Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, December 28

Anugerah

Assalam…

Zuriat! Ada apa dengan zuriat….5 tahun lalu selepas bernikah aku dan dear tidak merancang untuk menjarakkan kehadiran zuriat. Malahan senantiasa kami berdua nanti-nantikan. Segala teguran, tohmahan dan komen dari saudara mara tidak kurang juga dari orang yang tidak kenal kami berdua pasti fikirkan kami merancang sejak dari awal. Aduh…mengapa mesti merancang? Bukankah lebih baik ada anak semasa usia muda lagi, jika lewat bukankah lebih banyak risikonya untuk mengandung.

Syukur Allah menduga aku dan dear 4 tahun hidup bersama namun tiada zuriat. Tapi setakat ini kami bukan dapat seorang. Ingat lagi aku pernah minta pada Nya andainya Kau berikan aku seorang anak pun aku sudah bersyukur dan cukup bergembira. Allah maha adil, mengetahui dan memberikan apa yang kita mahu jika kita bersungguh-sungguh meminta padaNya. Jangan lupa berusaha dan sentiasa berdoa.

Rajin.

Rajin apa? Rajin cuba la apa lagi, kata nak anak jadi kerapkan la bergaul bersama. Kalau ada rezeki siapa tahu menjadi. Heh! Tapi berpada-pada la kan. Jangan sampai kerja lain pun tak jadi. Hehe…

Usaha.

Usaha dengan doa dan perbuatan. Selalu lah berdoa setiap kali selepas solat. Berdoa bila melawat bayi baru lahir agar nanti kita mendapat bayi yang secomel bayi itu. Hahaha… usaha berubat tak kira cara moden atau tradisional. Kata orang kalau kita percaya dengan bantuan orang lain mungkin menjadi. Ini kata orang bukan kata aku. Tapi harap-harap menjadi la kan, siapa yang tidak mahu jadi.

Sabar.

Sentiasa bersabar dengan segala tohmahan yang orang lain berikan. Orang lain tidak tahu apa perasaan kita bila mereka berkata-kata. Hanya kita sendiri tahu jadi ambil jalan mudah dengan luahkan pada orang tersayang.. (suami) atau keluarga sendiri. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, dan Allah tahu kita mampu terima cabaran yang maha berat ini. Setiap orang pasti ada cabaran yang tersendiri bukan? Kalau orang lain mampu terima beban yang lagi berat jadi kita pastinya boleh terima dugaan juga.

Doa.

Sentiasa berdoa, jangan lupakan pada pencipta kejadian kita semua. Allah akan berikan nikmat dunia bila kita minta selalu pada Nya. Jadi sentiasa berdoa setiap kali selepas solat, ini telah aku lakukan sejak dari selepas kahwin. Teringin menimang cahaya mata hasil perkongsian aku dan dear. Alhamdulillah selepas 3 tahun Allah memberikan kami zuriat.

Tawakal.

Ini saja la yang mampu di lakukan jika semuanya sudah dilakukan. Tawakal kepada Allah agar dipercepatkan perberian zuriat. Kalau tak silap dulu masa kursus kahwin ada orang bagitahu kalau kita ada buat apa-apa kesalahan tidak pasti kesalahan kecil atau besar Allah akan duga dengan tiada zuriat selama 3 tahun 3 bulan. Ustaz yang mengajar pun kata itu tak pasti sebab dia pun belum pernah dengar. Tapi ini aku tak pasti sebab dah lupa. Jadi bersangka baik dengan apa yang Allah aturkan pada kita. Dia maha mengetahui apa yang sepatutnya dan bila masa yang sesuai untuk kita miliki sesuatu .

Pendek kata jangan berputus asa tak kira dalam usaha mendapatkan zuriat, perbanyakkan susu dan apa juga perkara dalam hidup seharian kita. Semoga Allah berikan kita limpahan kasih Nya yang melimpah ruah. Amin!

(P/s : tetiba teringat time aku tengah down pasal nak anak dulu...memang rasa nak gaduh je :p)

Wednesday, December 21

Masalah Susu

Assalam...

Pening kepala sepanjang hari semalam (selasa 20/12/2011) dek kerana kakak ipar yang jaga Ashraf SMS bagitau Ashraf tak nak EBM. Dear ada bekalkan susu tepung atas sebab kereta masuk bengkel sejak hari sabtu sampai hari ini belum siap, EBM pulak kurang 1 botol @ 5oz.
Kakak ipar buatkan susu tepung 3oz habis 2 1/2 oz jugak. Aduh ini yang buat aku tak keruan sepanjang hari. Tapi tenangkan diri dengan berfikiran positive jugak. Kalau Ashraf berlapar lagi aku kasihan bukan. Nak tak nak terima saja la FM dah masuk dalam perut kecil Ashraf.

Malam tadi balik selalunya nak menyusu direct tapi tak nak pula, bila masa nak tidur baru sibuk minta. Ehm...nampak ok bila dia dah tidur. Tidur waktu malam lena tapi bila siang tak sampai setengah jam dah bangun. Alahai...pening kakak ipar aku.

Mana tidaknya umurnya dah sesuai makan bubur pun tak nak juga. Aku ingatkan susu aku kurang jadi aku cuba cari makanan tambahan sebab bila cuba minum susu, milo dan nestum susu masih keluar seperti biasa. Tidak bertambah malahan makin berkurangan.

Sedih ok, tapi kutahan kan saje dalam hati. Bulan lepas ada juga terjadi hal yang sama tapi rupanya nak tumbuh gigi tapi kali ini sebab apa pula ye? Nak tanya pada siapa? Tolong!!!!

Hari ini minta tolong dear telipon akak tukang urut, cuba urut-urut sikit mana tau kot-kot ada tersalah urat ke apa ke. Maklum saja sejak pandai merangkak dan tau berdiri tepi palang ni kerap jatuh terduduk juga. Risau amat aku sekarang, nak duduk rumah tengok perkembangan dia tak boleh. Kerja perlu diteruskan buat masa ni, belum sesuai aku nak berhenti kerja lagi. Aduh...masa ni rasa seperti aku pentingkan diri sendiri pula.

Friday, December 16

Voucher KFC

Assalam...


Semalam dapat tahu KFC ada buat voucher online, jom ramai-ramai serbu makan Zinger Burger di KFC!

Update : tengahari tadi keluar makan di KFC sentosa, klang ada ramai juga yang aku nampak bawa voucher tapi budak yang jaga kaunter bagitau "Double Zinger Burger tak ada stok" ish....ada masalah kot KFC ni dengan voucher ni. Hmmmm mana taknya beli satu free 1, aku budget kalau free nak syer bayar la dengan kawan aku tapi tak ada rezeki kami.
(p/s: ada barang percuma sapa tak mahu kan!)

Ashraf

Assalam...

Sejak akhir-akhir ni bila umur Ashraf dah jejak 6 bulan aku dah siapkan macam-macam menu untuk bagi dia makan. Urh tapi kasihan kat aku kan, pasal Ashraf berbeza langsung dengan Amar, mana tidaknya kalau Amar pertama kali nenek suapkan nestum memang siap tambah. Tapi Ashraf buat satu sudu besar tak habis pun.

Masakkan bubur nasi kosong pun tak makan banyak, cuma 4 sudu teh je. Aduh…ini buat aku pening.

Sekarang dah hampir masuk 8 bulan masih sama, tak nak makan dan kurang menyusu. Ish ke memang jenis dia kurang hisap susu eh? Aku pun tak pasti, kalau tengok kat wall KIM di FB memang normal kurang menyusu sebab dah mula makan tapi masalahnya disini Ashraf kurang susu dan kurang makan.

Ok kesihatan dia setakat ini masih baik. Buang air besar 2 hari sekali dengan kuantiti agak banyak. Lebih suka minum air kosong dari makan bubur atau nestum. Berat last pergi klinik masih di tahap normal, naik 300gram sahaja.

Kalau cerita kat mak aku mesti mak kata dia nak pandai jalan kot, pasal tu dia kurang makan dan menyusu. Aduh! Memang Ashraf dah melasak asyik nak berdiri di palang tak kira di rumah aku maupun di rumah nenek. Masukkan dalam walker memang dia tak suka, letakkan sekejap tak lama bila kita tinggalkan dia akan nangis. Ayark!

Kalau Tanya dengan akak ipar aku yang jaga dia lagi la, siap masakkan tauhu goring ambil isinya pun tak nak juga. Kalau ada yang dia nak makan pun cuma 4 5 sudu je yang selebihnya pastinya Amar akan habiskan.

Stok susu yang aku tinggalkan setiap hari 20-25oz. aku tinggalkan stok susu Ashraf di rumah kakak ipar aku dengan total 5 botol 50z penuh setiap hari isnin. Setiap hari aku akan Tanya berapa stok yang masih ada dan esoknya aku akan bawa lagi 4 atau 5 botol mengikut keperluan Ashraf hari tu. Pasti ada yang hairan kenapa aku tak masukkan asing-asing 3oz satu botol kan? Ehmm aku tinggalkan 2 botol susu Ashraf di rumah kakak ipar aku supaya mudah dia nak siapkan susu sebab pagi-pagi Ashraf jarang-jarang sangat menyusu sebelum aku masuk kerja. 1 botol untuk susu dan 1 botol lagi untuk air kosong sejak dia berumur 6 bulan. Kakak ipar akan ambil susu yang aku labelkan siap-siap kalau itu stok EBM terdahulu sebelum menggunakan stok susu segar hasih perahan sehari sebelum. Aku dah bagitau awal-awal cara yang kendalikan EBM jadi sedikit sebanyak jadi mudah la kan pada aku. Balik petang aku perlu tahu berapa oz yang kakak ipar aku ada untuk aku tambah stok esoknya.

Heh! Ingat senang? Tapi kadang-kadang aku saja tinggalkan lebih stok susu yang segar sebab kadang kala dear rajin bawa anak-anak pergi rumah nenek. Kalau aku tak join sama bila masa Ashraf nak susu dear tinggal pergi ambil di rumah kakak ipar aku je. Tak perlu nak balik rumah atau panggil aku datang sana. Hehe….

Lupa nak beli majalah rasa bulan ni, ada menu makanan bayi kalau tak silap. Petang ni nak dapatkan 1 salinan, harap-harap masih ada stok lagi.

Thursday, December 15

Dugaan Mengandung

Assalam...

Cuaca sejuk sejak akhir-akhir ni kerap hujan kan, mana tidaknya hujung tahun. Kalau tidak tengahari mesti waktu petang hampir-hampir masa untuk balik kerja. Aduh hujan masa nak balik tu yang malas sangat nak drive. Mana tidaknya nanti tak akan terus balik rumah, harus duduk berehat di rumah mertua barang sekejap sampai hujan reda kalau tidak risau hati mertua ku itu. :p

Terbaca blog orang lain yang agak "terkenal" pada aku la kan. Hehe...memang patut pun dia senior dalam dunia blog ni dah macam-macam perangai orang yang dia jumpa la kan. Sekarang tengah mengandung dan blog masih di teruskan seperti biasa. Aduh...aku time mengandung jarang amat nak update blog ni. Ish!

Teringat akak satu pejabat aku tengah mengandung juga sekarang ni dan ada mendengar sedikit sebanyak rungutannya bila mengandung. hehe...pengalaman orang akan jadikan kita sentiasa beringat-ingat kan. Teringin nak berkongsi pengalaman aku mengandungkan 2 orang anak lelaki.

Seksanya bila selepas makan.
Yup! setuju amat, memang seksa kalau setiap kali selepas makan. Masa makan ingat lapar tapi bila selepas makan ya ampun rasa macam sendat sangat perut tu nak usung ke sana ke mari. Heh! ingat ringan ke, dengan nak bawa diri sendiri lagi.

Ke klinik atau Hospital
Yes ada orang sangat beruntung dapat pergi ke klinik dengan suami masing-masing. Siap kekadang di Klinik Desa ada pihak suami masuk tengok nurse buat apa dengan isterinya lagi tau. Kalau masa aku mengandungkan Ashraf aku check up di swasta memang lain la kan. Dah bayar mahal-mahal setiap kali datang tak kan suami tak boleh masuk. Tapi yang nak aku tekankan di sini sangat cemburu dengan orang yang pergi klinik check up di temani en. suami. Aku merasa sekali tapi dear hantar dan tunggu sekejap, kalau-kalau nurse tak perlukan dear, dear nak balik!. Wah....memang dear balik tau...sedih rasanya bila tengok orang lain pergi klinik suami hantarkan, temankan dan duduk sama-sama di sebelah bila bosan menunggu giliran.

Kakak ipar aku semasa mengandungkan anak ke tiganya selalu di minta datang ke hospital sebab anak pertama yang lahir tak sempurna macam anak-anak lain (Pernah cerita kot sebelum ni rasanya. Sebab ini juga mertua aku takut aku bersalin di hospital kerajaan tapi syukur aku dah buktikan yang sebaliknya, Alhamdulillah). Kakak ipar aku dihantar oleh suaminya dan tengahari aku akan ambil di hospital (masa ni aku masih belum kerja lagi). Kadang-kadang aku akan hantar dan ambil juga. Bila selesai jumpa DR kami keluar jalan-jalan di Bukit Tinggi sebelum balik rumah. Ahaks...macam orang muda padahal size perutnya masa tu dah besar juga. Tapi aku tabik la kan pasal kakak ipar aku ni tak kisah kalau terpaksa pergi ke hospital sendiri tanpa suami menemani, maklum saja urusan di hospital pasti menjadi lebih lama kerana orang yang pastinya lebih ramai dibandingkan dengan klinik kesihatan.

Kerja rumah.
Aku buat kerja rumah seperti biasa kecuali masak-masak. Bukan tak lalu nak masak tapi memang tak berkesempatan nak masak kerana kekangan masa kecuali bila hujung minggu. Kerja rumah perlu buat macam biasa kalau tidak rumah tunggang langgang la jawabnya. Tapi hadkan untuk kerja-kerja yang berat akan serahkan pada en. suami.

Belanja barang dapur atau bershopping.
Hal ini aku perlu join sama, bagi senarai barang terkadang kurang lengkap. Lebih baik aku pergi sendiri lagi senang. Biasanya aku akan beli sendiri, angkat masuk troli, masuk bonet kereta dan masuk rumah sendiri. Dear akan angkat sendiri bila kami keluar belanja sama-sama.

Memandu.
Oh sangat berpuas hati kalau sepanjang mengandung dear akan memandu untuk aku. Ehm tapi syukur dear sanggup juga jadi pemandu untuk aku sepanjang seminggu hujung-hujung kehamilan aku. Oh...itu pun aku takutkan dear dengan ayat "tak baik untuk ibu mengandung memandu kereta kerana kalau tiba-tiba kejang kaki semasa memandu kan bahaya". Ahaks! berkesan untuk aku kenakan dear, tapi dapat lah seminggu dari tak dapat langsung.

Tidur.
Amat tak selesa nak terlentang salah nak mengiring pun salah. Masa mengandung Amar aku selalu mengiring membelakangkan dear, erk...salahkan tapi terpaksa pasal itu keselesaan dan aku dah minta izin dari dear awal-awal. Masa mengandungkan Ashraf dear ambil alih bangun malam buat susu dan tidurkan Amar. Oh seronok tau sekurang-kurangnya aku dapat tidur dengan cukup. Aku juga bertuah dapat suami yang faham dengan keadaan aku ketika itu, dear sentiasa mengurut bila mana aku terasa sengal-sengal sana sini.

Kelebihan Ibu Mengandung Di Tempat Awam.
Cuba cari 1 entry lama tapi tak jumpa-jumpa atau aku tak publish kan ke eh. Ehm...confius sekejap, bukan apa kisah itu agak manis untuk aku kenang. Ok lah aku tuliskan lagi la eh. Aku temankan mertua aku hantar adik ipar dengan dear ke KTM klang. Tapi bila nampak muka mertua macam sedih amat nak berpisah dengan anaknya aku ajak dear jalan-jalan sampai ke KL Sentral. Nak di jadikan cerita sepanjang masa dalam perjalanan dalam komuter aku langsung tak dapat tempat duduk. Kalau tak silap masa tu aku mengandung 7 atau 8 bulan kot. Tapi tau saja la kan, aku cuma pakai baju t dan saiz perut tak ada lah sebesar mana kalau dibandingkan dengan orang lain. Mertua aku dapat tempat duduk itu pun mertua aku nak pass kat aku pulak tempat kosong tu. Ish mertua aku lagi memerlukan ok, lagi pula dear boleh tolong coverkan kalau aku nak terjatuh. Orang lain langsung tak perasan aku mengandung. ahaks! ini aku rela tapi kalau perut besar macam kawan aku ni memang aku tak rela. Kesian amat ok! nampak bila jalan pun mengah inikan terpaksa berdiri sepanjang train.

Tapi setakat ni layanan aku dapat memang la teruk mungkin kerana orang lain tak perasan langsung aku mengandung sama macam rakan-rakan kerja dalam pejabat ni juga la. Bila aku cuti bersalin mereka ingatkan aku dah resign! ahaks...lawak pun ada aku rasa. Maklum saja aku jarang amat pakai baju mengandung tu. Tapi kalau orang lain yang perutnya saiz macam aku tapi nak ambil hati juga itu terpulang mungkin kita perlu bersuara biar orang lain tahu anda mengandung. Tegakkan keadilan untuk kebaikan diri anda juga kan?

Ini perbandingan antara aku dengan orang lain yang dah aku buat pada tahun 2010 yang lalu.

Sekadar berkongsi dan mengkongsikan masalah orang lain sahaja. Setakat yang aku ketahui ini lah yang aku kongsi yang aku tak ketahui maaf lah ye. :)

Wednesday, December 14

1st Give Away From Prudential For Life By Zura Baharudin

Assalam...

Hari ini hujan turun tak lebat tapi memberikan aku suasana kesejukkan sepanjang petang dalam pejabat comel ini. Kebetulan Zura buat satu GA yang sudah agak lama disiarkan tapi maaf lah aku baru ingat nak buat dan baru ada kesempatan masa. Ehmmm ini dia



1st GA from Prudential For Life oleh Zura Baharudin. Nak dapatkan info lebih banyak tentang GA dan info serba sedikit tentang insuran boleh lawati di prudentialforlife

Cara untuk join GA amat mudah:
1. Follow blog prudentialforlife.blogspot.com & blog personal zura-baharudin.blogspot.com
2. Letakkan gambar banner di atas di bahagian side bar blog.

Mudah bukan? yang selebihnya mengikut kreativiti anda sendiri. Hehe...selamat mencuba ok!

(p/s: cam tak de can je nak menang, eh...ok sekadar mencuba yang pasti tak mungkin aku jadi top referer...ahaks!)

Tuesday, December 13

Kenduri Khatan

Assalam…


Salam hari Selasa semua, hihi…setelah 3 hari berpenat lelah di rumah kakak ipar akhirnya selesai juga majlis yang begitu meriah. Maunya tak meriah, dah macam majlis perkahwinan pun ada juga cuma tak ada pengantin dan pelamin je.

Aku mula tidur di rumah akak ipar dari hari Jumaat lagi, balik kerja ambil Ashraf ambil baju-baju dan gerak pergi sana. Amar pantang jumpa, Nampak macam kerinduan sangat…kesian pun ada aku tengok. Tapi layankan aja sampai sakit pinggang aku asyik dukung-dukung anak yang seorang ni.

Majlis bermula pagi Sabtu, sembelih kambing akikah dan juga majlis berkhatan. Kedua-duanya dijadualkan bermula pukul 7 pagi. Tapi biasa saja lah kan manusia mana ada yang mampu berpegang pada janji jadi majlis bermula hampir pukul 10 pagi. Paling kasihan dengan dear, malam sabtu terpaksa tolong kawan buat kerja sampai ke subuh. Ini tuntutan kerja nak tolak pun susah kan.

Petang sabtu tak ada apa-apa acara kecuali kami semua sibuk membuat persiapan untuk pembukaan majlis malam nanti. Ada acara potong kek untuk menyambut hari lahir anak adik ipar aku. (eh…aku tak pernah excited nak buat acara potong-potong kek untuk Amar….kesian dia kan tapi dia bukan faham pun, insyaallah ada rezeki nanti bila dia dah besar aku pasti akan buat). Tapi acara potong kek ni Amar dan Ashraf dah tidur pasal lambat sangat nak tunggu acara ini bermula. Ahaks!

Pagi Ahad sibuk siapkan anak-anak dulu, siap anak-anak aku pula mandi. Senang mandi awal nanti lewat berebut-rebut nak masuk bilik air. Maunya beratur panjang kat luar bilik air yang cuma ada 2 bilik air sahaja. Aku bukannya sibuk buat kerja tapi sibuk layan anak-anak, tinggalkan sekejap-sekejap je nak tinggal lama payah sikit. Maklum saja ada karaoke, nak tidur malam pun bising..Ashraf pula asyik terkejut saje bila orang asyik buka pintu. Kami tidur atas tikar…bantal ada bawa dari rumah. Mujur bawa tilam Ashraf kalau tidak Asraf terpaksa tidur atas tikar juga. Terlupa nak bawa toto sendiri jadi relakan juga tidur di tikar 2 malam. Harap-harap tak ada apa-apa masalah dan kesan. Bukan tak ada tilam, tapi tuan rumah sibuk dengan kerja-kerja kenduri jadi dia tak ambil tahu masalah kami. Hmmm anak-anaknya pun masih kecil jadi tak nak la kami menambahkan kerisauan tuan rumah lagi.(tapi kalau mak aku punya stail, bila nak buat kenduri mak akan kemaskan tilam, toto, bantal dan selimut. Pastinya bila ada sedara mara datang mahu tumpang tidur dirumah. Tinggal ambil dan guna sahaja).

Menu paling menarik ialah sup kambing! Huh aku dapat rasa semangkuk 3 ketul tulang rusuk kambing. Itu pun bila nampak dear tengah ‘layan’ aku pun minta sekali. Hehe… memang laris ok, mungkin sebab daging segar kot. Kiranya seekor kambing akikah tu tak cukup nak menampung jumlah tetamu yang datang. Alhamdulillah, tetamu datang membawa rezeki dari luar dan dihidangkan dengan menu-menu yang lazat serta dihiburkan dengan karaoke nyanyian kakak ipar, adik ipar dan juga anak buah. (Paling tak best tempat karaoke dekat sangat dengan rumah dan bilik tidur kami. Sabar je la kan).

p/s: gambar tiada ditangan, kamera dipinjam oleh pihak tuan rumah…aku pula tak ada masa nak pegang hp sambil pegang Ashraf.

Saturday, December 10

Buaian

Assalam...

Bekerja kala di hujung minggu, tak apa cuma setengah hari saja kan bukannya lama. Tinggalkan anak-anak dengan keramaian orang yang ada di rumah "mak ngah" begitu mudah sekali. Tidak ada tangisan sendu mahu mengikut jejak aku ke pejabat. hehe....

Ok, hasilnya malam tadi totally tidak boleh tidur. Berada di tempat baru pun ye atau gangguan oleh anak-anak kerana tidak boleh tidur bila setiap kali pintu bilik akan di buka dan di tutup. Uh...nak buat macam mana tak kan aku nak kunci pintu bilik. Tidur di rumah orang lain jadi sabar saja dan tunggu sampai pagi. :)

Apa yang aku perhatikan malam tadi masa aku keluar buatkan Amar susu, nampak 2 orang anak buah tidur dalam buaian walaupun di malam hari. Persoalannya sekarang "bagus ke?"

Siapa aku nak menjawab, kalau anda tahu apa kesan sila kongsikan bersama. Mungkin di kemudian hari akan aku tegur dan nasihatkan kakak dan adik ipar aku nanti berkenaan kesan yang tidak baik.

Syukur, Amar sejak lahir memang tidur buai tambah-tambah sejak aku naik kerja dan nenek menjaganya. Tak mengapa tapi aku hadkan untuk siang hari sahaja. Malam hari perlu tidur di tilam dan dapat bergolek-golek sesuka hati. :)

Tapi semasa aku mengandung 9 ke 10 bulan Amar suka tidur dalam buai dan akan kami angkat setelah lena. Ehm... aku tak ajar tapi ini ayahnya yang ajar sampaikan terkadang sampai pagi dia akan tidur dalam buai. Kesian pun ada.

Ini berlarutan sehingga aku bersalin dan sampai selepas pantang. Bila duduk rumah sendiri berempat aku mula aturkan cara aku sendiri, lebih suka Amar tidur di tilam dari pada sibuk membuainya di buaian. Sambil tidurkan Ashraf aku boleh tidurkan Amar. Alhamdulillah, walaupun awalnya agak susah tapi lama kelamaan akan menjadi kebiasaan.

Contoh macam malam tadi, buaian ada 2. 1 aku MIL aku punya 1 lagi adik ipar aku punya. Kakak ipar guna MIL punya yang bila siang Amar akan guna berkongsi dengan Ashraf. Ini tak kisah la kan kitakan keluarga, berkongsi guna apa yang boleh. Hehe... Tapi buatnya Amar nak tidur buai juga? tidak keruan aku jadinya, terpaksa usung besi buaian sendiri nampak gayanya. ehm....susah jadinya di sini.


Ini Ashraf, tidur dalam buai semasa menunggu ayahnya (Dua-dua anakku ada trompet...haru!)
 Ye tak ye jugak rasanya siang-siang ni pasti berlaku perebutan buaian eh...memang perlu bawa besi buai sendiri jawabnya kalau tidak perlu berebut-rebut nak tidurkan anak masing-masing. :p

Wednesday, December 7

Ke Klinik

Assalam…


Entry ke 3 untuk hari ini.

Wah! Sangat senangkah aku hari ini? Ehm…boleh juga la di katakan senang. Tender dah submit hari ini, jadi sementara tunggu bos bawa tender lain masuk lebih baik aku rehat-rehat seeloknya kan. (melampu punya rehat ni)

Hari isnin lepas aku ambil cuti sakit, bawa Amar ke klinik sebab demam, batuk dan selsema yang masih belum baik. Rancangan awal ke klinik pakar kanak-kanak Tan di Klang tapi bila sampai di sana klinik tutuk kerana bercuti. Tidak ada rezeki kami untuk berjumpa dengan Dr. Tan yang lemah lembut orangnya.

Kami ke Poliklinik Shaik di Kota Kemuning sahaja yang pastinya lebih dekat dengan rumah. Ramai orang sedang menunggu giliran dan hamper pukul 11.00 lebih tiba giliran kami. Aku tak mahu ambil cuti sakit awalnya tapi bila dear bising-bising sebab tekak aku perit dan hidung pun mula gatal-gatal. Sambil-sambil bagi alasan jaga anak la kan. Alhamdulillah dapat cuti dengan mudah sekali.

Malu-malu kucing dengan mamat kat sebelah mamanya.

Dah tak ramai orang berani la nak jalan-jalan

Dapat 4 jenis ubat untuk Amar dan aku pula dapat 2 jenis pil. Hmmm hasil “rembatan” kami di klinik dengan berjumlah RM 65.00. erk! Telan je la, tapi boleh claim kat pejabat kan. Cuma tahan telinga je la bila akaun bising-bising. Hehe…sabar je la.

Setakat hari ini Amar masih belum pulih sepenuhnya. Batuk masih ada, demam sudah hilang tapi selsema belum baik lagi…masih meleleh. Harap-harap cepat sembuh, pasti hujung minggu nanti akan dapat minum air sejuk. Itu yang buat aku geram sebab pastinya selsema susah nak hilang.


Musim Buah 2011

Assalam…


Syukur, hujung minggu lalu berpeluang balik kampong menjenguk mak dan hasil buah kayu dari titik peluh arwah bapa. Begitu banyak sekali buah-buahan yang ada. Rambutan, durian, manggis yang masih belum masak, langsat dan cempedak yang masih belum masak juga dan pisang yang tumbuh melata. Kata arwah dulu, biar dia tanam sekarang hasilnya nanti biar anak-anak dan cucu-cucunya rasa. Memang betul katanya dulu….namun arwah masih sempat merasa titik peluhnya menanam pokok-pokok buah-buahan. Paling tidak tapak kebun yang pasti meninggalkan kesan pahit buat kami sekeluarga masih memberikan kemanisan rasa buah-buahan yang ada.

