Assalam...
Dipanjangkan kisah melalui rentetan kisah balik-kampung 13/8 - 14/8 yang lepas.
Kami balik petang sabtu dek kerana dear terpaksa selesaikan beberapa perkara. Alang-alang dari bercuti lebih baik aku pergi kerja setengah hari. Sorry zura-baharudin pasal appoiment terpaksa cancel jumaat tu tapi rupanya yan kerja pula da..
Petang balik dari kerja balik rumah terus kemaskan barang2 dan beg masuk bonet kete Viva akak aku. Hahahah alang-alang ada kereta yang jimat minyak baik kitorang pakai lagi pun aku tak sampai ati nak tinggalkan kete akak aku tu tinggal kat umah. Takut ada apa-apa hal nanti aku juga yang gelabah.
Ayah dan Zikri duduk seat depan, mama ngan Ashraf duduk seat belakang. Entah berapa lama lagi aku akan menjadi bos eh...ahhaha..
Sampai kg kul 6 petang. Perjalanan 2 jam setengah agak huru hara pasal dah sebulan lebih Zikri tak duduk dalam car seat dia. So take time juga la nak bagi Zikri dan Ashraf tidur. Apsal Ashraf pun susah tidur?dia kembung pula petang tu, elok-elok sampai kat umah opah time aku nak mandikan dia bole pula poo poo dengan banyak sekali. Lega la tu perutnya sejak dari sampai dah kentut-kentut je.
Mak tak masak dengan banyak dek kerana serangan sakit mata. Tapi mak siapkan nasi, rendang ayam, bubur pulut hitam, lauk ikan bilis goreng yang ni aku ingatkan memang mak masak untuk kami makan rupanya untuk mak. Mak tak puasa pasal tak larat nak menahan denyutan sakit di mata mak, nak makan ubat lagi tu pasal la mak tak puasa. Tak pe lepas ni rajin-rajin la mak berpuasa 6 (ingat sangat mak rajin puasa 6 sebab arwah bapa meninggal di hari mak berpuasa 6, mak sanggup tahan puasa sehingga masuk waktu dan tika itu arwah bapa sudah pun selamat sampai dirumah dan kami semua bertadarus sepanjang malam bermula dari selepas maghrib)
Walaupun mak sakit mata sempat juga mak jahitkan 2 pasang baju raya aku. Ish...sadis ok, dalam sakit-sakit pun mak masih mampu nak buat juga. Aku dah kata kalau mak tak boleh tak apa la kan, nanti bila aku balik raya aku pakai terus je la tapi mungkin mak tak sampai hati sebab kain tu aku dah poskan ke kampung hari selasa yang lalu. Tapi tertangguh je nak disiapkan.
Kami balik klang selepas berbuka puasa tapi kan malam tadi ada final badminton. Uhmmm dear kata balik selepas tamat game Datuk Lee Chong Wei. Nak tak nak aku kemaskan apa yang patut, dear layan TV dengan anak-anak, akak ipar, abg dan anak buah.
Tamat game dalam kul 9.30 malam, dengan hati yang hampa terus gerak balik klang. Aku pula dalam hati sayu je bila tengok mata mak yang masih membengkak, berair dan ada juga mak merungut sejuk. Kesian mak dengan tempahan orang yang masih banyak lagi, dugaan bulan puasa.
Sampai rumah kul 11.30 malam, kira laju gila la dear drive pasal takut nanti Zikri buat perangai lagi. Tak singgah mana-mana pun itu lebih baik la kan, lagi pun Ashraf tidur dengan lenanya sejak beberapa minit gerak dari rumah opah. Syukur kami semua selamat sampai dan dapat berjumpa dengan mak walaupun seketika cuma.
No comments:
Post a Comment