Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Monday, April 11

Assalam...

Kerja aki setiap hari tak pernah kurang, bila ada masa senggang dapat tengok fb, whatsapp kawan-kawan pun dah kira ok sangat lah tu. Kalau tidak makan pun tak tentu hala, lagi-lagi sejak aku kehilangan kawan makan tengahari. Aku seorang pekerja bangsa melayu yang ada, kembali seperti 2 tahun lalu. Sedih tapi niat nak cari rezeki halal, aku gagahkan juga layan perangai sorang-sorang kawan kerja lain.




Inilah kerja yang tak pernah habis, selesai 1 datang lagi 3, geram juga tapi bila dah biasa aku tak pernah merungut pun. Mereka bagi aku kerja jadi tak perlu aku termenung mencari kerja.


Sila jangan muntah lihat tuan tanah yang pura-pura menulis. 😁

Friday, July 10

Hamper Raya

Assalam...

Minggu ni subcon datang pejabat bawakan sesuatu buat aku dan kawan yang berbangsa melayu. Alhamdulillah rezeki tahun ke 2 aku di sini, pertama kali dapat hamper untuk hari raya puasa. Selalu ada hamper untuk hari raya cina ja kan.

Walaupun hamper kecil je tapi niat dia nak bagi ni cukup aku 'salute' walaupun berlainan agama dan budaya. Syukur kerana dia tahu sedikit sebanyak pasal islam sebab ramai pekerja nya terdiri dari orang indonesia yang kuat berpegang pada ajaran islam.



Dapat 3 bungkus biskut ni pun jadi lah kan, boleh buat kudap-kudap tengok drama raya nanti. Eh...silap-silap sebelum raya dah habis dimakan anak-anak.

Monday, December 15

Bila Dah Bercuti Panjang

Assalam...

Mood nak bekerja langsung tak datang hari ni, maklum saja kerja menanti berlambak-lambak hinggakan tak tahu nak buat yang mana satu. Bila tengok kerja ini orang ni kata buat dia punya dulu, buat kerja lain kerja yang lain datang lagi...bila la kerja nak selesai ni ek. Kebetulan pulak badan mula tak sihat, mungkin seronok duduk rumah rehat terus diserang selesema dan deman juga. Fuh...harap-harap Amsyar tak di jangkiti pula. Memang Amar dan Ashraf demam 2 hari ni tapi syukur demam tak tinggi jadi boleh lah makan ubat mana yang ada je kan.

Ok, sentiasa berharap mood kerja datang dengan cepat...tak nak balik lambat kesian kat anak-anak menunggu di rumah nenek lama-lama pula.

Monday, December 8

Mari Menghabiskan Cuti Tahun

Assalam...

Mood pagi ni memang tak datang langsung walau pun kerja bersepah-sepah atas meja minta aku siapkan juga sebelum rabu. Sebab Rabu nanti nak cuti panjang hingga hari Jumaat. Nak pergi mana? duduk rumah diam-diam layan anak-anak dan mak yang datang kerumah. Alhamdulillah cuti tahun masih ada lagi 9 hari tapi cuma boleh ambil 2 hari je sebab memang susah bos nak bagi cuti panjang-panjang. 5 hari bawa ke tahun depan cuti lebih nanti mungkin akan ambil cuti lagi sebab nak daftar tadika anak-anak. Kalau tak habis juga bos akan bayar tahun depan.

Nak cuti 2 hari tu pun punya lah payah sebab ada aje bos yang tak setuju aku nak bercuti padahal katanya aku sekadar menghabiskan cuti yang ada je. Eh...takkan sepanjang tahun kerja je mesti mau cuti. Mana nak elak bulan 9 dulu aku cuti sakit seminggu sebab sakit mata dan sejak tu terus mereka cop aku kerap ambil cuti. Adoi kekadang rasa macam teruk-teruk sangat jangan bagi aku ni cuti tahun lagi senang kan. Geram rasanya bila orang asyik pertikaikan apa yang aku buat.


Gambar tiada kaitan tapi sekadar menyenangkan hati, tengok gambar lama teringat kenangan dulu-dulu. Hehe...ini gambar masa selepas bertunang kami ambil di Sunway Piramid kiranya ini gambar berdua buat pertama kali. Memang nampak dear lain sangat mukanya, lebih 'kecil' berbanding sekarang. :p

Wednesday, October 8

Jangan Kaut Untung Lebih

Assalam...

Rentetan dari kisah kami di sini yang perlu menggunakan kupon parking atau pun pas bulanan untuk meletak kenderaan. Memang kawasan kami banyak bengkel kereta, kedai tayar kereta dan pelbagai jenis kedai lagi yang ada di sini. Bak kata kawan aku sama macam cendawan tumbuh selepas hujan....hehe...cina tapi tau pulak dia peribahasa melayu ni.

Ok, bila penguatkuasa MBSA datang dia bising. Kenapalah penguatkuasa nak saman kereta yang di letak sementara tunggu tuannya ambil atau sementara tunggu giliran untuk di baiki. Pada aku senang je caranya. Bila dah tau kawasan ini mesti letak kupon jadi pihak bengkel perlu sediakan banyak kupon untuk kemudahan pelanggan dia. Tak semestinya kereta yang pelanggan hantar hari ini boleh siap dalam masa yang sama.

Kalau pelanggan perlu tinggalkan kereta macam mana pula. Ish...senang sangat la. Peniaga mesti la letakkan kupon parking tu, lagi pun penguatkuasa cuma datang beberapa kali je bukannya duduk depan kereta tunggu waktu tamat kupon tu. Setakat sejam 40 sen je takkan la peniaga tak ada untung sikit kot. Entah-entah untung lebih lagi banyak ada la kot.

Hehe...ketawa je aku bila dengar mereka sok sek tentang kereta banyak kena saman. Jadi sendiri mau ingat la kan. Kot ye nak berniaga, rugi sedikit apa salahnya. Ini tidak mahu untung berganda-ganda sahaja.

Tuesday, September 30

Orang Tamak Selalu Rugi

Assalam...

Eh...apsal pulak tajuk semacam je ni kan, mana tidaknya sakit hati tengok pekerja di tapak luar asyik minta beli itu ini je. Geram pun ada..Tapi sabar saja sebab itukan memang kerja aku melayan permintaan mereka mahu beli apa saja.

Paling tak tahan bila ada yang bagitahu ada barang boleh jual semula pada pembekal. Jadi aku tebalkan muka tanya satu persatu pembekal sama ada mereka ada beli semula atau tidak. Bila dapat 1 pembekal mula lah jual mahal.

Bukan aku yang jual mahal, tapi pekerja di luar yang jual mahal. Penat aku cari tapi akhirnya tak jadi urusniaga juga mereka ni.

Contoh..

Harga pasaran barang A = RM 90.00 tapi bila kitar semula harga paling tinggi ditawarkan RM 10.00 - RM 15.00 je. Tapi pembekal cuma mahu bayar RM 10.00 satu. Masalahnya pekerja di luar tu tawarkan harga RM 15.00 memang tak akan di ambil dek pembekal tu sebab dia ambil kemudian jual semula jadi tiada untung dia boleh dapat, melainkan atas alasan tolong jualkan je la.

Pada aku la kan, pekerja di luar tu memang tamak. Kenapa aku kata tamak sebab ada orang nak beli tapi letak harga tinggi. Contohnya kalau dia sanggup beli RM 10.00 tapi dia jual dapat 15.00 berbaloi sebab dia memang ada usaha...usaha untuk cari barang, usaha untuk beli barang dari orang lain dan usaha untuk bawa barang tu untuk di jual semula.

Yang menguntungkan sebenarnya pekerja di luar tu tapi dia tak faham sebab sikap tamak. Tak mahu ambil sikit tapi mahu untung lebih. Sebab tu aku kata orang tamak selalu rugi.

Kalau dia jual RM 10.00 pun sudah untung sebab pihak syarikat tak ambil 1 sen pun dari hasil jualan dia. Kalau barang tu dia tak jual akhirnya jadi sampah dan dia perlu buang juga...maksudnya jadi kerja dia pula nak buang barang tu ketempat lain.

Hehe....ok, pagi-pagi dah buat orang sakit jiwa dengar ragam mereka. Makin ramai orang makin celaru kepala otak aku.

Monday, February 10

Makan Tengahari

Assalam...

Sejak beberapa minggu ada sebuah kedai makan yang menjual makanan cina muslim ala-ala Mohd Chan. Huhu...buat aku lagi malas nak bungkus makanan siap-siap dari rumah. Eh...memang tak masak pun sejak dear pergi Pahang lagi. Jadi sarapan pagi dengan roti, makan tengahari berat dengan nasi atau pun apa saja yang aku rasa nak makan dan malam pun cuma makan roti je. Hehe....bukan  diet tapi memang tak ada selera langsung nak makan malam.


Nasi goreng kampung yang sangat banyak dan mampu kenyang hingga ke malam hari
Nak kata harga makanan murah tak juga tapi berpatutan la kan, kalau tengok nasi goreng tu memang terkejut...mana tidaknya setengah tempat bagi separuh je tapi kat sini dia bagi penuh 1 polistrin...siap dengan telur goreng.

