Assalam…
(Ini entry yang tak sempat nak dipublishkan dari awal minggu dek kerana kesibukan melampau...alasan!)
Sudah masuk ke minggu terakhir ramadhan, tak lama lagi syawal pula menjelma macam mana persiapan orang lain ek? Persiapan kami sekeluarga hancus. Langsung tak tersiap-siap.
Ahad semalam dah merancang nak jalan-jalan di Giant Kemuning sambil-sambil nak cari barang dapur nak tengok-tengok baju untuk anak-anak. Kami gerak pukul 11 pagi itu pun bila sampai sana orang tak ada la ramai so senang la nak jalan-jalan cari barang. Zikri pula dah mula mengantuk dan tak berapa nak duduk dalam troli, Ashraf aku letakkan dalam stroller. Ini adalah percubaan pertama kami keluar berempat. Haahahaha..kelakar je bunyinya kan, orang lain anak 3 4 orang ok je kami yang 2 ni pun agak kelam kabut jadinya.
Dapat la beli baju dan kasut untuk Zikri, dan barang-barang dapur sedikit. Nak jalan lebih-lebih Ashraf mengamuk tak nak duduk dalam stroller pula. Aku lepak tunggu dear dengan Zikri di luar sambil rancang nak susukan Ashraf pasal aku tau dia dah mengantuk. Ok fine! Giant tak sediakan tempat untuk BF, mujur aku pakai nursing tank. Boleh cover tang perut yang banyak lemak ni dari dilihat orang. Tapi sayangnya Ashraf tak berikan kerjasama, so fikir punya fikir taka pa la kita balik rumah saja la apa yang kurang nanti aku beli sendiri.
Nak mencari baju untuk AShraf tak banyak pilihan yang cantik, maybe minggu ni time lunch hour aku akan keluar jalan-jalan cari baju anak-anak. Tak pun aku nak amik MC 1 hari (ini jalan terakhir)MC ajak dear join sekali baru best tapi dear pula malas nak cuti pasal nanti raya nak cuti banyak. Aduh….
Dimana aku mau membeli belah ni eh? Jusco? Giant lagi? Tesco pula ke? Kita tengok saja la nanti dimana. :)
No comments:
Post a Comment