Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Thursday, February 15

Sup Kambing Kegemaran Sekeluarga

Assalamualaikum...

Sempat mama curi masa lepas tidurkan Nur Aisyah dan Amsyar. Mama rasa seronok tengok anak-anak mama makan dengan seleranya hari ini. Alhamdulillah mama cuba masak mengikut selera anak-anak dan ayah. Mama pernah ajak ayah pergi makan sup kambing kegemaran mama dan ayah di kampung Jawa. Tapi ayah menolak sebab kalau makan di sana memang sah ayah akan keluarkan hampir rm60.00 untuk kami 5 orang makan. Anak-anak pun memang suka daging tak kira lembu, kerbau maupun kambing. Alhamdulillah tak ajar sangat anak-anak mama memilih makanan tapi mana yang mama mampu mama buatkan.

Mama minta ayah belikan rusuk atau daging kambing, teringin sangat rasa nak makan sup kambing. Ayah beli di Segi berdekatan rumah cuma 1kilo bahagian paha. Alhamdulillah dapat daging dan tulang walaupun tak banyak. Mama cuba masak ikut resepi dalam facebook. Sedap juga walaupun bahan tak cukup. Main hentam masak sebab malas nak pergi kedai, kalau mama singgah kedai tak sah lebih rm10.00 campur dengan jajan atau pun ais krim. Aduh..sabar je la kan

Amsyar yang sakit mulut sebelum ni dek kerana ulser teruk cuma makan yogurt je 3 hari kasihan sangat mama tengok dia. Perut makin kempis mungkin sebab susu pun tak nak minum, makan nasi apa tah lagi memang tolak tepi. Tapi bila mama masak sup dia tiba-tiba minta nak makan. Bertambah-tambah pula tu makannya.

Ini entah kali ke berapa tambah, mama ikutkan je sebab dah lebih 3 hari awak tak makan nasi. Syukur dah baik dari ulser teruk. Minggu depan tamat cuti sekolah bolehlah ayah hantar sekolah Pasti ye.

Ok, mama nak kongsikan resepi yang mama dapat tu buat anak-anak mama kalau nanti nak cuba masak ye.

Bahan-bahan
1kg daging/tulang kambing, lembu, kerbau atau apa sahaja daging yang penting halal
3 biji bawang merah di kisar halus
Setengah labu bawang putih dan 2 inci halia di kisar
5 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
Sebatang kulit kayu manis
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Sedikit daun sup
Garam secukup rasa.
Sesudu minyak sapi dan sesudu minyak kelapa

Cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih kisar bersama halia.
2. Panaskan air, bila air dah mendidih baru masukkan daging yang dah dicuci bersih.
3. Agak-agak daging dah mendidih boleh mula tumis rempah sup, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis dengan minyak sapi dan minyak kelapa hingga naik bau dan ke masukkan bawang merah di kisar berserta halia dan bawang putih.
4. Jintan manis, ketumbar dan jintan putih disangai kemudian ditumbuk lumat. Di masukkan dalam periuk daging.
5. Bawang tumis yang dah naik bau bolehlah dimasukkan dalam periuk daging.
6. Kacau biar sebati semua rempah dan bawang yang dah di kisar tadi.
7. Masak dengan api sederhana, masa yang lama lebih kurang 2 ke 3 jam supaya daging empuk mudah nak di makan.
8. Dah agak-agak daging lebut bolehlah masukkan garam sebagai perasa dan masukkan daun sup ikut suka.
9. Siap masak dan boleh dihidang sama ada dengan nasi atau pun makan bersama bihun/mee/ketiew.

Senang je kan. Mama tak pernah guna rempah sup serbuk jadi tak tau la tang mana bezanya. Kalau ada nzk letak sayur pun boleh. Lobak merah, kentang, maupun tomato ikut selera sendiri la.

Sedap yang mama masak tak sama dengan kedai. Mama masak dengan kasih sayang untuk anak-anak mama makan dengan seleranya. Makan di kedai tak sama sebab di kedai letak lebih banyak lemak mungkin sebab nak jimat kan, mama masak tak masukkan lemak sebab anak-anak bising cakap bila makan liat. Sayang je kalau di masak tapi tak di makan walupun ada yang kata lemak tu menambah lagi perisa dalam sup. Tapi pada mama biar mama masak tanpa lemak supaya anak-anak mama tak termakan lemak tu sekali.

Wednesday, February 14

Jemput Jagung Kegemaranku

Assalamualaikum...

Dah lama mama teringin nak makan jemput jagung macam opah buat tapi tu la bila opah ada kat sini opah nak masak lain pulak jagung tu. Tak pe pelan-pelan mama belajar masak ikut air tangan opah. Ngaku je la ye, walaupun dah nak 11 tahun nikah tapi mama bukan pandai masak sangat pun. Yang mana anak-anak suka mama pandai la sebab ulang kali masak. Tapi yang jarang masak tu mesti lupa kan.

Pak long ada bagi 5 tongkol jagung. Dalam hati mama rasa sedapnya kalau buat jemput jagung. Anak-anak mama dah jemu kot makan jagung. Sebelum ni ayah ada beli mama rebus tapi tak berapa jalan pada tekak anak-anak. Kali ni mama nak masa jemput pula. Makan ke tidak kali ini ikut selera mama.


Ni bancuhan tepung yang dah di perap 2 jam, buat masa nak masak untuk tengahari. Selit bancuh sekali senang bila dah siap. Nak guna tinggal goreng je.

Senang je rupanya nak buat jemput jagung macam opah tu. Mama je yang tak pernah terfikir nak cuba. Ok ini sukatan yang mama agak-agak juga la, kalau nanti anak-anak mama nak cuba silakan ye. Mama tak kisah kalau anak lelaki mama pun rajin ke dapur.

Bahan-bahan
2 tongkol jagung
1/2 batang lobak merah
2 biji bawang merah kecil
Segenggam ikan bilis
Sedikit daun sup
Sebiji telur
2 cawan air
3 cawan tepung gandum
Sedikit cili blend

Cara-cara
1. Tumbuk ikan bilis dan bawang hingga hancur.
2. Lobak merah di parut kasar.
3. Tuang tepung gandum, telor, lobak merak, bawang dan ikan bilis yang di tumbuk lumat, daun sup, cili blend, jagung yang dihiris dan juga garam secukup rasa dan gaul rata.
4. Masukkan air sedikit demi seedikit, agak-agak jangan bancuhan terlalu cair. Kalau tercair tambah tepung gandum lagi.
5. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 1 ke 2 jam. Lagi baik kalau nak masak pagi malam tu dah bancuh.
6. Panaskan minyak dan boleh lah mula menggoreng. Goreng hingga warna kuning keemasan. Kalau nak makan dengan sos cili pun boleh juga.

Senang je kan, ha ni memang mama suka kalau opah masak tu terasa sedap nya sangat-sangat.

Tuesday, May 30

3 Hari Pertama Ramadan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke empat kita berpuasa. Syukur masih mampu berpuasa walaupun bermacam dugaan dengan anak-anak ni. Kebetulan cuti sekolah kurang penat sikit sebab tak perlu keluar masuk ambil anak-anak balik sekolah. Tak keluar masuk tapi di rumah macam nak roboh rasanya. Kalau dah bagi tengok kartun memang leka sekejap tapi tak sampai 1 jam kot. Lepas tu semua buat perangai masing-masing. Sabo je banyak-banyak.

Sahur hari pertama
Ha...ini memang sentiasa di nanti-nanti tapi kami memang tiap-tiap tahun simple, tak beria-ia nak masak bagai. Cukup sekadar nasi sikit, lauk 1 jenis dan air panas. Lauk pun tak kisah sangat, ada ikan masin atau ikan bilis pun dah sedap. Kejut Amar dan Ashraf sama sahur tapi sayang pukul 8.30 pagi dah berbuka dek kerana tak tahan tengok Amsyar minum susu. Huhu...

Berbuka hari pertama
Niat di hati teringin nak balik kampung tapi minggu lepas baru je lepas jumpa mak di rumah abang. Mak datang sini dengan abang dan juga cucunya. Dear pun cakap tengok dulu macam mana, sebab sayang cuti nak simpan untuk raya nanti juga kan. Jadinya hari pertama berbuka di rumah je. Masak ikan tilapia bakar cicah sambal belacan. Sedap sangat sesekali makan ikan bakar tapi sambal belacan tu tak boleh banyak sangat takut perut tak tahan lagi pun kan baru je berbuka. Menu kami 1 keluarga memang senang. Dear tak nak menu yang banyak takut tak termakan pula. Sayur biasanya ulam atau pun 1 jenis je. Tak nak masak banyak sebab lastnya memang tak habis.

Sahur hari ke 2
Baki lauk malam tadi masih ada lagi jadinya aku panaskan je. Dear pulak nak makan biskut cicah air milo. Selalunya macam tu la, dear jarang nak makan nasi pagi-pagi. Anak-anak pagi ni aku tak kejutkan dah. Serik sebab lepas sahur tak nak tidur asyik dengan televisyen je.

Berbuka hari ke 2
Dapat berkumpul beramai-ramai lagi makan di rumah mertua. Rancang pun last minute, jadinya siapa yang berkesempatan boleh datang join sama. Alhamdulillah ramai juga. Makanan pun ada bermacam-macam. Nasi lemak, bihun, lempeng, bubur pulut hitam aku masak, kuih muih macam-macam jenis, air pun ada macam-macam jenis, bubur som som dan juga mee hailam. Inilah hasilnya bila berkumpul dan bawa makanan sikit-sikit jadi banyak pula. Tak tau la boleh habis ke tak makanan tu sebab aku balik tak ambil apa pun, kebetulan kak ipar bagi ketiew goreng jadi tu la makanan sahur aku.

Sahur hari ke 3
Dear bangun awal, tolong gorengkan telur goreng dan panaskan nasi. Dear makan ketiew aku pula makan nasi berlauk telur goreng. Hari ni gigi mula sakit, sabar je la dugaan bulan puasa kan. Nak kunyah makanan pun perlahan-lahan. Takut tergigit nantu sakitnya terus nyut nyut ke kepala.

Berbuka hari ke 3
Petang ni menu ringkas lagi, masak bening untuk anak-anak, ayam masak merah untuk kami. Aku makan pun tak selera sebab memang gigi masih sakit ni. Aku goreng keledek oren untuk bagikan pada kak ipar dan mak mertua. Itu pun dah cukup. Dear selalu pesan jangan masak banyak takut nanti terbuang dah membazir sebab tu aku masak sikit je dan 2 jenis je. Memang tak nak banyak-banyak makanan sebab yang makan cuma aku ngan dear je.

Sahur hari ke 4
Pagi ni dah tak selera nak makan. Gigi masih lagi sakit, kunyah-kunyah sikit dah sakit. Huhu...jadinya aku buat air teh cicah dengan biskut je. Dear tak sahur sebab malam tadi pergi memancing balik lewat pagi. Aku bangun sahur dear baru je masuk tidur. Kesian pula nak ajak teman makan sama. Makan sorang pun ok je. Dulu pun selalu je makan sorang-sorang.

Maaf lah tak ada 1 gambar pun, aku tak rajin nak ambil gambar makanan sekarang. Sayang sangat bila tengok makanan terbuang setiap pagi tapi tu la nak kata apa, ada yang anak-anak boleh makan tinggalkan untuk derang tapi bila suruh makan tak nak pulak. Nak tak nak terbuang juga. Itu pun malam tadi kak ipar sebelah rumah bagi roti telur dan roti bakar inti coklat kot..tak sempat aku pandang teliti apa rotinya dah habis derang makan. Huhu..malamnya nasi tak makan. Sekarang masak nasi 2 cawan tu untuk 2 kali makan silap-silap masa siang ni masakkan derang nasi goreng baru habis.

Maaf lah aku ni jenis masakkan untuk anak-anak sebab tak boleh tahan tengok derang lapar atau mintak makan yang bukan-bukan. Jiran-jiran mesti selalu dengar aku masak tengahari ni tiap-tiap hari macam hari biasa cuma masak yang mudah je.

Tunggu setahun 2 lagi kot baru paksa puasa, sekarang memang tengok pun nampak lembik. Anak-anak jiran nak ejek pun ejek la aku dulu pun lambat juga mula puasa, bila arwah bapa suruh puasa aku bantai minum air paip dalam bilik air. Tak pun kat sinki bila buat-buat basuh tangan. Haha mujur tak sakit perut.

Friday, May 19

Jambu Susu

Assalamualaikum...


Dah lama teringin nak makan buah ni, tau je la dah lama tak makan. Dulu makan pun masa kecil lagi. Sekarang dah besar memang tak jumpa dah. Kiranya bukan senang nak jumpa orang tanam lagi pokok ni. Dah banyak pokok yang ada orang tebang untuk bina rumah agaknya.

Rezeki kot, sebulan atau 2 bulan lepas kalau tak silap nampak ada banyak bunga kat pokok mak cik ni. Mak cik ni yang mengajar anak-anak mengaji iqra. Alhamdulillah sampai sekarang Amar dah naik baca Al-Quran dan Ashraf dah baca Muqaddam. 2 tahun dah mengaji dengan mak cik ni tapi baru sekarang aku dapat peratikan apa yang ada di rumah dia. Macam-macam ok yang dia tanam. Mungkin senang kot kalau nak makan ada depan rumah. Pokok kelapa je tak de agaknya, itu pun mungkin ada kat belakang rumah. Aku tak pasti la pulak.
Ampun ye gambar tersenget pulak. Tapi ini realiti di bawah pokok ni, sekarang pergi lagi banyak yang bertaburan kalau tak di sapu.

Jadikan cerita 1 hari ni balik dari ambil Ashraf hantar anak-anak mengaji nampak banyak dah buah yang dah masak. Burung pun dah berpesta kat atas pokok tu. Nak minta malu la pulak, bagitau kat dear sebab nak minta dear ambilkan sebab pokok ni tinggi kalau aku kait dengan galah yang ada pun tak sampai rasanya. Dear senang boleh panjat atas kereta kait dengan galah dan kutip. Dasar malas sebenarnya, sebab hantar anak mengaji tu pukul 12 tengahari. Haha


Dear balik kerja tengahari tu juga singgah ambil rupanya. Alhamdulillah, sedap sangat. Lepas kempunan dah lama tak makan. Selalu tengok orang lain share kat fb sekarang baru dapat rasa balik. Bukan nak banyak tapi nak rasa balik sebab dah lama sangat tak makan kan. Kat rumah ni yang makan pun aku seorang je, dear pun makan sebiji 2 je rasanya. Dear kutip dekat 20 biji, hampir 3/4 tu aku yang makan. Puas hati lagi dapat makan dengan rojak yang aku belajar buat sendiri. Memang menyengat rasanya.

Lepas ni dah tau dah, kalau nak makan buah ni boleh aim je kat rumah mak cik ni. Haha..mak cik ni pun sporting orangnya. Anak-anak dia pun dah selalu aku jumpa, maklum aja anak dia pun ada ajar anak-anak aku mengaji kalau mereka cuti.

Korang yang baca tolong jangan kempunan pula ye, aku ceritakan sebab aku pun dah bertahun tak makan. Sampai lupa dah rasanya. Kalau dah ada rumah bertanah memang aku minta anak pokok nak tanam tepi rumah. Cumanya pokok dia bila dah besar tu memang tinggi. Macam pokok rambai pun ada juga.

Thursday, May 12

Cream puff untuk minum petang

Assalam...

Sejak anak suka makan apa je yang aku masak jadi setiap hujung minggu mesti cuba buatkan makanan untuk hero 3 orang tu. Termasuk dear sekali la, maklum saja selera bapanya pun sama je dengan anak-anak.

Mencuba membuat krim puff untuk kali kedua, dalam minda dah set nak buat besar dari kali pertama yang cuma bersaiz duit syiling lama lima puluh sen tu. Nak buat besar bola snuker..ha berjaya. Lagi pun bila buat besar lebih cepat adunan siap dan habis di bakar, maklum saja Amsyar pantang nampak aku lama di dapur

Resepi krim puff
1 cawan air
2 sudu majerin
1 cawan tepung gandum
3 biji telur
Sedikit baking powder

Caranya
1. Masak air dan majerin hingga cair dan sekata
2. Ayak tepung gandum dan baking powder
3. Tuang tepung dalam periuk berisi air dn majerin tadi dan gaul hingga sekata dan biarkan sejuk
4. Tepung dah sejuk boleh masukkan telur sebiji demi sebiji
5. Masukkan dalam piping beg dan terpulang nak guna nozzle jenis mana sekali pun, ikut cara sendiri
6. Paipkan adunan dan tekankan tanduk tepung menggunakan air. Maksudnya hujung jari di basahkan untuk tekan tanduk selepas paipkan adunan
7. Bakar api atas bawah suhu 190' 15 pertama, 180 api atas 15 minit kedua

Inti kastad
Bahan
1. 1/2 cawan susu cair
2. 2 sudu gula kastor
3. 1 sudu tepung jagung
4. 1 sudu tepung kastad

Cara
1. Masak semua bahan di atas dapur dengan api kecil sehingga likat.

Boleh paipkan inti kastad dalam puff, dan ditabur gula icing untuk gaya yang menarik. Ha..mudah kan.

Memang aku akan buat selalu ok sebab dear boleh makan dan anak aku pun semua boleh makan. Syukur derang semua makan je apa yang aku masak.

Nak bagi menarik ada yang letak pewarna, bagi puff tu warna merah macam red velvet, insyallah lain kali nak cuba pula.


Ini puff yang baru keluar oven, yang sejuk dah selamat masuk mulut anak-anak aku. 😃

Wednesday, August 27

Masak VS Beli

Assalam...

Sejak dear duduk rumah ni rajin sangat dear beli lauk basah untuk aku masak. Aduh...penat tau, balik kerja hampir pukul 7.00 malam sampai rumah terus berkencah di dapur tu hampir sejam. Jangan tanya aku pasal drama popular TV3 jam 7.00 malam tu ek, memang tak layan tv langsung sekarang ni.

Malam tadi terasa nak tanya pada dear sebab aku dah siap masak tapi akak ipar sebelah rumah ajak makan rumah dia. Rezeki sapa nak tolak kan...tapi tu la masakkan aku langsung tak di jamah pun. Sedih!

Aku tanya dear mana lagi untung sama ada beli atau masak...jawab dear untuk masak sebab boleh tambah kalau masih belum kenyang.

Tanya lagi mana lagi jimat sama ada masak atau beli...jawab dear beli memang jimat sebab dapat makan sekali je, kalau masak tak jimat sebab kuantiti masakkan mesti bukan untuk sekali makan berbanding makanan beli. Tambahan boleh makan sampai tengahari...sebab aku hari-hari bawa bekal pergi kerja sekarang. Jimat RM 5.00 ke RM 10.00 sehari.

Tanya lagi mana lagi senang sama ada masak atau beli...jawab dear beli memang senang tapi masak di rumah lagi senang sebab kita tau bahan yang kita masukkan dalam masakan...senang di kemudian hari katanya.

Tanya lagi mana lagi sedap sama ada masak atau beli...jawab dear memang la beli lagi sedap sebab mereka berniaga, kalau tak sedap takkan pelanggan nak datang makan. Tapi masak sendiri lagi sedap sebab penuh kasih sayang.

Aih....bila dear ada kat rumah mesti jadi berganda-ganda rajin la nampak gayanya...tak pe 5 hari je penat 2 hari tu masak secara santai je. Masak pun untuk diri sendiri dan keluarga jadi jangan nak merungut lebih-lebih pula.

Friday, April 18

Makan KFC Bersama Anak-Anak

Assalam...

Ini kisah kami bertiga 2 minggu lepas, aku cuti rehat dirumah...eh, sengaja minta doktorbagi kebenaran untuk cuti rehat dirumah sehari je. Itu pun esoknya masuk kerja semua kerja menanti untuk aku selesaikan. Kejamnya la mereka-mereka ni, banyak betul beli barang bulan ni. Agak-agak bila aku cuti panjang nanti mesti ada yang rindu.




Seronok dapat makan ayam goreng, dapat mainan jadi lagi seronok. Amar kenal KFC tapi bila lalu Mc Donald dia tetap sebut kedai burger.




Jangan ditanya kenapa Ashraf makan baring, dah suruh bangun tapi mujur sekejap je dia baring. Seronok juga sesekali puaskan hati anak-anak ni. Selesai makan mereka ajak main gelongsor disana....ok ikutkan saja.

Bila dah penat barulah kami balik kerumah, tapi malanya bila balik air tiada...haih macam mana mahu mandi setelah berpeluh-peluh bermain diluar. Sabar je la.

Isu air masih belum selesai, kalau ikutkan hati mahu saja ambil cuti panjang balik kampung rehat lama-lama. Di kampung sentiasa ada air, sungai Perak pun berdekatan dengan rumah kalau ada apa-apa kecemasan. Oh...rindunya dengan kampung halaman. Mungkin sebulan lagi baru dapat menjenguk kampungku. Sabar ye wahai hati. :p

Friday, March 28

Bingka Labu

Assalam...

Ini entry entah beberapa minggu lepas sudah aku letakkan gambar. Terlupa saja nak taipkan kisahnya dan resepi nya. Huhu...dasar orang yang terlalu sibuk sekarang ni kan. Konon nye la sibuk sangat padahal malam-malam pukul 10.00 malam dah tidur.

Akan datang kalau duduk rumah mesti nak cuba buat semuanya. Dah bersepah-sepah resepi aku ambil mana tidaknya tak cukup dari internet aku siap beli majalah rasa lagi ye. Hehehe... ok kuih bingka ni aku buat sebab beli sebiji besar labu dari econsave. Ingat nak buat masak lemak je tapi last-last fikir teringin nak cuba resepi lain buat bingka labu. Sedap juga, dear dan anak-anak bukan nak makan sangat jadi aku seorang je la yang makan. Nanti kalau balik kampung nak masakkan untuk mak, nak mak komen plak...


Suka kerak-keraknya, tapi entah kenapa 2 kali masak keraknya tak tebal...geram tul!


Ini piring kopi tau, bukan pinggan makan nasi jadi kuihnya memang comel.

Bahan-bahan
Labu (di kukus dan di lenyek)
Gula
Santan pekat
tepung gandum
Garam
Air
5 biji telur (kali ke 2 guna 4 biji telur pun dah cukup)

Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan kecuali labu yang sudah di lenyek.
2. Masukkan labu dan gaul rata.
3. Tuang dalam acuan dan bakar.
(aku bakar dalam loyang di atas dapur gas. Lambat sikit, tapi kerat dapat lebih dari bakar dalam oven. Hehe...)

 

Monday, February 10

Makan Tengahari

Assalam...

Sejak beberapa minggu ada sebuah kedai makan yang menjual makanan cina muslim ala-ala Mohd Chan. Huhu...buat aku lagi malas nak bungkus makanan siap-siap dari rumah. Eh...memang tak masak pun sejak dear pergi Pahang lagi. Jadi sarapan pagi dengan roti, makan tengahari berat dengan nasi atau pun apa saja yang aku rasa nak makan dan malam pun cuma makan roti je. Hehe....bukan  diet tapi memang tak ada selera langsung nak makan malam.


Nasi goreng kampung yang sangat banyak dan mampu kenyang hingga ke malam hari
Nak kata harga makanan murah tak juga tapi berpatutan la kan, kalau tengok nasi goreng tu memang terkejut...mana tidaknya setengah tempat bagi separuh je tapi kat sini dia bagi penuh 1 polistrin...siap dengan telur goreng.

Walaupun disini dah makin bertambah kedai makan baru tapi setakat ini kedai makan ni memang rajin aku pergi walau pun tiada nasi campur yang pelbagai lauknya.



Wednesday, February 5

Cempedak Goreng

Assalam...

Dah beberapa kali sibuk telefon mak tapi katanya buah cempedak banyak dikampung. Aduh....terliur tau dek kerana tak dapat balik kampung. Minta mak bawakan kesini mak pun belum mahu datang lagi. Terpaksa beli sendiri. Mujur  dikawasan berdekatan rumah abang ada jual banyak buah cempedak.

Minta abang jengukkan ada jual buah cempedak tak tapi dibelikannya terus. Huhu...dasar abang yang kesian kat adiknya yang mengidam kot. Kebetulan  isterinya pun kan mengandung sama.

Setelah habis isinya dikorek.

Ulasnya yang kecil-kecil tapi cukup buat hati berasa  puas
Tetap terasa puas walaupun ulasnya kecil je tapi dek kerana teringin...makan jangan tak makan. Sedap bila siap masak sampai langsung tak sempat nak ambil gambar, bukan aku seorang je yang makan tapi dear dan anak-anak pun makan sama. Alhamdulillah dengan  rezeki yang Allah berikan. :)


Wednesday, January 29

RV Meleleh

Assalam...

Hujung minggu lepas aku diminta untuk membantu abang aku menjaga 2 orang anak lelakinya. huhu...memang dah agak rumah mesti meriah dengan bertambah 2 kanak-kanak lelaki. Amar dengan Ashraf memang seronok sebab abang boleh main sama.

Macam nak roboh rumahaku dibuat mereka. Tapi Alhamdulillah senang sangat pun nak jaga, mereka pun dah besar kan seorang 6 tahun seorang lagi 5 tahun.

Biarkan main, aku layan buat kerja rumah sambil tengok tv. Bilatengahari bagi makan apa yang ada memandangkan aku tak simpan stoklauk bila hari bekerja. Ha...makan sambal ikan bilis pun bertambah-tambah tau. Suka tengok derang selera makan.

Kakak ipar bagi RV meleleh ni dengan chesse kut. Tapi chesse kut Amar dengan anak buah sebelahdear yang makan. RV pun aku makan petang-petang. Sejuk sebab simpan lama dalam peti ais kan. Baru syok makan.


Alhamdulillah rezeki datang, tak payah minta-minta terus dapat. Hehe...terima kasih ye kak! :)

Tuesday, December 17

Bila Tiada Letrik

Assalam...

Hari Khamis 2 minggu lepas kawasan pejabat semuanya mendapat notis gangguan bekalan elektrik. Wah...dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 3.00 petang. Bos belum bagi kata putus lagi cuma katanya kalau lama sangat tak ada letrik boleh kerja setengah hari.

Wah....kerja setengah hari bila mana memang tengah banyak kerja ni memang sangat tidak aku inginkan. Eh..bukannya baik sangat, bukan rajin sangat pula...tapi memang rasa rugi bila buang masa begitu sahaja.

Lebih kurang pukul 10.00 pagi terus letrik mati, haih.. berpeluh-peluh juga kami dalam tu. Kebetulan isteri bos bawa anak kedua dia. Jadi agak kecoh sikit tapi mampu juga aku laksanakan kerja walaupun letrik tiada. Biasalah kan, kerja-kerja susun kertas dan pemfailan dapatlah aku buat. Kalau kerja melibatkan penggunaan barang letrik memang tak boleh.

Setelah  lebih 2 jam buat kerja dalam gelap dan panas akhirnya isteri bos minta izin bos besar untuk balik. Jadi kami kerja setengah hari je. Huhu....kawan pejabat sebelah memang cemburu...kebetulan dia nak pergi makan masa tu, siap cakap bosan tak boleh buat kerja tapi mesti duduk pejabat juga. Ye la...pejabat yang ada ramai orang tak mengapalah kan, memang tak bosan  sangat tapi macam aku...kalau isteri bos balik tinggal aku seorang je...ha...tak sanggup

Bila kerja setengah hari, terus call dear tanya dimana  dan terus balik rumah ambil. Tujuan asal nak pergi bank tapi menyimpang terus ke AEON Bukit Tinggi. Disana kan ada Maybank....hehe..

Tapi ramai juga orang hari tu ek, syukur...selesai juga urusan kami. Mahu menonton wayang tapi macam tiada filem yang menarik dihati kami berdua...jadi pergi membeli belah sedikit barang yang aku mahu di AEON kemudian keluar untuk pergi makan di tempat lain.

Semasa keluardear baru perasan kunci kereta teringgal dalam kereta...huhu...mujur aku ada bawa kunci pendua kalau tidak masak kami nak mengorek cermin tingkap. Mujur kereta lama, kalau kereta baru...lagi pengsan.

Kami makancendol klang, tapi rasa memang sepenuhnya dah tak sama. Tak kira cendol maupun rojaknya...kenapa ek? takkan sebab dah lama tak makan sana  rasa jadi lain pula.

Balik rumah memang hampa, tapi sempat beli nenas sebiji sebab aku memang suka nenas sekarang tapi sangat susah nak jumpa. Kalau nenas untuk masak memang senang tapi nenas  untuk makan memang payah nak dapat. Alhamdulillah aku seorang je yang habiskan sebiji nenas tu, dear makan sikit-sikit je...langsung tak tinggalkan buat anak-anak sebab tahu mereka tak berapa suka.

Walaupun setengah hari dapat luangkan masa dengan dear tapi memang seronok, sebab sekarang dear dah pun kerja luar kawasan semula. Mood merindu datang kembali sekarang ni....huhu..siapa dapat tolong? seminggu dear cuti tapikami tak kemana-mana, sebab musim cuti sekolah pergi mana-mana pun mesti bayar lebih dan ramai orang kan. Tambah lagi musim hujan dan banjir...jadi lebih baik kami duduk rumah je.


Monday, December 9

Balik Kampung - 23 - 24/11/2013

Assalam...

Cerita lama sebab dah nak masuk 2 minggu dah, tapi tetap nak cerita juga. Hehe...aku balik kampung dengan kakak aku, jadi pagi-pagi keluar rumah terus pergi Puchong. Kami balik naik kereta kakak aku jimat sikit sebab kereta kecil kan.

Gerak dari Puchong pukul 9.00 pagi dan sampai kampung pukul 1.00 petang. Sedang elok azan berkumandang dimasjid berdekatan dengan rumah mak.

Kami balik bertiga, dear belum balik Shah Alam tapi telah pun izinkan aku balik kampung sebab sudah tiba musim buah  dikampung. Yahoooo!!! best sebab ada durian walaupun tak banyak tapi masih boleh di kongsi dengan adik beradik, keluarga mertua dan saudara mara.

Masa tu musim rambutan dan durian. Kata abang aku tak lama lagi akan tiba musim cempedak dan juga manggis.Wah...seronoknya kalau dapat duduk kampung bila musim buah ni kan. Tapi tu la bila balik kampung mesti makan, makan dan makan.

Mak jenis suka tengok anak-anaknya makan, memang sejak dari kecil lagi. Bayangkan sarapan pagi kami adik beradik dulu bukanlah bihun goreng, mee goreng atau pun roti canai tapi setiap pagi mak siapkan kami nasi putih, telur mata seorang sebiji siap letak kicap dan sos cili. Tak pun mak siapkan kami lauk sambal ikan bilis atau pun ikan goreng je. Sedap!!!!

Balik  kampung sekadar semalam je, macam tak puas. Ingatkan nak ambil cuti Isnin tapi tak boleh pula sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Jadi kesimpulannya balik kampung hampir 24 jam sahaja.

Yang penting puas, dapat balik kampung dapat makan buah dan dapat tengok rumah kampung yang sentiasa mengingatkan kepada kenangan bersama arwah bapa.

Thursday, November 28

Tempatan Atau Antarabangsa?

Assalam..

Sejak dear kerja jauh ni memang rajin sangat makan buah. Sebab apa? Sebab jarang masak kat rumah ni, makan buah untuk minum petang atau pun digantikan sebagai snek. Hehe...bagus untuk kesihatan pula tu kan.

Hari Rabu minggu lepas MIL pergi rumah kakak ipar, kebetulan ada dan dia pun berikan buah rambutan kuning dan juga buah manggis. Haih...sedap!

Tapi petang tu aku dah menapak ke Giant dari pejabat semata-mata nak menambah stok buah yang sudah habis. Dapat beli jambu batu dan juga buah epal hijau. Kalau senang atau rajin teringin nak buat pai epal tapi setakat ni belum ada kerajinan tu lagi. Ish....






Bila balik rumah pandang rambutan dan manggis teringat durian, ciku dan cempadak yang mak kata dah berbuah dan dah pun mula masak. Tak sabar nak balik kampung makan buah-buahan ni semua.

Selalu kalau pergi kedai buah aku suka beli pisang, nenas, betik, mangga, delima, kiwi, strawberi, anggur atau pun buah epal. Hehe....kategori campur-campur asalkan namanya buah memang aku suka. Tapi dear memilih sikit, buah pisang dan nenas memang suka, kalau strawberi, epal atau anggur kurang sikit. Biasanya aku beli pun tak banyak sebab yang makan aku seorang. Anak-anak kadang-kadang tak makan sebab ada sesetengah buah buat mereka kembung perut jadi jangan  beri mereka makan. Senang hati tak perlu risau.

Kesimpulannya buah tempatan dan antarabangsa memang aku suka. Hehe..

.

Monday, November 11

Yang Senang-Senang Je

Assalam...

Hujung minggu baru berkesempatan masak buat anak-anak. Jadi nak tak nak aku akan masak apa yang mereka suka makan walau pun dalam hati teringin nak masak laksa pula. Hehe....

Jadi bila fikir-fikir aku nak masak spageti je la, tapi bukan makan dengan spageti makan dengan makaroni. Senang anak-anak nak makan sebutir sebutir. Kalau aku memang tak kisah cuma dear memang kisah sebab dear tak minat yang barat-barat sangat ni. Tekak original melayu yang dah terbiasa dengan masakan emaknya...hehe...ini lumrah kan, walau pun mak goreng ikan je tapi sedapnya memang luar biasa.



Alhamdulillah sarapan pagi dan makan tengahari kami makan spageti ni. Haha...syukur alhamdulillah kami kenyang makan tu je hari tu. Malam memang tak ada selera besar nak makan macam orang lain. Aku lagi senang makan roti je. Asal perut tak bunyi-bunyi dah la kan.

Eh...bukan diet tapi memang tak selera makan sebab bila tinggal seorang ni rasa penat lebih-lebih dari rasa lapar. Jadi bila tengahari memang makan yang berat-berat la kan.

Tuesday, October 15

Sarapan Di Kedai Mamak

Assalam...

Bila dapat SMS dari dear bagitahu malam sabtu dear balik Shah Alam aku pun apa lagi. Kelam kabut fikir nak masak apa. Sebabnya tak ada bahan nak masak. Lauk dalam peti ais tak ada, ikan masin ada la. Setakat ikan bilis dengan sardin itu di kira lauk biasa-biasa je. Haih...mujur dear bagitau dear dah makan. Selamat!

Paginya aku yang tersangat malas nak siapkan sarapan, terus minta makan roti canai. Dear pun siapkan anak-anak sebab dah bercuti panjang siapkan anak-anak. Susupun mahu ayahnya buatkan. Yahoooo!!!



Makan 2 roti telur dan 1 roti sardin kegemaran dear. Haih....tapi aku pun tumpang sama sebab lambat sangat order aku sampai. Mujur roti sardin tak pedas jadi anak-anak pun makan sama. Kami makan kedai mamak namanya Ameer Ehsan di Kota Kemuning. Pagi-pagi ni pun boleh tahan ramai juga orangnya aku tengok. Patutlah order sampai lambat walaupun sekadar roti telur je.


