Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, August 4

Aku Nak Taufu Fa

Assalam...




Rindu dengan 2 hero ni, cepat la sabtu...bole kita main bertiga puas-puas ye anak-anakku.

Puasa ke 3 semalam agak menduga aku juga kerana dear balik kerja lambat dan macam-macam hal la yang terjadi.

Tiba-tiba dalam minggu ni teringin nak makan taufu fa..ish kalau sebelum-sebelum ni asyik buat tak tau je tapi bila nak makan susah pula nak dapat. Sabo je la kan, semalam jalan-jalan tengok di pasar ramadhan kota kemuning. Rasanya last year pernah singgah dan ada ramai yang jual. Kecewa! tak ada satu gerai pun yang jual, dan yang aku perhatikan gerai yang ada makin susut dari tahun-tahun sebelumnya.

Nak tak nak beli apa-apa je la makanan yang patut aku makan, sementelah dear balik lewat pastinya dear akan berbuka di luar. Aku beli murtabak 4 keping, air limau asam boi, ikan bakar dan jagung buat Zikri makan. Hehe sejak jadi mak ni kan pergi mana-mana pun pasti ingat anak kan?

Ambil anak-anak kat rumah MIL, dah sampai dekat parking rumah baru perasan kunci rumah lupa nak minta ngan MIL. Aduh! patah balik nak ambil kunci.

Masuk waktu berbuka kebetulan Ashraf nak tidur so aku tidurkan juga la, lagi pun dia tak nak buai ke apa letak je kat tilam tidur la dia. Mujur juga abangnya tak kacau pasal ralit makan jagung setongkol. Senang sikit hati ni kan, sempat la nak mandi dan siap-siap kan makanan kat meja. Nanti tinggal makan je.

Biasa 3 hari ni aku makan apa yang orang lain bagi dulu sebelum aku makan apa yang aku beli. Heh! ni kes rindu ngan masakan mak tau. Oh kalau lah mak tinggal dekat dah lama aku balik berbuka sama-sama tapi sayang kampung  ku terlalu jauh. Makanan yang aku beli aku akan makan lepas solat maghrib atau pun lepas tidurkan anak-anak, maknanya aku boleh makan dengan aman dan tenang..hahahha

Malam tadi aku berbuka berdua dengan Zikri tapi tau aja la budak ni kan bukannya nak makan sangat, nak main je lebih. Aku malas nak marah-marah aku layankan aja la apa yang dia buat as long apa yang dia buat bukan yang merbahaya. Makan slow-slow kat dapur berdua sambil Zikri tung tang main tutup periuk, mujur Ashraf tak terkejut. Siap makan solat maghrib dan bersihkan Zikri dari sisa makanan yang ada. Faham-faham je la budak-budak makan macam mana kan....

Bagi susu dia tunjuk buai, so buaikan sekejap tapi tidur macam tak berapa nak lena pulak. Pindah masuk bilik baru lena sampai waktu nak bersahur, dia pun sibuk nak join juga.

Dear balik tak de la lewat sangat, kul 9 dah ada kat umah. Dah boleh temankan aku makan-makan untuk 2nd round.

Kesimpulannya kan, seronok juga berbuka dengan anak-anak ni eh..kecuali kalau time buka tu mereka meragam nak itu ini. Tergendala la nak makan dengan seleranya. :p

No comments: