Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, December 31

Balik Kampung 16/12 - 25/12

Assalamualaikum. . 

Seminggu lebih duduk kampung rasa bebas sekejap. Ayah balik Shah Alam hari Isnin kemudian balik kampung hari Jumaat. Kita di kampung syok makan je, maklum la opah jenis rajin masak bila anak cucu ada. Alhamdulillah rezeki opah pun melimpah hendaknya. 

Sebelum balik Shah Alam, ayah bawa kita pergi tengok Sungai Perak. Memang sini tempat mama dan ayah selalu pergi bila balik kampung. Seronok dapat melihat keindahan alam semula jadi. Dah hampir setahun set pengambaran filem/drama disiapkan di sini. Tapi tak pasti la bila masa tayangan nya.  Kalau tak silap kisah mengenai tokoh sejarah. Tunggu dan lihat lah nanti bila dah ditayangkan. 

Cubaan memanjat tangga menara tapi gagal sebab gayat

Berebut-rebut nak panjat tangga. 






Semua gambar mama ambil dari video, sebab kalau ambil gambar mesti ada yang tak jadi. Lebih senang ambil video ke sekarang ni. Haha dasar mak yang malas la ni.

Apa-apa pun kita seronok menikmati alam, sungai yang cantik dan kehijauan yang memukau. Ni kita belum pergi ke kawasab sawah lagi.  Kalau dapat mesti lagi seronok korang sebab selalu tengok dari dalam kereta je kan. Insyaallah ada rezeki nanti kita rancang cuti ye.

Saturday, December 29

Taiping 23/12

 Assalamualaikum...

Demi nak melihat mak seronok aku minta dear bawakan kami ke Taiping. Ye la ni sepupu aku yang kahwin walaupun bukan kali pertama pak cik aku kahwinkan anak tapi aku rasa kami patut balas jasa dia yang berpenat lelah semasa majlis kahwin kami adik beradik.  Alhamdulillah dear pun nak bawakan juga, jadi alang-alang dah kesana kami mesti singgah satu atau 2 tempat sebagai kenangan.

Puas cari dalam facebook dan google, rata-rata bagi tempat makan, zoo taiping atau muzium taiping.  Untuk pengetahuan semua dear tak berapa rajin nak jalan zoo selepas pukul 12 tengahari sebab panas lagipun anak-anak jenis nak tengok 1 per 1 baru puas hati.  Muzium pula dear kata bosan sebab anak-anak belum faham lagi.

Nak menjawab aku pun serba salah.  Ye dah ikutkan je la. Jadi dah semua tempat yang aku pilih kena tolak aku ikutkan je la mana dear nak bawa. Kami ke Kuala Sepetang je, singgah pekan Port Weld beli ikan bilis dan ikan masin kemudian singgah Warung Mak Jah sebab nak makan ketam lembut.  Ha..yang ni memang dah lama minta hehe.

Ikutkan kami masih kenyang tapi dear kata dah sampai jom la kita rasa apa nak rasa. Kami makan ketam lembut, udang goreng tepung, cucur udang dan sotong kecil goreng tepung. Alhamdulillah sedap dan kenyang kami petang tu.  Mak pun sampai tercungap nak habiskan makanan walaupun kami makan kongsi je. Yang penting dapat rasa.

Udang goreng tepung 

Cucur udang 

Sotong kecil goreng tepung 


Ketam kulit lembut goreng tepung 

Menu

Ni semua yang kami makan, gambar aku korek dari google dan facebook .Aku tak rajin nak ambil gambar dek kerana sibuk pegang Nur Aisyah dan makan. Harga korang tengoklah sendiri.  Kalau rasa mahal terpulang, kami makan sebab nak rasa je.  Dah alang-alang ke sana singgah dan rasa la.  Ramai sangat orang kali ni, sebelum ni aku dan dear pernah datang tapi masa tu tak ada la seramai sekarang. Siap ada bas lagi yang singgah .

Ingat nak singgah kilang proses arang tapi dear cakap tak payah sebab dah lewat, nanti sampai rumah malam pulak.  Ikutkan je la, insyaallah kalau ada rezeki lagi nak pergi lagi bermalam kat sana pula. Tambahan lagi lebuhraya Banting Taiping dalam pembinaan, jadi mesti lebih cepat perjalanan nanti.

Thursday, December 27

Persiapan Persekolahan

Assalamualaikum...

Lama dah nak tulis senarai keperluan untuk persiapan anak ke tahun 1, insyaallah 2 tahun lagi Amsyar pula. Jadi rasa rugi pula sebab tak buat senarai wajib sebagai rujukan untuk akan datang. Amsyar dan Aisyah, jadi akan lalui 2x lagi.  Anak akan datang insyaallah kalau Allah nak bagi kami terima tapi ikutkan rasa macam dah cukup la 4 orang ni. 

Ok ini permulaan untuk semua urusan, pendaftaran sangat penting sebab kalau tak daftar macam mana nak sekolah kan. 

Pendaftaran  
Sejak beberapa tahun lepas kita dikehendaki mendaftar secara online. Kebiasaan waktu pendaftaran dibuka pada bulan March setiap tahun. Website nya aku lupa nanti update lagi ye. 

Masa daftar perlu sediakan beberapa maklumat penting anak seperti jadual imunisasi. Seeloknya nak daftar siapkan surat beranak dan buku rekod yang dapat dari hospital untuk mudahkan rujukan. 

Sekolah pun kita kena pilih ikut suka hati la kan, rasa nak sekolah dekat ke jauh ke terpulang pada individu ye. Aku pilih yang dekat sebab setakat ni Alhamdulillah sekolah ni masih lagi ok dan sesuai dengan anak-anak. Kalau jauh pun nak buat apa menyusahkan diri.  Lagipun nanti pihak PPD yang akan tentukan sekolah mana yang anak kita dapat. 

Bila dah daftar tunggu hingga bulan julai untuk pengesahan sama ada diterima disekolah yang dipilih atau tidak. Jika nak buat rayuan pertukaran masa ni boleh buat. Keputusan ni secara dalam talian. Jadi untuk pengesahan kita setuju sekolah yang dipilih boleh print dan bawa sijil dan dokumen yang dinyatakan ke pejabat sekolah. 

Pada yang tak ada masalah boleh printkan segala surat dan siapkan lampiran yang dikehendaki.  Contohnya, surat beranak, mykids anak, mykad emak dan ayah dan slip gaji emak ayah. Sekolah Amar dan Ashraf minta sediakan sampul beralamat sendiri dan setem rm 0.50. Semua ni perlu dihantar ke pejabat sekolah sebelum bulan oktober. Sebab sekolah pun perlukan masa untuk proses semua borang. 

Insyaallah dalam bulan November akan terima surat dari sekolah untuk maklumkan tarikh orientasi dan juga maklumat pembelian buku latihan.  Biasanya buku latihan boleh dibeli mulai minggu terakhir November hingga sekolah dibuka. Senarai pun ada di sediakan cuma bawa duit je. 

Selesai bahagian pendaftaran, baru kita bole mula ke bahagian persiapan barang kelengkapan sekolah. Ikutkan aku bila dah dapat surat pengesahan tu dan selesai urusan dengan pejabat sekolah aku dah mula buat persiapan. 

Selesai untuk sekolah kebangsaan sekarang untuk sekolah agama pula.  Pendaftaran sekolah agama dibuat selepas pengesahan pendaftaran sekolah kebangsaan. Ini untuk kawasan aku ye, lain kawasan atau sekolah mungkin lain caranya. Pergi ke pejabat sekolah agama bawa surat beranak anak yang asal dan salinan, salinan mykad emak dan ayah. Kalau boleh bawa lebih untuk elakkan untuk ulang alik datang lagi ye. Kalau nak lagi senang talifon sekolah tu sebelum pergi lagi mudah. 

