Assalam...
"Setahun sudah berlalu, bulan march muncul kembali.....oh oh......"
Heh! senang hati kan kala ini, padahal tahun lepas masa ni la aku berhempas pulas nak keluarkan seorang anak...hmmmm nak kata berhempas pulas sangat tu tak ada la kan, pasal aku punya sakit sekejap je kalau nak compare dengan orang lain.
Ni kisah penuh pada tahun lepas alhamdulillah
Nak story lagi sekali aku pun dah malas dah, tambah pulak dah siap ada 1 entry kan...tinggal korang-korang yang baca tu rajin ke tidak je la nak tengok eh.
Tak ada celebrate apa-apa pun, nak kata aku belikan Zikri present lagi la. Tunggu je la nanti-nanti dah besar dah pandai minta....time tu nak tak nak terpaksa juga la dilaksanakan. Buat masa ni aku persiapkan diri je dengan 2nd baby yang bakal tiba hujung bulan ni...insyaallah.
Setakat masakkan bubur merah tanda ingat tarikh lahirnya dan dihulurkan pada sedara mara dan jiran tetangga. Alhamdulillah doa-doa dari mereka yang aku inginkan.
Kalau diizinkan Allah, mungkin minggu ni aku nak hantar mak balik kampung...dapat la aku tinggalkan duit sikit untuk minta mak tolong serahkan pada orang katering dan boleh buat makan-makan doa selamat di masjid. Kala masa susah begini siapa lagi yang akan aku rindui? of coz arwah bapa aku.....Tak mau la cerita panjang...air mata dah bergenang sayu je...lama tak jenguk kubur arwah hanya Alfatihah yang mampu aku hadiahkan. Semoga arwah tenang di sana.
No comments:
Post a Comment