Assalam...
Masih ingat lagi entry tentang Ashraf diserang demam di sini, oh kala itu hati aku gundah gulana tetapi terpaksa datang berkerja seperti biasa.
Alhamdulillah setelah pelbagai cara kami akhirnya Ashraf sembuh sepenuhnya dari demam. Heh! baru la aku mampu untuk tersenyum lebar di office.
Nenek cadangkan bawa pergi urut dengan orang lain pulak, so aku inform kat dear. Dear call akak yang mengurut aku masa dalam pantang Ashraf hari tu. Kenapa dear pilih akak tu? ehmmm pasal tak ada sapa nak bawa Ashraf keluar rumah, mak lang pandai bawa motor je kesian pulak kalau nak susahkan adik ipar yang ada anak kecil juga. Ringkasnya call aje akak tu dia akan datang selepas ambil anaknya dari sekolah.
2 hari berturut-turut Ashraf kene urut. Pegh dalam hati aku ntah macam mana la bila Ashraf kene urut eh, masa aku bawa last tu pun dah jerit2 sakan inikan hari ni dengan akak Umie tu masih muda lagi. Huh!
Mak lang bagitau hari pertama urut memang jerit kuat sampai ke rumah mak lang boleh dengar. Ish...touching terus aku dengar tapi hasilnya memang berbaloi, kata kak Umie Ashraf salah urat pasal nak pandai menirap. Aduh la anak, sabar je la.
Masa Zikri tu hari tak pula dia demam kan, tu yang risau sangat kecil-kecil lagi demam panas. Zikri demam pun dah masuk 10bulan dalan entry di sini.
Hari ke 2 jerit pun dah kurang pasal tempat yang sakit dah kembali seperti biasa. Ingat nak minta urut sampai 3 hari tapi kak Umie kata tak payah la pasal dah ok dah urat-uratnya tu. Oh senang hati mama dengar.
Sekarang tidurnya memang melasak, asyik tidur tinggalkan bantal dan hampir-hampir nak meninggalkan tilam. Hehe...tapi comel bila masa dia tidur, sweet je aku tgok.
Semoga Ashraf akan sihat hendaknya, harap-harap tidak merisaukan hati mama lagi. :)
No comments:
Post a Comment