Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, January 22

Nur Aisyah Bersunat

Assalamualaikum...

Dah taip lama, terperam dalam draft rupenya, tapi ini kisah setahun yang lalu.  Pengalaman kali pertama kan memang tak tau.

Syukur hari ni dah laksana satu lagi perkara wajib di buat pada bayi perempuan, walaupun ayah kerja tapi mama boleh bawa Nur Aisyah ke Poliklinik Barakah untuk sunat. Proses mudah je ingatkan leceh macam sunat kanak-kanak lelaki. Hehe...pengalaman pertama mama kan, sebelum ni amar sunat mama tak pergi, ayah yang temankan. Ye la, kalau mama pergi sama nanti Ashraf dan Amsyar pun ikut sama. Tak ada privacy lagi la pada Amar.

Ok dah selesai pun kan, tunggu Ashraf dan Amsyar pula nanti. Itu mungkin lama lagi, sebab bila tanya mesti jawab nanti la. Takut kot hehe.

Proses sunat tu mudah, ringkas sangat prosesnya. Mula tu mama tanya pada mak ucu, adik bongsu ayah. Dia ada anak perempuan paling bongsu dalam keluarga ayah. Dia yang bagitau mama buat di sana. Mama talifon klinik untuk setkan tarikh dan masa. Tapi klinik bagitau tak perlu buat, bila nak sunat tinggal datang je pada masa ditetapkan. Klinik ni buat setiap hari sebelah pagi sahaja. Alhamdulillah sini tempat lahir Ashraf, Amsyar dan juga Nur Aisyah. Selesa dengan klinik ni, tersangat mementingkan nilai keislaman. Tiada jururawat lelaki dan juga doktor lelaki. Semua pekerja perempuan melayu dan muslim.

Mama keluar rumah pukul 9.00 pagi, bertiga dengan Amsyar. Amar dan Ashraf masa cuti sekolah memang jarang nak lekat kat rumah. Lagi-lagi ada sepupu kat rumah nenek. Seronok bermain kan.  Sampai klinik lewat sikit, sebab mama singgah bank sekejap. Orang tak ramai pun, jadi duduk dan tunggu giliran di panggil.

Dah di panggil doktor tanya kenapa, terus bagitau nak sunat. Doktor minta mama letakkan Nur Aisyah kat katil lepas tu buka seluar. Alhamdulillah walaupun Nur Aisyah sibuk nak main tapi prosesnya senang. Doktor bagi Nur Aisyah main dengan pelekat apa ntah untuk leka sekejap. Aku tak sempat nak intai-intai sangat sebab sibuk main. Tau-tau je doktor cakap dah siap. Aik...cam tu je. Ok lah sempat juga tanya doktor cara jaga. Doktor bagitau tak ada beza pun. Balik rumah buang kapas dan boleh main macam biasa. Makan pun tak ada pantang. Senang kan. Ha...ini pengalaman pertama mama jadi mama macam teruja sangat.

Amsyar jadi sangat takut bila doktor usik nak sunatkan dia. Haha...mama cakap terus terang kat doktor memang setiap kali cakap pasal sunat Amsyar dah takut. Pengalaman tengok abang Amar sunat.

Ok, best sangatkan pengalaman hari ni. Alhamdulillah, Allah lancarkan semua perancangan mama. Ye lagi-lagi bila ada yang pandang mama bawa Nur Aisyah dan Amsyar ke klinik. Tu belum dia tengok mama bawa 4 anak pergi kedai lagi. Hahaha...

Thursday, January 17

Bila Anak Sakit

Assalamualaikum...

Penat sikit minggu ni, Nur Aisyah selsema sedikit dan tugas mama pun kelam kabut minggu ni. Ye la bila anak tak sihat mesti nak memerap je kan. Tidur pun kadang kala tidur kat bawah tak nak dalam buaian. Bila tidur kat bawah jarang sangat tidurnya lama. Paling lama 3 jam tapi 3 kali mama terpaksa buat-buat tidur sambil susukan dia.

Teringat masa kerja dulu. Ye la mama mula kerja selepas kahwin. Sebelum tu kerja main-main je. Alhamdulillah rezeki dapat kerja dan masuk kerja bulan ke 2 mengandung. Allahuakbar, rezeki sangat rasanya sebab mama dah kahwin hampir 3 tahun.  Biasalah kan telinga ni dah tak larat nak jawab dan dengar orang lain tanya pasal anak.

Syukur juga bos masa tu terima mama berkerja walaupun tempoh untuk sah jawatan selepas 6 bulan. Tapi yang pasti mama layak dapat cuti bersalin bergaji. Yeah bos terima sebab mama cepat bagitau dan dia kata semoga rezeki berganda mama boleh bantu dia gandakan lagi rezeki syarikat nya.

Alhamdulillah, syarikat memang untung setiap tahun. Banyak projek masuk dari mama kerja seorang kerani di tarik untuk buat tender. Walaupun tak pandai tapi mama cuba untuk buat yang terbaik. Bila dah duduk di tender department memang sentiasa sibuk. Sampaikan makan pun terpaksa lupakan kerja sekejap kalau tak memang tak dapat makan.

Masa ni, Amar baru setahun. Macam-macam sakit yang datangsaban bulan. Demam, selsema, batuk tu dah lumrah. Nak di tambah lagi mama mengandungkan Ashraf pula. Rezeki cepat kata bos, syukur bos faham. Tapi bila selalu ambil cuti untuk jaga anak dan juga pergi check up klinik, peritnya la. Mama buat keputusan check up di swasta sebab bila pergi klinik desa tekanan darah kerap naik. Klinil swasta mama boleh check selepas balik kerja atau hujung minggu klinik pun antara perjalanan pergi dan balik pejabat.

Mama buat keputusan nak bersalin di klinik swasta juga. Syukur Allah permudahkan segala urusan. Walaupun masa ni kos rasa terbeban tapi keselesaan dan kepuasan tu ada.

Dah ada Ashraf memang bertambah la tugas mama. Nekad nak rehat dulu tak nak tambah anak lagi, tunggu 3 tahun kemudian.

Mencabar bila ada anak selang 1 tahun ni bila sakit. Amar sakit Ashraf kena jangkit, Ashraf sakit Amar pulak kena jangkit. Susah untuk mama pisahkan. Sampai ada 1 masa tu demam, selsema dan batuk serentak. Mama dah buntu, ubat klinik biasa pergi macam tak sesuai dah dengan Amar dan Ashraf. Ayah usaha bawa pergi klinik pakar kanak-kanak. Alhamdulillah beransur baik. Dalam tempoh 1 bulan hampir rm500.00 ayah dan mama laburkan untuk beli ubat dan kos klinik.

Masa ni memang mama letih, dah merancang nak berhenti kerja tapi fikirkan beban hutang belum habis lagi. Tapi akhirnya mama berhenti juga bila ada sedikit krisis yang terjadi, mungkin sebab selalu sangat ambil cuti.

Bila ada Amsyar mama dah tak risau lagi sebab masa ni Amar dan Ashraf dah besar sikit, susah nak berjangkit macam masa bayi.

Itulah sikit sebanyak kisah bila ada anak rapat dan serentak tak sihat. Dugaan masa dulu ingatkan mama sekarang lebih senang. Lebih masa untuk jaga kalau sakit. Tidur tak cukup boleh tidur lepas hantar Amar dan Ashraf sekolah kebangsaan. Makan tak kenyang tak apa yang penting anak mama sihat.

Walaupun anak-anak dah besar tapi kenangan masa kecil dulu sangat indah walaupun pahit nak lalui masa tu.

Wednesday, January 9

Berkerja, Berniaga atau Duduk sahaja

Assalamualaikum ..

Tajuk hari ni lain macam pula rasanya. Ye, ini yang mama rasa, setiap kali anak-anak minta sesuatu bila mama jawab nanti mama bagitau ayah. Kita tunggu ayah balik kerja baru kita tanya ye. Huhu budak mana nak faham kan apa yang kita fikirkan untuk mereka. Tiap kali mama cakap macam tu, mesti akan ada jawapan, mama kerja la macam dulu, mama jual la aiskrim yang mama buat tu. 

Aduhai anak, ikut hati memang nak kerja. Ada hutang lagi yang belum langsai tapi ayah dah janji nak tolong bayarkan. Ha 1 beban mama ayah dah galas. Tak bekerja bukan bermakna mama tak ada duit, ada la ayah bagi untuk belanja dapur. Sekurang-kurangnya sebelum beli atau buat sesuatu apa kata kita bagitau ayah dulu. 

Mama sanggup buatkan aiskrim untuk anak-anak mama supaya tak perlu korang naik basikal beli di lorong sebelah. Merisaukan mama bila tengok korang naik basikal lalu di jalan yang sibuk. Mama tak ada niat nak jual aiskrim tu bila ada ramai kawan korang datang rumah minta aiskrim, niat mama korang makan sama-sama dan sedekahkan je moga-moga rezeki ayah makin bertambah. 

