Assalam...
Teringin nak bercerita panjang kisah bersalinkan Ashraf tapi aku pulak yang takut kalau masa aku diambil terlalu panjang pasal sekarang ni masa bergitu berharga. Banyak kerja dirumah ni perlu dilaksanakan bila 2 orang hero ni tidur.
Dipendekan dan diringkaskan sebaik mungkin untuk bacaan aku akan datang maupun kongsi pengalaman dengan rakan-rakan.
Pagi jumaat aku dan dear tinggalkan Amar dirumah nenek, dan kami gerak klinik barakah hampir pukul 10 pagi. Sampai di sana terus daftar masuk dan SN terus bagi ubat cucuk bontot untuk buang air besar. Ehmmm macam mengejut je kan tapi aku terpaksa merelakan....lepas tu SN tu cek bukaan dah 3cm. Terus derang minta aku salin pakaian semua dan terus masuk ke labour room pasal aku sorang je yang tunggu masa nak bersalin.
Lama juga dlm labour room dari kul 11 pagi lagi. Dear kuar pergi solat jumaat lepas tu baru dear dtg jenguk aku lagi. Maklum la kan bila di private ni bila-bila masa bleh masuk. Memang ni la masanya aku nak comparekan service antara gov ngan private hospital.
Derang dripkan air 1 botol untuk aku sejak dari awal lagi, kalau boleh derang nak aku pecah ketuban sendiri tak mau di pecahkan.
Dr datang cek kul 2.45 petang, bukaan dah 5cm. Tapi aku masih boleh bergelak ketawa lagi dengan dear pasal sakit masih dalam kawalan. Dr suggest tunggu sampai pukul 4 kalau tak pecah Dr akan pecahkan juga la.
Pukul 3.00 petang air ketuban pecah disusuli dengan sakit yang makin menyerang tak kenal erti. Hehe.... Tangan dear jadi sasaran untuk aku lepaskan segala kesakitan. Oh bila terpandangkan muka dear hmmmmm kekuatan datang. Pukul 3.45petang selamat lahir Ashraf dengan 3 kali push.
Sayang juga la kan, disangka kan tak sampai 3.6kg tapi sekali 3.85kg plak. Hehe.... rezeki dari Allah kami terima seadaanya.
Dear menyaksikan sepanjang masa proses aku bersalinkan Ashraf. Perkara pertama yang aku tanya "macam mana?ok tak?" hehehehe.... katanyan takut!!! pasal darah banyak, kalau pasal sakit tu memang tak boleh nak tolong la kan. cey.....meh kita tukar tempat nak? hahahhaha...tak nak la ketua keluarga lagi banyak masalah nya kan.
Malam tu Zikri Amar datang dengan mertua dan adik ipar. Mujur la dear duduk rumah jaga Zikri dan aku tinggal di klinik sorang2 dengan Ashraf.
Alhamdulillah Ashraf memang baik, tidur malam lena cuma susu tu kekadang bila dia lena aku pun turut lena sama. Hmmmmm tak bleh la nak perah malam-malam susu untuk buat stok. (ha perihal susu ni pun nanti aku storykan eh....nak minta pandangan Yati ni.)
Ok la, nak out dah. Perut ni dari tadi memulas-mulas je maybe pasal sedap makan kot sekarang ni. Hahahahah...
No comments:
Post a Comment