Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, May 30

3 Hari Pertama Ramadan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke empat kita berpuasa. Syukur masih mampu berpuasa walaupun bermacam dugaan dengan anak-anak ni. Kebetulan cuti sekolah kurang penat sikit sebab tak perlu keluar masuk ambil anak-anak balik sekolah. Tak keluar masuk tapi di rumah macam nak roboh rasanya. Kalau dah bagi tengok kartun memang leka sekejap tapi tak sampai 1 jam kot. Lepas tu semua buat perangai masing-masing. Sabo je banyak-banyak.

Sahur hari pertama
Ha...ini memang sentiasa di nanti-nanti tapi kami memang tiap-tiap tahun simple, tak beria-ia nak masak bagai. Cukup sekadar nasi sikit, lauk 1 jenis dan air panas. Lauk pun tak kisah sangat, ada ikan masin atau ikan bilis pun dah sedap. Kejut Amar dan Ashraf sama sahur tapi sayang pukul 8.30 pagi dah berbuka dek kerana tak tahan tengok Amsyar minum susu. Huhu...

Berbuka hari pertama
Niat di hati teringin nak balik kampung tapi minggu lepas baru je lepas jumpa mak di rumah abang. Mak datang sini dengan abang dan juga cucunya. Dear pun cakap tengok dulu macam mana, sebab sayang cuti nak simpan untuk raya nanti juga kan. Jadinya hari pertama berbuka di rumah je. Masak ikan tilapia bakar cicah sambal belacan. Sedap sangat sesekali makan ikan bakar tapi sambal belacan tu tak boleh banyak sangat takut perut tak tahan lagi pun kan baru je berbuka. Menu kami 1 keluarga memang senang. Dear tak nak menu yang banyak takut tak termakan pula. Sayur biasanya ulam atau pun 1 jenis je. Tak nak masak banyak sebab lastnya memang tak habis.

Sahur hari ke 2
Baki lauk malam tadi masih ada lagi jadinya aku panaskan je. Dear pulak nak makan biskut cicah air milo. Selalunya macam tu la, dear jarang nak makan nasi pagi-pagi. Anak-anak pagi ni aku tak kejutkan dah. Serik sebab lepas sahur tak nak tidur asyik dengan televisyen je.

Berbuka hari ke 2
Dapat berkumpul beramai-ramai lagi makan di rumah mertua. Rancang pun last minute, jadinya siapa yang berkesempatan boleh datang join sama. Alhamdulillah ramai juga. Makanan pun ada bermacam-macam. Nasi lemak, bihun, lempeng, bubur pulut hitam aku masak, kuih muih macam-macam jenis, air pun ada macam-macam jenis, bubur som som dan juga mee hailam. Inilah hasilnya bila berkumpul dan bawa makanan sikit-sikit jadi banyak pula. Tak tau la boleh habis ke tak makanan tu sebab aku balik tak ambil apa pun, kebetulan kak ipar bagi ketiew goreng jadi tu la makanan sahur aku.

Sahur hari ke 3
Dear bangun awal, tolong gorengkan telur goreng dan panaskan nasi. Dear makan ketiew aku pula makan nasi berlauk telur goreng. Hari ni gigi mula sakit, sabar je la dugaan bulan puasa kan. Nak kunyah makanan pun perlahan-lahan. Takut tergigit nantu sakitnya terus nyut nyut ke kepala.

Berbuka hari ke 3
Petang ni menu ringkas lagi, masak bening untuk anak-anak, ayam masak merah untuk kami. Aku makan pun tak selera sebab memang gigi masih sakit ni. Aku goreng keledek oren untuk bagikan pada kak ipar dan mak mertua. Itu pun dah cukup. Dear selalu pesan jangan masak banyak takut nanti terbuang dah membazir sebab tu aku masak sikit je dan 2 jenis je. Memang tak nak banyak-banyak makanan sebab yang makan cuma aku ngan dear je.

Sahur hari ke 4
Pagi ni dah tak selera nak makan. Gigi masih lagi sakit, kunyah-kunyah sikit dah sakit. Huhu...jadinya aku buat air teh cicah dengan biskut je. Dear tak sahur sebab malam tadi pergi memancing balik lewat pagi. Aku bangun sahur dear baru je masuk tidur. Kesian pula nak ajak teman makan sama. Makan sorang pun ok je. Dulu pun selalu je makan sorang-sorang.

Maaf lah tak ada 1 gambar pun, aku tak rajin nak ambil gambar makanan sekarang. Sayang sangat bila tengok makanan terbuang setiap pagi tapi tu la nak kata apa, ada yang anak-anak boleh makan tinggalkan untuk derang tapi bila suruh makan tak nak pulak. Nak tak nak terbuang juga. Itu pun malam tadi kak ipar sebelah rumah bagi roti telur dan roti bakar inti coklat kot..tak sempat aku pandang teliti apa rotinya dah habis derang makan. Huhu..malamnya nasi tak makan. Sekarang masak nasi 2 cawan tu untuk 2 kali makan silap-silap masa siang ni masakkan derang nasi goreng baru habis.

Maaf lah aku ni jenis masakkan untuk anak-anak sebab tak boleh tahan tengok derang lapar atau mintak makan yang bukan-bukan. Jiran-jiran mesti selalu dengar aku masak tengahari ni tiap-tiap hari macam hari biasa cuma masak yang mudah je.

Tunggu setahun 2 lagi kot baru paksa puasa, sekarang memang tengok pun nampak lembik. Anak-anak jiran nak ejek pun ejek la aku dulu pun lambat juga mula puasa, bila arwah bapa suruh puasa aku bantai minum air paip dalam bilik air. Tak pun kat sinki bila buat-buat basuh tangan. Haha mujur tak sakit perut.

No comments: