Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, November 5

Mesyuarat

Assalam...

Sibuk bersiap-siap kemaskan, susun apa yang perlu digunakan untuk National Sales Meeting. Kata ada mesyuarat kebangsaan maknanya aku pun perlu bersibuk juga ke ek? hehe...tak ada la. Kerja sekarang ni menjaga poster jadi poster yang ada takkan nak simpan, aku mesti edarkan pada setiap ketua bahagian mengikut negeri masing-masing. Eh...rasa macam sikit sangatkan kalau berbanding dengan syarikat barangan letrik lain. Ke aku je yang rasa begitu?

Ok selesai mengasingkan, menggulung dan mengikat aku letakkan di satu bahagian atas meja aku. Esok aku akan serahkan saja. Senang kan bila dah buat persiapan awal-awal ni.


Yup bergulung-gulung setiap poster sebab ada 3 poster yang akan di berikan. Kalau ikut perancangan awal cuma 1 sahaja tapi bila difikirkan semula, lebih mudah aku serahkan terus pada mereka dari pada menunggu mereka datang ke sini lagi. Hehe...

Syukur majlis berjalan dengan lancar walau pun cuaca hujan yang sangat lebat dan menyebabkan kawasan Jalan Kebun banjir. Aku cerita lain kali ok. :)

Paling best aku dapat makan nasi kukus. Hehe...bos tak bagi aku keluar makan walau pun bos tahu aku ada bawa bekal dari rumah. Pengakhirannya aku tak makan bekal yang aku bawa dari rumah. Bawa balik makan di rumah semula. Nasi kukus memang best! sambal belacan memang pedas, sesuai makan sebab lepas tu cuaca sejuk dan hujan. Huhuhu...sebenarnya rindu nak makan nasi kukus kat kawasan office lama, walau pun tak sedap tapi aku rindu ok.

Kesimpulannya, sepanjang hari Jumaat adalah hari yang sangat sibuk, sangat penuh dengan orang dan sangat bising. Hehe...maunya tak bising, semua sales person termasuk manager turun padang. Jadi penuh 1 level ni dengan derang di merata-rata bilik bos. Hehe...nanti-nanti aku show off apa company aku dan juga rupa company aku ni. Sekarang masih takut-takut lagi...hahahahhaha...

 

No comments: