Semalam settle 2 perkara yang patut terlaksana. Heh! sangat pantas ok, bawa Zikri g klinik kul 3 petang pasal time awal-awal aku sampai dia masih tido lagi. Nak kejutkan tak sampai hati maka lepak je la kan kat umah MIL. Tak sampai kul 2.30 dah bangun so lepas bagi susu terus zaasss g klinik berdua-duaan.
Sampai klinik memang tak ada orang lain, yang ada nurse sorang je. Ehm....ni yang suka datang petang-petang ni tak payah nak Q lama-lama tunggu giliran. Kalau tak time pregnent dulu memang naik keras bontot tunggu turn. Padahal bila dah sampai turn bukannya lama pun derang ambil masa nak check.
Berat naik 11.6 kg
Tinggi dah 76 cm
Ish....nampak berat tu naik sangat la kan, last time check up bulan ke 9 baru 10.4kg. Uwa....patut la nak patah pinggang aku kalau bawa dia dukung lama-lama. Time inject lagi best! langsung tak nangis ok, senang hati aku cuma masa dah kat kereta pulak dia buat hal tak nak duduk kat car seat dia. Bantai nak main payung pulak dah...ish...cancel plan mamanya nak pegi cari kek! hampa.... Next time je la mama beli eh, kita celebrate belated birthday je.
Pujuk dengan bagi sebotol vitagen, nasib baik sebelum balik dari ofis aku sempat singgah beli dekat kedai 99 kalau tidak maunya mati kutu aku. Tapi ok la untuk sekejap lepas tu mengamuk sakan, ish...sampai la kat umah. Kesan inject tu ke eh?
Bagi makan pisang lepas dia mengerjakan apa yang ada dalam handbag aku. Sampaikan hari ni access card aku pun lupa nak bawa. Geram...rasa macam nak kunyah-kunyah je jari-jari comel budak ni.
Masa ni tengah tunggu turn nak masuk jumpa DR, ayahnya terus masukkan dia kat dalam kereta tu punya la suka dia. Tapi ni bukan nak bagi makan apa ok, yang putih tu tisu pasal nak lap mulut da.. :)
Muka excited la pulak budak ni.
Malam lepas maghrib turn aku pulak nak kena check. Selalu pergi masa lepas balik ofis tapi malam tadi dear balik lewat petang takkan nak pergi time maghrib pulak. Sabar je la kan, tunggu jugak la last-last pukul 9 baru settle semua.
Hasilnya, BP plak naik sket...tapi masih tahap normal kat DR, maybe stress fikir masa dah dekat-dekat nak bersalin ni kan. Aduh la..... berat pulak turun! wow walaupun turun 200gm tapi DR inform jugak ok, ehmmmm aku story la kat DR kan sekarang selera aku memang tengah menggila. Nak-nak pulak bila tengahari time kerja. Dear pulak time-time hujung pregnent ni la sibuk tanya nak makan apa, nanti kalau dah kuar baby tak boleh nak makan lagi. Ish...."BERPANTANG" untuk seketika. :p
Pendek cerita semalam no scan pasal baru lagi kan DR scan tu hari, just check jantung baby dan kedudukan je la. Kesimpulan semuanya normal sahaja. Tenang sikit hati aku bila sempat aku tanya kat DR mungkinkah aku akan dipaksa bersalin kalau berlaku BP tinggi. DR kata itu semua masih awal lagi, so kalau nak buat kesimpulan sekarang pun susah juga. Tunggu la next check up kita tengok macam mana pulak. Oh sangat-sangat takut kalau sampai terpaksa operate pulak. Minta-minta sangat yang no. 2 ni normal jugak... Amin!!
No comments:
Post a Comment