Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, August 17

Korban

Assalamualaikum...

Salam Aidiladha semua, semoga sihat sahaja hendaknya. Alhamdulillah tahun ni berpeluang mama beraya bersama adik beradik dan mak di rumah abang di Klang. Seronok dapat masak lemang, rendang dan laksa macam di rumah mak kat kampung.

Cuma rumah je berbeza, tapi masakan tetap sama dari air tangan seorang mak. Sedap sentiasa walaupun ringkas masakkannya.

Mama balik kampung untuk jemput opah beraya seminggu awal. Lagipun raya jatuh hari Ahad sebab tu lebih senang ambil awal untuk elakkan kesesakan jalan raya. Lagi pun kan nak masak tu hari Sabtu jadi kalau ambil minggu raya risau nanti tak sempat nak masak lemang.

Dapat berkumpul 4 beradik, abang yang nombor 3 balik kampung di Kedah jadi tak dapat nak join sama. Insyaallah lain kali kalau di izinkan Allah.

Raya pertama ayah sibuk menolong orang berkorban. Adik beradik ayah berkongsi untul sempurnakan ibadah korban untuk arwah atok Rahmin. Semoga niat kami semua di terima. Ayah cuma bawa balik tulang, katanya daging semua agihkan pada adik beradik ayah. Alhamdulillah, yang penting semua dapat merasa sedikot sama sedikit, banyak sama banyak.

Ayah tak nak ambil banyak daging sebab raya ke 2 ada lagi aktiviti korban. Ayah bagitau lagi 2 hari nak raya yang ayah masuk untuk korban tahun ni. Alhamdulillah ayah letak nama Zikri Amar untuk tahun ni. Insyaallah niat ayah untuk teruskan tahun akan datang dengan giliran yang lain pula. Kalau ada rezeki lebih boleh ayah letak nama semua.

Mama tak berniat pun nak pergi tengok aktiviti korban ni tapi bila Amar dah balik rumah dari rumah pak cik terus mama nal bersiap bawa semua pergi. Allah duga mama tayar kereta belakang pancit habis. Mujur belum keluar lagi, risau juga kalau bengkel kereta yang terdekat masih tutup. Jadi terpaksa pinjam kereta mak ngah.


Sampai di sana masih belum berakhir, ada 3 lembu belum di sembelih lagi. Syukur dapat bagi anak-anak mama peluang untuk tengok aktiviti korban di jalankan. Banyak soalam yang anak-anak mama ajukan. Alhamdulillah semua anak mama semua faham.

Mama dan anak-anak balik awal sebab cuaca dah panas dan lembu pun dah habis di sembelih cuma tunggu untuk proses membungkus dan menimbang. Melapah pun masih ada yang belum selesai.

Ayah balik bawa banyak daging dan sedikit tulang. Alhamdulillah rezeki opah untuk masak rendang tok.

Ok selamat hari raya!!!

Sunday, August 11

Salam Aidiladha

Assalamualaikum...

Salam Aidiladha buat semua.. Alhamdulillah di izinkan Allah SWT untuk merayakan raya korban tahun ni. Syukur juga buat dear yang dapat melaksanakan ibadah korban tahun ni. Insyaallah nak teruskan setiap tahun kalau di izinkan Allah swt.

Tahun ni tak balik kampung tapi mak yang datang beraya di sini. Alhamdulillah dapat beraya 4 beradik di sini.


Wednesday, July 3

Bila Uzur Berterus Terang Atau Bohong?

Assalamualaikum...

Ini post yang tertunda je nak release, ada sja halangan. Semoga menjadi kenangan manis kelak.

Dah masuk hari ke 23 puasa sekarang, alhamdulillah.. Allah mudahkan juga urusan berpuasa kami sekeluarga. Masak ala kadar sebab sayang bila makanan banyak sampai terbuang. Biasa masak nasi 2 cawan untuk sekali makan tapi sekarang untuk berbuka dan sahur pun kadang kala masih ada baki. Baki tu aku goreng untuk Nur Aisyah dan Amsyar makan.

Syukur juga Amar dan Ashraf dah mula nak puasa walaupun awalnya dulu agak susah tapi sekarang dah selesakan diri. Boleh tahan diri kalau tengok adik-adanya minum atau makan. Kebiasaan aku akan minta adik-adanya makan di dapur tapi kadang-kadang ternampak juga. Kalau tak silap mereka cuma tak puasa 2 atau 3 hari awal puasa lepas. Termasuk 1 hari tu terlajak tidur dek kerana jam loceng tak berbunyi. Set jam tapi tak set hari apa pulak, sudahnya terlajak tidur tak sempat nak sahur. Bagitau mereka kalau tak tahan berbuka la, jangan menyiksa diri lagipun cuaca agak panas.

Kisah yang aku nak ceritakan perihal bila uzur di kala anak-anak dah pandai berpuasa.

Fuh lap peluh kejap...

Ujian kot pada aku sebab ini dikira tahun pertama puasa anak-anak..malu la kot nak makan minum depan mereka. Walaupun mereka dah mula diajar apa perkara yang tidak mewajibkan kita bersolat dan puasa tapi kadang-kadang aku buntu kalau ditanya banyak-banyak soalan.

Ashraf memang rajin bercerita dan bertanya jadi dia pernah bagitahu ustaz di SRA pernah bagitau tentang haid. Huhu...

Alhamdulillah, kalau tengok cara cerita macam faham tapi aku risau bila ditanya soalan yang pelik-pelik pula.

Amar jarang bercerita kecuali bila masa dia dah beria-ia sangat baru dia bagitahu.

Buatnya aku makan mereka nampak terus mereka nak berbuka pulak. Hah... Tidak!!

Cara terbaik banyakkan masa kat dapur. Haha dah mula cuti sekolah kan, boleh mula buat biskut raya. Sambil tu boleh la curi-curi minum. Makan aku tak berani takut mereka nampak.

Alhamdulillah semalam dapat 1 jenis, dalam kepala nak buat macam-macam jenis biskut tapi entah la dapat buat ke tidak.

Sekurang-kurangnya aku banyak habiskan masa didapur, sambil tu curi-curi makan belakang anak-anak. Tapi ada 1 hari tu aku sakit kepala sangat dan memang tak buat biskut pun jadi aku bagitau kepala mama sakit sangat dan mama nak makan ubat jadi mama tak puasa hari tu. Mereka dah tau jadi masa berbuka mereka tak kisah kalau mama minum awal dari mereka.

Tuesday, July 2

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...

Selamat hari raya!!

Belum habis bulan Syawal lagikan, jadi masih boleh ucap lagi. Haha ye sibuk yang amat mama 4 anak ni. Mana tak nya dari hujung puasa bawa ke 2 minggu raya.

Sebelum raya sibuk menjahit baju raya, buat biskut raya dan kemas rumah. Dah raya sibuk beraya je pula. Alhamdulillah tahun ni dapat jumpa ramai saudara mara. Giliran beraya di Klang tahun ni jadi lagi pantas dapat menggunjungi hampir semua saudara beramai-ramai. Memang kebiasaan belah dear kalau beraya beramai-ramai baru meriah.

Raya pertama pusing rumah jiran dan saudara dekat kawasan rumah MIL. Sekali pergi 6 keluarga kami serang. Seronok menyembang sampaikan lupa nak balik. Ye setiap rumah kami target duduk 1/2 jam je. Kalau lebih susah pulak sebab ada banyak rumah nak pergi. Raya pertama petang tu kami kunjung 6 rumah termasuk 2 rumah abang dan kakak dear.


Malam pula kami kunjung 4 rumah adik beradik MIL. Sampai rumah hampir 12 malam. Anak-anak dah keletihan seharian beraya.

Raya ke 2 biasanya kami akan gerak balik kampung aku tapi kali ni dear minta nak ikut MIL beraya lagi beberapa rumah. Ikut saja la kan sebab balik kampung aku cuma makan dan layan saudara yang datang berkunjung.  Kami pergi 6 rumah dari pagi hingga ke senja. Penat sangat rasanya tapi seronok bila dapat jumpa saudara. Masa ni lah kita nak berbual bermesra kan.

Malam tu aku sibuk kemaskan pakaian untuk bawa balik kampung. Rancang nak balik awal pagi tapi bila ada anak kecil ni agak lewat juga jadinya. Alhamdulillah jalan tak berapa sibuk, ada kesesakan disana sini tapi masih lagi lancar.

Raya ke 3 tu kami habiskan di atas jalan dan makan di rumah mak. Hehe..

Raya ke 4, bila dah berkumpul ramai-ramai lebih baik kita abadikan.  Alhamdulillah tahun ni rezeki kami 5 beradik bertemu lagi di minggu awal raya. Selesai bergambar keluar beraya 5 rumah dari pagi hingga ke petang. Dari kampung hingga ke Ipoh kami tuju.

Balik dari rumah terakhir selepas maghrib, huhu... Berlaku 1 kisah sedih.

Adik lelaki mak aku meninggal dunia selepas lebih kurang 1 jam kami keluar dari rumahnya. Ye kami di kira tetamu terakhir yang bertemu dengan arwah petang tu. Selepas kami balik arwah keluar minum bersama-sama kawan dia. Tiba-tiba arwah jatuh dan disahkan meninggal oleh pihak ambulan.

Kami di rumak mak memang terkejut sangat, ye walaupun kami tak rapat tapi ada juga rasa sayang. Simpati dengan keluarga yang arwah tinggalkan tapi redha kerana sudah tiba ajalnya.

Terus ingat kenangan 10 tahun lepas, aku kehilangan bapak semasa 10 syawal. Pedih rasa nak terima tapi itu realitinya, bila sampai masa kita tak mampu melawan takdirnya.

Alhamdulillah sekurang-kurangnya arwah sempat beraya sekeluarga dengan gembira. Sempat merasa bermain mesra dengan cucu.

Raya ke 5 sepatutnya kami nak gerak balik ke Klang, tapi awal pagi kami dah keluar ke rumah arwah.

Selesai jenazah dikebumikan kami terus gerak balik Klang. Kali ni perjalanan memang letih, kereta agak banyak dan semua laluan pun sesak. Gerak dari Ipoh pukul 12 tengah hari tiba di rumah 7.30 malam. Letih sangat rasanya mujur sekolah masih tutup lagi. Yang bekerja cuma dear sahaja.

Seronok raya tahun ni, meriah sangat rasanya walaupun ada kehilangan tapi itu memang tak dirancang. Semoga roh pak cik ku, Zahari Bin Rani di tempatkan dikalangan orang-orang yang beramal soleh.

Al-Fatihah

Thursday, May 30

Letak kereta bertindan

Assalamualaikum...

Maaflah, entry kali ni agak panas sikit. Aku bukan apa kadang - kadang rasa nak marah pun ada. Ni kisah letak kereta bertindan (double parking) . Huhu penat tau kalau kena. Sebab tu awal - awal aku dah geram.

Ni kisah depan mata ye, melalui pengalaman sendiri aku belajar. Ye, hal memandu semua dear yang ajar dan sendiri pandai fikir.

Pertama kali aku belajar tentang letak kereta bertindan ni masa aku pergi temuduga SPA di putrajaya, aku bawa kereta sendiri sebab dear kerja. Aku keluar rumah awal sebab jauh kan lagipun nak elak kesesakan. Sampai kawasan letak kereta aku pun letak la situ. Kisahnya masa nak balik kereta kakitangan dibelakang kereta aku, jadi sangkut la sekejap. Mujur ada pengawal kat situ aku cuba minta tolong. Alhamdulillah, dari sini aku belajar. Orang yang letak kereta belakang kereta aku ada tinggalkan nombor talifon di cermin hadapan. Aku talifon dan tunggu hampir 15minit baru dapat keluarkan kereta.

2 benda aku belajar hari tu, pertama letak kereta mengundur lebih senang dikawasan sibuk. Walaupun kadang kala kita rasa leceh tapi itu sangat memudahkan urusan bila kita nak keluar nanti. Tambah lagi dengan sibuk melayan kerenah anak - anak. Kedua yang aku dapat sentiasa tinggalkan nombor talifon yang boleh dihubungi supaya mudahkan urusan orang lain. Jangan pula dah ada orang talifon bagitau nak keluar tapi kau buat - buat tak tau atau sengaja melengah - lengahkan.

Hal yang saja melengahkan tu aku dan dear dah pernah kena. Allah, memang rasa geram macam nak sumbat kasut dalam mulut orang tu. Kisahnya, kami ke sukan tahunan Pasti. Kami sampai awal jadi kami letak kereta berhampiran pagar masuk. Bila masa kami nak balik ada kereta yang diletakkan belakang kereta kami. Tiada nombor talifon jadi dear pergi ke urusetia untuk buat pengumuman minta alihkan kereta. Hampir 5 minit kami tunggu je dalam kereta, setiap kali nampak orang lalu kami ingat itu tuan punya kereta.  Dear dah bosan menunggu dear pun nak masuk lagi sekali minta bantuan pihak urusetia tapi tuan punya kereta tiba - tiba datang. Yang sangat menyakitkan kami tuan tu ada ditepi pagar dan nampak kami menunggu dia. Sangat geram bila sengaja melengahkan urusan orang lain. Dear cuma cakap terima kasih je dah dia alihkan juga kereta kan. Dalam hati tengah tahan sabar kot.

Kawasan rumah aku pun tak boleh nak sukahati letak kereta. Dah padat sejak ada rumah baru depan tempat letak kereta aku. Dulu sesekali masuk bontot tapi sekarang memang hari - hari mesti buat. Rumah baru ada pagar, ye aku faham untuk keselamatan tapi kalau 1 rumah ada 2 kereta tu agak susah sebab 1 diletakkan diluar pagar. Dalam bukan tak boleh masuk tapi nak bagi anak ruang untuk bermain. Ok ni la masalahnya pada kami yang dah disediakan tempat letak kereta behadapan dengan orang yang terpaksa letak kereta di luar pagar. Setiap hari setiap kali keluar masuk je mesti masukkan bontot kereta dulu sebab mudah bila nak keluar nanti.

Ada masa geram juga bila ada orang lain datang melawat dan letak kereta bertindan. Aduh kadang kala boleh keluar, kadang kala kena tunggu la. Ada masa macam sengaja je letak padahal boleh je tinggalkan kereta jauh sikit. Tapi tak nak, nak yang mudah je kan kita ni.

Ye, lagi - lagi kalau ke pasaraya. Ada je kereta yang nak berebut letak kereta betul - betul depan pintu masuk. Alahai orang kita ni memang nak mudah je kan. Ye termasuk la aku tapi harap - harap jangan la sampai menyusahkan orang lain. Tunggu punya lama semata - mata nak minta alihkan kereta. Kan mengundang kemarahan tu. Semua orang pun nak berseronok, nak beli barang, nak makan dan nak berhibur jadi apa kata kita mudahkan urusan orang lain.  Senang je kan.

Kalau pergi bank pun sama la, selalu ada letak kereta bertindan ni. Kot ye pun nak masuk sekejap tapi tolonglah mudahkan urusan orang lain, bukan apa kita fikir nak masuk ambil duit di ATM sekejap je, tapi ada kita fikir kot la kereta yang kita letak tu sedang sekat salah seorang yang beratur lebih awal dari kita.

Ha ni penting nya sikap timbangrasa ye, bukan setakat pada kita tapi orang lain pun sama, agak - agak kalau kita tak buat orang lain tetap buat kan sebab dah jadi kebiasaan sebab tu tak ada rasa bersalah. Kita tak tau kan kalau orang yang kita sekat mungkin nak cepat pergi ke tempat lain. Atau pun mungkin ada urusan kecemasan, tiada siapa pun tau.

Kawasan letak kereta masa aku kerja dulu selalu la terpaksa sekat kereta orang lain, kawasan sempit dan tempat letak kereta pun kurang. Keluar makan pun bergilir dengan kawan lain bawa kereta. Balik makan kalau tak ada ruang kosong terpaksa letak jauh sikit tapi agak menakutkan bila masa balik selalu ada anjing liar kat situ.

Pendek kata apa salahnya kita tinggalkan nombor yang boleh dihubungi kalau kita terpaksa sekat kereta lain

Wednesday, May 29

Persiapan Beraya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sekarang dah hampir tiba penghujung ramadan. Sibuk dengan persiapan rumah, baju raya dan kuih raya juga. Rumah dah siap cat baru sejak masuk tak pernah tukar cat jadi dear tiba-tiba bagitau nak cat ruang tamu bertukar selera mata tahun ni. Letih asyik tengok warna sama setiap tahun.

Tempat paling tak kemas mesti dapur, lagi lah bila raya ni bertambah banyak barang, biskut raya, stok makanan lebih dari biasa. Fuh! Lap peluh jantan kalau sesekali mengemas.

Baju anak-anak pun alhamdulillah dah selesai. Tinggal baju sendiri je masih dalam pembuatan lagi. Huhu... Pelan-pelan menjahit sendiri, berkat minat yang menurun dari mak aku la ni.

Kuih raya insyaallah, minggu akhir ramadan nak buat 2 ke 3 jenis je la. Kerepek pun masih belum beli lagi. Dalam kepala macam-macam benda nak persiapkan. Bekas kuih raya, lapik meja baru, gelas nak kena cuci dan susun...adoi makin lama senarai makin panjang. Haha ambik kau sambil buat kerja sambil bebel ke anak-anak.

Hal kereta pulak ni tugas dear, kebetulan kereta memang dah hampir nak raya masa tu la nak kena servis. Alhamdulillah, buat masa ni dah 3 tahun berkhidmat pada kami.

Tahun ni giliran beraya kampung suami. Seronok sangat sebab raya di kampung suami ni boleh jumpa ramai saudara mara. Setiap kali giliran raya kampung suami kami wajib pusing 1 ke 2 lorong rumah saudara mara yang berdekatan. Alhamdulillah, ramai saudara tinggal berdekatan rumah mertua. Jadi raya pertama kalau lepas zuhur gerak insyaallah hampir senja selesai pusing 2 lorong. Hampir 10 rumah kami pergi, singgah sekejap minum, makan sikit dan sembang sikit dah gerak lagi. Memang ni la acara setiap tahun.

Kalau jalan berkumpulan lagi syok 1 rumah penuh, riuh. Bayangkan dear ada 10 beradik yang semuanya dah berkahwin. Bila berkumpul di rumah mertua pun dah ramai inikan bila kami semua berjalan sama-sama.

Malam raya pertama akan beramai-ramai ke kampung mertua, berziarah adik beradik mertua di sana. Alhamdulillah, adik beradik mertua ramai tinggal 1 tempat. Ada 4 yang tinggal berdekatan dan 2 orang lagi kawasan lain yang tak la jauh dari tempat kami.  Jadi dalam masa 1 hari ni memang raya kami betul-betul padat. Makan dan minum pun jangan cakap la kekenyangan sampai malam hari.

Hari raya kedua berbeza pula, banyak habiskan masa dirumah. Bersiap-siap nak balik kampung pulak. Huhu... Bersedia menghadap kesesakan di jalan raya.

Inilah yang akan berlaku setiap kali raya di kampung dear. Seronok sebab berbeza dengan keluarga aku yang banyak habiskan masa di dapur je. Haha.. Mak aku anak sulung jadi terbiasa adik dan saudara mak datang beraya kerumah mak. Meriah juga tapi meriah melayan tetamu je la. Nak jalan raya pandai-pandai la curi masa.

Apa-apa pun raya di mana-mana pun aku tak kisah, sebab seronok jadi hati pun tak de lah nak sedih sangat.

Friday, February 22

Bercuti Ke Utara Malaysia

Assalamualaikum...

Alhamdulillah cuti hari raya cina yang lepas berkesempatan nak bawa anak-anak ke negeri di utara Malaysia. Kalau hujung tahun lepas kami ke Kedah dan Pulau Pinang jadi tahun ni kami ke Perlis pula. Kebetulan ada majlis perkahwinan sepupu dear boleh la sambil hantar pengantin sambil tu cuci mata tengok tempat orang.

Hari Jumaat pagi tu dear baru bagitau nak balik kampung dulu sebelum gerak ke Perlis. Aku macam frust juga sebab kelam kabut dengan beg baju yang belum kemas lagi. Perlahan-lahan aku kemas alhamdulillah sebelum dear balik kerja selesai. Faham sahaja la mengemas di samping anak kecil ni memang mencabar.

Kami gerak balik lepas isyak sebab dear sibuk dengan kerja sikit malam tu. Sampai kampung hampir 12 tengah malam. Mak pun dah lena tidur.

Esok pagi kami suami isteri sibuk mencari rumah tumpangan yang masih kosong.  Ye, kami buat keputusan mengejut je nak pergi Perlis. Alhamdulillah rezeki kami dapat 1 tuan rumah yang ada kekosongan lagi. Kawasan agak jauh sedikit dari majlis tetapi masih boleh diterima lagi sebab kawasan bandar tak terlalu jauh.

Petang sabtu lebih kurang pukul 4 petang kami gerak terus ke Perlis. Mak bekalkan megi mee goreng, pulut durian, buah rambutan dan juga buah dokong untuk kami makan dalam kereta. Sebenarnya kami tak makan pun dalam perjalanan tu, dah sampai rumah tumpangan kami makan sebelum tidur. Kami sampai rumah tumpangan pukul 9 malam.  Masuk rumah terus kemas barang, mandi dan makan.

Rumah tumpangan kami selesa, ada 3 bilik dan 2 bilik air. Rumah teres lama tapi masih selesa untuk kami duduki 2 malam.  Ada kelengkapan perabot, tv, mesin basuh, peralatan memasak, peti sejuk dan juga pinggan mangkuk. Bayaran tak sampai rm300.00 untuk 2 malam.  Kawasan rumah terletak di Beseri berdekatan dengan pasar, klinik kesihatan dan juga sekolah rendah. Agak sibuk juga kawasan ni waktu pagi dan malam.  Ada pasar pagi dan ada juga pasar malam mungkin ada hari tertentu. Tak berkesempatan pulak nak singgah sebab malam pertama di sana tak perasan ada pasar malam,  malam ke dua kami keluar makan dan dear selesaikan urusan kerja hampir lewat malam.

Nanti sambung lagi ye, nak uruskan anak sekejap.

Tuesday, January 22

Nur Aisyah Bersunat

Assalamualaikum...

Dah taip lama, terperam dalam draft rupenya, tapi ini kisah setahun yang lalu.  Pengalaman kali pertama kan memang tak tau.

Syukur hari ni dah laksana satu lagi perkara wajib di buat pada bayi perempuan, walaupun ayah kerja tapi mama boleh bawa Nur Aisyah ke Poliklinik Barakah untuk sunat. Proses mudah je ingatkan leceh macam sunat kanak-kanak lelaki. Hehe...pengalaman pertama mama kan, sebelum ni amar sunat mama tak pergi, ayah yang temankan. Ye la, kalau mama pergi sama nanti Ashraf dan Amsyar pun ikut sama. Tak ada privacy lagi la pada Amar.

Ok dah selesai pun kan, tunggu Ashraf dan Amsyar pula nanti. Itu mungkin lama lagi, sebab bila tanya mesti jawab nanti la. Takut kot hehe.

Proses sunat tu mudah, ringkas sangat prosesnya. Mula tu mama tanya pada mak ucu, adik bongsu ayah. Dia ada anak perempuan paling bongsu dalam keluarga ayah. Dia yang bagitau mama buat di sana. Mama talifon klinik untuk setkan tarikh dan masa. Tapi klinik bagitau tak perlu buat, bila nak sunat tinggal datang je pada masa ditetapkan. Klinik ni buat setiap hari sebelah pagi sahaja. Alhamdulillah sini tempat lahir Ashraf, Amsyar dan juga Nur Aisyah. Selesa dengan klinik ni, tersangat mementingkan nilai keislaman. Tiada jururawat lelaki dan juga doktor lelaki. Semua pekerja perempuan melayu dan muslim.

Mama keluar rumah pukul 9.00 pagi, bertiga dengan Amsyar. Amar dan Ashraf masa cuti sekolah memang jarang nak lekat kat rumah. Lagi-lagi ada sepupu kat rumah nenek. Seronok bermain kan.  Sampai klinik lewat sikit, sebab mama singgah bank sekejap. Orang tak ramai pun, jadi duduk dan tunggu giliran di panggil.

Dah di panggil doktor tanya kenapa, terus bagitau nak sunat. Doktor minta mama letakkan Nur Aisyah kat katil lepas tu buka seluar. Alhamdulillah walaupun Nur Aisyah sibuk nak main tapi prosesnya senang. Doktor bagi Nur Aisyah main dengan pelekat apa ntah untuk leka sekejap. Aku tak sempat nak intai-intai sangat sebab sibuk main. Tau-tau je doktor cakap dah siap. Aik...cam tu je. Ok lah sempat juga tanya doktor cara jaga. Doktor bagitau tak ada beza pun. Balik rumah buang kapas dan boleh main macam biasa. Makan pun tak ada pantang. Senang kan. Ha...ini pengalaman pertama mama jadi mama macam teruja sangat.

Amsyar jadi sangat takut bila doktor usik nak sunatkan dia. Haha...mama cakap terus terang kat doktor memang setiap kali cakap pasal sunat Amsyar dah takut. Pengalaman tengok abang Amar sunat.

Ok, best sangatkan pengalaman hari ni. Alhamdulillah, Allah lancarkan semua perancangan mama. Ye lagi-lagi bila ada yang pandang mama bawa Nur Aisyah dan Amsyar ke klinik. Tu belum dia tengok mama bawa 4 anak pergi kedai lagi. Hahaha...

Thursday, January 17

Bila Anak Sakit

Assalamualaikum...

Penat sikit minggu ni, Nur Aisyah selsema sedikit dan tugas mama pun kelam kabut minggu ni. Ye la bila anak tak sihat mesti nak memerap je kan. Tidur pun kadang kala tidur kat bawah tak nak dalam buaian. Bila tidur kat bawah jarang sangat tidurnya lama. Paling lama 3 jam tapi 3 kali mama terpaksa buat-buat tidur sambil susukan dia.

Teringat masa kerja dulu. Ye la mama mula kerja selepas kahwin. Sebelum tu kerja main-main je. Alhamdulillah rezeki dapat kerja dan masuk kerja bulan ke 2 mengandung. Allahuakbar, rezeki sangat rasanya sebab mama dah kahwin hampir 3 tahun.  Biasalah kan telinga ni dah tak larat nak jawab dan dengar orang lain tanya pasal anak.

Syukur juga bos masa tu terima mama berkerja walaupun tempoh untuk sah jawatan selepas 6 bulan. Tapi yang pasti mama layak dapat cuti bersalin bergaji. Yeah bos terima sebab mama cepat bagitau dan dia kata semoga rezeki berganda mama boleh bantu dia gandakan lagi rezeki syarikat nya.

Alhamdulillah, syarikat memang untung setiap tahun. Banyak projek masuk dari mama kerja seorang kerani di tarik untuk buat tender. Walaupun tak pandai tapi mama cuba untuk buat yang terbaik. Bila dah duduk di tender department memang sentiasa sibuk. Sampaikan makan pun terpaksa lupakan kerja sekejap kalau tak memang tak dapat makan.

Masa ni, Amar baru setahun. Macam-macam sakit yang datangsaban bulan. Demam, selsema, batuk tu dah lumrah. Nak di tambah lagi mama mengandungkan Ashraf pula. Rezeki cepat kata bos, syukur bos faham. Tapi bila selalu ambil cuti untuk jaga anak dan juga pergi check up klinik, peritnya la. Mama buat keputusan check up di swasta sebab bila pergi klinik desa tekanan darah kerap naik. Klinil swasta mama boleh check selepas balik kerja atau hujung minggu klinik pun antara perjalanan pergi dan balik pejabat.

Mama buat keputusan nak bersalin di klinik swasta juga. Syukur Allah permudahkan segala urusan. Walaupun masa ni kos rasa terbeban tapi keselesaan dan kepuasan tu ada.

Dah ada Ashraf memang bertambah la tugas mama. Nekad nak rehat dulu tak nak tambah anak lagi, tunggu 3 tahun kemudian.

Mencabar bila ada anak selang 1 tahun ni bila sakit. Amar sakit Ashraf kena jangkit, Ashraf sakit Amar pulak kena jangkit. Susah untuk mama pisahkan. Sampai ada 1 masa tu demam, selsema dan batuk serentak. Mama dah buntu, ubat klinik biasa pergi macam tak sesuai dah dengan Amar dan Ashraf. Ayah usaha bawa pergi klinik pakar kanak-kanak. Alhamdulillah beransur baik. Dalam tempoh 1 bulan hampir rm500.00 ayah dan mama laburkan untuk beli ubat dan kos klinik.

Masa ni memang mama letih, dah merancang nak berhenti kerja tapi fikirkan beban hutang belum habis lagi. Tapi akhirnya mama berhenti juga bila ada sedikit krisis yang terjadi, mungkin sebab selalu sangat ambil cuti.

Bila ada Amsyar mama dah tak risau lagi sebab masa ni Amar dan Ashraf dah besar sikit, susah nak berjangkit macam masa bayi.

Itulah sikit sebanyak kisah bila ada anak rapat dan serentak tak sihat. Dugaan masa dulu ingatkan mama sekarang lebih senang. Lebih masa untuk jaga kalau sakit. Tidur tak cukup boleh tidur lepas hantar Amar dan Ashraf sekolah kebangsaan. Makan tak kenyang tak apa yang penting anak mama sihat.

Walaupun anak-anak dah besar tapi kenangan masa kecil dulu sangat indah walaupun pahit nak lalui masa tu.

Wednesday, January 9

Berkerja, Berniaga atau Duduk sahaja

Assalamualaikum ..

Tajuk hari ni lain macam pula rasanya. Ye, ini yang mama rasa, setiap kali anak-anak minta sesuatu bila mama jawab nanti mama bagitau ayah. Kita tunggu ayah balik kerja baru kita tanya ye. Huhu budak mana nak faham kan apa yang kita fikirkan untuk mereka. Tiap kali mama cakap macam tu, mesti akan ada jawapan, mama kerja la macam dulu, mama jual la aiskrim yang mama buat tu. 

Aduhai anak, ikut hati memang nak kerja. Ada hutang lagi yang belum langsai tapi ayah dah janji nak tolong bayarkan. Ha 1 beban mama ayah dah galas. Tak bekerja bukan bermakna mama tak ada duit, ada la ayah bagi untuk belanja dapur. Sekurang-kurangnya sebelum beli atau buat sesuatu apa kata kita bagitau ayah dulu. 

Mama sanggup buatkan aiskrim untuk anak-anak mama supaya tak perlu korang naik basikal beli di lorong sebelah. Merisaukan mama bila tengok korang naik basikal lalu di jalan yang sibuk. Mama tak ada niat nak jual aiskrim tu bila ada ramai kawan korang datang rumah minta aiskrim, niat mama korang makan sama-sama dan sedekahkan je moga-moga rezeki ayah makin bertambah. 

Mama buat kuih untuk makan kita je, walaupun kadang kala mama buat nampak banyak tapi hakikatnya korang sendiri makan pun berebut. Ye, setiap kali buat karipap atau donut mama gunakan 1 kg tepung. Selalunya karipap tu memamg jarang mama dapat sejuk bekukan. Memang cepat habis. Buat petang ni, esok pagi dah habis. Kalau beli 5 biji mesti korang akan cakap tak puas, tak cukup. Ye selera korang tengah nak membesar. Mama ikutkan saja. 

Jual barang, dropship lagi 1 hal. Korang memang pantang tengok mama pegang hp, korang pun nak juga tengok. Nak pula Nur Aisyah baru 1 tahun lebih jadi banyak masa mama nak tumpukan pada dia. Memang orang kata dropship senang bila anak tidur pun boleh buat, ambil masa sekejap saja kan. Tapi prinsip mama bila depan anak-anak mama kurangkan pegang hp. 

Mama tak benarkan korang naik basikal kesekolah walaupun kita duduk di kawasan kampung. Ye kampung tapi kita di pinggir bandar, banyak kereta motor lalu lalang. Jadi agak bahaya untuk mama lepaskan korang berbasikal. Biar mama ambil dan hantar kesekolah. Biar mama penat berkejar asalkan korang selamat. 

Di rumah mama tak duduk saja, ada banyak kerja mama nak selesaikan. Jemur kain, masak, lipat kain, kemas rumah supaya korang selesa. Minat mama pada jahitan, mama akan buatkan korang baju dan seluar bila kelapangan. Alhamdulillah baju sekolah agama tahun ni mama dapat buat. Baju tidur dan baju basahan pun mama dah buatkan. sekurang-kurangnya mama menjimatkan sedikit duit ayah. 

Mama bukan jenis pergi jalan rumah orang bersembang kosong ye, mama jarang sangat nak duduk rumah orang lama-lama. Lebih baik duduk rumah dari bergosip yang tak ada faedah tu. 

Semoga korang faham niat mama. Mama dahulukan korang dari diri mama sendiri macam tu juga ayah.


  1. Tambahan sikit, mama ada je orang minta tolong jagakan anak tapi ayah tak bagi juga. Alasannya mama keluar masuk ambil Amar,  Ashraf dan Amsyar balik sekolah. 

Friday, January 4

Persekolahan 2019

Assalamualaikum..

Sudah Jumaat hari ni, alhamdulillah dah hari ketiga anak-anak bersekolah.  Syukur ya Allah mudahkan urusan kami, ye la tahun ni semua tinggal masuk je sekolah semula.  Amar sekarang tahun 3, Ashraf dah tahun 2 dan Amsyar masih di Pasti kelas 5 tahun.  2 tahun lagi kami pasti sibuk menguruskan anak masuk darjah 1.

1. Buku tulis dan lencana
Persediaan persekolahan mama dah siapkan dari awal kecuali baju je.  Buku mama dah beli sebelum kita balik kampung sebab tahun sebelum ni bila pergi hujung bulan memang ramai sangat orang yang nak beli buku juga. Jadi beli awal senang tak perlu nak beratur panjang.  Kebetulan masa mama pergi cuma ada 2 orang je masa tu. Urusan beli buku dah habiskan Rm120.00 termasuk lencana. 

Buku beli ada lebih biasanya sebab sejak dari Amar tahun 1 memang akan ada buku lebih tapi simpan sebab buku dijual di sekolah lebih mahal kan. Ye la ada gambar sekolah kot. Jadi aku akan catu beberapa buku je untuk awal tahun ni sebab nanti cikgu akan bagitau untuk 1 subjek berapa buku nak guna. Amar dah tau untuk Bahasa Malaysia je kena guna 3 buku tulis dan 1 buku catatan. Fuh yang pasti setiap hujung tahun jarang sangat guna sampai helaian akhir tu. 

2. Pakaian
Baju mama beli baju kemeja dan seluar untuk Ashraf, Amar mama cuma beli 2 helai seluar ganti seluar lama yang dah senteng. Baju sekolah agama dan sampin mama jahitkan cuma beli kain je.  Habis lebih kurang rm150.00

3. Kasut
Kasut sekolah kita beli di Bata. Kebetulan hujung tahun Bata ada buat jualan gudang di Kapar, Klang jadi kita pergi tengok kasut di sana sebab sebelum ni pernah pergi kita balik tangan kosong. Alhamdulillah kali ni banyak sangat pilihan cuma susah sedikit nak mencari saiz sebab dah bercampur. Kita datang awal jualan kalau dah hujung entah macam mana la gayanya tu. Jumlah habis rm25.00 untuk 4 pasang kasut.  Murah sangat untuk ibu bapa yang ada anak ramai. Kita dapat promosi beli 3 percuma 1. Mama ingat beli 1 jenis kasut je baru dapat tapi bila beli 4 automatik terus dapat jimat 1 kasut.

4. Beg
Beg sekolah mama beli untuk sekolah agama sebab korang asyik minta nak beg tu je, jadi mama belikan untuk korang makin rajin belajar lagi. Amsyar pun mama beli beg baru sebab beg lama dah koyak di talinya. Jumlah habis rm60.00 untuk 3 beg.  Beli pun kat Shopee semperna 12.12 lepas. 

Beg sekolah kebangsaan yang lama masih elok lagi, jadi korang gunakan je la sampai betul-betul rosak. Huhu..

5. Yuran
Yuran sekolah agama selesai bayar 27.12.18 yg lepas. Jumlah yuran untuk Amar dan Ashraf rm 390.00. Yuran ni dah termasuk buku latihan, buku tulis dan kelas tambahan bagi tahun 4, 5 dan 6. Sekolah kebangsaan belum bagitau yuran berapa, kalau tahun lepas cuma bayar PIBG rm50.0 tapi tahun ni akan ada tambahan nampaknya. 

Yuran Amsyar je yang mahal tapi insyaallah akan ayah usahakan juga. Tak pernah lagi kita berhutang dengan pihak Pasti. Jumlah yuran Amsyar rm500.00 termasuk baju sukan. Baju uniform pakai yang lama sebab masih elok dan muat lagi. 

Ini bayaran Pasti di sini, lain kawasan mungkin lain jumlahnya. Anak saudara di Perak pun berbeza jumlahnya jadi yang ini boleh jadikan rujukan atau budget kewangan. Ada yang kata mahal tapi setakat ini, di sinilah antara yang murah berbanding dengan tadika swasta yang lain. Lagipun 2 orang abangnya belajar di sini, alhamdulillah boleh membaca awal usia 6 tahun.  Kalau tak boleh membaca akan ada kelas tambahan untuk membaca tapi terhad pada murid 6 tahun.  Mualimah lebih prihatin sebab di sekolah nanti susah kalau mereka belum boleh baca. 
Inilah sedikit sebanyak yang mesti disediakan bila nak mula bersekolah. Moga jadi panduan mama akan datang untuk melihat sejauh manalah peningkatan nilai harga barang.  Hehe, jumlah semua ayah berhabis buat korang kurang rm1,300.00 kurang dari budget mama rm2k. Haha 

Thursday, January 3

Bumblebee 1.1.19

Assalamualaikum ...

Permulaan tahun ni ayah dah bagi izin untuk mama bawa korang pergi tengok wayang.  Haha.. Ayah kat rumah nenek jaga Nur Aisyah.  Sebab kenapa ayah jaga adik dan tak bawa sama? Hmmm sebab ayah tak nak tengok wayang lagipun ayah tak minat cerita yang mama pilih untuk korang. Mama pilih cerita Bumblebee.  Huhu ayah cakap bosan dan bagi la mama peluang tengok dengan korang semua. Nur Aisyah nanti dah besar sikit kita pergi tengok ramai-ramai ye.



Mama bawa pun sebab korang asyik dengki dan cemburu bila kawan-kawan cerita pergi tengok wayang.  Haih jadi mama pun ambil la peluang untuk bawa korang.  Sekurang-kurangnya dah lepas 1 permintaan korang.  Alhamdulillah lega sikit bila dah berjanji ni kena buat walau cepat atau lambat.  Ini cara mama dan ayah.

Alhamdulillah walaupun Amsyar tak pernah tengok wayang sebelum ni dia masih ok cuma mulut banyak soal la. Penat nak jawab. Makan pop corn pun bukan main lagi korang ye. Syok je tengok bila anak-anak gembira ni. Paling tak best bila Amsyar minta pergi tandas, aduh dah la jauh sikit jadi banyak la yang mama ketinggalan tengok. Tak pe la tunggu nanti lama-lama mesti tayang kat tv.  😂

Kami tak mampu nak ikutkan semua yang korang minta tapi kami cuba usahakan apa yang terbaik buat korang.  Semoga korang makin bersemangat nak belajar lagi dan meneruskan kejayaan sepertu tahun lalu.