Syukur dengan kurnia yang Allah berikan. Aku tak mampu nak bawa balik banyak tapi setakat yang termampu dan yang ada sahaja. Nak di berikan pada kawan-kawan sepejabat pun masih tidak mampu. Setakat sedekahkan, panjangkan rezeki arwah pada sedara mara terdekat sahaja. Bak kata orang tua-tua dahulukan ahli keluarga sendiri dahulu.

Hasil dari kampong kami bahagi 2 bahagian, 1 untuk aku dan 1 untuk abang aku. Mertua abang tinggal di kepong becuti di sana maka abang perlu bahagikan bahagian dia kepada 3. 1 untuknya, 1 untuk mertuanya dan 1 untuk di sedekahkan kebalai tempat dia bekerja untuk di kongsi rasa dengan kawan-kawan sebalai. (abang aku bomba di balai bomba pandan indah)

Aku pula perlu bahagikan kepada 7 bahagian. Aku, mertua, abang long, mak ngah, mak lang, mak itam dan juga mak uteh aka jiran terdekat aku. Jadi hasilnya aku Cuma dapat 4 biji buah durian, seikat rambuatan, sebiji buah cempedak dan 2 sikat pisang awak. Sudah cukup memadai untuk aku sekeluarga dan rasanya terlebih-lebih pun ada.

Pisang Awak

Durian

Rambutan

Anakku

Assalam...

Sudah masuk hari rabu, hujung minggu ada majlis di rumah kakak ipar. Alamak….mahu ambil cuti untuk jaga anak-anak dan tolong “tengok” orang lain laksanakan kerja-kerja. Ish…ini bikin susah hati bukan apa hujung-hujung tahun selalu ambil cuti tambahan pula cuti tahunan dan habis tu yang membuatkan kemalasan tahap melampau nak ambil cuti lagi. Patut ke aku kerja dan biarkan anak-anak di sana dengan mertua dan sanak saudara lain? Kejam bunyinya bukan. Ehmmmm tengok saja nanti bagaimana bila tiba masanya.

Amar sudah menjangkau usia 1 tahun 8 bulan, sejak kebelakangan ini asyik demam, selsema dan batuk. Memang pakej kan, dating 3 serangkai sekali. Belum pandai berkata-kata tapi selera memang ya ampun! Perangai pun sudah macam-macam tapi sudah faham apa yang aku katakan. Tahu bila apa kesalahan yang dia buat aku jadi marah. Hehe….paling tak tahan bila Nampak lori je sebut “ayah” mentang-mentang ayah kerja bawa lori. Ayah, mama, nak, ucuk (busuk) memang dah terus la. Tunggu yang lain pulak keluar & aku sangat-sangat tidak sabar. :p

Main jelly hasil buah tangan dari rumah pengantin.
Paling aku tak tahan Amar cepat bosan. Main bola 5 minit kemudian tinggalkan, main kereta 5 minit tinggalkan kemudian sambung main bola lagi. Ulang-ulang benda yang sama tapi berselang seli main. Kakak aku kata mungkin dia bosan main seorang diri. Tunggu adik pandai main bola ok, nanti korang meriahkan rumah kita.

Ashraf sudah boleh duduk, kata mak aku kuat juga badannya ye. Ehm mungkin hasil susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah syukur setakat ini masih mampu berikan susu ibu pada Ashraf. Susu masih seperti biasa, 20-25oz sehari di rumah mak lang. Sebelah malam memang full akan mengempeng sahaja.


Gigi Ashraf sudah mula keluar harap-harap selepas ini makin berselera makan hendaknya.

Makan belum berselera, masakkan bubur nasi kosong 2 – 4 sudu teh ke. Buatkan nestum campur susu ibu pun lebih kurang sahaja. Cuba buat puree buah pisang, kentang maupun lobak merah pun belum mendatangkan hasil. Mertua kata langsung tak sama dengan abangnya Amar yang pantang nampak nenek pegang mangkuk bubur sampai sekarang. Tapi Ashraf tak pandang langsung walaupun mula-mula tunjuk muka excited tapi yang di makan sedikit sahaja. Cuba bagi biskut bayi pun masih sama. Adakah Ashraf bukan pemakan? Cukup ke susu ibu aku sahaja? Cuma suka minum air kosong di rumah mak lang. sampai kan sudah mampu pegang botol sendiri jika minum air kosong. Aduhai anak….

Merangkak dengan laju tambahan bila mengejar mainan. Tapi selalunya Amar akan kacau bila Ashraf sedang kejar satu-satu mainan. Grrrr…mamanya pula yang naik geram. :P pantang nampak ayahnya keluar laju merangkak sibuk nak ikut. (ini kes setiap pagi sambil aku boleh bersiap-siap dalam rumah, ayah bawa mereka tengok kucing dan main buaian di rumah kakak ipar).

Di rumah kami sediakan pagar di laluan menuju dapur, maklum saja rumah kecil Amar pantang Nampak peti ais mesti saja mahu buka dan tutup. Paling tidak dia tahu pasti ada Vitagen ataupun Solivite yang mamanya belikan ada dalam peti ais. Ada pagar Amar tak boleh lepas tapi Ashraf pula ambil kesempatan. Sudah pandai berdiri di pagar dan kadang-kadang sudah berdiri di besi buaian. Wah….kerisauan melampau bila terpandangkan sekali imbas keadaan ini bila aku sedang sibuk di dapur. Mana tidak, lantai simen ok. Kalau jatuh tersungkur terkena pagar kayu, jatuh ke lantai kena lantai simen. Wo….kedua-duanya adalah bahaya.

Pendek kata ada anak rapat memang penat, mudah-mudahan Allah berikan aku kemudahan untuk menjaga 2 orang hero kecil kami sehingga mereka menjadi terbaik antara yang terbaik. Amin!


Tuesday, November 29

Bersantai Di Pantai

Assalam...

