Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, March 26

5 Hari Je Lagi

Salam Jumaat...

Huh tinggal lagi 5 hari tp msih blm ada tanda2 baby nak keluar lg ni. Penat dah jenjalan sana sini. Semalam g check up last kat klinik desa kg so hasilnya ntah nape la BP ni kalo buat kat klinik desa mesti naik mencanak tak pasal2. Berdebar2 tunggu bby nak keluar la ni. Yg lain semua dikira ok lagi cume berat turun hampir sekilo padahal pg tu dah makan roti canai 2 keping setengah. Dear lak makan sekeping setengah...hehehhe kuat betul lak aku makan roti canai nih!

Hasilnya,

Ahad (28/3) - BSP last sebelum baby keluar. (Oppppsss Cik Misi klinik kg baru je call, esok kene dtg buat BSP so bermakna hari ahad blh la berjimba2 jalan2 sukaria dengan dear. :))

Isnin (29/3) - Review scan kat hospital klang sebelum sampai due date.

Rabu (31/3) - Kalo bby masih blm keluar kene admit kat hospital juga la nampak gayanya. Pasal aku tak dibenarkan overdue dek kerana kes BSP ngan BP la ni. (Oh moga2 kelahiran indah ni berjalan lancar la walaupun nak dikeluarkan secara paksa)

Buat masa ni 3 tarikh ni yg perlu aku ingt. Dear pun dah siap plan nak amik cuti hari isnin tu, maklum saja la sekarang ni dear takkan benarkan aku pegang stereng kereta kalo nak g mana2 tempat yg jauh. Cukup2 la selama 9 bulan mengandung mak buyung ni bawa kete sendiri g mana2 maupun menghantar, mengambil MIL maupun sesapa saja yg berkaitan dalam keluarga besar kami ni.

Tinggal 5 hari keadaan semakin getir kerana kalo tido malam tu tak sah la ulang alik g toilet. Paling tak syok ngan kes nak buang air besar pasal rase cam tak selesa sgt, maybe ni yg org kata sembelit time pregnant la ni. Oh moga2 pas ni keadaan menjadi lebih baik la harap2nya. Eja suh g jalan2 kat AEON Bukit Tinggi, oh tidak time blm gaji ni sgt kesayangan dengan itu duit ok. Padahal dlm hati kalo dpt jalan2 ngan dear kat Mid Valley ok la sgt! (kes dah lama tak jejak kaki kat MV la ni) :)

Apa2 pun ku panjatkan doa buat yg maha esa, semoga kelahiran mau pun kesakitan dapat aku dan dear hadapi dengan penuh ketabahan. Apa yg penting, SALAM KEMAAFAN DARI AKU JIKA TERDAPAT SEBARANG SALAH DAN SILAP SELAMA INI


No comments: