Assalam...
Perut masih kenyang, tambah pulak termengah-mengah naik tangga jap tadi. Sampai-sampai kat ofis belum sempat nak letak handbag pas kan makanan buat kawan-kawan yang kirim untuk bungkuskan makanan. Tup-tup amoi sorang ni terus datang sapa, ingatkan dia nak amibil makanan dia tapi sekali dia nak inform kan senior engineer kat company ni dah meninggal dunia.
Oh....nak mengucap pun ada, nak jawab "innalillah" lagi la tak boleh kan. Tapi aku nak kata apa eh, dengan muka yang tercengang-cengangnya aku kata dah sampai masa ajalnya tiba. Semoga rohnya bersemadi dengan tenang hendaknya.
Sekarang aku nak buat kerja, kerana apa....kerana ada banyak tender nak dibuat tambahan pulak sekarang ni keadaan amat la tidak selesa buat aku. Dah masuk 9 bulan semalam, so lepas ni mungkin bila-bila masa kot baby boleh keluar. Petang ni sepatutnya pergi check up 9 bulan punya tapi aku ganjakkan ke hari Rabu pasal nak bawa Zikri pergi check up hari yang sama. So amik halfday la hari tu.....pergi petang pasal masa tu orang tak ramai. Malam aku pulak kene check...heheehhehe
No comments:
Post a Comment