Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, November 30

Anak-anak Bermain

Assalam...

Sejak akhir-akhir ni aku selalu sangat rasa bersalah pada anak-anak. Tak tau kenapa sebabnya tiba-tiba terasa macam tu. Tapi yang pasti aku rasa mesti sebab aku rasa kasihan bila aku tak benarkan mereka bermain di luar rumah. Bukan tak bagi tapi aku benarkan dalam jangka masa yang sekejap.

Ini antara penyebab aku jarang sangat biarkan mereka bermain di luar rumah.

* Masa *
Salah satu faktor penting sebab Isnin hingga Jumaat aku bekerja. Pagi anak-anak pergi rumah nenek dengan dear dan aku akan ambil mereka waktu petang. Jadi bila petang balik kerja anak-anak sudah bermain di luar rumah nenek biasanya kecuali bila hujan atau ada ramai sepupu di rumah nenek. Sampai rumah hampir pukul 7.00 malam jadi agak tidak elok duduk diluar rumah bermain lagi. Lagi pun mama mereka pun nak masak untuk makan malam juga. Diluar lebih kurang 5 minit dan terus bawa masuk dalam. Main sepuas-puasnya la kat dalam rumah ye.

Hujung minggu aku cuti tapi ada kerja juga di dalam rumah tapi takkan sepanjang hari nak main dengan mereka di luar pula kan. hehe...sejam dua bermain di luar pun sudah cukup aku rasa.

* Tempat *
Ini pun merisaukan aku, rumah tiada pagar cuma ada kawasan terbuka. Berhadapan rumah adalah lorong kecil tetapi kereta / motor yang lalu lalang agak laju pada sesuatu masa. Itu yang jadi takut nak biarkan mereka bermain berdua di luar tanpa pengawasan. Anak-anak jiran memang main di luar rumah tapi ada kakak mereka yang tolong melayan. Di buatnya Ashraf lari-lari anak tiba-tiba ada motor lalu? kan aku juga yang putih mata menjawab dengan dear nanti. Sila main dalam rumah!

* Cuaca *
Tak mahu menyalahkan atau merendahkan kuasa Allah tapi aku sekadar kalah pada cuaca ni. Kalau hujan memang anak-anak suka nak main air hujan walau pun di luar rumah depan pintu saja dapat basuh-basuh tangan dan basahkan muka. Haih la derang ingat air hujan tu bersih sangat ke? hehe...
Sebenarnya setiap hujung minggu aku jemur kain di luar rumah kalau cuaca mengizinkan. Jika tidak aku akan jemur di dalam rumah seperti hari bekerja. Sambil-sambil jemur kain anak-anak akan bermain kalau mereka tidak tidur.

* Jiran *
Aku tak suka dengan jiran sebelah belakang rumah aku...bukan sebab apa dia tu sombong sangat. Bila senyum tak nak senyum balik, bila selisih pun buat tak tau. Eh....ini namanya berjiran ke? Tu yang aku tak nak keluar rumah malas terserempak dengan dia kot. Hehe... Jiran yang lain semuanya duduk rumah tidak bekerja kecuali suami masing-masing yang bekerja. Jadi mereka ada masa untuk keluar berbual hampir setiap petang. Setiap kali aku balik mereka pasti akan berbual aku cuma senyum saja, nak buat macam mana..walau pun hujung minggu aku bukan jenis suka keluar berbual-bual dengan orang sangat. Sesekali aku bosan aku keluar ke rumah kakak ipar sebelah rumah atau pun bawa anak-anak main di rumah mak mertua. Hehe... kalau dah tak tau nak buat apa-apa aku main dengan mereka di rumah, lagi senang.

* Anak-anak jiran *
Weh...anak-anak jiran sebelah rumah aku ni pun 1 hal gak. Derang bukan tau takut, bila aku bawa anak-anak aku main kat luar derang pula sibuk masuk dalam rumah aku main kat dalam. Kan dah jadi 1 masalah, aku kat luar tengok anak-anak main mereka masuk rumah main kat dalam. Haih...

* Keselamatan *
Macam faktor jalan raya tadi tapi faktor berlaku penculikan pun buat aku risau. Kalau rumah berpagar aku no hal nak biarkan mereka main di luar berdua.


Setakat ini yang kat atas tu la masalah aku. Jadi setiap hujung minggu mesti bawa mereka main di luar. Itu pun tunggu dear sebab kalau aku yang bawa maunya kelam kabut aku nak jaga. Takut tiba-tiba Ashraf pergi ikut orang lain pulak ke kan...ha...ketakutan aku ni melampau tau. Susah nak dapat anak jadi perlu pandai jaga anak ye.. :)

Kalau dear kerja seperti sekarang ni aku bawa anak-anak main di luar rumah. Aku duduk di luar untuk perhatikan mereka. Paling penting sebelum masuk rumah sila cuci kaki dan tangan. Hehe....untuk kebersihan mereka juga.

Mahu buatkan mereka 1 ruang untuk bermain dalam rumah tapi sampai sekarang masih belum ada kesempatan lagi nak buat. Hehe...masih menunggu ada kesempatan masa. Sekurang-kurangnya kalau ada ruang untuk mereka bermain boleh la aku buat kerja dengan aman sikit. Sekarang tempat bermain mereka adalah tempat aku solat dan juga tempat aku simpan beberapa barang.

Wednesday, November 28

Restoran Mohd Chan - Kota Kemuning

Assalam...

Sudah lama teringin nak makan di Restoran Mohd Chan ni tapi baru kelmarin aku dapat makan. Ok setakat ni aku rasa sedap juga tambahan saiz hidangan besar. Kenyang hingga ke petang sampai balik rumah untuk makan malam. Hehe...

Pergi makan dengan officemate yang akan meninggalkan office tidak lama lagi. Dia yang ajak makan di sini jadi aku ikutkan saja, apa salahnya mencuba sebab selama ni cuma lalu sahaja depan kedai kan.

Aku order nasi goreng yong chow sebab memang tengah lapar dengan air bandung cincau. Officemate order air kedondong + asam boi, nasi kam cheong dan wantan goreng. Kenyang kami makan berdua tengahari tu.






Orang tak ramai dan makanan pun sedap. Gambar semua aku ambil dari laman web restoran Mohd Chan. Hehe...lepas ni teringin nak cuba makan dim sum dan juga pau. Anak-anak memang suka pau, dim sum tu pula mama derang yang teringin nak mencuba.

Total untuk 2 orang makan RM26.00

Tips Cinta Suami Isteri

Assalam...


1. No 1 ni kami suami isteri rajin juga buat tapi bukan setiap kali nak pergi kerja. Biasanya aku akan cium tangan dear je. (malu dengan anak-anak kot, bila dear cium pipi aku derang pun sibuk cium pipi juga :p)

2. Call ni memang jarang sangat la, tapi kami rajin sms... hampir sepanjang masa aku dengan dear sms. Sebab senang tidak menggangu kerja dear dan aku kan. Kalau call takut bos masing-masing bising pula.

3. Ucap I Love U tu dah semestinya la kan. Biasa sebelum tidur dan bangun tidur atau pun sebelum pergi kerja. Setiap kali sms atau call pun mesti nak cakap juga. Biarlah kan walau pun depan mak ngan orang lain pun...cakap je dah memang dia kekasih halal kita kan. Ada juga mata yang memandang bila tapi buat-buat tak tau je. Tapi bila ada yang kata romantiknya....hehe....itu semestinya ada pada setiap pasangan kan?

4. Makan tengahari ni untuk hari cuti tapi masih dengan anak-anak. Mak aku sudah ajar aku makan bersama dengan anak-anak. Setiap kali mak nak makan mesti ajak anak-anak makan sama. Terbiasa dengan cara mak aku pun nak serapkan cara yang sama untuk anak-anak aku. Sambil makan boleh juga berbual-bula walau pun tidak banyak. :)

5. Aku memang rajin tanya pada dear, tapi dear tak pernah nak tanya pun. Dari pada sakit hati tunggu dear tanya baik aku ceritakan saja kan. Hehe....dear pun sudah faham dengan perangai aku ni, jadi bila aku buka cerita dear akan jadi tukang dengar walau pun masa tu mata dah mengantuk. Hehe...


Seronokkan kalau boleh duduk rumah jaga anak-anak jaga makan minum/pakai suami dan anak-anak juga. Buat masa ini itu kerja idaman hati saya tapi masih belum dibenarkan lagi buat masa ini. Haha..
 

Anak Bangun Pagi Akan Menangis

Assalam...

Mesti ada yang sakit hati kan bila bangun pagi anak-anak menangis melalak tak tentu pasal. Mungkin sebab kelaparan, mimpi buruk atau pun teringat kisah semalam. Agaknya la kan...hehe...

Ini bukan anak aku, ini kisah anak jiran. Aku tak pernah nak tanya kenapa dia menangis semua tu tapi aku layankan saja. Bila ada anak aku dah tau masalah orang lain yang sudah ada anak juga. Ada anak satu tak sama bila ada anak 2 tapi bila ada anak 2 tak sama bila ada anak 3 tau. Begitu lah kisahnya.... hehe

Kadang-kadang rasa macam nak meroyan gak pagi-pagi sudah terjerit-jerit. Huih....hairan juga tapi maknya pernah kata anaknya nak maknya baring di sebelah sambil layan dia hisap susu. Aduhai...maknya ada kerja di dapur, sarapan mahu sediakan..anak lain pun mahu mandi dan pakaian semua. Ish...jangan tanya aku ayahnya kemana ek..ini hal keluarga mereka.

Susah juga kalao begitu kan. Mujur Amar dan Ashraf sekarang bangun tidur tak menangis. Ashraf dulu menangis juga kalau tak nampak muka aku bila bangun pagi tapi sekarang bila aku di dapur tau-tau je dia kat belakang dah selak langsir. Hehe... comel ngan mata kecik terpisat-pisat. Amar pula lagi best, keluar bilik bawa bantal 2 biji sambung baring di ruang tamu. Hehe..dapat susu terus cergas.

Eh...nak tanya pendapat orang lain la
* macam mana nak buat kalau anak bangun pagi menangis ni ye? Kadang-kadang sudah pujuk tapi jadi lagi teruk (ini pengalaman dengan anak buah)

Aku sentiasa harapkan bangun pagi anak-anak sentiasa bermuka ceria, dapat tidur yang cukup dan mulakan hari yang baru dengan semangat yang baru. Hehe...Setakat ini aku berjaya buat.

Tuesday, November 27

Di Taman

Assalam...

Sudah beberapa minggu aku dengan dear tak bawa anak-anak bermain di taman. Bukan apa setiap kali lalu taman permainan Ashraf cakap nak buai. Hehe...nanti tunggu ayah...itu je yang aku bagi jawapan. Tapi kalau sepuloh kali lalu 10 kali juga la aku cakap perkara yang sama.

Dear sekarang tengah sibuk, pergi kerja pukul 8.00 pagi belum tentu pukul 7.00 malam dah balik rumah. Syukur juga sepanjang hari Sabtu dan Ahad lepas dear balik seawal jam 5.00 petang. Gila penah tau, sepanjang minggu kerja balik rumah pukul 10.00 atau 11.00 malam.

Jadi dear janji dengan Amar mahu bawa pergi taman. Janji mesti di kotakan walau pun dengan kanak-kanak sekali pun. Mereka tersangat seronok bila tahu ayah nak bawa pergi taman. Aku sempat solat dahulu, dear bawa anak-anak masuk kereta sementara tunggu aku solat. Selesai solat terus siap-siap pergi taman di Berjaya Park. Lebih dekat dengan rumah lagi pun taman yang selalu kami pergi sebelum ini ada yang bawa anjing. Sangat tidak suka.









Sesekali bagi anak-anak puas bermain dengan cara mereka sendiri. Tapi paling seronok bila ada anak cina kacau Ashraf. Hehe...awek pula tu.

Rambut Amar sudah potong, rambut Ashraf belum lagi. Ingat nak potong juga tapi bila tengok balik nampak nipis je rambut Ashraf tu. Hehe...sayang rasanya nak potong, tapi nampak rimas bila masa berpeluh-peluh. Tunggu bila dear rajin nak potong la, kalau aku memang nak potong je. Biar kepala rasa ringan sikit. :p

(Hujung minggu ni mahu hantar mak balik kampung, dear masih perlu pergi kerja jadi aku balik dengan akak, mak dan anak-anak. Hehe...harap-harap segalanya selamat)
 

Monday, November 26

Bila Tiada Elektrik...

Assalam...

Ini kisah malam tadi, balik rumah selepas berpenat lelah barmain dengan anak-anak keluarkan peluh sekali masuk rumah tengok-tengok kipas dan ubat nyamuk elektrik tak hidup. Erk.....walau pun baru pukul 6.30 tapi dah nampak gelap juga dan paling aku tak menahan ialah nyamuk! eui.... sebab tu aku beli lagi 1 ubat nyamuk letrik letak di ruang tamu rumah tambahan pula anak-anak aku ni alergi sikit dengan gigitan nyamuk tu. Sikit-sikit gatal naik la apa la, jadi lebih baik ambil langkah pencegahan awal-awal.

Bila tau tak ada letrik terus ke dapur ambil lilin yang memang tersimpan 2 kotak di tepi tingkap dapur. Tempat yang memang sejak pindah lagi aku letak sampai sekarang sebab senang nak nampak. Lilin ni kami beli sejak dari duduk rumah sewa lama lagi, dear beli 2 kotak tapi sampai sekarang baru guna 1 kotak je.

Malam tadi aku pasang 3 batang lilin. Fuh...suka betul anak-anak aku, 2 pasang di dapur dan 1 di ruang tamu. Dalam bilik air pun aku letak siap-siap tapi bila masuk baru pasang la kalau tidak terasa rugi aku rasa. :)

Syukur sebab letrik tidak ada dalam jangka masa sekejap je, tapi masa tu sempat juga aku tidurkan Ashraf mungkin sebab sudah kepenatan tahap gaban bermain. Makan malam kami tidaklah gelap gelita. Hehe....penyelesaian untuk nyamuk....dear sembur aerosol merata rumah kecuali dapur. Senang cerita!

Mujur letrik tiada sebelah petang dan hampir malam, kalau awal petang atau pagi? maunya aku bawa anak-anak keluar jalan-jalan. Hehe...



Sunday, November 25

Jadi Penat Bila...

Assalam...

Ini kisah hari Khamis lepas, Ashraf di tinggalkan Amar bersendirian. Amar pergi rumah kakak ipar bermain dengan anak kakak ipar. Ish...sudah maghrib baru balik rumah.

Sebelum balik rumah aku bawa anak-anak singgah kedai berdekatan rumah. Biasa anak-anak mesti dapat habuan masing-masing. Amar yang pandai meminta jadi Ashraf bila nampak pun ikut mahu sama. Kalau kebiasaannya aku akan belikan barang yang sama untuk mereka. Contohnya air kotak Ducth Lady tu, aku beli 2 kotak terus. (anak-anak aku minum perisa Strawbery tau sebab bila minum perisa coklat jadi sembelit pula). Bila balik rumah senang tak ada gaduh-gaduh adik dapat barang yang sama dengan abangnya. :)

Tapi ini dah jadi kes lain pula, aku tinggalkan Ashraf di depan dengan 2 kotak di tangan dia ingatkan minum tapi di buat main pula. Habis di tuang dari atas meja sampai ke lantai, melekit! Siap tepuk-tepuk lagi susu yang ada atas meja tu.


Kalau ikutkan tempat ni memang dah selalu derang berdua ni tumpahkan apa-apa juga. Dulu pernah sekali Amar tuang bedak, twisties, kek dan sekarang air kotak pula.

Sabar je la dengan kerenah anak-anak ni kan, beli ingat untuk di minum tapi mereka buang begitu pula. Sayang rasanya masa mengelap lantai tu tapi dah jadi nak buat macam mana terima saja.
 

Saturday, November 24

Cara Buat Tempoyak

Assalam...

Memandangkan aku memang penggemar tempoyak sama ada sambal, gulai atau apa saja memang aku suka. Tambah lagi bila mak yang masakkan...memang berhantu sangat. Kalau dah hantu durian takkan pula tak jadi hantu tempoyak kan? Ingat masa berbual dengan jiran selang 2 rumah katanya dia tak makan durian tapi makan tempoyak. Huh? macam pelik tapi dah ada kes depan mata jadi aku terima juga la kan.

Ini cara-cara yang mak aku ajarkan untuk buat tempoyak, mak aku buat tempoyak bila durian sudah lebih 2 hari tidak dimakan. Kata mak sudah tawar buahnya sebab sudah 2 hari gugur. Hehe...jangan buat guna buah yang busuk sebab nanti tempoyak pun tidak sesedap biasa ok!



Hasil tempoyak yang sudah siap di ramas dengan tangan. Dulu pernah juga mak kata ada orang kata kalau nak tempoyak elok jadi jangan ramas guna tangan tapi guna sudu dan garfu. Erk...tapi susah sangat dan terbiasa guna tangan lebih mudah. Durian di asingkan dari biji dan terus masukkan dalan botol/bekas ni. Senang tak perlu nak tambah apa-apa lagi.
 Tangan yang sedang mengasingkan biji durian. Fuh...lenguh tau, rasa macam meramas kelapa 20 biji. Tapi hasilnya memang puas hati.


 Kulit durian yang sudah diambil isinya. Abang aku kat kampung tolong buang dan bakarkan bila sudah kering. Hehe...kami yang lain tau makan saja, terima kasih abang! :)

Senang kan nak buat tempoyak, tak perlu tambah apa-apa bahan. Tapi kalau beli di kedai pasti ada yang rajin nak tambah bahan, konon nak bagi tambah sedap tapi tak sedap lagi ada la. Hampeh!


 

Friday, November 23

Baru Kenal 5 Bulan Dah Pergi

Assalam...

Uwaa...sedihnya petang jumaat ni. Bukan sebab apa, minggu depan minggu akhir aku berbaik, bergurau dan bermacam-macam hal untuk bertanya pada dia. Dia nak berhenti sebab tekanan dari kerja...sebenarnya bukan tekanan dari kerja tapi dari pengurusan je la.

Haih...baru kenal 5 bulan tapi dah ngam kan. Tak ada lah rapat sangat tapi boleh la kalau nak buat kawan, gurau-gurau ke apa ke....ish...bulan depan entah siapa penggantinya pula. Harap-harap lebih kurang dengan dia.

Semoga dia berbahagia dengan kehidupan barunya. :)


Bubur Nasi

Assalam...

 Menu orang sakit gigi malam tadi...


Bubur nasi ni aku buat sebab masih terasa lagi kesakitan pada gigi. Hish nak buat macam mana kan, sabar saja dan layankan saja. Makan bubur nasi pun best apa, boleh masuk kunyah sikit-sikit dan telan.

Erk....bubur nasi tersangat simple. Aku letakkan sayur lobak merah, kentang dan daging di potong kecil. Terlupa pula nak beli daun sup masa pergi kedai, jadi tiada penyeri kami makan dengan kicap je la. Sedap juga bila aku tak letak kacang tanah dear pun tak tegur, mungkin dear ingat dah habis tapi aku sengaja tak masukkan sebab tak nak tergigit kacang tanah tu. :p

Pagi ni pun bersarapan dengan baki bubur nasi semalam, aku masak sambal ikan bilis. Sedap juga bila makan dengan sambal ikan bilis tu. Sambal tu aku masak untuk dear kalau-kalau dear balik rumah makan tengahari. Tak rela nak tengok dear makan maggi je. :) Selagi boleh masak aku masakkan la...

Ok, tengah berkira-kira....menu apa pula untuk malam ini ye... hehe
 

Thursday, November 22

Balik Kampung Lagi

Assalam...

Malas nak taip cerita balik kampung tapi fikir nanti macam tak ada kenangan tercatat di sini. Sekurang-kurangnya anak-anak aku tahu apa yang mereka buat masa kecil. Kalaulah mak aku pun buat blog juga mesti aku ingat semua sejarah silam kan. Hehe...berangan.

Ok aku ringkaskan saja kisahnya sebab sekarang kerja sudah beratur menanti. Cuma aku tak mahu buat cepat-cepat bila ada orang kata 'dah siap?' hehe....jadi buat perlahan-lahan.

Sabtu
* Pukul 8.30 pagi gerak dari rumah, singgah rumah MIL dan terus pergi Puchong ambil mak dan tukar kereta kakak.
* Pukul 9.00 sudah masuk highway plus dan cuma singgah di hentian R&R Tapah untuk membeli makanan dan juga mengisi minyak. Anak-anak aku sogokkan dengan Twisties biar mereka leka sekejap.
* Pukul 2.30 petang sudah sampai rumah kampung. Makan nasi bungkus dan juga buah durian. Sedap!
* Pukul 4.00 petang mak cik dan pak cik saudara datang bawa anak menantu berkenalan dengan mak saudara. Hehe...mujur kami dah sampai kalau tidak memang tiada orang jawabnya.
* Pukul 5.00 petang mula sesi membuat tempoyak, makan durian lagi, memetik buah rambutan, mengikat dan menyimpan dalam bonet kereta sambil berperang dengan 2 orang budak kecil. Ish....derang ni jadi keje nya lambat siap..hehehehe... penyeri kata orang
* Pukul 7.00 malam mandikan mereka sebab sudah gatal-gatal dek kerana serangan nyamuk.
* Pukul 8.00 malam sementara tunggu pulut masak Ashraf sudah tidur keletihan dan bangun selepas aku siap makan pulut durian. Amar makan sama dengan aku tapi cuma makan pulut kosong berkuah santan sedikit. Jadi la dari tak nak makan langsung.
* Pukul 9.00 malam menonton TV dan bersiap-siap untuk tidur.
* Pukul 12.30 tengah malam Ashraf masih belum tidur sebab dia sudah charge battery tidur awal tadi. Mama yang keletihan terpaksa juga melayan. Sabar..

Ahad
* Bangun pagi seawal jam 6.15 sebab Amar nak buang air besar. Adoi...awal la pula budak sorang ni nak buat projek. Ashraf pun terjaga sama sebab mencari aku.
* Pukul 7.00 pagi abang datang rumah sebab nak ambil motor nak pergi kebun, syukur sebab ada banyak juga buah durian gugur pagi tu dan syukur sebab tiada orang lain yang ambil. Anak-anak pun aku mandikan awal tapi dengan air suam, sebab mereka dah terbiasa mandi air suam waktu pagi. erk!
* Pukul 8.00 pagi sudah bersiap-siap masukkan barang dalam bonet dan terus keluar rumah pukul 8.30 pagi. Syukur sepanjang perjalanan tiada masalah, anak-anak diumpan dengan kerepek dan mereka tidur lama sebab mereka bangun awal pagi. Best!
* Pukul 11.40 pagi sudah sampai Petronas Puchong Prima untuk mengisi minyak kereta. Kemudian terus pergi ke rumah mak cik saudara yang kahwinkan anaknya.
* Pukul 2.30 petang terus balik rumah sebab semua sudah keletihan. Terutama anak-anak la.
* Pukul 3.00 petang sudah ada di rumah dan abang dari Seri Kembangan ikut sama untuk makan durian sebelum gerak pergi daftar untuk kursus di Kuala Kubu Baru sebelum pukul 6.00 petang.

Itu lah serba sedikit mengikut turutan masa. Yup pantas sangat perjalanan balik sebab cuaca baik. Sepanjang perjalanan balik kampung 3 tempat hujan dan kereta pun banyak, jadi takut-takut mahu memotong. Tapi yang penting semuanya selamat.

Lain kali boleh balik kampung dengan anak-anak, tunggu mereka besar sikit la takut tak terkawal je nanti. Lagi pun dear masih belum beri izin balik kampung dengan anak-anak tanpa dear. :)

Tempoyak buatan sendiri...kalau nak tolong bagitau, masih ada lagi di rumah

Tangan yang sedang meramas durian untuk di jadikan tempoyak

Banyakkan kulit durian yang telah kami makan dan kopek untuk buat tempoyak, ini hasil untuk 3 hari.

Anak-anak sedang memerhati pak yang sedang mencuci motorsikal arwah tok.
Menu makan malam kami berempat termasuk juga 2 kanak-kanak riang.

Tuan punya kereta yang aku pinjam.

Penat juga kerja pagi Isnin sebab malam tu hantar mak ke Puchong semula dan bawa kakak keluar makan sama sebab letih nak masak. Dear ikutkan saja dan paling best bukan anak-anak belanja mak tapi mak belanja anak menantu. Hehe...sesekali kata mak.






Wednesday, November 21

Ugh....Sakit Gigi Lagi!

Assalam...

 Sakit gigi lagi....huhu...2 minggu lepas sudah ke klinik gigi aneka klang tapi mereka minta aku datang lagi 19/11 (semalam) tapi aku tak dapat sebab cuti tersangat susah mahu ambil. Jadi mahu atau tidak aku tunda hingga minggu depan atau pun bulan depan. Cuti tidak boleh bertindih dengan cuti orang lain pula tu. Adoi...memang jadi 1 masalah buat aku. Serabut juga tapi buat-buat tak tau. :p

Rasa tak mahu pergi klinik aneka lagi sebab jauh jadi aku dalam perancagan mahu ke klinik di Bandar Botanic yang lebih dekat dengan rumah. Mahu cari di google atau pun mahu telephone saja. Yup....mungkin petang nanti aku akan call terus lagi senang.

Ini hasil pencarian di 'mr. google' tadi... :)





Masih mengharapkan gigi yang ada tidak sakit lagi. Huh...ambil masa sekurang-kurangnya seminggu baru dapat ambil cuti. Bersabarlah wahai hati dan gigi. Hehe....

Monday, November 19

Doaku

Assalam...

Tak mampu membantu lebih....hanya mampu berdoa keselamatan mereka di sana.


(ambil dari FB Ustazah Nur Bahiyah)
 

 

Isnin Yang Kepenatan

Assalam...

Yeha....pagi Isnin yang ceria...eh, tak de la ceria tapi aku tetap ceriakan juga.

Pagi ini aku bangun seperti biasa, dear dengan anak-anak sahaja yang sangat susah nak bangun. Tak menyalahkan dear tapi sudah 2 minggu dear kerja berturut-turut. Aku balik kampung tanpa dear rasa macam kosong pula tapi tak mengapa dear keluar mencari rezeki buat kami. :)

Kisah balik kampung nanti-nanti aku ceritakan. Masih penat sekarang ni, harap-harap hari ni kerja banyak biar aku tidak mengantuk. :p

Pagi ni gerimis mengundang, anak-anak aku hantarkan bersama-sama dengan buah-buahan. Tapi sayang buah yang tinggal tak banyak mana sebab mak dah bagi pada pak cik saudara. Ok, tak mahu salahkan mak. Aku nak salahkan saiz kereta yang aku bawa tu hehe.... Tak apa lain kali kalau musim buah sila balik kampung bawa kereta lebih besar saiznya.

Yang penting aku suka balik kampung, mana tidaknya dapat makan durian sepuas hati. Haha...

Saturday, November 17

Balik Kampung - Musim Durian

Assalam...

Hehe...mahu pulang ke kampung. Setelah sekian lama hari ini dapat balik kampung. Balik kampung dengan anak-anak dan mak sahaja, dear kerja jadi kami balik bertiga campur dengan mak. Hehe...balik kampung pun untuk tempoh sekejap sahaja dan aku akan menjadi pemandu sepanjang jalan. Harap-harap anak-anak tidak memberikan masalah sepanjang jalan.

Kami balik hari ini dan balik ke klang semula esok. Hui.... memang cepat kan, sebab nak hadirkan diri kenduri kahwin mak cik saudara di Puchong.

Tujuan balik kampung pun nak ambil seberapa banyak buah durian yang ada. Mana tidaknya abang di kampung sudah kumpulkan buah durian dari hari Khamis lepas. Harap-harap ada rezeki untuk aku buat durian crepe.

Durian Crepe yang kakak ipar aku buat. Dia ni memang rajin bab baking ni.


Rancangan mudah aku nak masukkan buah durian dalam 1 bekas besar tanpa kulit. Senang di makan dan senang di bawa. Eh....aku sebenarnya tak larat nak pegang buah durian yang kulitnya banyak duri tu. Haha...isinya aku suka la makan lagipun sekarang ni sana sini semuanya dah mula jual buah durian ni.

Lagi 1 alasan besar aku sebab aku nak bawa kereta Viva comel akak aku tu balik kampung. Hehe...harap-harap kereta tu tidak memberikan sebarang masalah sepanjang perjalanan ke Perak.



Tempat Kerja Baru Dan Lama

Assalam...

Hari ini sudah genap kerja di sini selama 4 bulan (25/10/12 sepatutnya). Banyak kisah suka duka yang aku dah alami dan dapat dari sini. Mengikut pengalaman orang lain yang sudah bekerja lama di sini buatkan hati tidak keruan rasa mahu berhenti dan mencarik kerja lain tapi sebelah hati sudah berkata jangan, apa salahnya jika aku beri peluang barangkali bila aku kekal di sini mungkin setahun dua bos akan bertukar fikiran semula siapa tahu kan.

Bila di fikirkan memang terasa sakit hati tapi kemana nak di tujukan jadi lebih baik jangan fikir dan buat tak tahu saja kan..

Sekarang aku cuba perbandingkan company sekarang dengan company sebelum ini. Bukan mahu kata company lama ok tapi company baru tak ok cuma setiap company pasti ada baik buruknya.

Kedatangan.
Tempat lama
* Tepat pada masa, sebab pintu masuk biasanya akan buka 5 minit sebelum pukul 8.30 pagi. Jadi kalau sampai lewat pun masih tidak jadi masalah sebab setakat guna access card sahaja.
* Kalau terasa mahu masuk lewat cuma perlu telephone atau SMS pada HR assistant sahaja. Mudah kan...hehehe

Tempat baru
*Datang awal, pukul 8.00 pagi sudah keluar rumah dan sampai office pukul 8.10 atau 8.13 pagi. Pintu office akan di buka seawal pukul 7.50 pagi. Huhu...ada hati nak masuk lambat? tambahan pula perlu thumb prints setiap kali datang, keluar makan, masuk dari lunch dan waktu balik kerja.
* Jika tidak sihat, ada urusan penting sila telephone bos untuk beritahu apa alasan untuk tidak datang kerja hari tu. Kalau sakit sila nyatakan apa sakitnya.
* Tidak di benarkan makan di tempat kerja, kecuali dalam pantry... hua...bos sentiasa tengok cctv kot. Makan kacang, gula-gula atau jajan pun bos nampak maunya tak menakutkan.

Makan
Tempat Lama.
* Bos tidak kisah kami makan bila, cuma bos tetapkan waktu keluar makan dari pukul 12.00 tengahari hingga 2 atau 3.00 petang bergantung kepada waktu keluar dan rehat cuma untuk 1 jam sahaja. Tapi kami pernah keluar lebih 1 jam tapi bos tidak pernah bising-bising. :)
* Setiap hari keluar makan, bukan sebab ada kawan je masa tak ada kawan pun keluar makan juga sebab banyak pilihan kedai makan di kawasan berdekatan. Tambahan pula harga masih dalam kawalan dan makanan pun sedap-sedap juga. Itu yang penting!
* Dibenarkan makan di tempat kerja cuma untuk makanan ringan sahaja dan asalkan tidak mengganggu orang lain. Best, sebab dulu kami makan gula-gula, biskut, kacang atau pun kuih selepas sarapan pagi atau pun selepas makan tengahari bila-bila masa. Hehe...

Gaji
Tempat Baru.
* Gaji ialah setiap 7 hari bulan setiap bulan.
* Semua staff baru perlu ada akaun Hong Leong Bank.
* Tiada bonus untuk staff sebelum cukup kerja setahun atau pun bos akan bagi bonus mengikut pada prestasi.

Tempat Lama.
* Gaji setiap 28 atau 29 hari bulan setiap bulan. Kalau nak raya, atau nak sambut tahun baru cina gaji dapat awal dari tarikh tu.
* Tak kisah ada akaun mana, pihak akaun akan uruskan hal-hal gaji ni.
* Bonus untuk sesiapa yang bekerja selepas setahun dan juga ang pow untuk semua staff. Jadi gaji tahunan bukan 13 bulan tapi boleh jadi 14 bulan. Syok!

Tempat meletak kereta.
Tempat baru.
* Mudah dan selamat sebab dalam pagar dan ada pengawal keselamatan.
* Dekat dengan bangunan dan tidak perlu fikir kalau cuaca hujan.

Tempat lama.
* Parking di kawasan simpang jalan yang terlalu kerap di lalui oleh lori simen. Agak bahaya bila terlalu kerap lori simen lalu lalang di jalan ini.
* Boleh dapat tempat yang dekat tapi mengikut nasib jika pagi datang awal mungkin boleh dapat tapi bila petang atau ramai engineer masuk office terpaksa parking jauh dari bangunan.
* Paling aku tidak suka, terlalu banyak anjing.

Pengurusan
Tempat baru.
* Agak sempurna sebab semuanya teratur dan tersusun. Nak buat apa-apa pun ada perancangan dari awal.
* Bos agak baik biasanya ke sebab aku jarang-jarang jumpa bos ek. (maksud aku bos besar bukan bos untuk head aku)

Tempat lama
* Agak kelam kabut. Biasanya semua hal akan di persiapkan sehari sebelum majlis kecuali untuk majlis office terbuka. Memang akan ada persiapan awal di buat.
* Setakat ini aku jarang jumpa dengan bos, bos pada aku ok cuma ada masanya hal-hal remeh temeh pun dia nak masuk campur. Ehm...mungkin aku belum kenal siapa bos aku kot. Bila tahu pilihan dan cara kerja dia mungkin aku ok kot.

Suasana kerja.
Tempat Baru.
* Ada 3 tingkat, tempat aku di tingkat 1 tapi aku perlu sentiasa ulang alik ke tingkat 2. Hehe...nak buat macam mana kan.
* Dalam office tak ada banyak bunyi atau berbual. Ketawa-ketawa besar setakat ni memang ada tambah-tambah bila ada orang baru masuk yang jenis gila-gila juga. Sebelum masuk memang rasa sunyi sangat.

Tempat lama.
* Office ada 2 tingkat. Biasa pagi mesti naik tingkat 1 sebab ground floor adalah stor untuk simpan segala macam kabel dan barangan lain.
* Setiap hari memang ulang alik pergi ground floor sebab surau terletak di tingkat bawah.

Surau
Tempat Baru
* Ada surau yang tertutup dan kemas. Terletak di bahagian belakang bangunan.
* Tapi sayangnya surau sentiasa berkunci untuk mengelakkan ada orang curi tulang waktu bekerja. :(

Tempat lama.
* Surau ada di sediakan selepas setahun aku kerja di sana. Alhamdulillah walau pun tidak sempurna cuma ruang kecil yang mampu muat 2 orang sahaja tapi aku masih bersyukur sebab tak perlu lagi keluar setiap hari fikir mahu makan di mana dan solat di mana.
*  Masa solat terpulang asalkan kerja jalan. Biasanya aku keluar makan dahulu kemudian baru pergi solat dan paling seronok sebab dapat solat asar juga sebelum balik rumah.

Jarak
Tempat Baru.
* Dekat sangat dengan rumah, kalau ikutkan 10 minit pun tak sampai. Tapi aku suka datang awal sebab sekarang dear kerja masuk pukul 8.00 pagi jadi lebih baik aku pun keluar awal dari duduk rumah saja.

Tempat Lama.
* Tak jauh sangat cuma ambil masa 20 minit sahaja termasuk jem dan segalanya la. Biasanya aku pergi kerja .15 pagi sebab aku terpaksa tunggu dear pergi kerja dahulu lagipun masa ni dear kerja masuk lewat pun tak apa. Hehe...

Kebersihan.
Tempat baru.
* Ada seorang tukang cuci untuk 1 bangunan jadi dia akan cuci tandas setiap hari. Ini aku suka sebab tandas sentiasa bersih.
* Sampah pun teratur sebab hari-hari dia ambil sampah jadi bakul sampah tidak perlu penuh sentiasa.

Tempat lama.
* Ada tukang cuci tapi datang office sehari dalam seminggu untuk cuci tandas dan juga membersih lantai.
* Sampah juga di kutip setiap hari tapi ada kalanya terlupa kot 2 hari baru dia kutip.

Itu saja setakat ini yang nak aku ceritakan. Tapi pendek kata kerja di mana-mana pasti ada yang tidak kena. Jadi aku perlu pandai-pandai aturkan sendiri kerja aku mengikut kehendak syarikat di mana aku bekerja. Kerja ini 1 ibadah juga kan.


Friday, November 16

Berebut HP Dengan Anak-Anak

Assalam...

Kering idea tak tahu nak tulis apa hari ini. Pagi-pagi keluar rumah tengok kat hand bag HP tak ada, sah tinggal kat rumah kalau tak silap aku masih lagi ada di atas tilam. Sejak kebelakangan ini anak-anak makin suka pegang HP aku ni. Tapi tak tau kenapa pagi ni mereka tak sibuk berebutkan HP pula. Kalau tidak pengsan melayan sorang-sorang.

Setiap kali mak aku call mesti derang sibuk juga nak jawab call tu, kekadang rasa macam pening juga nak melayan. Sebab tu aku nak call siapa-siapa tunggu bila mereka tidur atau call secara sembunyi dalam bilik belakang atau di dapur. Dasyatkan anak-anak aku ni. :p

Pernah sekali mak aku call derang boleh berebut nak dapatkan HP. Aduh...lastnya mamanya tak dapat nak cakap lama-lama. Terus bagi HP kat derang, tapi faham-faham je la bahasa Amar tu. Ish...bila di marah boleh pula buat tak tau. Ha... hu...je cakap :)