Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, April 28

Hilang Alat Tulis

Assalamualaikum...

Sejak beberapa bulan lepas aku perhatikan Amar punya alat tulis kerap sangat hilang. Bila ditanya jawabnya tercicir, terjatuh la, kawan ambil dan juga hilang. Senang je anak ni bagi jawapan kan. Rasanya masa di Pasti dulu jarang sangat hilang alat tulis ni. Bila masuk sekolah ni makin kerap pula hilang hampir setiap hari.

Awal minggu bagi yang baru belum sampai hari Rabu dah ada yang hilang. Pensil warna lagi lah teruk jangan cakap la. Rasa macam nak ikat je alat tulis tu 1 1 biar jangan hilang. Geram sangat tengok.

Memang ada simpan stok alat tulis dari tahun lepas sebab tahu anak-anak ni memang selalu hilangkan cuma tahun ni terlalu kerap. Terpaksa bagi juga dengan syarat wang belanja di potong. Biasa kami bagu rm 2.00 tapi 2 minggu ni bagi rm1.00 je. Kalau ikutkan rm1.00 pun cukup sebab baki rm1.00 tu dia simpan dalam tabung. Bila bawa rm1.00 ni memang tak menyimpan la dia. Agak-agak kejam tak?

Rasanya tak kot, sekadar mengajar untuk dia menjaga hak milik/harta benda sendiri. Dear tak cakap apa, tapi dear yang biasanya benarkan derang main game di hp dear terus tak bagi langsung. Orang lain yang tak bersalah pun terkena tempiasnya. Huhu..awalnya dear tak bersuara pun tetiba pulak tak benarkan derang main. Kalau nak tau derang ni dari balik sekolah dah berangan-angan nak main game baik-baik sebab nak kumpul duit. Boleh beli macam-macam barang. Senyum je la aku dengar.

Tapi nampak macam Amar faham kenapa aku buat macam tu. Dia sendiri yang kata 'abang tak jaga barang sendiri sebab tu mama denda'. Ok tengok dulu beberapa hari akan datang masih berlaku ke tidak.

Wednesday, April 26

Jualan Pureen

Assalamualaikum...

Minggu lepas pertama kali dapat pergi ke jualan pureen. Itu pun dah petang jumaat bagitau kat dear, dear boleh pulak perli boleh ke pergi sendiri. Aduhai setakat di Shah Alam memang la aku sanggup sebab tempat tu dekat sangat dengan Politeknik aku belajar dulu. Cuma kisahnya dah lama tak pergi sana sendiri je la, lagi pun tempatnya pun tak pernah tahu kat sebelah mana. Jadi nak tak nak redah je la dah alang-alang dear bagi kebenaran dah.

Risau jem juga aku ikut jalan jauh, sebab keluar rumah masa orang lain balik kerja. Sabtu kan ada yang kerja setengah hari. Tu yang konon nak elak jem kat kesas. Sampai sana pukul 2.30 petang pusing-pusing juga cari mujur jumpa, dah jumpa cari tempat letak kereta pulak.

Ok ini ada 3 point je yang aku nak highlightkan, sebab baca review orang lain kat fb dan internet memang 3 ni yang teruk.

1) Tempat letak kereta

Jauh sebab ramai orang yang datang. Ye la baju sehelai rm3.00 memang la ramai yang sanggup datang walaupun jauh. Dapat ruang kosong pun agak jauh dari pagar masuk jualan. Redha je la sebab pergi sendiri kan, kalau pergi dengan dear memang la boleh turun depan pagar dan terus pilih barang yang mana nak. Balik pun boleh la call dear tinggal tunggu je kat depan pagar utama. Serius cemburu tengok orang lain yang datang dengan suami. Cumanya yang datang bawa anak tu kesian la, mesti bosan nak menunggu maknya pilih barang.

2) Bersesak

Bab ni memang tak boleh elak, tapi di bahagian baju je yang sesak. Itu pun kat bahagian baju rm3.00 tu la. Paling tak best kalau datang suami isteri, suami siap duduk belakang isteri yang tengah sibuk pilih baju. Orang lain nak celah masuk pun tak dapat. Segan kot, tak kan nak tolak-tolak dengan lelaki pulak. Masa ni dah tak kira ibu mengandung ke tak ke memang sama je.

Pilih baju pun pening juga, mana taknya yang kat sini tarik yang kat sana pun tarik. Kena cepat kalau setakat nak pilih siap cari-cari saiz tu kat situ memang tak dapat la. Aku ambil mana yanv berkenan je, pastu baru tengok saiz. Biar orang nak tarik ke tolak ke aku buat tak tau. Dapat yang ngam ngan yang dicari terus masuk beg.

Sepanjang sesi pilih baju 3 4 kali juga la staf pureen masukkan balik baju yang orang lain dah pilih letak kat tepi pagar. Bagi peluang kat orang lain pula yang nak la kan.

Dah siap pilih cari tempat lapang sebab dah tak larat nak berpanas dengan orang yang sesak tu. Duduk jap sebab nak tengok balik baju yang di pilih tu ada rosak tak, koyak ke, kotor ke..macam-macam la. Kalau tak tengok nanti dah bayar kan dah rugi. Sambil tu tengok saiz juga ye, jangan gopoh sangat sebab murah main ambil je semua

Dekat bahagian baju je sesak, di bahagian lain macam lampin pakai buang, botol, tisu basah lengang je. Nak pilih barang pun santai je. Aku tengok ada yang beli lampin, pencuci kain dan susu berkotak-kotak.

Anaknya dah ada, dah boleh terus guna memang tak rugi beli. Setakat ni barang pureen memang anak-anak aku boleh guna. Cuma tak larat nak beli banyak-banyak je.

3) Kaunter bayaran

Paling suka kat sini, tak sesak pun. Kaunter pun banyak yang pureen sediakan. Lengang je, selesa la nak bayar tak payah nak beratur panjang-panjang. Baca kat fb ada yang kata kena beratur 2 jam, dalam hati nak pergi ni siap minta doa Allah mudahkanlah perjalanan aku di sana. Risau kan sebab datang sorang je lainlah kalau berdua boleh gilir-gilir beratur kalau dah letih.

Kalau tak silap ada dekat 20 ke 30 kaunter bayaran yang dibuka. Terima kad visa kalau beli rm100.00 ke atas. Ha..kemudahan tu kan. Cuma standard plastik kena beli la, aku tak bawa beg jadi keluar juga 20 sen untuk plastik. Dia siap minta plastik besar terus kat kawan dia, jimat walaupun aku rasa macam tak kuat je nak angkat bawa ke tempat letak kereta.

Pendek cerita aku yang pertama kali pergi jualan pureen, aku rasa berbaloi. Cuma antara sanggup dengan tidak je la. Kebetulan aku pergi lepas zuhur, sampai sana pukul 2 lebih dan mungkin masa tu orang sibuk makan sekejap. Lengang sikit nak pilih baju. Tapi masa nak balik tu memang padat orangnya. Yang duduk tunggu pun penuh.

Pendek kata jangan terpengaruh 100% pengalaman orang lain, sebab mungkin ada penambah baik yang pihak tu lakukan. Ataupun sebelum pergi jangan buat andaian sendiri. Takut meleset nanti kita sendiri yang rugi.

Tuesday, April 25

Perkhidmatan Van Sekolah

Assalamualaikum...

Sementara tunggu Amar keluar dari sekolah agama aku selalu letak kereta berdekatan dengan van sekolah ni, ha..dulu selalu fikir yang bawa van perkhidmatan derang ni kadang-kadang kita tak tau kan.

Setakat ni bila ambil Amar kat sekolah agama memang nampak begitu teliti dan terjaga anak-anak yang derang bawa. Alhamdulillah itu masa kat sekolah tapi kat rumah aku tak pasti lah macam mana perkhidmatan derang ni.

Siap tunggu kat depan pagar sekolah, masa hari pertama. Mungkin sebab ada budak darjah 1 jadi agak keliru juga derang nak cam. Ramai-ramai geng-geng bawa van sekolah ni menunggu depan pagar. Kira sebelum gerak, dah cukup baru derang bawa pergi ke van.



Yang darjah 2 dan 3 tu, derang terus pergi ke van. Memang dah biasa tau kat mana derang letak kereta. Senang kan. Dulu selalu fikir yang ambil anak-anak dengan van ni ada macam-macam hal, tapi bila dah jadi depan mata aku boleh faham dah. Setakat ni kat tempat aku boleh kata derang jaga dan memang selamat.

Selain van yang naik kereta pun ada juga. Tapi tak ramai yang turun ambil kat depan pagar, kecuali kalau ada yang darjah 1 je. Agak bahaya juga kot pada aku.

Terpulang pada pilihan masing-masing kan, yang pasti ibu bapa mana tak fikirkan tentang keselamatan anak-anak kan.

Tengoklah budak ni duduk belakang main apa ntah dia. Ditegur sekejap simpan lepas tu mama nya leka dia main balik stereng lock tu.

Sunday, April 16

Bila Amsyar Bebas Lampin

Assalamualaikum...

Ha, dah masuk 3 minggu kot kalau tak silap sebab memang tak rancang sangat nak berhentikan Amsyar pakai lampin tapi bila fikir dah nak masuk 3 tahun apa salahnya cuba. Cakap pun dah boleh faham kan, mula-mula kena sediakan beberapa helai seluar dalam. Dear tak suka tengok anak-anak berseluar tanpa seluar dalam. Katanya nak ajar biar dari awal jangan nanti dah terbiasa tak pakai bila nak ajar pakai susah pulak. Lagi pun anak-anak dah biasa pakai lampin jadi tak ada masalah kat situ kot. Bermula episod mencari seluar dalam yang sesuai dengan minatnya, gambar kartun atau pun kenderaan yang lasak macam kereta polis, bas sekolah, bajak atau pun sekadar gambar kereta biasa saja.

Mula-mula memang susah sebab dia tak nak pakai, sampaikan dear paksa pakai juga. Menangis lah bila di paksakan. Aku tukang peratikan je. Bila dear pergi kerja aku pulak kelam kabut, kejap-kejap tanya nak kencing tak. Selang 15minit awalnya kemudian aku lewatkan selang 1/2 jam. Mula tu penat sebab banyak kali terkencing kat dalam seluar. Mungkin dah terbiasa kot pakai lampin. Sampaikan satu hari tu dia main kat luar rumah, konon bagi makan kucing tapi seronok main pulak sampai lupa nak kencing. Terkencing terus kat rumah orang, mujur luar rumah.

Setakat ni, kencing ok dah cuma bila nak buang air besar tu payah sikit. Mesti terbuang kat dalam seluar juga. Kalau kata dah terasa letakkan kat tandas tu tak pulak keluar najisnya. Haha...selalu kena angkat, letih juga. Leceh sebab rumah ni tandas duduk. Tak pernah terpikir nal beli tangga untuk anak-anak berlatih panjat sendiri. Dear kata membazir dan bahaya juga. Biar penat asalkan anak-anak depan mata kita.

Sebelum ni keluar ambil Amar dan Ashraf terpaksa pakaikan lampin tapi sejak minggu lepas dia dah boleh kawal. Sebelum keluar rumah suruh dia kencing siap-siap. Balik ambil abang-abangnya terus minta dia pergi kencing lagi. Lampin tetap aku bawa, boleh guna bila terdesak.

Insyaallah hujung bulan ni dah nak masuk 3 tahun, saiz pun dah semangat sangat. Lampin pun saiz xxl tu. Harap-harap berjaya ajar buang air besar kat tandas pula. Sabar banyak-banyak la nak melatih ni ye. Tapi seronok bila ditanya hari ni Amsyar pakai seluar dalam gambar apa. Huhu..hari-hari setiap kali pakai dia akan belek dulu gambar yang ada.

Memang dari Amar dan Ashraf pun aku latih derang lebih kurang umur 3 tahun. Alhamdulillah Allah mudahkan juga urusan aku, mereka tak ada banyak masalah.

Thursday, April 6

Pertandingan Bola Sepak

Assalamualaikum..

Hujung minggu terakhir sebelum cuti sekolah Ashraf dipilih untuk memasuki pertandingan bola sepak wakil pasti cawangan untuk bertanding peringkat kawasan. Pemenang dari peringkat kawasan akan bertanding ke peringkat negeri. Walaupun latihan di adakan setiap hari tapi cuma ambil masa lebih kurang 2 jam sahaja.

Bayangkan la anak-anak kecil 6 tahun bermain bola untuk pertama kali mengikut undang-undang. Memang penat dan perlukan kesabaran tinggi sebagai jurulatih. Aku yang tengok dari jauh pun penat inikan yang mengajar.



Walaupun menang 2 perlawanan tapi tiada rezeki untuk melangkah ke peringkat suku akhir. Ada saingan yang memang lagi hebat dari pasti cawangan lain. Memang salute main dah macam orang dewasa. Memang bersemangat siap kasut bola dan baju jersi sedondon.

Pasti Ashraf pun ada jersi, ada ibu bapa yang sponsor. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya jadi pembakar semangat untuk anak-anak kecil ni bermain.



Diharapkan akan datang Ashraf kekal aktif dan masih teruskan minat untuk bermain bola seperti jejak ayahnya.

Wednesday, April 5

Ujian Sumatif 1 - Amar

Assalam..

Lama tak mencoret kat sini, banyak benda nak kongsi tapi selalu je masa cemburui bila nak menulis..anak-anak pun ye, maklum je la celik mata pukul 6 pagi bermula segala tugas. Rehat pun petang selepas hantar Amar sekolah kebangsaan. Itu pun kalau Ashraf dan Amsyar tidur kalau tidak jangan mimpi la nak rehat sebab melayan kerenah mereka berdua ni pun macam 10 orang. Rumah orang lain yang ada anak ramai pun tak kecoh macam rumah aku ni.

Seminggu sebelum cuti sekolah Amar ada ujian sumatif, kiranya ujian 1 untuk pertengahan tahun, kata kak ipar markah akan di kira untuk dibawa kepada keputusan peperiksaan hujung tahun/pertengahan tahun. Tak pasti pulak aku. Bukan belajar/ulangkaji sangat Amar ni, tau-tau je la kalau dengan Amsyar memang tak dapat nak belajar, gangguan maha hebat buat dia. Tapi Alhamdulillah keputusan agak baik, cemerlang kalau ikutkan slip yang aku tengok dari website saps.

Harap-harap bukan kali ni je, akan datang pun cemerlang juga. Setiap kali balik sekolah bawa kertas ujian aku tengok kesilapan mudah yang dia buat, tersilap tengok gambar, tersilap eja dan ada juga memang di jawab salah. Tak pe inikan kali pertama ujian masih ada lagi banyak ujian yang akan dilalui akan datang.