Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Thursday, June 2

Muka Kasihan Budak-budak

Assalam...

Sejak 2 3 hari ni kerap pulak aku tertengok iklan si anak bagitahu ayah die buat kerja lebih sebab ayah dia kerja buat filem dan hasilnya di cetak rompak. Allah, kenapa gunakan kanak-kanak, aku rasa mesej yang nak disampaikan tak dapat diserap orang ramai.

Memang budak tu buat muka sedih tapi hakikatnya bukan ayah dia yang seorang pembuat filem tu je perlu kerja lebih, orang lain pun kerja lebih juga untuk mendapatkan segala keperluan yang semakin tinggi nilainya, tempat tinggal kalau sewa harga semakin naik, nak beli baru silap-silap tak mampu bila harga dah cecah dekat 500k sebiji.

Arwah bapa aku dulu pun buat banyak kerja, tak de pun dia merungut kat kami anak-anak, cuma di pesan biar kami belajar rajin-rajin jadi orang berguna kelak sebab arwah tak sekolah. Nak pulak aku anak bongsu, arwah dah cecah 60 tahun masa aku nak masuk poli, arwah tetap kerja jadi jaga semata-mata nak bantu aku sekesaikan duit yuran dan belanja makan tiap bulan.

Bukan dengan merungut kita boleh dapat apa yang kita nak, aku paling sakit bila gunakan kanak-kanak buat iklan macam tu, agak-agak budak tu faham tak apa yang die sampaikan ye? Aku rasa dah 3 tahun kemudian baru dia faham agaknya dengan apa yang diasampaikan.

Kerja cetak rompak bukan setakat filem je tapi semua pun orang nak cetak rompak tudung, baju, kasut, beg pendek kata macam-macam.

Paling penting kenapa wujud cetak rompak? Sebab harga barang original/asal terlampau mahal dari kemampuan. Jadi orang wujudkan cetak rompak supaya semua orang mampu beli dengan harga berpatutan.

Ha..sekian bebelan aku pagi ini, rimas sebenarnya tengok iklan tu..lama tak nampak tetiba ada lagi, sakit je tengok.

Tuesday, November 19

Rezeki Pertama Dari Nuffnang

Assalam....

Alhamdulillah setelah sekian lama berblog akhirnya aku dapat juga meras kemanisannya. Hehe...walau pun hasil yang aku dapat tak seberapa tapi aku tetap bersyukur kerana ini semuanya rezeki dari Allah. Terima kasih nuffnang!




Semakin ligat mahu aktif berblog tapi kekangan masa dan ditambah dengan gangguan dek anak-anak aku buat mana yang termampu je la.

Thursday, August 23

Professional Photoshoot RM35.00 je!

Assalam...

Pagi tadi tengok email ada barang baik di Groupon. Wah...teruja sebab bulan 3 lepas dah ambil gambar sekali tapi mahal juga. Kalau dapat yang murah macam ni mesti lah best kan.

3 orang RM35! kalau 4 orang berapa eh? murah sangat kalau dibandingkan dengan sesi yang aku ambil dulu. Hehe...

Masih belum sempat nak jenguk laman web groupun sebab di office tak boleh buka. Jadi nanti balik rumah aku nak tengok. Kalau ikukan berbaloi sangatlah kan.

- 1 jam sesi indoor atau pun outdoor
- Tempat di selangor atau kuala lumpur sahaja. Putrajaya pun bestkan, mesti cantik
- 15 keping gambar saiz 4R
- Dapat soft copy atau 15 gambar edit

Ini yang aku nampak, selebihnya aku tak pasti. Siapa yang mencari photoshot yang murah boleh lah dapatkan voucher ni. Company mana aku tak tau lagi, nanti bila aku dah jenguk aku akan updatekan lagi ok!
 

Monday, July 30

Nestle 100 Tahun


Assalam...



Minggu lepas masuk lagi 1 peraduan online nestle. Hehe...saja mencuba sekarang ni. Cara nak masuk mudah saja.


Sama ada mahu menulis, menghantar gambar, video atau pun tweet saja. Aku pilih menulis dengan ayat yang ringkas dan mudah di fahami.


 Isikan butiran peridbadi untuk masuk peraduan ini.

Kemudian karanglah ayat yang anda mahu ceritakan. Setakat ini aku ingat kisah-kisah sejak berkahwin saja, kisah-kisah semasa kecil agak tidak menarik nak di kongsikan. Lagi 1 aku tak pandai nak olah ayat jadi lebih menarik sebab terasa macam cerita tu biasa-biasa saja. Bleh ke?


Ok, Ini kisah aku. Hehe....harap-harap mampu menang lah. Tak dapat hadiah besar, dapat hadiah kecil pun aku terima.

Nak join sama? jom pergi sini Nestle 100 Years
Selamat mencuba!

Wednesday, July 25

Kad Mesra

Assalam...

Malam tadi sempat menonton Buletin Utama, ada keluar kisah kad minyak yang di palsukan. Erk...mula-mula tertanya juga apasal ada orang buat kad palsu? itu kan cuma kad keahlian sahaja.
Rupanya memang ada gunanya, lebih dari sekadar kad keahlian sahaja semata-mata. Point yang dikumpul boleh ditukarkan kepada barangan petronas sama da dari kedai mesra ataupun pembelian minyak petrol atau diesel.

Ok, ini entry jakun sangat sebab sejak minggu lepas aku dapat sms dari petronas bagitau point aku bakal tamat tempohnya hujung bulan julai ni. Ingatkan susah sangat kalau nak tukar point tapi rupanya senang je. Ok, maknanya selepas ini sentiasa berjaga-jaga kalau mendapat resit sila simpan. Kalau tidak rugi sebab point yang kita dapat tapi orang lain pula yang gunakan.

(P/s: jimat duit aku untuk sebab budget minyak kereta 2 minggu ni boleh guna dengan point mesra petronas. Hehe...)
 

Tuesday, July 24

Membeli Buku Secara Online!

Assalam...

Sangat jeles dengan ibu bapa sekarang ni, bukan apa mampu beli buku secara online. Masa aku jadi pelajar dulu langsung tak ada pun mana-mana kedai buku jual secara online. Lagi pun masa tu IT masih belum berkembang pesat seperti sekarang. Memudahkan ibu bapa membeli keperluan anak-anak tanpa perlu keluar dari rumah.

Contohnya MPH Online menyediakan jualan dalam talian. Sambil membeli boleh berjimat sebab mereka ada promosi jika pembelian melebihi RM 80.00 akan mendapat penghantaran percuma.

Kemudahan pembayan melalui perbankan secara dalam talian juga.

Pelbagai pilihan buku tidak kira untuk sekolah rendah maupun sekolah menengah. Untuk rujukan pelajar di IPT pun boleh juga. Sempat juga intai-intai novel tapi sekarang agak tidak ada masa untuk membaca sebab aku bila baca novel lambat sikit. (Menghayati konon!)


Bahan bacaan untuk kanak-kanak pun ada. Wah...nanti boleh lah aku beli buku untuk Amar dan Ashraf tanpa perlu keluar rumah. Hehe....jimat masa.

Jangan ingat buku sahaja tau, tapi mainan pun ada juga.

Kesimpulannya, membeli secara dalam talian menjimatkan masa dan dapat memilih buku atau barangan dengan mudah. Kalau ke kedai buku kadang-kala apa yang di kehendaki mungkin tiada dalam stok. Buat penat je pergi kedai kan...:P

(Rajin-rajin klik iklan di atas kalau senang) :)