Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, January 30

22.01.09

Saje nak update untuk tarikh ni je la kan, lgpun time ni memang banyak umah yg aku ngan dear pg jenjalan.
Pg tu ingatkan dear kene keje mcam bese la, semalam dah cuti tak kan la hari ni pun nak cuti lg la kan.
Dear call dlm kul 10.00am, ajak teman dear pg amik cek kat Wisma Hup Tai lepas tu nak g syabas klang.
Dear di Wisma Hup Tai.

Ader sket keje kat sane, cume nak jumpa member keje je.
Aku ngan dear sampai awal, kul 11.00am kitorang dah sampai so dear decide nak lepak kat kantin syabas dulu sementara nak tunggu member dear sampai.
Makan sandwich 1 bungkus syer berdua, air teh ais sorang satu la.
Segan gak la kan coz tu kat kat syabas, aku ngan dear lak kebetulan pakat pakai baju biru.
Orang kat sane ingat aku ngan dear ni orang syabas gak la.hahaha
Lepak2 sambil makan & minum.

Menunggu di kantin Syabas, Klang.

Tunggu punye tunggu dekat kul 1 baru la member dear sampai. segan nak lepak lelame kat kantin syabas aku lak decide nak lepak kat tepi tennis court, tempat nyer berbukit so kat kawasan tu agak redup coz ada pokok rendang.Jangan orang ingat aku dok wat yg bukan2 ngan dear dah la kan.


Pas dear jumpa ngan member, kitorng g mkan kat meru.
Aku dah lama tak mkan soto yg sedap, tp tempat tu jauh sgt tu pasal dear brani bawa aku stakat kat meru ni je.
Tapi sayang la plak, soto blum ready lg da...so aku ngan dear order bihun sup je la.
Plus begedil sorang satu.Dear order air laici kang, aku lak order limau ais je dah la.
Ok gak la bihun sup nyer, maybe sebab plus ngan begerdil tu kot! hahaha
Dah kenyang makan kitorang gerak g umah kak nab, alang2 dah sampai meru ni kan.
Dear tu kan rapat ngan haris tu.

Kat umah kak nab kitorang lepak2 tgok tv, makan buah2an yg kitorg sebelum pg umah kak nab.






Kak nab lak sibuk nak amik anak dia kat skola, kebetulan dear bleh jaga haris kak nak tinggalkan je la haris ngan dear.
Heran tul la langsung tak nangis!

Selesai makan2 kat umah kak nab aku ngan dear gerak g ambank kat setia alam.
Just nak amik kad atm je la, kebetulan mase buat buku akaun kitorg tak dapat kad atm coz stok tak de.
La ni dah kebetulan kuar kitorng singgah la kan.
Orang tak ramai pun lg pun kerani kat sane tu cekap gak la wat keje.
Cume tak puas hati sket je la.

Dapat kad atm kitorang gerak nak blek umah la kan, tp dear kata nak singgah umah kak ton lak.
Dah tu aku ni ikutkan je la kan.
Kat umah kak ton cume minum2 je, tak larat nak makan dah.
Kak ton nak jamu kitorang ngan mee kari pun kitorang bleh menolak tawaran tu.
Kebetulan lisa pun tgh nak tido so tak de la ape nak cite sgt kat sane. takat lepak2, sembang sket2 pasal arwah FIL. tu je la.

Blek umah dekat kul 6.30pm. aku blum sempat nak wat kan kek untuk birthday dear.
Plan nak wat gak hari ni, dah dear kata nak lepak umah MIL.
Aku wat muffin je la, kalo kek yg ade krim bagai tu aku tak pandai lg la.
Skali bancuh dapat la 30 biji. wat 2 jenis, 1 coklat & 1 lg vanilla flavour.
Yummy!!!

Malam tu dear ajak tido umah MIL so bawa la sket untuk sape2 yg ader kat sane kan.
Tak sangka plan nak blek kg esok malamnye akan ditunda lg ke tarikh yg lain.

