Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, November 29

Kenderaan Awam.

Assalam...

Bila tiba masa cuti sekolah ni mula teringatkan kenangan lama. Paling seronok saat bergelar pelajar dan tinggal jauh dari keluarga. Bukan jauh sangat, setakat Perak dengan Selangor bukan jauh mana kan. Jadi penghubung kami ialah kenderaan awam. Ye....hari datang ke Selangor pun naik bas tau dengan penuh keringat arwah bapa angkat beg yang berkilo-kilo beratnya. Kalau ingat terasa sayu pun ada....tapi itu dulu kan, kata orang bersusah dahulu bersenang kemudian.

Antara kenderaan yang tersangat kerap aku naik ialah...

Bas.
Masa sekolah di Perak memang setiap hari aku gunakan bas. Maunya tak naik bas, sekolah jauh sangat dengan rumah kalau nak pergi jalan kaki. Nak pergi naik basikal mak pula tak benarkan sebab bahaya ada banyak kereta. Haih...sekarang lagi banyak kereta. Hehe...

Semasa aku sambung belajar di Shah Alam pun kerap sangat guna bas ni. Ulang alik dari Kampus ke rumah kakak di  Puchong. Hampir tiap-tiap minggu tak pun sebulan sekali balik kampung naik bas.Bosan gila sebab tak seronok naik bas kalau dapat kerusi yang tak sempurna. Tambah pulak kalau dapat jiran sebelah kerusi lelaki...huhu...lagi tension!

Teringat bila sesekali naik bas dari Klang mahu pergi ke Puchong. Suasana tersangat sesak dan paling tidak tahan sebab Klang ramai dengan india dan faham-faham je la kan ada sesetengah india ni agak berbau. Mungkin dari bahan yang mereka guna untuk sembahyang agaknya. Tapi sekadar 2 3 kali je balik rumah kakak lalu Klang. Itu pun bila kawan ajak teman je. Kawan orang Banting jadi memang menggunakan kenderaan awam di Pekan Klang.

Berbanding sekarang memang teringin nak pergi kerja dan balik kerja menggunakan kenderaan awam seperti bas. Tapi sayangnya bas sangat susah nak nampak di kawasan ni, ada tapi macam biasalah kan perlu menapak lebih jauh dan perlu menunggu dalam tempoh masa yang agak lama.

Kenapa di sini tiada kemudahan LRT yek?

Haha....kalau ada memang tiap-tiap minggu kami berjalan turun KL sana tu. Memang tak panas bontot duduk rumah jawabnya la. Agaknya la kot.

Jadi apa apa pun sekarang memandu sendiri adalah pilihan yang terbaik. Tempat kerja pun tak jauh mana dan lebih senang jika perlu balik lewat dan tak risau nak kejar bas bila tiba masanya kan. Alhamdulillah hasil paksaan dari Dear dan pelawaan dear untuk aku ambil lesen kereta sebelum ada anak lagi. Kalau tidak sekarang dear kerja jauh memang aku mati kutu, macam mana nak beli stok barang dapur yang dah habis.

Hehe...apa pun tetap bersyukur sangat kan.

Thursday, November 28

Tempatan Atau Antarabangsa?

Assalam..

Sejak dear kerja jauh ni memang rajin sangat makan buah. Sebab apa? Sebab jarang masak kat rumah ni, makan buah untuk minum petang atau pun digantikan sebagai snek. Hehe...bagus untuk kesihatan pula tu kan.

Hari Rabu minggu lepas MIL pergi rumah kakak ipar, kebetulan ada dan dia pun berikan buah rambutan kuning dan juga buah manggis. Haih...sedap!

Tapi petang tu aku dah menapak ke Giant dari pejabat semata-mata nak menambah stok buah yang sudah habis. Dapat beli jambu batu dan juga buah epal hijau. Kalau senang atau rajin teringin nak buat pai epal tapi setakat ni belum ada kerajinan tu lagi. Ish....






Bila balik rumah pandang rambutan dan manggis teringat durian, ciku dan cempadak yang mak kata dah berbuah dan dah pun mula masak. Tak sabar nak balik kampung makan buah-buahan ni semua.

Selalu kalau pergi kedai buah aku suka beli pisang, nenas, betik, mangga, delima, kiwi, strawberi, anggur atau pun buah epal. Hehe....kategori campur-campur asalkan namanya buah memang aku suka. Tapi dear memilih sikit, buah pisang dan nenas memang suka, kalau strawberi, epal atau anggur kurang sikit. Biasanya aku beli pun tak banyak sebab yang makan aku seorang. Anak-anak kadang-kadang tak makan sebab ada sesetengah buah buat mereka kembung perut jadi jangan  beri mereka makan. Senang hati tak perlu risau.

Kesimpulannya buah tempatan dan antarabangsa memang aku suka. Hehe..

.

Tuesday, November 26

Pertama Kalinya

Assalam...

Apa yang pertama kali pulak ni ye....haih penat nak fikir dah kerja mana-mana pun tetap sama mesti ada yang tak kena kan. Hehe...tapi kali ni pada aku memang agak melampau sikit.

Melampau maksud aku melampau sangat menyebabkan aku balik kerja lambat. Eh....ok mereka sejukkan hati yang panas menunggu masa untuk balik kerumah selepas memikirkan keadaan anak-anak.

Mujur anak-anak dijaga oleh mertua dan kakak ipar...kalau tidak entah berapa ringgit melayang malam tu. Huhu....masih ada kelebihannya bila saudara sendiri yang menjaga.

Sebenarnya hari Rabu minggu lepas aku terpaksa 'stay back' di pejabat sebab mahu siapkan juga tender yang akan dihantar pada tengahari Khamis. Ku sangkakan hingga ke maghrib tapi sekali selepas isyak pula baru dapat balik. Hampir pukul 9.30 malam aku sampai rumah malam tu dengan anak-anak yang dah terlalu merindu.

Kebetulan aku ditemani dengan isteri bos yang juga orang kuat bahagian kewangan disini, jadi tak mengapalah kot kan kalau aku tunggu dia balik aku pun balik sama la.

Sampai pukul 8.00 dah sesak kepala rasanya, kehulu ke hilir....pinggang dah mula sakit, perut pun dah lapar jadi bos belanja makan KFC. Ok....sejuk sikit hati ni tapi bila dah tak tenteram makan pun tak selera.

Isteri bos balik pukul 8.45malam aku pun terus target kalau pukul 9.00 malam tak selesai juga aku cabut. Jadi selesai kira-kira jumlah tender semua aku pun balik. Syukur sebab mereka lepaskan aku dengan senang sekali siap tanya siapa ambil kalau balik lewat...erk! tak tau ke aku memang  pandu kereta sendiri? ish...

Setahun lebih aku dah berehat dari dunia melaksanakan tender ni. Memang tersangat mencabar, lagi-lagi bila dapat harga lewat dan hampir tiba dengan tarikh hantar.

Esok hari isteri bos  bagitau bos besar bising-bising kenapa buat kami berdua balik lewat sebab kami berdua ada komitmen selepas kerja untuk bersama keluarga. Wah....ini yang aku suka bila isteri bos pun terlibat sama. Mungkin akan datang tak perlu lagi 'stay back' cecah jam 9.00 malam.

Yahoooo....

p/s: walaupun tak seronok tapi bidang ni sangat mencabar sebab bila gagal kita perlu bangkit lagi dan bila berjaya memang terasa nikmatnya. Hehe...sentiasa belajar dari kesilapan.

Monday, November 25

Kasihan Sangat Tapi...

Assalam...

Kasihan pada siapa? pada anak-anak jiran aku. Baru-baru ni bapa mereka berhenti kerja dan menganggur untuk beberapa ketika. Kami jiran-jiran dah membantu sedaya yang boleh, memberi teguran dan nasihat sebab beliau tersangat memilih kerja.

Sejak akhir-akhir ni aku dengar cerita hutangnya ada disana-sini... masyaAllah memang kasihan sangat tapi tak tahulah kan macam mana boleh jadi begitu. Baju isterinya pun ada sehelai masih belum diambil, bila tanya dia kata mahu tapi duit tak ada....haih nak bagi pun rasa macam tak boleh juga, nanti bila dah bagi baju dah pakai tapi duit belum tentu ingat nak bayarkan. Jadi nak tak nak simpankan je la bajunya tu.

Paling kasihan pada anak-anak mereka. Sekarang hampir setiap hari aku tengok mak bapanya tak ada dirumah. Siang atau malam sama je. Mungkin berniaga mencari rezeki halal sebab aku lihat dia bawa khemah dan juga peralatan memasak seperti dapur dan juga kuali/periuk.

Anak-anak ditinggalkan sendirian dirumah. Paling dewasa kalau tak silap berusia 11 tahun dan yang paling kecil emaknya bawa sama jadi yang paling kecil tinggal dirumah berusia 3 tahun lebih. Setiap malam bergaduh, bising, pukul-pukul dinding dan juga paling tak tahan menangis. Bila si adik menangis si kakak tak nak pujuk tapi dimarahi adiknya pula.

Kadang-kadang pening tengok perangai budak-budak ni tapi nak buat  macam mana, depan mata jadi hadapkan juga lah. Tak tahan juga dengar si adik jerit-jerit bila bapanya balik rumah hantar makanan atau pun ambil barang. Jerit sebab nak ikut pergi berniaga. Ye la kalau bawa anak-anak kesian juga pada mereka kan, tapi bukan kah lebih SELAMAT kalau tinggalkan mereka dirumah nenek. Jadi sekurang-kurangnya selewat mana pun pulang berniaga hati tak risaukan dengan anak-anak di rumah.

Tapi bak kata jiran-jiran yang lain, mereka suami  isteri mungkin lebih senang biarkan anak-anak dalam rumah. Senang sebab tak perlu nak minta pertolongan orang lain, senang sebab tak perlu bersusah payah hulur sumbangan pada yang jaga anaknya dan senang sebab tak perlu usung anak-anak kesana kemari.

Syukur juga, setakat ni kami jiran-jiran memang ambil berat pada keselamatan anak-anak mereka. Kadang-kadang kalau ada masak lebih hantarkan pada mereka sebab kami tahu mereka pernah tidak makan selama 2 hari! Maunya tak kasihan kan?

Cumanya kami jiran-jiran ni minta sangat agar bapa mereka berubah sikap. Jangan terlalu memilih kerja, jangan sentiasa 'biar papa asal bergaya' walhal anak-anak kelaparan.

Haih....semoga dijauhkan aku dari sikap yang tak elok begitu. Bila fikir semula mungkin mereka terpaksa melakukannya untuk tidak menyusahkan orang lain. Maklum saja tamat berniaga malam agak lewat, hingga jam 12.00 malam juga kalau tak silap.

Friday, November 22

Kenangan Awal Bergelar Isteri

Assalam...

Hehe…tiba-tiba datang mood pula merindu kenangan lama, selepas kami bernikah dan selesai kenduri itulah permulaan hidup kami berdua. Dear memang anak kelahiran Selangor dan aku anak Perak jadi semuanya sangat baru pada aku. Bukan sebab kami perlu fahami apa minat dan selera antara satu sama lain tapi kami perlu tahu budaya dan juga cara hidup orang di tempat lain.

Jujur aku cakap memang tak sama, sejak duduk rumah mertua selepas kahwin sebelum kami pindah rumah sewa sendiri. Berdikari kata orang. Sebulan mengajar aku erti kehidupan dalam keluarga dear, memang lain tapi hakikatnya lain keluarga lain juga cara hidupnya kan.

Makanan.

Kalau ikut ini  memang penting sebab apa kalau tak makan memang tak ada tenaga, memang kelaparan la jawabnya kan. Hehe…dirumah MIL aku bebas untuk masak apa saja. Tak perlu nak fikir tekak orang ni terima atau tidak. Lain dengan keluarga aku kami makan makanan yang mak masak sebab arwah bapa macam kurang selera bila orang lain yang masakkan.

Jadi sekurang-kurangnya dapat juga aku belajar makanan wajib orang jawa…. Dear orang jawa. Tempe yang sememangnya aku tak pernah suka nak makan tetiba rajin pula makan. Tapi bila tempe goreng atau sambal tempe, kalau tempe campur dalam sayur lodeh memang tak lalu makan.

Bukan tu je, petang-petang kalau kami berkumpul ramai-ramai biasanya mak akan masakkan sesuatu untuk kami minum petang semasa mak masak untuk makanan tengahari. 2 dalam 1 kata mak, tau je la kan…mak aku ni tukang jahit, kadang-kadang pun nasi  boleh hangit sebab terlupa dia sedang masak nasi. Beza dengan rumah dear MIL tak masakkan apa-apa pun kecuali kami sendiri masak atau beli apa-apa yang kami nak makan.

Beza pula masa kami makan dirumah mak, kami akan makan bersama-sama kecuali arwah bapa sebab kadang-kadang balik lewat dari masjid atau pun dia ke masjid dan kami tak boleh tahan lapar lagi. Dirumah MIL kami makan beramai-ramai juga tapi biasanya akan makan berpasang-pasang. Macam kakak ipar yang dah ada 4,5 orang anak makan kami yang lain tunggu je la, atau pun kami makan "kandar" kata orang. Duduk ambil angin dari belakang rumah MIL. Huhu....beza kan.

Bahasa.

Ha…ini memang payah sikit, sejak dari bertunang dear dah bagitau memang ada beza dari segi bahasa. Tapi aku dah sedia maklum kawan sebilik di rumah sewa dulu memang orang jawa juga. Jadi bahasa memang berbeza. Eh…tempat aku pun ada loghat cuma tak de la sepayah bahasa jawa ni tau. Dulu aku macam ayam itik…sebab arwah FIL suka cakap jawa. Nak tak nak aku selalu tunggu dear bagi translate. Hehe..

Teringat masa pertama kali pergi rewang….hua…jiran-jiran sembang dengan MIL guna bahasa jawa, aku diam tak cakap apa pun…huhu…Tapi sekarang kalau ada orang cakap jawa dengan aku memang aku faham sikit-sikit cuma tak pandai nak balas balik dalam bahasa jawa je la. :p

Rewang.

Eh kat kampung aku dah jarang sangat yang amalkan cara ni. Tak taulah kenapa  kan, tapi memang sejak aku sekolah menengah dah jarang-jarang aku tengok mak aku pergi tolong orang yang nak kenduri tak kisah la kenduri kahwin ke kenduri apa kan. Tapi di tempat dear, memang sentiasa ada. Setiap minggu bila masuk cuti  sekolah ni memang ramai yang kahwin kan. Kebanyakkan akan jemput jiran tetangga untuk rewang beramai-ramai. Sesekali seronok juga kan sebab masa ni boleh kenal, bertemu dan bermesra sesama jiran dan saudara.

Kunjung Mengungjung.

Yes! bila kami akan kunjung mengunjung? mestilah bila hari raya. Sebulan raya jadi kami pergi setiap rumah jiran berdekatan dan juga semua saudara mara. Eh...masa raya baru nak jumpa biasanya kecuali kalau ada yang buat kenduri kahwin, tahlil atau pun kenduri cukur jambul anak. Kalau tidak memang tak jumpa jawabnya. 

Biasanya di rumah MIL kami pergi berjalan raya kerumah jiran berdekatan pada hari raya pertama. Malam raya atau raya ke dua pula kami pergi ke rumah saudara (adik beradik PIL). Siapkan duit raya dan juga siapkan bekas untuk simpan duit raya anak-anak.

Ok setakat ni ini je la yang aku ingat, tapi kenangan awal bergelar isteri memang maniskan... ish...teringat pada sorang perempuan ni, terjumpa di klinik...katanya bunting pelamin masih belum sempat pergi bulan madu tapi dah mengandung. Ops itu rezeki kan, tak  sama macam aku dapat peluang berbulan madu hampir 3 tahun setengah.


Thursday, November 21

Kisah Bulan Madu

Assalam....

Bila tengok orang sana sini kenduri kahwin memang seronok kan. Bahagian paling seronok mesti bila bersiap mahu pergi bulan madu....bercuti berdua-duaan tanpa gangguan orang lain. Walau pun dekat tapi bila bercuti berdua pun memang dah cukup seronok kan.

Hehe....nak tahu tak?

Hakikat yang tersimpan selama lebih 7 tahun berkahwin ni...aku tak pernah pergi bulan madu ni! Ha....kenapa pulak kan?

Memang dah merancang selepas selesai majlis kenduri sebelah aku kami mahu pergi ke Pulau Pangkor je yang tak jauh mana dengan kampung aku. Tapi bila merancang memang tak jadi kata orang. Emak aku demam dan kemudian arwah bapa aku pula demam sampai ke hari Khamisnya...hari Jumaat kami rancang mahu gerak ke rumah abang sebab majlis di rumah dear bermula pada malam Ahad. Jadi hari Sabtu aku dah ada dirumah MIL. Sila abaikan aku masuk sebelum majlis sambut menantu tu ek.

Bila emak ayah aku tak sihat kami pun tak sampai hati nak tinggalkan mereka, lagi pula mereka tak sihat sebab penat dan susah hati dengan masalah lauk pauk kenduri kami hari tu.

Selepas berkahwin kami tinggal dengan PIL. Haih....teringin juga nak pergi tapi dear dah mula kerja. Aku pun dah sibuk mencari kerja, maklum lah sebelum kahwin aku tinggal dengan kakak di Puchong jadi kerja disana pun aku tinggalkan sebab jauh dan dear tak mahu ulang-alik ke sana untuk kerja.

Bila dah bekerja duduk rumah sewa asing-asing ada juga rancang nak bercuti sama tapi impian tinggal impian juga. Kalau aku cuti dear masih tetap bekerja sebab masa tu dear bekerja dengan abangnya...sebab tu kerja selalu lebih masa dan hari berbanding orang lain.

Hari cuti umum biasanya kami bercuti tapi tempat yang paling aku nanti-nanti kan mesti lah balik kampung. Haih....ini pun alasan utama aku, dari kami bercuti pergi jalan-jalan lebih  baik kami bercuti jumpa keluarga di kampung.

Antara tempat yang pernah kami pergi...


Melaka, ini pun percutian sehari suntuk je. Rancang nak tidur sana tapi entah kenapa takjadi pula. Dah tak ingat dah. Masa ni baru-baru mengandungkan Amar dan masih belum tahu lagi dah mengadung pun. Gambar ni semasa kami naik eye on melaka. Hehe..


Permandangan yang tersangat tak cantik kan...termasuk dengan perempuan chuby tu. haha...hakikat! kami selalu pergi pantai Kelanang  atau Morib tapi setakat pergi sekejap je...Pernah bawa Amar dengan Ashraf mandi itu pun airnya dah surut.


Port Dickson...itu pun selepas adik dear selesai exam di Segamat. Kami tidur 1 malam di Segamat dan 1 malam lagi di PD. Pergi sini pun sebab dear nak bawa MIL bercuti.


Cameron Highland selepas berpantangkan Amar. Huhu...dear dah janji nak bawa pergi sini. Alang-alang gerak dari kampung lebih kurang sejam lebih je dah sampai. Tidur semalam je, tapi dapat juga jalan-jalan.

Ha....memang tersangat sikit kan. Ini hakikatnya, kami lebih suka habiskan masa dirumah atau pun balik kampung. Bila bekerja memang letih jadi bila tiba hari cuti kami berehat sepuas-puasnya.

Hal bulan madu tu kan....ish...tak payah nak bulan madu sangat sebab kami duduk asing dengan MIL jadi memang hari-hari bulan madu. Tiada gangguan katakan....hehe.

Tahun ni belum pergi mana-mana lagi, dear ada ajak tapi setakat ni belum rancang lagi tambah-tambah belum tahu status tempat kerja dear akan datang pula. Huhu...kalau di sini mungkin kami tak pergi mana-mana pun. Habiskan masa dengan anak-anak dirumah lagi seronok.

Paling malas bercuti ni bila masa nak kemaskan baju untuk pergi dan balik. Ha....pergi memang seronok tapi bila balik dah letih...memang malas.

Lagi pun dear ni bukan jenis suka jalan-jalan sangat...pergi mana-mana pun aku yang ajak kalau tidak memang duduk rumah je la jawabnya. :)

Tuesday, November 19

Rezeki Pertama Dari Nuffnang

Assalam....

Alhamdulillah setelah sekian lama berblog akhirnya aku dapat juga meras kemanisannya. Hehe...walau pun hasil yang aku dapat tak seberapa tapi aku tetap bersyukur kerana ini semuanya rezeki dari Allah. Terima kasih nuffnang!




Semakin ligat mahu aktif berblog tapi kekangan masa dan ditambah dengan gangguan dek anak-anak aku buat mana yang termampu je la.

Monday, November 18

Amar Yang Rajin

Assalam....

Percaya tak Amar memang jenis suka lihat apa yang orang lain buat. Bila dia selalu perhatikan dia mula nak cuba praktikkan sendiri.

Ini yang aku dapat lihat. Sebab aku percaya mesti Amar selalu melihat aku, MIL dan juga opahnya melipat kain. Hehe...syukur walau pun tak kemas tapi sekurang-kurangnya dia sentiasa mahu mencuba.




Ha...ini buktinya Amar lipat semua baju Ashraf dan baju dia sendiri.

p/s : Sekarang setiap kali selepas mandi memang Amar tak mahu aku pakaikan dia baju. Dia minta pakai sendiri, ish.....anak mama ni dah besar la sekarang.


 

Sunday, November 17

Berjiwa Kental

Assalam...

Alahai tajuk memang tersangat sesuai rasanya, mana tidaknya semenjak menjadi seorang ibu dan ayah kepada anak-anak bila dear jauh dimata memang menguji jiwa raga aku. Maklum saja setiap hari setiap masa mereka akan bersama-sama dengan aku.

Pernah juga terfikir nak berehat sekejap tanpa anak-anak di rumah
Pernah terfikir nak hantar anak-anak main dirumah MIL dan kakak ipar bila hari Sabtu dan aku pula keluar sejam dua berjalan-jalan di mana-mana pasaraya.

Haih...mujur setakat ini perkara yang difikirkan ni belum pernah aku buat. Jujur aku kata memang tak sampai hati nak tinggalkan mereka mengenangkan aku yang sememangnya cuti hari Sabtu dan Ahad.

Apa yang termampu aku buat memang aku akan buat seperti mana yang mereka minta. Huhu....biasanya hujung minggu kami pergi main buaian, gelongsor atau jongkang jongkit di taman. Awal-awal dulu mak tinggal dengan kakak jadi kami setiap minggu berjalan ke rumah kakak di Puchong. Tapi malam memang aku selesa tinggal dan tidur di rumah kami.

Ada juga MIL ajak kami bertiga tidur umah MIL tapi memang rasa tak nak pula. Bukan apa aku lebih senang tidur di rumah sendiri. Memang la MIL takutkan kalau-kalau apa-apa hal terjadi kan tapi pada aku biarkan saja setakat  ni kami belum pernah ada gangguan yang teruk. Hehe....maksud aku kawasan rumah sewa ni bukannya tidak bahaya tapi aku sentiasa ambil langkah berjaga-jaga.

Teringat masa awal-awal dear pergi jauh, memang takut sebab masa tu sibuk ada yang kata motor, basikal dan segala macam benda jiran-jiran dekat rumah hilang dicuri orang hampir setiap malam.

Penyelesaian setiap kali balik kerja terus masukkan anak-anak ke dalam rumah, kunci kereta siap-siap dan motor dear pun dah pindahkan ke rumah kakak ipar sebelah rumah sebab lebih selamat memandangkan kakak ipar sentiasa ada dirumah dan tempat letak motor lebih selesa, tiada panas matahari dan jauh dari tempias terkena air hujan.

Masuk rumah mangga pintu siap-siap dan tawakal semoga semuanya selamat tanpa ada mara bahaya mengganggu kami bertiga. Alhamdulillah setakat ini kami masih selesa di rumah sendiri.

Eh...pasal jiwa kental pulak memang tersangat kental. Tau tak setiap pagi bila hantar anak-anak pergi rumah MIL Amar akan sibuk menangis kuat-kuat, pujuk macam mana pun memang tak layan. Akhirnya cara yang mudah MIL cakap pergi je sebab bila aku dah jauh memang dia senyap. Haih.....Ashraf pula memang sempoi sebab jumpa je mak langnya memang terus tak ingat nak babai atau pun nak salam. Dah tu pula memang  tak suka aku cium-cium pula tu. Kalau peluk-peluk angkat pun tak nak juga, meronta-ronta minta turun bawah.  Huhu...macam-macam ragam anak-anak ni kan.

Tapi mereka..............

Buat aku ceria hari-hari
Buat aku makin senang hari-hari
Buat aku makin gembira hari-hari
Buat aku belajar banyak perkara hari-hari.
Buat aku makin rajin setiap hari.

Ini baru anak 2, kalau 3 tak tau lah kan. Walau pun setiap kali balik dari rumah MIL memang selalu bergaduh berebutkan kerusi depan tapi tetap comel mereka dimata aku. Inilah sikap anak-anak yang memang buatkan kita pening tapi keletah mereka tersangat mencuit hati kalau diingatkan.

Tau tak kenapa aku tak sanggup tinggalkan anak-anak?

Eh...mereka kan tanggungjawab aku,  jadi kalau setiap kali aku bercuti memang akan bawa mereka kemana saja.

Bila isi minyak....mereka pun sibuk bergaduh nak pegang hose minyak tu, siap isi pula sibuk nak  tutupkan tempat minyak tu.

Bila pergi bank...mereka orang pertama yang nak tolong masukkan kad, tolong masukkan duit atau ambilkan duit.

Bila pergi kedai....mereka akan statik di satu tempat, bahagian barang mainan atau pun gula-gula. Hehe...mainan memang tak dapat la, kalau  gula-gula memang aku boleh belikan sebab mainan dan bersepah dirumah.

Bila pergi kedai kek....mereka pandai pilih sendiri kek dan roti mana yang mereka mahu.  Mujur balik rumah mereka makan walau pun tak habis.

Bila pergi kedai burger...mereka memang kenal terutamanya Mc'Donald....jadi kalau lalu mahu atau tidak beli juga la Happy Meal...tapi mainan mesti sama kalau tidak pengsan nak pujuk salah seorang untuk mengalah.

Malam-malam tidur kami tiada masalah, anak-anak dapat susu sebelum tidur kemudian bila dah lena tidur tak minta susu lagi dan akan minta bila bangun pagi. Setakat ni bila hari bekerja memang mereka akan bangun awal cuma sesekali pernah juga lewat tapi terpaksa kejutkan la...kesian. Kalau hari cuti memang mereka selalu bangun lewat...bukan lewat sangat dalam pukul 8.00 pagi je tak pernah nak lewat dari tu biasanya.

Arghh......sekarang aku tak tau lah aku memang  tak boleh terpisah dengan mereka. Lambat sikit balik kerja pun rasa bos ni kejam la apa la...haih...sampai macam tu sekali kan.

Insyaallah dear pun akan tamat kerja hujung bulan ni, syukur pada Allah kami bakal bersatu semula. Tapi masih belum tahu lagi akan datang kerja di sini atau pun ditempat lain...haih....apa pun semua itu rezeki kan.

Tapi sesekali terpandangkan pandangan jiran pada aku buat aku makin gembira, mungkin mereka ingat aku sangat tabah orangnya.....Haha...tersangat lah tabah kan.

Mana tidaknya anak-anak, rumah dan semuanya berkaitan kewangan pun aku uruskan.

Itu semuanya tak jadi masalah pada aku. Anak-anak Alhamdulillah memang terurus setakat ni.

Rumah....haih...aku kan jarang sangat masak-masak ni jadi selalunya aku beli makanan siap-siap. Cuma sampah, aku pastikan seminggu 2 kali aku akan buang. Sampah lampin dan sampah bekas makanan la  yang banyak. hehe...Tau je la duduk kawasan kampung jadi perlu hantar sampah ketepi jalan, ditempat yang dikhaskan untuk memudahkan lori sampah datang kutip. Lain lah kalau duduk rumah taman memang tinggal letak sampah depan rumah je kan. Alahaiiii bukan susah pun nak buang sampah memandangkan rumah tak jauh dengan jalan besar tempat kumpul sampah tu.

Kalau perihal kewangan biasanya dear yang masukkan duit tu aku pun tak perlu bersusah pergi ambil no di pejabat pos pun. Kami guna online je, memang senang kan. Jadi itu pun dah terlalu banyak memudahkan kerja aku.

Ish...ini lah serba sedikit pengalaman pertama bila ditinggalkan dear. Hakikatnya sejak kami berkahwin inilah pertama kali aku ditinggalkan berminggu-minggu dan berbulan-bulan.  Alhamdulillah pengalaman yang banyak mengajar erti kebahagiaan kan.... :p




Thursday, November 14

Penjahat Kecil

Assalam...

Baru beberapa minggu lepas aku ada terbunuh seekor cicak ni, itu pun kata orang secara tidak sengaja. Bukan apa memang aku tak sangka, aku keluar pergi tandas lebih kurang pukul 3 pagi bila masuk pintu bilik tak boleh tutup, kaku sekejap apasal pula pintu ni tak boleh tutup ek...aku biarkan je la, alang-alang mata dah mengantuk kan.

Bila pagi....pang! aku tengok tersembul isi perut cicak tu. Huih...kejam kah aku ye?

Ekornya pun tergolek je kat lantai, jadi mahu tak mahu aku sapu je la sebab geli nak pegang kan. Maunya tak geli cicak ooiiii.

Tiba-tiba terfikir pula, aih tak pernah selama ni aku bunuh cicak ni kecuali arwah bapa aku dulu pernah buat sebab terlampau banyak cicak di rumah kampung kami. Arwah ambil sekeping kertas yang biasanya untuk kita bagi lalat lekat tu kan, arwah biar atas meja makan. Biasanya arwah letak sebelah malam dan paginya memang ada 3 4 ekor cicak melekat kat atas kertas tu. Padan muka ko, kami tengah makan pun sibuk datang juga tau. Geram sangat!

Bila aku cari-cari berdosakah aku membunuh cicak? huhu...terkejut sekali lagi sebab memang digalakkan membunuh cicak ni. Ganjarannya pun tinggi mengikut cara bunuh. Wah....tapi bukan senang nak dapat kan. Hehe...jadi sekarang aku tak lagi rasa bersalah pada cicak yang tersepit di pintu bilik aku.


Rimas sangat bila ada banyak cicak di rumah, merata-rata mereka ada. Nak bagi racun aku takut sebab kang anak-anak terjumpa pula. Macam mana ye nak bunuh atau nak kurangkan cicak dalam rumah.

P/s : rumah bos terlampau banyak lipas, tapi hakikatnya rumah aku banyak cicak. Bos boleh panggil pest control datang umah berjadual tapi aku takkan sebab cicak nak panggil pest control juga? Huhu...

 

Wednesday, November 13

Monday, November 11

Yang Senang-Senang Je

Assalam...

Hujung minggu baru berkesempatan masak buat anak-anak. Jadi nak tak nak aku akan masak apa yang mereka suka makan walau pun dalam hati teringin nak masak laksa pula. Hehe....

Jadi bila fikir-fikir aku nak masak spageti je la, tapi bukan makan dengan spageti makan dengan makaroni. Senang anak-anak nak makan sebutir sebutir. Kalau aku memang tak kisah cuma dear memang kisah sebab dear tak minat yang barat-barat sangat ni. Tekak original melayu yang dah terbiasa dengan masakan emaknya...hehe...ini lumrah kan, walau pun mak goreng ikan je tapi sedapnya memang luar biasa.



Alhamdulillah sarapan pagi dan makan tengahari kami makan spageti ni. Haha...syukur alhamdulillah kami kenyang makan tu je hari tu. Malam memang tak ada selera besar nak makan macam orang lain. Aku lagi senang makan roti je. Asal perut tak bunyi-bunyi dah la kan.

Eh...bukan diet tapi memang tak selera makan sebab bila tinggal seorang ni rasa penat lebih-lebih dari rasa lapar. Jadi bila tengahari memang makan yang berat-berat la kan.

Saturday, November 9

Menang Dan Menyusahkan

Assalam...

Tak dapat apa-apa email tau-tau dapat surat dari posmen minta aku ambil surat  berdaftar di Pejabat Pos Shah Alam, persiaran Dato' Menteri  sana. Bukan masalah jauh, dekat je cuma tak ada masa nak pergi sana. Kaunter cuma buka Isnin hingga Jumaat, pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Aku kerja la masa tu, jadi nak tak nak pergi ambil hari bekerja. Paling tak suka kalau kereta banyak, lewat sampai dan lewat balik pejabat. Eh...aku baru 2 bulan kerja jadi takkan nak main-main masuk lewat sesedap hati je kot. Huhu...mujur kerja di Shah Alam juga.

Keluar pejabat pukul 12.45 tepat, sampai pejabat pos sana pukul 1.30 petang. Ha....ini yang aku tak suka, bila kereta banyak jalan pun tersangat perlahan.

Eh pergi aku ikut jalan biasa dari Sri Muda terus ke Bulatan Kayangan, kemudian terus ke jalan Persiaran Dato' Menteri. Nasib baik sampai senang dapat parking. Kalau tidak mesti aku blocking kereta orang lain sekejap.

Sekali pegang sampul ingatkan pamper, tapi bila masuk kereta aku buka tengok-tengok dapat tisu. Eh....terkejut pula, sebab dalam surat posmen tak tulis pengirim pun. Jadi tertanya-tanya la kan.


Alhamdulillah menang sebagai pemenang harian.



Tisu ni memang aku suka guna, peraduan ni kalau tak silap aku cuba masuk bulan Mei atau Jun yang lepas. Tak rezeki menang yang utama dapat saguhati pun boleh la kan dari tak menang apa-apa. :p

Jadi boleh guna tisu untuk lap peluh panas pergi ambilnya, cuma baliknya cuaca hujan hingga ke pejabat. Mujur ada payung Dutch Lady sebagai penyelamat. Haha...payung tu pun dapat hasil dari tebus barkod susu kotak Dutch Lady.

P/s: sesekali menang tanpa disangka rasa seronok juga ek, walaupun hadiah nya tak cecah RM10.00 pun tapi tetap ada nilai sentimental kata orang. Haha...

Thursday, November 7

Berjumpa Semula

Assalam...

Alhamdulillah petang Jumaat dear balik menjenguk kami bertiga, syukur juga sebab aku kerja setengah hari jumaat tu. Sempat pergi ambil dear di stesen bas seksyen 17, shah Alam yang memang sentiasa dekat bila untuk dear. huhu...

Sejak dari ambil dear hingga hantar dear naik bas semula aku memang jadi mem besar. Dear jadi driver kemana sahaja.

Petang jumaat dan sabtu tiada aktiviti luar bersama dear. Kecuali dear bawa anak-anak pergi rumah MIL sebab MIL minta tolong dear tanamkan anak pisang. Kemudian dear bawa anak-anak pergi gunting rambut, jadi sebagai ganjaran sebab tak menangis gunting rambut dear belanja mereka cendol pulut. Hehe...

Hari Ahad pukul 8.30 pagi kami keluar cari tiket bas dear untuk hari tu. Ada pagi tapi kata dear tak nak sebab rasa belum puas berjumpa. Allahuakbar, memang payah nak melepaskan seseorang kan, itu yang pasti kita akan rasa. Jadi dear buat keputusan balik pukul 7.00 malam memang trip terakhir ke tempat dear bekerja. Haih....waktu magrib plak tu.

Selesai beli tiket kami pergi makan lontong klang, depan pasar jawa di pekan Klang. Memang ramai orang setiap hari Ahad. Rugi tak minta bungkus, kalau tidak boleh makan lagi sekali bila balik rumah. Haih takkan nak kena ulang tiap-tiap minggu ni?

Cadangnya nak pergi pasar besar Meru yang dah tak jauh dari pekan Klang tapi bila fikir lagi, nak buat apa pergi sana sebab aku jarang sangat masak bila dear tak de ni. Lagi senang beli bungkus je. Bukan malas tau tapi masak pun penat je, sebab aku seorang diri je yang nak makan.

