Assalam…
Selamat berpuasa buat semua umat Islam. Semoga hari ke2 berpuasa ini mendatangkan keberkatan buat kita semua. Insyaallah….
Tahun ini tahun ke 5 berpuasa sebagai isteri dan tahun ke2 berpuasa sebagai seorang mama. Heh 2 tahun lepas berturut-turut mengandung kan dapat juga tahun lepas puasa penuh, harap-harap tahun ni masih ada rezeki. Bukan nak berpuasa penuh tapi penuhkan cik ‘B’ dengan susu ok. :p
Kesian anak mama, Ashraf. Demam panas sejak dari hari jumaat lagi sampai pagi tadi masih belum kebah lagi demamnya. Sorry sayang mama terpaksa juga kerja pasal minggu lepas mama dah balik awal dan hujung bulan nanti mama nak ambil cuti raya. Mujur juga yang menjaga Ashraf kakak ipar atau kami sekeluarga biasa panggil ‘mak lang’.
Jumaat lepas mak lang call bagi tau badan Ashraf panas. Ish rasa nak luruh jantung pun ada (ni baru kes demam belum kes lain lg) aku memang pantang sikit kalau bab-bab anak tak sihat ni. Risau melebihi segalanya.
Pagi sabtu kami bawa Ashraf pergi Klink Shaik di Kota Kemuning. Dr cadangkan bagi dia minum air masak untuk lawaskan perut. Ish…kan air masak tak sesuai untuk Ashraf lagi buat masa ni? Persoalan yang besar datang terjah aku tapi aku elakkan nak berfikir panjang yang penting Ashraf sembuh. Malam minggu suhu mendadak naik selepas aku bedungkan, mulanya aku bedung dek kerana kesian tengok tidurnya yang tak lena tapi begitu pula jadinya. Sorry sayang….
Kami dah siap prepare kalau suhu badan Ashraf tak turun kami nak pergi ke hospital juga. Kali ni memang nekad pasal tak nak tengok Ashraf maupun abangnya atau adik-adiknya nanti sakit. Bila sakit hisap susu pun kurang, ajak main pun tak berapa nak dan paling sadis tak nak senyum langsung! Mama rindu senyuman Ashraf yang comel tu ok…
Ahad suhu badan Ashraf turun dan tak sepanas malam tadi, harapan kami biar lah panasnya makin menurun. Salah kami pasal asyik tangguh nak beli thermometer untuk cek suhu badan. Ish….rasa macam nak lari sekejap pergi beli tapi sabar…
2 pagi ni Ashraf bangun tidur lewat sampaikan abang kacau dan buat bising pun Ashraf boleh lena lagi. Bila mam tukarkan pamper dan pakaikan baju baru la Ashraf terjaga. Sorry sayang mama sempat susukan sayang sekejap je bila sayang bangun lewat. (bila time-time macam ni mula la terpikir kan indah kalau aku tak kerja… touching jap)
Malam tadi kali ke 2 kami bawa ashraf pergi klinik yang sama, Alhamdulillah penerangan Dr kali ni lebih jelas.
Pagi ni bila aku raba-raba rasa suhunya dah mula turun, sepanjang malam Ashraf tidur dilapik dengan sapu tangan lembab di kepala. Demam panas memang buat aku risau sangat-sangat kerana kesannya yang memang selalu mak aku bising-bisingkan.
Harap-harap hari ni suhu badan Ashraf kembali normal seperti sediakala. Time-time macam ni Ashraf susah sangat nak senyum geram sangat jadinya aku nak buat bagi dia senyum. Yang pasti mata mama tetap nampak Ashraf sentiasa comel…. :)
No comments:
Post a Comment