Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, January 29

RV Meleleh

Assalam...

Hujung minggu lepas aku diminta untuk membantu abang aku menjaga 2 orang anak lelakinya. huhu...memang dah agak rumah mesti meriah dengan bertambah 2 kanak-kanak lelaki. Amar dengan Ashraf memang seronok sebab abang boleh main sama.

Macam nak roboh rumahaku dibuat mereka. Tapi Alhamdulillah senang sangat pun nak jaga, mereka pun dah besar kan seorang 6 tahun seorang lagi 5 tahun.

Biarkan main, aku layan buat kerja rumah sambil tengok tv. Bilatengahari bagi makan apa yang ada memandangkan aku tak simpan stoklauk bila hari bekerja. Ha...makan sambal ikan bilis pun bertambah-tambah tau. Suka tengok derang selera makan.

Kakak ipar bagi RV meleleh ni dengan chesse kut. Tapi chesse kut Amar dengan anak buah sebelahdear yang makan. RV pun aku makan petang-petang. Sejuk sebab simpan lama dalam peti ais kan. Baru syok makan.


Alhamdulillah rezeki datang, tak payah minta-minta terus dapat. Hehe...terima kasih ye kak! :)

Monday, January 27

Persiapan Menyambut Orang Ke 3

Assalam

Sekarang mengandung anak ke tiga rasa macam-macam benda, hal aku nak buat sendiri. Aku dah rancang sendiri maklum saja sejak dapat tahu mengandung lagi dear kerja jauh. Sebab tu juga aku buat persiapan terlebih awal.

Eh...ini tidak termasuk mempersiapkan pakaian bayi mengikut warna tertentu ok. Setakat ini masih belum diketahui insyaAllah hujung bulan nak pergi scan dan kalau diizinkan Allah dapatlah kami melihat apa jantinanya nanti. Tak mahu terlalu berharap semoga dengan apa yang Allah berikan mampu buat kami gembira kelak.

Apa persiapan aku?

Pakaian
Ha...dah rasa macam mengandung kali pertama pun ada cumanya aku rasa kali ini  tak perlu bazirkan duit beli baju banyak-banyak. Hehe...Baju lama Amar dan Ashraf ada banyak yang masih elok dan boleh dipakai lagi.

Rasanya masih perlu juga belikan sedikit baju baru semperna menyambut orang baru la katakan....eh masih nak beli juga tu.

Kain Bedung dan barut.
Ini memang memerlukan yang baru sebab yang lama memang ketara kecil saiznya. Kata MIL kalau boleh bedung ni saiznya biarlah sepanjang kain batik yang dibelah 2. Huih..memang ketara panjang dengan yang pernah aku ada sebelum ini. Sebab tu masa MIL jaga Amar bawah setahun MIL gunakan kain batik lama atau pun kain pelikat lama sebagai bedung. Lebar dan panjang sesuai untuk Amar yang bersaiz besar.

Dek kerana itu, aku beli 4 meter kain berlainan warna sebanyak 2 meter setiap kain. Ha...dapatlah 4 helai. Cukup sangat lah tu kata dear, kalau sehari pakai 2 jadi masih ada 2 lagi untuk dipakai esok harinya. Pilih kain belang-belang sebab dear kata jangan la beli yang bunga-bunga walau pun dalam hati aku rasa nak pilih corak bunga-bunga atau pun corak kartun. Tapi dah pergi beli sekali dengan dear aku pilih corak belang siap ada warna pink dan biru...warna lebih selamat gitu. MIL awal-awal dulu dah pesan jangan beli baju atau kain berwarna kuning. Kalau beli juga boleh tapi pakai selepas bayi tak ada jaundis lagi. Alhamdulillah cuma Amar je diserang jaundis hingga bermalam semalam di  Hospital Klang.

Kain belang-belang untuk dijadikan bedung bayi kelak.
Barut pula memang sedikit sangat aku buat, tak tau kenapa....hilang entah kemana atau pun tertukar dengan ipar ke aku sendiri tak pasti. Masa bersalinkan Amar dan Ashraf aku pinjam adik ipar punya jadi mungkin sebab tu tak terasa sikit. Jadi sekarang dia pun masih beranak kecil dan masih pakai barut jadi aku fikir lebih baik buat sendiri sebagai tambahan untuk dipakai sepanjang tempoh berpantang sekurang-kurangnya. Kalau masih belum cukup kemudian aku tambah lagi la nampak gayanya.

Kali ini aku beli kain siap potong saiz 20cm x 20cm kat dalam FB. Ish...tinggal pilih je warna apa yang aku nak. Berkenan warna pink dengan hijau pula. Tak kisah kalau dapat lelaki pun aku tetap pakaikan warna pink ni juga.

Barut yang telah siap dipotong dan menunggu giliran untuk di jahit. Ada dalam 8 helai.
Jamu.

Kali ini rasa macam tak nak beli dan makan jamu. Nak cuba set bersalin Tanamera dan juga  vitamin Shaklee dah alang-alang kakak ipar jadi ahli boleh tumpang order dengan dia. Hehe...lagi pun jamu yang aku beli sebelum ni rasanya tersangat susah nak ditelan, memang bak kata MIL yang pahit tu lah ubat tapi bukan sebulan je kena telan tapi telan hingga habis setnya tau. Erk...seram!

Resepi dalam pantang.

Apasal plak nak persiapkan resepi dalam pantang bagai ni ek? hehe....maunya tak dipersiapkan sebab dear kerja jauh dan rasa macam tak selesa duduk rumah MIL sebab tiada privacy. Bilik-bilik yang ada semua dah ada orang yang duduk, bukan nak mengada-ngada tapi realitinya rasa geli sedikit bila perlu berurut diruang tamu rumah. Ha.....serius ini yang pernah aku alami masa bersalinkan Ashraf dulu. Jadi kalau berpantang kali ini terjadi lagi maksudnya aku mungkin berpantang dengan MIL paling lama pun 3 4 minggu je la. Itu pun dah boleh kata lama tu kan.

Kalau dear kerja jauh terpaksa minta tolong kakak ipar belikan lauk dan sayur stok seminggu. Hal masak-masak nanti la tengok macam mana. Harap-harap boleh dilaksanakan dengan sempurna kelak.

Mahu berpantang dirumah mak kat kampung tapi kebetulan kakak ipar pun bersalin juga bulan yang hampir sama jadi tak nak menambahkan penat mak aku lagi. Biar aku pantang sendiri je dirumah...asalkan bila badan dah rasa kuat sikit ok la kot nak pantang sendiri kat rumah.

Apa lagi ek? anak-anak memang aku jaga la, dan sentiasa mengharapkan dear ada dekat tapi mungkin tidak aku rasa. Tak apa pujuk hati dari sekarang untuk faham tugas dear cari rezeki. Ada orang ditinggalkan semenjak mengandung, bersalin sendirian dan berpantang sendiri....aih itu lagi sedih kan. Hehe...aku ni kira bernasib baik juga lahkan. Dear bukan kerja jauh sangat setakat 3 4 jam perjalanan je.

Sunday, January 26

Tersangat Sibuk

Assalam...

Ada banyak benda nak kongsi, ada banyak cerita nak di tuliskan tapi rasa macam tersangat malas menulis bila di siang harinya terlalu sibuk dengan kerja. Hujung minggu sibuk melayan anak-anak dan siapkan semua kerja rumah yang terbengkalai terutama memasak dan kemaskan kain baju yang penuh sebakul. Ye....walaupun sebakul tapi hakikatnya mata aku memang tak boleh tahan, kadang-kadang cuba lipat sedikit bila ada kesempatan masa.

Lebih-lebih lagi bila dear kerja jauh semula selepas sebulan berehat dan bekerja disini... haih...memang rasa tak nak berjauhan lagi tapi ini tugas dan tanggungjawab dear. Aku akur dan redha.

Kerja pun makin hari makin banyak, makin lama makin bertambah. Alhamdulillah semoga  Allah berikan rezeki yang halal walaupun bekerja dengan berlainan agama dan bangsa. Syukur setakat ini tiada masalah yang aku hadapi disana, walau pun ada masalah kecil tapi masih dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

InsyaAllah aku sentiasa mencari masa yang lapang untuk berblog lagi semoga Allah berikan ruang dan masa.:)

Wednesday, January 15

Setelah 4 Bulan Bekerja

Assalam...

Alhamdulillah sejak kebelakangan ni sibuk makin menjadi-jadi pula. Huhu....rumah memang sentiasa sibuk, tempat kerja pun sama, maklum saja banyak tugas yang perlu aku pikul. Menjadi pembeli yang sentiasa sibuk mencari perbandingan harga, menjadi kerani am menyediakan surat menyurat dan segala memo, menjadi kerani akaun untuk memudahkan urusan perakaunan syarikat dan menguruskan tender yang masuk sentiasa setiap minggu. Ha...ini kerja yang patut aku buat, kerja di syarikat kecil jadi memang begini lah jawabnya.

Sentiasa bersyukur pada Allah segalanya rezeki, segalanya memberikan aku kesedaran dan lebih ingat untuk bekerja dengan lebih rajin. Walau pun syarikat kecil tapi semoga usaha aku dapat membantu sedikit sebanyak membangunkan syarikat agar lebih berkembang lagi.

Eh...setakat ini kerja memang tak memberikan masalah malah makin hari rasa seronok lagi. Dapat belajar dengan lebih banyak lagi pelbagai perkara berkaitan dengan kontraktor terutamanya. Seronok sebab tidak terkongkong bekerja dibawah tekanan...maksudnya bos aku bagi satu due date tapi kalau tak mampu capai memang dia tak bising-bising cuma sebelum sampai masa mesti cuba sedaya upaya untuk selesaikan. Bila dia nampak kita berusaha jadi bukan 100% kesalahan akan diletakkan pada bahu kita.

Dah masuk bulan ke 4 bekerja disini. Syukur sangat bos faham dengan keadaan aku dan sanggup nak tetapkan  jawatan aku walaupun dia tahu aku mengandung sebelum masuk kerja disana. Hehe....kalau ikutkan bos besar memang teragak-agak untuk berikan jawatan tetap tapi mungkin rezeki anak agaknya kan.

Tapi dalam kata ada kebaikkannya aku perlu membalas jasa mereka juga. Ini mungkin agak memeningkan sedikit kepala besar aku ni. Bos minta aku masuk kerja awal 2 atau 1 minggu sebelum hari sepatutnya aku masuk kerja selepas cuti berpantang. Huhu.....dear dah bagi lampu hijau cuma aku yang belum yakin lagi. Seminggu awal mungkin boleh tapi 2 minggu awal tu agak payah sikit sebab ada banyak perkara yang perlu aku persiapkan. Walau pun bakal dijaga oleh kakak ipar tapi sekurang-kurangnya aku perlu melatih bayi menghisap susu  dari botol.

Ok.....fikirkan yang positif, bila ada bayi mesti rajin ambil cuti kan. Jadi anggap saja masuk kerja awal bermakna membayar segala hari mendatang dan hari yang lepas aku dah keluar pergi klinik. Hehe...walaupun aku pergi mendapat izin dan ada segala hitam putih bukti ke klinik sana.

Bila bekerja dengan bangsa cina jadi bila cuti tahun baru cina memang akan cuti panjang. Tahun ini bos beri kami cuti 5 hari. 2 hari potong  cuti tahun...ish...2 hari tu bukannya sikit tau.

Setakat ini masih belum merancang mahu pergi bercuti atau balik perak. Paling senang mungkin duduk diam-diam dirumah saja. :p

Monday, January 6

3 : Cek Up Minggu Ke 23

Assalam...

Sekian lama baru sekarang  nak bercerita, maklum saja bila hari bekerja kesibukkan berganda-ganda. Lebih-lebih lagi sekarang dear sudah berada dekat di sisi. Hehe...jadi merajinkan diri untuk memasak, mengemas dan mempersiapkan apa yang patut. Masa yang ada pun sebelah malam selepas anak-anak tidur tapi sekarang aku pun kuat tidur sama. Haih....mesti sebab nanti nak berjaga lagi kan. :p

Alhamdulillah sudah mencecah usia 23 minggu sekarang, pejam celik pejam celik memang terasa pantas. Insyaallah kalau diizinkan Allah tarikh lahir anak ke 3 akan berkongsi tarikh dengan Ashraf, kata dear tak apa....kembar sama tarikh tapi lain tahun macam abang aku la ni.

