Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, August 9

Aku Merindui Dia

Assalam…

Aduh bila tiba masa untuk meraikan hari raya satu perkara yang pasti aku takkan mampu lupakan sepanjang masa ini. Kehilangan orang yang aku sayang, yang aku selalu permainkan, yang selalu bergurau senda dengan aku, yang selalu memberikan aku kata-kata semangat, yang sentiasa mendoakan kami anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa membantu aku dikala susah maupun senang. Oh tak mampu untuk aku coretkan di sini lagi begitu banyak pengorbanan dan jasa arwah buat kami sekeluarga dan adik beradik maupun dengan jiran-jiran dan saudara mara.

Kehilangan orang tersayang semasa semua orang sedang seronok meraikan hari raya amat-amat menyukarkan aku. Tiada kata mampu aku luahkan. Pernah terfikir nak keluarkan 1 entry khas menceritakan kisah kami sekeluarga kehilangan arwah tapi apakan daya jika menaip pasti ada air mata yang mengalir di pipi. Kala itu akan aku tinggalkan saja post tanpa di publishkan.

2 tahun meraikan hari raya tanpa arwah, kami semakin pasrah dan kuat menghadapi dugaan Allah yang maha kaya. Sudah tiba ajalnya dan masanya untuk meninggalkan kami Cuma kebetulan jatuh pada bulan syawal.

Tak perlu la aku coretkan lagi bagaimana aku kehilangan arwah tapi biarlah aku nyatakan aku amat-amat merindui arwah ketika ini. Mood sentiasa down bila teringatkan arwah, gelak tawanya maupun gurau sendanya itu pasti akan aku rindui.

Kalau nak tau sedikit sebanyak kisah sedih ini dulu sila la baca di sini ok.

Semoga roh bapa aku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin!

No comments: