Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, December 15

Cermin Bonet Pecah

Assalamualaikum...

Pagi-pagi dear tanya aku ada budak-budak main kat luar rumah ke malam tadi. Aku jawab tak de dan tak tahu pula kalau tak dengar malam tadi. Ye la kat dalam rumah kan, bukan dengar sangat lagipun anak-anak memang aku tak benarkan main kat luar rumah bila dah malam. Malam tu memang dear ada guna kereta bawa pergi ke rumah Mil dengan anak-anak hantar anak adik dear yang ikut dear balik petang tu. Tak de pulak cermin tu pecah. Awal pagi ada orang mesin rumput tapi aku tak alihkan sebab tak lama lepas tu nak ambil Amar balik dari sekolah agama. Cumanya kalau terkena batu dari mesin rumput cermin pecah sebelah malam ke? pelik juga, mesim rumput pagi, lepas tu aku siap bawa anak-anak pergi ambil Amar kemudian mengaji baru balik rumah. Mujur tak pecah tengah-tengah jalan aku dengan anak-anak.

Fikirkan positif je la kan, mungkin Allah nak uji. Ye la kala ni kan banyak duit nak guna. Persiapan sekolah tahun depan mujur dah selesai beli tapi yuran sekolah agama, pasti dan buku masih belum di lunaskan lagi. Tu yang risau takut lari budget kami nanti.

Aku tak sempat nak keluar ambil gambar cermin yang pecah tu, dear terus bagitau dear nak pergi bengkel aku ingatkan nak bawa servis sekali sebab 18.12 ni memang kena servis. Tapi dear bagitau awal sangat dan bengkel pun tak nak terima.

Melaburlah kami hujung tahun ni RM 350.00 terbang itu pun semoga insuran boleh bayar balik la. Tu pun kami kena tunggu beberapa hari juga. Tak pe sabar itu indah kan.

Wednesday, December 6

Aktiviti Minggu Akhir Di Pasti

Assalamualaikum...

Bila ada masa lapang mula la belek-belek handphone nampak ada banyak gambar yang cikgu sekolah pasti hantar pada ibu bapa secara automatik. Wah...teruja sangat, mana taknya sebelum ni tak pernah buat kot macam ni.

Bila sampai minggu akhir pelajar yang datang pun dah kurang jadi cikgu perlu fikirkan aktiviti untuk menghabiskan masa dengan pelajar. Lewat petang hari sabtu cikgu mula hantarkan pesanan. Apa barang yang perlu di bawa dan apa yang akan pelajar lakukan pada minggu akhir.

Hari Isnin cikgu ajar buat biskut, ada 3 jenis biskut kalau tak silap. Biskut coklat, biskut vanila dan biskut campuran coklat dan vanila. Cikgu nak ambil hati pelajar cikgu gunakan acuan yang menarik. Nak makan pun rasa sayang tau.





Hari Selasa pula cikgu ajar buat bubur candil, kalau orang sebelah pantai timur panggil bubur butir nangka. Memang best buat bubur ni sebab boleh gentel ramai-ramai. Ashraf bawa tepung pulut tapi sayang terlupa pula nak bagu pada cikgu. Bila di suruh bagi keesokkan hari dia malu pula. Akhirnya aku mengalah, aku guna untuk buat bubur candil di rumah. Letak 3 jenis pewarna, huhu...memang laju anak-anak makan. Ye lah Ashraf masak ramai-ramai di sekolah dapat bawa balik tapi sedikit je, orang lain nak rasa pun tak dapat. Sebab tu aku sanggup buat dari ada anak yang berkecil hati.





Hari Rabu dan Khamis ada aktiviti lain, tiada gambar cikgu beri. Untuk hari jumaat hari terakhir persekolahan cikgu ajar buat air koktel buah-buahan. Ashraf memang minum banyak air ni katanya sedap. Aduh la anak selera awak sekarang memang mama tak dapat halang.

Makan dengan penuh berselera.



Berebut-rebut nak kacau.

Seronok kan bila datang sekolah tapi tak perlu belajar, bermain dengan tepung, dengan susu dan belajar macam mana nak masak masakan yang di sukai. Memang seronok. Harap-harap aktiviti begini diteruskan sampai bila-bila.

Monday, December 4

Semperna Sambutan Maulidur Rasul

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul buat semua walaupun dah terlewat beberapa hari. Baru ada masa untuk menaip jadi begini la. Apa pun selalunya setiap surau atau masjid mesti adakan pelbagao program semperna hari Maulidur Rasul ni kan. Masjid di kawasan aku pun apa kurangnya.

Pagi tu aku tak perlu kejutkan lagi Amar dan Ashraf sebab mereka dah terbiasa bangun awal. Siap mandi dan sarapan sebelum pergi biar perut kenyang jangan nanti lapar macam-macam drama pula yang terjadi. Kali ini dear yang tolong bawakan anak-anak ke Masjid, aku daftarkan anak-anak masuk pertandingan mewarna lagi, konon nak bagi anak-anak belajar memanah tapi dear tak sempat nak bawakan sebab ada hal lain pula.


Tak pe, dapat pergi bawakan anak-anak mewarna pun dah bersyukur sangat. Kalau aku nak bawa terpaksa bawa sekali dengan Nur Aisyah nanti. Tak sampai hati nak tinggalkan pada orang lain. Dah 24 jam asyik dengan dia je kan, beza pula dengan abang-abangnya dulu.

Amsyar pun dapat kertas untuk diwarnakan, dear bagitau kawan dear yang jaga jadi dia saja bagi untuk Amsyar conteng dari mengacau.

Tengoklah tu hasil contengannya ni.



Syukur alhamdulillah, kali ini Ashraf dapat tempat ke 3 sebelum ni tal dapat apa-apa. Kali ini dapat pensil warna. Amar tak dapat apa-apa kali ini, yang lepas dapat buku nota sebagai hadiah saguhati nombor 8. Hehe itu sebagai penaik semangat kot.


Apa pun anak-anak gembira, lebih-lebih lagi bila ada yang menang. Insyaallah seronok bila tengok anak-anak gembira dapat bersaing dan mula berani nak bertanding. Rasanya hasil lukisan tak semestinya cantik yang pasti mesti kemas dan warna pilihan harus sesuai.

Sunday, December 3

Minggu Pertama Cuti Sekolah

Assalamualaikum...

Cuti sekolah dah mula ni, pening juga kepala ni bila anak-anak depan mata asyik bergaduh pagi petang. Haha...kadang-kadang rasa terhibur pula, mana tak nya bergaduh pasal hal yang kecil je.

Aku macam biasa, tetap sibuk dan bertambah sibuk lagi. Ada je yang diminta, nak makan itu ini tinggal minta je macam makan di kedai pulak derang ni buat. Awal cuti sekolah pergi rumah abang aku ada kenduri doa selamat semperna mereka nak menunaikan ibadah umrah hujung minggu ini. Insyaallah mak dan kakak aku akan ikut sama. Mak memang dah lama teringin nak pergi umrah, mak dah pernah pergi haji masa aku sekolah rendah dulu. Masa mak ngan arwah bapak pergi arwah mak tok yang jaga aku dan abang aku. Kami je yang kecil masa tu, yang lain ada yang dah bekerja dan tinggal sekolah asrama.

Syukur doa mak Allah tunaikan, berkat doa tak putus-putus kata mak. Ada rezeki dapat pergi sana lagi. Insyaallah arwah bapak pasti gembira melihat mak gembira di sini.

Jadi awal cuti sibuk la sikit kesana ke mari. Minggu lepas Amar dah mula mengikuti kem anak-anak soleh di sekolah agama. Kem yang di anjurkan oleh pihak sekolah agama di adakan setiap tahun, kalau tak silap ini tahun ke 5 di buat. Mujur kem ni setiap hari Rabu hingga Jumaat sahaja, jadi kalau nak pergi jalan-jalan tu masih boleh di aturkan lagi ni. Insyaallah kalau di izinkan dapat lah kami sekeluarga pergi. Tunggu lampu hijau je dari dear.

Tugas aku di dapur rumah memang tak ada istilah rehat. Ada saja yang anak-anak minta. Kek coklat lah, krim puff la, nasi lemak, bubur dan macam-macam lagi la. Itu baru 1 minggu belum 1 bulan lagi. Pening kepala nak fikirkan apa yang nak di masakkan untuk mereka.

Tuesday, November 28

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2017

Assalamualaikum...

Asyik cerita tentang peperiksaan je 2 minggu ni. Selagi anak-anak belum bercuti kita pun sibuk juga nak tahu keputusan peperiksaan masing-masing. Setakat ini Alhamdulillah! Perkembangan yang sangat membanggakan kami sebagai mama dan ayah.

Amar di sekolah agama dapat tempat ke 2 tapi peratus markah cikgu masih belum beri lagi. Yang pasti ada peningkatan sebab petengahan tahun dapat tempat ke 4. Alhamdulillah, sekarang menampakkan minat ke pelajaran agama walaupun bila suruh baca buku tu susah ye.

Amar di hari penyampaian hadiah di sekolah agama.

Beratur umtuk menunggu giliran naik ke pentas.

Amar di sekolah kebangsaan pula dapat tempat ke 15 dalam kelas. Ini pun peningkatan yang sangat baik sebab masa peperiksaan pertengahan tahun dapat tempat ke 36 dalam kelas. Huhu...peratus pun naik juga.

Keputusan peperiksaan akhir tahun.

Ashraf seperti biasa memang setiap tahun akan naik pentas. Harap-harap boleh diteruskan hingga ke sekolah rendah nanti. Dapat tempat ke 3 je katanya. Haha geram je.

Aku dan dear tak pernah berjanji apa-apa pada anak-anak. Kalau mereka dapat keputusan baik tak ada apa yang aku nak bagi sebab itu yang mereka dah usahakan semampu. Tapi kalau menurun dari peperiksaan pertengahan tahun aku rancang nak potong astro. Sebab makin lama makin tak relevan dah rasanya melanggan astro lagi. Harga setiap tahun makin naik, perkhidmatan kadang kala pun geram juga. Angin sikit je dah tak ada gambar. Lagi pun bayar sebulan rm100.00 tu bukan dapat tengok semua saluran siaran yang ada. Siang berebut dengan anak-anak, malam pula dengan dear. Tu yang aku tak larat. Lagipun anak-anak kerap sangat tengok siaran kartun.

Balik sekolah terus buka tv, bukan buka baju atau sibuk nak makan. Dear tak kisah sebab aku yang ambil astro ni. Tujuan untuk bagi dear tengok bola sebab aku selalu kena tinggal kat rumah seorang diri.

Aku berharap tahun akan datang mereka terus sukses lagi. Bukan berniat nak berlagak/menunjuk-nunjuk tetapi nak bagi anak-anak makin bersemangat nak belajar.

Tuesday, November 14

Konvokesyen Tadika Pasti 2017

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari Ahad lepas dah selesai pun hari konvokesyen Ashraf, seronok sangat dia nak pergi konvo. Dear kejut pagi-pagi tak menangis pun terus siap mandi, gosok gigi dan pakai baju. Sarapan ringkas je aku masak pagi tu. Dear yang bawa Ashraf, aku tak ikut sebab tak nak bawa Aisyah sana kat tempat ramai orang. Yang mana boleh elak aku elakkan la. Lagipun tak sampai hati kalau anak-anak nak tidur pun keadaan tak selesa. Bising kan, aku bukan jenis rajin bawa anak-anak masuk pasaraya besar ye. Jarang sangat kami luangkan masa ke pasaraya ni. Kecuali bila ada nak membeli je.
Geram sangat tengok muka tu..nampak macam sombong plak

Tempat yang sama seperti Amar tahun lalu.

Ok, dear bagitau dear sampai awal. Elok sangat lah tu kan, kalau sampai lewat nanti terkejar-kejar pula cikgu nak siapkan. Dear tak ambil gambar pun, gambar yang ada ni pun aku ambil dari group yang cikgu Pasti buat. Ada ibubapa yang rajin ambil gambar dan kongsikan. Alhamdulillah selesai sudah pelajaran 6 tahun Ashraf di Pasti. 3 tahun belajar di sana dan syukur memang nampak sangat membanggakan keputusan dia.

Sunday, November 12

Peperiksaan dan Air Jagung

Assalamualaikum...

Musim peperiksaan dah pun tamat, sekarang masa untuk aku tunggu anak-anak bawa balik kertas peperiksaan. Huhu rasa nak luruh jantung aku bila tengok hasilnya. Ada yang boleh buat aku senyum tapi ada juga yang buat aku panas hati tengok. Senyum sebab jawab dengan baik la tu. Panas hati bila tengok kertas peperiksaan yang banyak salah. Salah pada soalan yang senang je. Geram sangat tengok.

Tak pe, aku dulu pun bukannya pandai sangat pun. Mak pak aku tak pernah nak tengok kertas peperiksaan aku. Nak tunjuk pun tak berani tau, mujur juga mak pak tak pernah minta. Tapi alhamdulillah apa juga yang aku dapat mereka tetap bersyukur. Ye, kita sebagai ibu bapa kena terima dengan apa juga yang anak-anak kita dapat kan. Itu yang mereka mampu. Walaupun kadang-kadang tersilap tengok simbol tolak tapi dikira tambah. Itu yang mereka mampu buat dan juga itu yang Allah dah susun cantik untuk mereka. Mungkin pada kita nampak senang tapi pada usia anak-anak soalan itu sukar. Apa apa pun aku tetap bersyukur dengan apa juga hasil yang anak-anak aku terima.

Hari Khamis lepas cikgu tadika Pasti jemput aku dan dear datang sekolah untuk majlis Ihtifal dan juga majlis sambutan hari lahir pelajar yang lahir bulan September hingga bulan Disember. Alhamdulillah, majlis ini diadakan tertutup hanya untuk ibu bapa yang anak-anaknya dapat keputusan cemerlang sahaja. Syukur sangat dengan kejutan sebab cikgu tak beri fail dan buku laporan peperiksaan Zikri Ashraf. Dia dapat tempat ke 3 dalam kelas, sama seperti peperiksaan petengahan tahun yang lalu.

InsyaAllah hari Khamis akan datang akan melalui peperiksaan setara. Peperiksaan ini dah di jalankan di setiap pasti dan yang layak akan di hantar ke peperiksaan peringkat kawasan pula. Lepas tu aku pun tak pasti macam mana pula. Mungkin jadi wakil kawasan ke peperiksaan peringkat negeri pula agaknya. Amar pun terpilih tapi sekadar peringkat pasti je tak dapat sampai ke peringkat kawasan. Apa pun syukur sangat kan.




Amar masih belum tahu lagi keputusannya. Baik sekolah agama maupun sekolah kebangsaan. Mungkin minggu depan kot cikgu pun nak ambil masa juga kan nak tanda dan buat apa yang patut. Aku pulak hari-hari tengok SAPS macam orang gila tunggu keputusan keluar. Sekali keluar nanti huhu entah la debar-debar sangat la plak.

Kisah air jagung tu aku pernah beli 1 jug di kedai dekat kawasan rumah ni. Nak di jadikan cerita aku habiskan sebab masa tu anak-anak dah kekenyangan. Bila Amar rasa nak minum dan minta terus aku gelabah sebab budak-budak ni perangainya bila dah habis baru nak makan atau nak minum. Aku janji lain kali mama buat yang lagi sedap.

Sedap ke tak tu aku tak tau, kata Amar sedap. Tapi dear cuma cakap tak manis...ok je. Hmmm maaf ye kami suami isteri ni jarang sangat nak puji memuji ni. Hehe...tak pe yang penting aku tau dear bukan suka minum air yang ada susu. Contoh macam air sirap bandung atau air tembikai susu...lebih kepada air sejuk la. Kalau air panas dear ok boleh telan.

Aku ambik resepi kat facebook. Insyaallah resepinya memang boleh di simpan. Tekak aku rasa sedap juga, tapi kurang manis sebab aku tak letak susu pekat banyak. Kebetulan bila dah nak mula masak susu habis pula. Anak-anak sekarang sibuk minum air teh susu cicah dengan biskut pula. Nasi pun kurang makan. Kadang-kadang geram juga tapi nak buat macam mana dah itu yang anak-anak nak makan.

Dapat 2 jug juga kalau ikut resepi ni tapi aku buat minum 1 jug lagi 1 aku buat ais krim malaysia. Sekarang memang sentiasa buat sebab tak nak bagi anak-anak beli di luar. Yang aku tak pasti bersih ke tidak. Dah ada aiskrim ni, anak-anak makin kerap la pula buka tutup peti sejuk...huhu serba salah jadinya. Sabar je la kan dengan anak-anak ni.

Thursday, November 9

Nur Aisyah 3 Bulan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekarang dah nak masuk 4 bulan usia anak ke 4 aku, hehe..tapi awal bulan hari tu baru je cucuk untuk 3 bulan sebab ada masalah sikit. Ye la cucuk 2 bulan pun dah sangkat dek kerana Nur Aisyah makan antibiotik dari hospital kan. Nurse takut ada kesan jadi lewatkan cucuk hingga ke 3 minggu lamanya. Tak pe yang penting sihat. Lambat atau cepat aku utamakan kesihatan anak yang penting. Nurse pun bagitau tak perlu terkejar-kejar nak cucuk supaya anak sihat akan datang. Yang penting jangan langsung tak cucuk.

Ni masa nak pergi tengok pak cik warded kat Hospital Sungai Buloh.

Ni masa tunggu Amar balik sekolah agama. Sampai tertidur menunggu.

Ringkaskan hasil kedatang kami ke klinik awal minggu ni. Berat naik sekarang dah 7.7kg, ini memang dah semangat sangat rasanya. Bulan lepas cuma 6.1 kg dan naik 1.6 kg bulan ni. BMI masih normal jadi dr dan nurse tak bising. Panjang dan lilit kepala pun masih normal, tapi yang aku selalu risaukan berat. Sebab nurse selalu tegur bila ada baby yang kecil atau terlebih besar dari sepatutnya.

Monday, November 6

Aktiviti Sekolah Amar

Assalamualaikum...

Fuh...minggu lepas dah habis berdebar-debar bila anak-anak ada peperiksaan akhir tahun. Ye la kan, anak ni bila kita suruh baca buku ke buat latihan ke liat nye la. Sekarang tawakal je la, mungkin itu je yang anak ni mampu buat. Lagi pun aku dulu pun main je tak macam anak-anak sekarang ni.

Bila dah habis peperiksaan maksudnya memang dah tak belajar sangat la kan. Musim hujung tahun ni cikgu akan buat aktiviti yang tak melibatkan buku teks lagi aku rasa. Sekolah agama Amar dah pulangkan buku. Untul sekolah kebangsaan kalau ikut jadual pulangkan hari rabu nanti. Aku dah minta dia kemaskan dan malam rabu nanti aku cek dan minta dear ikatkan kemas-kemas ikut apa yang cikgu nye minta.

Ada lagi 3 minggu sekolah ni..jadi minggu lepas cikgu dah pesan pada Amar untuk bawa barang-barang yang perlu ke sekolah. Adoiii kena keluar duit juga tu nak bagi anak-anak jalankan aktiviti ni. Tapi aku dah tengok nampak macam ok la kan untuk bagi mereka faham. Beli kat kedai yang murah-murah je. Yang penting Amar boleh guna dan faham apa yang cikgu ajar. Itu yang penting kan.

Ada pen penanda, tanah liat, pinggan kertas dan klip kertas.

Ini aktivinya mengikut subjek sains


Ashraf aku tak pasti la, hujung tahun ni katanya tak banyak belajar cuma cikgu ajar mana-mana kawan yang belum fasih membaca lagi. Allahu...tekanan kot pada cikgu untuk bagi anak-anak pandai membaca sebelum masuk darjah 1. Susah kan sistem pendidikan sekarang. Entah la zaman dulu lain, sekarang dah lain. Moga-moga bertambah baik la dari zaman dulu tu hendaknya kan.

Saturday, November 4

Pertandingan Mewarna

Assalamualaikum...

Ini kisah 2 minggu lepas, ada Majlis Infratani di adakan di kawasan Padang Rakyat di Jalan Kebun. Ada macam-macam aktiviti di buat. Kebetulan anak-anak pun tak ada aktiviti terus aku daftar derang masuk pertandingan mewarna. 2 hari ke 3 hari sebelum kot dah daftarkan. Mula-mula Ashraf takut juga sebab katanya tak pernah masuk kan. Tapi aku pujuk-pujuk dia nak juga masuk. Petang tu terpaksa tinggalkan Nur Aisyah sebab tak nak dia berpanas di padang tu nanti.

Kiranya aku dapat lah keluar sekejap dengan anak yang 3 ni. Sampai sana terus buat pengesahan lagi tapi nama Ashraf tak ada pula, daftar baru dan terus ambil lukisan. Amar dan Ashraf terus cari tempat kosong dan duduk. Amsyar pun seronok nak tengok sama.


Tak sampai 1 jam pun, dalam 35 ke 45 minit je. Selesai mewarna anak-anak dah dahaga, walaupun pihak urusetia ada bagi goodies bag tapi tak cukup sebab Amsyar dah minum 1. Huhu... jadi pusing-pusing belikan aiskrim, jalan-jalan tengok apa yang menarik. Nampak ada yang buat ala-ala zoo. Tapi tempat nye terhad la kan dalam 1 khemah je. Anak-anak tak nak masuk jadi kami tengok dari luar je la.


Nak masuk ada bayaran tapi dah lupa berapa kena untuk seorang. Kalau tak silap rm3.00 untuk seorang. Dalam tu ada arnab, ayam, kambing, ayam belanda dan mungkin banyak lagi kot binatang nya. Aku tak nampak semua sebab ada ramai orang yang berdiri tepi pagar tu.


Cuaca memang panas petang tu, anak-anak bising nak air pula. Sambil pergi beli air intai-intai kalau keputusan pertandingan mewarna dah keluar ke belum. Memang belum lagi, lambat juga kot nak tunggu. Sementara tunggu duduk bawah khemah besar depan pentas ada ceramah masa tu. Seronok juga tentang keibubapaan tajuknya. Tapi anak-anak duduk sekejap dah asyik rimas ajak balik. Mana tidaknya masa beli air tadi Ashraf terkena air gula yang orang tu letakkan kat atas bekas jual air tu. Angin kuat terus cawan tu jatuh kat dia. Kesian habis kena kat tangan dan kaki. Melekit habis. Kalau kita sendiri kena pun memang tak selesa kan... jadinya terus la balik rumah.

Sebelum ambil Nur Aisyah kami beli lok cing atau sate ikan dan juga goreng pisang. Ini sebab aku dah lapar. Ambil Nur Aisyah dan balik rumah tanpa tau apa keputusannya. Nak tunggu lama lagi tapi dalam kepala teringatkan Nur Aisyah sebab tak pernah lagi tinggalkan dia dengan ibu. Huhu...risau. Memang tak nak hisap susu yang aku dah pam siap-siap pagi tu. Fuh mujur balik awal kalau tak memang kelam kabut ibu petang tu.

Keputusannya aku tak tahu, yang pasti Amar ada bawa balik buku nota. Katanya cikgu nya bagi sebagai hadiah saguhati dapat tempat ke 8. Alhamdulillah ada juga la kenangan buat anak-anak. Akan datang kalau ada lagi kesempatan nak masukkan derang lagi. Bagi derang berani nak bertanding, berani nak berlawan secara sihat dengan orang lain. Walaupun di sekolah pun ada juga macam-macam pertandingan tapi apa salahnya kalau kita sendiri dedahkan. Amar pernah masuk pertandingan mewarna semperna hari Kemerdekaan di sekolah. Dapat tempat ke 3 antara kelas. Syukur, rasa macam tak sia-sia lah aku beli pensel warna banyak-banyak tu kan. Biar derang guna untuk perkara yang berfaedah. Kat rumah pun rajin sangat lukis kan.

Cuti sekolah nanti kena siapkan kertas A4 banyak-banyak la kalau macam ni. Sekarang musim hujan, tak boleh main kat luar sangat jadi kertas dan pensel warna mesti berguna sangat. Kalau tidak mesti berebut nak tengok tv. 😅

Friday, November 3

Musim Peperiksaan

Assalamualaikum...

2 minggu ni anak-anak ada peperiksaan di sekolah. Amar di sekolah agama untuk minggu lepas, minggu ini periksa di sekolah kebangsaan dan juga ashraf di Pasti. Yang paling panik mesti aku la kan, bising la suruh derang ulangkaji, buat latihan dan baca buku berulang kali. Tapi anak-anak ni bukannya nak menurut sangat kata kita ni kan, sabar je la. Keputusan peperiksaan hujung tahun beri kesan besar pada Amar sebab hasilnya akan ditentukan duduk kelas mana nanti. Syukur untuk tahun 1 duduk kelas yang agak baik jadi tak kan nak menurun pula untuk tahun hadapan kan. Minta-minta lebih baik dari tahun ini.

Ashraf pula sentiasa rileks..tiap kali suruh buka buku memang liat. Alhamdulillah keputusan kat Pasti tak pernah mengecewakan kami mama ayah. Periksa pertengah tahun pun kedudukan baik cuma aku tak pasti kalau dah naik darjah 1 nanti masih kekal ke tidak sebab belajar perkara baru dan ada kawan baru yang mesti lebih pandai dari dia.

Buat masa ni jaga kesihatan derang je la, agar sentiasa sihat tiada gangguan untuk ulangkaji dan nak menghadapi peperiksaan. Insyaallah kami sentiasa doakan anak-anak kami dan semua pelajar lain dapat jawab dengan baik.

Friday, October 20

Kisah Kelahiran - Bahagian 2

Assalamualaikum...

Ada masa sikit nak menulis petang ni, anak-anak semua dah sibuk main..maklum saja cuti sekolah kan. Ok sambung kisah kelahiran yang lepas, bayangkan 44 hari berpantang tu aku memang tak duduk rumah dengan senang. Selang 2 hari pergi klinik. Dan macam-macam ramuan juga aku telan untuk bagi jaundice Nur Aisyah turun. Tapi ada kala turun ada kala naik pula. Stress jangan cakap la, kadang-kadang aku rasa macam ok ikut je la kalau ini memang takdirnya kan.

Temujanji ke klinik kanak-kanak hospital ngan sehari lepas habis pantang. Kiranya hari ke 45 aku dah bawa kereta semula. Bawa mak dan kakak aku yang kebetulan datang rumah. Nur Aisyah pula masa tu batuk-batuk yang agak teruk. Mulanya aku rasa malas nak pergi tapi dear bising, kalau tak nak pergi call hospital minta derang bagitau keputusan ujian darah. Tapi boleh ke ye?

Ok lah nak tak nak pergi juga. Dr cek memang jaundice dah turun paras normal tapi batuk berkahak pula agak teruk. Jangkit dari abang dan mak aku la ni agaknya. Sebab memang hampir semuanya diserang batuk hampir 2 minggu. Terus dr sarankan sedut gas dan tungu hasil ujian selepas gas. Memang teruk batuknya dan dr cadangkan untuk masuk wad supaya boleh di pantau. Aduhai..sekali lagi ujian datang.

Terus masuk wad, mak dan kakak serta Amsyar aku minta dear datang ambil. Aku tunggu di wad sebab memang susu badan kan. Ramai rupanya kanak-kanak yang batuk, demam dan macam-macam sakit lagi. Kesian sangat tengok bila ada yang terjerit sakit.

Alhamdulillah dr bagitau Nur Aisyah disyaki di jangkiti batuk kokol. Tapi ambil masa untuk pulih hampir 3 bulan juga lamanya. Tiada ubat cuma antibitik sahaja yang dr berikan. Dr cadangkan tidak bawa keluar ke tempat ramai orang. Tapi tu la kan, tak dapat nak elak. Bila ada jemputan kahwin saudara dan jiran terdekat susah untuk aku tolak. Tawakal je bila bawa, minta jangan makin teruk atau menjangkitkan pada orang lain pula.

Sekarang dah hampir 2 bulan batuk, agak kurang juga tapi ada masa agak teruk batuknya. Paling risau bila malam, takut aku terlena dia batuk sampai tercekik dek kerana kahaknya tu. Risau sangat. Mujur dear pun senang terjaga kalau Nur Aisyah batuk. Kadang-kadang aku letih sangat dengan melayan anak-anak ni, langsung tak ada masa nak rehat di siang hari.

Mak aku balik selepas aku balik dari hospital. Eh tahun ni aku sambut merdeka di wad ye. Ramai-ramai dan dapat la tengok bunga api/mercun. Aku dapat balik sehari sebelum raya korban. Tahun ni mak masakkan lemang, mak beraya dengan aku sebab tak ada siapa di kampung. Jadi aku tak bagi mak balik cepat.

Alang-alang mak pun ada urusan nak dibuat terpaksa tangguhkan untuk balik kampung.

Itu la serba sedikit kisah kelahiran dan berpantang anak ke4 aku. Penat, tertekan, emo memang semua pun ada. Alhamdulillah semua yang ada sekeliling aku banyak membantu.

Thursday, October 19

Salahkah Aku?

Assalamualaikum...

Sejak berhenti kerja anak-anak memang 100% aku uruskan. Makan, minum, mandi dan main memang aku yang kawal itu pun bila dear bekerja. Bila masa cuti sekolah memang tanggungjawab aku jaga semuanya. Sambil buat kerja rumah sambil layan anak-anak ni. Alhamdulillah memang kena banyak sabar lagi-lagi sekarang dah ada 4 orang ni. Memang sentiasa mencabar.

Anak-anak memang suka main basikal, bola maupun lari-lari kat luar rumah. Tapi aku kadang kala tak izinkan mereka main bukan sebab apa pun sebab aku tak suka bahasa yang budak lain ucapkan. Aku tak kata la anak-anak aku ni baik sangat tapi kalau hampir setiap hari dan setiap masa ulang sebut perkataan yang sama memang buat aku naik darah. Bila aku tegur elok-elok berhenti sekejap, 2 3 hari lepas tu buat lagi. Allahuakbar...urut dada bila dengar derang ucapkan lagi. Kadang-kadang sampai terfikir mak ayah derang ni tak marah ke anak mereka sebut perkataan yang tak elok ye. Atau pun derang sebut belakang mak ayah, depan memang tak berani? Huhu..

Itu hal percakapan dan bahasa, kadang kala sampai tahap gurau yang melampau. Baling selipar atas bumbung, baling batu kat bumbung yang hampir kena cermin rumah dan juga kereta, main campak pasir, pukul-pukul guna batu atau pun main tipu-tipu sakit lepas tu sepak orang yang nak tolong.. ouh, terpaksa fikir balik masa aku kecil dulu ada ke main macam ni? Kenapa anak-anak sekarang main dengan cara agak kasar? Yang jadi mangsa kadangkala menangis je, tak pun kalau mampu lawan tu lawan la tapi akhirnya menangis juga.

Paling buat aku kecut perut bila tengok derang main basikal tepi jalan. Ok rumah sewa aku ni ada 1 lorong utama yang boleh dikatakan agak sibuk dengan kereta, motor dan juga kadangkala lori maupun bas lalu lalang. Pernah sekali ada yang berani tunggu kereta lalu kemudian main pusing-pusing atas jalan tu. Bila terpandang memang seriau, buatnya ada motor yang laju tiba-tiba lalu kan dah bahaya jadinya. Dear pernah tegur sorang budak ni, lepas tu memang tak pernah nampak derang main lagi kat jalan. Tapi biasa la tak lama lepas tu main lagi. Langsung tak serik. Geram aku tengok.

Berbasikal ke kedai yang jarak lebih 100meter tu memang derang dah biasa. Anak-anak aku memang aku bising. Siap bagi amaran lagi.

"kalau nampak main kat jalan raya balik tu mama rotan"

Buat masa ni alhamdulillah derang masih dengar cakap, cumanya derang tertanya juga kenapa tak boleh. Aku terangkan bahaya jika ada motor atau kereta tiba-tiba datang. Bila naik basikal tak pakai pelindung kalau jatuh atas jalan pum dah menyakitkan tau. Huhu...bila tengok muka derang macam faham tapi ada kerut-kerut juga. Hmmm...minta-minta derang tak buat la yang bahaya tu.

Kes petang ni buat aku urut dada, bila terdengar ada sorang budak jatuh basikal dan terus sebut nama Amsyar. Intai je dari tingkap rupa-rupanya pura-pura jatuh. Bila Amsyar datang nak tolong dia tunjuk kaki yang sakit tapi bila Amsyar nak pegang kaki terus penyepak yang dia dapat. Aduhai la budak-budak ni. Pada aku itu sakit tapi Amsyar nak juga main aku biarkan je. Tapi bila dah berkali dan bukan seorang je yang buat memang aku geram. Derang siap berpakat jatuh ramai-ramai. Kali ni memang aku berdiri depan pintu terus, ada yang perasan terus bangun seorang demi seorang. Dengan muka selamba dan tak bersalah langsung terus pergi tempat lain.

Kadang kala nak tegur anak orang ni takut juga, nanti mak ayah cakap aku manjakan anak aku...takut jadi lembik pula. Takut derang tak percaya sebab derang tak nampak dan mesti fikir kenapa anak derang je buat, anak aku tak buat juga ke...aduh la.

Bila cuti sekolah ni memang hati kena kental, celik mata pukul 8.00 pagi dah mula main...rehat tengahari sekejap lepas tu sambung lagi hingga ke petang atau pun senja. Itu pun kalau mak ayah tak ajak keluar pergi mana-mana. Bertabahlah aku tunggu cuti sekolah tamat. Cuti panjang nanti lagi la...harap-harap tak de la buat perangai begini.

Wednesday, October 18

Kelahiran Puteri - Bahagian 1

Assalamualaikum...

Ini dah lama simpan dalam draf, baru nak publish maklum la masa agak terhad bila ada baby ni.

Hari ini dah hari ke 46 dah pun tamat berpantang. Ada sedikit masa lapang nak menaip hari ini. Walaupun agak sibuk dengan bayi dan abang-abangnya tu sempatkan diri curi masa juga. Maklum saja bila berpantang ni ada kerja yang tak digalakkan kita buat jadi terpaksa minta tolong mak buatkan. Hahaha..syukur mak masih ada, masih sihat dan masih mampu bantu aku masa berpantang ni. Harap-harap mak sihat sentiasa.

Kali ini Allah berikan apa yang aku dan dear nantikan begitu juga dengan abang-abangnya yang teruja bila bagitau akan dapat baby perempuan. Siapa tak gembira bila dah ada 3 lelaki kami mesti mahukan perempuan pula. Bila dr bagitau masa scan nampak 'burger' terus aku rasa betul ke tak ni ye. Tapi dalam hati boleh lah pergi beli baju pink yang dah lama aku idamkan.

Ok, ini kisah kelahiran puteri yang kami sekeluarga nanti kan.

Pagi 16.7.2017 sepatutnya pergi klinik barakah untuk follow up lawatan yang sebelum sebab dah cukup 38 minggu. Sebelum pergi klinik sempat sarapan di kedai imam muda. Makan nasi lemak dan soto. Best la dapat makan apa yang kita nak makan kan. Tapi ada insiden yang tak best terjadi. Yang itu biarlah antara kami je tak nak libatkan orang lain.

Siap makan terus pergi klinik, dear bawa anak-anak main tepi tasik sambil tengok ikan dan kura-kura. Sampai giliran aku masuk dan dr sembang macam biasa tanya perkembangan aku dan kandungan. Alhamdulillah semua ok kecuali darah tinggi naik walaupun sudah cuba 3 kali. Dr pun bagitau nak buat sekali lagi tapi hasilnya memang tinggi. Sabar je la kan. Dugaan tetiba datang.

Dr scan perut hasilnya macam biasa, tak ada beza cuma berat bayi dah cecah 3.8kg. Pada aku tu dah agak besar. Risau perkara lama berulang lagi. Masa scan amsyar dalam perut 3.6 kg tapi masa keluar dah 4.04kg. Terkejut dr bila tengok penimbang.

Dr terus cadangkan untuk aku cek bukaan bawah. Ikutkan tak nak tapi bila dr dah minta buat je la. Kalau jalan dah buka cepat la jumpa baby ni. Kalau tak buka lambat la nak keluar lagi agaknya. Dr cek sekali dah buka 3cm. Melopong kat situ, dr kata dah buka 3cm memang dia tak bagi balik rumah. Nak tak nak kena tunggu dan kalau boleh mesti bersalin hari itu juga. Dear uruskan anak-anak, aku check in masuk poliklinik barakah. Huhu redha walaupun check in sendiri.

Dr suruh buat ctg sementara tunggu dear sampai. Selesai ctg terus masuk ubat untuk cairkan najis. Selesa dapat keluarkan dengan senang. Hehe maaf ye bunyi macam pengotor pulak. Tapi ini yang mesti di lalui bila nak bersalin. Yang kes kecemasan aku tak pasti sebab tak pernah lalui lagi.

Dr minta rehat dan masukkan air untuk mempercepatkan bukaan, ada orang kata induce air lagi sakit dari induce pil. Ini tak tau sebab 4kali bersalin semua guna induce air je. Termasuk masa bersalinkan Amar kat HTAR dulu. Kalau tengok orang lain kena induce pil tu terguling-guling ada, menonggeng pun ada. Betapa sakit mata ni tengoknya. Belum rasa lagi. Duduk wad sampai pukul 4 petang baru nurse datang untuk cek bukaan lagi. Kali ini sama tiada perubahan. Memang dah syak sebab aku jenis pecah ketuban dulu baru cepat bukaan. Sejak dari Amar lagi. Nurse bagitau nak tunggu sampai pukul 7 pula. Kalau boleh nak pecah sendiri tak nak dr atau nurse yang pecahkan.

Tapi kes aku memang tak bernasib baik kali ini. Nurse pecahkan air ketuban bila dah masuk jam 7 petang dan bukaan masih sama 3 cm. Alahai, pecah je ketubahn terus rasa sakit tu datang. Padahal sebelum tu boleh rilex je macam bukan orang nak bersalin. Sakit sikit-sikit je rasanya sebab masih boleh tahan lagi. Dah tu proses melahirkan pun bermula. Ketubah pecah pukul 7.30 malam, Nur Aisyah lahir pukul 8.40 malam. Sejam lebih sakit tapi yang paling sakit cuma 1/2 jam je sebelum bersalin. Haha...nurse pun tak banyak tanya bila tengok muka aku masih rilex lagi.

Kali ini nurse yang sambut tak bagi pegang tangan dear. Dia minta pegang kaki sendiri je. Gigil-gigil juga pegang kaki sendiri sambil teran tu. Ha ini pengalaman pertama, nurse tu muda lagi kot..boleh pulak dia harap aku ikut je cakap dia. Ikut je la kan, dah tak sabar nak keluarkan baby yang ni. Tapi memang betul mudah rasa nak keluarkan baby kali ni. Sampaikan dr kat luar tak sempat masuk sebab baru je nurse cek bukaan baru 8 cm. Selamat melahirkan puteri yang dinanti pukul 8.40 malam, berat 3.3kg.

Rezeki dapat bersalin senang. Syukur sangat dear pun sentiasa teman. Cuma anak dah lahir dear tak teman la, mesti mau tidur rumah boleh rehat puas-puas. Aku pulak nurse cek malam tu ada pula darah tinggi lagi. Jadi nurse cadangkan aku rehat sekejap baby nurse bawa ke nurseri, nurse akan hantar baby bila dia bangun dan nak hisap susu. Alhamdulillah turun terus lepas dapat rehat 3 jam. Tapi kesian kat baby terpaksa kejut untuk hisap susu. Mujur susu belum banyak lagi. Kalau tidak mesti dah membengkak. Lepas 3 jam baby tak bangun nurse terus hantar untuk aku susukan juga. Kuat tidur budak ni tau, kalah dengan abang-abangnya dulu.

Aku keluar esok tengahari sebab dr kanak-kanak datang tengahari untuk bagi beberapa suntikan. Tapi malangnya nur aisyah tak dapat suntikan BCG serta merta. Aku tak tahu, dear cuma cakap bila dah balik rumah selepas 2 hari. Bayangkan selepas 2 hari baru aku tau, itupum bila badan nur aisyah dah mula panas. Bila aku minta kad dari klinik dear bagi alasan nanti nak uruskan pendaftaran takut hilang, tinggal dalam kereta la. Sudahnya bila aku dapat tau aku bising-bising tapi tak boleh nak bising sangat sebab masa tu berpantang kat rumah Mil. Sabar sangat, nur aisyah baru 3 hari dah demam. Bawa pergi klinik dekat kawasan rumah, mula-mula klinik tak nak ambil sebab belum daftar dan masih baby lagi. Tapi entah kenapa tiba-tiba ambil pula. Dr cek bukan sungguh-sungguh, sakit hati tengok. Cek jantung, suhu lepas tu sembang tanya itu ini. Kos yang dia cas rm 40.00 wow senangnya, itu cuma kos consultant je tau tiada ubat dalam kes ni. Aku rasa tak masuk akal harta yang klinik ni cas. Maaf la kalau aku nampak macam memandai pula. Tapi sekurang-kurangnya umtuk dapatkan surat refer pergi hospital tak kan sampai rm40.00?

Kami buat keputusan balik rumah, call klinik barakah untuk cek bila boleh dapatkan injectiom BCG.  Syukur esoknya dah boleh pergi dan cek jaundice sekali.

Kami pergi klinik barakah cek jaundice kemuadian baru dr beri suntikan BCG. Keputusan jaundice tak memihak pada kami. Result 200 dan perlu ulang datang 2 hari lagi. Maka bermula la siri kami menjelajah klinik untuk dapatkan bacaan jaundice ni. Ada yang selang 2 hari dan ada juga yang setiap hari perlu datang. Allahu..aku skip pergi klinik jugasebab dear perlu kerja luar kawasan 3 hari. Sabar itu indah kan...lepas 2 minggu bacaan masih turun naik jadi dr sarankan kami ke hospital untuk ujian air kencing dan ujian darah.

Hasil ujian darah ambil masa 2 minggu. Dalam tempoh berpantang hampir setiap hari aku keluar masuk. Mak aku pun tak boleh nak kata apa dah, terpaksa benarkan aku keluar. Mujur klinik kesihatan buka sampai pukul 9.00 malam jadi dear boleh pergi kerja dan kami ke klinik lewat petang. Ikutkan mak memang tak bagi tapi terpaksa, cuti dear dah hampir habis sebab ulang alik ke klinik lebih sebulan.

Keputusan darah normal tapi dr sarankan umtuk ambil darah lagi dan tunggu lagi 2 minggu baru dapat keputusan. Penat...ini ke yang boleh aku ucapkan tapi orang kata sabar itu indah kan. Jadi aku bersabar je dengan ujian ni, orang lain lagi teruk cabarannya kan.


Cukup dulu nanti sambung lagi..panjang nye la, jenuh nak taip




Tuesday, October 17

Berjumpa lagi

Assalamualaikum..

Lamanya dah tak menulis di sini, alhamdulillah puteri yang di nanti telah selamat dilahirkan dengan sihat dan sempurna. Banyak masa di gunakan untuk melayan puteri yang seorang ni. Baru 3 bulan usianya, masih banyak yang aku perlu pelajari..ye la dulu kerja jadi masa yang ada untuk layan anak-anak pun kurang, kalau hari bekerja malam saja kecuali hujung minggu. Apa pun syukur pada Allah kerana telah dengar doa dan permintaan aku. Sempurna sudah keluarga aku rasa, ye la dah ada anak lelaki mesti impikan anak perempuan pula. Rezeki dapat anak yang keempat ni perempuan kalau dapat lelaki juga tak tahu la, mungkin angkat tangan juga nampak gayanya.

Macam-macam hal dah jadi sepanjang berehat dari menulis blog ni. Rindu nak menaip tu memang tak dapat dibendung. Tapi masa itu tidak mengizinkan. Bayangkan la taip sikit berhenti, taip lagi sikit berhenti. Bila baca balik Allahu...berterabur ayat dan salah ejaan pun ada. Sekarang dah masuk usia puteriku ke 3 bulan. Alhamdulillah semakin sihat dan semakin semangat badannya membesar. Insyaallah akan ke klinik untuk suntikan 3 bulan pada awal bulan depan. Kenapa lewat? Ni ada kisah yang akan aku tuliskan nanti.

Jika di izinkan ingin sangat nak aktif berblog lagi, harap-harap masa dapat diluangkan untuk blog pula.

Sunday, August 27

Alam Ria Pasti 2017

Assalamualaikum...

Setiap tahun Pasti akan adakan Alam Ria pasti untuk memberikan peluang kepada pelajarnya untuk menunjukkan bakat mereka. Berpeluang untuk berdiri di atas pentas dan berhadapan dengan orang ramai. Tahun lalu Amar sertai kalam jamaei. Tapi kecundang mungkin lebih ramai lagi yang lebih baik..tapi sekurang-kurangnya bukan mudah untuk mereka memberanikan diri dan menghafal dengan gaya dan bahasa arab.

Tahun ini Ashraf terpilih untuk sertai acara khutbah. Kata cikgunya Ashraf terpilih sebab dia sudah pandai membaca dengan lancar. Alhamdulillah terima kasih cikgu sebab ajar anak-anak saya pandai baca sebelum habis belajar di Pasti.

Cikgu berikan teks lebih kurang 2 bulan awal sebab kata cikgu teks khutbah perlu di hafal. Di larang untuk membaca teks di hadapan juri nanti. Bukan senang ok nak hafal tapi alhamdulillah masa yang diberikan memang lebih dri cukup untuk dia menghafal. Syukur Allah permudahkan walaupun macam-macam dugaan. Bukan senang nak minta dia hafal selalu bergaduh sampaikan ayahnya pun naik angin sebab bermacam alasan yang kami dapat.

Hari pertandingan aku tak dapat tengok sebab aku baru beberapa hari berpantang. Sabar je la kan walaupun ikutkan hati memang nak pergi tapi ingat kan baru 1 minggu bersalin lebih baik jangan ambil risiko. Pakaian cikgu pinjamkan, ingat aku nak minta sesiapa yang dekat tolong jahitkan jubah lama Amar. Tapi kebetulan cikgu dah pinjamkan lagi mudah kerja aku.

Alhamdulillah keputusan tidak memihak pada Ashraf tapi dia berjaya dapat tempat ke 3. Yeah...walau pun kami tak mengharapkan dia berjaya tapi sekurang-kurangnya usaha dia berbaloi. Gambar ambil hadiah tak ada sebab balik awal, kebetulan syarikat tempat kerja dear ada buat sambutan hari raya.

Pasti juga adakan makan-makan semperna meraikan kejayaan besar di Alam Ria pasti tahun 2017 ini. Alhamdulillah hampir semua acara Pasti Jalan Kebun mendapat tempat 3 teratas. Gembira bukan main Ashraf bila cikgu beri surat untuk beritahu ibu bapa supaya hadir untuk majlis meraikan pelajar-pelajar yang berjaya.

Insyaallah, tahun depan Amsyar pula masuk Pasti. Harap-harap sama macam abang-abangnya yang boleh membaca sebelum tamat belajar di Pasti. Hahaa...masa tu nanti aku yang pening kepala sebab mana nak uruskan anak dengan ambil anak-anak

Monday, June 19

Berdikari

Assalamualaikum...

Lamanya tak jenguk sini, anak-anak dah mula sekolah aku pun sibuk dengan urusan hantar ambil mereka ditambah dengan kerja rumah lagi..nak masak, nak menjahit baju raya, langsir baru la...oh macam-macam kerja ok. Mujur kadang kala dear tolong ambilkan Amar balik sekolah dapat juga aku masak dengan tenang. Kul 4.30 dah mula siapkan bahan, kul 5.15 keluar pergi sekolah bulan ramadan ni Amar balik awal. Balik dari sekolah terus kejar solat dan terus masak. Itu pun kadang kala siap awal kadang kala siap terlewat juga.

Petang semalam kami pergi cari barang dapur sikit sambil bawa anak-anak keluar. Alahmdulillah dapat juga barang yang dicari walau pun tak banyak. Kebetulan dear bertembung dengan rakan sekampung di sana, aku biarkan je.

Dalam kereta dear cerita rakannya dah letih diseret isterinya kesana kemari. Pada aku mungkin isterinya nak bersama pilih baju, makanan dan kuih yang perlu. Tapi kata dear nak beli baju di Jakel je, itu pun tunggu jam 12 tengah malam konon nak elak kesesakan orang yang ramai. Sekali pergi memang ramai la orang. Bising la suaminya tu. 1 jam pusing cari baju mujur dapat sepasang. Rasanya kalau balik tangan kosong mesti bising lagi suami dia. Petang ni jalan lagi pergi supermarket konon nak cari barang raya lagi. Sudah 1 jam pusing suaminya kata baru dapat 1 beg plastik kecil. 😂 sabar je la wahai suami.

Sebenarnya aku tau, tak terpikir pun nak tanya dear aku pula macam mana? 😅 kalau ikut cara dear cerita je dah faham dear relax je sebab aku nak cari apa aku minta izin dan duit terus pergi sendiri atau bawa anak sorang 2 je. Dear nak kerja ke, jumpa orang ke aku tak kacau urusan dear. Dah aku sorang yang pergi semua keputusan terletak ditangan aku la. Tapi tak pe sbiar aku pilih seorang sebab bila pergi ramai-ramai jadi rimas dan tak dapat nak pilih dengan senang.

Bukan tahun ni je, tahun-tahun sebelum ni pun sama. Baju anak dan dear pun aku yang beli dear tak memilih apa je aku beli pakai, guna saja. Alhamdulillah. Bukan setakat untuk raya je untuk keperluan rumah pun kadang kala aku pergi cari sendiri.

Memang dear nak aku berdikari sejak dear bagi aku ambil lesen kereta. Setahun lepas dapat lesen aku kerja jauh sikit dari rumah dan dear selalu lepaskan aku sorang-sorang bila nak kemana-mana. Katanya apa guna ada lesen kalau tak digunakan. Tapi bukan semua perkara aku boleh buat keputusan sendiri. Ada masa aku bincang dulu baru beli. Ada masa aku heret juga dear pergi sama konon untuk luangkan masa dengan anak-anak. Bukan semestinya semua benda aku selesaikan sendiri.

Pada aku kalau setakat nak cari barang yang memang kita saja yang nak pilih lebih baik tak perlu susahkan suami, mereka memang nampak rehat lebih depan mata kita. Tapi di luar kerja mereka kita tak tau. Aku pikir yang positif je, hal rumah tangga biar Allah bantu kita jaga. Walaupun di ikat suami tu tetap akan buat perangai juga. Jadi pendek kata mana yang kita boleh uruskan selesaikan lah sendiri. Tapi bila dah penat dan tak larat minta je la bantuan suami.

Riak muka dear bercerita kisah rakannya je aku dah tau, siap pesan minta bersabar je. Ikut selagi mampu.

Tuesday, May 30

3 Hari Pertama Ramadan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke empat kita berpuasa. Syukur masih mampu berpuasa walaupun bermacam dugaan dengan anak-anak ni. Kebetulan cuti sekolah kurang penat sikit sebab tak perlu keluar masuk ambil anak-anak balik sekolah. Tak keluar masuk tapi di rumah macam nak roboh rasanya. Kalau dah bagi tengok kartun memang leka sekejap tapi tak sampai 1 jam kot. Lepas tu semua buat perangai masing-masing. Sabo je banyak-banyak.

Sahur hari pertama
Ha...ini memang sentiasa di nanti-nanti tapi kami memang tiap-tiap tahun simple, tak beria-ia nak masak bagai. Cukup sekadar nasi sikit, lauk 1 jenis dan air panas. Lauk pun tak kisah sangat, ada ikan masin atau ikan bilis pun dah sedap. Kejut Amar dan Ashraf sama sahur tapi sayang pukul 8.30 pagi dah berbuka dek kerana tak tahan tengok Amsyar minum susu. Huhu...

Berbuka hari pertama
Niat di hati teringin nak balik kampung tapi minggu lepas baru je lepas jumpa mak di rumah abang. Mak datang sini dengan abang dan juga cucunya. Dear pun cakap tengok dulu macam mana, sebab sayang cuti nak simpan untuk raya nanti juga kan. Jadinya hari pertama berbuka di rumah je. Masak ikan tilapia bakar cicah sambal belacan. Sedap sangat sesekali makan ikan bakar tapi sambal belacan tu tak boleh banyak sangat takut perut tak tahan lagi pun kan baru je berbuka. Menu kami 1 keluarga memang senang. Dear tak nak menu yang banyak takut tak termakan pula. Sayur biasanya ulam atau pun 1 jenis je. Tak nak masak banyak sebab lastnya memang tak habis.

Sahur hari ke 2
Baki lauk malam tadi masih ada lagi jadinya aku panaskan je. Dear pulak nak makan biskut cicah air milo. Selalunya macam tu la, dear jarang nak makan nasi pagi-pagi. Anak-anak pagi ni aku tak kejutkan dah. Serik sebab lepas sahur tak nak tidur asyik dengan televisyen je.

Berbuka hari ke 2
Dapat berkumpul beramai-ramai lagi makan di rumah mertua. Rancang pun last minute, jadinya siapa yang berkesempatan boleh datang join sama. Alhamdulillah ramai juga. Makanan pun ada bermacam-macam. Nasi lemak, bihun, lempeng, bubur pulut hitam aku masak, kuih muih macam-macam jenis, air pun ada macam-macam jenis, bubur som som dan juga mee hailam. Inilah hasilnya bila berkumpul dan bawa makanan sikit-sikit jadi banyak pula. Tak tau la boleh habis ke tak makanan tu sebab aku balik tak ambil apa pun, kebetulan kak ipar bagi ketiew goreng jadi tu la makanan sahur aku.

Sahur hari ke 3
Dear bangun awal, tolong gorengkan telur goreng dan panaskan nasi. Dear makan ketiew aku pula makan nasi berlauk telur goreng. Hari ni gigi mula sakit, sabar je la dugaan bulan puasa kan. Nak kunyah makanan pun perlahan-lahan. Takut tergigit nantu sakitnya terus nyut nyut ke kepala.

Berbuka hari ke 3
Petang ni menu ringkas lagi, masak bening untuk anak-anak, ayam masak merah untuk kami. Aku makan pun tak selera sebab memang gigi masih sakit ni. Aku goreng keledek oren untuk bagikan pada kak ipar dan mak mertua. Itu pun dah cukup. Dear selalu pesan jangan masak banyak takut nanti terbuang dah membazir sebab tu aku masak sikit je dan 2 jenis je. Memang tak nak banyak-banyak makanan sebab yang makan cuma aku ngan dear je.

Sahur hari ke 4
Pagi ni dah tak selera nak makan. Gigi masih lagi sakit, kunyah-kunyah sikit dah sakit. Huhu...jadinya aku buat air teh cicah dengan biskut je. Dear tak sahur sebab malam tadi pergi memancing balik lewat pagi. Aku bangun sahur dear baru je masuk tidur. Kesian pula nak ajak teman makan sama. Makan sorang pun ok je. Dulu pun selalu je makan sorang-sorang.

Maaf lah tak ada 1 gambar pun, aku tak rajin nak ambil gambar makanan sekarang. Sayang sangat bila tengok makanan terbuang setiap pagi tapi tu la nak kata apa, ada yang anak-anak boleh makan tinggalkan untuk derang tapi bila suruh makan tak nak pulak. Nak tak nak terbuang juga. Itu pun malam tadi kak ipar sebelah rumah bagi roti telur dan roti bakar inti coklat kot..tak sempat aku pandang teliti apa rotinya dah habis derang makan. Huhu..malamnya nasi tak makan. Sekarang masak nasi 2 cawan tu untuk 2 kali makan silap-silap masa siang ni masakkan derang nasi goreng baru habis.

Maaf lah aku ni jenis masakkan untuk anak-anak sebab tak boleh tahan tengok derang lapar atau mintak makan yang bukan-bukan. Jiran-jiran mesti selalu dengar aku masak tengahari ni tiap-tiap hari macam hari biasa cuma masak yang mudah je.

Tunggu setahun 2 lagi kot baru paksa puasa, sekarang memang tengok pun nampak lembik. Anak-anak jiran nak ejek pun ejek la aku dulu pun lambat juga mula puasa, bila arwah bapa suruh puasa aku bantai minum air paip dalam bilik air. Tak pun kat sinki bila buat-buat basuh tangan. Haha mujur tak sakit perut.

Friday, May 19

Jambu Susu

Assalamualaikum...


Dah lama teringin nak makan buah ni, tau je la dah lama tak makan. Dulu makan pun masa kecil lagi. Sekarang dah besar memang tak jumpa dah. Kiranya bukan senang nak jumpa orang tanam lagi pokok ni. Dah banyak pokok yang ada orang tebang untuk bina rumah agaknya.

Rezeki kot, sebulan atau 2 bulan lepas kalau tak silap nampak ada banyak bunga kat pokok mak cik ni. Mak cik ni yang mengajar anak-anak mengaji iqra. Alhamdulillah sampai sekarang Amar dah naik baca Al-Quran dan Ashraf dah baca Muqaddam. 2 tahun dah mengaji dengan mak cik ni tapi baru sekarang aku dapat peratikan apa yang ada di rumah dia. Macam-macam ok yang dia tanam. Mungkin senang kot kalau nak makan ada depan rumah. Pokok kelapa je tak de agaknya, itu pun mungkin ada kat belakang rumah. Aku tak pasti la pulak.
Ampun ye gambar tersenget pulak. Tapi ini realiti di bawah pokok ni, sekarang pergi lagi banyak yang bertaburan kalau tak di sapu.

Jadikan cerita 1 hari ni balik dari ambil Ashraf hantar anak-anak mengaji nampak banyak dah buah yang dah masak. Burung pun dah berpesta kat atas pokok tu. Nak minta malu la pulak, bagitau kat dear sebab nak minta dear ambilkan sebab pokok ni tinggi kalau aku kait dengan galah yang ada pun tak sampai rasanya. Dear senang boleh panjat atas kereta kait dengan galah dan kutip. Dasar malas sebenarnya, sebab hantar anak mengaji tu pukul 12 tengahari. Haha


Dear balik kerja tengahari tu juga singgah ambil rupanya. Alhamdulillah, sedap sangat. Lepas kempunan dah lama tak makan. Selalu tengok orang lain share kat fb sekarang baru dapat rasa balik. Bukan nak banyak tapi nak rasa balik sebab dah lama sangat tak makan kan. Kat rumah ni yang makan pun aku seorang je, dear pun makan sebiji 2 je rasanya. Dear kutip dekat 20 biji, hampir 3/4 tu aku yang makan. Puas hati lagi dapat makan dengan rojak yang aku belajar buat sendiri. Memang menyengat rasanya.

Lepas ni dah tau dah, kalau nak makan buah ni boleh aim je kat rumah mak cik ni. Haha..mak cik ni pun sporting orangnya. Anak-anak dia pun dah selalu aku jumpa, maklum aja anak dia pun ada ajar anak-anak aku mengaji kalau mereka cuti.

Korang yang baca tolong jangan kempunan pula ye, aku ceritakan sebab aku pun dah bertahun tak makan. Sampai lupa dah rasanya. Kalau dah ada rumah bertanah memang aku minta anak pokok nak tanam tepi rumah. Cumanya pokok dia bila dah besar tu memang tinggi. Macam pokok rambai pun ada juga.

Monday, May 15

Kami Ke Zoo Negara

Assalamualaikum...

30.4.2017 yang lepas kami sekeluarga pergi ke zoo negara. Lama dah tak pergi, last pergi masa kami masih berdua lagi belum berkahwin kot masa tu. Maklum saja la kan, masa tu sanggup je nak habiskan masa berdua lama-lama ke mana je. Kali ni dear dah janji dengan anak-anak nak bawa pergi tengok binatang secara langsung. Maklum saja di rumah dear rajin buka saluran discovery yang banyak siarkan cerita tentang binatang. Tetiba teringat arwah bapak aku yang suka sangat tengok cerita binatang ni. Al-fatihah.

Kebetulan 1.5.2017 dear nak pergi memancing jadi ambil kesemptan luangkan masa untuk anak-anak seharian. Kami pergi awal pagi, lebih kurang pukul 8.30 pagi juga kot baru keluar rumah. Sampai sana pun hampir pukul 10.00 pagi sebab dear ni sibuk je ada je orang yang call masa dalam perjalanan kami ke sana. Sampai sana pun orang dah agak ramai. Hari ahad kan, lagi pun esoknya cuti hari pekerja memanglah ramai yang akan ambil kesempatan bawa anak-anak ke sana.

Tiket masuk dewasa RM 44.00, kanak-kanak umur 3 tahun ke atas RM 16.00. Amsyar dah masuk 3 tahun jadi kena bayar penuh. Dear kata tak pe bukan tiap-tiap tahun pergi zoo kan. Haha..dear terasa la tu kos tiket je dah mahal. Belum masuk dalam lagi. Kami bawa 2 botol air, itu pun tak cukup dan dear terpaksa beli lagi air sebab anak-anak merengek nak air sejuk dan air botol kami dah habis sebab cuaca panas. Kos beli minuman pun berganda mahao dari beli di kedai di luar. Kat sini dear memang mengeluh juga, tiket masuk mahal lepas tu kos air dan makanan pun mahal juga. Sepatutnya dah bayar tiket masuk air dan makanan janganlah terlampau mahal.

Tempat pertama kami pergi tengok monyet, burung yang bermacam jenis besaiz besar-besar. Teruja anak-anak 3 orang ni. Tiba kat kawasan monyet apa ntah namanya dia tetiba jerit kuat hala ke orang ramai menuju ke tempat pertunjukkan. Haha yang paling takut Amsyar la, terus lari dapatkan dear. Gerak ke tempat pertunjukkan tapi sementara belum bermula lagi kami jenguk ikan dan burung penguin. Tapi tak lama pun sebab anak-anak bosan dengan pertunjukkan tu. Kami gerak pergi jenguk tempat lain.


Budak yang dah bosan menunggu lama sangat pertunjukan nak mula.

Kami jalan-jalan tengok panda sebab tiket masuk dah termasuk pakej untuk panda juga. Orang memang ramai, panas dan penat. Nak sampai pun jauh juga, tengok zirafah dulu kebetulan pulak selipar Amar putus. Haha..redha je la dear diy masa tu. Kebetulan dalam beg tangan ada cable tie boleh la guna. Duduk sekejap sambil tunggu dear selesai, dengan cuaca panas tu fuh memang dahaga je. Kat sini air 2 botol dah selesai kami minum. Dear beli air lagi untuk anak-anak seorang 1, kami berdua kongsi. Air mineral 500ml tu je rm 3.++ sebab tu kami berkongsi.


Dalam ni sebelum masuk dah diberitahu jangan bising,  makanan dan minuman pun tak dibenarkan bawa masuk. Tapi sebab kami bawa beg sandang boleh je simpan dalam beg dan bawa masuk. Petugas bagitau kalau nak simpan pun boleh cuma nanti keluar dibawah dan agak jauh nak datang ambil balik beg. Jadi dear pun bawa saja lah beg tu dari ditinggalkan nak ulang alik ambil pula dan penat. Comel sangat panda ni, masuk je terus nampak dia tengah makan/ragut buluh. Aku pulak yang terasa ngilu. Ye la buluh kot, bukan rebung. Ada 3 ekor panda, dalam ni memang selesa cuma orang ramai kan jadi tak dapat nak ambil gambar yang lebih baik. Semua rebut-rebut nak ambil gambar dengan panda. Comel kan.

Keluar je jumpa kedai aksesori panda, kedai ni di luar pun ada. Harga sama je kot, cuma yang ni dalam kawasan panda la. Tempat pun berhawa dingin rasa macam tak nak keluar. Lepas tu jumpa pulak kedai makan/restoran, ada hidangkan pau berbentuk panda. Haih, geram dah tu tengok orang yang makan tapi tak singgah pun sebab dear bagitau mesti mahal dan rasa belum tahu sedap ke tak. Haha ada saje la dear ni, kedekut punya pasal.


Ini di kawasan gajah dan beruang. Besar gajahnya, cumanya nampak kesian pulak sebab ada wayar elektrik di tepi pagar gajah tu. 2 ekor gajah tu nak ambil pisang pun agak takut. Dear kata gajah tu dah pernah kena letrik kot sebab tu dia takut dan tau nak pergi sampai mana. Bau busuk je yang tak best, nak buat macam mana zoo kan, kalau ikutkan mesti lah bersih tapi ada juga tempat untuk haiwan ni buat macam habitat sendiri kan. Mungkin tu salah satu sebab di biarkan.






Dah nak habis satu zoo kam jelajah tiba-tiba Ashraf bagitau nak pergi tengok kelawar, Amsyar dah keletihan tapi Ashraf bersungguh nak pergi. Awal tadi sungguh-sungguh nak tengok harimau. Tapi dek kerana harimau jauh dan ada yang tidur dia tukar nak tengok kelawar pula. Jauh juga kalau terpaksa berjalan nak tengok kelawar. Dear boleh cakap lain kali kalau dah besar boleh datang sendiri tengok 1 jenis binatang tu lama-lama. Lagipun masa tu Amsyar bagitau dia nal buang air besar. Tu yang kami kelam kabut jalan cepat sikit.

Sebagai kesimpulannya, memang seronok..best je dapat tengok binatang ni. Sesekali lupakan kerja, sibuk ngan urusan rumah..seronok bila tengok anak-anak seronok.

Sunday, May 7

Daftar Tahun 1 Tahun 2018

Assalamualaikum...

InsyaAllah tahun depan Ashraf akan ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama sama seperti Amar. Agak senang juga kot urusan cuma aku je melengah-lengahkan hingga ke saat akhir. Bayangkan dengan nak uruskan anak-anak sambil tu nak uruskan rumah juga sempat kejar pergi siber kafe depan rumah untuk tumpang printkan surat menyurat dan buat salinan semua sijil yang perlu.

Hantar ke sekolah pun sebelum ambil Amar, kejar juga sebab dear pass semua urusan ke aku untuk selesaikan. Sabo je la kan, tapi tak pe lah, dear dah cari rezeki buat kami aku tolong mana yang mampu je la. Lagi pun tahun lepas dear dah join pergi sama dan dah tau urusan tak susah mana pun. Alhamdulillah, cuma Amsyar je yang sibuk nak kesana kemari. Yang lain semuanya lancar.

Daftar sekolah kebangsaan secara online kemudian print segala borang yang perlu, sediakan sijil yang diminta dan kemudian hantar ke pejabat sekolah. Selesai sekolah kebangsaan ke sekolah agama pula. Di sini tahun ini ada 2 borang nak isi dan perlukan salinan mykid juga. Jadi aku ambil borang dan bawa balik dulu. 2 ke 3 hari kemudian baru aku hantar, selesai juga.

Sekarang sekadar menunggu surat dari sekolah kebangsaan untuk pengesahan, kemudian baru pergi ke sekolah agama untuk tentukan kelas pula.

Jadi tahun depan Amsyar pun akan ke tadika sebab dah sibuk sangat nak sekolah pasti macam abang-abangnya. Alahai aku pulak yang risau takut nanti dia jemu bila terlalu awal ke tadika. Ashraf dulu pun awal usia 4 tahun tapi masa tu Amar ada, nanti Amsyar sendirian. Harap-harap dia bertahan la hendaknya hingga umur 6 tahun di pasti.

Friday, April 28

Hilang Alat Tulis

Assalamualaikum...

Sejak beberapa bulan lepas aku perhatikan Amar punya alat tulis kerap sangat hilang. Bila ditanya jawabnya tercicir, terjatuh la, kawan ambil dan juga hilang. Senang je anak ni bagi jawapan kan. Rasanya masa di Pasti dulu jarang sangat hilang alat tulis ni. Bila masuk sekolah ni makin kerap pula hilang hampir setiap hari.

Awal minggu bagi yang baru belum sampai hari Rabu dah ada yang hilang. Pensil warna lagi lah teruk jangan cakap la. Rasa macam nak ikat je alat tulis tu 1 1 biar jangan hilang. Geram sangat tengok.

Memang ada simpan stok alat tulis dari tahun lepas sebab tahu anak-anak ni memang selalu hilangkan cuma tahun ni terlalu kerap. Terpaksa bagi juga dengan syarat wang belanja di potong. Biasa kami bagu rm 2.00 tapi 2 minggu ni bagi rm1.00 je. Kalau ikutkan rm1.00 pun cukup sebab baki rm1.00 tu dia simpan dalam tabung. Bila bawa rm1.00 ni memang tak menyimpan la dia. Agak-agak kejam tak?

Rasanya tak kot, sekadar mengajar untuk dia menjaga hak milik/harta benda sendiri. Dear tak cakap apa, tapi dear yang biasanya benarkan derang main game di hp dear terus tak bagi langsung. Orang lain yang tak bersalah pun terkena tempiasnya. Huhu..awalnya dear tak bersuara pun tetiba pulak tak benarkan derang main. Kalau nak tau derang ni dari balik sekolah dah berangan-angan nak main game baik-baik sebab nak kumpul duit. Boleh beli macam-macam barang. Senyum je la aku dengar.

Tapi nampak macam Amar faham kenapa aku buat macam tu. Dia sendiri yang kata 'abang tak jaga barang sendiri sebab tu mama denda'. Ok tengok dulu beberapa hari akan datang masih berlaku ke tidak.

Wednesday, April 26

Jualan Pureen

Assalamualaikum...

Minggu lepas pertama kali dapat pergi ke jualan pureen. Itu pun dah petang jumaat bagitau kat dear, dear boleh pulak perli boleh ke pergi sendiri. Aduhai setakat di Shah Alam memang la aku sanggup sebab tempat tu dekat sangat dengan Politeknik aku belajar dulu. Cuma kisahnya dah lama tak pergi sana sendiri je la, lagi pun tempatnya pun tak pernah tahu kat sebelah mana. Jadi nak tak nak redah je la dah alang-alang dear bagi kebenaran dah.

Risau jem juga aku ikut jalan jauh, sebab keluar rumah masa orang lain balik kerja. Sabtu kan ada yang kerja setengah hari. Tu yang konon nak elak jem kat kesas. Sampai sana pukul 2.30 petang pusing-pusing juga cari mujur jumpa, dah jumpa cari tempat letak kereta pulak.

Ok ini ada 3 point je yang aku nak highlightkan, sebab baca review orang lain kat fb dan internet memang 3 ni yang teruk.

1) Tempat letak kereta

Jauh sebab ramai orang yang datang. Ye la baju sehelai rm3.00 memang la ramai yang sanggup datang walaupun jauh. Dapat ruang kosong pun agak jauh dari pagar masuk jualan. Redha je la sebab pergi sendiri kan, kalau pergi dengan dear memang la boleh turun depan pagar dan terus pilih barang yang mana nak. Balik pun boleh la call dear tinggal tunggu je kat depan pagar utama. Serius cemburu tengok orang lain yang datang dengan suami. Cumanya yang datang bawa anak tu kesian la, mesti bosan nak menunggu maknya pilih barang.

2) Bersesak

Bab ni memang tak boleh elak, tapi di bahagian baju je yang sesak. Itu pun kat bahagian baju rm3.00 tu la. Paling tak best kalau datang suami isteri, suami siap duduk belakang isteri yang tengah sibuk pilih baju. Orang lain nak celah masuk pun tak dapat. Segan kot, tak kan nak tolak-tolak dengan lelaki pulak. Masa ni dah tak kira ibu mengandung ke tak ke memang sama je.

Pilih baju pun pening juga, mana taknya yang kat sini tarik yang kat sana pun tarik. Kena cepat kalau setakat nak pilih siap cari-cari saiz tu kat situ memang tak dapat la. Aku ambil mana yanv berkenan je, pastu baru tengok saiz. Biar orang nak tarik ke tolak ke aku buat tak tau. Dapat yang ngam ngan yang dicari terus masuk beg.

Sepanjang sesi pilih baju 3 4 kali juga la staf pureen masukkan balik baju yang orang lain dah pilih letak kat tepi pagar. Bagi peluang kat orang lain pula yang nak la kan.

Dah siap pilih cari tempat lapang sebab dah tak larat nak berpanas dengan orang yang sesak tu. Duduk jap sebab nak tengok balik baju yang di pilih tu ada rosak tak, koyak ke, kotor ke..macam-macam la. Kalau tak tengok nanti dah bayar kan dah rugi. Sambil tu tengok saiz juga ye, jangan gopoh sangat sebab murah main ambil je semua

Dekat bahagian baju je sesak, di bahagian lain macam lampin pakai buang, botol, tisu basah lengang je. Nak pilih barang pun santai je. Aku tengok ada yang beli lampin, pencuci kain dan susu berkotak-kotak.

Anaknya dah ada, dah boleh terus guna memang tak rugi beli. Setakat ni barang pureen memang anak-anak aku boleh guna. Cuma tak larat nak beli banyak-banyak je.

3) Kaunter bayaran

Paling suka kat sini, tak sesak pun. Kaunter pun banyak yang pureen sediakan. Lengang je, selesa la nak bayar tak payah nak beratur panjang-panjang. Baca kat fb ada yang kata kena beratur 2 jam, dalam hati nak pergi ni siap minta doa Allah mudahkanlah perjalanan aku di sana. Risau kan sebab datang sorang je lainlah kalau berdua boleh gilir-gilir beratur kalau dah letih.

Kalau tak silap ada dekat 20 ke 30 kaunter bayaran yang dibuka. Terima kad visa kalau beli rm100.00 ke atas. Ha..kemudahan tu kan. Cuma standard plastik kena beli la, aku tak bawa beg jadi keluar juga 20 sen untuk plastik. Dia siap minta plastik besar terus kat kawan dia, jimat walaupun aku rasa macam tak kuat je nak angkat bawa ke tempat letak kereta.

Pendek cerita aku yang pertama kali pergi jualan pureen, aku rasa berbaloi. Cuma antara sanggup dengan tidak je la. Kebetulan aku pergi lepas zuhur, sampai sana pukul 2 lebih dan mungkin masa tu orang sibuk makan sekejap. Lengang sikit nak pilih baju. Tapi masa nak balik tu memang padat orangnya. Yang duduk tunggu pun penuh.

Pendek kata jangan terpengaruh 100% pengalaman orang lain, sebab mungkin ada penambah baik yang pihak tu lakukan. Ataupun sebelum pergi jangan buat andaian sendiri. Takut meleset nanti kita sendiri yang rugi.

Tuesday, April 25

Perkhidmatan Van Sekolah

Assalamualaikum...

Sementara tunggu Amar keluar dari sekolah agama aku selalu letak kereta berdekatan dengan van sekolah ni, ha..dulu selalu fikir yang bawa van perkhidmatan derang ni kadang-kadang kita tak tau kan.

Setakat ni bila ambil Amar kat sekolah agama memang nampak begitu teliti dan terjaga anak-anak yang derang bawa. Alhamdulillah itu masa kat sekolah tapi kat rumah aku tak pasti lah macam mana perkhidmatan derang ni.

Siap tunggu kat depan pagar sekolah, masa hari pertama. Mungkin sebab ada budak darjah 1 jadi agak keliru juga derang nak cam. Ramai-ramai geng-geng bawa van sekolah ni menunggu depan pagar. Kira sebelum gerak, dah cukup baru derang bawa pergi ke van.



Yang darjah 2 dan 3 tu, derang terus pergi ke van. Memang dah biasa tau kat mana derang letak kereta. Senang kan. Dulu selalu fikir yang ambil anak-anak dengan van ni ada macam-macam hal, tapi bila dah jadi depan mata aku boleh faham dah. Setakat ni kat tempat aku boleh kata derang jaga dan memang selamat.

Selain van yang naik kereta pun ada juga. Tapi tak ramai yang turun ambil kat depan pagar, kecuali kalau ada yang darjah 1 je. Agak bahaya juga kot pada aku.

Terpulang pada pilihan masing-masing kan, yang pasti ibu bapa mana tak fikirkan tentang keselamatan anak-anak kan.

Tengoklah budak ni duduk belakang main apa ntah dia. Ditegur sekejap simpan lepas tu mama nya leka dia main balik stereng lock tu.

Sunday, April 16

Bila Amsyar Bebas Lampin

Assalamualaikum...

Ha, dah masuk 3 minggu kot kalau tak silap sebab memang tak rancang sangat nak berhentikan Amsyar pakai lampin tapi bila fikir dah nak masuk 3 tahun apa salahnya cuba. Cakap pun dah boleh faham kan, mula-mula kena sediakan beberapa helai seluar dalam. Dear tak suka tengok anak-anak berseluar tanpa seluar dalam. Katanya nak ajar biar dari awal jangan nanti dah terbiasa tak pakai bila nak ajar pakai susah pulak. Lagi pun anak-anak dah biasa pakai lampin jadi tak ada masalah kat situ kot. Bermula episod mencari seluar dalam yang sesuai dengan minatnya, gambar kartun atau pun kenderaan yang lasak macam kereta polis, bas sekolah, bajak atau pun sekadar gambar kereta biasa saja.

Mula-mula memang susah sebab dia tak nak pakai, sampaikan dear paksa pakai juga. Menangis lah bila di paksakan. Aku tukang peratikan je. Bila dear pergi kerja aku pulak kelam kabut, kejap-kejap tanya nak kencing tak. Selang 15minit awalnya kemudian aku lewatkan selang 1/2 jam. Mula tu penat sebab banyak kali terkencing kat dalam seluar. Mungkin dah terbiasa kot pakai lampin. Sampaikan satu hari tu dia main kat luar rumah, konon bagi makan kucing tapi seronok main pulak sampai lupa nak kencing. Terkencing terus kat rumah orang, mujur luar rumah.

Setakat ni, kencing ok dah cuma bila nak buang air besar tu payah sikit. Mesti terbuang kat dalam seluar juga. Kalau kata dah terasa letakkan kat tandas tu tak pulak keluar najisnya. Haha...selalu kena angkat, letih juga. Leceh sebab rumah ni tandas duduk. Tak pernah terpikir nal beli tangga untuk anak-anak berlatih panjat sendiri. Dear kata membazir dan bahaya juga. Biar penat asalkan anak-anak depan mata kita.

Sebelum ni keluar ambil Amar dan Ashraf terpaksa pakaikan lampin tapi sejak minggu lepas dia dah boleh kawal. Sebelum keluar rumah suruh dia kencing siap-siap. Balik ambil abang-abangnya terus minta dia pergi kencing lagi. Lampin tetap aku bawa, boleh guna bila terdesak.

Insyaallah hujung bulan ni dah nak masuk 3 tahun, saiz pun dah semangat sangat. Lampin pun saiz xxl tu. Harap-harap berjaya ajar buang air besar kat tandas pula. Sabar banyak-banyak la nak melatih ni ye. Tapi seronok bila ditanya hari ni Amsyar pakai seluar dalam gambar apa. Huhu..hari-hari setiap kali pakai dia akan belek dulu gambar yang ada.

Memang dari Amar dan Ashraf pun aku latih derang lebih kurang umur 3 tahun. Alhamdulillah Allah mudahkan juga urusan aku, mereka tak ada banyak masalah.

Thursday, April 6

Pertandingan Bola Sepak

Assalamualaikum..

Hujung minggu terakhir sebelum cuti sekolah Ashraf dipilih untuk memasuki pertandingan bola sepak wakil pasti cawangan untuk bertanding peringkat kawasan. Pemenang dari peringkat kawasan akan bertanding ke peringkat negeri. Walaupun latihan di adakan setiap hari tapi cuma ambil masa lebih kurang 2 jam sahaja.

Bayangkan la anak-anak kecil 6 tahun bermain bola untuk pertama kali mengikut undang-undang. Memang penat dan perlukan kesabaran tinggi sebagai jurulatih. Aku yang tengok dari jauh pun penat inikan yang mengajar.



Walaupun menang 2 perlawanan tapi tiada rezeki untuk melangkah ke peringkat suku akhir. Ada saingan yang memang lagi hebat dari pasti cawangan lain. Memang salute main dah macam orang dewasa. Memang bersemangat siap kasut bola dan baju jersi sedondon.

Pasti Ashraf pun ada jersi, ada ibu bapa yang sponsor. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya jadi pembakar semangat untuk anak-anak kecil ni bermain.



Diharapkan akan datang Ashraf kekal aktif dan masih teruskan minat untuk bermain bola seperti jejak ayahnya.

Wednesday, April 5

Ujian Sumatif 1 - Amar

Assalam..

Lama tak mencoret kat sini, banyak benda nak kongsi tapi selalu je masa cemburui bila nak menulis..anak-anak pun ye, maklum je la celik mata pukul 6 pagi bermula segala tugas. Rehat pun petang selepas hantar Amar sekolah kebangsaan. Itu pun kalau Ashraf dan Amsyar tidur kalau tidak jangan mimpi la nak rehat sebab melayan kerenah mereka berdua ni pun macam 10 orang. Rumah orang lain yang ada anak ramai pun tak kecoh macam rumah aku ni.

Seminggu sebelum cuti sekolah Amar ada ujian sumatif, kiranya ujian 1 untuk pertengahan tahun, kata kak ipar markah akan di kira untuk dibawa kepada keputusan peperiksaan hujung tahun/pertengahan tahun. Tak pasti pulak aku. Bukan belajar/ulangkaji sangat Amar ni, tau-tau je la kalau dengan Amsyar memang tak dapat nak belajar, gangguan maha hebat buat dia. Tapi Alhamdulillah keputusan agak baik, cemerlang kalau ikutkan slip yang aku tengok dari website saps.

Harap-harap bukan kali ni je, akan datang pun cemerlang juga. Setiap kali balik sekolah bawa kertas ujian aku tengok kesilapan mudah yang dia buat, tersilap tengok gambar, tersilap eja dan ada juga memang di jawab salah. Tak pe inikan kali pertama ujian masih ada lagi banyak ujian yang akan dilalui akan datang.

Saturday, February 4

Bantu Membantu

Assalam...

Terpandang 1 post dalam fb yang kawan satu poli kongsikan, terus ingat arwah bapak aku. Allah hu, arwah dulu rajim tolong mak sebab masa tu arwah tahu mak penat nak jaga cucu, masak, kemas rumah dan juga nak menjahit lagi. Arwah tak de la masak tapi dia akan tolong keluarkan ikan, rendam pastu tinggal mak masak je. Kain baju memang arwah basuh sendiri, basuh pun guna mesin bukan tangan. Siap nampak kalau kain mak dah timbunkan kat tepi pintu bilik arwah terus ambil campak masuk mesin.

Kerja senang, kadang-kadang kita tak pernah hargai. Sidai kain pun arwah buat. Tak perlu malu, tak jatuh pun imej sebagai suami.

Dear ada juga buat tapi aku tak pernah tegur, sebab dear bukan pernah duduk asing dari keluarga. Sekurang-kurangnya dah dibantu kira bersyukur sangat. Paling teruk pun tolong buangkan sampah..pun dah rasa senang hati.