Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, August 27

Spectra 3

Assalam…

Alhamdulillah ada rezeki lebih dari Allah. Dear tolong bayarkan duit upah jaga anak pada mak mertua dengan akak ipar. Ahaks! Duit mama boleh pakai beli pum baru. Kebetulan tengok dalam majalah PA&MA memang ada promosi tu yang berkobar-kobar nak membeli lagi tu.

Aku ambil keputusan beli set spectra 3 dengan pakej jingle jungle. Beli beg besar amat untuk kemudahan bawa pum dan barang-barang yang sepatutnya aku bawa.

Abes juga la RM500 aku beli semua ni, ada beg tapi tak masuk pic la pulak. Lupa nak ambil nak kumpul kan. Itu pun aku ambil tambahan sehelai nursing bra dan 3 botol jingle jungle. Kalau ikut price memang RM418 tapi aku siap tambah sehelai nursing tank untuk senang bagi susu di tempat umum.

Setakat ni hasil yang aku dapat memang ok sangat la kan, jimat masa aku sebab aku di rumah terhad masanya. Mana tidaknya nak jaga 2 orang anak yang tengah nak membesar ni memang banyak cabarannya. Buat masa ni belum lagi bawa ke ofis, insyaallah selepas raya aku akan bawa sebab pasti lagi memudahkan aku nanti.



Kalau ikutkan review orang memang kata senyap, pada aku buat masa ni aku tak amik pusing pasal senyap ke tidak tapi yg penting hasil yang aku dapat.

Friday, August 26

Majlis Berbuka Puasa

Assalam...

Hari selasa lepas ofis aku buat majlis berbuka puasa di Premiere Hotel, Klang. Kalau ikutkan sepatutnya minggu lepas tapi terpaksa postpone maybe sebab bos ada hal kot. Maklum saja la kan bos ofis aku ni ada ramai so nak tunggu sorang-sorang tak sibuk agak susah juga la kan.

Aku & geng antara orang terawal sampai. Awal? huh tidak, pada aku elok-elok aja kami sampai terus ambil seat masing-masing. Terus zass pergi amik makanan, kami makan nasi dan mihun dek kerana tertipu..hahaha.. excited nak masuk sampai kan kami tak perasan di luar masih ada pelbagai menu lagi. Tak pe lepas makan nasi kami makan lagi yang lain tu.

Best bila buat majlis berbuka ataupun makan-makan sebab masa ni la kami satu keluarga ofis ni berjumpa. Maklum saja la kami ni di kontraktor ada banyak site yang perlu kawan-kawan kami jaga. Oh! nak harap-harap derang datang ofis ehm tidak ok. Hahaha

Bos kami sampai dah lewat katanya sesat. Ish padahal ofis kami dengan hotel tu dekat la sangat-sangat. Sabo je la aku. Sampaikan kek yang derang beli pun boleh lupa nak bawa. Mujur aku pergi awal, itu pun dah pukul 6.30 petang ++ juga ok. Elok-elok sampai nak cari parking lagi. Sabar je la.


Nampak tak ais krim kat depan tu. sedap!!!

Kesian mamat sorang ni kene buli


Ini antara hasil tembakan kami malam tu, tak ada acara lain kecuali makan dan makan sampai kenyang sangat. Kebetulan akak sebelah aku tu yang pakai tudung hitam tengah berbadan 2, hehe....kami bagi dia makan puas-puas jangan sampai mengidam apa yang ada malam tu. Kalau nak tau amoi-amoi satu ofis aku derang pantang ada majlis mesti nak bergambar, kesian mamat sorang tu terpaksa amik gambar yang sama tetapi gunakan beberapa kamera. Bila disuruh bluetooth derang tak nak pasal kualiti gambar yang diambil tak sama.

Lelaki sorang tu la bos kami, ini anak bos besar. Memang giler-giler kalau kat luar, kalau kat ofis siap la kalau gilernya datang maunya kami nangis.

Pendek kata apa yg ada disana semuanya kami makan, tak mahu ketinggalan walaupun 1 makanan pun. Jangan ada yang teringin pulak kan, dapat rasa sikit-sikit pun jadi la. :) Moga-moga bertambah rezeki bos setelah belanja kami semua makan disini.

Persiapan Raya 1

Assalam…


(Ini entry yang tak sempat nak dipublishkan dari awal minggu dek kerana kesibukan melampau...alasan!)
Sudah masuk ke minggu terakhir ramadhan, tak lama lagi syawal pula menjelma macam mana persiapan orang lain ek? Persiapan kami sekeluarga hancus. Langsung tak tersiap-siap.

Ahad semalam dah merancang nak jalan-jalan di Giant Kemuning sambil-sambil nak cari barang dapur nak tengok-tengok baju untuk anak-anak. Kami gerak pukul 11 pagi itu pun bila sampai sana orang tak ada la ramai so senang la nak jalan-jalan cari barang. Zikri pula dah mula mengantuk dan tak berapa nak duduk dalam troli, Ashraf aku letakkan dalam stroller. Ini adalah percubaan pertama kami keluar berempat. Haahahaha..kelakar je bunyinya kan, orang lain anak 3 4 orang ok je kami yang 2 ni pun agak kelam kabut jadinya.

Dapat la beli baju dan kasut untuk Zikri, dan barang-barang dapur sedikit. Nak jalan lebih-lebih Ashraf mengamuk tak nak duduk dalam stroller pula. Aku lepak tunggu dear dengan Zikri di luar sambil rancang nak susukan Ashraf pasal aku tau dia dah mengantuk. Ok fine! Giant tak sediakan tempat untuk BF, mujur aku pakai nursing tank. Boleh cover tang perut yang banyak lemak ni dari dilihat orang. Tapi sayangnya Ashraf tak berikan kerjasama, so fikir punya fikir taka pa la kita balik rumah saja la apa yang kurang nanti aku beli sendiri.

Nak mencari baju untuk AShraf tak banyak pilihan yang cantik, maybe minggu ni time lunch hour aku akan keluar jalan-jalan cari baju anak-anak. Tak pun aku nak amik MC 1 hari (ini jalan terakhir)MC ajak dear join sekali baru best tapi dear pula malas nak cuti pasal nanti raya nak cuti banyak. Aduh….

Dimana aku mau membeli belah ni eh? Jusco? Giant lagi? Tesco pula ke? Kita tengok saja la nanti dimana. :)

Friday, August 19

Warna Najis Bayi

Assalam...

Tolong jangan geli ok, title di atas sana tu memang betul berkenaan apa yang aku alami. Ish masa Zikri kecil dulu aku dah mula campurkan susu ibu dengan FM so aku tak ambil pusing sangat dengan hal-hal ini.

Petang hari Rabu lepas Ashraf buang air besar cair dan berwarna hijau sikit. Ehmmm ini yang aku dapat dari hasil pencarian aku secara online di susu-terbaik.blogspot.

"Setelah kolustrum susu bertukar menjadi susu matang, bayi biasanya akan berak lebih kurang 2 hingga 5 kali sehari. Ada juga bayi yang berak hanya sekali seminggu, sekiranya najisnya tidak berbentuk, lembut dan tidak kering ini menunjukkan ia mendapat susu awal dan akhir (foremilk & hindmilk) yang mencukupi. Najis yang terlalu cair dan berwarna kehijauan menunjukkan bayi mungkin tidak mendapat cukup hindmilk. Najis yang cair ini juga menunjukkan bayi anda sensitif dengan ubatan atau makanan yang diambil oleh ibunya. Biasanya ibu dinasihatkan untuk tidak mengambil produk tenusu sehingga 3 minggu. Sekiranya terdapat perubahan pada najis bayi (najis normal), tambahkan sedikit demi sedikit produk tenusu dalam diet. Mulakan dengan keju. Jika najis bayi menjadi terlalu cair, ibu mungkin terpaksa mengambil alternatif lain bagi sumber kalsium dan protein utama mereka."

Ouh....pagi semalam pun masih berlaku hal yang sama, agak kecewa pula tengok najis Ashraf macam tu tapi aku sabar dan tahankan sahaja.

Alhamdulillah pagi ni najis nya kembali bewarna kuning pekat. Syukur pada MU YA ALLAH! Boleh ceria kembali....yahoo

Tapi kalau ikutkan buat masa ni, dibulan puasa ni aku tak ambil produk tenusu apa pun. Melainkan apa yang aku makan untuk 2 hari tu adalah sandwich telur atau pun aku teringin nak makan makanan pedas. Ish...kesian anak pula yang menjadi mangsa disini.

Thursday, August 18

Cuti Nuzul Quran 2011

Assalam...

Semalam cuti Nuzul Quran untuk negeri Selangor. Ouh! dalam kepala seronok betul kalau dapat pergi shopping raya hari tu pasal orang KL kerja, tapi bukannya dear nak kalau aku ajak keluar cari barang sampai ke KL sana. Logik juga kan?

Petang hari selasa balik kerja kul 5.30 petang tapi entah kenapa jalan jem teruk. Sampai di bulatan batu 4 jalan kebun klang jalan jadi sesak. Ish aku tersalah pilih jalan la balik ni. Bukan apa dear minta aku belikan krim gatal untuknya tu yang aku pilih jalan lama, kalau tidak aku lagi selesa ikut KESAS. Lebih pantas untuk sampai kerumah.

Lama juga aku terkandas disini, hampir setengah jam membazir masa dek kerana trailer biru didepan sana telah diblok oleh beberapa buah kenderaan lain. Ini la kekurangan bulatan di sini, pasti akan jem teruk sebab banyak trailer yang menggunakan jalan ini sepanjang masa.

Pagi rabu dear bagitau dear tak kerja. Macam biasa pagi-pagi lagi Zikri akan bangun awal dan kacau semua orang. Kesian dear nak tidur tapi asyik diganggu, mujur dear layankan aja kalau tidak pening kepala aku. Dear bawa balik barang untuk repair paip dan tangki flush.





Gigih dear repair getah paip yang sudah agak lama bocor tau. Nasib baik bil air kami masih free, tapi claim dengan tuan rumah tetap kami lakukan..hahaha

Alang-alang masih belum 'dibenarkan' untuk berpuasa aku masak awal, sambil bagi Zikri makan. Dear sabar ok. Kebetulan akak ipar sebelah rumah pun masih 'bercuti' puasa ni dia masak nasi goreng dan pass se'tupperware' kerumah. Layan juga la kan tengahari makan nasi goreng ni.



Anak yang sorang ni ada saje akalnya. Bisa buat jantung aku jadi tak keruan. Ashraf pula dah 2 minggu pandai menirap sendiri. Oh sangat pantas kan masa berlalu, dah nak hampir masuk usia 4 bulan. Raya nanti adakah Ashraf sudah mahu merangkak?ehmmm nak imagine jap

Tuesday, August 16

Diketawakan

Assalam...

Aduh...sejak akhir-akhir ni hati jadi tak keruan. Semuanya berkaitan mengenai susu ibu. Adoi la...sabar banyak-banyak yan oi..

Ok ceritanya begini, petang semalam masa sebelum nak balik aku akan pump. Kebetulan bos-bos semua tak ada dan tak ada lelaki pun di area atas ni. Kemalasan yang amat nak turun bawah ke surau atau pun masuk toilet. Kalau dalam toilet pasti akan mengantuk sangat mata ni, rasa mau rebah tidur je.

Tengok sekeliling macam ok je aku pun terus la prepare untuk pump je kat seat aku. Senang la kan, sambil pump sambil layan my FB - sweetpepatung. Dah settle pum sebelah kanan alih ke sebelah kiri kawan yang duduk dibelakang tak perasan langsung pun aku tengah syok mengepam.


Pandangan belakang 

Pandangan sisi 

Pandangan hadapan

Kebetulan masa aku dah nak hampir siap pump kawan lain datang ke tempat kami. Sembang-sembang macam biasa la kan, dia pun langsung tak perasan. Tapi bila aku keluarkan pump untuk simpan susu mula la 'DIKETAWAKAN'. Ish time ni la aku terasa down sangat! Kenapa mereka katakan lucah? ada salah ke aku pump di ruang kerja aku tanpa mengganggu gugat orang lain?

Aku mampu jawab, 'apa salahnya, yang ada semuanya perempuan bukan lelaki lagipun bukannya korang nampak aku punya breast kan?' amik korang, sampai balik aku terkilan dengan sikap kawan sorang tu. Anak dah 2 nak masuk 3 pun tapi langsung tak menyokong susu ibu ni, diketawakan lagi ada la.

Pernah aku tanyakan anak nya masih menyusu susu badan atau dah bagi FM tp yang pasti jawapannya mudah mestilah FM itu lebih senang dan susu badan pun sudah kering.

Plastik EBM ku Bocor :(

Assalam...

Aduhai...pagi semalam agak kecewa juga la kan, EBM yang aku simpan dalam plastik little bean

gambar dari otakibaby.com

Dah aku rendamkan EBM dari malam tu 2 plastik yang dua-dua ada 5oz. Bila pagi ni minta tolong dear masukkan dalam botol, dear bagitau 2 plastik tu bocor, mak oiiii geram juga tapi kenapa la boleh bocor eh? hairan sesangat rasanya. Ehm tawakal saje la kan dah nak buat macam mana dugaan bulan ramadhan la ni. Sebelum ni tak pernah terjadi kes macam ni. Ini lah pertama kali terjadi, perit nak telan tapi terpaksa juga aku tahan. Dear kata buang je la kan takut dah tercemar pula.

Sekarang plan nak tukar storage bag jenama lain, sekarang aku try jenama jingle jungle. Harap-harap tak terjadi la kes bocor ni lagi.

(p/s: mood sedih tapi dicoverkan dek hasil perahan pagi ni dapat 8oz setelah berhari-hari asyik 4.5oz je. Alhamdulillah! Syukur)

Monday, August 15

Kami Sudah Balik Kampung

Assalam...

Dipanjangkan kisah melalui rentetan kisah balik-kampung 13/8 - 14/8 yang lepas.

Kami balik petang sabtu dek kerana dear terpaksa selesaikan beberapa perkara. Alang-alang dari bercuti lebih baik aku pergi kerja setengah hari. Sorry zura-baharudin pasal appoiment terpaksa cancel jumaat tu tapi rupanya yan kerja pula da..

Petang balik dari kerja balik rumah terus kemaskan barang2 dan beg masuk bonet kete Viva akak aku. Hahahah alang-alang ada kereta yang jimat minyak baik kitorang pakai lagi pun aku tak sampai ati nak tinggalkan kete akak aku tu tinggal kat umah. Takut ada apa-apa hal nanti aku juga yang gelabah.



Ayah dan Zikri duduk seat depan, mama ngan Ashraf duduk seat belakang. Entah berapa lama lagi aku akan menjadi bos eh...ahhaha..


Sampai kg kul 6 petang. Perjalanan 2 jam setengah agak huru hara pasal dah sebulan lebih Zikri tak duduk dalam car seat dia. So take time juga la nak bagi Zikri dan Ashraf tidur. Apsal Ashraf pun susah tidur?dia kembung pula petang tu, elok-elok sampai kat umah opah time aku nak mandikan dia bole pula poo poo dengan banyak sekali. Lega la tu perutnya sejak dari sampai dah kentut-kentut je.

Mak tak masak dengan banyak dek kerana serangan sakit mata. Tapi mak siapkan nasi, rendang ayam, bubur pulut hitam, lauk ikan bilis goreng yang ni aku ingatkan memang mak masak untuk kami makan rupanya untuk mak. Mak tak puasa pasal tak larat nak menahan denyutan sakit di mata mak, nak makan ubat lagi tu pasal la mak tak puasa. Tak pe lepas ni rajin-rajin la mak berpuasa 6 (ingat sangat mak rajin puasa 6 sebab arwah bapa meninggal di hari mak berpuasa 6, mak sanggup tahan puasa sehingga masuk waktu dan tika itu arwah bapa sudah pun selamat sampai dirumah dan kami semua bertadarus sepanjang malam bermula dari selepas maghrib)

Walaupun mak sakit mata sempat juga mak jahitkan 2 pasang baju raya aku. Ish...sadis ok, dalam sakit-sakit pun mak masih mampu nak buat juga. Aku dah kata kalau mak tak boleh tak apa la kan, nanti bila aku balik raya aku pakai terus je la tapi mungkin mak tak sampai hati sebab kain tu aku dah poskan ke kampung hari selasa yang lalu. Tapi tertangguh je nak disiapkan.

Kami balik klang selepas berbuka puasa tapi kan malam tadi ada final badminton. Uhmmm dear kata balik selepas tamat game Datuk Lee Chong Wei. Nak tak nak aku kemaskan apa yang patut, dear layan TV dengan anak-anak, akak ipar, abg dan anak buah.

Tamat game dalam kul 9.30 malam, dengan hati yang hampa terus gerak balik klang. Aku pula dalam hati sayu je bila tengok mata mak yang masih membengkak, berair dan ada juga mak merungut sejuk. Kesian mak dengan tempahan orang yang masih banyak lagi, dugaan bulan puasa.

Sampai rumah kul 11.30 malam, kira laju gila la dear drive pasal takut nanti Zikri buat perangai lagi. Tak singgah mana-mana pun itu lebih baik la kan, lagi pun Ashraf tidur dengan lenanya sejak beberapa minit gerak dari rumah opah. Syukur kami semua selamat sampai dan dapat berjumpa dengan mak walaupun seketika cuma.

Friday, August 12

Balik Kampung (13/8 - 14/8)

Assalam...

Rindu mau balik kg!!! urgh...sudah 2 bulan mungkin, maka hari ini akan pulang ke kampung jika tiada aral melintang pukang. Semoga semuanya Allah permudahkan doaku untuk sepanjang perjalanan kami berempat.

2nd time balik kg berempat, teruja sangat tambah pulak bulan-bulan puasa ni. Tambah pula tahun ni beraya di klang dahulu + dear akan bekerja di hari raya! oh yang ini aku tak mahu fikirkan maupun bayangkan. (4 tahun lepas tak pernah tak dapat cuti raya...paling tidak seminggu ke 2 minggu) hehehe..

Dapat juga nak balik kg setelah berminggu-minggu plan aku asik tertunggak je. Daripada tak ada buah durian sampai ada buah durian sampai la sekarang ni buah durian langsung tak ada dah baru la aku berkesempatan nak balik. Ini bukan apa sentiasa ada saje hal-hal yang terjadi.

Nak makan apa aje yang mak masak, mujur balik time aku tak puasa...hahahaha :)

Tuesday, August 9

Aku Merindui Dia

Assalam…

Aduh bila tiba masa untuk meraikan hari raya satu perkara yang pasti aku takkan mampu lupakan sepanjang masa ini. Kehilangan orang yang aku sayang, yang aku selalu permainkan, yang selalu bergurau senda dengan aku, yang selalu memberikan aku kata-kata semangat, yang sentiasa mendoakan kami anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa membantu aku dikala susah maupun senang. Oh tak mampu untuk aku coretkan di sini lagi begitu banyak pengorbanan dan jasa arwah buat kami sekeluarga dan adik beradik maupun dengan jiran-jiran dan saudara mara.

Kehilangan orang tersayang semasa semua orang sedang seronok meraikan hari raya amat-amat menyukarkan aku. Tiada kata mampu aku luahkan. Pernah terfikir nak keluarkan 1 entry khas menceritakan kisah kami sekeluarga kehilangan arwah tapi apakan daya jika menaip pasti ada air mata yang mengalir di pipi. Kala itu akan aku tinggalkan saja post tanpa di publishkan.

2 tahun meraikan hari raya tanpa arwah, kami semakin pasrah dan kuat menghadapi dugaan Allah yang maha kaya. Sudah tiba ajalnya dan masanya untuk meninggalkan kami Cuma kebetulan jatuh pada bulan syawal.

Tak perlu la aku coretkan lagi bagaimana aku kehilangan arwah tapi biarlah aku nyatakan aku amat-amat merindui arwah ketika ini. Mood sentiasa down bila teringatkan arwah, gelak tawanya maupun gurau sendanya itu pasti akan aku rindui.

Kalau nak tau sedikit sebanyak kisah sedih ini dulu sila la baca di sini ok.

Semoga roh bapa aku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin!

Monday, August 8

Dia Sudah Sihat!

Assalam...

Masih ingat lagi entry tentang Ashraf diserang demam di sini, oh kala itu hati aku gundah gulana tetapi terpaksa datang berkerja seperti biasa.

Alhamdulillah setelah pelbagai cara kami akhirnya Ashraf sembuh sepenuhnya dari demam. Heh! baru la aku mampu untuk tersenyum lebar di office.

Nenek cadangkan bawa pergi urut dengan orang lain pulak, so aku inform kat dear. Dear call akak yang mengurut aku masa dalam pantang Ashraf hari tu. Kenapa dear pilih akak tu? ehmmm pasal tak ada sapa nak bawa Ashraf keluar rumah, mak lang pandai bawa motor je kesian pulak kalau nak susahkan adik ipar yang ada anak kecil juga. Ringkasnya call aje akak tu dia akan datang selepas ambil anaknya dari sekolah.

2 hari berturut-turut Ashraf kene urut. Pegh dalam hati aku ntah macam mana la bila Ashraf kene urut eh, masa aku bawa last tu pun dah jerit2 sakan inikan hari ni dengan akak Umie tu masih muda lagi. Huh!

Mak lang bagitau hari pertama urut memang jerit kuat sampai ke rumah mak lang boleh dengar. Ish...touching terus aku dengar tapi hasilnya memang berbaloi, kata kak Umie Ashraf salah urat pasal nak pandai menirap. Aduh la anak, sabar je la.

Masa Zikri tu hari tak pula dia demam kan, tu yang risau sangat kecil-kecil lagi demam panas. Zikri demam pun dah masuk 10bulan dalan entry di sini.

Hari ke 2 jerit pun dah kurang pasal tempat yang sakit dah kembali seperti biasa. Ingat nak minta urut sampai 3 hari tapi kak Umie kata tak payah la pasal dah ok dah urat-uratnya tu. Oh senang hati mama dengar.

Sekarang tidurnya memang melasak, asyik tidur tinggalkan bantal dan hampir-hampir nak meninggalkan tilam. Hehe...tapi comel bila masa dia tidur, sweet je aku tgok.

Semoga Ashraf akan sihat hendaknya, harap-harap tidak merisaukan hati mama lagi. :)

Thursday, August 4

Aku Nak Taufu Fa

Assalam...




Rindu dengan 2 hero ni, cepat la sabtu...bole kita main bertiga puas-puas ye anak-anakku.

Puasa ke 3 semalam agak menduga aku juga kerana dear balik kerja lambat dan macam-macam hal la yang terjadi.

Tiba-tiba dalam minggu ni teringin nak makan taufu fa..ish kalau sebelum-sebelum ni asyik buat tak tau je tapi bila nak makan susah pula nak dapat. Sabo je la kan, semalam jalan-jalan tengok di pasar ramadhan kota kemuning. Rasanya last year pernah singgah dan ada ramai yang jual. Kecewa! tak ada satu gerai pun yang jual, dan yang aku perhatikan gerai yang ada makin susut dari tahun-tahun sebelumnya.

Nak tak nak beli apa-apa je la makanan yang patut aku makan, sementelah dear balik lewat pastinya dear akan berbuka di luar. Aku beli murtabak 4 keping, air limau asam boi, ikan bakar dan jagung buat Zikri makan. Hehe sejak jadi mak ni kan pergi mana-mana pun pasti ingat anak kan?

Ambil anak-anak kat rumah MIL, dah sampai dekat parking rumah baru perasan kunci rumah lupa nak minta ngan MIL. Aduh! patah balik nak ambil kunci.

Masuk waktu berbuka kebetulan Ashraf nak tidur so aku tidurkan juga la, lagi pun dia tak nak buai ke apa letak je kat tilam tidur la dia. Mujur juga abangnya tak kacau pasal ralit makan jagung setongkol. Senang sikit hati ni kan, sempat la nak mandi dan siap-siap kan makanan kat meja. Nanti tinggal makan je.

Biasa 3 hari ni aku makan apa yang orang lain bagi dulu sebelum aku makan apa yang aku beli. Heh! ni kes rindu ngan masakan mak tau. Oh kalau lah mak tinggal dekat dah lama aku balik berbuka sama-sama tapi sayang kampung  ku terlalu jauh. Makanan yang aku beli aku akan makan lepas solat maghrib atau pun lepas tidurkan anak-anak, maknanya aku boleh makan dengan aman dan tenang..hahahha

Malam tadi aku berbuka berdua dengan Zikri tapi tau aja la budak ni kan bukannya nak makan sangat, nak main je lebih. Aku malas nak marah-marah aku layankan aja la apa yang dia buat as long apa yang dia buat bukan yang merbahaya. Makan slow-slow kat dapur berdua sambil Zikri tung tang main tutup periuk, mujur Ashraf tak terkejut. Siap makan solat maghrib dan bersihkan Zikri dari sisa makanan yang ada. Faham-faham je la budak-budak makan macam mana kan....

Bagi susu dia tunjuk buai, so buaikan sekejap tapi tidur macam tak berapa nak lena pulak. Pindah masuk bilik baru lena sampai waktu nak bersahur, dia pun sibuk nak join juga.

Dear balik tak de la lewat sangat, kul 9 dah ada kat umah. Dah boleh temankan aku makan-makan untuk 2nd round.

Kesimpulannya kan, seronok juga berbuka dengan anak-anak ni eh..kecuali kalau time buka tu mereka meragam nak itu ini. Tergendala la nak makan dengan seleranya. :p

Wednesday, August 3

Tidak Sahur

Assalam..

Ouh...pg ni tak bangun sahur. Pasal apa?heh malam tadi dah la tidur lewat, konon nak sangat lipat kain dah sebakul besar siap tak muat-muat nak isi lagi sampai ku longgokkan aja di atas lantai. Ish.... teruknya aku ni. kelmarin balik dari bawa Ashraf pergi klinik aku layan tidur sama, padan muka.

Siap susun kemas-kemas baju anak-anak dalam drawer derang berdua, baju aku dan dear pun siap susun kemas dalam almari kami. Ehmm...nak nak pulak malam tadi Ashraf bangun sejam sekali. Tapi kul 5 tak pulak dia bangun minta susu...ish...jangan salahkan anak pula ok. Aku yang tak sedar bunyi jam kul 5 pagi.

Malam tadi sebelum tidur sempat la aku layan makan roti, kuih dan minum air masak nak habis sebotol besar. Dapat makan sebiji kurma 'chocodate' tu pun rasanya tersangat la manis, cam lagi ok kalau makan kurma biasa je kan. :)

Pagi ni try pump kul 10 pagi tadi siap doa-doa sebelum pump mengharapkan masih ada sisa-sisa air susu lagi. Seriau ok, takut juga bila time tak sahur ni susu kurang dah la susu perlu ada sentiasa stok nya. Ni kes tertangguh-tangguh nak beli peti ais baru la ni, bila dah cukup duit dear plak nak servis kereta...uwa....sabo je la kan, harap-harap pas raya boleh la beli peti ais baru.


Alhamdulillah dapat la 4oz lebih pagi ni.

Menanti masa untuk tengahari dan petang nanti. Harap-harap sentiasa banyak begini. :p

*Update*
Tengahari tak dpt nak pump pasal busy ngan kerja yg ada, bila macam ni sentiasa berharap bila la aku blh pump di cubile kerja aku ni eh...ehehhehe tak brani lg la nak buat.



Dapat 3oz je..huaaaa sadis. Tapi tak pe, think +ve ok. Jadinya semua akan berjalan lancar. Insyaallah Allah akan memberikan rezeki yg lbh banyak akan datang. :)

Tuesday, August 2

Bila Si Kecilku Sakit

Assalam…

Selamat berpuasa buat semua umat Islam. Semoga hari ke2 berpuasa ini mendatangkan keberkatan buat kita semua. Insyaallah….

Tahun ini tahun ke 5 berpuasa sebagai isteri dan tahun ke2 berpuasa sebagai seorang mama. Heh 2 tahun lepas berturut-turut mengandung kan dapat juga tahun lepas puasa penuh, harap-harap tahun ni masih ada rezeki. Bukan nak berpuasa penuh tapi penuhkan cik ‘B’ dengan susu ok. :p

Kesian anak mama, Ashraf. Demam panas sejak dari hari jumaat lagi sampai pagi tadi masih belum kebah lagi demamnya. Sorry sayang mama terpaksa juga kerja pasal minggu lepas mama dah balik awal dan hujung bulan nanti mama nak ambil cuti raya. Mujur juga yang menjaga Ashraf kakak ipar atau kami sekeluarga biasa panggil ‘mak lang’.

Jumaat lepas mak lang call bagi tau badan Ashraf panas. Ish rasa nak luruh jantung pun ada (ni baru kes demam belum kes lain lg) aku memang pantang sikit kalau bab-bab anak tak sihat ni. Risau melebihi segalanya.



Pagi sabtu kami bawa Ashraf pergi Klink Shaik di Kota Kemuning. Dr cadangkan bagi dia minum air masak untuk lawaskan perut. Ish…kan air masak tak sesuai untuk Ashraf lagi buat masa ni? Persoalan yang besar datang terjah aku tapi aku elakkan nak berfikir panjang yang penting Ashraf sembuh. Malam minggu suhu mendadak naik selepas aku bedungkan, mulanya aku bedung dek kerana kesian tengok tidurnya yang tak lena tapi begitu pula jadinya. Sorry sayang….

Kami dah siap prepare kalau suhu badan Ashraf tak turun kami nak pergi ke hospital juga. Kali ni memang nekad pasal tak nak tengok Ashraf maupun abangnya atau adik-adiknya nanti sakit. Bila sakit hisap susu pun kurang, ajak main pun tak berapa nak dan paling sadis tak nak senyum langsung! Mama rindu senyuman Ashraf yang comel tu ok…

Ahad suhu badan Ashraf turun dan tak sepanas malam tadi, harapan kami biar lah panasnya makin menurun. Salah kami pasal asyik tangguh nak beli thermometer untuk cek suhu badan. Ish….rasa macam nak lari sekejap pergi beli tapi sabar…

2 pagi ni Ashraf bangun tidur lewat sampaikan abang kacau dan buat bising pun Ashraf boleh lena lagi. Bila mam tukarkan pamper dan pakaikan baju baru la Ashraf terjaga. Sorry sayang mama sempat susukan sayang sekejap je bila sayang bangun lewat. (bila time-time macam ni mula la terpikir kan indah kalau aku tak kerja… touching jap)

Malam tadi kali ke 2 kami bawa ashraf pergi klinik yang sama, Alhamdulillah penerangan Dr kali ni lebih jelas.

Pagi ni bila aku raba-raba rasa suhunya dah mula turun, sepanjang malam Ashraf tidur dilapik dengan sapu tangan lembab di kepala. Demam panas memang buat aku risau sangat-sangat kerana kesannya yang memang selalu mak aku bising-bisingkan.

Harap-harap hari ni suhu badan Ashraf kembali normal seperti sediakala. Time-time macam ni Ashraf susah sangat nak senyum geram sangat jadinya aku nak buat bagi dia senyum. Yang pasti mata mama tetap nampak Ashraf sentiasa comel…. :)