Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, March 22

Kekecewaan

Assalam…


Apa kes kecewa pulak ni ye. Ini bukan berlaku hari ni tapi berlaku hari ahad semalam. Bukan apa ntah apa yang tak kenanya dengan nasib kami atau kami yang tersilap langkah mengatur masa perjalanan? Confuse sekejap ok bila di ingat-ingatkan balik.

Ahad hari berjalan-jalan kami bertiga. Buat masa ni masih belum ada baby boleh la nak berjimba-jimba ..ahhahahahah. Nanti kalau dah ada baby susah pulak nak jalan-jalan berempat, maunya kena plan semuanya dari awal-awal lagi tak boleh main redah je.

1st venue pergi sale kiko dekat area umah sewa akak yang lama, alang-alang kami nak gerak tengok hot air ballon di putrajaya apa salahnya singgah sekejap. Tapi hasil yang kami dapat amat-amatlah mengecewakan, sampaikan ada rasa nak bagi tau dekat mak bapak yang baru sampai kat pintu pagar tu supaya balik dan pergi shopping je kat Jusco. Pasal apa aku geram sangat? Pasal langsung tak jumpa baju untuk saiz Zikri. Dengan kawasan jualan yang kecil ditambah lagi dengan keadaan baju yang dah bercampur aduk saiznya. Memang rugi je datang Cuma untuk tengok-tengok je. Buang masa la kalau saja-saja nak pergi sana nak beli baju. Lastnya balik dengan tangan kosong!

2nd gerak g Putrajaya pulak, tapi sampai-sampai kat putrajaya hujan mencurah-curah. Pusing-pusing cari parking dapat pulak area yang dekat dengan hot air ballon tapi sayang show tak de, kecewa la lagi….huaaaaaaaa Ish apa la nasib kami ni eh. Jenjalan kat luar tengok apa yang berkenan tapi belikan zikri topi je pasal nak cover kepala die kena hujan tu pun susah bukan main nak bagi dia pakai. Jap-jap mesti nak buka.

3rd kami pergi IOI Mall puchong pulak pasal aku teringin nak makan nasi ayam yang selalu aku makan time duduk ngan akak dulu. Tapi dalam kereta zikri dah terlelap, ajak dear singgah kat Tesco Puchong boleh aku jumpa member sekampung. Terubat jugak rindu nak jumpa. Heh! Padahal kat kampong kami duduk sebelah rumah je tapi nak buat macam mana jarang-jarang balik kampong date yang sama. Dear tido dekat dalam kereta dengan Zikri. Huh aku je seronok nak berjumpa kawan lama.

Lebih kurang sejam Zikri bangun kami gerak g IOI, masuk jusco pasal nak cari baju maternity untuk aku la, sekali tengok tak ada pulak yang berkenan. Makanya aku merancang nak tukar stail la untuk bulan depan, nak pakai jubah pulak…agak-agak kat mana yang cantik-cantik lagi murah eh?

Apsal aku kepingin sangat nak tukar stail ni ye? Bukan apa pregnant kali ni Nampak sangat saiz perut yang makin besar. Ish….ni yang berkobar-kobar nak survey jubah…hari tu ada Nampak kat peace tapi time tu Zikri meragam pulak tu yang cancel nak masuk. Next time la, tapi tak mau la pergi berdua dengan Zikri je…nak ajak dear skali la pasal boleh la minta duit dear. Hahahhaha akal jahat!

Kesimpulannya, memang kecewa tapi berbaloi dapat habiskan masa dengan keluarga. Hujung minggu ni pulak tak tau nak pergi mana, nak ajak dear g Peace la…nak cari jubah. Minggu depan isnin ada check up lagi….tapi dear ajak pergi hari rabu je pasal rabu Zikri pergi check up dekat klinik desa untuk setaun….khamis genap la setaun. Ok jugak la kan, senang sket pasal ada driver tolong bawakan. Yahoooo….

2 comments:

Yaati Nor said...

peace ok gak..akak aku beli kat sakan..kot2 kat klang ada sakan ke..murah2 dan cantik2 gak..tinggal sebilan je lagi beli 2 3 pasang dah cukup..nnt membazir bukan pakai pun lepas bsalin nnt...Sakinah kelas kita pun dok kat2 area belakanh tesco..ada satu hari tu aku terserempak dengan dia..

Azian & Zaini said...

ti...tingin nak try jubah pulak. Insyaallah mesti nak pakai lagi rasanya, sayang la kan kalo beli tp cuma nak pakai sebulan ni je...tgok orang lain skali skala pakai jubah best je

eh....aku tak pernah tau dah info pasal sakinah ni, die ada FB tak?