Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, March 19

Dia Cinta Hati Saya

Assalam...





Pejam celik pejam celik dah nak masuk 5 tahun usia pernikahan aku dan dear. Ya Allah pantasnya masa berlalu.... terasa baru semalam perkenalan kami berlangsung. Saat manis perkenal yang sangat-sangat manis untuk dikenang sampai bila-bila. Kata orang cinta itu buta bukan, tapi Allah dah aturkan apa yang terbaik untuk kita. Insyaallah aku sentiasa berharap hubungan dan ikatan kami kekal abadi selamanya sehingga keakhir hayat kami.

Ditambah-tambah dengan dugaan maha dasyat kami 3 tahun awal perkahwinan tiada zuriat tapi Allah tahu kami kuat dan kami mampu hadapi rintangan itu. Tahun ke 4 akhirnya kami dapat menyambut ulang tahun perkahwinan bertiga dan menyambut aidilfitri bertiga untuk pertama kalinya. Itu adalah masa-masa yang terlampau manis untuk dikenang, cuma pahit bila arwah bapa tak sempat nak bermain dengan cucunya walaupun arwah tahu aku dah mengandung ketika itu.

Untuk dear, suami yang paling aku sayang....kala ayang titipkan nukilan ni air mata dah mula mengalir...tak terluah rasa cinta buat dear.....tak tahu macam mana nak lafazkan rasa bangga sebab kenal dengan dear....tak terlafaz lagi kata-kata cinta....yang pasti pujian orang lain maupun ahli keluarga sentiasa aku terima...Terima kasih Ya Allah kerana temukan aku dengan kekasih hati yang terbaik seperti dear...

2 comments:

Yaati Nor said...

kena la anta adik dan zikri 1 tempat..jangan dipisah2kan anak2 tu..

Azian & Zaini said...

entah la, yg jaga zikri sekarang ni nenek die...lg plak nanti bila aku naik kerja MIL kene jaga adik ipar dlm pantang pulak...tu yg tgh plan nak anta kat orang lain tak pun maybe 2 2 skali aku hantar kat orang lain...senang sket MIL nanti tp cian plak nak biasakan Zikri ngan org baru