Assalam...
Aduhai...aku ingatkan dah jelas lagi terang tapi rupanya belum jelas lagi ye. Heh sorry sangat-sangat lah ek. Tak sengaja nak membuatkan kekeliruan berlaku.
Sebenarnya MIL aku tetap akan jaga Zikri macam sekarang. Kakak ipar aku pulak yang bakal menjaga adik Zikri nanti...tapi oleh kerana akak ipar aku ni perlu hantar dan ambil anak dia setiap hari ke sekolah makanya adik Zikri nanti dia akan tinggalkan dekat rumah MIL buat sementara.
Nak nak pulak rumah MIL dengan rumah kakak ipar aku ni dekat sesangat la kan. Selang sebuah rumah je. Tu yang aku tak kisah kalau kakak ipar ada rancangan yang begitu. Yang penting mereka berdua masih dijaga dan masih boleh berjumpa setiap hari walaupun lain orang yang jaga.
Paling-paling aku senang hati pasal yang jaga mereka-mereka nanti adalah saudara mara sendiri. Kita kenal siapa orang tu dan kita tau macam mana keadaan rumah orang tu. Lagipun akak ipar tu anak-anak dia semua dah besar, yang bongsu sekarang pun dah darjah 3 ke 4 kalau tak silap aku la. Yang sulung pun dah kerja dah pun. Kene pulak derang sekeluarga layan Zikri dengan baik sekali tu pasal aku tak teragak-agak nak bagi izin akak ipar aku tu yg jaga.
Sebelum ni pernah juga akak ipar aku jaga anak jiran sebelah rumah dia tapi tak sampai setahun. Alasan kenapa stop aku sendiri pun tak tahu. Yang aku tahu akak ipar siap tolong jagakan kalau jirannya nak keluar cari barang dapur hari sabtu maupun ahad. So sendiri kena faham-faham la ye.
Harap-harap jangan la ada kekeliruan lagi lepas ni. Tapi tak tau pulak la kan kalau masa adik Zikri dah keluar nanti tiba-tiba ada orang yang bertukar fikiran....itu hanya Allah yang tau aku hanya mampu merancang buat masa ni.
2 comments:
alahai sianya..zikri dan adiknya bakal dipisahkan buat beberapa jam..
ok la kan dari pada derang langsung tak dapat nak jumpa siang-siang time mamanya kerja..
Post a Comment