Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, May 30

3 Hari Pertama Ramadan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke empat kita berpuasa. Syukur masih mampu berpuasa walaupun bermacam dugaan dengan anak-anak ni. Kebetulan cuti sekolah kurang penat sikit sebab tak perlu keluar masuk ambil anak-anak balik sekolah. Tak keluar masuk tapi di rumah macam nak roboh rasanya. Kalau dah bagi tengok kartun memang leka sekejap tapi tak sampai 1 jam kot. Lepas tu semua buat perangai masing-masing. Sabo je banyak-banyak.

Sahur hari pertama
Ha...ini memang sentiasa di nanti-nanti tapi kami memang tiap-tiap tahun simple, tak beria-ia nak masak bagai. Cukup sekadar nasi sikit, lauk 1 jenis dan air panas. Lauk pun tak kisah sangat, ada ikan masin atau ikan bilis pun dah sedap. Kejut Amar dan Ashraf sama sahur tapi sayang pukul 8.30 pagi dah berbuka dek kerana tak tahan tengok Amsyar minum susu. Huhu...

Berbuka hari pertama
Niat di hati teringin nak balik kampung tapi minggu lepas baru je lepas jumpa mak di rumah abang. Mak datang sini dengan abang dan juga cucunya. Dear pun cakap tengok dulu macam mana, sebab sayang cuti nak simpan untuk raya nanti juga kan. Jadinya hari pertama berbuka di rumah je. Masak ikan tilapia bakar cicah sambal belacan. Sedap sangat sesekali makan ikan bakar tapi sambal belacan tu tak boleh banyak sangat takut perut tak tahan lagi pun kan baru je berbuka. Menu kami 1 keluarga memang senang. Dear tak nak menu yang banyak takut tak termakan pula. Sayur biasanya ulam atau pun 1 jenis je. Tak nak masak banyak sebab lastnya memang tak habis.

Sahur hari ke 2
Baki lauk malam tadi masih ada lagi jadinya aku panaskan je. Dear pulak nak makan biskut cicah air milo. Selalunya macam tu la, dear jarang nak makan nasi pagi-pagi. Anak-anak pagi ni aku tak kejutkan dah. Serik sebab lepas sahur tak nak tidur asyik dengan televisyen je.

Berbuka hari ke 2
Dapat berkumpul beramai-ramai lagi makan di rumah mertua. Rancang pun last minute, jadinya siapa yang berkesempatan boleh datang join sama. Alhamdulillah ramai juga. Makanan pun ada bermacam-macam. Nasi lemak, bihun, lempeng, bubur pulut hitam aku masak, kuih muih macam-macam jenis, air pun ada macam-macam jenis, bubur som som dan juga mee hailam. Inilah hasilnya bila berkumpul dan bawa makanan sikit-sikit jadi banyak pula. Tak tau la boleh habis ke tak makanan tu sebab aku balik tak ambil apa pun, kebetulan kak ipar bagi ketiew goreng jadi tu la makanan sahur aku.

Sahur hari ke 3
Dear bangun awal, tolong gorengkan telur goreng dan panaskan nasi. Dear makan ketiew aku pula makan nasi berlauk telur goreng. Hari ni gigi mula sakit, sabar je la dugaan bulan puasa kan. Nak kunyah makanan pun perlahan-lahan. Takut tergigit nantu sakitnya terus nyut nyut ke kepala.

Berbuka hari ke 3
Petang ni menu ringkas lagi, masak bening untuk anak-anak, ayam masak merah untuk kami. Aku makan pun tak selera sebab memang gigi masih sakit ni. Aku goreng keledek oren untuk bagikan pada kak ipar dan mak mertua. Itu pun dah cukup. Dear selalu pesan jangan masak banyak takut nanti terbuang dah membazir sebab tu aku masak sikit je dan 2 jenis je. Memang tak nak banyak-banyak makanan sebab yang makan cuma aku ngan dear je.

Sahur hari ke 4
Pagi ni dah tak selera nak makan. Gigi masih lagi sakit, kunyah-kunyah sikit dah sakit. Huhu...jadinya aku buat air teh cicah dengan biskut je. Dear tak sahur sebab malam tadi pergi memancing balik lewat pagi. Aku bangun sahur dear baru je masuk tidur. Kesian pula nak ajak teman makan sama. Makan sorang pun ok je. Dulu pun selalu je makan sorang-sorang.

Maaf lah tak ada 1 gambar pun, aku tak rajin nak ambil gambar makanan sekarang. Sayang sangat bila tengok makanan terbuang setiap pagi tapi tu la nak kata apa, ada yang anak-anak boleh makan tinggalkan untuk derang tapi bila suruh makan tak nak pulak. Nak tak nak terbuang juga. Itu pun malam tadi kak ipar sebelah rumah bagi roti telur dan roti bakar inti coklat kot..tak sempat aku pandang teliti apa rotinya dah habis derang makan. Huhu..malamnya nasi tak makan. Sekarang masak nasi 2 cawan tu untuk 2 kali makan silap-silap masa siang ni masakkan derang nasi goreng baru habis.

Maaf lah aku ni jenis masakkan untuk anak-anak sebab tak boleh tahan tengok derang lapar atau mintak makan yang bukan-bukan. Jiran-jiran mesti selalu dengar aku masak tengahari ni tiap-tiap hari macam hari biasa cuma masak yang mudah je.

Tunggu setahun 2 lagi kot baru paksa puasa, sekarang memang tengok pun nampak lembik. Anak-anak jiran nak ejek pun ejek la aku dulu pun lambat juga mula puasa, bila arwah bapa suruh puasa aku bantai minum air paip dalam bilik air. Tak pun kat sinki bila buat-buat basuh tangan. Haha mujur tak sakit perut.

Friday, May 19

Jambu Susu

Assalamualaikum...


Dah lama teringin nak makan buah ni, tau je la dah lama tak makan. Dulu makan pun masa kecil lagi. Sekarang dah besar memang tak jumpa dah. Kiranya bukan senang nak jumpa orang tanam lagi pokok ni. Dah banyak pokok yang ada orang tebang untuk bina rumah agaknya.

Rezeki kot, sebulan atau 2 bulan lepas kalau tak silap nampak ada banyak bunga kat pokok mak cik ni. Mak cik ni yang mengajar anak-anak mengaji iqra. Alhamdulillah sampai sekarang Amar dah naik baca Al-Quran dan Ashraf dah baca Muqaddam. 2 tahun dah mengaji dengan mak cik ni tapi baru sekarang aku dapat peratikan apa yang ada di rumah dia. Macam-macam ok yang dia tanam. Mungkin senang kot kalau nak makan ada depan rumah. Pokok kelapa je tak de agaknya, itu pun mungkin ada kat belakang rumah. Aku tak pasti la pulak.
Ampun ye gambar tersenget pulak. Tapi ini realiti di bawah pokok ni, sekarang pergi lagi banyak yang bertaburan kalau tak di sapu.

Jadikan cerita 1 hari ni balik dari ambil Ashraf hantar anak-anak mengaji nampak banyak dah buah yang dah masak. Burung pun dah berpesta kat atas pokok tu. Nak minta malu la pulak, bagitau kat dear sebab nak minta dear ambilkan sebab pokok ni tinggi kalau aku kait dengan galah yang ada pun tak sampai rasanya. Dear senang boleh panjat atas kereta kait dengan galah dan kutip. Dasar malas sebenarnya, sebab hantar anak mengaji tu pukul 12 tengahari. Haha


Dear balik kerja tengahari tu juga singgah ambil rupanya. Alhamdulillah, sedap sangat. Lepas kempunan dah lama tak makan. Selalu tengok orang lain share kat fb sekarang baru dapat rasa balik. Bukan nak banyak tapi nak rasa balik sebab dah lama sangat tak makan kan. Kat rumah ni yang makan pun aku seorang je, dear pun makan sebiji 2 je rasanya. Dear kutip dekat 20 biji, hampir 3/4 tu aku yang makan. Puas hati lagi dapat makan dengan rojak yang aku belajar buat sendiri. Memang menyengat rasanya.

Lepas ni dah tau dah, kalau nak makan buah ni boleh aim je kat rumah mak cik ni. Haha..mak cik ni pun sporting orangnya. Anak-anak dia pun dah selalu aku jumpa, maklum aja anak dia pun ada ajar anak-anak aku mengaji kalau mereka cuti.

Korang yang baca tolong jangan kempunan pula ye, aku ceritakan sebab aku pun dah bertahun tak makan. Sampai lupa dah rasanya. Kalau dah ada rumah bertanah memang aku minta anak pokok nak tanam tepi rumah. Cumanya pokok dia bila dah besar tu memang tinggi. Macam pokok rambai pun ada juga.

Monday, May 15

Kami Ke Zoo Negara

Assalamualaikum...

30.4.2017 yang lepas kami sekeluarga pergi ke zoo negara. Lama dah tak pergi, last pergi masa kami masih berdua lagi belum berkahwin kot masa tu. Maklum saja la kan, masa tu sanggup je nak habiskan masa berdua lama-lama ke mana je. Kali ni dear dah janji dengan anak-anak nak bawa pergi tengok binatang secara langsung. Maklum saja di rumah dear rajin buka saluran discovery yang banyak siarkan cerita tentang binatang. Tetiba teringat arwah bapak aku yang suka sangat tengok cerita binatang ni. Al-fatihah.

Kebetulan 1.5.2017 dear nak pergi memancing jadi ambil kesemptan luangkan masa untuk anak-anak seharian. Kami pergi awal pagi, lebih kurang pukul 8.30 pagi juga kot baru keluar rumah. Sampai sana pun hampir pukul 10.00 pagi sebab dear ni sibuk je ada je orang yang call masa dalam perjalanan kami ke sana. Sampai sana pun orang dah agak ramai. Hari ahad kan, lagi pun esoknya cuti hari pekerja memanglah ramai yang akan ambil kesempatan bawa anak-anak ke sana.

Tiket masuk dewasa RM 44.00, kanak-kanak umur 3 tahun ke atas RM 16.00. Amsyar dah masuk 3 tahun jadi kena bayar penuh. Dear kata tak pe bukan tiap-tiap tahun pergi zoo kan. Haha..dear terasa la tu kos tiket je dah mahal. Belum masuk dalam lagi. Kami bawa 2 botol air, itu pun tak cukup dan dear terpaksa beli lagi air sebab anak-anak merengek nak air sejuk dan air botol kami dah habis sebab cuaca panas. Kos beli minuman pun berganda mahao dari beli di kedai di luar. Kat sini dear memang mengeluh juga, tiket masuk mahal lepas tu kos air dan makanan pun mahal juga. Sepatutnya dah bayar tiket masuk air dan makanan janganlah terlampau mahal.

Tempat pertama kami pergi tengok monyet, burung yang bermacam jenis besaiz besar-besar. Teruja anak-anak 3 orang ni. Tiba kat kawasan monyet apa ntah namanya dia tetiba jerit kuat hala ke orang ramai menuju ke tempat pertunjukkan. Haha yang paling takut Amsyar la, terus lari dapatkan dear. Gerak ke tempat pertunjukkan tapi sementara belum bermula lagi kami jenguk ikan dan burung penguin. Tapi tak lama pun sebab anak-anak bosan dengan pertunjukkan tu. Kami gerak pergi jenguk tempat lain.


Budak yang dah bosan menunggu lama sangat pertunjukan nak mula.

Kami jalan-jalan tengok panda sebab tiket masuk dah termasuk pakej untuk panda juga. Orang memang ramai, panas dan penat. Nak sampai pun jauh juga, tengok zirafah dulu kebetulan pulak selipar Amar putus. Haha..redha je la dear diy masa tu. Kebetulan dalam beg tangan ada cable tie boleh la guna. Duduk sekejap sambil tunggu dear selesai, dengan cuaca panas tu fuh memang dahaga je. Kat sini air 2 botol dah selesai kami minum. Dear beli air lagi untuk anak-anak seorang 1, kami berdua kongsi. Air mineral 500ml tu je rm 3.++ sebab tu kami berkongsi.


Dalam ni sebelum masuk dah diberitahu jangan bising,  makanan dan minuman pun tak dibenarkan bawa masuk. Tapi sebab kami bawa beg sandang boleh je simpan dalam beg dan bawa masuk. Petugas bagitau kalau nak simpan pun boleh cuma nanti keluar dibawah dan agak jauh nak datang ambil balik beg. Jadi dear pun bawa saja lah beg tu dari ditinggalkan nak ulang alik ambil pula dan penat. Comel sangat panda ni, masuk je terus nampak dia tengah makan/ragut buluh. Aku pulak yang terasa ngilu. Ye la buluh kot, bukan rebung. Ada 3 ekor panda, dalam ni memang selesa cuma orang ramai kan jadi tak dapat nak ambil gambar yang lebih baik. Semua rebut-rebut nak ambil gambar dengan panda. Comel kan.

