Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, December 31

Rewang Rumah Pengantin

Assalam...

Alhamdulillah lama tak ikut MIL dan kakak ipar pergi rewang, kali terakhir pergi tahun lepas itu pun susah juga sebab  ada anak kecil. Dapat pergi sebab rumah pengantin sebelah rumah MIL jadi anak-anak memang main dirumah MIL je.

Kali ni kebetulan dear pun dah balik jadi alang-alang kami pergi rewang bersama. 2 hari berturut-turut rewang bersama MIL dan kakak ipar semua. Tapi biasalah pasti ada antara kami yang culas nak datang rewang kan. Eh...adat lah tu, aku pun culas bila mood malas datang....alasan anak masih kecil. :p

Rumah pengantin agak jauh jadi kami pergi naik kereta. Susu, lampin dan baju tambahan memang disiapkan terlebih awal memandangkan sekarang Ashraf sudah diaperless sejak 2 minggu lalu. Yahooo...


Paling seronok bila rewang dapat berkenalan dengan orang lain, kalau bukan saudara pun kami adalah jiran sekampung. Haha...

Teringat kat kampung aku, dah tiada aktiviti rewang ni. SEmuanya moden, guna katering lagi senang termasuk mak aku sebab serik penat last-last semuanya buat sendiri. Majlis kahwin aku mak cadangkan guna katering supaya mak bapa aku lebih rilex. Lagi rupanya ada kejadian lain berlaku. Tak pe itu semua ujian Allah.

Entah bila lagi dapat pergi rewang lagi memandangkan tahun depan dah nak dapat anak ke tiga. Huhu...mesti rajin-rajin pergi nanti bila nak buat majlis sunatkan anak ke, kahwinkan anak ke mesti nak orang datang rewang tempat aku kan.

Monday, December 30

Pantai Morib - 25/12/2013

Assalam....

Cuti semperna hari Natal lepas kami berempat pergi menghabiskan masa ke Pantai Morib. Walau pun pergi agak lewat tapi masih mampu bersukaria bersama-sama di sana. Orang yang tersangat ramai maklum saja cuti umum dan masih cuti sekolah. Kami bukan merancang mahu berkelah tapi sekadar mahu melepaskan tekanan dan penat setelah bekerja. Berikan anak-anak kegembiraan bermain pasir dan juga air laut yang masin.

Amar seronok dapat bermain layang-layang.



Seorang tanam kaki je seorang lagi tanam sampai pinggang...huhu

Amar dah pandai lentok-lentok bila ambil gambar.


Kami disana dari pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang, seronok anak-anak sampaikan ajak balik pun tak nak walau pun mula-mula menggigil ketakutan dengar bunyi ombak. Hehe...lain kali kita datang lagi ek, mak cik-mak cik semua dah merancang nak ke PD bulan 3 nanti apa lagi boleh la kita join mandi puas-puas.

Saturday, December 21

Bila Air Tiada

Assalam....

Hari Selasa lepas kecoh 1 pejabat bila isteri bos dapat panggilan dari rumah bagitau bermula Selasa hingga Ahad tiada bekalan air. Aku dah tahu awal-awal sebab masa pergi kenduri kahwin sepupu dear kakak ipar dan adik ipar sibuk kata nanti tak de air.

Bayangkan tak ada air untuk 4 ke 5 hari?

Berapa banyak air yang aku nak simpan? Orang yang nak kahwin lagi kesian, mesti dah sakit kepala fikir mana nak simpan air? mana nak letak air yang disimpan...ish macam-macam la kan.

Syukur setakat hari ini...air masih ada lagi. Eh...aku pun siap simpan sedikit bekalan sebab takut tiba-tiba bekalan air tak ada pula. MIL pun siap isi 2 tong kat luar rumah aku tengok. Maklum la rumah MIL lagi ramai orang kan.

Kalau betul tak ada air...macam mana la nak bersihkan baju, anak-anak dah la jenis setiap kali mandi tukar baju. Sehari mandi 2 3 kali. Pagi, tengahari dan mandi petang, kalau main tak ingat dunia berpeluh-peluh aku mandikan lagi malamnya dengan air suam biar tidur mereka lebih selesa. Ish...berpasang-pasang baju sehari untuk seorang tapi kalau 2 orang? huhu...tiap-tiap hari mesin bekerja bersihkan baju-baju kami bertiga ni.

Jadi bila air masih ada memang lega, taklah risau sangat lebih-lebih lagi pada kakak ipar aku yang kebanyakkan suri rumah. Mereka dah risau kalau air tiada...hehe..

Alang-alang cerita pasal air, kebetulan petang tadi anak jiran terpatahkan kepala paip luar rumah kami. Kakak ipar siap SMS bagitau sebab masa tu jiran cuma matikan meter air je tapi kepala paip dia belum baiki. Aku kat pejabat dah risau, macam mana kalau dia tak nak baiki? dear dah la jauh...huhu

Sekali bila tanya-tanya lagi kakak ipar bagitahu jiran dan baiki dan siap buka meter lagi untuk aku. Ha....mujur dia dah buat kalau tidak pengsan aku nak bayar bil nanti.

Kata MIL kalau anak dia yang rosakkan memang tanggungjawab dia lah untuk baiki atau minta orang lain baiki. Bukan salah aku, ha...aku kan kerja tapi sentiasa ada mata-mata dirumah. Haha..selalu rasa rumah jadi lebih selamat bila ada kakak ipar tinggal berdekatan.

Friday, December 20

Menyusukan Anak Ketika Mengandung

Assalam...

Banyak sangat pantang larang orang lama ni kan, kalau setakat mak aku je bolehlah aku jawab tapi kalau mertua yang melarang....alahai...memang tak sampai hati nak menjawab pula. Nak tak nak ikutkan saja, lagi-lagi bila MIL bukan cakap sendiri...kakak ipar yang tolong sampaikan. Adoi!

Hehe...Alhamdulillah sekarang sudah mencecah usia kandungan lebih 5 bulan/20 minggu. Semuanya masih baru pada aku macam mana aku mengadungkan Amar dan ashraf sebelum ni segala-galanya tidak sama langsung. Niat dalam hati memang tak nak war-warkan tapi apa salahnya kan sekadar berkongsi kegembiraan bersama.

Mak kata jangan susukan Ashraf lagi....MIL pun sama. Eh...dear jauh, macam mana aku nak buat helah?

Kakak ipar kata letak sirap kat puting biar dia nampak puting tu sakit. Jadi automatik dia tak nak hisap. Eh...betul ke?

Belum pernah terlintas nak buat, nak letak apa-apa...rasa macam kejam sebab ini hak dia, tapi sebelah hati kata dah nak masuk 3 tahun kan...tak payahlah susu badan lagi. Aish...

Tercari juga info ada ramai kata boleh tapi bila melibatkan larangan dari orang tua, aku ikutkan saja. Lebih-lebih lagi bila MIL yang larang. Huhu... dear pun tak boleh tolong.

Buat masa ni Ashraf langsung tak hisap susu badan sebab setiap kali dia minta aku tak bagi, aku sentiasa bagi alasan susu ni untuk baby dalam rahim mama dan kalau dihisap nanti susu mama rasa sakit. Pernah dia meronta-ronta minta juga bila aku bagi aku buat-buat sakit bila dia hisap...terus tak nak hisap. Ada sekali dia minta juga nak hisap, tak dapat nangis cakap aku buat la apa la....pandai nak main perasaan aku budak ni tau sampai naik geram pun ada. Jadi bagi je la, dia cuma letak mulut je tapi tak hisap...haha...serik kot bila aku cakap sakit.


Harap-harap Ashraf faham dan tak salahkan mama sebab tak dapat teruskan susu badan. Moga ada kebaikan untuk aku dan anak yang aku kandungkan sekarang.


Thursday, December 19

Stok Susu Anak-Anak

Assalam...

Waktu rehat tengahari aku suka pusing-pusing dalam Giant, melihat-lihat kalau-kalau ada promosi yang best untuk aku dan keluarga. Alhamdulillah, memang berbaloi....tengok-tengok susu anak-anak ada diskaun banyak, jadi balik kerja memang perlu singgah lagi dan beli.


Ini sebenarnya harga promosi untuk 2 hari lepas, hari Sabtu dan Ahad..memang Dugro ada bagitahu di Facebook mereka. Kalau ikut harga biasa yang aku pernah nampak sebelum ni RM 32.99 tapi sekarang promosi RM 22.99, beza RM 10.00 tu...ini kali ke 2 dapat beli Dugro pek besar (1.4kg) sebab jarang-jarang tempat jual kecuali semasa promosi. Harga yang Dumex Dugro bagitahu RM 22.49 beza RM 0.50 tapi masih boleh aku terima lagi sebab tidak banyak bezanya.



Sekali beli terus beli 4 beg untuk Ashraf, 2 beg untuk Amar. Kalau ikutkan memang nak ambil lebih tapi perisa yang aku nak terletak bahagian bawah. Pekerja giant pula memang tak nak menolong langsung, bak kata orang tak berkhemah bila bekerja. Aku terima je lah apa pun jawapan mereka, patutnya mereka membantu walau tak banyak sedikit pun tak mengapa.

Pada mereka kami pembeli sekadar membeli untuk keperluan, padahal membeli ketika murah untuk penjimatan yang lebih buat perbelanjaan keluarga....mungkin mereka belum berkeluarga, jadi tidak ambil berat mengenai masalah orang lain.

Dapat 6 beg pun dah bersyukur walau pun dalam hati nak beli 6 beg untuk setiap seorang anak. Mungkin aku akan pusing lagi nanti tinjau-tinjau kalau masih murah bolehlah aku beli lagi. Jadi sekarang stok susu anak-anak ada 5 beg untuk Ashraf dan 3 beg untuk Amar, kalau tambah lagi boleh buat stok sampai hujung Jan 14 nanti.

Nak pusing-pusing lagi cari stok, harap-harap masih harga sama dan stok yang aku mahu mudah untuk aku ambil.

Tuesday, December 17

Bila Tiada Letrik

Assalam...

Hari Khamis 2 minggu lepas kawasan pejabat semuanya mendapat notis gangguan bekalan elektrik. Wah...dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 3.00 petang. Bos belum bagi kata putus lagi cuma katanya kalau lama sangat tak ada letrik boleh kerja setengah hari.

Wah....kerja setengah hari bila mana memang tengah banyak kerja ni memang sangat tidak aku inginkan. Eh..bukannya baik sangat, bukan rajin sangat pula...tapi memang rasa rugi bila buang masa begitu sahaja.

Lebih kurang pukul 10.00 pagi terus letrik mati, haih.. berpeluh-peluh juga kami dalam tu. Kebetulan isteri bos bawa anak kedua dia. Jadi agak kecoh sikit tapi mampu juga aku laksanakan kerja walaupun letrik tiada. Biasalah kan, kerja-kerja susun kertas dan pemfailan dapatlah aku buat. Kalau kerja melibatkan penggunaan barang letrik memang tak boleh.

Setelah  lebih 2 jam buat kerja dalam gelap dan panas akhirnya isteri bos minta izin bos besar untuk balik. Jadi kami kerja setengah hari je. Huhu....kawan pejabat sebelah memang cemburu...kebetulan dia nak pergi makan masa tu, siap cakap bosan tak boleh buat kerja tapi mesti duduk pejabat juga. Ye la...pejabat yang ada ramai orang tak mengapalah kan, memang tak bosan  sangat tapi macam aku...kalau isteri bos balik tinggal aku seorang je...ha...tak sanggup

Bila kerja setengah hari, terus call dear tanya dimana  dan terus balik rumah ambil. Tujuan asal nak pergi bank tapi menyimpang terus ke AEON Bukit Tinggi. Disana kan ada Maybank....hehe..

Tapi ramai juga orang hari tu ek, syukur...selesai juga urusan kami. Mahu menonton wayang tapi macam tiada filem yang menarik dihati kami berdua...jadi pergi membeli belah sedikit barang yang aku mahu di AEON kemudian keluar untuk pergi makan di tempat lain.

Semasa keluardear baru perasan kunci kereta teringgal dalam kereta...huhu...mujur aku ada bawa kunci pendua kalau tidak masak kami nak mengorek cermin tingkap. Mujur kereta lama, kalau kereta baru...lagi pengsan.

Kami makancendol klang, tapi rasa memang sepenuhnya dah tak sama. Tak kira cendol maupun rojaknya...kenapa ek? takkan sebab dah lama tak makan sana  rasa jadi lain pula.

Balik rumah memang hampa, tapi sempat beli nenas sebiji sebab aku memang suka nenas sekarang tapi sangat susah nak jumpa. Kalau nenas untuk masak memang senang tapi nenas  untuk makan memang payah nak dapat. Alhamdulillah aku seorang je yang habiskan sebiji nenas tu, dear makan sikit-sikit je...langsung tak tinggalkan buat anak-anak sebab tahu mereka tak berapa suka.

Walaupun setengah hari dapat luangkan masa dengan dear tapi memang seronok, sebab sekarang dear dah pun kerja luar kawasan semula. Mood merindu datang kembali sekarang ni....huhu..siapa dapat tolong? seminggu dear cuti tapikami tak kemana-mana, sebab musim cuti sekolah pergi mana-mana pun mesti bayar lebih dan ramai orang kan. Tambah lagi musim hujan dan banjir...jadi lebih baik kami duduk rumah je.


Monday, December 16

Menontan Frozen

Assalam...