Mama buat kuih untuk makan kita je, walaupun kadang kala mama buat nampak banyak tapi hakikatnya korang sendiri makan pun berebut. Ye, setiap kali buat karipap atau donut mama gunakan 1 kg tepung. Selalunya karipap tu memamg jarang mama dapat sejuk bekukan. Memang cepat habis. Buat petang ni, esok pagi dah habis. Kalau beli 5 biji mesti korang akan cakap tak puas, tak cukup. Ye selera korang tengah nak membesar. Mama ikutkan saja. 

Jual barang, dropship lagi 1 hal. Korang memang pantang tengok mama pegang hp, korang pun nak juga tengok. Nak pula Nur Aisyah baru 1 tahun lebih jadi banyak masa mama nak tumpukan pada dia. Memang orang kata dropship senang bila anak tidur pun boleh buat, ambil masa sekejap saja kan. Tapi prinsip mama bila depan anak-anak mama kurangkan pegang hp. 

Mama tak benarkan korang naik basikal kesekolah walaupun kita duduk di kawasan kampung. Ye kampung tapi kita di pinggir bandar, banyak kereta motor lalu lalang. Jadi agak bahaya untuk mama lepaskan korang berbasikal. Biar mama ambil dan hantar kesekolah. Biar mama penat berkejar asalkan korang selamat. 

Di rumah mama tak duduk saja, ada banyak kerja mama nak selesaikan. Jemur kain, masak, lipat kain, kemas rumah supaya korang selesa. Minat mama pada jahitan, mama akan buatkan korang baju dan seluar bila kelapangan. Alhamdulillah baju sekolah agama tahun ni mama dapat buat. Baju tidur dan baju basahan pun mama dah buatkan. sekurang-kurangnya mama menjimatkan sedikit duit ayah. 

Mama bukan jenis pergi jalan rumah orang bersembang kosong ye, mama jarang sangat nak duduk rumah orang lama-lama. Lebih baik duduk rumah dari bergosip yang tak ada faedah tu. 

Semoga korang faham niat mama. Mama dahulukan korang dari diri mama sendiri macam tu juga ayah.


  1. Tambahan sikit, mama ada je orang minta tolong jagakan anak tapi ayah tak bagi juga. Alasannya mama keluar masuk ambil Amar,  Ashraf dan Amsyar balik sekolah. 

Friday, January 4

Persekolahan 2019

Assalamualaikum..

Sudah Jumaat hari ni, alhamdulillah dah hari ketiga anak-anak bersekolah.  Syukur ya Allah mudahkan urusan kami, ye la tahun ni semua tinggal masuk je sekolah semula.  Amar sekarang tahun 3, Ashraf dah tahun 2 dan Amsyar masih di Pasti kelas 5 tahun.  2 tahun lagi kami pasti sibuk menguruskan anak masuk darjah 1.

1. Buku tulis dan lencana
Persediaan persekolahan mama dah siapkan dari awal kecuali baju je.  Buku mama dah beli sebelum kita balik kampung sebab tahun sebelum ni bila pergi hujung bulan memang ramai sangat orang yang nak beli buku juga. Jadi beli awal senang tak perlu nak beratur panjang.  Kebetulan masa mama pergi cuma ada 2 orang je masa tu. Urusan beli buku dah habiskan Rm120.00 termasuk lencana. 

Buku beli ada lebih biasanya sebab sejak dari Amar tahun 1 memang akan ada buku lebih tapi simpan sebab buku dijual di sekolah lebih mahal kan. Ye la ada gambar sekolah kot. Jadi aku akan catu beberapa buku je untuk awal tahun ni sebab nanti cikgu akan bagitau untuk 1 subjek berapa buku nak guna. Amar dah tau untuk Bahasa Malaysia je kena guna 3 buku tulis dan 1 buku catatan. Fuh yang pasti setiap hujung tahun jarang sangat guna sampai helaian akhir tu. 

2. Pakaian
Baju mama beli baju kemeja dan seluar untuk Ashraf, Amar mama cuma beli 2 helai seluar ganti seluar lama yang dah senteng. Baju sekolah agama dan sampin mama jahitkan cuma beli kain je.  Habis lebih kurang rm150.00

3. Kasut
Kasut sekolah kita beli di Bata. Kebetulan hujung tahun Bata ada buat jualan gudang di Kapar, Klang jadi kita pergi tengok kasut di sana sebab sebelum ni pernah pergi kita balik tangan kosong. Alhamdulillah kali ni banyak sangat pilihan cuma susah sedikit nak mencari saiz sebab dah bercampur. Kita datang awal jualan kalau dah hujung entah macam mana la gayanya tu. Jumlah habis rm25.00 untuk 4 pasang kasut.  Murah sangat untuk ibu bapa yang ada anak ramai. Kita dapat promosi beli 3 percuma 1. Mama ingat beli 1 jenis kasut je baru dapat tapi bila beli 4 automatik terus dapat jimat 1 kasut.

4. Beg
Beg sekolah mama beli untuk sekolah agama sebab korang asyik minta nak beg tu je, jadi mama belikan untuk korang makin rajin belajar lagi. Amsyar pun mama beli beg baru sebab beg lama dah koyak di talinya. Jumlah habis rm60.00 untuk 3 beg.  Beli pun kat Shopee semperna 12.12 lepas. 

Beg sekolah kebangsaan yang lama masih elok lagi, jadi korang gunakan je la sampai betul-betul rosak. Huhu..

5. Yuran
Yuran sekolah agama selesai bayar 27.12.18 yg lepas. Jumlah yuran untuk Amar dan Ashraf rm 390.00. Yuran ni dah termasuk buku latihan, buku tulis dan kelas tambahan bagi tahun 4, 5 dan 6. Sekolah kebangsaan belum bagitau yuran berapa, kalau tahun lepas cuma bayar PIBG rm50.0 tapi tahun ni akan ada tambahan nampaknya. 

Yuran Amsyar je yang mahal tapi insyaallah akan ayah usahakan juga. Tak pernah lagi kita berhutang dengan pihak Pasti. Jumlah yuran Amsyar rm500.00 termasuk baju sukan. Baju uniform pakai yang lama sebab masih elok dan muat lagi. 

Ini bayaran Pasti di sini, lain kawasan mungkin lain jumlahnya. Anak saudara di Perak pun berbeza jumlahnya jadi yang ini boleh jadikan rujukan atau budget kewangan. Ada yang kata mahal tapi setakat ini, di sinilah antara yang murah berbanding dengan tadika swasta yang lain. Lagipun 2 orang abangnya belajar di sini, alhamdulillah boleh membaca awal usia 6 tahun.  Kalau tak boleh membaca akan ada kelas tambahan untuk membaca tapi terhad pada murid 6 tahun.  Mualimah lebih prihatin sebab di sekolah nanti susah kalau mereka belum boleh baca. 
Inilah sedikit sebanyak yang mesti disediakan bila nak mula bersekolah. Moga jadi panduan mama akan datang untuk melihat sejauh manalah peningkatan nilai harga barang.  Hehe, jumlah semua ayah berhabis buat korang kurang rm1,300.00 kurang dari budget mama rm2k. Haha 

Thursday, January 3

Bumblebee 1.1.19

Assalamualaikum ...

Permulaan tahun ni ayah dah bagi izin untuk mama bawa korang pergi tengok wayang.  Haha.. Ayah kat rumah nenek jaga Nur Aisyah.  Sebab kenapa ayah jaga adik dan tak bawa sama? Hmmm sebab ayah tak nak tengok wayang lagipun ayah tak minat cerita yang mama pilih untuk korang. Mama pilih cerita Bumblebee.  Huhu ayah cakap bosan dan bagi la mama peluang tengok dengan korang semua. Nur Aisyah nanti dah besar sikit kita pergi tengok ramai-ramai ye.



Mama bawa pun sebab korang asyik dengki dan cemburu bila kawan-kawan cerita pergi tengok wayang.  Haih jadi mama pun ambil la peluang untuk bawa korang.  Sekurang-kurangnya dah lepas 1 permintaan korang.  Alhamdulillah lega sikit bila dah berjanji ni kena buat walau cepat atau lambat.  Ini cara mama dan ayah.

Alhamdulillah walaupun Amsyar tak pernah tengok wayang sebelum ni dia masih ok cuma mulut banyak soal la. Penat nak jawab. Makan pop corn pun bukan main lagi korang ye. Syok je tengok bila anak-anak gembira ni. Paling tak best bila Amsyar minta pergi tandas, aduh dah la jauh sikit jadi banyak la yang mama ketinggalan tengok. Tak pe la tunggu nanti lama-lama mesti tayang kat tv.  😂

Kami tak mampu nak ikutkan semua yang korang minta tapi kami cuba usahakan apa yang terbaik buat korang.  Semoga korang makin bersemangat nak belajar lagi dan meneruskan kejayaan sepertu tahun lalu.