Syukur pada Allah SWT hari Isnin semalam dapat keluar berjalan-jalan menghabiskan masa cuti awal muharam. Kalau ikutkan perancangan awal kami nak keluar pagi ahad tapi ada saja masalahnya tertunda hingga ke hari Isnin. Mujur masih cuti kalau tidak maunya berperang dengan dear.

Haha sebabnya dear sekarang mementingkan kerja dari melepak di rumah. (mood sibuk cari duit untuk keluarga ok). Biasanya untuk hari cuti sahaja la, kalau pagi tak kerja dear akan pergi kerja sebelah petang atau pun malam tapi biasanya dear suka pergi kerja sebelah petang atau pun malam. Suasana lebih nyaman kalau nak buat kerja. Ayark! aku di rumah apa lagi, berperang dan bersilat melayan kerenah anak-anak. :p

Kami bersantai-santai di Pantai Morib, Banting. Nak ajak keluar sebelah petang takut cuaca tidak mengizinkan jadi lebih selamat kami pergi sebelah pagi. Lagi pun tak elok bawa anak kecil keluar sampai lewat-lewat petang.


Sarapan di pekan Banting, Zikri dan ayah makan nasi campur walaupun baru pukul 9.30 pagi.

Ashraf dengan mama, makan roti canai tapi Ashraf makan nasi impit sahaja ok.
(Ashraf bukan berselera tinggi seperti Ziri Amar)

Sambil sarapan sambil tengok cuaca, gerimis tapi bak kata dear lebih baik kita redah sahaja. Kalau nasib kita baik cuaca pasti akan berubah tapi mujur kami redah kalau kami patah balik memang rugi sebab cuaca panas sangat dan puas kami bermain.




Ashraf takut nak main air, tapi kalau pass kat Amar memang dia suka.
Ashraf selamat dengan mama, abangnya pula seronok berlari-larian.
Seronok kan bila di alam kanak-kanak ni, ingat main sahaja. Zikri kalau ikutkan itu masa tidur dia tapi nampak laut kelam kabut sibuk nak turun. Haha.... memang enjoy tau.


Habis mandi manda, aku bersihkan Zikri. Buatkan susu dan dudukan dalam car seat. Dapat susu dan dapat air cond kereta memang mengantuk jadinya apatah lagi dengan cergasnya tadi sibuk main air.



Dua-dua tidur keletihan.
Sebelum balik lebih baik singgah makan tengahari dulu. Nanti kalau balik masak lagi susah pasal dah lewat juga. Jadi buat keputusan makan sup kambing di Kampung Jawa. Sedap! lama tak makan kat sini. Dekat dengan office tapi tak ada geng yang nak layan masakan mamak.



Menu : Mee goreng mamak, sup kambing, sup ayam, air teh dan milo ais. Cukup mengenyangkan!
Satu hari yang memenatkan tapi menggembirakan hati kami berempat. :p

Monday, November 28

Bertuahnya Aku...

Assalam...

Bertuahnya aku...
Dilahirkan sempurna, cukup sifat dan berada dalam keluarga dan emak bapa yang penyayang.



Bertuahnya aku...
Mendapat pendidikan awal yang baik jika dibandingkan dengan orang lain yang bersusah payah mahu belajar.

Bertuahnya aku...
Mendapat layanan terbaik dari keluarga, mak dan bapa.

Bertuahnya aku...
Dapat menyambung pelajaran walaupun tidak lah setinggi mana, sehebat mana...namun aku masih bertuah.

Bertuahnya aku...
Mendapat kawan-kawan yang sangat-sangat hebat.



Bertuahnya aku...
Mengenali lelaki yang terbaik untukku, menjadi suami yang terhebat pada aku.



Bertuahnya aku...
Dikurniakan 2 orang anak lelaki walaupun pernah mengalami saat getir bila mana lewat dikurniakan zuriat.



Bertuahnya aku...
Mendapat mertua, keluarga ipar yang sangat hebat. Hebat kerana mereka begitu rapat, senang di dekati dan mudah mesra.



Bertuahnya aku...
Mendapat pekerjaan yang baik walaupun setakat kerani di sebuah syarikat kecil sahaja.



Bertuahnya aku...
Pasti ini yang akan aku ingat buat selamanya.

(p/s: mood mendekati diri :p)

Saturday, November 26

Makan

Assalam...



Makan seorang diri bukan bermaksud makan sesuatu makanan seorang diri tanpa menjemput orang lain makan mahu pun berniat untuk habiskan makanan itu seorang diri…tidak. Di sini maksudnya keluar makan di kedai makan berseorangan. Hmmmm mencabar pada orang yang tidak pernah lakukan tapi pada aku ini adalah perkara biasa.

Sama seperti golongan lelaki, pasti ada juga golongan perempuna yang terpaksa keluar makan berseorangan.

Contoh 1

Semasa aku masuk kerja di pejabat sekarang memang semua rakan-rakan sekerja semuanya berbangsa cina dan memang selesa makan makanan cina yang pastinya tidak halal. Jadi untuk tidak mengganggu mereka aku lebih selesa keluar makan sendirian. Mulanya di fikirkan agak malu-malu tapi lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan. Terkadang ada juga kawan-kawan yang mahu keluar sama jadi bukanlah hari-hari aku perlu makan sendirian.

Contoh 2

Ketika keluar jalan-jalan sendirian, bukankah lebih mudah kalau sekiranya aku lapar dan aku makan apa juga yang aku mahu. Tak perlu bersusah payah membungkus makanan dan makan bila sampai dirumah. Eh….kalau dah macam sekarang ni anak dah 2 agak payah sikit nak makan dengan senang. Tambah-tambah Ashraf bukan jenis yang suka makan macam Zikri. Hahahah…

Contoh 3

Bila ketiadaan rakan-rakan di pejabat, bila ada yang cuti sakit maka perlulah keluar makan sendirian. Hahha…bukan selalu tapi jarang-jarang dapat keluar makan sendirian.

