Assalamualaikum...
Ha, dah masuk 3 minggu kot kalau tak silap sebab memang tak rancang sangat nak berhentikan Amsyar pakai lampin tapi bila fikir dah nak masuk 3 tahun apa salahnya cuba. Cakap pun dah boleh faham kan, mula-mula kena sediakan beberapa helai seluar dalam. Dear tak suka tengok anak-anak berseluar tanpa seluar dalam. Katanya nak ajar biar dari awal jangan nanti dah terbiasa tak pakai bila nak ajar pakai susah pulak. Lagi pun anak-anak dah biasa pakai lampin jadi tak ada masalah kat situ kot. Bermula episod mencari seluar dalam yang sesuai dengan minatnya, gambar kartun atau pun kenderaan yang lasak macam kereta polis, bas sekolah, bajak atau pun sekadar gambar kereta biasa saja.
Mula-mula memang susah sebab dia tak nak pakai, sampaikan dear paksa pakai juga. Menangis lah bila di paksakan. Aku tukang peratikan je. Bila dear pergi kerja aku pulak kelam kabut, kejap-kejap tanya nak kencing tak. Selang 15minit awalnya kemudian aku lewatkan selang 1/2 jam. Mula tu penat sebab banyak kali terkencing kat dalam seluar. Mungkin dah terbiasa kot pakai lampin. Sampaikan satu hari tu dia main kat luar rumah, konon bagi makan kucing tapi seronok main pulak sampai lupa nak kencing. Terkencing terus kat rumah orang, mujur luar rumah.
Setakat ni, kencing ok dah cuma bila nak buang air besar tu payah sikit. Mesti terbuang kat dalam seluar juga. Kalau kata dah terasa letakkan kat tandas tu tak pulak keluar najisnya. Haha...selalu kena angkat, letih juga. Leceh sebab rumah ni tandas duduk. Tak pernah terpikir nal beli tangga untuk anak-anak berlatih panjat sendiri. Dear kata membazir dan bahaya juga. Biar penat asalkan anak-anak depan mata kita.
Sebelum ni keluar ambil Amar dan Ashraf terpaksa pakaikan lampin tapi sejak minggu lepas dia dah boleh kawal. Sebelum keluar rumah suruh dia kencing siap-siap. Balik ambil abang-abangnya terus minta dia pergi kencing lagi. Lampin tetap aku bawa, boleh guna bila terdesak.
Insyaallah hujung bulan ni dah nak masuk 3 tahun, saiz pun dah semangat sangat. Lampin pun saiz xxl tu. Harap-harap berjaya ajar buang air besar kat tandas pula. Sabar banyak-banyak la nak melatih ni ye. Tapi seronok bila ditanya hari ni Amsyar pakai seluar dalam gambar apa. Huhu..hari-hari setiap kali pakai dia akan belek dulu gambar yang ada.
Memang dari Amar dan Ashraf pun aku latih derang lebih kurang umur 3 tahun. Alhamdulillah Allah mudahkan juga urusan aku, mereka tak ada banyak masalah.
Berehat Sebentar
Showing posts with label Potty Train. Show all posts

Sunday, April 16
Thursday, January 2
Potty Train Ashraf
Assalam...
Yahooo....awal tahun berjaya potty train Amar sekarang mulakan sesi untuk Ashraf pula. Alhamdulillah dipermudahkan dan sangat mendapat galakkan dari seluruh ahli keluarga.
Kakak ipar yang menjaga Ashraf pun seronok bila tahu aku mulakan potty train ni. Walaupun Ashraf belum berusia 3 tahun tapi apa salahnya aku cuba sebab dia sudah petah berkata-kata dan mula menyukai memakai selua dalam daripada lampin pakai buang.
Maaf juga pada mak lang dan berbanyak terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan. Mana tidaknya minggu pertama hantar Ashraf kerap terkencing dalam seluar, pernah terkencing semasa tidur dek kerana kakak ipar takut nak pakaikan lampin agar tidurnya tidak terganggu. Alhamdulillah kakak ipar yang seorang ini memang banyak membantu memudahkan lagi proses potty train.
Seluar dalam memang dah tersedia awal-awal sejak membeli untuk Amar sebab diapun minta sama. Kadang-kala aku pakaikan selepas dia pakai lampin. Tapi cuma ada 4 helai, memang tak mencukupi jadi jalan-jalan ke Giant beli lagi 4 helai. Cukup untuk setakat ini.
SEkarang sudah masuk 2 minggu dah nampak peningkatan, bila nak kencing dia terus bagitahu tak kira dirumah atau pun diluar.
Bayangkan aku bawa dia pergi rumah mak cik dear dan rumah sepupu dear sebab ada majlis perkahwinan tanpa memakai lampin. Kakak ipar kata memang patut, memang tindakan berani cumanya perlu sentiasa tanya dari semasa ke semasa. Bahkan sebelum balik aku terus-terus bertanya lagi kalau kalau dia mahu buang air.
Buat masa ni bila dia nak buang air besar ada masalah sikit, sebab tandas rumah sewa kami ni tandas duduk memang dia takut dan minta kami pegang tapi dirumah mak lang tiada masalah sebab tandas cangkung. Ok....perlahan-lahan aku ajarkan.
Rancangan akan datang nak mulakan tidur malam tanpa lampin. Ini mungkin susah sedikit. Tapi insyaAllah aku akan cuba bila tiba masa yang aku rasa sesuai.

Saturday, March 2
Potty Train Amar
Assalam...
Sudah hampir 2 minggu aku amalkan potty train untuk Amar ni,
syukur Amar berjaya masuk tandas dengan mudah sekali. Buat pertama kali mahu
mengajar Amar dan masih belum ada pengalaman lagi aku cuba membuat perancangan persediaan
sendiri. Ada baca dari internet tapi kata orang lain budak lain caranya.
Tersangat teruja juga bila Amar pandai lebih awal dari jangkaan kami suami isteri.

*Persediaan Minda*
Nak ajar potty train ni aku perlu siapkan minda yang paling
penting. Kata orang jangan marah anak kalau terkencing merata-rata kan. Jadi
aku persiapkan minda aku agar aku tak marah Amar bila terkencing. Alhamdulillah
berjaya dan Amar cuma terkencing 2 3 kali sahaja semasa minggu pertama.
Hati juga perlu tenang dan sabar sebab hal-hal membersihkan
lagi mana nak melayan adiknya lagi. Haih….memang menduga.
*Menyediakan Seluar Dalam*
Ada orang kata susah kan, tapi pada aku sangat-sangat
senang…mana tidaknya kalau terbuang air besar tak perlu nak membasuh beria-ria
pada satu tempat. Ajar pakai seluar dalam juga lebih senang sekurang-kurangnya
akan datang dia sudah tahu tiada lagi diapers tapi tang ada hanyalah seluar
dalam.
Seluar dalam untuk kanak-kanak sekarang sudah bermacam-macam
corak jadi lagi senang mahu menarik perhatian mereka untuk pakai.
*Barangan Rumah*
Pada aku barangan rumah lebih kepada tilam tidur dia dan
juga tempat bermain. Tilam tidur untuk ajar tidur siang tanpa diapers. Yang ni
pun Amar berjaya dan cuma sekali terkencing semasa tidur.
Rumah aku tak guna permaidani jadi lagi senang nak
bersihkan. Sekadar tikar biasa cuma perlu bersihkan dengan air je. Lain la
kalau guna permaidani memang leceh sebab berat nak basuh dan jemur.
Mahu ajar Amar buang air besar pun tidak menjadi satu
masalah besar.untuk beberapa kali aku ajarkan buang air besar di lantai sahaja
tapi bila lihat dia sudah tahu aku ajarkan dia duduk di mangkuk tandas. Lagi
pun mangkuk tandas tinggi bahaya pada Amar kalau terjatuh pula nanti. Mungkin
perlu sediakan tangga untuk memudahkan dia panjat dan duduk di mangkuk tandas.
Kalau tandas cangkung lagi senang kerja. :)
Pada sesiapa yang mahu ajar anak buang air ditandas kenal
potensi anak dahulu. Macam Amar aku tahu dia suka bila aku minta dia mask bilik
air. Sentiasa mengingatkan anak-anak bila mahu kencing perlua masuk tandas
sebab bila mereka sudah ralit/leka bermain mereka akan lupa dan menyebabkan
mereka terkencing. Ada yang kata mulakan dari 15 minit sekali kemudian setengah
jam sekali dan seterusnya sejam sekali sehingga dia faham.
Setakat ini masih belum ajar Amar keluar rumah tanpa diapers
sebab kami jarang-jarang sangat keluar jalan-jalan pergi pasaraya. Sekadar
pergi kedai dan rumah nenek memang sudah berjaya. Lampin yang ada pun memang
jimat, sebab dipakai waktu malam sahaja.
Ok ada siapa-siapa tahu macam mana nak ajar anak berhenti pakai diapers
100% tak? Hehhe…sebab anak-anak abang aku masih pakai bila tidur malam.
Friday, February 22
Potty Train - Hari ke 3 & 4
Assalam...
Semakin hari semakin banyak perubahannya. Manatidaknya lebih cepat Amar pandai dari tempoh yang kami jangkakan. Alhamdulillah...untu hari ke 3 dia terbuang air kecil sekali je...dan untuk hari ke 4 tiada lagi terbuang dan mahu buang air besar pun pandai bagitau nak berak.
Aku target mungkin akan ambil masa seminggu dua untuk dia membiasakan diri buang air kecil dan besar dalam bilik air tapi tahu-tahu lebih awal dari jangkaan.
Rasanya mungkin sebab dia suka main air, ha.....bila rasa nak terkencing aku terus ajak dia lari masuk bilik air main air. Hehe...maunya tak seronok! Lagi satu mungkin selesa bila pakai seluar kecil dari diapers. Petang semalam tidur aku pakaikan diaper masih bersih, tak kencing....mungkin selepas ini aku mahu latih tidur siang tanpa diapers pula.

Monday, February 18
Potty Train - Hari Ke 2
Assalam...
Alhamdulillah hari ini hari ke 2 melatih Amar ke bilik air dan tidak memakaikan lagi diapers. Sebelah pagi terbuang sekali dan selepas itu dia makin teruja sebab aku pakaikan dia 'seluar kecil'. Syukur...Allah permudahkan walau pun baru hari ke 2.
Sebelah petang pula boleh dikatakan berjaya cuma selepas mandi petang sebelum Maghrib Amar terbuang air besar. Haih....mungkin belum biasa lagi, lagi pun masa tu aku tengah sibuk sediakan makan malam. Langsung tak perasan sama ada Amar ada cangkung atau tidak. Mujur ada seluar kecil jadi tidaklah bertabur merata-rata dan perlu mengambil masa untuk membersihkan. :p
Lepas Maghrib dan makan malam dear bawa Amar dan Ashraf ke rumah nenek dan masih tidak dipakaikan diapers. Berjaya masuk tandas buang air kecil!.....good try Amar, mama seronok sekurang-kurangnya bila mama tak kerja ada sesuatu yang membanggakan berlaku. :)
(p/s: dulu 1 hari 3-4 diapers akan kami guna, tapi untuk 2 hari ni kami cuma guna 2 sahaja. 1 untuk tidur siang dan 1 lagi untuk tidur malam. Sekurang-kurangnya jimat sikit belanja untuk beli diapers Amar kan.)

Sunday, February 17
Potty Train - Hari Pertama
Assalam...
Fuh....berpeluh-peluh juga ek nak mulakan Amar meninggalkan diapers. Sejak dari bulan lepas dah rancang nak ajar Amar tinggalkan diapers ye la....makin lama makin besar saiznya. Sekarang sudah guna saiz XXL jadi dah sesuai sangat la untuk aku ajar dia. Dear setuju je, dan paling best kami dah sedikan hampir 10 helai 'seluar kecik' untuk dia. hahahahaha....
Palang yang ada pun dear sudah buka, lagipun Ashraf sudah pandai panjat lagi bahaya. Memang niat kami nak buka palang bila Ashraf sudah pandai panjat. Tau-tau balik rumah petang tu dear dah buka....yahoooo...suka lah anak-anak. Senang nak bawa Amar pergi masuk tandas kalau nak buang air.
Cacatan ini cuma untuk kenangan akan datang, hehehehe... ok untuk hari pertama aku cuba selama 2 jam je. Itupun 2 kali ter'buang' luar tandas. Haih...ini baru hari pertama kan.. perjalanan masih panjang. :)
Esok mahu ajar lagi, biarlah Amar mahu buang dimana-mana pun asalkan ada hasilnya nanti. Huhu....tengah menyediakan diri juga ni nak mengemas, membersihkan tempat yang bakal di tuju Amar nanti.
Semoga Allah berikan kemudahan pada kami.

Subscribe to:
Posts (Atom)