Jadi  dear rancang nak bawa anak-anak main di taman, masalahnya malam minggu tu cuaca hujan sepanjang malam. Akhirnya dear bawa anak-anak ke Giant Bukit Kemuning. Main la mereka berdua puas-puas disana.





Bila tengok mainan yang ada kebanyakkan ada banyak habuk, bukan tak ada staff yang jaga tapi sibuk pegang hp je aku tengok. Bila ada kawan sibuk berbual pula. Padahal bila nak main mainan yang ada semuanya perlu guna token. Sabar je la, sebab tu aku malas nak bawa anak-anak main disini tapi bila dear yang bawa aku redha je la.

Penat main, kami balik rumah rehat-rehat dan makan tengahari. Sempat tidur memangdangkan tiket dear pukul 7.00 malam kan.

 

Wednesday, November 6

WW - Mentari Senja

Assalam...


Mentari petang ahad lepas menyaksikan kami berpisah sementara semula, huhu....

Tuesday, November 5

Salam Awal Muharam

Assalam...

Huhu....nak kata sedih tu sedih jugalah kan, tapi bila fikir rezeki yang di cari aku pasrah. Pasrah sangat bila terpaksa kerja di hari selasa ini. Haih...sepanjang jalan ke sini memang lenggang jalan raya yang biasanya sibuk dengan kereta. Bukan hari ni je tapi semalam pun sama boleh dikatakan lenggang juga. Mungkin ada yang ambil kesempatan cuti panjang balik kampung.


Simpang di kiri dan kanan jalan yang selalunya sibuk tapi pagi ni lenggang je.
Macam jiran dekat rumah aku, sejak petang jumaat lagi dia dah balik kampung sampai sekarang masih belum balik lagi. Mungkin esok baru sampai sini kot sebab sesekali bercuti biarlah cuti panjang kan.

Pagi di pejabat memang bosan, sendirian je hingga kawan drafter masuk. Tapi hingga ke tengahari memang tiada orang langsung. Huhu....apsal la bos tak bagi cuti setengah hari ek? bosan gila kerja di hari cuti umum ni.

Alasan bos minta kami kerja sebab dia cuma pilih beberapa hari je untuk cuti umum. Huhu....boleh pulak macam tu ye, aku pun tak tau nanti aku tanya-tanyakan lagi kenapa perlu kerja di hari cuti umum ni.

Eh, cuti ni tak di ambil bos ada bagitau pada aku semasa interview lagi...masa tu rasa pelik juga tapi tak pelik sangat lah sebab ada sesetengah orang pun bekerja juga hari cuti umum kan... hehe

Friday, November 1

Semuanya Mahu Yang Sama

Assalam...

Sejak Amar dan Ashraf rajin berperang sesama sendiri dan rajin juga dengki antara satu sama lain memang semuanya aku akan beli 2 untuk seorang 1 barang. Kalau tidak mesti panas telinga nak dengar bebelan mereka, kenapa tak belikan abang punya banyak-banyak la...haih...naik rimas pun ada.

Jadi sekarang aku dah tau kenapa ibu-ibu bila ada anak 2 lelaki atau perempuan akan pakaikan pakaian sedondon atau bercorak yang lebih kurang sama. Sekarang anak-anak aku pun akan minta baju yang sama juga.

Kalau adik pakai baju superman, abang pun nak baju superman juga... oh..pengsan aku kalau mengandung lagi dapat lelaki terpaksa beli 3 helai baju yang sama pula. Eh...ingat senang ke nak cari baju sedondon ni? dah la saiz Amar dengan Ashraf tersangat jauh beza...pening kepala bila tiba masa mahu beli baju. Kalau tak sedondon corak mesti nak yang sama. Hoh....ini yang perlu buka syarikat buat baju sendiri ni. :p

Bukan setakat baju, makanan pun sama. Beli sebungkus minta kongsi tak nak  mesti beli seorang 1 juga. Tapi ada kala aku saja je test beli 1 sugus potong 2 bagi derang.  ha...derang ambil je tanpa ada banyak komen itu ini. Tapi mungkin tengok masa kot, tak pun kuantiti...separuh sugus ada 5 ke 6 ketul kalau tak silap jadi setiap seorang dapat sama rata lah kan.




Abaikan je la sugus tu perisa apa, derang tau makan je kan tap pandai minta perisa apa lagi.

Jadi beli 2 memang penyelesaian. Bahkan berus gigi pun mahu jenis yang sama, kalau lain-lain mesti bising. Pernah sekali beli Happy meal mc' donald tu sekali lupa nak bagitau nak mainan yang sama.Belum sampai rumah dalam kereta lagi dah berebut-rebut nak ambil satu mainan ni sebab ada lampu. hoho....driver masa tu kelam kabut bawa kete sambil memujuk mereka. Nasib baik ok, tapi bila balik rumah sambung lagi. Yang pasti bila hal berebut barang ni si abang mesti kalah dan menangis gila-gila. Huhu....bab Amar menangis ni memang buat aku sakit kepala. Tapi mujur juga dia nak mengalah kalau tidak memang aku sorok je mainan tu dari derang.

Harap-harap akan datang ada rezeki nak dapat anak perempuan pula, baru tahu apa bezanya sikap mereka ni kan. Hehe...