Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, August 26

Majlis Berbuka Puasa

Assalam...

Hari selasa lepas ofis aku buat majlis berbuka puasa di Premiere Hotel, Klang. Kalau ikutkan sepatutnya minggu lepas tapi terpaksa postpone maybe sebab bos ada hal kot. Maklum saja la kan bos ofis aku ni ada ramai so nak tunggu sorang-sorang tak sibuk agak susah juga la kan.

Aku & geng antara orang terawal sampai. Awal? huh tidak, pada aku elok-elok aja kami sampai terus ambil seat masing-masing. Terus zass pergi amik makanan, kami makan nasi dan mihun dek kerana tertipu..hahaha.. excited nak masuk sampai kan kami tak perasan di luar masih ada pelbagai menu lagi. Tak pe lepas makan nasi kami makan lagi yang lain tu.

Best bila buat majlis berbuka ataupun makan-makan sebab masa ni la kami satu keluarga ofis ni berjumpa. Maklum saja la kami ni di kontraktor ada banyak site yang perlu kawan-kawan kami jaga. Oh! nak harap-harap derang datang ofis ehm tidak ok. Hahaha

Bos kami sampai dah lewat katanya sesat. Ish padahal ofis kami dengan hotel tu dekat la sangat-sangat. Sabo je la aku. Sampaikan kek yang derang beli pun boleh lupa nak bawa. Mujur aku pergi awal, itu pun dah pukul 6.30 petang ++ juga ok. Elok-elok sampai nak cari parking lagi. Sabar je la.


Nampak tak ais krim kat depan tu. sedap!!!

Kesian mamat sorang ni kene buli


Ini antara hasil tembakan kami malam tu, tak ada acara lain kecuali makan dan makan sampai kenyang sangat. Kebetulan akak sebelah aku tu yang pakai tudung hitam tengah berbadan 2, hehe....kami bagi dia makan puas-puas jangan sampai mengidam apa yang ada malam tu. Kalau nak tau amoi-amoi satu ofis aku derang pantang ada majlis mesti nak bergambar, kesian mamat sorang tu terpaksa amik gambar yang sama tetapi gunakan beberapa kamera. Bila disuruh bluetooth derang tak nak pasal kualiti gambar yang diambil tak sama.

Lelaki sorang tu la bos kami, ini anak bos besar. Memang giler-giler kalau kat luar, kalau kat ofis siap la kalau gilernya datang maunya kami nangis.

Pendek kata apa yg ada disana semuanya kami makan, tak mahu ketinggalan walaupun 1 makanan pun. Jangan ada yang teringin pulak kan, dapat rasa sikit-sikit pun jadi la. :) Moga-moga bertambah rezeki bos setelah belanja kami semua makan disini.

No comments: