Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, October 11

Allergi atau Ruam

Assalam...

Tengah kusut dan serabut dengan kerja, perut pula sudah beberapa hari rasa tak selesa. Sama sakit macam kalau period nak datang. Haih...baru je bersih takkan datang lagi kot. Ok lupakan pasal itu semua.

Sejak raya hari tu Amar selalu di serang ruam peluh di badan. Ish...anak yang seorang ni mana tau duduk diam. Hehe....hari ni MIL bawa pergi Segamat ambil adik ipar, suka la dia dapat tengok lori di highway sana. Kalau ruam peluh memang susah la nak hilang kan, jadi ambil masa juga untuk sembuh. Setakat ni sejak dari raya sampai sekarang setiap minggu pasti akan berulang datang dan pergi.

Pernah jumpa DR. katanya allergy makanan, tapi boleh tak macam mana aku nak fikir apa makanan yang silap aku bagi?padahal makanan yang sama je, ulang-ulang balik makan yang tu je pun. Kalau yang tak pernah makan tu aku tak pasti plak, setakat ni semua Amar pernah makan.

Aku minta pendapat ke 2 dengan jumpa ahli farmasi di Kota Kemuning dekat dengan kawasan office aku. Aku bawa Amar dengan Ashraf sekali. Dia kata memang ruam peluh jadi boleh sapu krim sahaja untuk hilangkan. Ada ubat air untuk kurangkan gatal tapi sehari boleh makan sekali je.

Sama juga kesahnya dengan Ashraf, tapi gatal bahagian lain di kaki. Bila bangun pagi dia menggaru punya lah sekuat-kuat hati aku tengok, padahal mata belum buka tapi tangan terus menggaru. Adoi!!!

Paling tidak best Dr. dan ahli farmasi kata kalau masih BF ibu kene jaga makan. Ayark....makanan yang aku makan sekarang sama je. Tapi tak tau la kalau ada pula makan kerang, sotong atau udang. Memang setakat ni aku kurangkan beli makanan laut ni. Biar berhenti buat seketika tengok kalau betul makanan laut bagi kami masalah.

Ok selain dapat krim sapu anak-anak aku juga cuba guna sabun mandi berubat. Ada ekstrak daun semambu yang aku fikir pastinya sesuai untuk sapa-sapa yang kene chicken pox!. Rajin-rajin mandi tau kalau ada chicken pox sebab badan jadi panas masa tu.



Setakat ni masih sama hilang sekejap kemudian datang lagi. Jadi nak tak nak, bila datang aku stopkan sapu krim dan minum ubat. Tapi aku try alternative gunakan minyak gamat pula. Hehe...setakat ni Ashraf memang nampak serasi dengan minyak gamat.

 

2 comments:

Yaati Nor said...

simpton2 ko kata belum buka mata dah mengaru tu ezema je yan..anak2 buah aku ramai ke kena ezema..cuba la gi klinik lain pulak tanya..klu ezema nie tak blh guna bedak atau sabun wangi2 nie..

Azian & Zaini said...

ye ke tie? ekzema ni dr bkn dr bby lagi ke? ok, nanti aku try bw pergi jumpa dr pakar baby plak nak tau apa pendapat dia pula