Urusan daftar sekolah agama mudah juga, daftar setelah sah mendapat tempat di sekolah untuk tentukan sesi pagi atau petang. Di sini untuk tahap 1 sesi pagi.  Pihak sekolah akan beritahu bila perlu datang untuk membuat pengesahan selepas di proses semua borang dan sijil.

Orientasi tiada dan terus bersekolah macam biasa.  Kalau pihak sekolah ada buat biasanya akan diberitahu. Setakat ni sekolah tempat aku tak buat orientasi.

Selesai urusan pendaftaran kita boleh mula sediakan wang untuk membeli pakaian dan peralatan yang diperlukan.

1. Pakaian
- 3 pasang baju dan seluar untuk sekolah kebangsaan, 3 pasang baju melayu untuk sekolah agama
- songkok dan sampin untuk sekolah agama
- 2 helai seluar sukan dan baju t warna putih.  Seluar ada sesetengah sekolah perlu beli disekolah .
- untuk pelajar perempuan boleh lah sediakan tudung,singlet dan seluar legging.
- stokin secukupnya, setakat ni anak aku 1 hari guna 2 pasang jadi siapkan seorang 6 pasang pun dah lebih dari cukup.
- kasut tu terpulang, ada budget lebih bolehlah beli 2 atau lebih.  Ada juga yang beli 1 pertengahan sekolah nanti beli lagi 1. Terpulang pada hak masing-masing

2. Beg dan alat tulis
- 2 beg untuk 2 sekolah. Beg sekolah agama aku beli yang murah je. Tak pun pakai semula beg sekolah tadika dulu.
- alat tulis memang aku beli lebih dan simpan siap-siap kat rumah. Senang bila anak-anak nak guna tak perlu beli lagi.

3. Buku
- buku latihan boleh dibeli di kedai buku sekolah, buku latihan sekolah agama cikgu akan edarkan bila dah mula sekolah.
- buku latihan tambahan, ini terpulang pada guru kelas akan datang.  Kalau nak beli sendiri pun boleh untuk beri latihan pada anak-anak.

Ok setakat ni je yang aku ingat, nanti kalau ada tambahan aku akan update lagi. Apa-apa pun selamat menghadapi musim baru persekolahan 2019.

Wednesday, December 26

Penutup Persekolahan 2018

Assalamualaikum...

Dah lama nak berkongsi cerita disini buat tatapan anak-anak mama nanti, kalau ikut memang ada banyak perkara nak tulis tapi kekangan masa sangat tak memberikan peluang untuk mama menulis. Ye, anak-anak memang pantang kalau mama pegang talifon.

Syukur sangat penutup persekolahan 2018 dengan keputusan peperiksaan anak-anak sangat membanggakan. Alhamdulillah, walaupun susah setiap kali mama suruh baca buku mujurlah mereka berjaya juga memberikan mama kejayaan walaupun bukan cemerlang di kedua sekolah tapi mama tetap gembira dengan keputusan yang mereka dapat. Insyaallah ada hadiah yang akan mereka dapat.



Alang-alang cuti panjang dan ada majlis perkahwinan sepupu sebelah mak jadi mama ambil peluang balik kampung 1 minggu. Niat nak hantar opah dan bawa opah ke majlis tu. Alhamdulillah, kita pergi kedua majlis perkahwinan tu dan sempat juga bawa opah pergi Taiping untuk majlis sebelah pihak lelaki.  Sepupu mama perempuan, jadi kita memeriahkan pula majlis orang. 

Balik dari majlis tu sempat juga pergi jalan sekejap.  Tu nanti mama tulis kemudian, mama tak dapat nak tulis panjang lagi sekarang ni.  Jadi semua pun kena pantas buat.