Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, November 28

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2017

Assalamualaikum...

Asyik cerita tentang peperiksaan je 2 minggu ni. Selagi anak-anak belum bercuti kita pun sibuk juga nak tahu keputusan peperiksaan masing-masing. Setakat ini Alhamdulillah! Perkembangan yang sangat membanggakan kami sebagai mama dan ayah.

Amar di sekolah agama dapat tempat ke 2 tapi peratus markah cikgu masih belum beri lagi. Yang pasti ada peningkatan sebab petengahan tahun dapat tempat ke 4. Alhamdulillah, sekarang menampakkan minat ke pelajaran agama walaupun bila suruh baca buku tu susah ye.

Amar di hari penyampaian hadiah di sekolah agama.

Beratur umtuk menunggu giliran naik ke pentas.

Amar di sekolah kebangsaan pula dapat tempat ke 15 dalam kelas. Ini pun peningkatan yang sangat baik sebab masa peperiksaan pertengahan tahun dapat tempat ke 36 dalam kelas. Huhu...peratus pun naik juga.

Keputusan peperiksaan akhir tahun.

Ashraf seperti biasa memang setiap tahun akan naik pentas. Harap-harap boleh diteruskan hingga ke sekolah rendah nanti. Dapat tempat ke 3 je katanya. Haha geram je.

Aku dan dear tak pernah berjanji apa-apa pada anak-anak. Kalau mereka dapat keputusan baik tak ada apa yang aku nak bagi sebab itu yang mereka dah usahakan semampu. Tapi kalau menurun dari peperiksaan pertengahan tahun aku rancang nak potong astro. Sebab makin lama makin tak relevan dah rasanya melanggan astro lagi. Harga setiap tahun makin naik, perkhidmatan kadang kala pun geram juga. Angin sikit je dah tak ada gambar. Lagi pun bayar sebulan rm100.00 tu bukan dapat tengok semua saluran siaran yang ada. Siang berebut dengan anak-anak, malam pula dengan dear. Tu yang aku tak larat. Lagipun anak-anak kerap sangat tengok siaran kartun.

Balik sekolah terus buka tv, bukan buka baju atau sibuk nak makan. Dear tak kisah sebab aku yang ambil astro ni. Tujuan untuk bagi dear tengok bola sebab aku selalu kena tinggal kat rumah seorang diri.

Aku berharap tahun akan datang mereka terus sukses lagi. Bukan berniat nak berlagak/menunjuk-nunjuk tetapi nak bagi anak-anak makin bersemangat nak belajar.

Tuesday, November 14

Konvokesyen Tadika Pasti 2017

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari Ahad lepas dah selesai pun hari konvokesyen Ashraf, seronok sangat dia nak pergi konvo. Dear kejut pagi-pagi tak menangis pun terus siap mandi, gosok gigi dan pakai baju. Sarapan ringkas je aku masak pagi tu. Dear yang bawa Ashraf, aku tak ikut sebab tak nak bawa Aisyah sana kat tempat ramai orang. Yang mana boleh elak aku elakkan la. Lagipun tak sampai hati kalau anak-anak nak tidur pun keadaan tak selesa. Bising kan, aku bukan jenis rajin bawa anak-anak masuk pasaraya besar ye. Jarang sangat kami luangkan masa ke pasaraya ni. Kecuali bila ada nak membeli je.
Geram sangat tengok muka tu..nampak macam sombong plak

Tempat yang sama seperti Amar tahun lalu.

Ok, dear bagitau dear sampai awal. Elok sangat lah tu kan, kalau sampai lewat nanti terkejar-kejar pula cikgu nak siapkan. Dear tak ambil gambar pun, gambar yang ada ni pun aku ambil dari group yang cikgu Pasti buat. Ada ibubapa yang rajin ambil gambar dan kongsikan. Alhamdulillah selesai sudah pelajaran 6 tahun Ashraf di Pasti. 3 tahun belajar di sana dan syukur memang nampak sangat membanggakan keputusan dia.

Sunday, November 12

Peperiksaan dan Air Jagung

Assalamualaikum...

Musim peperiksaan dah pun tamat, sekarang masa untuk aku tunggu anak-anak bawa balik kertas peperiksaan. Huhu rasa nak luruh jantung aku bila tengok hasilnya. Ada yang boleh buat aku senyum tapi ada juga yang buat aku panas hati tengok. Senyum sebab jawab dengan baik la tu. Panas hati bila tengok kertas peperiksaan yang banyak salah. Salah pada soalan yang senang je. Geram sangat tengok.

Tak pe, aku dulu pun bukannya pandai sangat pun. Mak pak aku tak pernah nak tengok kertas peperiksaan aku. Nak tunjuk pun tak berani tau, mujur juga mak pak tak pernah minta. Tapi alhamdulillah apa juga yang aku dapat mereka tetap bersyukur. Ye, kita sebagai ibu bapa kena terima dengan apa juga yang anak-anak kita dapat kan. Itu yang mereka mampu. Walaupun kadang-kadang tersilap tengok simbol tolak tapi dikira tambah. Itu yang mereka mampu buat dan juga itu yang Allah dah susun cantik untuk mereka. Mungkin pada kita nampak senang tapi pada usia anak-anak soalan itu sukar. Apa apa pun aku tetap bersyukur dengan apa juga hasil yang anak-anak aku terima.

Hari Khamis lepas cikgu tadika Pasti jemput aku dan dear datang sekolah untuk majlis Ihtifal dan juga majlis sambutan hari lahir pelajar yang lahir bulan September hingga bulan Disember. Alhamdulillah, majlis ini diadakan tertutup hanya untuk ibu bapa yang anak-anaknya dapat keputusan cemerlang sahaja. Syukur sangat dengan kejutan sebab cikgu tak beri fail dan buku laporan peperiksaan Zikri Ashraf. Dia dapat tempat ke 3 dalam kelas, sama seperti peperiksaan petengahan tahun yang lalu.

InsyaAllah hari Khamis akan datang akan melalui peperiksaan setara. Peperiksaan ini dah di jalankan di setiap pasti dan yang layak akan di hantar ke peperiksaan peringkat kawasan pula. Lepas tu aku pun tak pasti macam mana pula. Mungkin jadi wakil kawasan ke peperiksaan peringkat negeri pula agaknya. Amar pun terpilih tapi sekadar peringkat pasti je tak dapat sampai ke peringkat kawasan. Apa pun syukur sangat kan.




Amar masih belum tahu lagi keputusannya. Baik sekolah agama maupun sekolah kebangsaan. Mungkin minggu depan kot cikgu pun nak ambil masa juga kan nak tanda dan buat apa yang patut. Aku pulak hari-hari tengok SAPS macam orang gila tunggu keputusan keluar. Sekali keluar nanti huhu entah la debar-debar sangat la plak.

Kisah air jagung tu aku pernah beli 1 jug di kedai dekat kawasan rumah ni. Nak di jadikan cerita aku habiskan sebab masa tu anak-anak dah kekenyangan. Bila Amar rasa nak minum dan minta terus aku gelabah sebab budak-budak ni perangainya bila dah habis baru nak makan atau nak minum. Aku janji lain kali mama buat yang lagi sedap.

Sedap ke tak tu aku tak tau, kata Amar sedap. Tapi dear cuma cakap tak manis...ok je. Hmmm maaf ye kami suami isteri ni jarang sangat nak puji memuji ni. Hehe...tak pe yang penting aku tau dear bukan suka minum air yang ada susu. Contoh macam air sirap bandung atau air tembikai susu...lebih kepada air sejuk la. Kalau air panas dear ok boleh telan.

Aku ambik resepi kat facebook. Insyaallah resepinya memang boleh di simpan. Tekak aku rasa sedap juga, tapi kurang manis sebab aku tak letak susu pekat banyak. Kebetulan bila dah nak mula masak susu habis pula. Anak-anak sekarang sibuk minum air teh susu cicah dengan biskut pula. Nasi pun kurang makan. Kadang-kadang geram juga tapi nak buat macam mana dah itu yang anak-anak nak makan.

Dapat 2 jug juga kalau ikut resepi ni tapi aku buat minum 1 jug lagi 1 aku buat ais krim malaysia. Sekarang memang sentiasa buat sebab tak nak bagi anak-anak beli di luar. Yang aku tak pasti bersih ke tidak. Dah ada aiskrim ni, anak-anak makin kerap la pula buka tutup peti sejuk...huhu serba salah jadinya. Sabar je la kan dengan anak-anak ni.

Thursday, November 9

Nur Aisyah 3 Bulan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekarang dah nak masuk 4 bulan usia anak ke 4 aku, hehe..tapi awal bulan hari tu baru je cucuk untuk 3 bulan sebab ada masalah sikit. Ye la cucuk 2 bulan pun dah sangkat dek kerana Nur Aisyah makan antibiotik dari hospital kan. Nurse takut ada kesan jadi lewatkan cucuk hingga ke 3 minggu lamanya. Tak pe yang penting sihat. Lambat atau cepat aku utamakan kesihatan anak yang penting. Nurse pun bagitau tak perlu terkejar-kejar nak cucuk supaya anak sihat akan datang. Yang penting jangan langsung tak cucuk.

Ni masa nak pergi tengok pak cik warded kat Hospital Sungai Buloh.

Ni masa tunggu Amar balik sekolah agama. Sampai tertidur menunggu.

Ringkaskan hasil kedatang kami ke klinik awal minggu ni. Berat naik sekarang dah 7.7kg, ini memang dah semangat sangat rasanya. Bulan lepas cuma 6.1 kg dan naik 1.6 kg bulan ni. BMI masih normal jadi dr dan nurse tak bising. Panjang dan lilit kepala pun masih normal, tapi yang aku selalu risaukan berat. Sebab nurse selalu tegur bila ada baby yang kecil atau terlebih besar dari sepatutnya.

Monday, November 6

Aktiviti Sekolah Amar

Assalamualaikum...

Fuh...minggu lepas dah habis berdebar-debar bila anak-anak ada peperiksaan akhir tahun. Ye la kan, anak ni bila kita suruh baca buku ke buat latihan ke liat nye la. Sekarang tawakal je la, mungkin itu je yang anak ni mampu buat. Lagi pun aku dulu pun main je tak macam anak-anak sekarang ni.

Bila dah habis peperiksaan maksudnya memang dah tak belajar sangat la kan. Musim hujung tahun ni cikgu akan buat aktiviti yang tak melibatkan buku teks lagi aku rasa. Sekolah agama Amar dah pulangkan buku. Untul sekolah kebangsaan kalau ikut jadual pulangkan hari rabu nanti. Aku dah minta dia kemaskan dan malam rabu nanti aku cek dan minta dear ikatkan kemas-kemas ikut apa yang cikgu nye minta.

Ada lagi 3 minggu sekolah ni..jadi minggu lepas cikgu dah pesan pada Amar untuk bawa barang-barang yang perlu ke sekolah. Adoiii kena keluar duit juga tu nak bagi anak-anak jalankan aktiviti ni. Tapi aku dah tengok nampak macam ok la kan untuk bagi mereka faham. Beli kat kedai yang murah-murah je. Yang penting Amar boleh guna dan faham apa yang cikgu ajar. Itu yang penting kan.

Ada pen penanda, tanah liat, pinggan kertas dan klip kertas.

Ini aktivinya mengikut subjek sains


Ashraf aku tak pasti la, hujung tahun ni katanya tak banyak belajar cuma cikgu ajar mana-mana kawan yang belum fasih membaca lagi. Allahu...tekanan kot pada cikgu untuk bagi anak-anak pandai membaca sebelum masuk darjah 1. Susah kan sistem pendidikan sekarang. Entah la zaman dulu lain, sekarang dah lain. Moga-moga bertambah baik la dari zaman dulu tu hendaknya kan.

Saturday, November 4

Pertandingan Mewarna

Assalamualaikum...

Ini kisah 2 minggu lepas, ada Majlis Infratani di adakan di kawasan Padang Rakyat di Jalan Kebun. Ada macam-macam aktiviti di buat. Kebetulan anak-anak pun tak ada aktiviti terus aku daftar derang masuk pertandingan mewarna. 2 hari ke 3 hari sebelum kot dah daftarkan. Mula-mula Ashraf takut juga sebab katanya tak pernah masuk kan. Tapi aku pujuk-pujuk dia nak juga masuk. Petang tu terpaksa tinggalkan Nur Aisyah sebab tak nak dia berpanas di padang tu nanti.

Kiranya aku dapat lah keluar sekejap dengan anak yang 3 ni. Sampai sana terus buat pengesahan lagi tapi nama Ashraf tak ada pula, daftar baru dan terus ambil lukisan. Amar dan Ashraf terus cari tempat kosong dan duduk. Amsyar pun seronok nak tengok sama.


Tak sampai 1 jam pun, dalam 35 ke 45 minit je. Selesai mewarna anak-anak dah dahaga, walaupun pihak urusetia ada bagi goodies bag tapi tak cukup sebab Amsyar dah minum 1. Huhu... jadi pusing-pusing belikan aiskrim, jalan-jalan tengok apa yang menarik. Nampak ada yang buat ala-ala zoo. Tapi tempat nye terhad la kan dalam 1 khemah je. Anak-anak tak nak masuk jadi kami tengok dari luar je la.


Nak masuk ada bayaran tapi dah lupa berapa kena untuk seorang. Kalau tak silap rm3.00 untuk seorang. Dalam tu ada arnab, ayam, kambing, ayam belanda dan mungkin banyak lagi kot binatang nya. Aku tak nampak semua sebab ada ramai orang yang berdiri tepi pagar tu.


Cuaca memang panas petang tu, anak-anak bising nak air pula. Sambil pergi beli air intai-intai kalau keputusan pertandingan mewarna dah keluar ke belum. Memang belum lagi, lambat juga kot nak tunggu. Sementara tunggu duduk bawah khemah besar depan pentas ada ceramah masa tu. Seronok juga tentang keibubapaan tajuknya. Tapi anak-anak duduk sekejap dah asyik rimas ajak balik. Mana tidaknya masa beli air tadi Ashraf terkena air gula yang orang tu letakkan kat atas bekas jual air tu. Angin kuat terus cawan tu jatuh kat dia. Kesian habis kena kat tangan dan kaki. Melekit habis. Kalau kita sendiri kena pun memang tak selesa kan... jadinya terus la balik rumah.

Sebelum ambil Nur Aisyah kami beli lok cing atau sate ikan dan juga goreng pisang. Ini sebab aku dah lapar. Ambil Nur Aisyah dan balik rumah tanpa tau apa keputusannya. Nak tunggu lama lagi tapi dalam kepala teringatkan Nur Aisyah sebab tak pernah lagi tinggalkan dia dengan ibu. Huhu...risau. Memang tak nak hisap susu yang aku dah pam siap-siap pagi tu. Fuh mujur balik awal kalau tak memang kelam kabut ibu petang tu.

Keputusannya aku tak tahu, yang pasti Amar ada bawa balik buku nota. Katanya cikgu nya bagi sebagai hadiah saguhati dapat tempat ke 8. Alhamdulillah ada juga la kenangan buat anak-anak. Akan datang kalau ada lagi kesempatan nak masukkan derang lagi. Bagi derang berani nak bertanding, berani nak berlawan secara sihat dengan orang lain. Walaupun di sekolah pun ada juga macam-macam pertandingan tapi apa salahnya kalau kita sendiri dedahkan. Amar pernah masuk pertandingan mewarna semperna hari Kemerdekaan di sekolah. Dapat tempat ke 3 antara kelas. Syukur, rasa macam tak sia-sia lah aku beli pensel warna banyak-banyak tu kan. Biar derang guna untuk perkara yang berfaedah. Kat rumah pun rajin sangat lukis kan.

Cuti sekolah nanti kena siapkan kertas A4 banyak-banyak la kalau macam ni. Sekarang musim hujan, tak boleh main kat luar sangat jadi kertas dan pensel warna mesti berguna sangat. Kalau tidak mesti berebut nak tengok tv. 😅

Friday, November 3

Musim Peperiksaan

Assalamualaikum...

2 minggu ni anak-anak ada peperiksaan di sekolah. Amar di sekolah agama untuk minggu lepas, minggu ini periksa di sekolah kebangsaan dan juga ashraf di Pasti. Yang paling panik mesti aku la kan, bising la suruh derang ulangkaji, buat latihan dan baca buku berulang kali. Tapi anak-anak ni bukannya nak menurut sangat kata kita ni kan, sabar je la. Keputusan peperiksaan hujung tahun beri kesan besar pada Amar sebab hasilnya akan ditentukan duduk kelas mana nanti. Syukur untuk tahun 1 duduk kelas yang agak baik jadi tak kan nak menurun pula untuk tahun hadapan kan. Minta-minta lebih baik dari tahun ini.

Ashraf pula sentiasa rileks..tiap kali suruh buka buku memang liat. Alhamdulillah keputusan kat Pasti tak pernah mengecewakan kami mama ayah. Periksa pertengah tahun pun kedudukan baik cuma aku tak pasti kalau dah naik darjah 1 nanti masih kekal ke tidak sebab belajar perkara baru dan ada kawan baru yang mesti lebih pandai dari dia.

Buat masa ni jaga kesihatan derang je la, agar sentiasa sihat tiada gangguan untuk ulangkaji dan nak menghadapi peperiksaan. Insyaallah kami sentiasa doakan anak-anak kami dan semua pelajar lain dapat jawab dengan baik.