Alhamdulillah hari ni aku cuti lagi pasal nak g check up kat klinik kat kg ni je. Tp dek kerana mood mlas nak dtang keje so MC je la. Pg2 dear bawa kete g umah MIL pasal semalam nak blik sorang2 dr umah MIL rase mls sgt, so tunggu la sampai ada yg blk nak temankan MIL baru la kitorang dpt blk umah. Tu pun dear dah ngadu lapar tp nak order burger ngan member, member tu lak tak angkat phone maknanya cuti la tu. G Berjaya Park ingt kot ada jual burger kat depan 7E tp ntah mmg tak de luck kot mlm tu dpt mkan roti je la. Dear mmg tak kesah asalkan dpt makan dah la. Senang kan nak jg perut sorang nih!
Hampir kul 10pg dear blk ingtkan nak hantar kete je tp dear bgtau dear tak keje pg ni makanya bleh la settlekan beberapa keje yg kene aku settlekan sensorang. Siap2 g Ambank Bandar Puteri nak settlekan masalah kad tp mak oiiii lama gile nak tunggu pasal derang nak open account company la plak. Mujur time kitorang tu sekejap je kalo tak naik angin gak kot pasal time tu org klinik dah sibuk call ingtkan ada check up pg ni. Blm kul 11pg settle je keje kat bank gerak g kg blk, dear tinggalkan aku kat klinik pasal nak g belikan brg2 untuk MIL. Lgpun kalo dear tunggu mesti boring gilenye la pasal dah tentu lama. Check up berjalan lancar cume berat aku lak turung 200gm! huh apsal leh turun ni, siap doc sound kalo pas ni turun lagi aku kene jumpe dietry...huaaaaaaaaa...tak nak la dah la aku ni thap obesiti! hmmm sabo je la kan, time2 ngandung gini lak turun tak ingat2 lak berat ni. BP ngan lain2 sume normal tp next check up 2 minggu lagi pasal aku kene monitor berat lak pas ni. Dear kata pas ni kalo time timbang bawa la apa2 brg buat pemberat!hehehehhe tu la hakikat kalo time peknen ni ada je kes2 yg kita tak sangka2 kan.
Kul 1 siap semua check up gerak g kedai makan kat kg je, makan nasi separuh tp tak abes pun. Dear pun amik nasi separuh pasal dah makan kat umah MIL time tunggu aku. Ptg plan nak g scan kat Berjaya Park tp masih awal lg baik blk umah rehat2 jap la kan. Sempat la aku solat dulu tkut2 ramai lak org kat klinik tu kang. Kul 2 lbh sampai klinik mmg ramai gak orgnye kat sana. Mujur time kitorang masuk dah tak de org yg dtg. Hasil scan bulan ni mmg seronok pasal nampak baby besar...hehehehe kalo sebelum ni time scan nampak kecik je kan tp hari ni besar dah. Perkembangan normal mengikut minggu aku mengandung la stakat ni, tp jantina masih blm diketahui ok. Tulang belakang, tulang kaki, jari kaki, kepala, jantung ngan hati sume leh nampak. Tp sayang lak pasal la dok tu bg gambo kepala je time print tu. Aku la kat umah br prasan...padan muka aku!
Pendek kata check up ngan scan hr ni mmg puas hati. Moga2 check up lain kali tak de la apa2 gejala yg tak elok macam BP naik lg ke. Pasal dah letih aku nak ulang alik g klinik nih. Oh demi anak nih aku sabo jugak la kan :)
No comments:
Post a Comment