Ini  kali ke 3 aku pergi klinik selepas buka  buku merah. Pertama kali datang untuk buka buku rekod merah, kemudian datang selepas seminggu untuk minum air gula, kemudian selepas sebulan datang untuk cek up bulanan dan minggu lepas pergi untuk cek up susulan sebab berat aku tak naik banyak selepas sebulan. Aih....nasib badan, cuma naik 100gm tapi misi kat sana tak puas hati. Jadi datang lagi selepas 2 minggu. Selepas 2 minggu pun masih tak naik juga, adoi.....nasib lagi.

Jadi hari ini pergi klinik ambil darah sebab misi takut ada apa-apa yang tak kena agaknya. Haih...ok aku ponteng keje ari ni sebab ada macam-macam hal nak aku uruskan.


Bila serahkan time sheet kat isteri bos terkejut dia tengok, apasap ke klinik botanic pula..hehe. Jadi untuk mengurangkan rasa curiga dia aku kepilkan sekali dengan sliip nombor giliran yang aku simpan. Di slip tu ada tulis nama klinik jadi mungkin dia tak banyak soal jadinya kenapa lama sangat aku pergi.

Keluar pejabat pukul 3.30 petang, dapat nombor giliran pun selepas pukul 4.00 petang. Orang memang ramai jadi sabar je la. Kebetulan memang ramai yang bawa anak-anak datang kan. Hehe..selesai pun betul-betul hampir pukul 5.00 petang. Balik rumah terus beli goreng pisang sebab lapar.

Apsal timbang berat tak naik? sebab aku tak makan sebelum pergi klinik. Mood dan selera makan memang hilang sekarang. Teruk sangat aku rasa....misi pula kata kalau tak naik nanti mesti jumpa DR. Ish....apa la masalah dengan pemakanan aku ni eh, orang lain sibuk makan macam-macam masa mengandung ni tapi aku memang payah.

Makan KFC beli 6 ketul ayam. Amar makan 2 ketul..paha dan dada sedikit, dear makan 3 ketul dan baki seketul aku je yang makan. Ha...tengok! mulut kata nak tapi bila masuk memang tak banyak. Kata orang macam merasa je asalkan dapat makan. Erk....sabar je la.

Thursday, January 2

Potty Train Ashraf

Assalam...

Yahooo....awal tahun berjaya potty train Amar sekarang mulakan sesi untuk Ashraf pula. Alhamdulillah dipermudahkan dan sangat mendapat galakkan dari seluruh ahli keluarga.

Kakak ipar yang menjaga Ashraf pun seronok bila tahu aku mulakan potty train ni. Walaupun Ashraf belum berusia 3 tahun tapi apa salahnya aku cuba sebab dia sudah petah berkata-kata dan mula menyukai memakai selua dalam daripada lampin pakai buang.

Maaf juga pada mak lang dan berbanyak terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan. Mana tidaknya minggu pertama hantar Ashraf kerap terkencing dalam seluar, pernah terkencing semasa tidur dek kerana kakak ipar takut nak pakaikan lampin agar tidurnya tidak terganggu. Alhamdulillah kakak ipar yang seorang ini memang banyak membantu memudahkan lagi proses potty train.

Seluar dalam memang dah tersedia awal-awal sejak membeli untuk Amar sebab diapun minta sama. Kadang-kala aku pakaikan selepas dia pakai lampin. Tapi cuma ada 4 helai, memang tak mencukupi jadi jalan-jalan ke Giant  beli lagi 4 helai. Cukup untuk setakat ini.

SEkarang sudah masuk 2  minggu dah nampak peningkatan, bila nak kencing dia terus bagitahu tak kira dirumah atau pun diluar.

Bayangkan aku bawa dia pergi rumah mak cik dear dan rumah sepupu dear sebab ada majlis perkahwinan tanpa memakai lampin. Kakak ipar kata memang patut, memang tindakan berani cumanya perlu sentiasa tanya dari semasa ke semasa. Bahkan sebelum balik aku terus-terus bertanya lagi kalau kalau dia mahu buang air.

Buat masa ni bila dia nak buang air besar ada masalah sikit, sebab tandas rumah sewa kami ni tandas duduk memang dia takut dan minta kami pegang tapi dirumah mak lang tiada masalah sebab tandas cangkung. Ok....perlahan-lahan aku ajarkan.

Rancangan akan datang nak mulakan tidur malam tanpa lampin. Ini mungkin susah sedikit. Tapi insyaAllah aku akan cuba bila tiba masa yang aku rasa sesuai.