Selesai

Malam tadi malam ke 7 kenduri untuk arwah FIL. Kebetulan malam jumaat kan, so kene la tunggu orang surau dtg umah lepas isyak.
Kalo ikutkan diorg mintak hantar je makanan tu ke surau tp kak ton ngan MIL kata ni kan malam last, alang2 biar la lepas isyak.
Lg pun bukan nak mkn berat2, cume kueh muih je la.
Menu utama "Nasi Ambang"! haha aku penah skali je mkan nasi ambang ni.

La ni pun baru je pas kemas kan pinggan mangkuk kat umah MIL, tp sempat gak la nak blek umah jap nak mandi.
Dear kene keje la plak coz tak cukup org.

K la, nak mandi pas ni nak g umah MIL lak nak mkan tghari kat sane lgpun ade byak blum kemas lg tu.

Saturday, January 24

Telah Tiba Saatnya.

Salam,

Pg semalam pukul 5.30am, bapa mertua ku telah selamat kembali kerahmatullah dengan tenang.
Sejak beberapa bulan yg lalu sakit semalam tiba la saatnye untuk menghembuskan nafas dihadapan anak2 & menantu.

Kebetulan aku ngan dear tidor kat umah MIL, coz plan nak blik kg mlam sabtu.
Dear dah mintak cuti ngan bos dear tu yg nak blik kg tu.
Malam tu kalo tak silap aku dear langsung tak tido la.aku lak tido kat bilik sorang2 je la kan.
Sebelum kul 12.00 mlm Is yg temankan bapa sampaikan tertido kat kerusi depan tv.
Tu yg dear cian ngan Is dear lak amik giliran jg bapa sampai la saatnya tiba.

Aku tgok dear dok tunggu je kat tepi katil bapa sambil tgok tv.
Terharu sungguh aku bila tgok kasih anak pada bapa, mcam tu la bapa dear jg dear masa kecik2 dulu agaknya kan. skrg ni la masanya dear nak balas jasa bapa.

Aku dikejutkan kul 5.00am. ingatkan dah masuk subuh, tp bila kuar tgok ramai2 ada pas tu muka suma risau je.
MIL aku lak skit kat blkg badan lak, nak kene picit2 la.
Ucu tolong picitkan la kat dapur.

Saat pling aku tak leh lupakan saat nye bapa menghembuskan nafas terakhir!
Tenang & wajah yg bersih je aku tgok.

Pling menyedihkan tarikh ini genap 2 tahun 6 bulan aku ngan dear nikah & sehari selepas hari lahir dear.

Semoga rohnya bapa mertua ku berada dikalangan orang2 yg beriman.Al-Fatihah.

Friday, January 23

Hari yang sibuk?

Kalo pagi2 dear dah call maknanye dear tak keje la tu, tak pun ade keje tapi dah settle.
So untuk hari rabu ni, aku plan nak kuar jenjalan sorang2 je la.
Tp dear lak pg tu ader keje nak g mahkamah kat klang coz ader org nak apply meter baru untuk rumah sewa.
Aku pg puchong, dear pg klang.
Ehm cari cup untuk wat muffin, ingatkan kot2 ada la kat kedai jual barang2 murah tu.
Penat je cari, tak jumpa pun.
Mujur jumpa gak masa jalan kat OTK.
Takut gak nak naik atas, takut terserempak ngan member keje kedai emas dulu.
hahah diorg dah lupakan aku kot?...agaknye la kan.

Tgahari aku nak blek, dear sms bgtau dah kat umah MIL.
Terus g umah MIL, mkan tghari je la kat sane.
Lauk ikan rebus goreng, sayur nangka masak lemak & sambal blacan.
Yummmy... :)
Summit, USJ.



Hiasan dalam USJ semperna chinesse new year


Dlam kul 2.00pm, dear ajak g tgok movie maut.
Bese la tempat yg dekat & puas hati tentula di summit usj.
Senang nak pg, nak parking & tiket pun murah.
Orang tak ramai coz panggung yg pling besa diorg gunakan (THX).
Dlam 30org ade la, bese la melayu yg akan sokong melayu. Kaum lain tak de..nape ek?


Aku & dear dgn orange theme.



Aksi sblum sampai summit.


Abes tgok movie trus blek umah, dear g umah MIL nak mandikan bapak sementara aku blek umah nak masak untuk mkan malam.
Masak ikan goreng & sayur nangka dari umah MIL. Simple gile!
Asalkan dear tak bising kira ok la tu kan.

Tuesday, January 20

Nak bagi apa ek?

Lagi 2 hari birthday dear, genap masuk umur 31 tahun.
Dari awal bulan dok pikir nak bg hadiah ape.
So esok nak kuar jenjalan sensorang, plan nak g cari bhan nak wat cake & something as a present untuk mr dear.

Kalo tanye nak ape kat dear, mesti jawab tak nak pape.
Aku lak yg pening kalo ikutkan kate dear tu.
So esok tgok la kan kot2 ader pape yg berkenan aku leh la sambar.
Pling teruk pun bg baju pun ok la, dear bukan suke aku blanja untuk dear sgt.pyah tul la.

Untuk celebrate birthday dear nanti aku plan nak buat cupcake, asyik tgok kat tenet ngan magazine je.
Now tiba la mase untuk aku try.Ehmm juz wait & see kalo jadi maybe akan tempek gambar la kat sini. :)
I realy can't wait for that moment!

Boikot

Sejak akhir ni aku ngan dear dah mula boikot beberape jenama barangan yg ade kaitan ngan israel.
Kecuali untuk barang yg betul2 terpaksa beli je la kan.
Kebetulan member aku lak tadi emailkan 1 info yg blum aku tau.
So ni nak kongsi dengan semua orang la.

Jewish upermarket
Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News (www.ljn.co.uk) diedarkan secara percuma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England.
Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel.

Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya.
Nama pasaraya Tesco diambli daripada nama isterinya Tessa Cohen.
Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar.

Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London, England.
Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat "search" di internet dengan menaip "Tesco Jewish" dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco.

Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di Tesco.

So untuk membantu masyarakat islam di palestin aku akan boikot tesco dan pelbagai jenama lain lg.
Semoga dengan usaha yg sekecil ini mampu mengurangkan derita yg ditanggung oleh rakyat palestin di sana.

Rindunya

Ehmm dah hampir 3 bulan tak blek kg, rindu giler la rase nak blek kg.
Tu hari mak je yg dtg, ayah tak dtg tu yg jd rase rindu sgt la nak blek kg.
Malam td tanye kat dear, nak blek kg bleh tak? dear cume kate ok je.
Aku lak pg menambah kalo dapat cuti sampai hari slase ok gak la kan, bleh la lepak lame sket la kat kg tu.
Tp dear kate susah la kalo nak cuti lame, nanti abg dear bising la plak.
Dah la time ni sume cine cuti, so yg mlayu & india je yg keje.
Aku lak g tambah la kan, kalo cina cuti mesti tak dpt nak beli pasir ngan tar kan.
Dear lak kate kene keje jugak la, kalo tak de yg tu kene tunggu la sampai cine tu bukak kedai.

Adoi la, tak dpt jugak la nak lepak kg lelema sket, dah la semalam dear bawa g umah MIL.
Jumpe ngan MIL & FIL, Is sempat gak la bawa FIL kuar jenjalan coz dah lame FIL tak kuar jenjalan kat luar tu.
Walaupun takat kuat dok kat kerusi roda pun dah cukup la bg FIL.
Tu yang wat aku ingat kat ayah aku tu, rase rindu membuak2 lak.
Minggu lepas dear tanye nak blk kg aku dok kate terpulang la kan, la ni aku lak yg gatal nak blek plak.

Hmm kalo tepon ayah bukan nak ckap sgt katenyer tak dengar, org tua kan.
Tinge pun dah kurang sket la, tp aku tetap rindu nak bergurau senda ngan ayah aku.
Harap2 dear dpt la cuti tambahan 2 hari lg.
Lgpun kalo kat tepon tak puas, nak kene blek kg gak la.
Asyik2 layan MIL ngan FIL je nak jugak aku layan mak ayah aku lak.
:)

Tadi tepon kg, mak angkat tp dengar suara mak lain mcam je.
Rupenyer mak demam dah 2 hari dah. Patut la aku rindu gile la kat mak akhir2 ni.
Cian nyer kat mak, dah tu mak bukan suke nak g klinik, kalo mampu rase cam nak blek skrg jugak.
Tp cian lak kat dear coz nak keje lak esok.Lgpun bos dear tak kasi cuti lame2.
Hampeh tul la.

Semoga mak cepat sembuh, rindu sgt kat mak tau!

Saturday, January 17

Letihnye..

Alhamdulillah!
Dah selesai dah majlis kenduri yang amat memenatkan aku & semua yg terlibat untuk aktiviti masak-memasak.
Start dari pg bgun awal nak kene beli brang2 untuk kenduri.
Ikan keli, ayam, sayur, buah-buahan & barang-barang kering untuk memasak.


Mujur la sehari sebelum tu kak ton yang masak-masak untuk bawa kesurau.
Kalo tak, sure aku ngan Dear terbongkang letih gile.
Lauk ada la 3 4 jenis, ada sambal udang, ikan keli masak lemak kencur, sayur lodeh, ayam masak merah, ada ulam timun, buah tembikai & kuih muih sket.
Semua tu hasil air tangan kak ton ngan kak mas.
Tu la 2 orang tukang masak kalo kat umah MIL ni.

Aku? hmmm sempat tolong masak untuk makan tengahari je. Lauk sup ayam & sambal pedal ngan hati, tu je la yg aku masak untuk makan tgahri.


Dear tolong masak sayur lodeh.


Rumah MIL terang gile lak aku tgok, bukan ape tema kaler yg Eja pilih kaler kuning.
Mak oiiiii terangnyer!!!
Haha kalo mase Ayang kawen tema kaler ijau pucuk pisang tu ok gak la, lembut sket ni kaler kuning, terang gitu.
Aku ngan dear sempat la nak tolong susunkan meja untuk jemputan, tema kuning gak untuk khemah ni.



Dear tgh susun meja sambil sempat curi tulang baca paper.




Malam tu aku ngan dear pakai baju kaler kuning jugak la, baru la kene ngan majlis.haha
Aku baju kurung kaler kuning ngan hijau sket la, ok la tu kan.

Dear ngan tema kuning.



Majlis akad nikah bermula lepas solat isyak, tapi macam bese la tok kadi kat area ni memang amik mase yg lame la.
Rasenyer nak terangkan apa kot pasal nikah kawen ni.
Aku tak tau nak cakap ape sebab aku ni dok sibuk kat dapo. Cume nampak dari jauh blum akad ke dah akad.


Sekali lafaz je Eja & Boy sah jadi suami isteri.
Ehmm Tahniah wat Eja & Boy!

Letihnyer aku ngan dear sampaikan aku sambung tido lepas subuh tadi bangun kul 9.00am.
alamak dear nak keje lak tu. haha lambat2 tapi kene masak nasi goreng jugak.
Kalo tak sian tgok dear tak sarapan.

Thursday, January 15

Mengejutkan?!!!?

Kalo ikutkan perancangan Eja akan nikah bulan 3 ni,tp atas sebab nasihat tok kadi baik dicepatkan.
Dari luaran nampak macam bese je la air muke die ni tp dlm hati sape la yg tau kan.

Sembang panjang ngan akak ipar yg ade kat umah MIL semalam sempat la dengar cite baru.
Rupenyer Eja tak bleh tido mlm, maklum la tinggal lagi brape hari sebelum dinikahkan ni.
Rasenyer aku dulu pun ader gak la terase mcm2 prasaan.time ni la aku rase takut nak nikah, takut nak menghadapi alam rumah tangga.
Takut nak berdepan ngan mertua, sedara mara la pendek kate macam2 yg tak elok la asyik difikirkan.

Mujur mase aku nikah dulu aku tetap setia ditemani ngan kenkawan yg sudi menjadi penguat semangat dikala hati tgah libang libu memikirkan mase depan.
Insyaallah kalo ader rezeki aku akan temankan teman yg telah menemani aku dulu.
Asalkan aku mendapat jemputan & kalo tak ada aral yg melintang la.
Kitorng ni sekampung tp jarang sgt dpt berjumpa mau pun nak berborak2 macam dulu.
Kalo nak cite kat tepon pun kadang2 dah jarang sgt la.
slalu kalo terserempak time kenduri kendara je la.

Ni la teman yang sentiasa ada bersama aku sepangjang majlis berlangsung.

So untuk Eja, aku harap die akan selalu berdoa akan majlis pernikahan malam sabtu nanti akan berjalan dengan lancar.
Mase ni memang la ader mase fikiran akan rase bercelaru tp tolak tepi ngan tu semua.
tu hanye hasutan syaitan yg tak suke anak cucu adam ni "mendirikan masjid"

Wednesday, January 14

My Holiday?!!!?

Kalo ikutkan jadual memang ader lg seminggu untuk persiapan aku ngan dear nak g cuti-cuti malaysia ni.
Tp ada mcam2 perancangan lain plak akhir-akhir ni.
Hari Ahad lepas tok kadi untuk kawasan tempat aku tinggal ni yg merangkap sedara bau-bau bacang ngan family dear dtg umah nak menjenguk sahabat lame, FIL aku la.

Die tau FIL aku tgh tak sehat sebab adik ipar aku si Eja tu mintak die sahkan borang akuan bujang.
Mase tu baru la tok kadi tu tau yg FIL aku tgah tak sehat tu.
Mase tok kadi tu datang die nasihatkan kalo bleh dicepatkan la majlis nikah Eja ngan Boy.
Dear kate tak kesah la coz mak Boy ngan MIL pun dah kate ok je.
Lg pun diorg ni asyik kuar dating je, dear pun dah tak tau nak ckap cam ne lg.
MIL nasihat pun langsung dia tak heran ni kan dear.

So satu family dah setuju nak wat majlis nikah tu secepat mungkin, maybe hujung minggu ni kot.
Esok kalo tak silap MIL nak wat kenduri doa selamat sket so esok aku akan lepak kat umah MIL la satu hari suntuk.
Nak tolong masak2 je la, kalo nak suh aku masak memang la aku tak nak.
Bukan ape ni nak masak bg org surau makan, kang kalo tak sedap malu la plak.

Makanyer aku nyer cuti ngan dear akan di lengahkan lg atas sebab2 yg tak dapt nak aku ngan dear elakkan.
Lgpun kalo ikutkan tak sampai hati nak biarkan dear tinggalkan FIL jauh2.
Takut papehal dear tak de kat umah kan nyesal akan datang.

Semoga FIL aku akan kembali sehat & kuat seperti dulu.

Sunday, January 11

Lepak-Lepak Dirumah MIL

Tengahri semalam lepas masak & makan, MIL tepon aku.
Nak minta tolong aku betulkan die nyer mesin jahit tepi. Kalo ikutkan Kak Ju pun bleh tolong betulkan tp kalo pikir2 blek aku dah lame tak pg sane.
So aku mintak adik ipar datang amik aku coz kete masuk bengkel.

Sampai je umah MIL aku terus betulkan mesin jahit tu coz MIL ngan Kak Ju tengah nak jahit langsir.
Insyaallah bulan 3 nanti ipar aku nak kawen, si Eja tu la.
Ramai tul kakak ipar kumpul kat sini, patut la mase MIL call tu tak jelas ape yg MIL cakap.
Kak Tun, Kak Ju, Kak Nab & Kak Nor pun ada tu.Yang tak de suami derang ni sume.
Kalo tanye suami sume akan jawab keje, pasal semalam kan hari ahad.
Pling jauh tu la suami kak No, outstation kat medan.Siap kirim beli jamu untuk die makan lepas bersalin nanti.hahha

Dah settle betulkan mesin jahit tu aku g dapo, tgok2 ade mcm2 makanan kat sini.
Tapi sayangnyer aku dah mkn kat umah td, MIL ngan SIL pun dok sibuk suh aku mkan.
Masalahnyer aku ni dah kenyang sgt la mkn nasi lemak ngan bihun sup tulang.
Nasi lemak tu pun dari umah MIL gak la.

Dah tak de benda nak buat so aku lepak2 tgok tv & sembang2 la ngan sume SIL aku tu.
Siap ader yg ajak main kutu la, macam2 la.
Dah lame sgt rasenyer tak jumpe mcm ni.
Kalo jumpe pun mesti time ader majlis je la.


MIL tengah buat kuih lopes untuk jamu anak2 yg ramai blek



Ni la dua budak comel kat umah MIL, yg lain dah besar la.

Friday, January 9

Akhirnya..

Setelah hampir seminggu aku dok terperap kat umah akhirnya aku kluar gak.
Nak g mane?...ehmmm aku nak join dear g wat keje kat Shah Alam.
Hahah teman g keje tu, tak pe la asalkan aku dapat kuar umah dan leh la tgok ragam orang ramai.


Kuar pun lepas zuhur, pas tu trus g tmpat dear keje.
Tak tolong pun, cuma tunggu dear kat kete je. hahha pemalas nyer assistant.
Bosan dok dlam kete nak buat pe lagi, gatal la g amik gambo sendiri lak..haha macam2 la aku ni.





ni la hasilnya dari kegatalan tgan aku ni nak mengamik gambo sendrik.

Dear tgok pun tergelak2 lak, dah la ngan pipi yg makin chubby sejak dok umah je ni.
Tak terjaga diet ku itu.
Pas siap keje dear, kitorg gerak nak g mkn.

Aku request nak mkn nasi ayam.so dear pun ikut je la kan, lgpun memang nasi ayam kat sane tu sedap bangat la...
Lapo sgt la coz dah kul 2.30pm baru g mkn.
Hahah dear la yg cian, aku dah mkn macam2 kat umah awal2.

Sebelum balek umah singgah econsave coz MIL kirim tgok2 kan hp ucu.
Kene tukar bateri baru la plak, tak pe la MIL dah siap kirim duit lak tu.aku ikut je dah dear kate beli je la.
Alang2 kat sane ader King, aku pun ape lg singgah la beli 2 3 jenis pastri yg aku ngan dear suka wat minum petang ni.
Semalam plan nak buatkan dear kek tp dah kuar cam ni tak jadi la.
Dah tu ptg semalm hujan lebat siap ngan guruh bagai.



untuk minum petang aku ngan dear.


Tu je la cite time aku dapat kuar umah.


:)


Untuk hari ni lak aku prepare lempeng ngan kuah durian untuk saparan dear, duarian tu pemberian abg wan (abg ipar dear).


Ader la 4 biji, yg aku buatkan kuah durian ni pun sebab buah nyer yg tak brape cantik.

sedapnyer!!!

Monday, January 5

Hari Lahir Herman

Dapat jemputan datang umah abg untuk sambut anniversary.
Tertanye la jugak anniversary untuk anak ke untuk bapanyer, bukan ape abg pun lahir bulan 12 tp daftar lambat.Bulan 1 baru daftar.
Nak confirm kan lg aku sms la kan coz senang la plan nak cari hadiah.

Kuar umah kul 2, trus g puchong amik nyah dulu la.Kebetulan nyah keje malam ok la tu kan.
Kitorg singgah kat Puchong Perdana cari baju untuk Herman, tu je la hadiah yg terpikir nak bagi.
Kalo bg mainan pun bukan dier nak main sgt.pling lame pun 2 3 hari je, pas tu simpan.
Kalo bg baju ni bleh la pakai lame selagi muat tak pun bleh turunkan kat adik2 dier kelak.

Sampai sane kul 3.30pm, ingatkan dah mula tp rupe2nyer kitorg la group 1st yg sampai.
Macam2 ade, & tak sangka lak kak tini masak sorang2 je.
Ader satay tp yg ni order kat orang la, ader mee kuah, kek sponge bob, puding & buah2an.
simple tp kalo nak masak byak2 ntah sempat ke tak dah la masak sorang2.
Ok la tu, kire ni 1st majlis diorg wat sejak kak tini mula pindah masuk umah tu.

Ramai juga la kawan2 abg yang dtg, bese la kawan2 keje dier la.
Makanan pun aku rase mcam terlebih lak, tp maybe cukup kot coz nak wat sampai mlm.
Nak jemput org yg akan jaga herman nanti.

Kitorang gerak dari umah abg kul 5.00pm.
Singgah kat Bazaar Puchong nak cari barang2 dapo sket, ingat nak cari ikan tp bile masuk je kawasan jual ikan tu bau semacam je.
So tak comfortable la nak beli ikan ke ayam ke.
Blek pas hantar nyah aku singgah lak kat OTK nak cari lauk pauk untuk 2 3 hari ni.
Kalo tak beli nak makan ape, dah la kete akan masuk bengkel.

Huaaaaaa..makna nyer tak dapat la nak g langkawi atau pun pangkor.
Kete ni time ni la plak wat hal, sabo je la.
Dah cantik2 budjet terpaksa gune untuk kete lak. tak pe la nanti2 aku akan pg gak ke langkawi tu.
Yg penting kene simpan duit coz nak beli umah ni.

:)

Saturday, January 3

Good News

:)

"Kak Yang dah bersalin, pukul 5.40pm,baby girl,2.6kg, normal & kat Hspital Ipoh"


Syukur, petang tadi dapat 1 mesej yg cukup ringkas tp padat.
Dari Yang, untuk inform aku ngan sume family bahawa Yang dah dapat baby girl.
As we all wish for him, yg sulung lelaki so now girl.
So happy for him.


Sempat lg call mak tanye mak dah pg tgok ke blum, tp cian mak.
Blum sempat nak pg sebab segan nak tumpang kete besan, kalo mak pandai drive bleh la.hahaha
Tak pe nanti bile kak yang start mengajar mak akan jaga jugak kot.


His MIL ngan family datang Perak sejak semalam lg.
Kak yang ader tanda2 nak bersalin sejak tgahri semalam lg, rancangan awal nak bersalin kat Hospital Manjung tp kebetulan lak tak de doktor pakar that day.
Dipindahkan ke Hospital Besar Ipoh, it's ok until baby born safely.
And the best part akak bersalin normal, sblum ni operate coz ader some komplikasi kot kalo tak silap.
Harap2 this baby girl tak de byak masalah mcam Daniel dulu la sampai kan kene tahan kat wad hampir 2 minggu.
Cian akak mase tu, nak ulang alik tgok baby.


Wah! now Daniel got his sister & he can play together.
Daniel ni memang lincah, ntah cam ne la akak nak jg baby ngan Daniel ni nanti.


Untuk kak yang, tahniah!dah dapat sepasang anak dah ek.
Untuk baby, nanti mak su balek kg mak su nak cium2 pipi baby coz nak amik berkat.
kot2 pas ni mak su lak leh dapat baby :)

Friday, January 2

Rona Roni Makaroni... So Funny




Hmm nape la ek, suke benar aku tgok cite ni.Bukan baru mula mlam td tp sejak minggu pertama lg aku dah jatuh cinta ngan drama ni.
My dear husband pun bleh "terminat" same lak tgok cite ni.
Alasan dear si Amani ngan "Bront" tu macam ader chemistry je. Berkenan sejak diorg belakon dalam cite sindarela.

Gandingan diorg berdua ni mesti ader klako2 sket kat dlam cite tu, memang pun.
Aku suke tgok Amani ni jadi pompuan ala kampung sket la dlm cite ni.
Tambah lak ngan dia nyer longhat utara tu, huh memang memikat hati.


Kebetulan malam td dear blek lambat almost kul 10.30pm baru sampai umah.
So aku yg keseorangan tgok la cite tu, memang kecoh gile.
Tambah lak time opening untuk mlm td lepas Jess jerit2 coz ader byak tikus kat kedai tu.
Mak oiiii besar2 lak tu tikusnyer, tak penah lak aku tgok besar tu coz dulu umah kat kg memang ader tikus ni.
Dear memang frust gak la tak dpt tgok cite ni mlm td, tp aku ckp astro kan akan ulang tayang cite ni.
Tp mungkin susah kot dear nak tgok lg coz dear tgok tv mlm2 je.time lain keje, kalo tak keje pun jrg nak tgok cite cam ni baik dear layan bola lg bagus.


So next time kalo ader ulangan baik aku rakamkan je, kalo bleh tgok online tak pe la.
Ni tak de online yg ader ulangan banyak kali lak.
Aku rase Rona ngan Roni akan bercinta di akhir episod nanti, agaknyer la kan.


:)

Thursday, January 1

Welcome 2009

Pejam celik pejam celik dah masuk 2009 rupenyer.
Kisah 2008 akan jd sejarah pling indah untuk dikenang kenang.

Semoga tahun 2009 ni akan jd lebih baik dari tahun2 yg lalu.
Macam biasa aku ngan dear tak penah nak celebrate untuk new year walaupun skadar nak pg tgok bunga api.
Dear kate baik tido kat umah lg bagus, jimat duit & kalo kuar cume dapat letih je.
Tp kalo aku bab jenjalan ni memang la aku suke.
Agaknya kalo ader anak nanti maunyer kitorg kuar tgok bunga api kot.
Penah ajak mase tahun pertama kitorng kawen tp sori la jgn harap dear nak kuar umah pg bersesak2.
Lgpun hari ni dear keje da, kalo mlm td tido lambat mau pening pale dear keje hari ni.
tu pun kelmarin dah la keje mlm, blek2 je weng2 pale tp sempat layan tenet dulu baru tido.
Bile dah tak tahan nak menahan pening tu baru la dear tido.hish bleh lak wat cam tu.

Ape yg menarik hati aku untuk 2008 ni ek?
Ehmm tahun ni 2nd time celebrate birthday dear, celebrate my bithday, celebrate our 2nd time as husband & wife & mcm2 lg la aktiviti celebrate kitorng.

5/1/08 - birthday anak abg yg pertama ( Mohd Herman Khair )
22/1/08 - birthday dear ke 30.
12/3/08 - mule kerja semula setelah hampir setahun lebih duduk umah.
4/5/08 - my birthday ke 25.
20/7/08 - wedding my BIL Zul & Ayu.
23/7/08 - our 2nd wedding anniversary & anniversary ke 50 untuk mak ngan bapa aku.
1/12/08 - stop kerja atas sebab2 yg tak bleh nak di elakkan.
9/12/08 - dear belikan aku laptop with broadband.

Tu je kot rasenyer tak de yg tertinggal.
Tahun ni ramai sedara yg nikah dan selamat menerima anugerah yg aku idam2kan.(anak)
Tp ader juga la yg agak pahit untuk ditelan coz ader 2 sepupu aku yg telah bercerai ngan amannyer tanpa ader pertikaian hingga perlu ke mahkamah.

Azam untuk tahun baru ni, aku nak capai azam aku yg blum tercapai tu.
Tp kalo bleh la kan ni la azam aku untuk tahun ni :

1 - nak anak kalo bleh dapat sorang pun jd la asalkan dari zuriat aku ngan dear (hopefully).
2 - moga dapat keje gov @ keje yg lebih baik yg penah aku keje dulu.atau mungkin aku akan mula buat bisness sendiri?maybe.
3 - nak kurangkan lemak2 yg dah lame bergumpal kat tubuh aku...haha
4 - nak jimat, coz nak beli umah sendiri dah tak tahan dok umah sewa ni ngan prangai jiran yg tak fham nak jaga hati org lain.
5 - nak g cuti2 malaysia ngan dear as for our honeymoon.

Tu je kot.kalo buat byak2 blum tentu bleh tercapai rasenyer.
Kalo bgtau kat dear ni mau gelak beso la dear bace tang nak kurangkan lemak tu.hahha

SEMOGA TAHUN 2009 NI LEBIH BAIK DARI TAHUN2 YG LEPAS, SEMOGA SEGALA IMPIAN & AZAM AKAN TERLAKSANA PADA TAHUN INI.
WELCOME 2009!