Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, May 30

Letak kereta bertindan

Assalamualaikum...

Maaflah, entry kali ni agak panas sikit. Aku bukan apa kadang - kadang rasa nak marah pun ada. Ni kisah letak kereta bertindan (double parking) . Huhu penat tau kalau kena. Sebab tu awal - awal aku dah geram.

Ni kisah depan mata ye, melalui pengalaman sendiri aku belajar. Ye, hal memandu semua dear yang ajar dan sendiri pandai fikir.

Pertama kali aku belajar tentang letak kereta bertindan ni masa aku pergi temuduga SPA di putrajaya, aku bawa kereta sendiri sebab dear kerja. Aku keluar rumah awal sebab jauh kan lagipun nak elak kesesakan. Sampai kawasan letak kereta aku pun letak la situ. Kisahnya masa nak balik kereta kakitangan dibelakang kereta aku, jadi sangkut la sekejap. Mujur ada pengawal kat situ aku cuba minta tolong. Alhamdulillah, dari sini aku belajar. Orang yang letak kereta belakang kereta aku ada tinggalkan nombor talifon di cermin hadapan. Aku talifon dan tunggu hampir 15minit baru dapat keluarkan kereta.

2 benda aku belajar hari tu, pertama letak kereta mengundur lebih senang dikawasan sibuk. Walaupun kadang kala kita rasa leceh tapi itu sangat memudahkan urusan bila kita nak keluar nanti. Tambah lagi dengan sibuk melayan kerenah anak - anak. Kedua yang aku dapat sentiasa tinggalkan nombor talifon yang boleh dihubungi supaya mudahkan urusan orang lain. Jangan pula dah ada orang talifon bagitau nak keluar tapi kau buat - buat tak tau atau sengaja melengah - lengahkan.

Hal yang saja melengahkan tu aku dan dear dah pernah kena. Allah, memang rasa geram macam nak sumbat kasut dalam mulut orang tu. Kisahnya, kami ke sukan tahunan Pasti. Kami sampai awal jadi kami letak kereta berhampiran pagar masuk. Bila masa kami nak balik ada kereta yang diletakkan belakang kereta kami. Tiada nombor talifon jadi dear pergi ke urusetia untuk buat pengumuman minta alihkan kereta. Hampir 5 minit kami tunggu je dalam kereta, setiap kali nampak orang lalu kami ingat itu tuan punya kereta.  Dear dah bosan menunggu dear pun nak masuk lagi sekali minta bantuan pihak urusetia tapi tuan punya kereta tiba - tiba datang. Yang sangat menyakitkan kami tuan tu ada ditepi pagar dan nampak kami menunggu dia. Sangat geram bila sengaja melengahkan urusan orang lain. Dear cuma cakap terima kasih je dah dia alihkan juga kereta kan. Dalam hati tengah tahan sabar kot.

Kawasan rumah aku pun tak boleh nak sukahati letak kereta. Dah padat sejak ada rumah baru depan tempat letak kereta aku. Dulu sesekali masuk bontot tapi sekarang memang hari - hari mesti buat. Rumah baru ada pagar, ye aku faham untuk keselamatan tapi kalau 1 rumah ada 2 kereta tu agak susah sebab 1 diletakkan diluar pagar. Dalam bukan tak boleh masuk tapi nak bagi anak ruang untuk bermain. Ok ni la masalahnya pada kami yang dah disediakan tempat letak kereta behadapan dengan orang yang terpaksa letak kereta di luar pagar. Setiap hari setiap kali keluar masuk je mesti masukkan bontot kereta dulu sebab mudah bila nak keluar nanti.

Ada masa geram juga bila ada orang lain datang melawat dan letak kereta bertindan. Aduh kadang kala boleh keluar, kadang kala kena tunggu la. Ada masa macam sengaja je letak padahal boleh je tinggalkan kereta jauh sikit. Tapi tak nak, nak yang mudah je kan kita ni.

Ye, lagi - lagi kalau ke pasaraya. Ada je kereta yang nak berebut letak kereta betul - betul depan pintu masuk. Alahai orang kita ni memang nak mudah je kan. Ye termasuk la aku tapi harap - harap jangan la sampai menyusahkan orang lain. Tunggu punya lama semata - mata nak minta alihkan kereta. Kan mengundang kemarahan tu. Semua orang pun nak berseronok, nak beli barang, nak makan dan nak berhibur jadi apa kata kita mudahkan urusan orang lain.  Senang je kan.

Kalau pergi bank pun sama la, selalu ada letak kereta bertindan ni. Kot ye pun nak masuk sekejap tapi tolonglah mudahkan urusan orang lain, bukan apa kita fikir nak masuk ambil duit di ATM sekejap je, tapi ada kita fikir kot la kereta yang kita letak tu sedang sekat salah seorang yang beratur lebih awal dari kita.

Ha ni penting nya sikap timbangrasa ye, bukan setakat pada kita tapi orang lain pun sama, agak - agak kalau kita tak buat orang lain tetap buat kan sebab dah jadi kebiasaan sebab tu tak ada rasa bersalah. Kita tak tau kan kalau orang yang kita sekat mungkin nak cepat pergi ke tempat lain. Atau pun mungkin ada urusan kecemasan, tiada siapa pun tau.

Kawasan letak kereta masa aku kerja dulu selalu la terpaksa sekat kereta orang lain, kawasan sempit dan tempat letak kereta pun kurang. Keluar makan pun bergilir dengan kawan lain bawa kereta. Balik makan kalau tak ada ruang kosong terpaksa letak jauh sikit tapi agak menakutkan bila masa balik selalu ada anjing liar kat situ.

Pendek kata apa salahnya kita tinggalkan nombor yang boleh dihubungi kalau kita terpaksa sekat kereta lain

Wednesday, May 29

Persiapan Beraya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sekarang dah hampir tiba penghujung ramadan. Sibuk dengan persiapan rumah, baju raya dan kuih raya juga. Rumah dah siap cat baru sejak masuk tak pernah tukar cat jadi dear tiba-tiba bagitau nak cat ruang tamu bertukar selera mata tahun ni. Letih asyik tengok warna sama setiap tahun.

Tempat paling tak kemas mesti dapur, lagi lah bila raya ni bertambah banyak barang, biskut raya, stok makanan lebih dari biasa. Fuh! Lap peluh jantan kalau sesekali mengemas.

Baju anak-anak pun alhamdulillah dah selesai. Tinggal baju sendiri je masih dalam pembuatan lagi. Huhu... Pelan-pelan menjahit sendiri, berkat minat yang menurun dari mak aku la ni.

Kuih raya insyaallah, minggu akhir ramadan nak buat 2 ke 3 jenis je la. Kerepek pun masih belum beli lagi. Dalam kepala macam-macam benda nak persiapkan. Bekas kuih raya, lapik meja baru, gelas nak kena cuci dan susun...adoi makin lama senarai makin panjang. Haha ambik kau sambil buat kerja sambil bebel ke anak-anak.

Hal kereta pulak ni tugas dear, kebetulan kereta memang dah hampir nak raya masa tu la nak kena servis. Alhamdulillah, buat masa ni dah 3 tahun berkhidmat pada kami.

Tahun ni giliran beraya kampung suami. Seronok sangat sebab raya di kampung suami ni boleh jumpa ramai saudara mara. Setiap kali giliran raya kampung suami kami wajib pusing 1 ke 2 lorong rumah saudara mara yang berdekatan. Alhamdulillah, ramai saudara tinggal berdekatan rumah mertua. Jadi raya pertama kalau lepas zuhur gerak insyaallah hampir senja selesai pusing 2 lorong. Hampir 10 rumah kami pergi, singgah sekejap minum, makan sikit dan sembang sikit dah gerak lagi. Memang ni la acara setiap tahun.

Kalau jalan berkumpulan lagi syok 1 rumah penuh, riuh. Bayangkan dear ada 10 beradik yang semuanya dah berkahwin. Bila berkumpul di rumah mertua pun dah ramai inikan bila kami semua berjalan sama-sama.

Malam raya pertama akan beramai-ramai ke kampung mertua, berziarah adik beradik mertua di sana. Alhamdulillah, adik beradik mertua ramai tinggal 1 tempat. Ada 4 yang tinggal berdekatan dan 2 orang lagi kawasan lain yang tak la jauh dari tempat kami.  Jadi dalam masa 1 hari ni memang raya kami betul-betul padat. Makan dan minum pun jangan cakap la kekenyangan sampai malam hari.

Hari raya kedua berbeza pula, banyak habiskan masa dirumah. Bersiap-siap nak balik kampung pulak. Huhu... Bersedia menghadap kesesakan di jalan raya.

Inilah yang akan berlaku setiap kali raya di kampung dear. Seronok sebab berbeza dengan keluarga aku yang banyak habiskan masa di dapur je. Haha.. Mak aku anak sulung jadi terbiasa adik dan saudara mak datang beraya kerumah mak. Meriah juga tapi meriah melayan tetamu je la. Nak jalan raya pandai-pandai la curi masa.

Apa-apa pun raya di mana-mana pun aku tak kisah, sebab seronok jadi hati pun tak de lah nak sedih sangat.