Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, November 2

Pengurusan Masa Bila Ada 2 Anak

Assalam...

Sejak ada 2 orang anak pengurusan masa aku jadi selalu huru hara. Tambah-tambah lagi bila pagi bila dear liat nak bangun sebab malam tidur lewat tengok perlawanan bola sepak. Haih....nak kata apa itu minat dear dan sebab itu aku ambil astro juga. :p untuk elak dear keluar dari rumah lewat malam lepak di kedai.

Biasa kalau hari bekerja aku akan masak nasi dan sediakan sarapan yang mudah-mudah atau ringkas buat anak-anak sebab sekarang Ashraf masih belum mahu makan dengan seleranya. (hish...pening tau nak bagi budak sorang ni makan). Nasi aku masak untuk aku dan dear makan tengahari. Dear kalau kerja di kilang akan balik rumah makan sebab kilang dengan rumah dekat. Biasa tengahari dear akan makan lauk malam tadi atau pun aku masakkan lauk yang ringkas pagi tu. Aku pula akan bungkus makan di pejabat, senang walaupun dekat tapi tak perlu keluar memandu dan berpanas terik.

Petang balik kerja biasa anak-anak aku akan ambil sebab dear balik kerja kadang-kala lewat jadi kadang-kala bila balik awal dear akan mandi dan ambil anak dahulu. Biasanya aku akan terus ambil anak kecuali bila ada barang perlu di beli aku akan singgah kedai sekejap paling lewat aku ambil anak pukul 6.30 petang. Tapi biasanya aku keluar rumah MIL hampir pukul 6.45 atau 7.00 malam. Agak lewat sebab anak-anak mahu main lagi.

Sampai rumah, siapkan bahan untuk masak makan malam. Biasanya memang menu sepanjang minggu adalah menu mudah dan ringkas sahaja. Kalau dah tersangat ringkas tu ialah lauk ikan kering tapi anak-anak aku masakkan lauk berasingan dan sesuai untuk mereka. Hehe... tapi bila makan ikan kering tu faham-faham je la kan bertambah-tambah makannya.

Biasa kami akan makan malam pukul 8.00 ke 8.30 malam. Anak-anak aku tidur awal jadi aku suka bagi mereka makan lebih awal, tak elok pula kalau perut kenyang makan dah nak masuk tidur. Yang pasti sambil aku kemas-kemaskan dapur anak-anak akan bermain berdua. Masa main ni kalau dear ada senang la kerja aku tapi kalau dear tak ada habis ke dapur juga menjadi tempat mainan mereka. Angkat kain di ampaian, jemur kain di ampaian, lipat kain dan kemaskan baju anak-anak untuk di bawa kerumah MIL esok hari. Oh...malam memang penat sampai nak melayan isu semasa pun tak sempat. Biasa aku akan tau berita terkini dari dear atau pun aku selak surat khabar di office.

Kadang-kadang bila anak-anak dah tidur aku akan bangun semula tak kira sama ada untuk selesaikan kerja yang masih belum siap atau pun aku sekadar mahu menonton tv atau mahu surf internet sebab ada sesetengah blog tak boleh baca dari office.

Pendek kata kalau hari bekerja memang penat tapi bila masuk hari cuti memang ada banyak masa terluang. Orang lain yang dah ada anak 3 4 orang macam mana la ek? jiran aku dah nak dapat anak 5 bulan ni tapi aku tengok rilex je...ke sebab anak-anak dia ada yang dah besar dan boleh di harapkan? Ehm.....

 

4 comments:

Yaati Nor said...

SANGAT senang baca jadual ko..klu aku balik keje dah kepenatan..hari mst tido kol 12..huhuhu

Azian & Zaini said...

aku mmg dah biasakan anak aku tidur awal kot, siang2 derang dah main puas2 jadi mlm masa untuk tido

nurbijen said...

Wah, kagum dgn Azian... pengurusan masa yg cukup teratur...

Saya dari seorang anak hingga la anak tiga, tak pernah ada jadual... asyik belasah mana sempat jer... huhuhu

Azian & Zaini said...

kak nur,setakat hari bekerja memang terurus tp bila hari cuti kacau bilau jadinya..