Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, February 22

Bercuti Ke Utara Malaysia

Assalamualaikum...

Alhamdulillah cuti hari raya cina yang lepas berkesempatan nak bawa anak-anak ke negeri di utara Malaysia. Kalau hujung tahun lepas kami ke Kedah dan Pulau Pinang jadi tahun ni kami ke Perlis pula. Kebetulan ada majlis perkahwinan sepupu dear boleh la sambil hantar pengantin sambil tu cuci mata tengok tempat orang.

Hari Jumaat pagi tu dear baru bagitau nak balik kampung dulu sebelum gerak ke Perlis. Aku macam frust juga sebab kelam kabut dengan beg baju yang belum kemas lagi. Perlahan-lahan aku kemas alhamdulillah sebelum dear balik kerja selesai. Faham sahaja la mengemas di samping anak kecil ni memang mencabar.

Kami gerak balik lepas isyak sebab dear sibuk dengan kerja sikit malam tu. Sampai kampung hampir 12 tengah malam. Mak pun dah lena tidur.

Esok pagi kami suami isteri sibuk mencari rumah tumpangan yang masih kosong.  Ye, kami buat keputusan mengejut je nak pergi Perlis. Alhamdulillah rezeki kami dapat 1 tuan rumah yang ada kekosongan lagi. Kawasan agak jauh sedikit dari majlis tetapi masih boleh diterima lagi sebab kawasan bandar tak terlalu jauh.

Petang sabtu lebih kurang pukul 4 petang kami gerak terus ke Perlis. Mak bekalkan megi mee goreng, pulut durian, buah rambutan dan juga buah dokong untuk kami makan dalam kereta. Sebenarnya kami tak makan pun dalam perjalanan tu, dah sampai rumah tumpangan kami makan sebelum tidur. Kami sampai rumah tumpangan pukul 9 malam.  Masuk rumah terus kemas barang, mandi dan makan.

Rumah tumpangan kami selesa, ada 3 bilik dan 2 bilik air. Rumah teres lama tapi masih selesa untuk kami duduki 2 malam.  Ada kelengkapan perabot, tv, mesin basuh, peralatan memasak, peti sejuk dan juga pinggan mangkuk. Bayaran tak sampai rm300.00 untuk 2 malam.  Kawasan rumah terletak di Beseri berdekatan dengan pasar, klinik kesihatan dan juga sekolah rendah. Agak sibuk juga kawasan ni waktu pagi dan malam.  Ada pasar pagi dan ada juga pasar malam mungkin ada hari tertentu. Tak berkesempatan pulak nak singgah sebab malam pertama di sana tak perasan ada pasar malam,  malam ke dua kami keluar makan dan dear selesaikan urusan kerja hampir lewat malam.

Nanti sambung lagi ye, nak uruskan anak sekejap.