Walaupun disini dah makin bertambah kedai makan baru tapi setakat ini kedai makan ni memang rajin aku pergi walau pun tiada nasi campur yang pelbagai lauknya.



Tuesday, February 4

Ruang Solat Aku

Assalam...

Sejak berpindah kerja ditempat lain ni memang menjadi sedikit masalah untuk aku solat, mana tidaknya bos dan rakan sekerja semuanya berbangsa cina tiada seorang pun bangsa melayu melainkan aku. Makan memang senang tinggal bungkus dari rumah atau beli saja dikedai makan melayu.

Sejak mula aku dah minta kebenaran untuk solat dan isteri bos benarkan aku guna bilik yang ada di tingkat 1. Alhamdulillah...beberapa minggu sempat bersolat disitu tapi lama kelamaan bos mahu guna semula bilik itu. Dek kerana itu aku ambil keputusan untuk solat diruang pantry yang jarang sekali digunakan. Hehe....masih ada tempat asalkan aku mahu laksanakan rukun Islam yang ke 2 tu. Alhamdulillah setakat ini tiada sesiapa pun yang mengganggu.


Ini ruang solat aku.

Pandangan dari ruang solat aku, nampak sinki.


Sentiasa bersyukur, sekurang-kurangnya bos tetap mempermudahkan urusan aku untuk melaksanakan apa yang wajib aku laksana. Bukan sekadar kerja tapi ibadah yang wajib mesti minta izin dari bos, walaupun berlainan bangsa dan agama tetapi mereka tidak keberatan memberikan peluang dan juga ruang.

Kalau tiada ruang ini terpaksa bersolat di surau Giant nampak gayanya. Huhu...tak larat hari-hari menapak ke Giant pulak.

Sunday, January 26

Tersangat Sibuk

Assalam...

Ada banyak benda nak kongsi, ada banyak cerita nak di tuliskan tapi rasa macam tersangat malas menulis bila di siang harinya terlalu sibuk dengan kerja. Hujung minggu sibuk melayan anak-anak dan siapkan semua kerja rumah yang terbengkalai terutama memasak dan kemaskan kain baju yang penuh sebakul. Ye....walaupun sebakul tapi hakikatnya mata aku memang tak boleh tahan, kadang-kadang cuba lipat sedikit bila ada kesempatan masa.

Lebih-lebih lagi bila dear kerja jauh semula selepas sebulan berehat dan bekerja disini... haih...memang rasa tak nak berjauhan lagi tapi ini tugas dan tanggungjawab dear. Aku akur dan redha.

Kerja pun makin hari makin banyak, makin lama makin bertambah. Alhamdulillah semoga  Allah berikan rezeki yang halal walaupun bekerja dengan berlainan agama dan bangsa. Syukur setakat ini tiada masalah yang aku hadapi disana, walau pun ada masalah kecil tapi masih dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

InsyaAllah aku sentiasa mencari masa yang lapang untuk berblog lagi semoga Allah berikan ruang dan masa.:)

Wednesday, January 15

Setelah 4 Bulan Bekerja

Assalam...

Alhamdulillah sejak kebelakangan ni sibuk makin menjadi-jadi pula. Huhu....rumah memang sentiasa sibuk, tempat kerja pun sama, maklum saja banyak tugas yang perlu aku pikul. Menjadi pembeli yang sentiasa sibuk mencari perbandingan harga, menjadi kerani am menyediakan surat menyurat dan segala memo, menjadi kerani akaun untuk memudahkan urusan perakaunan syarikat dan menguruskan tender yang masuk sentiasa setiap minggu. Ha...ini kerja yang patut aku buat, kerja di syarikat kecil jadi memang begini lah jawabnya.

Sentiasa bersyukur pada Allah segalanya rezeki, segalanya memberikan aku kesedaran dan lebih ingat untuk bekerja dengan lebih rajin. Walau pun syarikat kecil tapi semoga usaha aku dapat membantu sedikit sebanyak membangunkan syarikat agar lebih berkembang lagi.

Eh...setakat ini kerja memang tak memberikan masalah malah makin hari rasa seronok lagi. Dapat belajar dengan lebih banyak lagi pelbagai perkara berkaitan dengan kontraktor terutamanya. Seronok sebab tidak terkongkong bekerja dibawah tekanan...maksudnya bos aku bagi satu due date tapi kalau tak mampu capai memang dia tak bising-bising cuma sebelum sampai masa mesti cuba sedaya upaya untuk selesaikan. Bila dia nampak kita berusaha jadi bukan 100% kesalahan akan diletakkan pada bahu kita.

Dah masuk bulan ke 4 bekerja disini. Syukur sangat bos faham dengan keadaan aku dan sanggup nak tetapkan  jawatan aku walaupun dia tahu aku mengandung sebelum masuk kerja disana. Hehe....kalau ikutkan bos besar memang teragak-agak untuk berikan jawatan tetap tapi mungkin rezeki anak agaknya kan.

Tapi dalam kata ada kebaikkannya aku perlu membalas jasa mereka juga. Ini mungkin agak memeningkan sedikit kepala besar aku ni. Bos minta aku masuk kerja awal 2 atau 1 minggu sebelum hari sepatutnya aku masuk kerja selepas cuti berpantang. Huhu.....dear dah bagi lampu hijau cuma aku yang belum yakin lagi. Seminggu awal mungkin boleh tapi 2 minggu awal tu agak payah sikit sebab ada banyak perkara yang perlu aku persiapkan. Walau pun bakal dijaga oleh kakak ipar tapi sekurang-kurangnya aku perlu melatih bayi menghisap susu  dari botol.

Ok.....fikirkan yang positif, bila ada bayi mesti rajin ambil cuti kan. Jadi anggap saja masuk kerja awal bermakna membayar segala hari mendatang dan hari yang lepas aku dah keluar pergi klinik. Hehe...walaupun aku pergi mendapat izin dan ada segala hitam putih bukti ke klinik sana.

Bila bekerja dengan bangsa cina jadi bila cuti tahun baru cina memang akan cuti panjang. Tahun ini bos beri kami cuti 5 hari. 2 hari potong  cuti tahun...ish...2 hari tu bukannya sikit tau.

Setakat ini masih belum merancang mahu pergi bercuti atau balik perak. Paling senang mungkin duduk diam-diam dirumah saja. :p

Tuesday, November 26

Pertama Kalinya

Assalam...

Apa yang pertama kali pulak ni ye....haih penat nak fikir dah kerja mana-mana pun tetap sama mesti ada yang tak kena kan. Hehe...tapi kali ni pada aku memang agak melampau sikit.

Melampau maksud aku melampau sangat menyebabkan aku balik kerja lambat. Eh....ok mereka sejukkan hati yang panas menunggu masa untuk balik kerumah selepas memikirkan keadaan anak-anak.

Mujur anak-anak dijaga oleh mertua dan kakak ipar...kalau tidak entah berapa ringgit melayang malam tu. Huhu....masih ada kelebihannya bila saudara sendiri yang menjaga.

Sebenarnya hari Rabu minggu lepas aku terpaksa 'stay back' di pejabat sebab mahu siapkan juga tender yang akan dihantar pada tengahari Khamis. Ku sangkakan hingga ke maghrib tapi sekali selepas isyak pula baru dapat balik. Hampir pukul 9.30 malam aku sampai rumah malam tu dengan anak-anak yang dah terlalu merindu.

Kebetulan aku ditemani dengan isteri bos yang juga orang kuat bahagian kewangan disini, jadi tak mengapalah kot kan kalau aku tunggu dia balik aku pun balik sama la.

Sampai pukul 8.00 dah sesak kepala rasanya, kehulu ke hilir....pinggang dah mula sakit, perut pun dah lapar jadi bos belanja makan KFC. Ok....sejuk sikit hati ni tapi bila dah tak tenteram makan pun tak selera.

Isteri bos balik pukul 8.45malam aku pun terus target kalau pukul 9.00 malam tak selesai juga aku cabut. Jadi selesai kira-kira jumlah tender semua aku pun balik. Syukur sebab mereka lepaskan aku dengan senang sekali siap tanya siapa ambil kalau balik lewat...erk! tak tau ke aku memang  pandu kereta sendiri? ish...

Setahun lebih aku dah berehat dari dunia melaksanakan tender ni. Memang tersangat mencabar, lagi-lagi bila dapat harga lewat dan hampir tiba dengan tarikh hantar.

Esok hari isteri bos  bagitau bos besar bising-bising kenapa buat kami berdua balik lewat sebab kami berdua ada komitmen selepas kerja untuk bersama keluarga. Wah....ini yang aku suka bila isteri bos pun terlibat sama. Mungkin akan datang tak perlu lagi 'stay back' cecah jam 9.00 malam.

Yahoooo....

p/s: walaupun tak seronok tapi bidang ni sangat mencabar sebab bila gagal kita perlu bangkit lagi dan bila berjaya memang terasa nikmatnya. Hehe...sentiasa belajar dari kesilapan.

Wednesday, September 11

Tetap Berjalan Lancar

Assalam...

Erk...bila malam je mula tak keruan tak boleh tidur, nak buat macam mana sahabat baik, teman sebantal kerja jauh pula sejak awal minggu ni. Haih...sudahlah aku baru mula kerja dear pula tiba-tiba pergi kerja jauh nun di Pahang sana. Sabar je la kan.

Mujur rutin harian aku tetap berjalan dengan lancar,  bezanya aku tak perlu masak setiap hari. Eh, bukan tak masak langsung cuma masak mengikut selera aku sendiri la. Maklum je kalau dear kerja di sini setiap hari perlu siapkan makanan tengahari. Walaupun biasanya aku masak lebih sebelah malam untuk aku dan dear buat bekal makan tengahari tapi tetap terasa penatnya kan.

Cuma sekarang penat menguruskan anak-anak je, tapi Alhamdulillah setakat ni mereka masih belum buat perangai lagi.

Urusan rumah pun selesai dengan baik, baju kerja gosok seminggu sekali, setiap malam akan basuh kain, jemur dan lipat...cuma lipat kain ni memang tersangat memalaskan bila aku sudah mula kerja ni. Haih...apsal ni ye?

Sekurang-kurangnya hari-hari aku berlalu dengan pantas...pagi seawal jam 6.30 pagi sudah bangun siapkan apa yang patut, siapkan anak-anak dan keluar rumah sebelum pukul 8.00 pagi walau pun aku masuk kerja pukul  8.30 pagi tapi aku lebih suka menunggu 5 minit awal depan office.

Balik kerja pukul 6.15 petang dah sampai rumah MIL, ambil anak-anak dan lebih kurang 6.40 petang dah pun berada di rumah. Terus hidangkan anak-anak dengan upin ipin sambil aku ambil masa untuk siapkan apa yang patut.

Paling santai bila hujung minggu....hehhe..tiap sabtu pergi rumah kakan di puchong jadi tak perlu masak. Masak untuk hari ahad je, jimat sikit tong gas aku tu...takut juga kalau-kalau harga gas naik pula kan....ahahaha

Pendek kata walaupun aku bekerja dan menjaga 2 orang anak tapi aku tetap bersyukur sebab masih mampu menguruskan rumah. Rumah kecil je kan memang la senang...:p

Hujung minggu ni ada kenduri doa selamat semperna adik dear yang bakal berkahwin awal bulan depan. Berharap agar majlis perkahwinannya nanti akn berjalan dengan lancar.

 

Perubahan Lagi

Assalam...

Lama rasanya aku terfikir macam mana aku boleh bekerja semula...huhu..memang kalau ikutkan hati seronok menjaga anak-anak dirumah tapi tiba-tiba bila dapat tawaran yang agak baik terus  rasa macam nak sambar je.

Dah hampir 2 minggu aku kerja di sebuah syarikat kontraktor yang hampir  sama macam tempat kerja aku di Klang dulu. Paling best dapat belajar banyak perkara baru lagi sebab aku bukan setakat kerani je, aku jadi pembeli...aka Purchaser... Wah!!! ini memang kerja baru pada aku.

Kenapa aku pilih kerja di sini?

Sebab tempat kerja agak  dekat  dengan rumah, walau pun tak perlu nak ulang alik balik rumah tapi sekurang-kurannya 10 ke 15 minit dah sampai rumah.

Sebab bos yang agak senang difahami, lagipun dia bekas pekerja syarikat yang sama dengan aku kerja di Klang dulu. Setakat ni kerjasama aku dengan dia masih berjalan dengan lancar.

Sebab mak duduk rumah kakak aku, jadi hujung minggu aku akan ke sana buat kerja-kerja menjahit. Ha...sayang rasanya  kalau tak teruskan kerja yang 1 ni.

Jadi setakat ni sangat-sangat berharap dapat menjalankan kerja dengan penuh berhemah, penuh dedikasi dan penuh kesabaran...huhu...bekerja menghadap tender, segala bagai dokumen dan ragam manusia. :p


Monday, July 29

2 Minggu Lagi

Assalam...

Sudah masuk hari ke 20 puasa...huhu tersangat pantas masa berlalu. Jadi tinggal seminggu lagi untuk siapkan tempahan orang. Syukur setakat ini sudah siap hampir 80% tinggal pakaian aku, anak-anak, mak dengan kakak. Haih....orang sendiri jadi lewat-lewat sikit.

Hujung minggu depan mungkin mak balik kampung, nak kemas rumah untuk raya. Hehe....adat la kan, rumah sendiri mesti disayang.

Jadi minggu ni perlu selesaikan semua tempahan, minggu hadapan tinggal serahkan pada empunya. Mak pun dah merancang nak buat biskut raya. Bahan pun dah beli, tinggal tunggu masa je nak buat. :p

Sibuk sungguh rasanya Ramadan tahun ini, moga apa yang aku dan mak lakukan diberkati Allah dan mendapat rezeki yang halal.

Thursday, March 14

Punca Berhenti

Assalam...


Kenapa aku berhenti kerja ek? Tak tahun nak kata mulanya keputusan ini tepat atau tidak tapi bila fikir aku sudah tiada hati lagi mahu kerja di sana kan…lebih baik aku berhenti saja. Dari pada kerja di sana menambahkan kesakitan di hati setiap hari.

Ini antara faktor yang buatkan aku mengukuhkan niat mahu tinggalkan syarikat tu.

Sikap pengurus.

Asalnya aku duduk di bahagian pemasaran yang sememangnya sudah mula menjadi minat aku dan selari dengan bidang yang aku belajar semasa di Politeknik dulu. Cuma setelah 6 bulan tiba-tiba bos besar minta aku ditukarkan untuk membuat kerja di tingkat atas yang lebih kepada sebagai kerani pentadbiran. Semua panggilan  masuk dan KELUAR aku akan jaga. Semua panggilan KELUAR adalah perlu  direkodkan tau. (ini  pengalaman pertama aku kerja yang tidak memberikan kelonggaran kepada staff untuk membuat panggilan).  Bukan setakat ini je banyak lagi kekurangan mereka yang aku nampak tapi tak boleh nak memberikan cadangan sebab nanti silap-silap ditendang keluar begitu sahaja. Ini dari pada apa yang aku dengar dari orang yang sudah kerja lebih dari 5 tahun di sana.

Setiap hari masuk pejabat sebelah  pagi masih elok tapi bila tiba petang hari  mood akan menyinga, pantang ada sesiapa yang buat salah  sedikit pun pasti akan menjadi mangsa.

CCTV

Ini pun merimaskan aku, sepanjang masa terikat dengan CCTV. Nak berbual sebentar pun tidak dibenarkan. Katanya datang kerja untuk buat kerja bukan  untuk berbual, jadi masa lenggang yang ada silalah buat kerja. Haih….pening juga melayan kerenah bos yang begini.

Bayangkan kalau turun  ke bawah cuma hantar barang atau dokumen kemudian terus naik atas. Memang sombong gila la kan namanya, sesekali apa salahnya berbual sekejap bukan lama sangat. Tau-tau je bos intercom minta naik atas buat kerja. Erk....

CCTV ni bukan setakat menjaga keselamatan je  tapi pekerja langsung tidak dibenarkan menggunakan internet  sesuka hati. Ha....ini yang bos tu sengaja pindahkan aku ke bahagian lain. Katanya tempat aku tiada kerja, lagi rugi.

Kekeluargaan.

Pada aku tiada masalah kalau bos mahu semua yang bekerja dibawahnya adalah bersaudara dengan dia. Cuma yang buat aku tak puas hati dengan sesuka hati dia akan pindahkan orang lain untuk kepentingan saudaranya tu.

Tambahan pula paling aku tidak suka bila hampir di semua bahagian ada orang  yang mempunyai hubungan saudara. Eih…tak selesa langsung!

Keagamaan.

Bukan masalah sangat cuma agak tidak berpuas hati sedikit sebab tiada kelonggaran untuk melaksanakan solat asar yang bukan mengambil masa yang lama. Bahkan ada yang kata orang sesama bangsa menjadi mata-mata bos besar. Erk….sangat-sangat tidak suka orang bersikap begini.

Gaji

Eh..keje sini 15 ke 20 tahun pun kan, gaji memang ciput…macam langsung  tak mendapat penghargaan je aku tengok. Sebab tu dia rela anak-anak, anak saudara kerja dengan  dia. Mengkayakan  sesama mereka sahaja.

Bukan berniat mahu memburukkan syarikat ini yang telah memberikan rezeki sepanjang 7/8 bulan disana cuma ini pandangan aku yang sangat-sangat tidak selesa berada di sana.

Jadi untuk kerja akan datang pengalaman kini sentiasa menjadi panduan aku. Hehe...


Friday, February 15

Hari Terakhir Saya Di Sini...

Assalam...

Hari terakhir bekerja disini...Haih...memang rasa sedih juga sebab tiada lagi punca pendapatan bulanan untuk aku. Perlu mencari tempat makan gaji yang lebih baik dan sempurna dari sini. Bukan disini tidak bagus cuma aku tak suka dengan cara pengurusannya sahaja. Kerja pada aku semua sama tapi bos dan sikapnya sentiasa berbeza. Lupakan sebab sekarang sudah jadi sejarah pada aku.

Tengahari kami semua makan bersama sampaikan kami masuk office lewat 1/2 jam. Masing-masing masuk buat tak tahu je...hahaha...pengurus akaun pun tak pula bising-bising, mungkin mereka tahu kami keluar makan beramai-ramai agaknya. Kami makan di Restoran Mohd Chan, Kota Kemuning. Hmmmmm makanan biasa-biasa je la dan orang yang datang makan masa tu kebetulan ramai la pula.




Yang melayu tu kak Jasmine dan yang india ni akak Prema. Dua-dua keje jaga bahagian servis. Semua komplen mereka berdua akan ambil alih. huhu....

(Korang nampak ke nama company tempat aku kerja ek? hahahaha)


Ini maid aka tukang cuci office....orang filipina. Dia orang paling sedih bila tahu aku nak berhenti. Haih....sabar je la kan. Dia pun tahu situasi aku di sini macam mana.

Semoga hubungan kami terjalin erat walaupun aku tidak lagi bekerja di sana. :)

 

Thursday, January 31

Seminggu lagi....countdown!!

Assalam...

Hari terakhir bekerja di bulan January 2013 dan bulan depan akan bercuti panjang semula. Hehe...ada lagi kurang seminggu, 4 hari je lagi untuk aku bekerja di sini. Eh....jangan terkejut, aku sekarang sudah ditukarkan ke department yang kejam....kenapa kejam? Ha....yang tu kalau nak tau kerja sini dulu la baru tahu. Buat masa ni aku tak nak ceritakan kenapa aku kata syarikat aku kerja sekarang kejam. :p

Bosan tau, bila pindah department lain. Sunyi sepi tak ada bunyi, nak sembang tak boleh...nak jalan-jalan sangat pun tak boleh. CCTV merata dah tu bos pantang nampak aku hilang. Ada je yang dia nak bagi aku buat keje.

Paling seronok dapat turun naik tangga lebih 5 kali sehari tiga tingkat bangunan. Kekadang boleh jalan pergi gudang, lagi aku suka boleh jalan jauh sikit....huhu...senaman kaki aku tiap-tiap hari. Harap-harap genap sebulan aku keje department ni boleh la turun sekilo dua. :p

Buat sementara ni aku masih belum ada tawaran kerja lagi tapi aku tetap berani dengan keputusan aku untuk duduk rumah buat sementara waktu. Memang susah tapi lagi susah bila setiap pagi bangun pagi tiada semangat mahu pergi kerja. ha..... langsung tak ada motivasi bila pagi-pagi mahu pergi kerja, kan lagi susah...

Kalau di ikutkan tak nak berenti sekarang tunggu dapat tawaran kerja lain tapi boleh tahan ke bila bos nak marah-marah sebab tak ada benda nak buat? Boleh tahan ke kene jerkah bila tersalah sikit buat kerja. Ha...memang adat kerja kan, tapi kalau staff di perlakukan macam hamba aku tak boleh tahan.

Kesian kat akak ipar, dia seronok jaga Ashraf tetiba dapat tau aku berenti lagi sedih dia kata. Tapi insyaAllah bulan depan aku akan cuba dapatkan kerja baru bukan untuk akak ipar aku tapi untuk aku juga. :)

Sentiasa berharap tempat kerja akan datang tidak lagi seperti sekarang. Terasa sangat-sangat menyesal tau kerja di sini. Sekurang-kurangnya penyesalan aku masih ada kebaikkan, mendapat banyak pengalaman beharga yang terlalu sukar untuk di cari dimana-mana.

Friday, January 11

Kerja & Anak-anak

Assalam...

Sudah hampir seminggu tidak mencoretkan sebarang aktiviti yang aku lakukan. Haih...kekangan masa dan keadaan sangat menyesakkan.

Ok, sekarang tidak lagi berkerja di bahagian pemasaran yang tersangat aku sukakan tu. Telah dipindahkan tanpa rela ke bahagian pentadbiran dan perlu bekerja di bawah superior  yang agak straight. Hati sudah terasa tidak selesa lagi bekerja, sebab tiada lagi suasana hilai tawa dan juga nyanyian sumbang dari bahagian pemasaran.(ugh....rindu!)

Duduk dibahagian pentadbiran semuanya senyap, suasana bekerja sahaja. Tidak dibenarkan berbual-bual, tidak dibenarkan melayari internet dan tidak dibenarkan makan di meja kerja. Arh....langsung tidak menarik tau.

Cukup la, lupakan pasal kerja. Anak-anak sekarang makin bijak. Sekarang setiap hari minta pasangkan vcd ataupun bukakan laptop mahu tengok alif ba ta. Anak akak ipar dan jiran sebelah rumah pun join sama. Seronok bila tengok anak-anak bersemangat nak belajar.


InsyaAllah tahun depan mahu hantar Amar sekolah. Sekarang pun sudah sibuk mahu kesekolah...haih sabar je la kan.

 

Monday, December 31

Bila Hati Di Landa Resah...


Assalam...


Hati terasa sangat sakit, otak mula ligat berfikir...yang pasti dunia belum berakhir lagi. Semoga Allah memberikan rahmatnya buat aku dan kami semua di sini. Ujian Allah tidak menentu, tidak tahu bila dan di mana. Jujur aku katakan aku terima dengan redha. :)

 

Saturday, December 29

Miskin Atau Kaya

Assalam...

Pernah terfikir kenapa aku dilahirkan dari keluarga sederhana. Mana tidaknya sekarang sudah bekerja dengan syarikat yang selalunya membawa atau pun memberikan kelebihan pada anak-anak mau pun saudara.

Mula-mula memang terasa janggal tapi sekarang bila masuk syarikat ke 2 buat perkara yang sama jadi aku sudah terbiasa. Eh...dulu-dula masa sekolah menengah ada tonton cerita cina di TV3 setiap petang pukul 2 kalau tak silap, tak macam sekarang sudah tayang cerita indo je...asyik-asyik sinetron! bosan sampai jemu nak layan. Tapi pernah juga layan yang bawang merah bawang putih tu, itu pun tak abis aku layan. Penat nak tunggu final episod.

Berbalik pada cerita tu tadi, kisah mengenai 1 keluarga besar. 1 rumah ada ibu, bapa dan 3 orang anak yang sudah berkeluarga. Bapa menetapkan syarat anak-anak tidak berpindah keluar dan bekerja dengan syarikat bapanya. Haih....dah kaya kan, apa pun dia boleh arahkan anak dia. Rumah memang besar maklum saja 4 keluarga dalam 1 rumah. Paling kesian menantu la, tiada pilihan lain. Ish... mujur itu drama tapi realiti aku tahu pasti ada juga kan. :)

Ok, kalau bapa ada perniagaan dan harta yang banyak kan seronok. Heh terlebih berangan! mana tidaknya apa juga yang kamu mahu pasti akan kamu dapat. Minta apa sahaja makanan, pakaian dan juga tempat tinggal yang bagaimana kamu mahu. Bahkan kereta pun mungkin juga akan ditaja. Syok kan...pada orang yang tidak pernah merasa senang mestilah syok. Cuba tanya pada orang yang sudah merasa? hehe....ada yang kata suka pasti ada juga yang kata tidak suka.

Sebab kata tak suka? macam drama tadi tu la...ada juga anak-anak yang memberontak tapi sibapa terpaksa terima. Sekarang macam tempat aku ni anak tak memberontak tetapi aku boleh nampak ada riak muka tidak suka, rasa terpaksa berbuat sesuatu. Haih....di paksa kan, hidup dah ditentukan memang tak seronok, rasa tak mencabar.

Haa....cite pasal mencabar, meh sini ko jadi orang biasa-biasa. Bukan berbapakan ahli perniagaan tu, baru kau tahu hidup ini indah ke tidak. Hidup ini senang ke susah. Memang ada yang nak rasa kan, bila kita miskin kita mahu jadi orang kaya tapi bila kita kaya mesti ada juga rasa mahu jadi seperti orang miskin. Tapi aku rasa tak semua orang kaya mahu jadi miskin....mungkin segelintir je kot.

Ingat pula cerita puteri impian lakonan Amy Mastura, huhu...yang miskin mau jadi kaya dan yang kaya mahu hidup seperti orang biasa-biasa. Ha.... ini realiti kan dalam hidup ni mana ada orang yang sentiasa berpuas hati dengan apa yang di miliki.

Di sini, anak-anak bos jadi director/manager, saudara mara jadi manager/supervisor dan juga isteri jadi PA...ha....kan senang bila ada apa-apa masalah tinggal buat mensyuarat keluarga je kan. Hehe....

Aku? sentiasa bersyukur dilahirkan dalam keluarga sederhana yang penting ada kasih sayang yang cukup dan ikatan kekeluargaan sangat erat. Mujur keluarga mertua pun berkeadaan sama. Sangat seronok walau pun tak kaya tapi tetap bahagia (siapa tak nak kaya kan? :P)