Ashraf bukan jenis yang mahu duduk setempat. Masa kami sampai pekerja di sana bagi kami kerusi ni, bukannya dia nak duduk. Katanya tak best. Tapi bila dah tengok-tengok kerusi tu masih di situ, dia sendiri minta 'Adik nak duduk kat kerusi best tu' haha...lawak betul budak sorang ni.

Sekarang memang semakin bijak. Kekadang memang pening, macam mana mulut adiknya lagi petah dari abangnya tapi bila fikir lagi mungkin sebab di rumah mak lang ramai orang yang melayan mulutnya bersembang.

Selesai makan kami pergi cari lauk basah. Bermulalah sesi memasak aku hingga rabu nanti. Eh...esok hari mungkin tak masak di rumah, kami berkampung di rumah abang. Yehaa...

Thursday, October 10

Takoyaki

Assalam...

Sejak tak kerja di kawasan Bukit Tinggi, Klang ni aku mati kutu juga nak selesaikan minat yang satu ni. Ye la biasanya pergi makan di sana jadi sesekali boleh beli juga kan. Tapi sekarang memang tak kerja area sana dan jarang sangat dapat pergi kesana sejak dear kerja di Pahang sekarang ni...huhu...sedih bila kenangkan selera makan yang payah pula nak jumpa di Shah Alam ni.

Eh...bukan payah sangat cumanya malas nak cari, beli dan cuba rasanya. Hehe...maklum je la dah terbiasa dengan rasa yang lama kan. Eh, macam payah pula nak biasakan dengan rasa yang baru plak.

Syukur sangat bila adik ipar kerja dekat-dekat area bukit kemuning yang selalu makan di Giant Kemuning Utama yang tersangat dekat dengan tempat kerja aku ni bagitau ada makanan ni. Aih...pucuk di cita ulam mendatang kata orang kan.

Takoyaki dengan keju dan mayonis lebih... RM 5.90

Takoyaki, makan jepun yang telah menawan hati aku dan sekarang anak-anak aku. Haha...mana tidaknya sekarang Amar dan Ashraf pun dah tau makan juga. Sedap kata mereka. Jadi tak rugi kalau aku beli 2 kotak sekali gus kan.

Nama kedainya Danidana Takoyaki kalau tak silap sebab ini baru pertama kali pergi walau pun dah lama nampak kedai ni wujud di Giant sana tu.

Kesimpulannya la kan, takoyaki di sini lagi sedap, lg besar dan puas jadi berbaloi la dengan harga yang aku bayar. Memandangkan sekarang aku malas nak masak untuk makan malam jadi 8 ketul takoyaki ni jadi menu makan malam kami bertiga...alhamdulillah kenyang.

Cumanya tak best sebab kat sini tak ada sushi....haih..lepas satu satu pula la yang aku nak...hahahha...layan selera sendiri sesekali kan.

Saturday, October 5

Menu Permintaan.

Assalam...

Hari Khamis lalu ingatkan boleh dapat balik kerja awal sekali bos ajak borak-borak pula. Terpaksa balik kerja pukul 6.30 petang. Hajat  mahu singgah kedai runcit tanpa anak-anak sebab senang nak pilih barang, terus bayar dan balik.

Apsal nak pergi  kedai sangat? ha....Sebab ni la...
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Bawang goreng  + cili padi dan ikan bilis.

Sambal tempe dan ikan bilis.

Ikan sepat masin.
Semua di  atas adalah permintaan dear, alang-alang dear balik lewat malam aku siap awal juga. Seawal jam 9 malam semua dah sedia termasuk nasi. Hish...lama tak masakkan sebab tu terpaksa pergi kedai beli bahan. hehe


Thursday, October 3

Kenduri Doa Selamat Mula Kerja.

Assalam...

Ini kisah semasa cuti Hari Malaysia lepas, dah agak lama tapi baru ada kesempatan masa untuk di ceritakan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, kenduri ini semperna untuk kenduri doa selamat mulakan kerja-kerja persediaan untuk majlis perkahwinan adik dear. Insyaallah akan berlangsung hujung minggu ini. Minggu lalu sudah pun selamat nikah dan selamat juga majlis di sebelah perempuan.


Amar dan Ashraf makan karipap air tangan mak lang yang memang sedap.

Pengantin di paksa menjaga sup ayam.

Kuih donat memang menu wajib setiap kenduri di rumah MIL, air tangan mak lang memang sedap semua kuih-kuihnya.

Lauk pauk yang sudah siap di masak dan tunggu untuk di bungkuskan.

Makanan yang telah di bungkus akan di edarkan pada jiran dan tetamu yang datang.

Kuih dan buah-buahan untuk jamuan tetamu, nasi kami bungkus siap-siap.
Syukur dengan majlis yang berlangsung dengan meriah, walau pun dear tak ada di sisi kami tapi kami tetap meriahkan juga majlis kenduri ni.

Semoga persiapan MIL lebih lancar dan sempurna hendaknya. :)