Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, October 22

Pahit Manis Musim Perayaan 2009

Salam…

Raya dah tamat pun, tp mood raya tahun ni memang mengecewakan bukan ape ada pahit dalam manis beraya tahun 2009 ni. Ni la cite sket cronologi raya aku untuk tahun ni.

21/9 (Isnin)
siap2 nak blik kg, singgah umah MIL dan bawa la sedikit bekal untuk kuarga kat kg makan2. Bese kat sini akan masak ketupat, lepat, ayam masak merah @ masak kicap, ada sayur lodeh dan dpt gak la kuarga kat kg rase biskut raya yg MIL buat tahun ni. Tak lupe gak ngan bahulu gulung MIL yg mmg ada tiap2 tahun kat umah kat kg. Sebelum blk tu sempat la singgah kat kubur arwah FIL yg tak jauh mana dr umah MIL. Sampai kg dah tgh malam jugak la kan, pasal kuar umah pas maghrib. Trus tido tak de nye nak braya pun.

22/9 (Selasa)
lepak umah je, braya ngan adik bradik sambil layan tb ngan makan masakan mak

23/9 (Rabu)
Hari raya ke 3, plan nak g umah nenek dan nak melawat mak cik pak cik sume la kan. Dpt gak la pg pagi tu. Kebetulan umah jiran kat umah nenek wat kenduri makan2 tp aku ngan dear tak pg pasal dear selsema, alang2 baik aku lepak je kat umah nenek aku tu. Hr tu gak arwah ayah aku g amik buluh lemang kat blkng umah nenek pasal nak buat lemang yg baru lak. Dear taun ni try wat lemang sendiri mmg jadi la kan so dear tolong mak petikkan daun pisang la tambah lak pokok sume tinggi2 je. Ingtkan mak nak masak esok tp ptg tu jugak siap2 buat, tinggal masak rendang esok pg je la. Kalo dah dok kat umah jgn cite la mesti ada je yg nak dtg braya la kan. Akak aku nye member la ape la ada je la yg dtg.

24/9 (Khamis)
Kitorang konvoi g umah mak cik pak cik kat ipoh lak,ada 4 biji kete yg pg. Bese la kalo ikut plan mmg nak tumpang derang je kan, tp pasal sume dah siap gerak tunggu tp jalan so mak la join kitorang. Arwah mmg tak nak pg, sejak 3 4 tahun raya memang jarang sgt la die nak ikut pasal takut asyik nak terkencing je. Dpt la g 2 buah umah, tu pun ptg jugak sampai umah. Mlam nak blk tp maghrib tu ada plak sepupu mak ketenye rosak so tumpang lepak kat umah la sementara tunggu kete siap baiki. Kitorang kene masak lauk untuk malam tu pasal mak kalo ada sedara dtg cam tu mmg bg makan skali la kan, sedekah katanye. Masak cincai2 je la pasal tak de lauk dah malam2 tu.hehehehe siap2 bg derang makan dan derang pun dah gerak blk baru la aku ngan dear blk. Macam2 la yg mak pesan bg kat aku, aku amik je tp tak tau la aku makan ke tak..heheheh mlm tu sampai umah dkt kul 1 pg jugak la kan. Trus tido tak de makna nak kemas umah bagai.

25/9 – 30/9 (Jumaat – Rabu)
Jumaat masih cuti sampai selasa. Kalo ikut plan asal cuti sampai sabtu je tp pasal aku nak g wat buku pink dan kene g klinik kesihatan klang tu yg aku cuti sampai selasa. Rabu masuk keje macam bese la.

1/10 (Khamis)
Keje macam bese je, tgahri kuar makan pas tu solat zuhur. Call mak time2 ni besenye, Tanya dah makan ke apa ke kan. Tup tup bila aku tanye arwah kat ne mak aku siap bgtau g kebun tp tak blk2..biar betul ni. Heran lak kan. Tp maybe nak abeskan keje kot, so aku pun start keje blk cam bese je la. Pas sejam tu akak ipar aku call bgtau arwah dah tak de. So bayangkan la aku mintak mak aku sampai kan slm buat arwah padahal time tu arwah mmg dah tak de lg. Aku asyik ulang soklan yg sama kat akak ipar aku, otak mmg jadi blur gile time tu. Air mata jgn kata la mmg dah kuar curah2 dah, pas mintak kebenaran kat HR bgtau aku ada emergency trus g kat kete call dear & akak aku. Akak aku leh blur Tanya napa lak kan, maybe kitorang sama2 terkejut la kan. Call dear suh blk sekarang jugak. Aku drive blek ntah laju mana la, ngan air mata yg tak tau nak stop time tu. Nasib baik sampai umah tak de apa2 masalah. Sampai umah siap2 baju nak dok kg 2 3 harinye. Dear pun blk tak lame pas aku blek, mujur member dear g keje naik motor hari tu kalo tak aku kene amik dear dulu la jawabnya.

Sampai kg kul 6.30 ptg, mayat arwah pun baru je tiba dari hospital mase tu. Sampai2 je trus peluk mak, mungkin mak ingat dgn ucapan salam aku buat arwah tu yg mak terharu gile. Aku peluk mak sekuat2 hati sampai tak tau nak ucapkan apa2 pun. Lidah jadi kelu time ni, sedih sgt tgok mak meraung cam tu, mmg tak penah aku byangkan langsung. Pg tgok arwah mmg aku nangis sepuas2 nye, tak sangka arwah pegi masa aku tgh berbadan 2. Tp nak wat cam ne kan, tak de rezeki arwah nak tgok cucu yg lahir dr anak prempuan sendiri. Arwah mmg nampak gelap kalo dibandingkan dari biasa. Rupenye gelap sebab kene cahaya matahari tghri sebelum yang sempat jumpa. Arwah nampak macam tido biasa je masa tu, sgt tenang. Alhamdulillah moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

Malam tu mlm jumaat, aku bacakan surah yassin buat arwah tp blm sempat habis kawan2 semasjid arwah dtg kerumah membacakan surah yassin. Sgt terharu kami skeluarga. Mlm tak leh nak tido, org yg dtg ada je la. Mak cik ngan pak cik gilir2 bertadarus, kami adik bradik pun sempat jugak bertadarus buat arwah. Tak tau napa mlm tu trasa panjang plak, mata mmg sentiasa nak melihat arwah.

2/10 (Jumaat)
Arwah dimandikan, dikafankan, di solatkan di rumah atas permintaan kami sekeluarga dan di kebumikan dengan sempurna disaksikan dengan begitu ramai org kg, kenalan rapat arwah dan sedara mara semua. Adik bradik arwah semua dtg kecuali mak cik aku sorang tu je la. Mungkin ada hal yg tak dpt dielakkan agaknya. Aku, mak ngan akak ipar tak ikut pg kubur, mak masih blm ada kekuatan lagi. Tp kalo dibandingkan dari semalam mmg dah ok la. Ptg tu kami siap2 nak masak2 untuk kenduri tahlil mlm pertama. Masak yg simple2 je la pasal masih tak mood nak masak tu pun mak cik2 yg byak tolong masakkan. Mak takat jenguk je masak2 tak de la. Alhamdulillah ramai org yg dtg untuk majlis tahlil yg pertama.

3/10 – 5/10 (Sabtu – Isnin)
Setiap malam buat majlis tahlil, tp stop sampai mlm ke 3 je. Dear blk ngan abg aku mlm isnin lepas abes kenduri tahlil malm ke 2. aku blk ngan akak aku hari selasa, pasal plan ingt nak tolong mak kemas2 kan apa yg patut la kan untuk kenduri. Tp rupenye mak tak wat kenduri kecuali mlm ke 7. Tp nak wat cam ne aku dpt tinggalkan RM je la pasal kalo nak tolong aku pun kene keje gak.

6/10 (selasa)
Pg pegi jalan kat seri iskandar ngan akak g cari tudung. Ptg baru gerak blk lepas zuhur, tu pun gerak awal takut hujan plak kan. Rase time tu tak nak tinggalkan mak sorang kat kg walaupun ada abg dan nenek yg temankan. Aku dpt rase mak blm ok lg, time aku peluk mak masih lagi menangis hiba.Tp kene kuatkan jugak pasal aku dah berkeluarga kan, ada tanggungjawab lain untuk aku pikul so aku serah pada abg ngan akak ipar aku untuk tolong apa yg patut maupun apa yg kurang. Sampai puchong kul 5 ptg, pas t uterus blk umah MIL pasal kunci dear tinggalkan kat umah MIL 1 & bawa g keje 1. Lepak2 sampai maghrib pas tu baru blik umah.

10/10 (Sabtu)
Pg keje rase mlas tul sebab kat umah MIL ada kenduri kan. Mmg lepas asar tp kalo blh nak g tolong jugak la kan. Tghri tu plak dpt sms dari dear ngan sepupu dear bgtau arwah pak cik dear dah tak de. Arwah pak cik dear ni last aku jumpa time raya, sempat jugak bermaaf2an. Lbh kurang 3 bln arwah menanggung derita dipotong kaki skit demi sedikit. Sgt sedih kalo tgok kan, pasal mmg dah tak blh nak bangun. Aku pg umah arwah malam selepas selesai majlis kenduri eja. MIL ngan abg je yg pegi ptg tu. Sampai je kenduri tahlil dah habis so kene g umah sebelah kalo nak makan. Bukan apa mak cik dear sorang tu nak nikahkan anaknye pas asar tp dipinda ke lepas isyak. Aku g sana makan bihun goreng pas tu letih la nak g tgok nikah. Trus blk umah dan tido.

17/10 (Sabtu)
plan nak g umah terbuka Zila, dear lak bawa kete so aku tumpang aja je la. Ada hajar, yati ngan k zai. Kira ni je la yg dpt dtg yg lain tu sume ada hal masing2. Lama jugak lepak sana sambil makan lontong ngan biskut raya. Blk umah kul 5 tak lama pas tu dear blk gak la. Mlam g lepak2 umah pengantin ngan MIL, padahal bukan tolong buat apa pun, duduk2 je.

18/10 (Ahad)
Dok umah pengantin lagi tp blk awal psal dear ada hal nak g jumpa ngan kawan plak.

Tu la kisahnya… dlm manis akan ada pahitnye. Dek kerana itu umah akak ipar je la yg sempat aku g braya. Umah sedara mara sebelah aku mmg tak sempat nak pg pasal masa. Tambah lak hari cuti ada je aktivitinye. Ok la dah lapo nit p masih blm tau nak makan apa, semalam jalan2 kat jusco sorang2 pasal nak makan claypot.. hari ni nak g mana plak ek, rase nak makan nasi ayam lak. Ehmmm ok out :)

No comments: