Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, December 30

Transpoter 3

Baru dapat gune tenet pg ni.semalam sehari suntuk dear gune.Bese la tu kalo org tgh gian nak main game.

Semalam dear tak keje.
Tgahari blek umah bawa buah tembikai kuning, tembikai susu & buah anggur hijau.Nyum nyum...
Buah tembikai kuning nyer manis tul la, pandai tul dear pilih."Kebetulan kot" katenyer.
Macam bese la kalo beli byk tu mesti nak bg MIL nyer la sket kan.
Ingatkan dear nak pg keje blek kat umah MIL tp rupe2nyer dear call adik suh dtg amik kat umah.
Tgah mlas sgt la tu.

Tgahri semalam aku masak sambal kicap ikan keli, dah lame tak masak ikan keli ni.
Bukan ape kalo nak goreng2 tu memang la aku malas, sebab asyik letup2 je minyak tu.
Tp smlam memang dah plan nak buatkan untuk dear, aku kuarkan awal2 pas tu toskan lame2 sket biar kering sket air kat ikan tu.
Nasib baik menjadi, tak de la letup2 sgat.

Pas makan dear ajak g tgok wayang, nak tgok "Transpoter 3".
Aku decide nak g Jusco Bukit Tinggi je la coz dekat & senang nak pg.
Dear plan ajak ucu, adik bongsu dear join skali.
Aku tak kesah pun nak tgok ngan sape, lg ramai mesti lagi best kan.
Ajak MIL skali kalo bleh tp bese la, kalo mak aku sendiri pun tak nak jejak kaki kat panggung ni kan MIL aku.
MIL gelak2 je bila aku ajak join tgok movie.

Aku kuar lepas asar dlam kul 5, ingatkan masih penuh parking. mane la tau kan smalam hari cuti umum.
Rupe2nyer masih byak parking kosong, dear kate org dah dtg sini semalam.
Hmmmm mcm betul je ape yg dear kate tu, bukan ape kat area panggung je ramai org tp kat Jusco ngan area lain tak ramai sgt.
Nasib baik dapat gak tiket, tu pun dok seat tgh dari depan.
Kalo tak td nak gak tgok "Cicakman 2" tp dear kate kalo bleh nak tgok "Transpoter gak".
Ucu blum cukup 18 lg ni, tp kitorg main bawa je die tgok cite ni.
Aksi panas nyer cume cium2 je tak de lebih2 la.cume aksi ganas dier memang dasyat.
So untk ucu memang kitorng tak kesah la, lgpun tinggal brape minggu je cukup 18 tahun.


Ramai juga yg dtg tgok cite ni walaupun dah lame tayang, kalo tak silap hampir sebulan rasenyer.
Dear request no pop corn coz pas tgok movie kitorng nak makan.
Ceh! mcm tu la plak.teruk kan dapat hubby cam ni nyer control makan. hahahha
Tak de pop corn pun bleh enjoy la tgok movie tu tp pening sket coz jrg2 tgok movie dok seat tgah.
Sgt menarik cite ni, hero pun smart je sebab time die keje die akan pakai kot.
Sgt kemas penampilan nyer hingga kan heroin tu pun tertarik.hahha lakonan la tu.

Kuar dari cinema trus g cari toilet disebabkan terlalu sejuk kat dalam panggung tu.
Dear decide nak mkan kat chicken rice shop lak, aku ikut je la.
Time makan bese la kitorg jrang2 nak bercite time ni, just tgok suasana keliling je la kan.
Area kedai makan ni manpak sempit tp mujur die bg cermin besar ade la nampak luas sket.
Ramai gak yg dtg mkan kat sini, aku pun 1st time mkan kat chicken rice shop kat sini.
Slalu makan kat ofis lame je la.

Abes makan nasi ayam sume, aku lak request kat dear nak mkan sushi.
Mase lalu nak g ke chicken rice shop tu ader 1 kedai namenyer "Sakae Sushi" klako gak name kedai tu (Sakai).
Aku lebih suke makan sushi kat jusco je la coz memang dari dulu suke beli kalo jenjalan kat jusco.
Dear pun dari tak pandai makan pun dah pandai la skrg ni.hahaha

Dah hampir kul 9 mlm, sok aku tak keje tp ucu ngan dear keje.
Malas dah nak pusing lg dear pun dah tunggu kat kete sementara aku ngan ucu pilih2 roti untuk BF hari ni.
Dalam kul 9 lebih sampai umah MIL,MIL tgh solat so tunggu dulu la.
MIL bekal kan kitorng ngan bubur isi keladi, wow nampak sedap je mase dear masukan dlam plastik td.
Sampai kat umah ingat nak panaskan tp dear kate kenyang maknanye baik aku simpan je untuk BF pg ni.


Ok chow coz nak prepare makanan untuk tghari ni, lg pun cuaca tgh baik ni. Kalo jemur kain mesti cepat kering.haha byak keje umah blum buat lg da... :)

Monday, December 29

Salam Maal Hijrah

:)

Andaiku tahu

Andai ku tahu

kapan tiba ajalku

ku akan memohon

tuhan tolong panjang kan umurku

Andai ku tahu

kapan tiba masaku

ku akan memohon

tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa dosaku

aku takut dosa yang terus membayangiku

Andai ku tahu malaikatmu kan menjemputku

izinkan aku megucap kata taubat padamu

Ampuni aku

dari segala dosa dosaku

Ampuni aku

menangisku bertaubat padamu

Aku manusia yang takut neraka

namun aku juga tak pantas di surga

Andai ku tahu kapan tiba ajalku

izinkan aku mengucap kata taubat padamu



Salam Maal hijrah 1430H.cuaca ujan kat sini rase cam nak sambung tido lg je.

Pas dear kuar g keje td aku pun bermalas2an nak basuh kain bagai.

Setakat kemas yg mane patut je la, dok berdua ni bukan ader byak semak pun.

Nasib baik umah comel kalo umah banglo tu mau nyer shari suntuk nak mengemas.



Tak de ape untuk hari maal hijrah ni juz lepak2 kat umah & harapan untuk tahun depan lebih baik dari taun lepas.

Azam untuk tahun baru masih same ngan azam tahun lepas yg blum tercapai lg.
Berharap sgt kalo2 tahun ni 2 2 azam aku bleh terlaksana.
Dan sebagai tambahan aku nak plan dapat baby la plak.Walaupun tu hanya azam dan impian aku ngan dear, so kalo ader rezeki aku ngan dear akan terima dgn berbesar hati rasenyer.



Kalo ikutkan kami ni dah patut pun ader anak, bukan plan ok.
Ni sebab rezeki blum tiba lg untuk kitorng so tunggu je la.
Dear ni jenis yg suka budak2 so kekadang tu cian tgok dear main ngan anak org je, kalo main ngan anak sendiri mesti lain feel dier kan.
Ntah la, skrg dah try mcm2.Cume nak tunggu result nyer cam ne.
off topic pasal baby la.



Memang aku dah duga, memang aku dah jangka & memang aku yg undi!hahha
Akhirnya Lisda & Fauzi menang besar mlm minggu lalu.
Aku lebih suke diorg ni menang dari lg 1 couple tu coz diorg ni nyer tarian memang interesting sgt buat aku ketagih nak tgok tiap2 minggu.
Untuk pertama kali dalam 10 minggu berlangsung "Sehati Berdansa" ni la kali pertama aku undi.
Dah tu plak skali aku undi 10 trus!hahha dasyat tul la aku ni.
Dear tak tau ni, kalo tau bising la nanti.
(eh ni mak yg syer kredit kat ayg tau :))




Hari ahad plan nak g mandi air terjun tp tak jd lak coz aku tkut kan skrg ni cuaca tak menentu la.

Lgpun kete dear tu nak kene masuk bengkel lak.ala tak de chance la nak g langkawi cam ni.
So kalo tak dapat g langkawi nak g pangkor je la.
Huhuh yg ni dekat la ngan kg aku.bile2 mase bleh pegi kalo dari kg.
Arghhhh berharap sgt jgn cancel lg plan aku kali ni.



Tgahri masak nasi, lauk ketam masak lemak, pucuk ubi rebus ngan sambal belacan.
Makan sambil tgok Mawi ngan Ikin sanding.
Mak oiiiii ramai tul org nyer.dah tu plak ader mcm2 rancangan untuk diorg tu dari tghr sampai ke petang.
Naik muak gak tgok muke diorg je.So aku ngan dear decide nak kuar jenjalan g tasik kota ke.
Tp time nak kuar member dear bgtau nak pinjam kete.
Punah harapan nak jenjalan tgok org kat tasik.



Chow!

Saturday, December 27

Tart Telur



Hari ni ada sedikit rajin nak masak2 lelebih lak.Dear dah request nak tart telur ni sejak dari last week lg, tp aku je yg mls nak buat.
Setelah ade angin2 rajin ni aku pun buat la.
Di die resepinyer kalo rase nak mencuba tp tak sesedap mcm beli kat kedai la, ni home made with love tau.



Bahan-bahannya
- untuk kulit pastri
*500 gm tepung gandum
*1 1/2 cawan majerin
*1 sudu besar lemak sayur (crisco)
*2 sudu besar gula
*1 biji telur

- untuk kastard
*1 cawan susu cair / susu rendah lemak
*4 biji telur
*1 cawan gula
*1 cawan air biasa
*1 sudu besar tepung kastard
*1/2 sudu teh vanilla
*sedikit pewarna kuning

Cara-cara untuk membuat pastri :
1 - Gaulkan semua bahan kecuali telur seperti serbuk roti.
2 - Masukkan telur pas tu gaul sampai rata.
3 - Canaikan tebal 1/2 inci atau kurang kemudian acukan dalam petty tin yg telah disapukan majerin.
(kalo nipis lg bagus coz nanti bile dah masak die akan jd tebal jugak)

Cara-cara membuat kastard :
1 - Gaulkan semua bahan hingga sebati.

Cara-cara memasak :
1 - Kulit pastri yg dah dimasukkan dalam petty tin tu kenelah dicucuk2 ngan garfu coz nak hilangkan gelembung udara.
2 - Bakar 10 minit, suhu 180 darjah celcius.
3 - Keluarkan & tuangkan adunan kastard ke dalam tart.
4 - Bakar lagi selama 5 minit.
5 - Sejukkan & siap untuk dihidang.


Langkah2 awal masa penyediaan
Tara!!!! dah siap

Resepi ni aku jumpa kat dalam paper, tapi dah lupa la ape nama paper tu.
Kira bleh tahan gak la kan.Kalo asyik nak beli je tak best lak ni pun aku try modified sket resepi tu.
Kalo rase nak modified tu terpulang la kan.

Tapi semalam thap kerajinan tu tak bape tinggi so aku juz buat separuh dari resepi tu la.
Akhirnya dapat la dalam 24 biji tart telur.
8 biji dah hantar ke umah MIL, balance lg 16 tu aku ngan dear yg makan la.
Tu pun aku tgok pg ni dah tinggal sebiji je.
Alamak! nampak gaya kene buat lg la ni.
Tak pe la next week baru la buat lg, kalo buat selalu nanti cepat jemu lak.

Penah la skali tu aku buat banyak, ikut mcm dalam resepi la kan.
So aku hantar kat umah MIL, semua dok kate sedap. (Bukan nak puji diri sendiri tau)
Nak aje aku paskan resepi ni kat akak ipar aku, tp diorg blum nak lg la.
Sampai kan ader yg bgtau aku leh buka kedai pastri la coz aku suka try wat roti.
Kenkadang aku try gak wat garlic bread tu tp tak jadi la, keras semacam je.
Nak kene tambah ilmu lg la kalo nak buka kedai pastri ni.

Ok...enjoy my egg tart with my dear :-)

Thursday, December 25

Selamat Hari Natal


Salam Hari Krismass!

Semalam mak, nyah ngan abg & family dtg serbu umah aku yg comel "lote" ni.haha
Bukan ape abg dtg nak hantar mak kesini ngan nyah coz esok aku nak hantar mak ngan nyah tu blek kg.
So untuk meraikan tetamu yg dtg aku masakkan la 2 3 jenis lauk pauk untuk mkan mlm beramai2.
Aku masak lauk asam pedas ikan pari, kari telur ikan ngan sayur tumis campur.
Ader gak sesikit balance sup ayam tgahri td, tp tinggal seketul je.
Tu pun tak de yg nak sentuh pun.

Aktiviti lpas makan ape lg, dok tgok Herman anak abg aku tu main pusing kat depan kitorg ni.
Orang yg tgok die plak yg nampak penat, die langsung tak nak stop.
Sebenar nyer die ni baru je "dpt" kaki.
Bukan pe die ni baru je pandai berjalan.kalo tgok die jalan tgan dok kepak2 je coz nak balance kan badan kot.
Mak ngan abah die pun dah penat nak layan so dear la yg dok melayan, nampak sgt budak2 serasi tul la ngan dear.
(So sad blum ader rezeki lg la ni)





Herman ngan pak usu



Hari Khamis lepas sarapan nyah trus siap2 mak pun dok siap2 gak.
Tak sabo nak blek coz dah 2 minggu dok umah anak sane sini je katakan.
Mak ajak singgah umah MIL pg tu coz nak tgok FIL. Sebelum tu singgah econsave g cari buah2an sesikit untuk mak bawakan blek kg ngan nak bawa ke umah MIL.
Kat umah MIL kitorng minum2, makan pisang goreng dan sembang2 jugak la kan.Bukan slalu MIL ngan mak nak berjumpa.



Kat Klang trus tunggu kat bus stand. kalo nak ikutkan kitorg ni sampai awal la dlm stgah jam.
Ingat kalo awal lg nak ajak mak g mkn kat mane2 dulu tp mak tak nak lak coz dah kenyang mkn sarapan td, lg pun nyah dah siap beli macam2 kat econsave td.
Pg check no plat bus timbul lak 1 masalh.aku memang tak nak ader masalah time nak hantar mak ni.
Tp tak leh nak elak gak, salah budak kaunter tu la.aku dah bgtau nak g Lumut die bg g ipoh lak.
So trime je la, nasib baik ader tiket lain leh tukar.
Tp kene tambah duit sket la, ok la dari kene tunggu 2 3 jam lg kan.




Dear ngan majalah, mak lak sibuk tepon kg


Mak ngan nyah naik je bus tu lega btul aku rase tinggal tunggu mak call je bile dah sampai nanti.

Maybe yang dtg amik la dah umah die yg pling dekat dan hanya die lak adik bradik aku yg ade kat kg.

Kul 1 bertolak kul 5 ptg td mak sampai kat umah yang.rasenyer mungkin esok baru blek umah kot, mesti yang ajak tido umah die dulu.

Tu pun nyah kate mak dah sonok sgt dah jejak kaki kat umah yang sebabnyer dah selangkah lg dari umah la.



Pas hantar mak ngan nyah, aku ngan dear g jenjalan kat Jusco Bukit Raja. saje2 jalan2 abeskan duit yg ade.
Malas lak nak tgok wayang, aku decide juz nak pusing2 je.
Masuk kat Jusco aku ngan dear sempat la beli 2 brg.Aku beli selipar 1 yg murah2 je la.
Dear mcm bese la slalu nak cuci mate tgok kasut bola kat kedai Royal Sporting House.
Aku ni tukang follow bontot dear je la.Last2 bukan dear nak beli pun nak tgok je.
Alasan kasut kat umah masih elok, saje nak tgok patern baru cam ne.
adoiyai!! cam ni pun bleh ke.sabo je la, dah tu minat dear kan.


Malam lak mls tul la rasenyer nak masak, lauk balance mlm tadi ader lg.
Dear dah mkan nasi petang td, tp aku dah minta awal2 lg nak mkan kat luar coz dah lame tak g mkan kat kedai member sekampung dear tu.
Order nasi goreng paprik untuk aku, pas tu dear order char kuey tiew goreng.
Kebetulan dear ingatkan FIL so dear order kan char kuey tiew lg 1 untuk ucu ngan mee goreng basah untuk FIL.
Aku tinggal sorang2 coz dear g hantar umah MIL makanan tu, nasib baik la tak ramai org so bleh la aku dok sensorang.



Tu je la aktiviti kitorg time hari natal ni. :-)

Tuesday, December 23

2 tahun 5 bulan

Wah....hari ni genap 2 tahun 5 bulan aku kawen ngan dear kesayangan aku tu
Kebetulan hari ni dear stanby keje, so BIL lak mintak lauk ikan pari.
So untuk tidak membuang mase aku ngan dear jenjalan kat pasar di Pandamaran.
Ada macam2 pilihan, untung nyer la kalo umah aku dekat gile ngan pasar macam ni.
Nak tau sebab ape? sebabnyer pasar ni memang banyak pilihan, dah tu pasar ni sepanjang jalan kat lorong belakang kawasan perumahan tu.
Memang jauh kalo pusing dari pangkal nak ke hujung.tp jualan nyer semua lebih kurang je.

Punyer la payah nak jumpa ikan pari tu, ntah cam ne aku leh nampak lak ader sekor ikan pari ni agak besar gak la.
Tunjuk kat dear, dear kate nak yg mcm tu la kan, so ape lg alang2 dah jumpa & kitorg pun dah penat "tawaf" kat pasar ni dear beli je la.
bila timbang je aku dah bleh agak dah mesti berat ikan ni, tup tup apek tu kata 5 kg lebih.
Aku memang tgok timbang die mase tu takut2 kes kene tipu lak nanti.
So alang2 dah jumpa dear kata ok, so trus bayar & tunggu la ikan tu untuk dipotong.

Sementara tunggu sempat la jenjalan cari sayur2an coz esok mak nak lepak umah aku lg.
Hari Krismass nanti mak ngan nyah nak blek kg.
Sempat la sambar udang galah as favourite dear, sayur yg MIL kirimkan ngan dear.
Aku lak juz nak jenjalan je, coz jemu la dok umah terperap je kan.

Kebetulan malam tadi aku ngan dear kuar tgok wayang cite "Histeria".
Huh! memang nampak agak seram la, sampaikan org kat sebelah aku duduk tu bleh main sepak2 kaki aku.
Bengang je kalo ader org cam ni dok kat sebelah aku.
Mcam la die sorang je takut, aku pun takut gak tp pandai la cover.
Kat luar aku tgok couple ni mcm blum kawen je.

Cadangan asal kuar mlm td cume nak cari DVD pirate.hahaha
Aku nak tgk "Qurantine".DVD tu ader tp org yg jual tu bgtau kater tak clear lak.
Tu pasal la aku ngan dear g tgok gak citer Histeria tu.
Kalo ikutkan dear nak tgok citer "Transporter", tp setelah aku pujuk2 ajak tgok cite tu next time la.

Orang yg datang tgok mlm td pun ramai gak la, bleh dikatakan ramai couple la.
Aku ngan dear tak sah kalo tak amik tempat duduk blkng, so mlm td setelah sekian lame tak duduk seat tgah kitorg try la seat tgh tu.
Bleh la, tp aku lebih slesa dok kat seat area tepi dinding.
Tak de nak pikir masalah kene sepak2 kaki, juz aku je yg sepak dinding tu.
hahaha..

Untuk sambutan 2 tahun 5 bulan ni aku masak kan dear nasi goreng cili padi + belacan, as her favourite food.
Bile aku try mkan memang pedas, ntah cam ne dear kate bleh la.
Slalu kalo dear kate bleh la tu maknanye tak pedas sgt la tu pada tekak dear.
Aku lak memang leh je masuk mkan pedas2 ni tp kenkadang perut ni tak leh nak tahan.
Siap aku ngulang ke toilet tu 5 6 kali la nanti.

For dear, ayang need you so much to make my life happier. Semoga cinta dan sayang sentiasa milik kita berdua agar dapat merealisasikan impian kita bersama2 :)

Monday, December 22

Ceria menghadiri jemputan perkahwinan

Untuk sekian kali nyer lg minggu ni akan sibuk nak menghadiri ke majlis perkahwinan dan juga pernikahan.
Start ngan hari sabtu, pg2 lg mak minta aku hantarkan ke umah mak cik coz mak nak tolong masak kan lauk2 pengantin.
Ehmm rasenyer dah lame mak tak tolong masak2 gini.
So pepagi tu dalam kul 8.30 pg aku hantar mak ngan nyah ke Puchong.
Kalo nak ikutkan umah mak cik ngan umah aku ni tak de la jauh sgt.
Cume jalan nyer la tak bape cantek sgt la.
Pas hantar mak aku blek umah trus kemas2 umah, dear g keje so kene tunggu dear blek baru la bleh pg Puchong tu.
Segan la kalo nak pg sensorang ni.kang ada yg asyik tanye lak.
Zeni mane? aku lak yg tak tau nak jawab kalo asyik ditanye.
Sebelum pg umah knduri sementara tunggu dear blek keje aku sempat la tgok mawi ngan ekin nikah.
Fulamak majlis nikah! ehmm langsung tak same la ngan majlis aku dulu.
Yg same juz akad tu je la..hahha tp aku dulu bapa aku yg nikahkan.
Mungkin begini lebih afdal pada pandangan mak aku.
Lgpun penat2 aku dibesarkan bapa aku tibe2 time nikah nak pas kat org lain lak.
Aku pun memang mintak bapa aku sendiri yg nikahkan.
Tingat lak mase bapa aku nikahkan tu ade la 2 kali tersalah sebut, mungkin takut kot tp akhirnyer berjaya gak la.
aku ngan dear dtg lewat tp blek awal.

Berbalik pada cite kenduri kawen aku pg dlm kul 1 ptg, sampai trus makan tgok2 pengantin bersanding.

siap ader yg bersilat lg..best nyer kale purple lak tu.dear lak tak heran nak tgok pengantin bersanding tu...
kalo aku nak gak la tgok, memang sepadan la pengantin tu.sweet je tgok pape pun tahniah buat Aini ngan Halim...welcome to this club! :)

lepas makan n tgok pengantin mak lak ajak blek coz mak dah dtg awal2 lg...dah rimas la tu.

Malam lak nyah ajak pg makan2 kat Port Klang...tp tak tau kedai makan yg mane...so dear bawa la kitorng g ke Chandayu. tempt nyer agak tersorok sket coz betul2 kat muara la..jalan nak g ke restoran tu laluan titi tanpa pemegang..
aku agak takut gak coz titi tu bergoyang2 bila ramai2 naik skali gus..tgok kan kayu pun aku dah seram rase cam nak tunggu mase je terjatuh..ingatkan aku sorang je yg takut rupernyer mak lg la tkut sampai kan nak tgok kebawah je mase jalan.

Kat restoran tu walaupun agak simple tp sronok la coz memang makan kat area jeti la kiranyer.tp nyamuk lak banyak, mak siap "curik" ubat nyamuk org tu coz nak letak kat bawah meja kitorang.hahha mak mak..

sampai2 je cam bese la abg aku tu la yg tukang order nak mkn ape..hmmm kitorg ikut je la abg oiiii...mcm2 la yg diorder nyer...

nasib baik bleh gak kitorg abeskan haha tu pun aku ngan dear la org last yg basuh tangan, maknanyer kitorng ni la tukang ratah2 sume lauk tu coz kalo ngan mak sayang la kalo makanan tu tak abes...tu pasal kot aku ni tak turun2 lemak nyer..hahha



Untuk hari Ahad lak, nak bawa MIL ngan family g jemputan pernikahan kat Sg Kandis Klang..umah bakal mertua Eja, my SIL...sampai sane tolong potong2 ape yg patut, lgpun mase tu memang dah tinggal sket je lagi keje..tp bleh la kalo nak tolong la kan, dear dok lepak kat umah K Ton coz nak tgok2 kan FIL kat sane.


dalam kul 12 tghari aku ngan dear kuar g Klang nak cari tiket untuk mak ngan nyah nak blek hari Khamis ni @ Krismass Day!

ehmm windu la nanti aku ngan mak kalo mak dah blek kg..so pas beli tiket aku ngan dear g makan rojak ngan cendol, singgah kedai kek g cari kek untuk birthday party Hazira anak K Nab.
then singgah lak kat 99 Speetmart coz nak cari jajan tambahan untuk party tu nanti.
So blah petang lepas zuhur K Nab mula la kuarkan kek ngan jajan sume.ehmmm nyum2 nampak sedap je kek tu..

ni la birthay cake buat Hazira


Me and dear with blue theme


Thursday, December 18

Bergembira bersama2 :)

Untuk sepanjang minggu ni aku ngan mak asyik kuar bersama2...kuar g mane?ehmmm setelah beberapa hari mak terperuk kat umah tiba la masenyer aku ngan mak kuar jenjalan...ala setakat g ke PKNS,tu pun sebab nak beli manik.bawa mak skali senang la kalo nak pilih..hmm ade la beli sesikit, ader 2 jenis 1 labuci 1 lg manik kaler oren..canteknyer tgok kaler oren ni.mak bg kain kaler oren...kebetulan lak theme colour eja kawen kaler oren ni..ok la tu bleh la aku pkai nanti.



ni la die 3 jenis dan lain kaler manik yg aku gunakan.


So kat PKNS tu sempat la cuci mate tgok tudung yg cantik2, baju2 tp mlas tul la nak beli...lgpun raya kan dah lepas..kang dear bising lak kalo asyik beli baju je.tu hari dah g shopping kat j card day pun dah byak gak la yg abes..walaupun org ramai tp aku masih sempt nak memilih baju t yg sesuai untuk aku ngan dear..dpt la 3 helai.blek umah tunjuk kat dear, dear kate ok je..aku pg beli lak kaler oren coz tu hari mase jenjalan kat ioi mall dear berkenan ngan baju t tu..so tu pasal la aku beli gak.





Mak masuk sume kedai hari tu..kalo ikutkan hati nak cari sandal, tp masalah sket la ngan saiz kaki aku ni..ade gak la slipar yg aku dah berkenan kat kedai Bata tp tak pe la next time nak cari ngan dear lak la..hmmm tp dear akan suke tak ngan pilihan aku tu?payah gak nak fikir ni.so dah alang2 mak nak tgok kasut ngan handbag aku pun join skali la.kalo cite kat bapa aku ni mesti dier bising lak nanti...mak aku lately ni asyik cari kasut ngan handbag je, last yg belikan handbag mak tu abg aku la..aku penah beli tp tak berkenan lak..so aku kene pakai la.




Dah tgahari tu aku ngan mak singgah makan kat kedai makan ape ntah namenyer, aku dah lupe coz dulu mase blajo kat poli slalu la mkan kat sini..makanan bleh than la tp kekadang aku rase cam harganyer agak mahal la.mak belanja kali ni, segan lak mak yg blanja..hehehe tak pe la kan..bukan slalu.kitorng mkn nasi campur...dan mak cam bese air favourite mesti air sirap.hmmm ni pilihan sejak dari dulu lagi kalo tak silap aku la.




Lepas makan kitrong gerak blek umah,on our way blek umah mak sempat cite nak suh aku beli umah sendiri...tp tu la aku memang dah ader umah pilihan hati, cume duit nyer je blum cukup lg..aku bawa mak tgok umah tu, mak pun kate cantik...haha tu la pasal kalo tak cam ne anak mak ni bleh berkenan ngan umah tu..nak kate dekat tak dekat la ngan umah mertua aku..so ok la kan...umah nyer 2 tingkat, kekadang cam rase pyah la kalo time2 nak kemaskan umah tu...umah 1 tingkat pun kadang2 mls nak sapu sampah ni kan kalo 2 tingkat..hahaha agaknye mase tu nanti kene la rajin2 sket la kan, kalo kotor umah sendiri pun tak leh jadi la cam tu..




Esok nyer hari Khamis aku bawa mak g cari barang2 jahit lak..memula saje je ajak mak jenjalan lg, pas tu mak kate kalo jenjalan ader pekdah ok la..so aku ajak la mak g Mydin kat Subang Jaya.tak jauh pun, dlm stgah jam dah sampai..nak cari parking kat area bawah tak de so parking kat area lapang jauh sket la..cian lak mak nak jalan kaki jejauh.sampai sane trus amik troli pg tingkat atas pg trus ke area brg2 jahitan...ader mcm2 pilihan, mak pilih zip kain, benang, getah pinggang ngan kain keras.tu pun bleh dikatakan stok untuk brape lame ntah.mak dah la hari2 gune brg2 tu.kira ok la dapat beli ngan harga yg murah sket.




Tgahari tu skali lg aku ngan mak mkan kat luar...kitorng mkn nasi briyani!huh tu pun aku yg suggest mak..mak ikut je, tup2 bile kene time bayo mak bg duit lak...ehmm mak blanja lg la nampak gayanyer..nasi nyer byak sampaikan aku pun tak terabeskan nasi tu...kire bleh than gak la nasi dier walaupun tu la 1st time aku try makan kat sane..kalo ngan dear jrg la dear nak mkn kat sane, slalu kitorng suker mkn kat umah...cume sesekali best gak kalo mkn kat luar ni.mak pun berselera gak la mkan.




blek umah dekat kul 3 ptg, rilex jap pas tu solat zohor...mak letih kot jalan2 2 hari ni sbb aku tgok mak tertido dpan tv tu lepas solat...ehmm cian lak, kalo dok umah je kat bleh...tp tak pe la dah lepas pun.sampai kat umah sibuk tgok ape yg beli td..yg pling best tang mkn tu ttp tak lupe.aku beli ayam separuh nak wat lauk kot2 ader abg yg nak dtg umah lak ke ader la lauk tak la malu sgt nanti..hehehe




So hari ni aku kuar g umah MIL nak tgok kan mesin jahit tepi, dear ngan kak ju yg bgtau mesin MIL tu tak leh jalan..aku g sane aku tgok ok je, benang pun tak de yg putus..so aku try kat perca nak tgok jahitan tu cantik ke tak..just tu je la yg aku bleh tolong tengok2kan.yg lain mintak maaf la, mesti aku tak pandai.pg puchong amik akak petang tdi..ajak mak, mak lak tak nak ikut so aku tinggal kan mak sensorang la..tak pe la, papehal kunci umah aku dah bg dah kat mak td.




pas amik, die lak ajak g KFC. nak beli makan pape yg patut la,so agak byak la yg kitorg dpt hari ni..coz y?akak bleli 9 ketul nyer..memula budget kat dlm hati,9 ketul ni cukup la kan...org yg nak mkan ader la 3 4 org je.sampai umah terus makan KFC.aktivti aku ngan fmly aku minggu ni nak hadiri kenduri kawen.aku ade la 3 buah umah, penat nak pikir nak g yg mane dulu la..




ape da aku merepek pepanjang ni...:)





Monday, December 15

Meraikan jemputan perkahwinan :)

Minggu ni sibuk ngan mak nak dtg.
Mcm2 la yg dah aku siapkan kat umah, tp sayang nyer mlm pertama tu mak trus g kat umah abg aku kat rawang.
Coz lebih dekat ngan highway lgpun ader cucu nak main kat sane.

Petang sabtu abg call bgtau nak dtg sini mlm ni, tp dah sampai masenyer abg call lg skali bgtau mak nak lepak umah abg yg kat rawang lak.
Ala mane2 pun same kan mak, kali ni mak dtg ngan mak tok.
Bapa aku tak nak ikut lak..dah la lame nak lepak sini, kalo dtg skejap je ok gak la..
Org tua ni kalo dok umah pun bosan giler gak dier.

driver yg excited nak g kenduri kawen ngan nak jumpa MIL

alamak skali dear jelir lidah la plak..

gembira coz nak pegi jumpe mak...:)


my lovely driver..

Mlm ahad tu mak sampai trus g umah abg.aku ngan dear dpt jumpe mak esok nye..hari minggu kitorg jumpe kat umah mak cik kat taman medan.
Ramai gak la yg dtg kenduri kawen tu walaupun cuaca agak mendung dan gerimis halus kejap2.tp pengantin tetap bersanding dlm majlid yg meriah.

Colour theme? biru laut, how sweet!!!chantek la bile tgok ader yg gune kaler ni.huhu jeles tau.
Mase kenduri cam ni la semua sedara mara nak bertukar citer.K
alo bulan lepas aku pg umah pak cik kat hulu klang tu byk blah ayah.

hari ni kebyakan blh mak lak, blah mak memang lg ramai.semua memang suke berkumpul ramai2 la..kebetulan lak minggu depan ader majlis kahwen mak sdara aku.pe lg memang amik kesemptan ajak semua sedara yg ader dtg umah minggu depan.

tgahri lepas mkn dan majlis pun dah selesai mak ajak lepak umah mak cik kat area blakng umah pengantin je.
pg sane jln kaki je bukan jauh sgt.kat sane minum2 pas solat baru gerak blek umah, abg lak blek umah dier la coz esok kan nak keje dah.aku ngan dear hantar akak kat puchong pas tu blek umah.

baru sejam 2 kat umah dear bgtau lapar coz dear tak mkn td..hahha aku dok sibuk ngan akak aku so tinggal la dear ngan abg je.so nak tak nak usahakan gak mskkan mee greng kuah.mujur bhan2 ader so senang la..aku main campak2 je, kbetulan mak pun tido coz letih sgt kot.so lepas asar aku ngan abg mkn dulu, pas tu baru mak mkn lak..huhu tak sangka mak kate sedap! yahoo..
so sepanjang minggu ni ngan minggu depan maybe mak akan lepak umah aku..haha puas hati walaupun tak dapat blek kg

Friday, December 12

Minggu shopping

This week aku pg banyak hypermarket, start dari minggu lepas cari brg2 dapor sampai la semalam pg cari baju untuk ipar aku yg sorng tu
shopping kat tesco nak cari brg dapo sambil survey cari brg2 lain.

ok la, byak gak la brg kitorng beli.
pas tu mase raya haji lepas aku ngan dear g mid valley lak.
ingat nak tgok movie tp sesak gile, mane la tau kot2 musim raye ni ramai yg dok kat umah.
padahal meleset lak...ramai gile!

pas tu jenjalan lak ke Giants puchong nak cari brg sket, singgah umah akak aku.

lepak2 jap pas tu blek umah..pas tu lak ader jcard day kat aeon bukit tinggi.
mak oiiii rmai gile org nyer sampai nak cari parking pun berpusing2 la 2 3 kali.
tu yg leceh kalo g sorng kalo g ngan dear ok gak la kan, aku leh trus pg jalan tinggal dier lepak jg kete je..hahhah
so dah dapat parking aku trus pg jusco nak sambar brg2 mane2 yg berkenan.
dapt la baju t 3 helai ngan comforter.
tu pun dah abes dekat 200 gak la.

dan semalam MIL lak ajak kuar cari baju adik ipar aku.

sibuk je nak baju untuk ipar aku yg sornag tu nak kawen, mcm dier lak yg nak kawen.
MIL aku ngan dear dok ikutkan je la.
aku?huh kalo ikutkan aku cam mls je nak ikut tp nak jg hati MIL la kan.
dah la kalo bab memilih kain tu mcm2 hal.
aku naik mls dah nak follow die tu,cerewet sgt.
bergaya no 1 la kalo kat dier.
dah penat ikut dier kedepan keblkg kat nagoya tu aku masuk tesco lak nak cari lg sket brg2 dapo...ader yg dah abes, nanti kalo mak dtg pyah lak kalo ader yg tak cukup brg.

so dlm minggu ni merata hypermarket aku pg.

semua nya sbb nak cari brg, time tak keje ni lak la ader mcm2 nak beli lak.
adoi la

Wednesday, December 10

Full housewife

Full housewife?..ehm memang tak penah plan la nak jd cam ni..
tp dah nasib ketentuan kot, stakat ni life kire ok la.
dear pun jenis yg tak kisah sgt aku ni keje ke tidak.
keje ok tak keje pun ok gak.
tau2 je la skrg ni kan sume nyer nak gune duit je,kalo sorng je keje tak brasap kot dapo tu..
mkan tu dear tak kisah sgt tp kalo bleh bab kesihatan ngan keselesaan tu memang la diutamakan,
tingat pesan mak dulu..kalo boleh keje tu keje la, kang mane la tau kan ajal maut, jodoh pertemuan tu ditangan yg maha esa..sekelip mata je bleh ditarik blek.
mak kate kalo bleh keje tu keje la, tp syg nyer stakat ni impian mak nak tgok aku ni keje gomen tak dpt laksanakan lg.
bukan ape, susah sgt nak dpt la.
bukan tak try pg interview tp blum ader rezeki lg la org kate kan.

so now on maybe jd full housewife & ader sket planning nak wat small business la.
tp tgh dok fikir nak wat bisnes ape la ek.
kalo tanye kat dear confirm dear kate jd tukang jahit, tu pun coz mak ngan keturunan mak tu memang tukang jahit.
mak dulu penah gak cite kat org kg maybe aku lak yg akan sambung keturunan aku tu.
adoi la
aku ni skill pun msih terkapai2 lagi..usahkan nak jahit baju org lain, baju sendiri pun mintak mak yg tolong jahitkan.hahaha thanks mak :)

kebetulan MIL aku pun bleh menjahit gak, tiap kali nak raye, nak buka skola MIL la yg sibuk nak siap kan baju org.
same cam mak aku gak, dulu mase bujang kalo cuti semester tu ader gak la aku jd tukang tolong2 mak jahit bju org lain.
skrg ni nak sentuh mesin pun tak bg.
tak adil betul la mak ni, mcm sygkan mesin lbh lak dr anak nyer ni..hahaha

so as full housewife skrg ni kene la wat keje umah.
tp dah seminggu tak keje ni aku asyik jd driver SIL je.
ader yg nak g klinik la, nak kene hantar g pekse laa.
mcm2 ragam kan kalo ader ramai SIL ngan BIL ni.
tp tu la yg meriah kan mase raye.

wat dear, ayg nak cari keje gak ek.
kot2 ader keje senang sket la wat modal nak wat business kite nanti,

Tuesday, December 9

SALAM AIDILADHA

Salam aildiladha buat semua..
semalam raya tp sedey sket la coz kalo nak ikutkan taun ni blek kg..tp aku yg tolak offer abg bulat2 bukan sebab pe..mak nak dtg sini lg bulan ni, maybe hujung minggu ni kot
kang kalo blek kg mak lak dtg susah lak..
alang2 aku tunggu je la mak dtg pastu bulan 12 nanti baru la blek kg

nak cite pasal raye korban kat sini pun tak meriah sgt la mcm kat kg kan..memang la sini pun kire kg gak tp kalo kat kg ader ramai yg dtg umah.
kebetulan lak mase raye tahun ni, dari pagi sampai ke mlm hujan je.
org yg nak sembelih korban tu terpkasa la bermandi air hujan untuk laksanakan tugas diorg tu

pagi raye ni aku lepak umah mertua aku, ader ramai la kat sane..kalo kat umah aku mesti nak nangis windu kat kg...tambah2 lak ngan lemang. :(
alahao...anak mak ni tau.
abg cam bese, pas solat sunat raya dear bawa aku g umah mertua pas tu dear gerak g tempat korban.
yg kat umah lak kejenyer mkn ape yg ader la kan..maklum la raye.

tgahri dear blek umah, tukar baju..makan tengahari pas tu rehat2 jap..baru blek umah.
kat umah mandi2 tukar baju lg trus kuar jenjalan ke Mid Valley Megamall.
nak wat pe kat sane?ehmm nak cari barang berharga..
ehmm Thank you dear..i need this thing so much, but i need you too much :)

kat sane tu dah la jem nak parking, kat dlam tu lg la...punyer la ramai nyer org..
ingatkan org blik kg, tp aku salah org nyer ramai tul
melayu kurang sket la, yg ramai cina ngan plancong asing la.
lpas dpt brg tu trus je kitorg blek umah..singgh umah mak pas tu mkn sup tulang masakan spesel kak ju..(tulang tu aku ngan dear yg beli kat pasar besar klang sehari sblum raye)
tu je la cite raye aku...

Monday, December 1

Today as my last day working

Ehmm so sad...today my last day working here..
to much memories to remember.
but live must go on.

not to happy but aku rase ok la coz beban aku keje kat sini dah tamat.
tak de farewell party, tu aku tak kesah coz yg lain benti keje pun kitorg wat farewell sendiri2 je.jumpe after working hour dan makan2 sambil2 tukar no phone.
maklum la keje skrg ni gune phone company kan.

mase nak dtg keje td cam tak de semangat je coz tau today my last day.
bile sampai ofis inform kat member2 diorg terkejut la..tu yg very2 sad moment.
nak buat cam ne..contract

after this i'll be full house wife before get new job.
but someone already offer me new job for next year.
hopefully i get that job. :)

to all my members here, i'll feel so sad to leave this company.
semoga korang semua mampu bekerja ngan lebih baik dan semoga cmpany ni akan terus maju dari sekarang.

Friday, November 28

Akhirnya... :(

Very2 sad rasa nya hari ni lepas kuar minum2 pagi ngan Jane ,
coz why dier ajak kuar minum adalah untuk meluahkan apa yg diminta dek bos aku.
kesal atau menyesal? huh ntah la, serabut kepala aku..jiwa kacau jdnyer, keje pun serba tak kene.


contract dah tamat 1 bulan lepas tp aku masih kat sini lg, memang dlam hati tertanya2 adakah aku ini layak kerja disini atau tidak.
walaupun ramai yg dtg & pergi kat sini tp hati tetap berat nak tinggalkan keje skarg ni.

aku masih bertahan walau ape juga la halangan yg dtg mase kerja kat sini, tp pengakhiran yg pasti dah tiba..inilah masanye
memikirkan next time aku bkal jd suri rumah sepenuh masa sementara mendapatkan kerja baru.

tgah musim2 ekonomi merudum ni aku rasa payah cam nak dapat keje..
tak bleh nak memilih & tak bleh nak terlalu demand.
aku layak keje trus dlam company ni cume aku perlu korbankan masa aku je.

maybe Jane nak jg hati aku coz aku byak tolong dier..bg la segala kerja kat aku akan aku siapkan juga mane yg termampu. kalo tak dapat cepat mungkin lambat, tak penah orang lain bising asalkan keje aku settle.
walaupun tak lame pegang jawatan ni tp aku dah sebati, aku bleh blaja dari bwah.. dari aku tak tau macam mane nak buat sales sampai la aku tau tu semua.
cabaran kerja ni sentiasa ada, perniagaan ngan ekonomi sling berkait.

tp dah berumah tangga ni better aku ikut arahan dan keizinan my hubby, coz dear lg tau apa yg terbaik untuk aku.

Ya Allah, aku mohon pada mu agar aku dikuatkan semangat untuk terus berusaha mencari rezeki untuk menampung hidup aku skrg ni, bukan untuk kehendak tp untuk keperluan yg mendesak. semoga aku diterima bekerja ditempat yang lebih baik dari sekarang.

Thursday, November 27

Kisah cinta 2 insan

Ramai yang tanye, mcm mane bleh kenal ngan hubby ni?
tp senang je aku jawab.kenal kat tepi jalan..nak tau sebab ape? ehmm memang aku mule2 kenal dear kat tepi jalan masa tunggu aku nak pegi tgok movie.
ehmm kitorng kenal asalnyer chatting kat 8tv, dan berpanjangan sampai la 2 tahun tp tak pernah nak jumpa.maklum la masa tu aku blaja lagi so dear kata tak nak ganggu aku blajar la kirenye.

putus hubungan slame setaun lebih kot, tu pun sebab dear tukar no fhone.after kenduri kawen abg aku yg ketiga mula la dear contact aku blek.
time tu masih kawan je, blum fikir nak cintan cintun ni..
dalam 5 bulan ber'sms' dan berbual kat phone baru la jumpa.ni pun lepas aku byak kali ajak jumpa.aku siap offer nak blanja dear makan lg time tu
kalo tak silap mase tu bulan 3 tahun 2004, aku keje kat kedai jual bunga2 segar dan aku tau serba sikit pasal velentine day ni la.
walaupun tak menyokong valentine day ni tp kedai akan dapat untung time2 mcm ni.
aku sediakan bouquet bunge punyer la byak tp sekejap je habis.
time ni la bunga naik harga dan jualan untuk cenderamata pun jd pilihan la untuk hadiahkan org tersayang, tp aku mase ni blum ader feel cintan lg la kat dear ni.
so nak dijadikan cerita aku suke la usik2 dear coz dear lbh suke mendengar dari bercerita tentang apa2 je la.

kali kedua jumpa pun kebetulan coz kepala paip kat umah akak tu patah, mintak tolong ngan dear coz tu kepakaran dear la.
sejak hari tu akak dah kenal dan aku mintak pandangan akak cam ne la kan.
akak juz kate ok je, agak malu orang nyer.mungkin sebab masuk umah bujang pompuan kot. :)
kali ke 3 jumpa, aku ngan dear pegi mandi air terjun kat sungai lepoh, kat hulu langat.cantik gile la pemandangan kat sini, ngan air terjun yg cantik tambah lak bunyi2 cengkerik tu rasa damai je.
ntah nape aku bleh ikut dier pegi ke hutan tu untuk mandi air terjun (jgn salah faham ek, bukan kami berdua je mase tu tp ader ramai lagi org lain dtg ke sane)

selepas 3 kali jumpe, dear mula tunjuk tanda suke..aku mula2 tak nak layan la, tp akhirnya tewas gak.hahha
kitorg jd couple, bercinta 2 3 bulan pas tu aku pg umah dear jumpa MIL ngan FIL.
pas tu selang 2 minggu aku lak bawa dear jumpa ngan fmily aku.
selang 3 minggu lak dear dtg lg ke kg ngan fmily dear untuk merisik & meminang.

after 2 bulan selepas merisik aku bertunang la ngan dear.dalam suasana majlis yg begitu meriah mcm buat kenduri kawen lak..maklum la kuarga belah mak memang ramai, tambah lak aku ni cucu pompuan pertama yg nak tunang kan.
lauk pauk pun ader masak banyak sampaikan terbuang jugak akhirnyer.coz mak nak biar lebih jgn kurang..

setahun kemudian baru la aku dinikahkan oleh ayahku dgn skli lafaz je.
mase ni ade macam2 perasaan.tp semua nyer yg indah2 belaka je la, agak malu coz fmly hubby dtg 1 bus.mcm rombongan cik kiah ke bukit jalil lak.
mmang patut pun sewa bus, adik bradik dear ader 10 org tak termasuk dear.

selepas berkahwin sampai la sekarang ni aku ngan hubby penah la 2 3 kali berjauhan tu pun bukan sebab ape, tp sebab aku dah terlalu rindukan kg halaman.bese dulu mase blajo aku akab blek kg 2 bulan skali.tp lpas kawen ni kene tgok budget ngan mase dulu la baru bleh blek.
aku blek awal pas 2 3 hari hubby ikut blek ngan abg aku la.mcm tu la slalunyer, senang tul tgok hubby geng ngan abg aku tu...
mcam ngam je diorg ni.

tp mungkin ini ujian Allah yang maha esa, aku ngan hubby blum ader tanda2 nak dapat baby.
aku trime ngan redha walaupun ader masa dan ketika emosi lebih menguasai minda.
moga2 Allah berikan aku kesabaran untuk menunggu kedatangan ahli keluarga dalam kuarga aku yg kecil ni.
dah 2 kali raya asyik kene soal bile lg, bile lg..
letih nak jawab, senyum je la jawapan aku tu yg pling berkesan.
ader rezeki ader la, cume tunggu cepat dan lambat je.
insyallah... :)

Tuesday, November 25

Adoi la..

hari ni tengah sedap2 buat keje aku terganggu ngan 1 email ni.
bukan email ape tp email ni menceritakan bahawa ofis aku ni akan kehilangan sorang lagi tenaga kerja wanita.

ehmm Maybelle, nanti rindu la i kat u..
i dah la byak mintak tolong u..u pun tak kesah kalo i ader buat salah..

dier ni manager aku la kirenye.
orang nyer sporting gile la..bleh lyan la kpala die ni ngan aku.
penah gak dulu kalo aku kuar mkan lambat dier blanja aku coklat ke pape je la yg dier beli kat maxvalue hari tu.
blanje mkn domino's la..tart nenas la...ehmmm windu la nanti cam ni
seb baik ader msn..hari2 bleh chat

tp sejak 2 3 minggu ni dier asyik tak masuk ofis lak
ader gak dengar cite dier tgah incharge company sendiri
tapi tak tau la, bile tanye kate tak de
ntah la...agaknyer segan kot nak cite.
aku stay keje kat sini pun sebab dier ader je
kalo harapkan bos aku mesti aku dah lame benti.

ehmmm sedey la..pas ni keje mesti jadi tension blek.
tambah2 untuk budak2 sales.
aku rase kalo masuk org baru mesti tak same mcm skrg ni kan
dah la tu hari michelle ngan joey pun blah cam tu je.
hmm agaknyer dah tibe mase kot untuk aku blah dari sini.
argh aku tak nak pikir nak kene cari keje lain la.

Hari2 Ayang Sayang Abang :)

hari ni dah 2 tahun 4 bulan kisah cinta aku ngan dear.
sekejap je rasenyer, tp cinta kami masih utuh hingga ke hari ni.
orang kate pejam celik pejam celik..cepat sungguh mase berlalu kan
skarng ni kan musim orang kawen...semlm ader member call bgtau ader member nak kawen maybe bulan 12 ni
aku kawen dulu bleh dikatakan awal la kalo nak dibandingkan ngan member yg lain
mase aku nak kawen hanye 2 3 org je yg dah kawen mase tu
ader yg tgah sarat pregnant dtg mase aku sanding kat umah MIL

sekarang ni dah ramai yg kawen dan dah ader baby dah.
buat Aja ngan Tasya, tahniah coz dah jd ibu dah korang ni ek.cam tak caye je tgok dierang ni dukung baby.
thanks Zila..umur anak ko tu la umur aku nikah cume beza seminggu je.. :)

alhamdulillah MIL ngan FIL aku sporting gile2 la.
mule2 tkut mcm nak rak gak la..tu la masenyer kiter nak kene berbaik ngan mertua
tp SIL sume prangai leh masuk la..
nak citer pasal aper pun ok je...mmang rase kuarga MIL ni rapat je mcm family sendiri.
walaupun mase mula2 tu aku yg takut2 nak bercerita tp la ni aku la yg suker mengusik diorg ni sume
ni la mase yg mengeratkan lg hubungan aku ngan dear
dear tak byak citer dear suke main ngan anak buah dear je
slalu aku dibiarkan sorng2 dok citer ngan family dear

sejak aku nikah sampai la ni..dah 3 org anak buah aku dapt
anak sendiri ntah bile la plak ek
hmmm sabor je la nti ader la rezeki aku lak.
2 anak blah dear 1 anak abg aku la.
padahal abg aku kawen lambat 7 bulan dari aku...tp rezeki diorng lak dapat bby dulu.
kalo kat umah MIL... kak nab ngan kak ton la yg dapat bby.
skarg lak kak nor tgah sarat.
moga2 lahirkan bby yg comel2 dan byak cakap tau bleh kawan ngan haikal tu..

mule2 masuk family dear ni pening gak kpla nak ingat name anak buah dear.
skarg ni ha semua aku dah kenal...bg blakng pun dah tau sape dear.
maklum la fmly aku ni kecik tambah2 lak aku ni anak yg ketiga kawen.
abg 2 org dah kawen tp anak pling tua darjah 3.
ok la tu kire sedang2 je la fmly aku ni..

acctually kitorg ni tak penah dapat peluang nak g honeymoon.
kalo plan nak pegi je mesti ader keje lain nak buat la
mule2 pas kawen dulu plan nak g yg dekat je la
kebetulan cuti seminggu kan..so plan nak g Pangkor
lastnyer terpaksa tangguh la coz mak ngan ayah lak demam
tak sampai hati nak tinggalkan diorg tak sihat kat umah.
walaupun dah kawen tanggungjawab masih ader la untuk jg mak ayah aku.

pas tu sampai la ni dok plan nak g langkawi...tp tak tau bile la nak pg
hopefully dapat la pegi, pling lambat pun maybe bulan 1 ni
nak pg bulan 12 ni mcm tak best lak..ramai org la cuti skola ni
plan nak g ngan fmly tp abg tak pat mintak cuti coz hujung taun ni dier busy lak
so sad...pg berdua je la.

maybe drive dari shah alam terus ke kedah.
atau pun trus ke kulim...tido semalam kat umah pak cik
esok nyer baru la bertolak ke langkawi
on the way blek singgah umah mak kat perak
pas tu baru blek shah alam

tak sabor rasenyer nak pg bercuti ni coz mmg dah lame plan.
pada zila kalo rase nak join jom la.
ko bawa la anak ko yg dah hensem tu same ek...mesti meriah cuti2 kiter nanti


untuk dear, plan kali ni moga menjadi la ek.
jgn ader lak keje last2 minute lak..ayang dah lame tunggu ni
tak same tau honeymoon kat umah ngan kat tempat lain... :)

Monday, November 24

Sesekali bile lelaki kedapur :)

Waduh2..bace title je dah senyum memanjang dah.
tu la penangan sang lelaki
sesekali bile my dear masuk kedapur nak masak2 mule la risau
takut2 jumpe ke tak ape yg nak dier masukkan dlam resepi dier tu
tp cam bese, dapur tu jugak la tempat yg dier mahir.
sejak lpas kawen ni ader jugak la sebulan skali dier ke dapur tolong masakkan aper yg patut.

pling rajin masak nasi...siap cipta 1 cara yg pling senang biar cepat masak ngan api yg besar lak tu..hahah tu la my dear :)
bukan takat masak nasi...masak sambal sotong ke,sambal bilis ke,mee goreng ke,huhu mcm2 la yg dear ni teror masak
pling terharu bile dear masakan nasi pas tu lengkap ngan lauk pauk
blik keje, rehat2 jap pas tu terus mkn
huhu mmg bertambah2 la makn nyer
maklumla my dear yg masak
padahal kalo tgok dear masak pun main campak2 je la...tp jd sedap gak la
kekadang kempunan nak mkan hasil air tangan dear...hahaha

ni la keadaan nyer sambal sotong my dear dalam kuali.
Last saturday dear masak kan sambal sotong..tu pun aku yg request la.
:) thanks darling..mmmmuaaaah
kalo tak silap la...Zila ngan Aja penah rase kot sambal sotong ni.
sedap...dah la cukup dier nyer rase tu...huhu tu yg sayang je nak abeskan...haha
rase cam nak minta lg

penah sekali aku blek keje lambat,dear call MIL pas tu tanye resepi nak buat sayur masak lemak...hahha
kalo nak tu jgn dihalang
penah la kalo aku letih dear tolong masak2 kan aper yg patut.
kalo tang masak ok tp tang basuh pinggan ni yg hampeh
bleh basuh bile time aku blek kg je...kalo time aku ader jgn harap la nak basuh.
byak keje umah yg dear sanggup buat...kalo lipat kain jgn mintak tolong la
jemur kain ngan basuh kain tu ok lg la.
sapu sampah, kemas umah tu ader gak la dear buat sesikit
tu pun tunggu kalo ader emergency mmber nak dtg.
hahaha...tu la my dear
to my dear hubby, ayang cayang abang sgt2 coz abang rajin...hahahha
:)

Friday, November 21

Cuti-cuti datuk & nenek

dua hari lepas mak ngan ayah aku lepak kat umah.
tak sampai hati lak nak keje pas tu biarkan diorang berdua dok kat umah lak
mak tu bukan bleh dok diam, ader je makanan yg dier akan buat kalo time boring

hari isnin tu amik half day sampai la hari rabu...huhuhu
lame tu aku cuti..tak pe la bukan slalu kan
memang ingat tak nak cuti isnin tu tp kepala rase berat je.
mungkin byak fikir pasal mak kat umah tu kot..hahaha
lgpun ingat nak bawa mak ayah tu pg umah sedara mara kat sini
fham2 je la mak cik pak cik ni kalo dah kat sini sume sedara ajak dtg umah.
driver lak yg pening mane nak pegi dulu..hahha

pagi hari Ahad pg umah abg amik mak pas tu ader la mkn2 sket
beg mak mcm bese la lebih byak dari bese.
2 beg tu, maklum la nak dok kl ni lame sket dari bese.



ni la sume beg mak...oppss yg kat tepi pintu tu tuan umah punyer la..

Hari Isnin tu aktiviti aku ngan mak cam bese la dok kat dapur.
kitorang masak kek gula hangus...dpt 2 loyang.
mak kalo bab masak serah je la..
tp segan lak aku nak mintak2 mcm2..heheh.
Hari Selasa aku cuti tp pg masuk ofis jap la.
blek tu bawa mak g umah mertua.
jenguk2 besan mak ayah yg tak sehat sket sejak raye lepas.

tgahari tu blek umah masak nasi minyak, ayam masak merah, kari ikan cencaru ngan sayur bendi..wah!!! mcm makanan yg kitorang msak..siap mak buat kuih apam lak pagi tu mase aku kat ofis..teror tul la mak kalo bab masak2 ni...anak dier ni hampeh!

petang tu pegi ambik akak kat puchong, sbelum ambik akak singgah kat umah mak cik sedara..kebetulan anak dier nak kawen bulan 12 ni, makne nyer bulan depan pun mak kene datang sini lagi la coz ader 2 umah yg dah jemput.lepas amik akak kitorg pg umah pak cik tp sayang la..tuan umah lak tak de yg ader anak2 dier merangkap sepupu aku la, tak pe la alang2 dah sampai kan.

mlm tu abg dtg umah mkn2, ptg td akak blanje mkn kfc.ayah tu memang hantu ayam goreng..hahha.tp beli sket je la.maklum la mkanan yg kitorng masak tgahri td pun byak..cam bese pas makan tgok tv, pas tu gerak g uptown kat seksyen 24, shah alam..

abg aku kalo jumpe paper ngan air teh memang tak berganjak la..

tu pun akak ajak g cari tudung ngan selipar,ajak hubby dier tak nak plak coz td dier blek keje lewat. penat lak tu..tak pe la dear biar ayang kuar ngan mak ek..mak pun ape lg, tu hari dah ader kain la ni nak cari tudung plak, dapat yg cantik n murah, cepat2 je la mak nak bayo..huhu blek umah belek2 tudung ngan kain...mak kate mmg sesuai..tp sayang nyer aku nyer tudung tak de la plak coz warna tu takder la..nanti2 la aku pg lg cari kat sane

Hari Rabu pg tu pegi umah akak ipar kat Bukit Beruntung,cam bese dah dekat nak sampai kitorg ramai2 singgah beli makanan yg nak dimasak kat sane.mcm2 lauk, ayam ader,ikan ade,sayur pun ader,lengkap ngan beras pun ader..mak kate saje nak wat suke2 mkn2 kat umah abg.tp abg keje yg ader anak2 dier je kat umah.akak lak kuar g kedai betul kan hp anak dier.kitorng pun serbu la dapo umah abg tu.akak blek je terkejut tgok,abes sume2 almari kitorg buka nak cari bahan.nasib baik senang jumpe


lepas makan cam bese...atuk ni akan meluangkan mase ngan cucu yg jarang2 sgat la dpt jumpe..

cucu atuk ni lak bukan nyer nak layan sgt atuk diorg ni.
diorg ni tkut ngan atuk tau.
hahaha

best nyer main...rase nak join je...

ptg lepas zuhur aku ngan akak berangkat la blek ke shah alam...seblum blek shah alam kene singgah kat puchong dulu nak hantar akak.. so pas tu blek umah, kemas2 umah sket2.
masak dan rilexkan diri sementara tunggu hubby blek.. agak letih jugak la hari tu
tp gembira :)