Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, March 19

Persediaan Mental Maupun Fizikal?

Assalam...

Apa punya title la pulak hujung-hujung minggu ni eh, bukan pe sejak entry pasal story hasil check up 8 bulan terfikir la pulak kan macam mana la nanti aku nak handle 2 orang anak sekali gus.

Fine! memang la aku kerja tambah-tambah pulak kerja 5 ke 6 hari seminggu. Orang pasti kata aku cuma perlu layan malam dan waktu hujung minggu sahaja kan. Tapi rasanya malam dan hujung minggu tu pasti ada cabaran tersendiri jugak kan? Time bila nak masak, kemas rumah, siap-siapkan baju-baju dear, baju aku maupun baju anak-anak aku nanti? Hoh! kata orang jangan fikirkan sangat tapi kalau aku tak start fikir dan plan baik-baik dari sekarang maunya akan datang meronta-ronta minta bantuan orang lain tak pun on the spot berhenti kerja! huaaaaaaaaaaaaaaa.......

Siapa-siapa yang ada pengalaman eh? akak ipar kebanyakkan ada jugak tapi aku tak sempat nak tengok pasal time tu aku belum kenal dengan dear lagi. Ish...akak-akak belah aku plak tak de yg anak rapat macam aku nanti.

Kawan-kawan? K sue rapat gak, ada jugak survey blog yang beranak rapat tapi tak banyak story la pasal time management memang lari 100% dari yang dijangka la kan. Kalo tak silap beza umur anaknya tu setahun seminggu, so memang rapat sangat la kan hampir-hampir jugak macam aku.

Sekarang plan nak cari siapa yang akan jaga adik Zikri nanti, yang lain aku rasa aku boleh plan slow-slow start dari sekarang. Harap-harap dear pun dapat membantu. Yang ni aku percaya pasal sekarang pun dear memang layan Zikri lebih dari aku. Nak minta MIL jagakan jugak macam kesian sangat tapi memang la kan kalau dear tak kerja dear yang tolong jagakan tapi kalau dear kerja dan Zikri pun buat perangai? macam mana la MIL nak handle 2 orang sekali gus.

Ok la tak mau la nak sesakkan fikiran aku hujung minggu ni. Manfaatkan cuti yang ada dengan Zikri, masa untuk lupakan tekanan kerja yang maha hebat minggu ni dan pastinya akan berterusan sehingga minggu hadapan. Ya Allah, kau permudahkanlah perjalanan kerja aku dan berikanlah aku kesabaran demi menghadapi apa juga dugaan yang mendatang.

No comments: