Assalam...
Semalam cuti Nuzul Quran untuk negeri Selangor. Ouh! dalam kepala seronok betul kalau dapat pergi shopping raya hari tu pasal orang KL kerja, tapi bukannya dear nak kalau aku ajak keluar cari barang sampai ke KL sana. Logik juga kan?
Petang hari selasa balik kerja kul 5.30 petang tapi entah kenapa jalan jem teruk. Sampai di bulatan batu 4 jalan kebun klang jalan jadi sesak. Ish aku tersalah pilih jalan la balik ni. Bukan apa dear minta aku belikan krim gatal untuknya tu yang aku pilih jalan lama, kalau tidak aku lagi selesa ikut KESAS. Lebih pantas untuk sampai kerumah.
Lama juga aku terkandas disini, hampir setengah jam membazir masa dek kerana trailer biru didepan sana telah diblok oleh beberapa buah kenderaan lain. Ini la kekurangan bulatan di sini, pasti akan jem teruk sebab banyak trailer yang menggunakan jalan ini sepanjang masa.
Pagi rabu dear bagitau dear tak kerja. Macam biasa pagi-pagi lagi Zikri akan bangun awal dan kacau semua orang. Kesian dear nak tidur tapi asyik diganggu, mujur dear layankan aja kalau tidak pening kepala aku. Dear bawa balik barang untuk repair paip dan tangki flush.
Gigih dear repair getah paip yang sudah agak lama bocor tau. Nasib baik bil air kami masih free, tapi claim dengan tuan rumah tetap kami lakukan..hahaha
Alang-alang masih belum 'dibenarkan' untuk berpuasa aku masak awal, sambil bagi Zikri makan. Dear sabar ok. Kebetulan akak ipar sebelah rumah pun masih 'bercuti' puasa ni dia masak nasi goreng dan pass se'tupperware' kerumah. Layan juga la kan tengahari makan nasi goreng ni.
Anak yang sorang ni ada saje akalnya. Bisa buat jantung aku jadi tak keruan. Ashraf pula dah 2 minggu pandai menirap sendiri. Oh sangat pantas kan masa berlalu, dah nak hampir masuk usia 4 bulan. Raya nanti adakah Ashraf sudah mahu merangkak?ehmmm nak imagine jap
No comments:
Post a Comment