Cuti semperna keputeraan Sultan Selangor Rabu lepas aku dan kakak pergi meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Kami keluar ke IOI Mall Puchong, sebab nak menonton filem baru "Frozen" bersama anak-anak aku. Hehe....kalau tak sebab mereka mesti kami tonton filem lain.

Sampai sana beberapa minit sebelum pukul 11.30 pagi, jadi kami beli tiket pukul 12.10 tengahari. Sebelum tu sempat temankan kakak beli buku di Popular sebelah GSC tu je kan. Aku tak beli apa pun, buku untuk anak pun tak beli tak tau kenapa sebab rasa macam rimas sangat sebab  bahagian kanak-kanak dan buku sekolah ada ramai sangat orang.

Maklumlah ada mak bapa yang ambil kesempatan  beli barang keperluan sekolah anak-anak kan. Jadi lebih baik aku tak join sama.


Belari-lari, pusing-pusing mereka berdua dalam ni. Yang mereka nampak ialah gula-gula, coklat dan jajan yang  dipamerkan.



Mahal ok tiket hari tu, tak tahu kenapa. Huhu....harga tiket kanak-kanak je dah RM 6.00, memang untuk gila GSC hari tu sebab panggung memang penuh ramai mak bapa bawa anak-anak menonton. Dewasa lagi mahal sekali ganda, haih demimu anak aku beli juga eh....silap, kakak aku yang belanja la.

Beli siap-siap popcorn, air dan tukarkan diaper Ashraf. Haih, nanti kalau tak tukar jadi 1 hal pula kang jadi lebih selamat tukarkan awal-awal kecuali kalau dia buang air besar memang mesti keluar sekejap la jawabnya. Amar pula aku ajak masuk tandas tapi dia kata belum ada rasa nak kencing lagi dan Alhamdulillah memang bertahan hingga ke rumah.

Keadaan dalan panggung petang tu awal sejam memang ok, tapi  paling kelakar bila Amar duduk je cakap "apsal TVnya tak hidup?"

Kebetulan ada orang duduk kerusi depan dengar dia pun ketawa sama. Haha...malu juga tapi fikir-fikir lagi anak-anakkan....biar je la.

Lepas sejam, derang berdua pun dah kenyang makan popcorn jadi Amar pun tanya lagi sekali. "bila berita nak mula ni?" Adoi la Amar, ini bukan kali pertama la mama bawa awak pergi tengok wayang di panggung kenapa kali ni ada macam-macam soalan yang keluar pula. Sabar je la kan.

Sejuk juga, sebab diluar hujan jadi aku dah siapkan baju tebal dan sarung kaki kalau-kalau mereka berdua sejuk. Ashraf pakai sarung kaki sekejap je, Amar cuma pakai baju tebal je tapi tak nak pakai sarung kaki. Aku sendiri dah kesejukan inikan derang kan.

Keseluruhan cerita 'Frozen' memang seronok, ada sifat kekeluargaan disini. Sedih bila tengok kakak(easa) dan adik(Anna) tidak dibenarkan bermain bersama. Disebabkan kakaknya ada kuasa  ajaib dan mampu membuatkan adiknya dalam bahaya.

Hinggakan bila dewasa mereka tidak akrab, tapi bila mereka akrab memang jadi 1 kuasa yang ajaib sebab mampu memulihkan kuasa ajaib kakaknya, jadi kakaknya mampu mengawal kuasa yang dia miliki. Memang cerita princess sangat la filem ni. Best! kanak-kanak perempuan mesti lagi suka kan, anak lelaki aku tak berapa suka sangat kecuali dengan olaf (orang salji) memang derang suka.

Lepas habis wayang kami pergi makan, dah hampir pukul 3.00 petang maunya tak lapar. Tapi kerenah anak-anak sempat lagi kakak aku layankan. Keluar panggung ada train jadi mereka sibuk minta naik train. Ok seorang RM 5.00 dan mak ngah belanja lagi.

Dalam perjalanan pergi makan, nampak pula kuda pusing tu nyah apa namanya pun sibuk nak naik. Mak ngah belanja lagi, haha.. tapi cuma RM 3.00 je seorang. Aku pun naik sama sebab nak pegang Amar, kakak aku pegang Ashraf. Pening juga sebab entah berapa kali pusing.

Sayangnya masa makan Ashraf mengantuk sangat sampaikan bila makan pun mampu tertidur. Nak tak nak aku dukung juga bagi dia tidur, dalam hati rasa sesal kenapa tak bawa stroller. Tapi memang derang bukan selalu bawa keluar, jadi stroller yang ada kat umah ni memang tak guna sangat. Masih elok sangat lagi, sebab memang jarang-jarang nak guna.

Bila keadaan terdesak macam ni terasa perlukan sangat pula kan. Hehe...Siap makan beli makanan sikit untuk makan lagi dirumah nanti.

Ashraf dalam kereta terus bangun, huhu buat sakit tangan je dukung dia yang dah masuk berbelas kilo tu. Tapi dalam kereta Amar pula yang tidur, lengkap berbaju tebal  lagi.

Sampai rumah pun masih tidur juga, hehe...lama juga tu tidurnya sebab balik aku ikut jalan lama. sebab nak biarkan dia tidur puas-puas nanti sampai umah cepat aku dah tak larat nak angkat.

Petang sikit aku buatkan  derang  tart telur. Nyum-nyum...selera derang makan. Cukup seronok kan bila dapat puaskan hati anak-anak ni kan.


Friday, December 13

Musim Berkhatan / Sunat

Assalam...

Bila masuk musim cuti sekolah ni mula lah kan ibu bapa sibuk buat macam-macam majlis. Ada yang berkahwin, bertunang dan tak kurang juga bersunat. Hehe...tahun ni seorang anak saudara bersunat.

Alahai kaedah sunat sekarang ni lebih senang kan, lebih cepat proses sembuh lukanya tu. Tapi nasib anak saudara aku tak begitu pula. Hampir seminggu baru baik, kata dear ada bengkak sedikit tapi mujur tak berikan kesan.

Kakak ipar buat kenduri malam Sabtu sebelum anaknya disunatkan esok harinya. Tapi aku langsung tak dapat menolong kerana bekerja, nak cuti memang tak mampu sebab kerja banyak, bila cuti kerja jadi tertangguh tapi itulah hakikatnya kan bila bekerja ni.

Bila fikir pasal sunat teringat reaksi Amar bila tau apa maksud sunat. Katanya abang tak nak potong, nanti sakit. Haha....dia tahu pun bila aku  dan dear terangkan semasa kami mandikan dia. Ashraf pun bila dengar dah takut sama pula.

Tapi kami cuba tenangkan mereka, bukan nak sunat sekarang tunggu abang dan adik besar sikit jadi masa tu mesti tak rasa sakit sangat. Bayangkan reaksi Amar bila nak masuk rumah MIL nak melawat sepupunya yang dah bersunat....haha...memang melekat je dengan aku, langsung tak nak dekat dengan sepupunya tu.

Kalau ada rezeki aku nak sunatkan Amar dan Ashraf serentak, memandangkan usia mereka cuma selang setahun je kan. Hehe lama lagi tu kan, anak saudara aku tu pun dah dekat 2 tahun minta kat maknya tapi maknya takut dia belum faham lagi jadi tertangguh hingga  usia 10 tahun ni. Biar lambat dari langsung tak buatkan.

Haih....terbayang pula nanti bila sampai giliran anak-anakku pula. Hehe...

Monday, December 9

Balik Kampung - 23 - 24/11/2013

Assalam...

Cerita lama sebab dah nak masuk 2 minggu dah, tapi tetap nak cerita juga. Hehe...aku balik kampung dengan kakak aku, jadi pagi-pagi keluar rumah terus pergi Puchong. Kami balik naik kereta kakak aku jimat sikit sebab kereta kecil kan.

Gerak dari Puchong pukul 9.00 pagi dan sampai kampung pukul 1.00 petang. Sedang elok azan berkumandang dimasjid berdekatan dengan rumah mak.

Kami balik bertiga, dear belum balik Shah Alam tapi telah pun izinkan aku balik kampung sebab sudah tiba musim buah  dikampung. Yahoooo!!! best sebab ada durian walaupun tak banyak tapi masih boleh di kongsi dengan adik beradik, keluarga mertua dan saudara mara.

Masa tu musim rambutan dan durian. Kata abang aku tak lama lagi akan tiba musim cempedak dan juga manggis.Wah...seronoknya kalau dapat duduk kampung bila musim buah ni kan. Tapi tu la bila balik kampung mesti makan, makan dan makan.

Mak jenis suka tengok anak-anaknya makan, memang sejak dari kecil lagi. Bayangkan sarapan pagi kami adik beradik dulu bukanlah bihun goreng, mee goreng atau pun roti canai tapi setiap pagi mak siapkan kami nasi putih, telur mata seorang sebiji siap letak kicap dan sos cili. Tak pun mak siapkan kami lauk sambal ikan bilis atau pun ikan goreng je. Sedap!!!!

Balik  kampung sekadar semalam je, macam tak puas. Ingatkan nak ambil cuti Isnin tapi tak boleh pula sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Jadi kesimpulannya balik kampung hampir 24 jam sahaja.

Yang penting puas, dapat balik kampung dapat makan buah dan dapat tengok rumah kampung yang sentiasa mengingatkan kepada kenangan bersama arwah bapa.

Sunday, December 8

Bila Musim Tengkujuh

Assalam...

Kecoh sana sini banjir, sana sini air naik dan paling teruk tiada bekalan letik dan juga bekalan air. Haih....macam mana pula ni ek, takkan nak mandi, nak bersihkan najis guna air banjir  pula kot. Tapi itu hakikat yang mungkin sesetengah tempat alami. Syukur aku di Shah Alam ni tak dilanda banjir, walau pun boleh kata hampir setiap hari sepanjang minggu hujan.

Paling kesian negeri Pahang, Johor, Terengganu dan juga Kelantan sedang mengalami banjir teruk. Ini gambar yang aku ambil dari FB. Semoga semua yang diduga tabah menghadapi dugaan ni. Harta dunia cuma pinjaman semata-mata.




Rumah aku sejak dear balik ni memang sentiasa ada banyak baju. Maklum saja dear jenis suka tukar-tukar baju. Baju pakai di rumah lain, baju nak keluar lain...ish...yang membasuh senang tapi hal menjemur dengan keadaan cuaca hujan memang bercinta aku rasa.

Nak jemur luar rumah tapi jiran dan rembat ampai aku, alahai ampai tu aku minta dear buatkan di bawah bumbung tempat kami jemur kain. Jadi kalau hujan memang kami jemur kat situ. Tapi  faham-faham je la kan, keluarga jiran aku ramai orang sebab anaknya je dah 5...jadi mesti makan ruang. Takkan nak jemur dalam rumah je kot. Ish...tak pe la kalau tumpang kan.

Cuma kadang-kadang bila hari cuti aku pun nak juga jemur kain di luar, takkan hari-hari baju sidai dalam rumah je kan. Tapi sayang bila tengok dia dah tumpang siap-siap, tak minta izin tu aku tak kisah cuma kalau jemur tu boleh makan hari pula. Kalau sehari tak pe ni sampai 2 3 hari...jadi memang tak de peluang untuk aku jemur kat situ. Huhu...aku redha kiranya dia buat siapa cepat dia dapat.

Jalan mudah memang setiap kali mesin basuh penuh aku basuh kain tu, jemur dalam rumah je senang tak perlu nak bersakit hati, bersalah sangka pula kan. Hehe...

Mana kain yang dah kering angkat tapi mana yang masih lembab tinggalkan je dulu. Esoknya kalau nak jemur lagi yang lain aku pilih-pilih lagi. Ha...tapi bukannya sehari 2 kali aku basuh kain, kalau malam dah basuh paling cepat akan basuh lagi mungkin selepas tengahari atau petang. Aku jadi rimas pula nak kumpul kain banyak-banyak tunggu masa basuk sehari sekali. Haih....memang kami dalam rumah ni tak ramai jadi buat macam tu memang tak patut. Eh...kalau ramai lagi tak patut.

Saturday, December 7

Kepulangan Yang Dinanti

Assalam...

Ahad lepas memang teringin rasa nak pergi ke Jerantut sana tapi mujur dear melarang dengan cara baik. Hehe...bukan apa nak juga tengok suasana kampung sebab tengok dalam gambar tak puas kan.

Kata dear memang kampung sangat cuma ramai juga orang asing tinggal menyewa di sana sebab mencari rezeki sebagai pemungut buah kelapa sawit. Gaji sebagai pemungut pun boleh tahan juga tau, jangan pandang rendah ye. 1 tan sawit yang di petik akan dapat RM40.00 seorang. Pernah kata dear 1 hari mereka dapat petik sehingga berbelas tan sehari. Wah....memang kaya mereka tu kan, walaupun mereka orang asing tapi hasil pendapatan memang dihantar setiap bulan atau selang sebulan pada keluarga di seberang.

Itu kisah mengenai penduduk kampung dan kebanyakkan kawan-kawan kerja dear pun anak jati kampung tu juga. Haih...senang kan tak perlu merantau jauh mencari rezeki. Tapi adatlah bila jiwa masih muda dan masih belum ada tanggungan memang selalu curi tulang. Duit yang dapat pun memang cepat habis dengan bermacam-macam belanja yang tidak sepatutnya.

Alhamdulillah dear selamat balik bersama kami bertiga semula  ahad lepas. Dear balik naik bas sebab tak sanggup nak tunggu bosnya datang ambil. Dear memang tak bawa kereta lagi pun kalau dear bawa kereta aku pula macam mana kan....huhu

Alang-alang dear tiba tengahari jadi aku terus ajak dear pergi makan  sizling di Giant Stadium. Sangat biasa dengan Giant ni sebab dulu masa belajar di poli tiap-tiap minggu mesti jejak kaki ke sana. Sekarang selalu jejak kaki ke Giant Bukit Kemuning. :p

Ramainya orang mujur dapat juga tempat duduk, kami makan sizzling dan nasi ayam. Cukup buat kami berempat kenyang. Yang penting kami dah berempat semula. Tapi tak tahu untuk berapa lama, harap-harap selepas ni dear tak kerja jauh-jauh lagi.

Friday, December 6

Prosedur Buka Buku Rekod Di Klinik Desa/Kerajaan

Assalam...

Teringat masa pergi klinik desa baru-baru ni, terjumpa junior tempat kerja lama. Aura pengantin baru lagi tu tapi dah terima rezeki sepantas kilat. Hehe...bunting pelamin kata orang. Muda lagi pula tu dalam awal 20an kalau tak silap, tak pe dapat anak awal senang nak jaga kan, nanti dah besar anak macam adik je kan. Sama kes macam bos aku, kahwin awal 20an sekarang umur belum cecah 40 tahun anak dah SPM tahun ni. Huhu....syoknya la kan.

Cuma kesian tengok bila tertanya-tanya macam mana prosedur nak buka buku tu. Aih...kesian kan tapi ini hakikat orang yang pertama kali mengandung dan mahu buat buku rekod di klinik kerajaan.

Ini berdasarkan pengalaman aku je dan tak tahu lain tempat lain prosedurnya pula ek. Aku pernah buat buku rekod di klinik desa Jalan Kebun, Shah Alam tempat lain aku tak pasti sama atau tidak.

1. Masukkan kad pengenalan dalam bakul yang disediakan sebab di sini nombor akan diberikan  oleh jururawat kemudian nanti. Bukan sendiri tekan mesin nombor tu ek.

2. Jururawat akan berikan nombor giliran dan minta pergi buang air kencing dalam botol...hehe...sebab nanti dia akan cek air kencing tu. Kalau klinik jalan desa yang aku pergi ni sila kencing dalam botol yang sama nombor dengan giliran yang kita dapat.

3. Menunggu giliran tiba adalah sangat lama, ada kala Dr. gigi datang dan dia akan cek gigi kita untuk rekod dia. Tau je la kan, masa mengandung ni selalu ada kes kekurangan kalsium jadi penting juga untuk penjagaan gigi yang sempurna semasa mengandung. Sila jangan pandang rendah sebab ada kawan tempat kerja cerita kawan dia terpaksa cabut semua gigi bawah sebab alami kerosakkan semasa mengandung. Kesian sangat sebab umur baru cecah 40an.

4. Kemudian jururawat akan panggil untuk ambil darah. Jadi sila ke makmal untuk proses ambil darah ni. Tak sakit pun, dia ambil 1 tiub kecil je dan biasanya ambil dari lengan tak kisah kiri atau kanan.

5. Jururawat akan panggil untuk sesi soal jawab. Ha...masa ni mereka akan tanya macam mana tau mengandung, tarikh haid terakhir adalah sangat penting sebab memudahkan mereka untuk tentukan tarikh bersalin kelak. Kalau pernah scan di klinik luar boleh bagi mereka sekali.

6. Jururawat akan periksa perut, ketinggian dan berat pun diambil kira. Berat memang sentiasa dipantau, kalau naik sikit tak apa tapi kalau banyak memang mereka bising-bising.

7. Berjumpa Dr., biasanya Dr. sekadar melihat keadaan ibu mengandung sahaja.

8. Jururawat akan berikan vitamin dan juga tarikh untuk temujanji akan datang. Dia juga akan berikan tarikh untuk MGTT (minum air glucose).

9. 1 buku akan ditinggalkan di klinik dan akan  digunakan sepanjang tempoh mengandung dan 1 lagi buku akan diberikan pada ibu mengandung untuk rekod ibu sendiri. Jadi setiap kali datang klinik cuma perlu bawa buku tu saja hingga sampai saat bersalin. Jadi sangat penting buku itu dibawa ke mana sahaja bila usia kandungan sudah cecah 8 bulan ke atas.

Ok, ini berdasarkan pengalaman aku di tempat aku. Lain tempat aku tak pasti sama atau tidak sebab belum pernah buat buku rekod ditempat lain.

Sekadar panduan buat bakal ibu baru yang tertanya-tanya kan. Sebab aku dulu pun macam tu juga. Tapi  masa tu aku fikir tak payah pening-pening jadi sekadar follow the flow je kata orang. Nak tanya orang bukan nak cerita sangat kan, jadi sendiri lalui baru tahu.

Thursday, December 5

Pengalaman Buat Kali Ke 3

Assalam....

Sentiasa bersyukur walau pun rezeki memang tidak diminta, walau pun rezeki lain yang kami minta tapi dapat rezeki lain pula ok tetap diterima dengan hati terbuka dan tenang. Haih...tak teruja sangat macam kali pertama dulu cuma teruja sikit bila dear kerja jauh rezeki ini tiba-tiba muncul pula.

Hehe...rezeki apakah ini?

Cer teka....

Kalau dulu seawal kahwin memang teruja dan tidak sabar untuk dapatkan rezeki nan satu ni tapi bila dah ada 2 rasa teruja tu kurang memuncak, tambahan lagi baru masuk kerja jadi agak kelam kabut sikit jadinya. Tapi apa-apa pun rezeki yang Allah beri pasti ada keistimewaannya kan. Kata orang rezeki berganda.

Sudah hampir separuh perjalanan aku lalui, biarpun separuh perjalanan tu dengan ketiadaan dear disisi aku. Syukur Allah berikan kekuatan dan semangat yang tinggi untuk aku hadapi semua ujianNya.

Menanti separuh lagi tempoh masa untuk bertemu rezeki yang baru. Doaku agar semuanya berjalan lancar nanti. Sama seperti kedatangan 2 rezeki yang lalu.

p/s: setakat ini sengal-sengal pinggang sangat membisakan pergerakan seharian, tapi kerja tetap kerja dan perjalan hidup harus diteruskan walaupun terkadang sakitnya hanya Allah je yang tahu.

Wednesday, December 4

WW - Mainan Lama

Assalam...



Rindu nak main, tapi kanak-kanak sekarang tak pernah nampak pun main mainan ni sekarang. Haih...zaman dah berubah.

Friday, November 29

Kenderaan Awam.

Assalam...

Bila tiba masa cuti sekolah ni mula teringatkan kenangan lama. Paling seronok saat bergelar pelajar dan tinggal jauh dari keluarga. Bukan jauh sangat, setakat Perak dengan Selangor bukan jauh mana kan. Jadi penghubung kami ialah kenderaan awam. Ye....hari datang ke Selangor pun naik bas tau dengan penuh keringat arwah bapa angkat beg yang berkilo-kilo beratnya. Kalau ingat terasa sayu pun ada....tapi itu dulu kan, kata orang bersusah dahulu bersenang kemudian.

Antara kenderaan yang tersangat kerap aku naik ialah...

Bas.
Masa sekolah di Perak memang setiap hari aku gunakan bas. Maunya tak naik bas, sekolah jauh sangat dengan rumah kalau nak pergi jalan kaki. Nak pergi naik basikal mak pula tak benarkan sebab bahaya ada banyak kereta. Haih...sekarang lagi banyak kereta. Hehe...

Semasa aku sambung belajar di Shah Alam pun kerap sangat guna bas ni. Ulang alik dari Kampus ke rumah kakak di  Puchong. Hampir tiap-tiap minggu tak pun sebulan sekali balik kampung naik bas.Bosan gila sebab tak seronok naik bas kalau dapat kerusi yang tak sempurna. Tambah pulak kalau dapat jiran sebelah kerusi lelaki...huhu...lagi tension!

Teringat bila sesekali naik bas dari Klang mahu pergi ke Puchong. Suasana tersangat sesak dan paling tidak tahan sebab Klang ramai dengan india dan faham-faham je la kan ada sesetengah india ni agak berbau. Mungkin dari bahan yang mereka guna untuk sembahyang agaknya. Tapi sekadar 2 3 kali je balik rumah kakak lalu Klang. Itu pun bila kawan ajak teman je. Kawan orang Banting jadi memang menggunakan kenderaan awam di Pekan Klang.

Berbanding sekarang memang teringin nak pergi kerja dan balik kerja menggunakan kenderaan awam seperti bas. Tapi sayangnya bas sangat susah nak nampak di kawasan ni, ada tapi macam biasalah kan perlu menapak lebih jauh dan perlu menunggu dalam tempoh masa yang agak lama.

Kenapa di sini tiada kemudahan LRT yek?

Haha....kalau ada memang tiap-tiap minggu kami berjalan turun KL sana tu. Memang tak panas bontot duduk rumah jawabnya la. Agaknya la kot.

Jadi apa apa pun sekarang memandu sendiri adalah pilihan yang terbaik. Tempat kerja pun tak jauh mana dan lebih senang jika perlu balik lewat dan tak risau nak kejar bas bila tiba masanya kan. Alhamdulillah hasil paksaan dari Dear dan pelawaan dear untuk aku ambil lesen kereta sebelum ada anak lagi. Kalau tidak sekarang dear kerja jauh memang aku mati kutu, macam mana nak beli stok barang dapur yang dah habis.

Hehe...apa pun tetap bersyukur sangat kan.

Thursday, November 28

Tempatan Atau Antarabangsa?

Assalam..

Sejak dear kerja jauh ni memang rajin sangat makan buah. Sebab apa? Sebab jarang masak kat rumah ni, makan buah untuk minum petang atau pun digantikan sebagai snek. Hehe...bagus untuk kesihatan pula tu kan.

Hari Rabu minggu lepas MIL pergi rumah kakak ipar, kebetulan ada dan dia pun berikan buah rambutan kuning dan juga buah manggis. Haih...sedap!

Tapi petang tu aku dah menapak ke Giant dari pejabat semata-mata nak menambah stok buah yang sudah habis. Dapat beli jambu batu dan juga buah epal hijau. Kalau senang atau rajin teringin nak buat pai epal tapi setakat ni belum ada kerajinan tu lagi. Ish....






Bila balik rumah pandang rambutan dan manggis teringat durian, ciku dan cempadak yang mak kata dah berbuah dan dah pun mula masak. Tak sabar nak balik kampung makan buah-buahan ni semua.

Selalu kalau pergi kedai buah aku suka beli pisang, nenas, betik, mangga, delima, kiwi, strawberi, anggur atau pun buah epal. Hehe....kategori campur-campur asalkan namanya buah memang aku suka. Tapi dear memilih sikit, buah pisang dan nenas memang suka, kalau strawberi, epal atau anggur kurang sikit. Biasanya aku beli pun tak banyak sebab yang makan aku seorang. Anak-anak kadang-kadang tak makan sebab ada sesetengah buah buat mereka kembung perut jadi jangan  beri mereka makan. Senang hati tak perlu risau.

Kesimpulannya buah tempatan dan antarabangsa memang aku suka. Hehe..

.

Tuesday, November 26

Pertama Kalinya

Assalam...

Apa yang pertama kali pulak ni ye....haih penat nak fikir dah kerja mana-mana pun tetap sama mesti ada yang tak kena kan. Hehe...tapi kali ni pada aku memang agak melampau sikit.

Melampau maksud aku melampau sangat menyebabkan aku balik kerja lambat. Eh....ok mereka sejukkan hati yang panas menunggu masa untuk balik kerumah selepas memikirkan keadaan anak-anak.

Mujur anak-anak dijaga oleh mertua dan kakak ipar...kalau tidak entah berapa ringgit melayang malam tu. Huhu....masih ada kelebihannya bila saudara sendiri yang menjaga.

Sebenarnya hari Rabu minggu lepas aku terpaksa 'stay back' di pejabat sebab mahu siapkan juga tender yang akan dihantar pada tengahari Khamis. Ku sangkakan hingga ke maghrib tapi sekali selepas isyak pula baru dapat balik. Hampir pukul 9.30 malam aku sampai rumah malam tu dengan anak-anak yang dah terlalu merindu.

Kebetulan aku ditemani dengan isteri bos yang juga orang kuat bahagian kewangan disini, jadi tak mengapalah kot kan kalau aku tunggu dia balik aku pun balik sama la.

Sampai pukul 8.00 dah sesak kepala rasanya, kehulu ke hilir....pinggang dah mula sakit, perut pun dah lapar jadi bos belanja makan KFC. Ok....sejuk sikit hati ni tapi bila dah tak tenteram makan pun tak selera.

Isteri bos balik pukul 8.45malam aku pun terus target kalau pukul 9.00 malam tak selesai juga aku cabut. Jadi selesai kira-kira jumlah tender semua aku pun balik. Syukur sebab mereka lepaskan aku dengan senang sekali siap tanya siapa ambil kalau balik lewat...erk! tak tau ke aku memang  pandu kereta sendiri? ish...

Setahun lebih aku dah berehat dari dunia melaksanakan tender ni. Memang tersangat mencabar, lagi-lagi bila dapat harga lewat dan hampir tiba dengan tarikh hantar.

Esok hari isteri bos  bagitau bos besar bising-bising kenapa buat kami berdua balik lewat sebab kami berdua ada komitmen selepas kerja untuk bersama keluarga. Wah....ini yang aku suka bila isteri bos pun terlibat sama. Mungkin akan datang tak perlu lagi 'stay back' cecah jam 9.00 malam.

Yahoooo....

p/s: walaupun tak seronok tapi bidang ni sangat mencabar sebab bila gagal kita perlu bangkit lagi dan bila berjaya memang terasa nikmatnya. Hehe...sentiasa belajar dari kesilapan.

Monday, November 25

Kasihan Sangat Tapi...

Assalam...

Kasihan pada siapa? pada anak-anak jiran aku. Baru-baru ni bapa mereka berhenti kerja dan menganggur untuk beberapa ketika. Kami jiran-jiran dah membantu sedaya yang boleh, memberi teguran dan nasihat sebab beliau tersangat memilih kerja.

Sejak akhir-akhir ni aku dengar cerita hutangnya ada disana-sini... masyaAllah memang kasihan sangat tapi tak tahulah kan macam mana boleh jadi begitu. Baju isterinya pun ada sehelai masih belum diambil, bila tanya dia kata mahu tapi duit tak ada....haih nak bagi pun rasa macam tak boleh juga, nanti bila dah bagi baju dah pakai tapi duit belum tentu ingat nak bayarkan. Jadi nak tak nak simpankan je la bajunya tu.

Paling kasihan pada anak-anak mereka. Sekarang hampir setiap hari aku tengok mak bapanya tak ada dirumah. Siang atau malam sama je. Mungkin berniaga mencari rezeki halal sebab aku lihat dia bawa khemah dan juga peralatan memasak seperti dapur dan juga kuali/periuk.

Anak-anak ditinggalkan sendirian dirumah. Paling dewasa kalau tak silap berusia 11 tahun dan yang paling kecil emaknya bawa sama jadi yang paling kecil tinggal dirumah berusia 3 tahun lebih. Setiap malam bergaduh, bising, pukul-pukul dinding dan juga paling tak tahan menangis. Bila si adik menangis si kakak tak nak pujuk tapi dimarahi adiknya pula.

Kadang-kadang pening tengok perangai budak-budak ni tapi nak buat  macam mana, depan mata jadi hadapkan juga lah. Tak tahan juga dengar si adik jerit-jerit bila bapanya balik rumah hantar makanan atau pun ambil barang. Jerit sebab nak ikut pergi berniaga. Ye la kalau bawa anak-anak kesian juga pada mereka kan, tapi bukan kah lebih SELAMAT kalau tinggalkan mereka dirumah nenek. Jadi sekurang-kurangnya selewat mana pun pulang berniaga hati tak risaukan dengan anak-anak di rumah.

Tapi bak kata jiran-jiran yang lain, mereka suami  isteri mungkin lebih senang biarkan anak-anak dalam rumah. Senang sebab tak perlu nak minta pertolongan orang lain, senang sebab tak perlu bersusah payah hulur sumbangan pada yang jaga anaknya dan senang sebab tak perlu usung anak-anak kesana kemari.

Syukur juga, setakat ni kami jiran-jiran memang ambil berat pada keselamatan anak-anak mereka. Kadang-kadang kalau ada masak lebih hantarkan pada mereka sebab kami tahu mereka pernah tidak makan selama 2 hari! Maunya tak kasihan kan?

Cumanya kami jiran-jiran ni minta sangat agar bapa mereka berubah sikap. Jangan terlalu memilih kerja, jangan sentiasa 'biar papa asal bergaya' walhal anak-anak kelaparan.

Haih....semoga dijauhkan aku dari sikap yang tak elok begitu. Bila fikir semula mungkin mereka terpaksa melakukannya untuk tidak menyusahkan orang lain. Maklum saja tamat berniaga malam agak lewat, hingga jam 12.00 malam juga kalau tak silap.

Friday, November 22

Kenangan Awal Bergelar Isteri

Assalam...

Hehe…tiba-tiba datang mood pula merindu kenangan lama, selepas kami bernikah dan selesai kenduri itulah permulaan hidup kami berdua. Dear memang anak kelahiran Selangor dan aku anak Perak jadi semuanya sangat baru pada aku. Bukan sebab kami perlu fahami apa minat dan selera antara satu sama lain tapi kami perlu tahu budaya dan juga cara hidup orang di tempat lain.

Jujur aku cakap memang tak sama, sejak duduk rumah mertua selepas kahwin sebelum kami pindah rumah sewa sendiri. Berdikari kata orang. Sebulan mengajar aku erti kehidupan dalam keluarga dear, memang lain tapi hakikatnya lain keluarga lain juga cara hidupnya kan.

Makanan.

Kalau ikut ini  memang penting sebab apa kalau tak makan memang tak ada tenaga, memang kelaparan la jawabnya kan. Hehe…dirumah MIL aku bebas untuk masak apa saja. Tak perlu nak fikir tekak orang ni terima atau tidak. Lain dengan keluarga aku kami makan makanan yang mak masak sebab arwah bapa macam kurang selera bila orang lain yang masakkan.

Jadi sekurang-kurangnya dapat juga aku belajar makanan wajib orang jawa…. Dear orang jawa. Tempe yang sememangnya aku tak pernah suka nak makan tetiba rajin pula makan. Tapi bila tempe goreng atau sambal tempe, kalau tempe campur dalam sayur lodeh memang tak lalu makan.

Bukan tu je, petang-petang kalau kami berkumpul ramai-ramai biasanya mak akan masakkan sesuatu untuk kami minum petang semasa mak masak untuk makanan tengahari. 2 dalam 1 kata mak, tau je la kan…mak aku ni tukang jahit, kadang-kadang pun nasi  boleh hangit sebab terlupa dia sedang masak nasi. Beza dengan rumah dear MIL tak masakkan apa-apa pun kecuali kami sendiri masak atau beli apa-apa yang kami nak makan.

Beza pula masa kami makan dirumah mak, kami akan makan bersama-sama kecuali arwah bapa sebab kadang-kadang balik lewat dari masjid atau pun dia ke masjid dan kami tak boleh tahan lapar lagi. Dirumah MIL kami makan beramai-ramai juga tapi biasanya akan makan berpasang-pasang. Macam kakak ipar yang dah ada 4,5 orang anak makan kami yang lain tunggu je la, atau pun kami makan "kandar" kata orang. Duduk ambil angin dari belakang rumah MIL. Huhu....beza kan.

Bahasa.

Ha…ini memang payah sikit, sejak dari bertunang dear dah bagitau memang ada beza dari segi bahasa. Tapi aku dah sedia maklum kawan sebilik di rumah sewa dulu memang orang jawa juga. Jadi bahasa memang berbeza. Eh…tempat aku pun ada loghat cuma tak de la sepayah bahasa jawa ni tau. Dulu aku macam ayam itik…sebab arwah FIL suka cakap jawa. Nak tak nak aku selalu tunggu dear bagi translate. Hehe..

Teringat masa pertama kali pergi rewang….hua…jiran-jiran sembang dengan MIL guna bahasa jawa, aku diam tak cakap apa pun…huhu…Tapi sekarang kalau ada orang cakap jawa dengan aku memang aku faham sikit-sikit cuma tak pandai nak balas balik dalam bahasa jawa je la. :p

Rewang.

Eh kat kampung aku dah jarang sangat yang amalkan cara ni. Tak taulah kenapa  kan, tapi memang sejak aku sekolah menengah dah jarang-jarang aku tengok mak aku pergi tolong orang yang nak kenduri tak kisah la kenduri kahwin ke kenduri apa kan. Tapi di tempat dear, memang sentiasa ada. Setiap minggu bila masuk cuti  sekolah ni memang ramai yang kahwin kan. Kebanyakkan akan jemput jiran tetangga untuk rewang beramai-ramai. Sesekali seronok juga kan sebab masa ni boleh kenal, bertemu dan bermesra sesama jiran dan saudara.

Kunjung Mengungjung.

Yes! bila kami akan kunjung mengunjung? mestilah bila hari raya. Sebulan raya jadi kami pergi setiap rumah jiran berdekatan dan juga semua saudara mara. Eh...masa raya baru nak jumpa biasanya kecuali kalau ada yang buat kenduri kahwin, tahlil atau pun kenduri cukur jambul anak. Kalau tidak memang tak jumpa jawabnya. 

Biasanya di rumah MIL kami pergi berjalan raya kerumah jiran berdekatan pada hari raya pertama. Malam raya atau raya ke dua pula kami pergi ke rumah saudara (adik beradik PIL). Siapkan duit raya dan juga siapkan bekas untuk simpan duit raya anak-anak.

Ok setakat ni ini je la yang aku ingat, tapi kenangan awal bergelar isteri memang maniskan... ish...teringat pada sorang perempuan ni, terjumpa di klinik...katanya bunting pelamin masih belum sempat pergi bulan madu tapi dah mengandung. Ops itu rezeki kan, tak  sama macam aku dapat peluang berbulan madu hampir 3 tahun setengah.


Thursday, November 21

Kisah Bulan Madu

Assalam....

Bila tengok orang sana sini kenduri kahwin memang seronok kan. Bahagian paling seronok mesti bila bersiap mahu pergi bulan madu....bercuti berdua-duaan tanpa gangguan orang lain. Walau pun dekat tapi bila bercuti berdua pun memang dah cukup seronok kan.

Hehe....nak tahu tak?

Hakikat yang tersimpan selama lebih 7 tahun berkahwin ni...aku tak pernah pergi bulan madu ni! Ha....kenapa pulak kan?

Memang dah merancang selepas selesai majlis kenduri sebelah aku kami mahu pergi ke Pulau Pangkor je yang tak jauh mana dengan kampung aku. Tapi bila merancang memang tak jadi kata orang. Emak aku demam dan kemudian arwah bapa aku pula demam sampai ke hari Khamisnya...hari Jumaat kami rancang mahu gerak ke rumah abang sebab majlis di rumah dear bermula pada malam Ahad. Jadi hari Sabtu aku dah ada dirumah MIL. Sila abaikan aku masuk sebelum majlis sambut menantu tu ek.

Bila emak ayah aku tak sihat kami pun tak sampai hati nak tinggalkan mereka, lagi pula mereka tak sihat sebab penat dan susah hati dengan masalah lauk pauk kenduri kami hari tu.

Selepas berkahwin kami tinggal dengan PIL. Haih....teringin juga nak pergi tapi dear dah mula kerja. Aku pun dah sibuk mencari kerja, maklum lah sebelum kahwin aku tinggal dengan kakak di Puchong jadi kerja disana pun aku tinggalkan sebab jauh dan dear tak mahu ulang-alik ke sana untuk kerja.

Bila dah bekerja duduk rumah sewa asing-asing ada juga rancang nak bercuti sama tapi impian tinggal impian juga. Kalau aku cuti dear masih tetap bekerja sebab masa tu dear bekerja dengan abangnya...sebab tu kerja selalu lebih masa dan hari berbanding orang lain.

Hari cuti umum biasanya kami bercuti tapi tempat yang paling aku nanti-nanti kan mesti lah balik kampung. Haih....ini pun alasan utama aku, dari kami bercuti pergi jalan-jalan lebih  baik kami bercuti jumpa keluarga di kampung.

Antara tempat yang pernah kami pergi...


Melaka, ini pun percutian sehari suntuk je. Rancang nak tidur sana tapi entah kenapa takjadi pula. Dah tak ingat dah. Masa ni baru-baru mengandungkan Amar dan masih belum tahu lagi dah mengadung pun. Gambar ni semasa kami naik eye on melaka. Hehe..


Permandangan yang tersangat tak cantik kan...termasuk dengan perempuan chuby tu. haha...hakikat! kami selalu pergi pantai Kelanang  atau Morib tapi setakat pergi sekejap je...Pernah bawa Amar dengan Ashraf mandi itu pun airnya dah surut.


Port Dickson...itu pun selepas adik dear selesai exam di Segamat. Kami tidur 1 malam di Segamat dan 1 malam lagi di PD. Pergi sini pun sebab dear nak bawa MIL bercuti.


Cameron Highland selepas berpantangkan Amar. Huhu...dear dah janji nak bawa pergi sini. Alang-alang gerak dari kampung lebih kurang sejam lebih je dah sampai. Tidur semalam je, tapi dapat juga jalan-jalan.

Ha....memang tersangat sikit kan. Ini hakikatnya, kami lebih suka habiskan masa dirumah atau pun balik kampung. Bila bekerja memang letih jadi bila tiba hari cuti kami berehat sepuas-puasnya.

Hal bulan madu tu kan....ish...tak payah nak bulan madu sangat sebab kami duduk asing dengan MIL jadi memang hari-hari bulan madu. Tiada gangguan katakan....hehe.

Tahun ni belum pergi mana-mana lagi, dear ada ajak tapi setakat ni belum rancang lagi tambah-tambah belum tahu status tempat kerja dear akan datang pula. Huhu...kalau di sini mungkin kami tak pergi mana-mana pun. Habiskan masa dengan anak-anak dirumah lagi seronok.

Paling malas bercuti ni bila masa nak kemaskan baju untuk pergi dan balik. Ha....pergi memang seronok tapi bila balik dah letih...memang malas.

Lagi pun dear ni bukan jenis suka jalan-jalan sangat...pergi mana-mana pun aku yang ajak kalau tidak memang duduk rumah je la jawabnya. :)

Tuesday, November 19

Rezeki Pertama Dari Nuffnang

Assalam....

Alhamdulillah setelah sekian lama berblog akhirnya aku dapat juga meras kemanisannya. Hehe...walau pun hasil yang aku dapat tak seberapa tapi aku tetap bersyukur kerana ini semuanya rezeki dari Allah. Terima kasih nuffnang!




Semakin ligat mahu aktif berblog tapi kekangan masa dan ditambah dengan gangguan dek anak-anak aku buat mana yang termampu je la.