Keluar je jumpa kedai aksesori panda, kedai ni di luar pun ada. Harga sama je kot, cuma yang ni dalam kawasan panda la. Tempat pun berhawa dingin rasa macam tak nak keluar. Lepas tu jumpa pulak kedai makan/restoran, ada hidangkan pau berbentuk panda. Haih, geram dah tu tengok orang yang makan tapi tak singgah pun sebab dear bagitau mesti mahal dan rasa belum tahu sedap ke tak. Haha ada saje la dear ni, kedekut punya pasal.


Ini di kawasan gajah dan beruang. Besar gajahnya, cumanya nampak kesian pulak sebab ada wayar elektrik di tepi pagar gajah tu. 2 ekor gajah tu nak ambil pisang pun agak takut. Dear kata gajah tu dah pernah kena letrik kot sebab tu dia takut dan tau nak pergi sampai mana. Bau busuk je yang tak best, nak buat macam mana zoo kan, kalau ikutkan mesti lah bersih tapi ada juga tempat untuk haiwan ni buat macam habitat sendiri kan. Mungkin tu salah satu sebab di biarkan.






Dah nak habis satu zoo kam jelajah tiba-tiba Ashraf bagitau nak pergi tengok kelawar, Amsyar dah keletihan tapi Ashraf bersungguh nak pergi. Awal tadi sungguh-sungguh nak tengok harimau. Tapi dek kerana harimau jauh dan ada yang tidur dia tukar nak tengok kelawar pula. Jauh juga kalau terpaksa berjalan nak tengok kelawar. Dear boleh cakap lain kali kalau dah besar boleh datang sendiri tengok 1 jenis binatang tu lama-lama. Lagipun masa tu Amsyar bagitau dia nal buang air besar. Tu yang kami kelam kabut jalan cepat sikit.

Sebagai kesimpulannya, memang seronok..best je dapat tengok binatang ni. Sesekali lupakan kerja, sibuk ngan urusan rumah..seronok bila tengok anak-anak seronok.

Sunday, May 7

Daftar Tahun 1 Tahun 2018

Assalamualaikum...

InsyaAllah tahun depan Ashraf akan ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama sama seperti Amar. Agak senang juga kot urusan cuma aku je melengah-lengahkan hingga ke saat akhir. Bayangkan dengan nak uruskan anak-anak sambil tu nak uruskan rumah juga sempat kejar pergi siber kafe depan rumah untuk tumpang printkan surat menyurat dan buat salinan semua sijil yang perlu.

Hantar ke sekolah pun sebelum ambil Amar, kejar juga sebab dear pass semua urusan ke aku untuk selesaikan. Sabo je la kan, tapi tak pe lah, dear dah cari rezeki buat kami aku tolong mana yang mampu je la. Lagi pun tahun lepas dear dah join pergi sama dan dah tau urusan tak susah mana pun. Alhamdulillah, cuma Amsyar je yang sibuk nak kesana kemari. Yang lain semuanya lancar.

Daftar sekolah kebangsaan secara online kemudian print segala borang yang perlu, sediakan sijil yang diminta dan kemudian hantar ke pejabat sekolah. Selesai sekolah kebangsaan ke sekolah agama pula. Di sini tahun ini ada 2 borang nak isi dan perlukan salinan mykid juga. Jadi aku ambil borang dan bawa balik dulu. 2 ke 3 hari kemudian baru aku hantar, selesai juga.

Sekarang sekadar menunggu surat dari sekolah kebangsaan untuk pengesahan, kemudian baru pergi ke sekolah agama untuk tentukan kelas pula.

Jadi tahun depan Amsyar pun akan ke tadika sebab dah sibuk sangat nak sekolah pasti macam abang-abangnya. Alahai aku pulak yang risau takut nanti dia jemu bila terlalu awal ke tadika. Ashraf dulu pun awal usia 4 tahun tapi masa tu Amar ada, nanti Amsyar sendirian. Harap-harap dia bertahan la hendaknya hingga umur 6 tahun di pasti.