Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, October 20

Kisah Kelahiran - Bahagian 2

Assalamualaikum...

Ada masa sikit nak menulis petang ni, anak-anak semua dah sibuk main..maklum saja cuti sekolah kan. Ok sambung kisah kelahiran yang lepas, bayangkan 44 hari berpantang tu aku memang tak duduk rumah dengan senang. Selang 2 hari pergi klinik. Dan macam-macam ramuan juga aku telan untuk bagi jaundice Nur Aisyah turun. Tapi ada kala turun ada kala naik pula. Stress jangan cakap la, kadang-kadang aku rasa macam ok ikut je la kalau ini memang takdirnya kan.

Temujanji ke klinik kanak-kanak hospital ngan sehari lepas habis pantang. Kiranya hari ke 45 aku dah bawa kereta semula. Bawa mak dan kakak aku yang kebetulan datang rumah. Nur Aisyah pula masa tu batuk-batuk yang agak teruk. Mulanya aku rasa malas nak pergi tapi dear bising, kalau tak nak pergi call hospital minta derang bagitau keputusan ujian darah. Tapi boleh ke ye?

Ok lah nak tak nak pergi juga. Dr cek memang jaundice dah turun paras normal tapi batuk berkahak pula agak teruk. Jangkit dari abang dan mak aku la ni agaknya. Sebab memang hampir semuanya diserang batuk hampir 2 minggu. Terus dr sarankan sedut gas dan tungu hasil ujian selepas gas. Memang teruk batuknya dan dr cadangkan untuk masuk wad supaya boleh di pantau. Aduhai..sekali lagi ujian datang.

Terus masuk wad, mak dan kakak serta Amsyar aku minta dear datang ambil. Aku tunggu di wad sebab memang susu badan kan. Ramai rupanya kanak-kanak yang batuk, demam dan macam-macam sakit lagi. Kesian sangat tengok bila ada yang terjerit sakit.

Alhamdulillah dr bagitau Nur Aisyah disyaki di jangkiti batuk kokol. Tapi ambil masa untuk pulih hampir 3 bulan juga lamanya. Tiada ubat cuma antibitik sahaja yang dr berikan. Dr cadangkan tidak bawa keluar ke tempat ramai orang. Tapi tu la kan, tak dapat nak elak. Bila ada jemputan kahwin saudara dan jiran terdekat susah untuk aku tolak. Tawakal je bila bawa, minta jangan makin teruk atau menjangkitkan pada orang lain pula.

Sekarang dah hampir 2 bulan batuk, agak kurang juga tapi ada masa agak teruk batuknya. Paling risau bila malam, takut aku terlena dia batuk sampai tercekik dek kerana kahaknya tu. Risau sangat. Mujur dear pun senang terjaga kalau Nur Aisyah batuk. Kadang-kadang aku letih sangat dengan melayan anak-anak ni, langsung tak ada masa nak rehat di siang hari.

Mak aku balik selepas aku balik dari hospital. Eh tahun ni aku sambut merdeka di wad ye. Ramai-ramai dan dapat la tengok bunga api/mercun. Aku dapat balik sehari sebelum raya korban. Tahun ni mak masakkan lemang, mak beraya dengan aku sebab tak ada siapa di kampung. Jadi aku tak bagi mak balik cepat.

Alang-alang mak pun ada urusan nak dibuat terpaksa tangguhkan untuk balik kampung.

Itu la serba sedikit kisah kelahiran dan berpantang anak ke4 aku. Penat, tertekan, emo memang semua pun ada. Alhamdulillah semua yang ada sekeliling aku banyak membantu.

Thursday, October 19

Salahkah Aku?

Assalamualaikum...

Sejak berhenti kerja anak-anak memang 100% aku uruskan. Makan, minum, mandi dan main memang aku yang kawal itu pun bila dear bekerja. Bila masa cuti sekolah memang tanggungjawab aku jaga semuanya. Sambil buat kerja rumah sambil layan anak-anak ni. Alhamdulillah memang kena banyak sabar lagi-lagi sekarang dah ada 4 orang ni. Memang sentiasa mencabar.

Anak-anak memang suka main basikal, bola maupun lari-lari kat luar rumah. Tapi aku kadang kala tak izinkan mereka main bukan sebab apa pun sebab aku tak suka bahasa yang budak lain ucapkan. Aku tak kata la anak-anak aku ni baik sangat tapi kalau hampir setiap hari dan setiap masa ulang sebut perkataan yang sama memang buat aku naik darah. Bila aku tegur elok-elok berhenti sekejap, 2 3 hari lepas tu buat lagi. Allahuakbar...urut dada bila dengar derang ucapkan lagi. Kadang-kadang sampai terfikir mak ayah derang ni tak marah ke anak mereka sebut perkataan yang tak elok ye. Atau pun derang sebut belakang mak ayah, depan memang tak berani? Huhu..

Itu hal percakapan dan bahasa, kadang kala sampai tahap gurau yang melampau. Baling selipar atas bumbung, baling batu kat bumbung yang hampir kena cermin rumah dan juga kereta, main campak pasir, pukul-pukul guna batu atau pun main tipu-tipu sakit lepas tu sepak orang yang nak tolong.. ouh, terpaksa fikir balik masa aku kecil dulu ada ke main macam ni? Kenapa anak-anak sekarang main dengan cara agak kasar? Yang jadi mangsa kadangkala menangis je, tak pun kalau mampu lawan tu lawan la tapi akhirnya menangis juga.

Paling buat aku kecut perut bila tengok derang main basikal tepi jalan. Ok rumah sewa aku ni ada 1 lorong utama yang boleh dikatakan agak sibuk dengan kereta, motor dan juga kadangkala lori maupun bas lalu lalang. Pernah sekali ada yang berani tunggu kereta lalu kemudian main pusing-pusing atas jalan tu. Bila terpandang memang seriau, buatnya ada motor yang laju tiba-tiba lalu kan dah bahaya jadinya. Dear pernah tegur sorang budak ni, lepas tu memang tak pernah nampak derang main lagi kat jalan. Tapi biasa la tak lama lepas tu main lagi. Langsung tak serik. Geram aku tengok.

Berbasikal ke kedai yang jarak lebih 100meter tu memang derang dah biasa. Anak-anak aku memang aku bising. Siap bagi amaran lagi.

"kalau nampak main kat jalan raya balik tu mama rotan"

Buat masa ni alhamdulillah derang masih dengar cakap, cumanya derang tertanya juga kenapa tak boleh. Aku terangkan bahaya jika ada motor atau kereta tiba-tiba datang. Bila naik basikal tak pakai pelindung kalau jatuh atas jalan pum dah menyakitkan tau. Huhu...bila tengok muka derang macam faham tapi ada kerut-kerut juga. Hmmm...minta-minta derang tak buat la yang bahaya tu.

Kes petang ni buat aku urut dada, bila terdengar ada sorang budak jatuh basikal dan terus sebut nama Amsyar. Intai je dari tingkap rupa-rupanya pura-pura jatuh. Bila Amsyar datang nak tolong dia tunjuk kaki yang sakit tapi bila Amsyar nak pegang kaki terus penyepak yang dia dapat. Aduhai la budak-budak ni. Pada aku itu sakit tapi Amsyar nak juga main aku biarkan je. Tapi bila dah berkali dan bukan seorang je yang buat memang aku geram. Derang siap berpakat jatuh ramai-ramai. Kali ni memang aku berdiri depan pintu terus, ada yang perasan terus bangun seorang demi seorang. Dengan muka selamba dan tak bersalah langsung terus pergi tempat lain.

Kadang kala nak tegur anak orang ni takut juga, nanti mak ayah cakap aku manjakan anak aku...takut jadi lembik pula. Takut derang tak percaya sebab derang tak nampak dan mesti fikir kenapa anak derang je buat, anak aku tak buat juga ke...aduh la.

Bila cuti sekolah ni memang hati kena kental, celik mata pukul 8.00 pagi dah mula main...rehat tengahari sekejap lepas tu sambung lagi hingga ke petang atau pun senja. Itu pun kalau mak ayah tak ajak keluar pergi mana-mana. Bertabahlah aku tunggu cuti sekolah tamat. Cuti panjang nanti lagi la...harap-harap tak de la buat perangai begini.

Wednesday, October 18

Kelahiran Puteri - Bahagian 1

Assalamualaikum...

Ini dah lama simpan dalam draf, baru nak publish maklum la masa agak terhad bila ada baby ni.

Hari ini dah hari ke 46 dah pun tamat berpantang. Ada sedikit masa lapang nak menaip hari ini. Walaupun agak sibuk dengan bayi dan abang-abangnya tu sempatkan diri curi masa juga. Maklum saja bila berpantang ni ada kerja yang tak digalakkan kita buat jadi terpaksa minta tolong mak buatkan. Hahaha..syukur mak masih ada, masih sihat dan masih mampu bantu aku masa berpantang ni. Harap-harap mak sihat sentiasa.

Kali ini Allah berikan apa yang aku dan dear nantikan begitu juga dengan abang-abangnya yang teruja bila bagitau akan dapat baby perempuan. Siapa tak gembira bila dah ada 3 lelaki kami mesti mahukan perempuan pula. Bila dr bagitau masa scan nampak 'burger' terus aku rasa betul ke tak ni ye. Tapi dalam hati boleh lah pergi beli baju pink yang dah lama aku idamkan.

Ok, ini kisah kelahiran puteri yang kami sekeluarga nanti kan.

Pagi 16.7.2017 sepatutnya pergi klinik barakah untuk follow up lawatan yang sebelum sebab dah cukup 38 minggu. Sebelum pergi klinik sempat sarapan di kedai imam muda. Makan nasi lemak dan soto. Best la dapat makan apa yang kita nak makan kan. Tapi ada insiden yang tak best terjadi. Yang itu biarlah antara kami je tak nak libatkan orang lain.

Siap makan terus pergi klinik, dear bawa anak-anak main tepi tasik sambil tengok ikan dan kura-kura. Sampai giliran aku masuk dan dr sembang macam biasa tanya perkembangan aku dan kandungan. Alhamdulillah semua ok kecuali darah tinggi naik walaupun sudah cuba 3 kali. Dr pun bagitau nak buat sekali lagi tapi hasilnya memang tinggi. Sabar je la kan. Dugaan tetiba datang.

Dr scan perut hasilnya macam biasa, tak ada beza cuma berat bayi dah cecah 3.8kg. Pada aku tu dah agak besar. Risau perkara lama berulang lagi. Masa scan amsyar dalam perut 3.6 kg tapi masa keluar dah 4.04kg. Terkejut dr bila tengok penimbang.

Dr terus cadangkan untuk aku cek bukaan bawah. Ikutkan tak nak tapi bila dr dah minta buat je la. Kalau jalan dah buka cepat la jumpa baby ni. Kalau tak buka lambat la nak keluar lagi agaknya. Dr cek sekali dah buka 3cm. Melopong kat situ, dr kata dah buka 3cm memang dia tak bagi balik rumah. Nak tak nak kena tunggu dan kalau boleh mesti bersalin hari itu juga. Dear uruskan anak-anak, aku check in masuk poliklinik barakah. Huhu redha walaupun check in sendiri.

Dr suruh buat ctg sementara tunggu dear sampai. Selesai ctg terus masuk ubat untuk cairkan najis. Selesa dapat keluarkan dengan senang. Hehe maaf ye bunyi macam pengotor pulak. Tapi ini yang mesti di lalui bila nak bersalin. Yang kes kecemasan aku tak pasti sebab tak pernah lalui lagi.

Dr minta rehat dan masukkan air untuk mempercepatkan bukaan, ada orang kata induce air lagi sakit dari induce pil. Ini tak tau sebab 4kali bersalin semua guna induce air je. Termasuk masa bersalinkan Amar kat HTAR dulu. Kalau tengok orang lain kena induce pil tu terguling-guling ada, menonggeng pun ada. Betapa sakit mata ni tengoknya. Belum rasa lagi. Duduk wad sampai pukul 4 petang baru nurse datang untuk cek bukaan lagi. Kali ini sama tiada perubahan. Memang dah syak sebab aku jenis pecah ketuban dulu baru cepat bukaan. Sejak dari Amar lagi. Nurse bagitau nak tunggu sampai pukul 7 pula. Kalau boleh nak pecah sendiri tak nak dr atau nurse yang pecahkan.

Tapi kes aku memang tak bernasib baik kali ini. Nurse pecahkan air ketuban bila dah masuk jam 7 petang dan bukaan masih sama 3 cm. Alahai, pecah je ketubahn terus rasa sakit tu datang. Padahal sebelum tu boleh rilex je macam bukan orang nak bersalin. Sakit sikit-sikit je rasanya sebab masih boleh tahan lagi. Dah tu proses melahirkan pun bermula. Ketubah pecah pukul 7.30 malam, Nur Aisyah lahir pukul 8.40 malam. Sejam lebih sakit tapi yang paling sakit cuma 1/2 jam je sebelum bersalin. Haha...nurse pun tak banyak tanya bila tengok muka aku masih rilex lagi.

Kali ini nurse yang sambut tak bagi pegang tangan dear. Dia minta pegang kaki sendiri je. Gigil-gigil juga pegang kaki sendiri sambil teran tu. Ha ini pengalaman pertama, nurse tu muda lagi kot..boleh pulak dia harap aku ikut je cakap dia. Ikut je la kan, dah tak sabar nak keluarkan baby yang ni. Tapi memang betul mudah rasa nak keluarkan baby kali ni. Sampaikan dr kat luar tak sempat masuk sebab baru je nurse cek bukaan baru 8 cm. Selamat melahirkan puteri yang dinanti pukul 8.40 malam, berat 3.3kg.

Rezeki dapat bersalin senang. Syukur sangat dear pun sentiasa teman. Cuma anak dah lahir dear tak teman la, mesti mau tidur rumah boleh rehat puas-puas. Aku pulak nurse cek malam tu ada pula darah tinggi lagi. Jadi nurse cadangkan aku rehat sekejap baby nurse bawa ke nurseri, nurse akan hantar baby bila dia bangun dan nak hisap susu. Alhamdulillah turun terus lepas dapat rehat 3 jam. Tapi kesian kat baby terpaksa kejut untuk hisap susu. Mujur susu belum banyak lagi. Kalau tidak mesti dah membengkak. Lepas 3 jam baby tak bangun nurse terus hantar untuk aku susukan juga. Kuat tidur budak ni tau, kalah dengan abang-abangnya dulu.

Aku keluar esok tengahari sebab dr kanak-kanak datang tengahari untuk bagi beberapa suntikan. Tapi malangnya nur aisyah tak dapat suntikan BCG serta merta. Aku tak tahu, dear cuma cakap bila dah balik rumah selepas 2 hari. Bayangkan selepas 2 hari baru aku tau, itupum bila badan nur aisyah dah mula panas. Bila aku minta kad dari klinik dear bagi alasan nanti nak uruskan pendaftaran takut hilang, tinggal dalam kereta la. Sudahnya bila aku dapat tau aku bising-bising tapi tak boleh nak bising sangat sebab masa tu berpantang kat rumah Mil. Sabar sangat, nur aisyah baru 3 hari dah demam. Bawa pergi klinik dekat kawasan rumah, mula-mula klinik tak nak ambil sebab belum daftar dan masih baby lagi. Tapi entah kenapa tiba-tiba ambil pula. Dr cek bukan sungguh-sungguh, sakit hati tengok. Cek jantung, suhu lepas tu sembang tanya itu ini. Kos yang dia cas rm 40.00 wow senangnya, itu cuma kos consultant je tau tiada ubat dalam kes ni. Aku rasa tak masuk akal harta yang klinik ni cas. Maaf la kalau aku nampak macam memandai pula. Tapi sekurang-kurangnya umtuk dapatkan surat refer pergi hospital tak kan sampai rm40.00?

Kami buat keputusan balik rumah, call klinik barakah untuk cek bila boleh dapatkan injectiom BCG.  Syukur esoknya dah boleh pergi dan cek jaundice sekali.

Kami pergi klinik barakah cek jaundice kemuadian baru dr beri suntikan BCG. Keputusan jaundice tak memihak pada kami. Result 200 dan perlu ulang datang 2 hari lagi. Maka bermula la siri kami menjelajah klinik untuk dapatkan bacaan jaundice ni. Ada yang selang 2 hari dan ada juga yang setiap hari perlu datang. Allahu..aku skip pergi klinik jugasebab dear perlu kerja luar kawasan 3 hari. Sabar itu indah kan...lepas 2 minggu bacaan masih turun naik jadi dr sarankan kami ke hospital untuk ujian air kencing dan ujian darah.

Hasil ujian darah ambil masa 2 minggu. Dalam tempoh berpantang hampir setiap hari aku keluar masuk. Mak aku pun tak boleh nak kata apa dah, terpaksa benarkan aku keluar. Mujur klinik kesihatan buka sampai pukul 9.00 malam jadi dear boleh pergi kerja dan kami ke klinik lewat petang. Ikutkan mak memang tak bagi tapi terpaksa, cuti dear dah hampir habis sebab ulang alik ke klinik lebih sebulan.

Keputusan darah normal tapi dr sarankan umtuk ambil darah lagi dan tunggu lagi 2 minggu baru dapat keputusan. Penat...ini ke yang boleh aku ucapkan tapi orang kata sabar itu indah kan. Jadi aku bersabar je dengan ujian ni, orang lain lagi teruk cabarannya kan.


Cukup dulu nanti sambung lagi..panjang nye la, jenuh nak taip




Tuesday, October 17

Berjumpa lagi

Assalamualaikum..

Lamanya dah tak menulis di sini, alhamdulillah puteri yang di nanti telah selamat dilahirkan dengan sihat dan sempurna. Banyak masa di gunakan untuk melayan puteri yang seorang ni. Baru 3 bulan usianya, masih banyak yang aku perlu pelajari..ye la dulu kerja jadi masa yang ada untuk layan anak-anak pun kurang, kalau hari bekerja malam saja kecuali hujung minggu. Apa pun syukur pada Allah kerana telah dengar doa dan permintaan aku. Sempurna sudah keluarga aku rasa, ye la dah ada anak lelaki mesti impikan anak perempuan pula. Rezeki dapat anak yang keempat ni perempuan kalau dapat lelaki juga tak tahu la, mungkin angkat tangan juga nampak gayanya.

Macam-macam hal dah jadi sepanjang berehat dari menulis blog ni. Rindu nak menaip tu memang tak dapat dibendung. Tapi masa itu tidak mengizinkan. Bayangkan la taip sikit berhenti, taip lagi sikit berhenti. Bila baca balik Allahu...berterabur ayat dan salah ejaan pun ada. Sekarang dah masuk usia puteriku ke 3 bulan. Alhamdulillah semakin sihat dan semakin semangat badannya membesar. Insyaallah akan ke klinik untuk suntikan 3 bulan pada awal bulan depan. Kenapa lewat? Ni ada kisah yang akan aku tuliskan nanti.

Jika di izinkan ingin sangat nak aktif berblog lagi, harap-harap masa dapat diluangkan untuk blog pula.