Assalam...
Sejak akhir-akhir ni aku kerap pulak masuk lewat kerja... bukan apa dek kerana ada saja kekangan masalah kat umah. Bila sampai masa nak keluar dear nak masuk bilik termenung la pulak, kekadang Zikri bangun lewat pun boleh jadi masalah sebab biasanya aku akan mandikan dia sebelum pergi umah MIL. Ni memang kebiasaan Zikri sejak dari awal lahir, mandi awal pagi. Tapi mesti guna air suam kalau tidak menggigil-gigil la dia pagi tu tak pun mengamuk tak tentu pasal.
Semalam dan sebelum-sebelum ni, entah kenapa bila aku drive je ada je kereta yang nak mencari nahas. Pagi kelmarin masa nak keluar simpang kat belakang rumah asyik pandang sebelah kanan je pasal nak masuk lorong kiri. Tengok sebelah kanan clear terus je la keluar ke kiri, tapi belum sempat nak tekan minyak nampak sebuah kereta Myvi potong lori....ehmmm tersentak sekejap sampaikan aku berhenti pasal nak bagi laluan. Sabar.....
Tapi ini bukan kali pertama aku alami nasib yang sama sudah beberapa kali aku terserempak dengan kereta yang nak memotong kereta maupun lori sampah atau apa sahaja kenderaan. Mereka-mereka ni tak fikir e sebelum nak memotong kalau tiba-tiba ada kereta keluar simpang? ish....
Paling seronok time aku balik kerja kelmarin, tiba-tiba kereta BMW dari arah depan dengan sesuka hati memotong kereta depannya walaupun cuma sebuah kereta je. Nak dikatakan kereta depannya tu bawa slow tak jugak....atau pun dia berniat nak try test kereta BMW barunya tu kot?ehmmmm boleh confius sekejap aku. Mujur kereta belakang aku masih jauh dan kereta aku tak laju mana masa tu, kalau time tu aku pun tengah pecut...maunya jadi kes pulak. (tak de niat nak boldkan tapi kekadang geram sangat, patut ke kalau bawa kereta tu kene drive cara yang bahaya?)Sabar....
Tengah-tengah boyot cam ni kekadang terasa malas sangat nak drive ditambah-tambah pulak dengan ragam pemandu sekarang yang macam-macam peel....tapi tak mampu nak paksa dear menjadi driver. Insyaallah nanti kalau dah masuk 9 bulan maunya aku paksa jugak dear jadi driver aku pasal time peknen kan Zikri dear jadi driver buat seminggu. Seronok ok, time tu aku tak payah susah-susah nak cari parking kat ofis ni. Tambah pulak sekarang ni makin ramai yang kerja kat sini. Tiap kali ada orang baru masuk je mula la gelabah kan...pasal standard la 1 kereta sorang....kaya tul la kan orang yang kerja kat sini. Parking area dah la terhad lebih-lebih lagi kalau masa tu semua yang kerja kat site turun ofis nak meeting. Huhu terpaksa la menapak jauh-jauh.
Aku pun pemandu, terkadang ada jugak kesilapan aku tapi harap-harap kejadian yang merbahaya ni tak lagi terjadi. Maklum saja la aku ni duduk kalau diikutkan area kampung dalam bandar. Kereta baru orang memang la aku tak boleh nak lawan pasal aku pakai kete cabuk laki aku je (kete cabuk pun tapi kami sayang sangat-sangat ok), tapi aku bukan nak lawan aku cuma nak sampai ketempat yang aku tuju dengan selamat je. Takkan itu pun tak boleh kan....heheheheh
No comments:
Post a Comment