apsal dear leh layan plak cite ni?hhahahhahaha...heran jap tp tak pe ni dah episod last kan.

Pendek kata kalo cuti lagi letih aku rasa, plus lg banyak kerja yg tak pat aku nak buat. Time Zikri tido je sempat la g buat sket2 kerja tp bila time die jaga...aduh nak letak kat walker tak yah la nak sorok2 muka, kalo tak nangis cam kene dera je aku dgr. Baik layan die sorang2 tu pasal aku suke kalo hari ahad...pasal bila aku buat kerja Zikri di layan dek ayahnya. Buat kerja pun aman...

Tuesday, March 1

Bercuti

Assalam....

Permulaan bulan march aku plak ambik cuti EL, pasal pe?pasal malam td Zikri langsung tak nak susu dan tido pun tak lena. Syukur pasal dear begitu sabar melayan kerenah Zikri ditambah plak ngan aku yg dah mula sakit2 kat ari2. Adoi...baru masuk 8 bulan tp bby dah mula aktif semacam, tak ingat plak time ngandung kan Zikri yg ni pernah terjadi jugak ke ek...tak rasa sgt kot, pasal time tu excited gile nak bby!

Malam td nak tak nak kami terpaksa guling2 kan Zikri kat depan hall nasib baik die nak tido. Paling kesian dear kuar g minum tak sempat nak sembang panjang2 pasal aku dah tak tau nak tidokan Zikri cam ne. Ngan kembung la, biji sawan dah naik la...tu yg plan pg ni bawa g urut tu.

Settle urut Zikri aku pun tumpang sekaki. Mmg tul la, mak cik urut tu kata mmg bby lasak dah tu suke mengeras. Tp blm masa lagi nak kuar la kan pasal kalo blh biar tunggu sebulan lg la biar bby matang sket. Mintak2 macam tu la kan.

Skrg Zikri dah tido lepas guling2 kene urut, susu pun blm masuk lg ni. Biar die sedap2 tido pas tu aku nak bg gaj curi2...heh kesian ok kalo langsung tak amik susu. Lapo tu tak kot pasal dah minum air kosong ngan makan nestum. Kene tukar2 pasal kekadang maybe die jemu makan nasi.

Kerja hari ni EL tambah lak mmber pun EL pasal anak die demam 2 2 org plak tu. Nak buat cam ne la kan? komitmen untuk personal thing lg diutamakan dari kerja. Ini kami berdua la yg punya cara, org lain kami tak tau. Biar la bos nak bising2 asalkan suami kami rela kami dipotong gaji demi kerana menjaga anak.

Ceh! macam bagus lak kan, hahahhaha..kang ada yg tuduh berlagak lg. :) Ok la, nak masak bubur nasi Zikri nanti bila die dah bngun blh suapkan je. Untuk aku plak ntah la, lauk mlm td ada balance lg so maybe masak nasi je la. Malam nanti nak makan pe plak?hehe...nanti2 petang la aku fikir2 kan