Pada aku keluar makan seorang terkadang memudahkan, menjimatkan masa dan tak perlu nak menunggu orang lain. Kemana hala tuju selepas makan atau pun mahu makan dengan perlahan…tiada siapa akan bising-bising. Masa keluar makan pun pastinya akan lebih cepat (ini pada aku). Mana tidak masa makan menjadi lebih cepat sebab aku tak perlu nak berbual panjang dengan orang lain ketika aku sedang makan. Hehe…

Paling best akak-akak kedai makan pun pasti akan cam wajah anda. Ye la kalau makan sorang-sorang di tempat yang sama setiap minggu memang lah dia akan cam. Kecuali pergi makan kedai yang berlainan selama 5 hari seminggu. Uish…tak kuasa aku nak merasa-rasa lauk pauk yang entah ok entah tidak.

(p/s : mood selesa makan sendirian walhal ada juga terfikir apa pandangan orang kalau aku makan seorang diri eh? :P)

Thursday, November 24

Sahabat

Assalam...


Apa makna sahabat buat anda? Kawan? Atau pun teman?

Ada bermacam-macam ragam manusia termasuk seorang kawan. Manusia itu Allah SWT jadikan tidak semuanya sempurna. Tidak semuanya sama cara, gaya maupun sikap.

Kenapa tiba-tiba menulis berkaitan sahabat? Entah lah, sejak akhir-akhir ini rasa seperti kehilangan sahabat tetapi masih ada sahabat lain yang benar-benar ikhlas berkawan. Alhamdulillah, syukur pada Mu Allah. Ini hasil pengalaman sepanjang usia saya sehingga kini.

1) Semasa kecil.
Ketika ini pastinya kita hanya berfikir untuk main, main dan main sahaja. Paling tidak mak kita kenal mak dia jadi dialah kawan kita bukan? Hehe…

2) Semasa alam persekolahan.
Mula mengenal kawan sejak hari pertama mendaftar di sekolah. Kawan untuk bermain, belajar dan makan bersama-sama. Gaduh, tidak puas hati mau pun cemburu adat biasa ketika ini. Mudah terjadinya pergaduhan, tetapi mudah juga untuk berbaik semula.

3) Semasa belajar di University atau kolej.
Masih menghubungi kawan-kawan sekolah dalam masa yang sama menambah bilangan kawan yang baru. Setiap kali masuk ke tempat baru pastinya akan bertambah bilangan kawan kita. Ada kawan yang boleh membantu semasa kita susah tapi ada juga kawan yang mengambil kesempatan semasa kita senang. Alhamdulillah kawan-kawan aku semua semasa belajar di politeknik semuanya baik-baik belaka. Terputus hubungan namun Facebook banyak membantu merapatkan hubungan kami semula. :)


Kawan-kawan kelas pemasaran

4) Semasa bekerja.
Kawan-kawan sejak zaman kanak-kanak dan persekolahan yang ramai belum tentu semuanya anda masih berhubung. Pasti aka nada seorang dua yang telah pun kita lupakan. Mengenal lagi kawan baru, tempat baru dan suasana baru. Pastinya kawan ketika berada dalam alam pekerjaan menjadi lebih mencabar.

Geng di pejabat
Mencabar kenapa? Lagi banyak ragam, lagi banyak sandiwara dan lagi banyak yang bermuka-muka (bukan muka buku). Kadang kala baik bila di depan tapi di belakang selalu mengutuk kita. Ehm… pasti sakit bukan kalau kita telah ditikam oleh sahabat sendiri. Orang lain yang kita tidak kenal pun sudah pasti kita sakit hati inikan pula seorang kawan yang sudah lama di kenali.

Berharap sangat seorang kawan itu seorang yang boleh menjadi penyeri dalam kehidupan seharian kita. Bukan membawa masalah kepada kita. Pastinya alam pekerjaan aku telah memperkenalkan aku dengan pelbagai jenis ragam manusia. Ada yang boleh dijadikan kawan baik tetapi dalam masa yang sama ada juga yang bakal menikam kita dari belakang. Jika ini berlaku pastinya kita tersangat kecewa dan yang pasti kita akan mempersoalkan “kenapa aku kenal dia”.


Wednesday, November 23

Musim Buah

Assalam...

Minggu lepas mak talipon bagitau buah-buah di kampung sudah mula gugur. Yeah! musim buah tiba lagi tapi yang tak gembiranya...... aku bukan dapat balik kampung pun. Maklum saja kami biasa balik kampung 2 bulan sekali kecuali bila tiba hari raya atau apa-apa perayaan.

Sudah ada buah ini....

Tada....

Durian!
Tapi durian ni dear beli di Kota Kemuning sana, puas hati juga makan sebab ulasnya besar-besar. Isi tebal dan bijinya pula kecil-kecil. Aduh...ini yang teringat-ingat dengan kampung ni.

Selain durian mak kata ada rambutan, silap-silap langsat pun ada juga. Aih....

Minggu depan cuti hari Isnin tapi tak tau la kalau dear kerja ke tidak. Kalau dapat balik awal minggu Disember nanti pun ok juga. Minggu ke 2 Disember kakak ipar buat kenduri khatan anak lelaki dia. Ehm...nak balik kampung!

Rindu

Assalam...

Rindu dengan anak-anak, yang kala ini mereka berdua masih belum sihat sepenuhnya. Walaupun belum sihat tapi lagak gaya seperti biasa. Tetap cergas dan aktif sentiasa. Like!

Layan Master Chef Malaysia. :p

Menyelongkar!
Ini dia ragam anak-anak yang pasti memeriahkan suasana dalam rumah. Kadang kala bergema dengar jeritan Zikri kadang kala tertawa sendiri dengar Ashraf mula pandai bersuara. Ahaks! indah bila dengan anak-anak bukan?